Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘laman’

Rumput botak

Posted by mynormas on February 4, 2023

Laman anda ada kawasan botak? Terlalu kecil untuk beli rumput baru tapi terlalu besar utk buat tak nampak? Bukan itu saja masalahnya. Kalau anda beli dari luar, kadang-kadang rumput tak sama. Guna cara sprig.

Beberapa bulan dulu, saya ada tulis tentang cara penanaman dengan sprig. Sebenarnya saya menulis artikel ini di bulan November 2022, so baru dua minggu saja. Cuma saya nak laman web ini menerbitkan artikel sebulan sekali, maka saya jadual kan artikel ini di bulan Februari 2023.

Baiklah, peralatan yang anda perlukan ialah sebarang benda yang boleh membuat lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari. Anda boleh guna batang paip pendek, atau pisau yang sesuai ataupun alat pemutar skru.

Kejap, baru teringat. Nak letak satu caveat. Sprig dalam istilah sebenar ialah stolon atau rhizom. Cowgrass tak ada stolon dan rhizome dia tak macam rhizome rumput carpet lain. So, kalau laman anda Cowgrass, maka “sprig” anda dah macam sod kecik dan batang paip tak boleh digunakan, hanya pisau dan pemutar skru mata leper saja, boleh. Sebab anda kena potong sprig anda macam kek kat kedai kek kayangan (kecik tapi comel jer).

Pertama sekali, pilih tempat yang anda nak tanam semula kemudian bersihkan nya hingga satu inci ke bawah dengan tujuan nak buang penyebab kematian (kebotakan? Ha ha) kawasan itu dan buang benih rumpai. Tak ada pasir? Bajak bajak bajak dengan alat seperti di atas tadi supaya benih rumpai atau patogen penyakit di keringkan oleh matahari.

Kemudian pilih tempat yang anda nak ambik rumput utk tanam di kawasan botak. Kalau kawasan botak 1 kaki x 1 kaki, maka tempat “benih” tu 4 inci x 4 inci pun dah cukup.

Anda ada dua pilihan, pilih tempat yang di sempadan laman anda, biasanya di bawah pokok bunga, kat tepi longkang dsb. Ataupun anda boleh juga curi curi dari kawasan paling subur di seluruh laman anda (jangan pulak laman orang sebelah) utk setiap satu lubang di kawasan botak, curi satu sprig di kawasan subur.

Di kawasan botak tadi tebuk lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari.

Batang paip, kalau panjang, tak payah bongkok bongkok tapi lepas tu nak simpan mana? Janganlah guna gambar ini tanpa memberi kredit kepada laman web ini.

Lepas tu, ambik rumput di tempat yang anda pilih tadi dan cucuk ke dalam lubang yang anda sediakan.

Ini sprig rumput carpet. Kalau Cowgrass, sprig nya perlu lebih besar lagi. Kredit gambar http://www.mynormas.com

Baja? Oleh kerana ini di ambil dari laman sendiri, maka baja yang sebelum ini anda letak, dah cukup lah. Tak perlu baja khusus. Cukup lah sekadar Bismillah atau doa atau apa-apa bacaan yang patut.

Siram macam biasa. Itu satu lagi kebaikan sprig, kita tanam dah ada akar.

Berapa jauh jarak diantara lubang? Lagi jauh, lagi lambat rumput rapat. Mulakan dengan jarak 4 jari. Lepas seminggu, kalau nampak macam lambat, anda boleh saja tambah tanaman di antara dua lubang.

Lepas tu, kita berserah.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat. Bukan saya mintak pun tapi sekurang kurangnya adalah penghargaan utk saya dan harga diri utk awak

Advertisement

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

Tanam sod

Posted by mynormas on October 22, 2022

Percaya lah kalau saya kata perkataan “sod” adalah perkataan tak elok dalam bahasa Inggeris dari Britain. Contoh penggunaan: “You stupid sod!”. Ini mengikut kamus Oxford ya.

Dalam istilah penjagaan rumput di Malaysia dan America pula, sod ialah keping tanah yang mempunyai rumput di atas nya. Dan dalam konteks penulisan ini, ialah cara penanaman keping tanah tersebut.

Kali ini, malas nak cakap banyak, saya nak tunjuk gambar saja. Saya berharap gambar-gambar ini akan menjawab persoalan “kenapa tak boleh guna sod cangkul?”

Inilah cara yang betul menanam sod. Kita tanam rapat rapat dan sama rata, kita gunakan papan atau kayu lurus utk ukur kerataan keping keping itu

Mungkin ada yang kata “alah, itu green padang golf, bolehlah”. Bukan kah kesempurnaan yang kita impikan? Ini pun bukan sempurna tapi ia jauh lebih baik dari sod cangkul yang tak sama tebal di jack jatuh lori lepas tu baling baling dia ke seluruh padang. Tiga bulan kemudian kita tanya “kenapa padang saya tak rata?”

Rumput cangkul. Agak-agak cara ni cepat ke nak dapat rata?
Guna ramai pekerja kalau nak siap cepat.

Utk dapat penanaman sod yang rata, kita juga perlukan bahagian dasar yang rata. Ini membawa kita kepada jawapan kepada soalan kedua yang saya selalu di tanya, “nak tanam atas topsoil ke, pasir?”. Saya tak gunakan topsoil, saya gunakan pasir kerana pasir lebih mudah di ratakan. Topsoil, terutamanya topsoil yang sebenarnya adalah tanah liat akan amat susah di ratakan.

4 inci teratas ialah 95% pasir + 5% bahan organik. Ini kita panggil sebagai “root zone”.

Jadi root zone ini adalah bahagian utama akar berada. Kita perlukan ia subur dan memegang sedikit air, tak perlu banyak sebab kita nak latih akar rumput utk tumbuh panjang ke bawah mencari air. Tapi awas, masa mula mula tanam, rajin rajinlah siram.

Selepas sehari, ini lah hasilnya. Yang putih tu ialah pasir di masukkan di celah sod yang ter jarang. Jangan khuatir tentang warna rumput sebab pada awal, memang agak kering.

Padang bola? Padang bola lain sikit tapi mungkin lebih rumit dari green padang golf. Green padang mempunyai bentuk bentuk yang tidak lurus sedangkan padang bola mesti lurus dengan camber tinggi di tengah dan rendah di tepi.

Ambil level kemudian pacak kayu pancang dan tanda level anda. Bila tiba masa utk tanam rumput, pasang tali dari tanda di pancang ke tanda di pancang satu lagi kemudian tanam bawah tali tersebut. Kalau sod tertinggi, buang pasir bawah sod, kalau sod terendah, letak pasir bawah sod. Ini anda tidak dapat buat dengan sod cangkul.

Satu lagi, jangan guna sod dalam plastik. Tapi itu adalah bahan utk penulisan hari lain.

Nak jimat? Boleh juga beli sod dengan keluasan 80% dari keluasan padang kemudian isi pasir di celah celah sod. Nak lagi jimat, boleh sampai 50% kemudian tanam macam papan dam. Ingat! Lagi jauh jarak antara sod, lagi lambat padang boleh digunakan dan lagi banyak peluang rumpai (rumput liar) masuk.

Bukan contoh terbaik tapi contoh jugalah utk tanam 80% sod.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Philippine grass: sama tapi tak serupa.

Posted by mynormas on September 17, 2018

Kita selalu dengar tentang rumput Jepun, rumput Philippines dan rumput Manila. Tahukah kita bahawa semua ini adalah dari genus Zoysia? Pengalaman saya ialah kita selalu salah kenal rumput ini. Rumput Jepun di nursery ini mungkin adalah rumput Manila di nursery sana dan rumput Philippines di nursery situ. Sekali pandang ia mungkin nampak sama tetapi bila ditanam bersebelahan; perbezaannya ketara.

Rumput Zoysia berasal dari China, Jepun, Korea, Filipina dan beberapa tempat lagi di Asia Tenggara. Spesis ini dinamakan bersempena seorang ahli botani Austria bernama Karl Von Zois (Zois+ia = Zoysia).

Sebelum meneruskan, kepada kita yang dah lupa sains biologi sekolah menengah, nama Latin atau nama saintifik sesuatu tumbuhan atau haiwan mempunyai dua bahagian; nama genus dan nama spesis. Sebelum genus ada nama lagi begitu juga selepas spesis ada nama sub-spesis atau hybrid tetapi pada asasnya, peperiksaan akan tanya genus dan spesis sahaja. Jadi nama genus di sini ialah Zoysia.

Zoysia japonica (nama saintifik mesti ditulis sebagai italik atau jika tulis tangan, Digaris bawahkan dengan nama genus mula huruf besar dan nama spesis huruf kecil) atau rumput Jepun (nama khas jadi mula huruf besar) mempunyai daun besar tetapi tahan sejuk dan dibawa masuk ke Amerika Syarikat dari China pada tahun 1895.

Zoysia matrella pula dibawa masuk dari Manila (maka ia diberi nama rumput Manila atau Manila grass) ke Amerika Syarikat pada tahun 1911 oleh seorang ahli botani bernama C. V. Piper yang mengatakan bahawa rumput ini tumbuh banyak di pesisir pantai di Filipina dan mungkin sesuai di Florida juga.

Zoysia tenuifolia tidak diketahui asal usulnya tetapi dari penerangan tentang sifatnya, saya yakin ia adalah rumput Philippine kerana Z tenuifolia dikatakan mempunyai daun paling kecil dan akan membentuk permukaan rapat. Tetapi diantara ketiga-tiga spesis ini, ia adalah paling manja dan paling lambat membiak.

Baiklah, anda rasa pengenalan spesis Zoysia tidak penting? Selepas menghadiri suatu majlis di Putrajaya, saya berjalan disekeliling taman nya. Alangkah terkejutnya saya bila terlihat percampuran dua spesis Zoysia di situ. Saya rasa, satu spesis dah lama di situ tetapi atas sebab rumput mati atau rosak, pihak kontraktor telah menggantikan dengan rumput ‘Philippine’ (semua Zoysia dipanggil Philippine di Malaysia) dari nursery lain yang menggunakan Zoysia matrella sebagai rumput Philippine nya.

zoysia m vs zoysia t

Rumput lama dan rumput baru. Pada saya jelas perbezaannya. Kalau tak percaya, kita boleh lihat lebih dekat lagi.

 

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Compare Zoysia bunga in PJ

Pandangan lebih dekat kepada mereka yang tak puas hati bahawa ini adalah dua spesis Zoysia yang berbeza.

 

Bagaimana cara untuk mengelakkan ini (beli dua spesis yang berbeza) berlaku?

  1. Beli dari nursery yang sama setiap kali. Pastikan mereka BUKAN orang tengah.
  2. Sewaktu nak pilih rumput, jangan potong sebahagian kawasan kecil untuk seminggu, biar bunga dan daun tumbuh, lepas tu ambik sikit tumbuhan rumput tu (akar, batang, daun dan bunga kena ada) dan bandingkan di nursery. Bila confirm sama, beritahu orang nursery awak nak ini jugak dan dia tak boleh harvest (tuai) sebelum saksi awak datang; kecuali kalau awak nak bawak balik hari tu jugak tak apalah. Cash and carry.

 

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Pengumuman:

Buku “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan di UUM oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia  pada September 2018. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan senaskhah, sila hubungi saya.

Front and back page

Muka hadapan dan belakang.

 

 

Posted in Golf Course, Landscape, Lanskap, Penanaman, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , | 2 Comments »

Rumput selepas banjir

Posted by mynormas on January 5, 2015

The recent flood in Malaysia has affected a few stadiums, football fields and lawns, The priority of course, is to save the people and to reduce their suffering. Next will be their property and helping them move on with their lives. For some, looking after grass is part of their work or even part of their home. This sharing is for them. Do add any tips you have in the comments here in http://www.mynormas.com and not on my FB.

Banjir yang baru lepas ini adalah antara yang terburuk yang kita telah lalui. Orang dan tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini pun telah mengalami nya. Ini termasuklah beberapa stadium dan padang bola.

File pic: Flooded field.  Gambar hiasan.

File pic: Flooded field.
Gambar hiasan.

Walau apa kita panggil keadaan sekarang dan sesiapa pun kita nak salahkan, yang penting sekali ialah kita dan orang orang lain selamat. Lepas tu kita cuba untuk selamatkan harta benda kita. Ada orang yang kerja mereka adalah menjaga padang bola, golf dan ada orang yang laman rumput adalah sebahagian dari rumah mereka. Posting ini adalah untuk mereka, Jika anda ada maklumat lain/tambahan, sila tambah di bahagian comment di sini di http://www.mynormas.com dan bukan di FB saya.

