Kembali Bekerja: Golf
Posted by mynormas on May 5, 2020
Anda kini akan kembali bekerja? Jangan lupa bahawa coronavirus yang bernama Covid-19 masih lagi bersama kita dan kita mesti patuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
Selain itu saya telah mengumpulkan beberapa peraturan dan peringatan dari National Golf Foundation dan Golf Course Superintendent’s Association of America untuk kegunaan kita. Silakan baca, guna dan sebarkan tetapi ingat bahawa ini dan seumpamanya tidak lengkap dan tidak berguna kalau kita tidak berwaspada sentiasa. Link kepada maklumat mereka di bawah artikel ini.
PENTING! JANGAN DATANG KERJA JIKA ANDA RASA SAKIT! Terutamanya jika melibatkan suhu badan naik, batuk atau selsema. Ia mungkin selsema atau batuk biasa tetapi hormati keselesaan orang lain.
INGAT! KITA PERLUKAN CUSTOMER DAN KITA MAHU DIA LIHAT KITA MENGAMBIL SERIUS TENTANG ISU INI, RASA YAKIN DENGAN KELAB KITA DAN DATANG LAGI. ANDA AMBIL SAMBIL LEWA, DI ZAMAN MEDIA SOSIAL INI, ANDA (DAN KELAB ANDA) BOLEH JADI TERKENAL DENGAN MUDAH. Begitu juga jika kita ambil penting dan mereka kagum, anda dan kelab boleh jadi terkenal dan lebih ramai pemain akan datang.
Am
- Virus ini disebarkan melalui sentuhan dan titisan air (droplets) maka kita kurangkan sentuhan dengan orang lain dan barang yang telah disentuh oleh orang lain dan mengamalkan penjarakkan sosial dengan semua orang yang tidak tinggal bersama kita.
- Virus ini juga mudah dihapuskan dengan air sabun, pilihan kedua ialah cecair pembasmi kuman. Jika anda menggunakan hand-sanitiser, pastikan kandungan alkoholnya ialah 60% etanol ataupun 70% isopropanol. Tak pasti? Pilih yang 70% alkohol.
- Amalkan basuh tangan dan lain-lain amalan kebersihan yang sesuai selalu.
- Elakkan berinteraksi dengan pemain golf jika boleh dielakkan.
- Jika perlu berinteraksi dengan sesiapa, gunakan topeng muka yang bersesuaian.
- Anda mungkin rasa anda selamat tetapi kita mempunyai pelanggan yang mungkin lebih sensitif samada secara fizikal (mudah sakit) atau mental (tak mahu orang lain mendekati mereka).
Pentadbiran
- Lap dan nyah-kuman punch-card terutamanya jika anda menggunakan thumbprint scanner. Jika khuatir cermin scanner boleh rosak, gunakan punch card untuk sementara waktu.
- Elakkan mesyuarat atau briefing. Sebar maklumat melalui group WhatsApp atau notis di papan kenyataan atau sebagainya.
- Lakukan nyahkuman selalu di kawasan awam seperti tempat rehat dan tandas umum.
Pekerja
- Amalkan waktu kerja fleksi dan berperingkat untuk mengurangkan staff berkumpul.
- Tentukan dan tandakan tempat staff duduk atau berada untuk mempastikan mereka sentiasa pada jarak enam kaki dari satu sama lain.
- Asingkan peralatan kepada setiap pekerja; jangan kongsi peralatan.
- Tentukan siapa bawak mesin apa; jangan kongsi mesin.
- Elakkan dari kerja yang memerlukan pekerja perlu bekerja rapat diantar satu sama lain seperti mengumpul sampah hollow-tine atau manual topdressing. Lakukan solid-tining dan topdress menggunakan jentera.
- Elakkan waktu makan serentak. Cuba buat waktu rehat atau makan berperingkat (staggered) supaya tidak terlalu ramai orang di kantin pada satu-satu masa (ya, sekarang puasa tapi selagi vaksin tidak diketemukan, kita perlu amalkan semua ini lama lagi)
- Jangan batuk, bersin dan meludah secara terbuka. Jika anda ada masalah batuk, bersin dan berkahak; PULANG ke pejabat dan hubungi pihak atasan untuk nasihat.
Peralatan
- Elakkan berkongsi peralatan.
- Cuci bahagian-bahagian yang selalu disentuh dengan air sabun selama 20 saat. Ini termasuk stereng, tempat duduk, sebarang jenis pemegang dsb.
Lokasi-lokasi Padang
- Elakkan berehat di tempat awam (halfway hut, starter hut atau kerusi di tee).
- Jika anda menggunakan tandas awam, amalkan membasuh tangan dan juga apa-apa lagi yang anda pegang (tombol pintu, kepala paip dan sebagainya)
For your info
Selain dari itu, untuk pengetahuan, pihak pengurusan kelab mungkin akan menjalankan pemeriksaan suhu badan sebelum anda masuk kerja dan akan langkah-langkah lain yang bertujuan mengurangkan sentuhan pemain golf di padang seperti:
- Membawa pulang ball-washer, bunker rake dan sebagainya.
- Menjadikan bola tidak masuk ke dalam lubang (samada menggunakan paip PVC, span ataupun menterbalikkan cup pin supaya golfer tidak perlu sentuh tiang bendera dan membongkok mengambil bola dari dalam lubang).
Rujukan.
- https://www.thengfq.com/2020/05/protecting-golfers-and-course-staff-amid-coronavirus-outbreak/
- https://malaysiagazette.com/2020/03/31/sabun-mandi-lebih-baik-daripada-cecair-pembasmi-kuman/
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19#Penjarakkan_sosial
- https://www.gcsaa.org/resources/covid-19-pandemic-resources
- Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply