Join 2,475 other subscribers
Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah di beri tanpa sebarang waranti atau gerenti, samada di lafazkan atau ditafsirkan. Saya tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk sebarang risiko berkenaan kesesuaian atau ketepatan maklumat dalam laman web ini. Saya tidak akan, dalam sebarang keadaan, bertanggungjawab untuk sebarang kerosakkan secara khusus, tak langsung atau diakibatkan oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil dengan bergantung atau berdasarkan kepada maklumat di dalam laman web ini.
The information in this web site is provided without warranty of any kind, either expressed or implied. I do not accept any responsibility for any risks concerning the suitability and accuracy of information in this site. I will in no event be liable for any special, indirect or consequential damages or any damages whatsoever, whether in an action of contract, negligence or other action, arising out of or in connection with reliance on or the use of any information in this site.
© Normas Yakin and Pakar Rumput, 2012. Unauthorized use and/or duplication of this material without express and written permission from this site's author and/or owner is strictly prohibited. Excerpts and links may be used, provided that full and clear credit is given to Normas Yakin and Pakar Rumput with appropriate and specific direction to the original content.
ila said
rumput nie kalau cabot pon masih tumbuh lagi susah btoll nak buang..racun karang!!
LikeLike
sue said
salam encik..
nak tanya.. kalau halaman kecil di depan rumah utk saiz 22X70, rumput jenis apakah yang sesuai di tanam.
yg tak memerlukan penjagaan & belanja yg banyak. senang di selenggara. senang juga kalau nak tanam pokok lain atas dia.
tq.
LikeLike
mynormas said
Puan,
Apa yang puan cakap tu akan mempunyai satu masalah sahaja: kurang cahaya matahari. Ada tiga jenis rumput yang boleh di tanam: Cowgrass, Pearlgrass dan Serangoongrass. Diantara tiga ni, saya cadang puan pilih Cowgrass atau Pearlgrass kerana lebih senang di dapati dan warna hijau gelap. Serangoon berwarna hijau muda. Cowgrass paling kurang isu berbanding Pearlgrass yang tak tahan air bertakung ataupun terlalu panas terik. Beli yang di jual dalam kaki persegi bukan per lori atau per tan.
Selamat mencuba!
LikeLike
mohamad said
Rumah baru nak pindah bulan Disember ni dan banyak batu dlm laman. Rumput menjalar. Tolong bg tip.
LikeLike
mynormas said
Kutip batu. Buang rumput. Buang 6 inci tanah atas. Bentuk kan tanah supaya air tidak bertakung. Tambak pasir 6 inci, bagi rata. Tanam rumput.
LikeLike
Ahmad said
Assalamualaikum Tuan Normas, rumah baru saya hanya ada kawasan bertanah sekitar 4×10 sahaja. Saya bercadang membuang tanah merah/oren (yg diberi pemaju) sedalam 3-4inci dan menggantikannya dengan tanah gambut 90% + tanah bakar10% (diambil dari kampung-kawasan sawit) dan bercadang nak tanam rumput mutiara keseluruhannya. Soalan saya, adakah idea ini sesuai?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam.
Jangan guna tanah gambut. Ia akan memegang air dan berkemungkinan ada penyakit dalam bahan organic nya. Saya cadang tuan guna 90%pasir dan 10% tanah bakar.
LikeLike
Ahmad said
timakasih atas pandangan tuan, nasib baik blum buat lagi….
LikeLike
syafinaz said
assalamualaikum..tuan normas saya nk tanya apakah kepentingan dan kekangan kepada rumput axanopos compressus
LikeLike
mynormas said
Axonopus compressus (ada pendapat mengatakan Paspalum conjugatum) ialah rumput yang popular di Malaysia dan mudah di jaga.
Tidak perlu banyak baja dan tidak mempunyai banyak musuh (serangga atau penyakit). Ia tidak cepat panjang kecuali jika terlalu banyak baja atau terlalu banyak lindungan. Sesuai utk kawasan berpokok.
Mempunyai akar yang cetek oleh itu tidak tahan kemarau. Daun yang besar; tidak di anggap menarik oleh kebanyakkan penggemar lanskap.
Nota: Pearlgrass ialah suatu cultivar dari Cowgrass. Mempunyai warna hijau pekat, ia tumbuh lebih rapat dari Cowgrass: lebih rapat ke tanah dan satu sama lain. Saya sangat mengesyorkan rumput ini untuk halaman rumah.
Rumput mutiara
LikeLike
Asri said
Salam tuan…mohon pandangan yang mana lebih sesuai ditanam…lebih mudah dijaga dan kurang kos antara Serangoon grass dengan Japanese grass..
Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Salam.
Serangoon. Ia tahan redup, perlu kurang baja dan lambat panjang.
LikeLike
Nadira said
As salam, encik normas.
mohon cadangan rumput yang mana sesuai untuk kawasan terdedah dengan cahaya matahari dan lambat panjang.
LikeLike
mynormas said
Salam. Hanya ada 3 jenis rumput yg lambat panjang, Cowgrass, Pearl grass dan Serangoon. Serangoon dah tak di jual lagi. Pearl grass tak tahan matahari. Cowgrass saja lah.
LikeLike
Razimah said
Assalam…rumah saya mempunyai halaman tang luas,didirikan diatas bukit yang diparaskan…mendapat cahaya matahari terik dari pagi hingga petang.Saya menanam rumput untuk menahan tanah dari dibawa air hujan ke bawah…rumput yang dibekalkan kepada saya bercampur campur jenisnya.waktu itu saya saya tiada pengetahuan mengenai rumput.Baru baru ini rumput saya diracun sehingga mati semuanya.Saya ingin menanam semula…rumput apakah yang sesuai sebab pokok pun tidak mahu tumbuh di halaman saya sebab tidak subur.Rumput apakah yang sesuai dan tidak perlu kerap dipotong…saya ingin menanam rumput dengan biji benih…di mana saya boleh dapatkan benih tersebut..harap encik dapat menolong…terima kasih
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Puan, saya cadangkan Cowgrass untuk rumput yang subur dan tidak perlu kerap di potong. Kelemahan Cowgrass ialah ia mempunyai akar yang pendek, jadi kurang sesuai untuk slope yang curam. Jangan beli Cowgrass yang murah jika tidak mahu bercampur dengan rumput liar. Rumput dengan biji benih susah sikit nak di mulakan kerana biji benih akan hanyut dari awal lagi. Tapi kalau perlu, boleh di cari di kedai hardware.
LikeLike
Shah said
Salam tuan.. Saya berminat dengan serangoon. Dimanakah saya boleh dapatkannya tuan..terima kasih
LikeLike
mynormas said
Salam, satu satu nya nursery yg jual, dah tutup. Maaf. Saya tak tahu siapa lagi jual.
LikeLike
Mahadi said
Assaam tuan,
Mohan cadangan jenis jenis rumput yang boleh tumbuh di tanah kebanyakan di Malaysia, yang tumbuh mendatar, lambat tinggi dan tahan hakisan. Tkasih
LikeLike
mynormas said
Cowgrass boleh tumbuh di kebanyakan tanah di Malaysia, tumbuh mendatar dan lambat tinggi. Tapi ia tidak tahan hakisan.
Zoysia boleh tumbuh di kebanyakan tanah di Malaysia, tidak tumbuh mendatar, cepat tinggi tapi tahan hakisan.
Bermuda boleh tumbuh di kebanyakan tanah di Malaysia, tumbuh mendatar, cepat tinggi dan kurang tahan hakisan.
LikeLike
Asnawi said
Assalamulaikum tuan, saya ingin menanam rumput karpet filipina di halaman rumah dan tanah sya jenis campur pasir pantai dan tanah hitam lembut (rumah berada 3km away from pesisiran pantai)..adakah perlu sye letak pasir pantai sebelum tanam rumput tersebut? ade tips utk tanam rumput tersebut utk tumbuh dengan baik? Terima kasih!
LikeLike
Asnawi said
eh silap bukan letak pasir pantai,perlu letak pasir sungai?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam.
Memang perlu pasir sungai atau lombong yang jauh dari laut.
Yang penting ialah saliran yang baik so pasir tu, minimum 6 inci . Juga siraman guna air paip , perlu ada waktu musim kemarau.
Selamat Mencuba!
LikeLike