Selalunya air banjir akan surut selepas beberapa hari dan kebanyakkan rumput boleh bertahan keadaan air banjir untuk beberapa hari itu. Bila air surut, kita akan mempunyai lebih banyak perkara yang lebih penting yang perlu kita selesaikan sebelum kita nak fikir tentang rumput ataupun halaman kita. Tapi bila semua yang lain dah settle ataupun untuk orang yang kerjanya memang menjaga rumput samada di taman ataupun di padang, apa seterusnya?

Pertama sekali, kita mesti keluarkan sisa air bertakung di atas permukaan rumput. Gunakan pam air, atau gunakan hos untuk sedut secara ‘siphon’  ataupun guna cangkul untuk buat longkang sementara supaya air mengalir keluar.

Gambar hiasan: membuang pasir yang terlalu tebal.

Gambar hiasan: membuang pasir yang terlalu tebal.

Kedua, kita bersihkan apa yang air banjir bawak masuk. Daun kering, kayu, sampah yang dulu kita buang merata (padan muka!), pampers dan apa apa yang bukan berasal dari rumput kita, kita buang. Membuang benda besar adalah senang. Yang lebih susah ialah benda halus seperti selut dan pasir halus yang mendak. Kedua dua benda ini adalah merbahaya pada jangka masa panjang kerana butir butir selut yang halus boleh masuk ke celah celah butir tanah atau pasir yang lebih besar dan menyumbat profil tanah kita dan menyebabkan air, nutrient dan udara tak boleh tembus ke bawah. Selut itu juga mempunyai potensi membawa unsur-unsur lain yang boleh mengubah sifat kimia tanah kita.

Gunakan cara manual dengan penyapu, penyodok, cangkul, tangan dan sebagainya. Ataupun gunakan air untuk ‘pancut’ selut dan pasir supaya ia lari melalui saliran. Kita TIDAK MAHU ia masuk ke celah rumput dan ke dalam tanah. Selut BUKAN topdressing yang baik.

Butir selut adalah lebih halus dari pasir dan akan menyumbat ruangan di antara butir pasir

Butir selut adalah lebih halus dari pasir dan akan menyumbat ruangan di antara butir pasir

Ketiga, repair kawasan yang rosak – jika ada. Beli rumput baru dan tanam ataupun ‘curi’ dari kawasan sempadan kawasan sendiri. Ataupun curi dari belakang tiang gol ataupun sempadan green dan collar yang jauh dari tempat golfer masuk. Ganti di tempat yang rosak tadi.

Keempat, bila cuaca dah kurang hujan dan kita lebih banyak masa; lakukan pengudaraan iaitu menebuk tanah sedalam lebih kurang empat inci dan gantikan dengan pasir baru. Ini akan membantu air masuk melepasi struktur/profil tanah yang telah rosak akibat di cemari selut dan pasir halus. Topdress untuk menutup lubang baru itu. Jika anda biar ia terbuka, selut boleh masuk jika banjir berlaku lagi. Topdress guna pasir yang lebih kasar dari apa yang kita guna. JANGAN guna pasir yang lebih halus. Ini nasihat yang boleh di guna pakai bila bila pun.

the 'layering effect'

Pelapisan atau ‘layering’ dalam profil tanah.

Nota: gunakan HOLLOW tine dan bukan solid tine. Ertinya sewaktu kita buat pengudaraan, kita akan keluarkan tanah lama dan masukkan pasir baru. Bukan vertidrain, venting, needle tine dan sewaktu dengannya.

Nota kepada nota: Jangan topdressing jika anda tidak pasti anda dah keluarkan semua selut atau silt. Jika anda topdress, anda mungkin bersubahat dalam pembuatan tanah lapis (layering) yang akan lebih teruk lagi menyekat kemasukkan air, nutrient dan udara ke dalam tanah dan penembusan akar.

Better than nothing. Menggunakan manual hollow tine bagus untuk orang yang tiada mesin ataupun untuk buat di tempat tempat yang kecil sahaja.

Better than nothing. Menggunakan manual hollow tine bagus untuk orang yang tiada mesin ataupun untuk buat di tempat tempat yang kecil sahaja.

Kelima, belajar dari kesilapan. Dimana anda boleh buat benteng? Di mana anda boleh tambah perparitan? Bolehkan anda guna pagar yang mempunyai lubang lebih halus supaya kurang sampah masuk? Dan sebagainya.

Keenam. Lakukan soil test. Kita takut air banjir membawa perubahan kepada sifat kimia tanah. Do a full soil test. Ambil dari semua green yang terlibat dan bandingkan dengan satu dua green yang tidak kena banjir jika ada. Untuk padang rumput yang besar; ambil di beberapa tempat yang di tenggelami air dan bandingkan di kawasan yang tidak di tenggelami air, bukan dari daerah atau padang lain: di padang yang sama. Ya. Padang bola pun mesti buat soil test. Sekarang ia boleh di lakukan di makmal tempatan, layari http://www.sgs.com. Anda boleh gunakan university tempatan tetapi dari pengalaman saya, ia lebih mahal, lebih lambat dan perlukan penterjemahan oleh seorang agronomist. Dan lakukan ia setahun sekali atau dua kali  supaya kita dapat memantau perubahan.

Selamat Mencuba!

Posted in Fields, Golf Course, Greens, Lanskap, Rumput, Taman | Tagged: , , , , | 1 Comment »

A friend in need…

Posted by mynormas on February 4, 2014

Managing a golf club is difficult and expensive. Maintaining a golf course or field is challenging. I’ve been there, done that and would like to share my experiences: hence this website, a couple of books that I’m working on and a consultancy.

Its a pity some clubs practice the saying “a consultant is someone called in at the last minute to share the blame” to the extreme, because though my charges are considered expensive by Malaysian standards, getting it wrong is an even more expensive and embarrassing.  And boy, have I seen some major lessons.

From bad choice of grass (I wouldn’t call it ‘wrong grass’, just ‘bad choice’) to expensive selection of machinery to dead grass, I’ve seen them all.

I don’t do cheap and I rarely give discounts. What I do give, is free service. Yes.  Free. But only one time. Not even transport cost if you are in the Klang Valley or in the general area of where I will be if outside the Klang Valley. One day or one inspection round (I don’t play  during work).

Some days what you or your people need is just a second opinion, or even a third one when there is conflict. I can do that.

Why am I making this offer? Well, a friend faced a major problem today and we communicated. I could feel the relief he felt being able to discuss with someone sincere and

image

not trying to sell him anything.  Did I solve his problem? He did it himself, I just facilitated his reasoning with stuff that he already has in his store.

What’s in it for me? It felt good. It felt good because I helped a friend. It felt good because I had a hand in making one golf course better. It felt good because I learnt a new thing or two.

So go ahead. Give me a call. Or email me. Or if you are embarrassed, get a temporary Yahoo or Gmail email under a fake name and write a question on this website so others can benefit or even contribute. If you email me under a fake name, I may take my time to reply and chances are, I will put it up on this website anyway.

My email for Q&A is mynormasATconsultant.com (replacing the AT with @) and my Malaysian office number is o3 5131 oo66. Do let it ring, we do a lot of field work and the call will be transferred to a mobile phone if no one picks up.

Oh… if you have any special requests for a topic to discuss or write about (because you want to show it to someone) that can work too. Maybe. It depends on the relevance and my time.

So good luck and Happy New Year!

Posted in Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Padang, Padang Golf | Tagged: , , , , , , , | 4 Comments »

Jangan tanam rumput

Posted by mynormas on January 19, 2013

Tak terbela? Jangan tanam!

Tak terbela? Jangan tanam!

“Don’t plant grass” may sound like a strange advice from someone whose career is about planting grass. But I see too many people who plant grass and they can’t maintain it. I use to plant  grasses similar with golf course greens  at people’s houses about 15 years ago then I realized that most regular houseowners can’t maintain the types of grass you plant in golf course rough; forget the type on greens. Come to think of it, there are some houseowners who I would advise not to even plant shrubs or trees: if you can’t look after it; don’t let the contractor talk you into planting it.

Travellers palm with 2 kids.

Travellers palm with 2 kids.

Jangan tanam rumput kalau anda tak boleh jaga. Ataupun pilih rumput yang mempunyai sifat mudah di jaga. Banyak jenis rumput yang nampak cantik di padang golf, di padang bola, di rumah kawan, di nursery dan di rumah Hajah Limah hujung jalan. Tapi sebelum membuat keputusan untuk menanam rumput yang sama di rumah kita, tanya dulu samada kita boleh jaga ataupun samada tempat kita mempunyai kesesuaian untuk di tanam rumput jenis itu.

rumput  karpet tak berpotong.

rumput karpet tak berpotong.

Pertama sekali ialah tentang isu cahaya matahari atau sunlight. Kedua ialah tentang penjagaan. Kebanyakkan rumput padang golf perlu di potong SEKURANG-KURANGNYA seminggu sekali, kalau lepas baja seminggu dua-tiga kali. Musim hujan atau tempat yang redup ia akan perlu dipotong lebih kerap lagi. Bukan itu sahaja, kadang-kadang kawasan itu terlalu kecil untuk di tanam rumput; nak potong susah dan juga kekadang ia jadi tempat orang pijak untuk jalan.

Cari alternatif lain. Guna rumput yang mempunyai warna hijau gelap secara semulajadi, pertumbuhan yang lambat dan tahan redup. Contohnya – dan saya tahu ramai orang tak suka dengar saya cakap ini – ialah cowgrass. Kalau anda nak rasa bangga dengan carpetgrass dan anda mampu jaga, bahagikan lanskap supaya kawasan yang redup sahaja di tanam dengan cowgrass.

Ataupun gunakan shrub yang tahan redup. Contohnya – alamak, masa ni lah pulak aku hilang ingatan… apabenda discolor. Tanyakan saja di nursery ataupun dengan contractor; pokok tahan redup. Ingat satu perkara, contractor buat duit melalui berapa banyak pokok yang di tanam so jangan ikut sangat jumlah pokok yang dia cadangkan.

Rheo discolor! Baru ingat nama.... Lihat di belakang tu mereka guna batu dan juga creeper menggantikan rumput.

Rheo discolor! Baru ingat nama…. Lihat di belakang tu mereka guna batu dan juga creeper menggantikan rumput.

Ataupun guna batu hiasan, batu putih, batu karang, batu kecik, batu besar, batu gajah….

Ataupun gunakan rumput plastik. Zaman sekarang, rumput plastik nampak macam rumput betul.

Ataupun simen dan tile sahaja halaman, zaman sekarang tile pun cantik. Pokok bunga dalam pasu. Bunga plastik pun boleh. Seburuk-buruk simen pun, saya guarantee ia akan lebih cantik dari rumput yang dah bercampur rumput liar, panjang, suami buang puntung rokok, ada mainan anak yang hilang masa dia kecik dulu dan juga taik kucing.

Senang nak bela.

Senang nak bela.

Ataupun, cari kontraktor maintenance. Diaorang akan potong rumput, trim pokok dan shrub serta buang sampah. Saper dapat nama? Tuan rumah….

 

Posted in Lanskap, Taman | Tagged: , , | 1 Comment »

Mengawal serangga

Posted by mynormas on August 29, 2012

Saya mintak maaf kepada beberapa pembaca yang belum sempat saya balas email soalan mereka. Beri saya seminggu dua lagi. Anyway banyak soalan yang saya terima adalah berkaitan dengan penyediaan tapak ataupun serangga perosak. Saya dah ada artikel tentang penyediaan tapak, so sekarang saya nak ‘tunjuk’ satu cara untuk mengawal serangga perosak menggunakan bahan yang selalu saya cerita dari dahulu lagi: sabun pencuci pinggan. Saya akan gunakan video dari Youtube.

Video ni dari Australia so jenama sabun mungkin berbeza, tapi lebih kurang sahaja dengan jenama sabun pencuci pinggan lain di malaysia. cuba dengan apa yang kita ada di rumah sekarang. Alat yang digunakan oleh mereka mungkin jenis yang menggunakan venturi, kalau tak ada, gunakan sahaja penyembur yang boleh di beli di kedai hardware dan bancuh dengan sabun seperti yang di tunjuk.

Kalau ada soalan tanya di bawah, kalau ia membantu, tolong komen atau kata ‘terima kasih’ atau share atau Like this video.

Selamat mencuba!

Posted in Lanskap, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , | 1 Comment »

Cara potong rumput.

Posted by mynormas on August 7, 2012

Ini kali kedua saya post tentang cara potong rumput ini. Cuma beza nya, sekarang saya baru perasan bahawa mungkin perlu penerangan lebih sikit dari saya tentang apa yang dia cakap itu. Jadi saya akan buat beberapa nota secara ‘point form’ sebelum anda menontonvideo nya.

Cara yang lebih baik dari bercerita ialah melalui melihat. Saya dapat video ini dari Youtube. Ia adalah video ketiga, tapi video pertama dan kedua lebih kepada iklan mesin mereka.

Tapi saya memang mencadangkan tuan rumah menggunakan mesin letrik untuk kawasan kecil. Yang saya pernah jumpa di Malaysia ialah jenama Black and Decker (seperti di video ini) dan juga jenama Bosch. Kedua-dua nya boleh didapati di kedai hardware Ace. Satu lagi ialah Husqvarna. Bandingkan sendiri untuk tahu lebih lanjut. Saya tidak merekomen apa-apa jenama khusus.

  • dia mencadangkan mower elektrik tanpa wayar (batteri) kerana ia lebih mudah di jaga dari mower petrol.
  • Potong satu kawasan kecil sahaja dulu untuk mempastikan tidak memotong terlalu banyak daun rumput. Undang2 tidak rasmi memotong rumput ialah tidak memotong lebih dari satu pertiga daun. (anda boleh dengar dia kata ‘one-third rule’)
  • Jika terlalu rendah, hentikan mesin, matikan enjin dan naikkan pisau.
  • Jika anda menggunakan mower yang mempunyai bakul seperti dia dan terdapat banyak sampah rumput tertinggal di belakang, tinggikan sdikit lagi pisau dan potong lebih perlahan (jangan jalan laju)
  • Elakkan mesin dari terkena batang pokok
  • Untuk mesin elektrik tanpa wayar, kita boleh memotong dari beberapa arah sehingga seluruh kawasan di potong.
  • Untuk mesin yang berat, elakkan dari memotong pada tempat yang sama setiap kali kerana ini akan menjadikan kesan tayar.
  • Untuk mesin letrik yang mempunyai wayar, mulakan ptongan di kwasan yan gpaling dekat dengan punca letrik (biasanya rumah)dan bergerak makin jauh.
  • Kekalkan wayar letrik di kawasan yang SUDAH di potong.
  • Potong pergi dan balik dan jangan potong dalam bulatan kerana anda akan terpintal dalam wayar letrik tersebut.
  • Sampah tersebut boleh di biarkan reput dan menjadi kompos ataupun di pungut sebagai sampah.

 

Posted in Landscape, Lanskap, Rumput halaman rumah | Tagged: , , | Leave a Comment »

Gardening stuff in Giant

Posted by mynormas on April 21, 2012

I was in Giant hypermarket in Puchong Kinrara today and decided to check out some stuff that some readers have been asking.

They do sell chemical fertilizer: don’t buy if you are a hobby gardener. Chemical fertilizer has too small margin of error for the average home-owner.  They also sell organic fertilizer; this you should use. How to tell which is which? Well they usually mention the word ‘organic’ on the label if it is organic fertilizer. Anyway most organic fertilizer won’t contain more than 8% Nitrogen in its N:P:K.

They do sell “tanah hitam” or ‘black soil’ cheap.

They also sell rotary mowers.

Posted in Landscape, Lanskap, Rumput halaman rumah | Tagged: , , | Leave a Comment »

Cara potong rumput.

Posted by mynormas on April 6, 2012

Cara yang lebih baik dari bercerita ialah melalui melihat. Saya dapat video ini dari Youtube. Ia adalah video ketiga, tapi video pertama dan kedua lebih kepada iklan mesin mereka.

Tapi saya memang mencadangkan tuan rumah menggunakan mesin letrik untuk kawasan kecil. Yang saya pernah jumpa di Malaysia ialah jenama Black and Decker (seperti di video ini) dan juga jenama Bosch. Kedua-dua nya boleh didapati di kedai hardware Ace. Satu lagi ialah Husqvarna. Bandingkan sendiri untuk tahu lebih lanjut. Saya tidak merekomen apa-apa jenama khusus.

Posted in Landscape, Lanskap, Rumput halaman rumah | Tagged: , , | 2 Comments »

 
%d bloggers like this: