Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Rumput halaman rumah’ Category

Tentang masalah yang di hadapi oleh penggemar rumput lanskap di halaman rumah.

Gelek gelek

Posted by mynormas on August 28, 2020

Saya bukan orang yang suka gelek padang. Saya menganggap gelek padang menambah mampatan permukaan.

Dan jika padang yang dibuat dengan “topsoil” yang mempunyai struktur tanah berbeza-beza; sebahagian yang dapat topsoil banyak tanah liat akan lembut, yang banyak pasir, akan keras.

Namun begitu, saya terima kenyataan bahawa menggelek adalah suatu keperluan dalam operasi penyelenggaraan padang.

Saya gunakan roller ringan (walaupun nampak besar, tapi kosong isinya) maka take away point ialah roll padang anda dengan roller yang ringan (berapa berat? Asal ia mampu leperkan taik cacing pun okay dah) dan jarang-jarang (berapa jarang? Seminggu sekali cukup).

Jika roller anda mampu menggerakkan tanah; ia terlalu berat (atau padang terlalu basah). Jika lantunan bola terlalu kuat atau bila anda lompat anda rasa macam simen, maka anda terlalu kerap roll (atau “topsoil” anda sebenar nya ialah tanah liat).

Maka take away point kedua saya ialah elakkan menggunakan topsoil tapi amalkan sistem rootzone yang lebih sesuai utk cuaca kita.



Read the rest of this entry »

Posted in Fields, Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | 2 Comments »

Ketinggian Potongan

Posted by mynormas on July 20, 2020

Saya agak hairan bila tanya penjaga padang “Berapa ketinggian potongan?” dan jawapan yang saya terima ialah “Saya potong pada ‘nombor 3’ hari ini”. Mereka merujuk kepada nombor pada setting tepi mesin itu kerana mereka tidak pasti tentang ketinggian potongan.

Tidak salah untuk menggunakan nombor setting untuk menceritakan tentang potongan tetapi kita perlu tahu tentang berapa tinggi rumput kita untuk alasan berikut:

  1. Mengikut piawaian (contohnya FAM menetapkan ketinggian rumput padang bola sebagai 25mm dan beberapa persatuan golf mempunyai ketetapan ketinggian berbeza untuk permainan masing-masing).
  2. Keseragaman pemotongan, jika terdapat dua atau tiga mesin yang digunakan. Setting 3 pada mesin A mungkin tidak sama pada mesin B dan sebagainya. Sebenarnya 25mm pada mesin A juga mungkin tidak sama pada 25mm mesin B tetapi perbezaan nya mungkin tidak ketara (sehinggalah kita bicara tentang ketinggian potongan 10mm ke bawah)
  3. Tujuan tertentu: Pemotongan pada ketinggian tertentu mempunyai tujuan berbeza kepada kawasan-kawasan tertentu. Contohnya rumput yang dipotong tinggi (seperti rough sekunder di padang golf) akan menggalakkan pemain tidak pergi kesitu dan rumput yang dipotong amat rendah akan membantu pergerakan bola yang lebih laju (pada had tertentu).

    rough height

    Rumput rough sekunder di padang golf yang dipotong sehingga 75mm (tiga inci) untuk memaksa pemain mencari tempat lain untuk bermain.

  4. Kecantikan: Pemotongan pada ketinggian berbeza akan memberi perbezaan warna dan boleh menjadi satu sumber untuk kecantikan padang. Awas: Belang bukan datang dari perbezaan ketinggian: pewarnaan rumput belang datang dari arah potongan.

    different heights colour

    Nota: bukan ketinggian yang betul; hanya sekadar anggaran untuk melindungi dari peniruan.

Apakah ketinggian rumput yang betul? Tidak ada satu ketinggian yang betul. Kebanyakan rumput mempunyai julat (range) pemotongan yang banyak dengan had-had tertentu. Misalnya Cowgrass sukar untuk mencapai ketinggian melebih 40mm melainkan ia tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Begitu juga kebanyakan hybrid super atau ultra dwarf.

Kebanyakan rumput juga mempunyai had rendah; potong terlalu rendah dan ia tidak mempunyai cukup daun untuk fotosintesis dan akan mati cepat.

Umumnya, lebih rendah pemotongan sesuatu kawasan, lebih kerap ia perlu dilakukan kerana menurut peraturan satu pertiga: kita tidak boleh memotong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput pada satu-satu masa.

Maka, Cowgrass biasanya dipotong pada ketinggian 15 – 30mm, sebuah padang bola seharusnya dipotong pada ketinggian 25mm iaitu satu inci. Namun saya pernah jumpa kawasan Cowgrass dipotong pada ketinggian 8mm (serius; tak cantik pun) dan saya pernah dapat arahan dari jurulatih untuk potong hingga 12.5mm iaitu setengah inci. Pada setengah inci, bola lebih laju tetapi padang lebih cepat rosak.

Di mana kita ukur ketinggian rumput? Sebaik-baiknya dan sebetul-betulnya ia diukur pada ketinggian pisau pemotong dari aras tanah. Kita boleh semak dengan ketinggian rumput di padang juga menggunakan satu pembaris tapi ingat untuk tekan pembaris itu ke dalam mengikut berat pisau pemotong (maksud saya jangan sekadar ‘letak’ pembaris atas padang; lagi berat mesin kita, lagi kuat kita tekan).

cut rotary height quality

Rumput yang dipotong pada 5cm atau 2inci dengan pisau rotary yang kelihatannya seperti pisau yang tumpul (lihat kerosakkan pada hujung rumput).

Selamat mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , | 2 Comments »

Lembu dan Kerbau.

Posted by mynormas on July 12, 2020

Saya sering dengar tentang masalah rumput yang baru diterima tidak sama dengan rumput sedia ada.

Kadang-kadang ini disebabkan oleh pembelian dari nursery yang berbeza (walaupun anda beli dari satu “company” nursery yang sama tetapi hakikatnya, mereka sub-beli atau ambil dari nursery di lokasi berasingan).

Yang menjadi masalah ialah bila rumput yang diterima berlainan warna (itu kalau nasib baik). Ini berlaku kerana satu nursery menggunakan baja yang berbeza dengan nursery lagi satu, atau satu nursery tidak membaja langsung atau penjadualan pembajaan tidak sama dan ini boleh diburukkan bila satu nursery itu “lebih tua” dari nursery satu lagi, ini menyebabkan tanah di nursery itu telah “kering” nutriennya akibat dituai berulangkali. Ditambah pula kebanyakan nursery menggunakan hanya baja urea yang mengandungi satu sahaja nutrien: nitrogen.

Perbezaan “pemakanan” nutrien di nursery menghasilkan rumput dengan warna berbeza hijaunya. Kita tak nampak hingga lah bila di tanam bersebelahan satu sama lain.

Rumput yang berasal dari nursery kurang nitrogen (ni dah kira penderaan dah ni) akan berwarna kekuningan. Rumput dari nursery yang tiada Fosforus akan mempunyai rumput dengan hujung merah. Rumput kurang zat mikronutrien berwarna keputihan dan sebagainya.

Maka tersebutlah kisah saya pernah mendapat panggilan dari dua negeri di utara Semenanjung; satu dari kontraktor yang mengadu bahawa rumput yang dah ditanam tak sama dengan rumput asal (kerja pembaikan). Panggilan kedua ialah dari agensi kerajaan yang menuduh kontraktor membekal rumput yang tidak mengikut spesifikasi. Kedua dua panggilan dari padang, negeri dan masa yang berbeza, cuma kebetulan isu yang sama dari pandangan bertentangan.

Apa yang mungkin berlaku, jika bukan disebabkan oleh perbezaan warna seperti di atas, ialah kekeliruan tentang spesis rumput.

Saya bernasib baik baru² ini terjumpa sebuah padang dimana dua spesis rumput telah ditanam sebelah menyebelah.

Satu ialah rumput Cowgrass (Axonopus compressus) dan satu lagi yang saya panggil Buffalograss (kemungkinan Paspalum conjugatum atau mungkin Axonopus spesis lain juga).

Sebelah kiri ialah Cowgrass dan sebelah kanan ialah apa yang saya kenali sebagai Buffalograss.

Anda boleh lihat dan nilai sendiri. Keduanya tidak “betul atau salah” di mata saya dan ini bukan isunya. Kedua-dua nya boleh digunakan sebagai rumput padang tetapi jika anda telah menerima atau memberi spesifikasi Cowgrass atau Buffalograss, maka kena lah tepati nya.

“Buffalograss”. Gunakan pembaris dan ukur lebar daun berbanding rumput di gambar di bawah.
Cowgrass

Saya ada beberapa cadangan:

1. Beli rumput (maksud saya bayar dulu) sebelum tiba waktu tanam. Pilih rumput sebesar padang anda kemudian bayar deposit dan beritahu nursery ini rumput anda, tolong jaga sampai waktu anda nak tanam.

2. Bawa contoh rumput yang anda mahu, bukan gambar di handphone, bukan ingatan dalam kepala.

3. Pada hari tuaian rumput (mungkin sehari sebelum tanam) anda akan hantar wakil utk saksi penuaian ialah di kawasan yang telah anda pilih (dan bayar) sebulan dua dulu.

4. Jangan beli rumput yang paling murah jika anda mahu kualiti.

5. Utk padang bola atau lain² kawasan besar, elakkan rumput yang ditanam dalam plastik. Hanya beli rumput yang ditanam di tanah dan dituai dengan sodcutter.

Selamat mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Read the rest of this entry »

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , | 2 Comments »

Rumput merah

Posted by mynormas on May 28, 2020

Pernahkah anda ada rumput yang hujungnya bertukar warna merah? Bukan seluruh rumput, hanya hujungnya. Sebelum itu rumput berwarna hijau, tiba-tiba satu hari anda lihat hujungnya berwarna merah.

Sod Cowgrass merah dikeliling Cowgrass hijaurumput merah

Ada tiga sebab ini boleh berlaku. Di sini saya nak cerita tentang satu sebab saja. Lain kali kita cerita tentang sebab lain.

Sebabnya ialah: Kekurangan zat Fosforus (simbol P pada beg baja).

Malangnya jika anda tabur baja yang tinggi P contohnya baja DAP (DiAmmonium Phosphate, bukan nama parti politik), rumput anda mungkin bertukar jadi hijau sementara sahaja sebelum ia bertukar menjadi merah semula.

Saya teringat bahawa pH tanah akan mempunyai kesan kepada apa zat yang boleh diserap oleh akar rumput. Memang betul, jika pH rendah, rumput tidak boleh serap P melalui akarnya.

soil pH

Maka bila saya cek, saya baru kesan bahawa satu padang bola yang mempunyai masalah rumput merah mempunyai nilai pH yang amat rendah (bermaksud tanah itu berasid) dan tanah yang mempunyai pH kurang dari 5 akan ‘memegang’ Fosforus dan rumput tak dapat menyerapnya. Tentunya saya perlu cek di beberapa tempat di satu padang itu (bukan satu tempat saja kemudian mengambil kesimpulan).

pH padang

Maka langkah saya yang seterusnya ialah:

  1. Pastikan rumput mendapat P dari baja foliar dan lupakan baja tabur buat sementara waktu.
  2. Perbaiki pH tanah menggunakan kapur lime CaCo3 (kalsium karbonat) atau gypsum.

Sekarang sedang giat membuat rancangan baru.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Jika anda ingin membeli radas untuk mengesan kelembapan atau keasidan tanah, ini, hubungi saya. Saya bantu. Lebih kurang RM300 tak termasuk kos penghantaran. Buatan Jepun, di hantar dari Singapura. Atau anda boleh beli sendiri dari harga RM8.50 pun ada, RM10,000 pun ada dan beri sumbangan sedikit untuk saya yang telah memberi idea ini kepada anda.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Posted in landskap, Lanskap, Maintenance, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , | Leave a Comment »

LANDSKAP BHG 4

Posted by mynormas on May 9, 2020

Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 4 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KEEMPAT. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.

Seterusnya ialah langkah-langkah perbincangan itu di adakan. Bagaimana cara untuk membuat rekaan landskap secara mudah?

Langkah-langkah:

  1. Buat keputusan tentang keperluan dan kemahuan keluarga anda. Apakah kegunaan landskap itu nanti? Jika anda mahu ia berfungsi sebagai tempat riadah atau bersenam atau bersantai, maka anda mungkin mahukan kawasan rumput yang lebih besar. Jika anda mahukan ia sebagai tempat anda menghabiskan masa lapang sebagai hobi, maka anda perlu utamakan pokok kegemaran anda ataupun pokok dalam pasu yang lebih mudah di tukar bila dah jemu. Beri perhatian juga kepada berapa banyak masa anda mampu luangkan untuk penjagaan landskap anda.
  2. Kenali kawasan anda. Mungkin ada kawasan anda yang tak boleh atau tak mahu di ubah (contohnya jalan masuk atau pokok besar).
  3. Jika kawasan anda besar, anda mungkin perlu membuat penanaman secara berperingkat. Tapi rekaan mesti di buat secara keseluruhan.
  4. Cari atau buat suatu peta kawasan anda. Lukis ‘pandangan satelit’ dan pastikan ia bersekala (ukuran yang mengikut skala). Contohnya; apa-apa yang panjangnya 1 meter di atas mukabumi, lukiskan ia sebagai 1 sentimeter di atas kertas.
    Lukiskan juga: rumah atau bangunan lain dalam kawasan anda. Pagar atau sempadan (jangan terlandskap tanah orang!). Kawasan merbahaya seperti longkang terbuka, paip bawah tanah yang cetek, wayar letrik (sambungan ke eletric gate) dan sebagainya.

    Master plan of house

    simple layout of rumah dan laman. Guna Excel (buku matematik pun boleh)

  5. Ambil sekeping kertas nipis (kertas surih atau tracing paper), lekapkan di atas peta tadi dan lukis idea anda. Anda boleh buat lebih dari satu idea dan labelkan setiap kertas nipis itu sebagai ‘Idea 1’, ‘idea2’ dan sebagainya. Atau jika anda guna komputer seperti saya, guna paint dan selepas setiap rekaan; Save As ‘Idea1’, ‘Idea2’ dsb.
    • Ingat, anda perlu mengikut skala peta.
    • ‘Idea1’ mungkin ada pelantar/gazebo. ‘Idea2A’ mungkin ada kolam ikan dan pokok shrub renek setinggi  dua kaki di kiri kanan jalan. ‘Idea2B’ mungkin ada kolam ikan tapi pokok palma di kiri kanan jalan. ‘Idea3’ mungkin ada banyak pokok besar dan sebagainya. Lekap kertas di atas peta dan bincang dengan “ahli jawatankuasa” anda.

      Plan Idea1

      Idea 1

    • Tak perlu letak nama pokok dahulu. Hanya letak lokasi dan saiz setiap tumbuhan dahulu. Pokok A di tengah-tengah halaman, batas B bunga warna kuning dekat tepi bilik Abang, kolam ikan sebelah tingkap Adik, Palma kecil setiap 2meter di kiri kanan jalan.

      Plan Idea2

      Idea 2

  6. Akhir sekali, rombak semula idea anda ke atas suatu ‘masterplan’ dan pastikan semua orang tandatangan. Tak pandai tandatangan suruh dia cap jari. Lepas ni jangan nak komplen.
  7. Satu lagi perkara tentang pemilihan tanaman. Saya pasti dari awal lagi anda dah tahu pokok apa nak tanam kat mana, tapi kadang-kadang bila dah lukis atas kertas baru kita nampak ‘kaitan’ pokok itu dengan tanaman, pagar, jalan ataupun rumah kita. Tapi kalau anda tak pasti pokok apa nak tanam (tapi tahu rupa, saiz dan warna) maka ada beberapa cara anda boleh pilih pokok:
    • Pergi ke nursery dan pilih.
    • Jika anda nampak pokok yang anda suka di taman bunga atau rumah Mak Limah hujung jalan, ambil gambar dan bawak ke nursery.
    • Bawak orang nursery ke taman bunga atau ke rumah Mak Limah.
  8. Lepas tu gantikan nama pokok itu ke atas ‘masterplan’ tadi. Contohnya: Allamanda kat Batas B, Green Palm kat tepi jalan, pokok Janda Merana kat tepi rumah, Ixora Sunkist tepi pagar dan sebagainya.
    Satu peringatan; pilih pokok yang sesuai dengan iklim rumah anda. Maksud saya, jangan pergi beli pokok kat Cameron Highland jika anda tinggal di Kuala Pilah.

Masterplan

Saya tahu, saya tahu, pada peringkat ini ada yang dah mengalirkan air mata kerana rasa susah sangat nak buat landskap untuk tanah sebesar stem pos. Jangan stress. Yang tertulis di atas tu hanyalah panduan sahaja dan anda boleh langkah mana-mana bahagian atau buat bahagian baru seperti yang anda rasa patut. Itu rumah anda, peduli apa orang lain cakap. Tapi landskap boleh menjadi suatu hobi dan memberi kepuasan kepada anda, jadi buat perlahan-lahan! Ikut kemampuan! Dan penting sekali; Have Fun!

Saya minta bantuan untuk ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana-mana iklan di sini. Ini semua akan membantu saya menambah pendapatan untuk terus berkongsi pengetahuan dengan pembaca. Atau anda boleh terus beri sumbangan di bawah:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in landskap, Lanskap, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta: 5. Nina.

Posted by mynormas on May 2, 2020

Ini adalah bab ke 5 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah ini dengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab 3, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan Bab 4 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB mynormas.com

Nina memandu bugi dengan perlahan. Dia tahu Roslan sakit belakang akibat kemalangan dan dia tidak mahu menjadi punca sakit itu menjadi lebih teruk. Memang bukan tugas dia tapi dia kesian melihat Roslan yang tidak mampu berjalan seperti biasa malah untuk datang kerja pun dihantar dan diambil oleh Rose, isterinya.

Isterinya. Roslan sudah beristeri, Nina mengingatkan dirinya. Kenapa kau manja sangat dengan dia? Kenapa pulak? Bukankah dia pernah memberitahu bahawa dia mempunyai masalah dengan isterinya? Bodoh. Adakah itu kali pertama kau dengar alasan yang sama?

Roslan mempunyai personaliti yang berlainan dari kebanyakan orang di sini dan bukanlah pengurus paling popular di syarikat ini. Tapi Nina tahu bahawa Roslan mencuba yang terbaik untuk menjadikan padang jagaannya dan kakitangan di bawah seliaannya sebagai yang terbaik. Dia dikutuk dan dicemuh dari belakang sedangkan depan dia, semua bermuka manis. Keikhlasan Roslan mengkagumkan Nina dan dimasa yang sama kebencian kepada hipokrit pekerja lain menyebabkan dia merasa terpanggil untuk melindungi Roslan.

“Oh…” bisik Nina bila dia hampir terlanggar akar pokok yang timbul dari tanah tapi tidak kelihatan akibat rumput panjang. Dia memandang ke arah Roslan, khuatir Roslan berasa sakit tetapi sebaliknya dia sedang tersenyum.

“Kenapa senyum?”

Roslan kelihatan terkejut, tetapi tidak menjawab. Fikir bukan-bukan lah tu. Dasar lelaki.

“Kenapa senyum?” soal Nina sekali lagi.

“Tak ada apa” jawab Roslan “kita berhenti sana” tuding Roslan ke arah tengah fairway lubang 1.

Nina patuh dan berhenti secara perlahan-lahan. Roslan turun dan memijak-mijak rumput di bawah kakinya. Kalau tak sakit belakang, harus dia dah dalam posisi sujud meneropong rumput, fikir Nina.

Nina pernah masuk ke padang golf sekali-dua dibawa oleh Chong dan Azmi. Fikir tentang Azmi, degup jantung Nina menjadi laju.

Azmi ialah pekerja yang membawa mesin penyembur racun dan pemotong fairway dan green di situ. Nina masih ingat sewaktu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dulu, fairway cantik dengan rumput yang kemas dibela. Kini dia nampak rumput berwarna kekuningan dan panjang – tenggelam tapak kasut Roslan dalam rumput. Memang ada kesan potong tetapi mereka mungkin potong tinggi kerana telah lama tak potong.

Roslan duduk kembali ke dalam bugi dan menunjuk ke arah luar fairway. Rough, fikir Nina. Nampak macam sama panjang saja. Mungkin sedikit leih panjang.

Nina adalah pegawai pembeli untuk jabatan Roslan maka dia tahu sebab utama rumput di rough tidak sepanjang rumput di fairway walaupun sama-sama tak potong ialah kerana lebih banyak baja dibeli untuk fairway.

Roslan mengambil sebiji bola dari dalam bugi dan membalingnya ke dalam rumput rough itu. Bola itu tenggelam dan hampir tidak kelihatan langsung.

“Susahlah nak cari kalau bola mereka dalam rough” kata Nina.

“Padan muka” jawab Roslan “pukul lah bola ke atas fairway”

“Saya tak faham kenapa orang main golf” kata Nina sambil memandang ke langit walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan cuaca panas “panas” Nina tetap mahu kata juga.

“Itu salah satu sebab kenapa golf patut dibolehkan selepas PKP ini; kepanasan dikatakan boleh membunuh virus”

“Tak adalah semua tempat panas sepanjang masa di padang golf kan? Apa lagi sebab lain?”

Roslan diam sekejap. “Satu, golf ialah permainan dimana kita boleh jaga penjarakkan sosial. Kalau penuh setiap slot dan ada 120 pemain pun, padang ni 100 ekar luasnya” Nina pernah tengok peta padang dan tahu South Course sahaja dah 132 ekar itupun termasuk kolam dan kawasan yang terlalu jauh dari kawasan permainan “bagi setiap pemain satu bugi dan suruh mereka jarak dari satu sama lain. Atau bagi mereka troli sorang satu”

“Malah” sambung Roslan “golf ialah satu-satunya permainan – tolak permainan video – di mana kita boleh lawan diri sendiri. Tak perlu ada lawan. Kalau hari ni saya dapat markah 100, esok saya akan cuba kalahkan diri sendiri dengan dapat markah 96, lusa 90 dan sebagainya”

“Jap” sampuk Nina “96 menang lawan 100?”

“Ya lah” kata Roslan “hai? Dah setahun kerja sini tak tahu lagi? Markah yang rendah yang menang dalam golf”

“Lepas lockdown nanti, golfer akan datang balik ke?” tanya Nina menggunakan perkataan Inggeris menggambarkan PKP.

ebook sale esentral
Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Roslan mengeluh “Terpulang kalau kelab-kelab golf boleh jual konsep golf ni nanti sebagai permainan paling selamat dalam konteks virus ini, saya pasti kita boleh dapat balik sebahagian dari golfer kita. Macamanapun orang nak exercise dan golf ialah permainan yang boleh dimainkan oleh orang tua ataupun muda dan boleh lakukan penjarakkan diantara pemain”

“Bunyi macam senang sangat?”

“Tak juga. Kena tekankan penjarakkan sosial, kurangkan sentuhan, itu yang penting. Kalau setiap bugi hanya satu penumpang, kita selalu cuci bugi ataupun kita promosi penggunaan troli lebih dari bugi. Untuk kita, mungkin kita pasang mangkuk pin tinggi dari lubang supaya golfer tak perlu cabut bendera atau pasang mangkuk terbalik supaya lubang cetek. Bawak balik bunker rake dan beritahu golfer biar staff yang rake bunker”

Nina lihat Roslan diam sebentar, mungkin dia bimbangkan pekerjaannya nya dan pekerja lain. Nina tahu dia sendiri tak perlu bimbang apa-apa tentang pendapatan. Dia sudah lengkap. Tidak ada orang lain yang kenal siapa Nina yang sebenarnya.

“Saya tak tahu tentang restoran, makanan atau changing room, mungkin golfer kena makan dan mandi di rumah”.

Nina dengar Roslan bercakap di telefon dan dia memperlahankan bugi agar bunyi bugi tidak mengganggu perbualan. Dia bukanlah pemandu yang amat cekap tetapi memandu bugi sama malah lebih mudah dari memandu sebuah kereta automatik.

Nina memandu dengan sebelah tangan dan sebelah lagi memegang telefonnya yang diletak di sebelahnya, di atas kerusi antara dia dan Roslan. Roslan tamatkan perbualan dan memasukkan telefon ke dalam poket dan meletakkan tangannya ke ruang diantara mereka.

Tepat ke atas tangan Nina.

Dia dapat rasa kehangatan tangan Roslan memegang tangannya dan dia membiarkan saja…

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

LANDSKAP BHG 1.

Posted by mynormas on May 1, 2020

Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 1 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian pertama. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya.

Setelah berminggu-minggu anda duduk rumah dan anda tenung halaman rumah anda, timbul satu perasaan bahawa sudah tiba masanya untuk anda membuat beberapa perubahan pada halaman anda. Atau mungkin berminggu-minggu anda duduk berjauhan dari rumah dan anda berazam bila balik nanti, anda hendak tebang semua pokok yang anda pada firasat anda dah mati sekarang serta rumput yang dah serabai akan diganti.

Mungkin saya telah lama abaikan anda yang membela rumput sebagai hobi di rumah. Samada anda mempunyai bungalow besar dengan halaman di keliling rumah ataupun anda duduk rumah teres dengan halaman berumput sebesar setem pos (anak-anak kalau tak tahu apa itu setem pos; sila tanya yang tua-tua ya).

Baiklah, bidang landscape orang putih kata terbahagi kepada dua bahagian iaitu hardscape dan softscape. Softscape ialah semua tumbuhan dan hardscape ialah semua perabut (ini kes dipermudahkan cerita ya; jangan guna laman web ini untuk ulangkaji periksa tetapi sekadar untuk menambah ilmu).

Pertama sekali kita cuba fahami konsep pemilihan tumbuhan; pokok bunga, pokok besar atau rumput.

Ada macam-macam cara untuk merekabentuk landskap. Ramai dari kita merasakan bahawa nak landskap halaman rumah hanyalah tanam rumput, pokok, bunga dan juga batu hiasan; semuanya di susun mengikut citarasa tertentu.

Kebanyakan pakar kata ada tiga cara untuk merekabentuk landskap, pada saya tiga cara ini ialah tentang pemilihan tumbuhan untuk landskap itu.

  1. Landskap tradisional
  2. Landskap semulajadi
  3. Pemulihan ekologi.

Landskap Tradisional

Ialah landskap yang biasa kita lihat dengan bunga pelbagai, batu putih dan sebagainya. Bunga dan pokok adalah dari jenis yang mahal, selalunya bunga atau pokok yang tidak terdapat di kawasan tempatan. Segalanya kelihatan seperti diimport masuk dan kawasan itu akan nyata berbeza dengan kawasan kejiranan. Landskap nya akan kelihatan complicated dan sophes… sophisti… sofistikated.

Tumbuhan di landskap tradisional ini terutamanya pokok bunganya akan disusun secara formal (bulat, petak, atau lain-lain bentuk yang simetri dan berpadanan).

Tumbuhan yang dipilih hanyalah berdasarkan kecantikan nya sahaja.

Pendekatanya, pendekatan landskap ini ialah apa yang anda akan lihat dan baca dalam majalah-majalah landskap atau halaman.

Kos penyelenggaraan landskap ini biasanya adalah tinggi.

landscape biasa 2

Landscape biasa 1

landscape biasa 3

Landskap semulajadi

Juga dikenali sebagai native landscaping, ia tentang penggunaan tumbuhan tempatan. Dalam konteks ini, “tempatan” bermaksud tumbuhan yang biasa dilihat di kawasan itu, bukan tumbuhan yang dibawa masuk dari negeri lain atau nursery di Cameron Highlands, Fraser’s Hill dan sebagainya.

Menghukum susunannya adalah sedikit subjektif, secara definasi, susunan nya seharusnya menggambarkan kawasan setempat juga tetapi saya tak nampak masalah jika susunan formal diamalkan asalkan 1. Tumbuhannya ialah tumbuhan tempatan dan 2. Ia juga mengambilkira pengekalan kehidupan liar tempatan.

Umumnya kita kata susunannya ialah secara rawak (random)

Pemilihan tumbuhan ialah berdasarkan kecantikan juga tetapi terhad kepada tumbuhan yang memang wujud dilokasi tempatan di situ.

Cara ini mungkin lebih sesuai di cadangkan untuk kegunaan kebanyakkan orang biasa. Kita akan menggunakan rumput tempatan seperti Cowgrass, Serangoon ataupun Mutiara (satu sub-spesis Cowgrass).

Carilah contoh di kawasan tempat tinggal kita dan kemudian beli atau mintak dari orang yang berkenaan – menggunakan tumbuhan tempatan tidak memberi lesen untuk mengambil tanpa kebenaran dari rumah sebelah. Kemudian, beri tumbuhan dan pokok itu ruang untuk tumbuh secara semulajadi dengan penjagaan yang minima. Bukan tidak berjaga langsung, tetapi biarkan ia tumbuh secara semulajadi; kita masih lagi memerlukan keseragaman atau corak tertentu.

Kos penyelenggaraan landskap ini biasanya adalah rendah.

Masalah saya untuk cari gambar landskaping semulajadi di Malaysia ialah biasanya ada juga satu atau dua pokok import di kawasan landskap itu dan saya tak dapat pergi ke tempat saya kerja dulu, kerana masih dalam PKP (lockdown 2020) ini. So saya search image di internet.

landscape natural 1

landscape natural 2

Pemulihan ekologi

Bila satu kawasan dirosakkan oleh pembinaan, pembalakkan atau lain-lain maka sebaiknya kawasan itu dibaiki dengan cara landskap ini. Ia akan cuba mengekalkan kawasan itu kepada keadaan lama sebelum kerosakan dan kesamaan dengan kawasan sekitar.

Susunan tumbuhan sama sekali tidak akan mempunyai sebarang bentuk formal tetapi lebih menekankan aspek praktikal dan direka untuk menjadi seuatu komuniti semulajadi.

Tumbuhan yang dipilih ialah tumbuhan yang memang asal dah ada di situ atau di kawasan kejiranannya. Niat utama ialah memaksimakan struktur dan fungis ekologi kawasan itu.

Kita boleh memberi alasan bahawa halaman rumah kita dahulu adalah kawasan pembinaan dan tumbuhan asal ialah lalang, semak samun tapi takut orang lain (isteri, mak, mak isteri, jiran, majlis tempatan dsb) tak terima alasan tersebut.

Kos penyelenggaraan landskap ini adalah amat rendah. Tak mungkin tiada langsung kerana – terutamanya pada peringkat awal – pembajaan dan penakaian perlu dilakukan. Pencegahan pencemaran dari tumbuhan asing, pertumbuhan mendadak suatu spesis melebihi spesis lain juga perlu dilakukan tetapi jarang-jarang sekali.

Anda mungkin membayangkan kawasan hutan sekunder ataupun pinggiran taman perumahan anda yang tempat kontraktor buang bahan binaan. Saya lebih suka nampak bahagian padang golf yang berada di luar kawasan permainan.

Kebanyakan padang golf akan membiarkannya jadi liar. Saya cadangkan mereka jadikan ia bersifat liar yang dibela. Pastikan spesis tertentu yang boleh dikawal dan sama dengan spesis sekeliling sahaja yang ada. Setahun atau dua tiga tahun sekali, hantar beberapa orang pekerja dengan parang dan chainsaw untuk potong anak pokok yang baru nak naik supaya ia tak jadi hutan dan creeper yang akan membuatkan ia nampak sebagai kawasan berhantu; biarkan dua-dua dan ia akan jadi hutan berhantu.

pemulihan ekologi 1

pemulihan ekologi 2

Ini video kedua yang saya buat sendiri. Kali ini dah pandai tambah sound-effect. Rumusan untuk penerangan di atas ada di bahagian bawah.

Saya juga ada menulis cerpen bersiri tentang seorang penjaga rumput selepas PKP. Ikuti siri Roslan dan gangnya (tapi ramai orang nampaknya lebih tertarik kepada Nina) bermula dengan Bab 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

jadual landscape

Yang mana sesuai dengan anda? Kita akan bincang sedikit dalam episod seterusnya.

Posted in landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta Bab 4: Chong

Posted by mynormas on April 18, 2020

Ini adalah bab ke 4 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah ini dengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab 3, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB mynormas.com

“Potong, potong, potong, itu saja kerja kita minggu ni” beritahu Chong pada pekerja nya tiga hari lepas, hari pertama mereka mula bekerja “lepas tu, kita potong lagi”

“Ingat, lepas dah lama tak potong, rumput jadi panjang jadi kita kena potong tinggi, lepas tu perlahan-lahan adjust pisau makin rendah”

“Berapa tinggi nak mula?” Tanya seorang pekerja barunya.

“Start double. Kalau dulu 12mm, adjust jadi 24mm. Kalau dulu 25mm, mula potong pada 50mm. Kalau 50mm, jadi 100mm”

“100mm? Empat inci? Waduh! Potong angin tu pak!” Lawak seorang pekerja lamanya, warganegara Indonesia. Yang lain ketawa.

“Biarin. Kalau memangnya terus terus potong angin, turun 10 Persen kepada 90mm. Jika masih potong angin, turun lagi 10 Persen kepada 80mm” setelah bertahun lamanya bekerja dengan pekerja Indonesia, dia sudah boleh menggunakan bahasa mereka “asal ada potong atasnya rumput, teruskan potong. Lusa kita akan turunkan pisau kemudiannya potong lagi”

“Sudah lama tidak makan, rumput itu, tidak dikasi pupuk, pak?” Tanya seorang lagi pekerja lamanya Hamsah, menggunakan perkataan Indonesia untuk baja “Baja itukan besi?” kata mereka sewaktu mula sampai dulu.

“Pupuk atau baja itu bukan makanan rumput Mas. Rumput bikin makanan nya sendiri melalui fotosintesis. Asal ada matahari dan juga daun, pasal tu kita tak mahu potong pendek terus” terang Chong. Dia tidak memandang rendah pekerja nya kerana ilmu itu telah di ajar beberapa kali oleh pak Roslan kepada semua operator tapi memang pemikiran baja adalah makanan ialah suatu pemikiran yang sebati dengan pemikiran orang ramai.

panjang tak potong

Hari ini Chong berdiri di tengah-tengah fairway 13 memerhatikan pekerjanya membersih sampah bekas potongan. Walaupun dia memulakan potongan tinggi, tetapi rumput tidak tumbuh sekata di semua tempat, ada tempat yang mendapat lebih pupuk eh… baja, dia senyum sendiri; kadang-kadang aku berfikir pun dalam bahasa Indonesia dan ada tempat yang panjang kerana tanah dibawah rumput pun tidak sekata suburnya. Ini adalah kelemahan penanaman rumput atas tanah atas atau topsoil; kesuburan yang tidak sama.

Tinggi potongan rumput fairway nya sekarang ialah 25mm – sama seperti padang bola – tetapi bola golf jauh lebih kecil dari bola sepak maka ketinggian rumput juga lebih rendah.

Sebelum ini dia potong fairway di South Course pada ketinggian 12mm iaitu hampir setengah inci tapi dia terpaksa berpuas hati dengan ketinggian 15mm utk kali ini.

Dia tahu tekanan adalah ke atasnya untuk membuka 18-lubang di bawah jagaannya lebih dahulu dari North Course.

Sejak dua tahun kebelakangan ini dia tahu dia mendapat bajet lebih berbesar berbanding dengan North Course.

Padangnya menggunakan hampir 90% baja slow-release atau lambat-lepas kalau mengikut kamus. “Lambat-lepas” dia tergelak menyebut nya, pelik benar bila disebut kuat-kuat.

Pelik atau tidak baja ini menyebabkan dia mampu memotong pada 25mm empat hari selepas PKP ditamatkan. Cuba kalau North Course yang menggunakan baja kompoun biasa iaitu 15:15:15. Nutrien yang dilepas mendadak secara kimia sebaik saja butir baja dileburkan menyebabkan pertumbuhan mendadak.

Baja slow-release mempastikan bahawa nutrien dalam baja dilepaskan perlahan-lahan maka pertumbuhan mendadak dapat dielakkan.

Itu secara teorinya lah. Roslan, bosnya, pernah belikan baja slow-release yg murah utk dia try dan hasilnya tak ubah seperti baja kompoun quick release biasa: hari ni baja dua tiga hari nanti terus padang hijau lepas tu dalam seminggu akan potong dengan sampah yang amat banyak. Masuk minggu kedua pertumbuhan dah stabil dan pada minggu ketiga, keempat warna padang dah mula pudar.

Selepas perbincangan dengan Roslan, dia kini menggunakan baja slow-release sebulan sekali untuk memberi pelepasan baja yang agak konsisten dalam sebulan.

Ada pelbagai jenis baja slow-release dan dia selalu beli baja yang mempunyai lapisan salut polimer dikeliling setiap butir. Perubahan suhu akan menyebabkan aliran keluar dari dalam butir baja.

Nina, yg juga adalah pegawai pembelian utk jabatan mereka, mendapati bahawa baja yang disaluti sulfur adalah lebih murah. “Benda murah tak semestinya bagus” kata Roslan dan Chong akur.

Nina.

Terhenti perbincangan kalau Nina lalu. Tak adalah dia cantik sangat, tapi boleh tahanlah juga.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Nina yang bermisteri. Tak banyak yang diketahui tentang latarbelakang Nina ni. Apa kerja dia sebelum ini? Apa pelajaran dia? Nampak macam berpelajaran jugalah. Stail memang macam orang berada tapi tidak juga sombong. Tapi bila dia masuk ke jabatan ini, dia membuat tugas dua orang – dengan satu gaji sahaja. Dulu ada seorang kerani stor dan pembelian dan seorang kerani untuk kerja pejabat, tetapi Nina mampu membuat kedua-dua kerja dan masih ada masa lapang lagi.

Chong rasa formula yang sama boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja padang. Sekarang mereka banyak bergantung kepada pekerja asing. Kalau mereka dapat ambil pekerja tempatan yang lebih berkualiti – bayar lebih sikit mungkin boleh ganti dua atau satu setengah pekerja asing?

Di mana logiknya mengambil pekerja asing yang kekadang buta huruf, membayarnya gaji minima dengan waktu kerja maksima untuk memandu sebuah mesin berharga suku juta ringgit, memotong rumput yang diimport dengan harga ratusan ribu di atas padang golf yang dibina dengan harga puluhan juta untuk hartawan yang telah membayar puluhan ribu untuk menjadi ahli kelab yang menelan belanja jutaan ringgit setahun untuk dijaga. Bukankah pekerja berpelajaran sekurang kurangnya sekolah menengah dan mempunyai lesen memandu lebih baik?

Roslan telah banyak buat perbezaan di jabatan sejak beberapa tahun lalu. Tandas dibaiki dan dibersihkan selalu, tempat rehat yang khusus, kenaikan gaji samarata diantara pekerja Malaysia dan asing dan kelab sukan jabatan. Pendekkata, jika anda boleh kerja, anda dilayan sama seperti pekerja tempatan yang boleh kerja, dan jika anda tak boleh kerja, anda akan tidak dilayan sama seperti pekerja tempatan yang tak boleh kerja. Selain menaikkan morale dan semangat pekerja asing, ia juga menyebabkan pekerja tempatan berpuas hati. Tandas yang bersih boleh dihargai oleh semua orang, tidak kira pekerja asing atau tempatan. Layanan yang baik akan mendapat pembalasan yang baik.

Tapi tak akan sama macam Roslan layan Nina, Chong tersenyum sinis.

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | 2 Comments »

Sod kawasan botak: Memperbaik atau Membazir?

Posted by mynormas on April 15, 2020

Dalam penjagaan rumput, kadang-kadang, kita dapati ada kawasan rumput yang mati akibat kekeringan, mampatan, lumut ataupun mungkin penyakit serangga dan sebagainya.
contoh sod

Satu tindakan yang sering diambil oleh penjaga padang ialah, menggunakan alat seperti sodcutter, Turf Doctor atau hexagonal tool untuk membuang rumput dari tempat lama dan menggantikan dengan rumput dari tempat baru.

Alat membuat sodAlat membuat sod2

Pada saya, kerja-kerja menggantikan rumput dengan rumput dari tempat lain atau lebih dikenali dengan kerja sod atau sodding adalah langkah terakhir yang diambil utk membaiki kawasan rumput yang telah mati.

Alasan saya tiga:

  1. Rumput yang diganti mungkin tak sama dengan rumput asal. Anda mungkin merasakan semua Cowgrass adalah sama tapi saya pernah menerima panggilan dari pelbagai tempat kerana rumput Cowgrass yg dibawa tak sama dengan rumput sedia ada. Ini lebih lagi bermasalah jika rumput ialah dari spesis Bermuda atau Zoysia yg mempunyai pelbagai subspesies dan varieti.
  2. Masalah asal tidak dibaiki malah diabaikan. Kenapa rumput di situ mati? Adakah kerana kekeringan? Siraman tak sampai? Mampatan? Ia kawasan keluar masuk pemain? Kenapa ia jadi berpenyakit? Kenapa ia selalu berlumut? Terlalu banyak air? Sprinkler tak berpusing? Ia kawasan paling dekat dengan paip dan pekerja anda malas”
  3. Kos yang lebih tinggi dari membaikpulih kawasan tersebut. Ia mungkin kelihatan seperti ‘jalan pintas’ tetapi jika masalah lama berulang maka pembelian sod, penutupan kawasan adalah tidak berbaloi.

Saya sering melihat kerja sod yang mendatangkan masalah baru DAN masalah lama berulang.

Masalah baru ialah ialah:

  1. Kerja menanam yang tidak berkualiti menyebabkan rumput tinggi rendah. Bila anda memotong, sod tinggi akan scalp dan sod rendah akan mempunyai rumput panjang.
    Sod ditanam tak sama tinggi
  2. Kesuburan nursery (atau tempat rumput ganti diambil) tak sama dengan tempat yang diganti menyebabkan warna rumput yang tidak sama.
    Sod Cowgrass merah dikeliling Cowgrass hijau
  3. Spesis rumput yang tak sama. Saya pernah lihat sod carpetgrass dalam Cowgrass. Atau Paspalum conjugatum dalam Axonopus compressus.Rumput sod tak sama langsung dengan rumput keliling.
  4. Kawasan yang rumputnya diambil terbiar mempunyai lubang atau lurah. Saya pernah jumpa kawasan yang diambil rumput dua tahun lepas masih belum dibaiki.
    Tapak ambil rumput terbiar
  5. Kawasan yang diganti rumput tidak dapat diguna sementara menunggu rumput diganti menumbuh akar mencengkam tanah bawah dan tidak tercabut atau  sod yang ditanam terlalu jarak, lambat menjalar rapat.
    Tak boleh guna kerana sod tak rapat
  6. Hujan lebat menghalang sod melekat, terutamanya jika kawasan itu di cerun.
    Sod pasir hanyut
  7. Kemarau atau kelemahan menyiram menyebabkan sod mati kekeringan dan perlu ditanam semula.
    Sod kekeringan
  8. Tidak mempunyai alat yang betul. Atau teknik yang betul. Sod yang ditanam; huru-hara.
    sod cangkul
  9. Sod yang mempunyai rumpai yang kekadang tidak kelihatan sewaktu di nurseri atau lokasi sumber rumput.
    rumpai weed dalam sod

Maka saranan saya ialah:

  1. Cari punca masalah. Perbaiki masalah. Jika masalah anda ialah kekeringan, maka baiki sistem penyiraman, gunakan agen pembasah ataupun guna pengudaraan serampang padu. Jika masalah ialah basah (kawasan berlumut), maka lakukan pengudaraan serampang padu atau berongga, gunakan agen pembasah atau baiki sistem saliran. Jika masalah anda ia mampatan, maka carikan jalan lain untuk pemain atau mesin keluar masuk dan lakukan pengudaraan tanah.
  2. Lakukan pengudaraan tanah untuk boost kesuburan. Sama seperti di atas.
  3. Guna soil amendment untuk memperbaiki tanah seperti se-simple bahan organik atau se-complex Zeolite atau se-mudah pasir!
  4. Guna baja, sikit tapi selalu. Guna baja foliar jika perlu. Akar rumput mungkint terlalu pendek untuk mensedut nutrien dari baja.
  5. “Curi” sedikit rumput dari kawasan tepi dan tanam secara sprig di kawasan mati atau guna kaedah “halfmoon technique” untuk mengecilkan kawasan yang mati.
  6. Jadikan tempat itu boleh digunakan untuk permainan; kadang-kadang pengguna/pemain tak berapa kisah sangat jika kawasan itu mereka nampak sedang dalam proses pembaikan.
  7. Naikkan notis kepada pengguna/pemain, terangkan apa yang berlaku dan langkah yang sedang diambil.
  8. Sabar. Tetapi sentiasa perhatikan untuk lihat perkembangan semasa.

Namun demikian, kadang-kadang, kita terpaksa sod untuk ganti. Saya cadangkan ia dilakukan bila:

  1. Memang tidak ada harapan untuk pembaikan contohnya kerana berlaku pertumpahan minyak atau bahan lain yg menjadikan tanah itu toksik.
  2. Akan berlaku acara besar yang tidak dapat menerima kawasan botak itu. Ingat: sodding ialah kos besar, maka jika acara itu berbaloi, baru buat.
  3. Anda memang ada nursery yang besar yang diselenggara sama seperti padang anda dan ia datang dari sumber benih yang sama.
  4. Anda mempunyai peralatan, kebolehan dan teknik sod yang betul.

Kalau tidak, saya cadangkan anda jangan buang duit.

Dalam posting lain saya akan cerita bagaimana untuk sod dengan betul. Dapatkan maklumat penjagaan rumput dari buku saya; buku tentang penyelenggaraan rumput dan padang golf yang pertama dalam BM dan di Malaysia.

ebook sale esentral

Sudahkah anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga rumput yang mengalami kemalangan sewaktu berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dan bagaimana dia menyelamatkan rumputnya? Mulakan episod 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta. Bab 3: Ah Seng

Posted by mynormas on April 9, 2020

Ini adalah bab ke 3 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah inidengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab ini, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1 dan Bab 2 dalam laman web ini.

“Hoi Jo. Lu angkat adjustable spanar mari sini. Lepas itu lu pergi tolong Saad kasi lepas itu mesin yang brek jem” kata Ah Seng kepada pembantunya Jo. Walaupun pada Ah Seng itu adalah suara biasanya, tetapi semua orang yang tidak mengenalinya akan mengatakan dia menjerit. Mungkin itu datang dari 30 tahun bekerja di bengkel – bengkel? Siapa yang guna perkataan bengkel? Workshop – yang bising. Mungkin juga kerana dia bertubuh kecil maka dia menggunakan suara yang besar sebagai ganti? Siapa tahu, aku bukan pakar minda, aku mekanik; pakar enjin, fikir Ah Seng.

Kalau aku pakar minda dah aku ajar budak-budak operator ni untuk tidak datang awal pagi terus hidupkan mesin yang dah sekian lama tak hidup. Periksa lah dulu minyak enjinnya, tayar nya atau ada tikus atau haiwan lain yang dah bersarang dalam mesin ke. Dia pernah jumpa sarang tikus dalam enjin mesin yang lama tak digunakan suatu masa dulu.

Kalaulah dia tahu tempoh PKP akan berlarutan lebih lama dari dua minggu seperti yang diumumkan kali pertama, banyak dia buat sebelum dia balik hari terakhir dulu. Mesin yang hampir tiba masa untuk tukar minyak enjin – atau minyak hitam bak kata kebanyakan operator di sini – dan yang dah lama tak diganti minyak enjin, dia akan keluarkan dan ganti dengan minyak baru; atau biar kosong. Minyak enjin yang pekat dan memang patut dipanggil minyak hitam yang lama dibiar dalam enjin akan mendak dan mengotorkan bahagian bawah enjin malah boleh menyumbat pam minyak enjin.

Apa nak buat? Benda dah lepas. Yang penting sekarang dia kena pastikan mesin yang ada bergerak. Sekarang, hari keempat selepas tamatnya PKP, ada tiga mesin dalam workshop. Masa hari pertama mula bekerja dia dah mula panik, suaranya yang lantang dah jadi serak kerana terlalu banyak mesin yang dibiar tanpa penjagaan dan penggunaan perlukan perhatiannya.

Sudahlah ketua cuti sakit dan pembantu bos tak mahu ambil tahu pasal mesin, maka seluruh jabatan penyelenggaraan padang mengharapkan Ah Seng memberi panduan.

Ah Seng sedang membaiki mesin yang enjinnya rosak kerana dihidupkan dalam keadaan lebih dari separuh minyak enjinnya telah menitis di lantai sepanjang tempoh PKP bila dia melihat sebuah bugi dipandu perlahan di depan workshopnya. Bugi Roslan, tapi yang memandunya si Nina.

Nina? Apahal si Roslan ni. Cari glamer kena gosip? “Biarlah. Bukan hal aku” fikir Ah Seng. Kau tak kacau aku, aku tak kacau kau. Tapi bos tetap bos, dia kena pergi sambut juga.

Workshop dan sebahagian dewan simpanan mesin

“Roslan” jeritnya dari dalam workshop. Kali ini memang dia jerit dan dia sendiri pun terkejut dengan kekuatan suaranya. Patutlah ada orang kata dia macam selalu nak bergaduh. “Apa khabar? Ada baik?”

Dia nampak Roslan jalan berdingkut-dingkut sambil memegang belakang masuk ke dalam workshop tetapi nampaknya Roslan tidak mahu bercerita tentang dirinya dan mengelak soalan Ah Seng “Ada masalah kawan?”

Ah Seng letak ke tepi dahulu pertanyaan kesihatan dan terus fokus kepada kerja “Mestilah” sambil menggaru siku dan lututnya yang dah berkematu akibat bertahun-tahun dalam posisi melihat ke bawah mesin “sudah lama tak ada jalan, ada orang bodoh datang terus start mesin tak periksa. Ada tiga mesin potong ride-on yang rosak. Saya baru mau bukak satu enjin mau check”

Roslan mengerutkan mukanya “Kau rasa apa masalahnya?”

Ah Seng masuk ke dalam dewan besar di mana mesin-mesin milik kelab di simpan dan Roslan cuba berjalan di sebelahnya “Aiyah… yang itu memang ada masalah enjin yang bocor. Gasket dia bocor dan kita selalu tambah minyak enjin. Sudah lama tak ada jalan dan tak ada tambah, itu bodoh start mesin tak ada periksa”

“Lagi dua mesin?”

“Brek! Parking brek lama pasang sampai sudah jem melekat. Sekarang enjin boleh hidup tapi mesin tak boleh jalan”

Ah Seng tahu itu yang Roslan tak nak dengar. Mesin yang disimpan dalam stor lama akan ada masalah bateri hilang cas dan untuk mesin lama, minyak enjin akan menitis keluar jika ada kebocoa dan sama seperti kereta jika handbrake dipasang terlalu lama, plet brek akan melekat. Dia boleh dengar Roslan mengeluh “Yang lain okay?”

“Saya ingat semua mesin pun tak boleh start masa hari 1 lepas PKP habis” kata Ah Seng “kita jump-start dan kita tolak mesin yang ada gear manual”

Ah Seng tunduk perhatikan enjin mesin pemotong rumput dek-depan yang rosak itu, Roslan di hadapannya. Dia mahu menunjukkan sesuatu kepada Roslan tetapi bila dia pandang ke atas melihat ke muka Roslan, dia mendapati perhatian Roslan bukan lagi kepadanya – atau mesin, tetapi pandangan nya ke luar workshop.

Ke arah Nina.

Nina yang kelihatan sedang berbual dengan salah seorang operator mesin yang sebaya dengannya. Ah Seng cuba membaca riak wajah kawan baiknya itu. Adakah itu cemburu? Marah? Ah Seng dah berkahwin hampir 30 tahun dan dia tidak lagi merasa apa yang dia khuatiri Roslan rasa.

Patutkan dia cakap sesuatu? Perlukah dia ambik tahu? Tiba-tiba Roslan memandang ke arahnya. “Hati-hati boss” Ah Seng beritahu Roslan.

“Apa?” walau dalam workshop yang tak berapa terang dia boleh nampak muka Roslan berubah warna. Oh… malu?

“Hati-hati jangan terpijak minyak tumpah!”

“Oh…” kata Roslan, melangkah ke tepi.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Klik di sini untuk membeli.

“Tapi ada satu mesin yang tak ada masalah. Mesin yang paling penting pulak tu. Jadi adalah berita baik jugak dari workshop ini”

“Ya?” tanya Roslan, sedikit senyuman di bibirnya “nanti aku teka; Azmi? Mesin sprayer?”

“Ya lah. Azmi. Aku tak tahu mana dia dapat tahu pasal lockdown atau dia curi-curi masuk ke workshop masa PKP ke tapi dia naikkan mesin sprayer tu guna jack kemudian letak batu bata dan kayu bawahnya untuk selamatkan shock absorber dan tayar. Lepas tu dia lepaskan handbrake, cabut kepala bateri, dia letak bekas bawah enjin supaya kalau ada minyak menitis, masuk dalam bekas DAN…” Ah Seng menunjukkan jari ke muka Roslan, “dia isi minyak dalam tangki sampai penuh. Dia pandai ke atau memang tabiat baik dia ke tapi itu memang baik kalau mau simpan mesin lama, sebab kalau tangki kosong, nanti tangki tu berpeluh bila cuaca sejuk. Sekarang kan selalu hujan waktu malam. Bila tangki berpeluh nanti tangki berkarat atau air peluh tu akan kotorkan minyak”

Azmi adalah operator terbaik di situ, lebih muda dari kebanyakan yang lain dan masih bujang. Ah Seng suka kepada Azmi kerana dia pandai jaga mesin dan dia tahu Roslan juga suka kepada Azmi. Tetapi Azmi lah yang bercakap dengan Nina tadi.

Ah Seng berniat nak tukar tajuk dari Azmi dan bertanya “Kau cabut kepala bateri dari kereta Rose ke Roslan?” keluar saja soalan tu dari bibirnya Ah Seng rasa menyesal kerana spontan juga dia lihat perubahan pada Roslan. Mungkin dia ada rasa bersalah pada isterinya?

“Tak. Orang kata kereta jenis baru, kalau cabut baterinya nanti setting ada yang lari”

“Betul, kalau kereta lama, boleh tapi kalau kereta baru dengan radionya lah, komputer lah, atau entah apabenda lah, jangan cabut bateri”

Semasa perbualan tadi mereka telah mula bergerak keluar dari workshop.

“Okay Ah Seng. Aku pergi dulu. Nanti bagi aku laporan”

“Okay boss”

Ah Seng perhatikan Roslan berjalan ke bugi. Dia boleh dengar Azmi mengucapkan selamat kepada Roslan tetapi tidak diendahkan Roslan yang memandang terus ke hadapan.

Nina senyum kepada Ah Seng sambil perlahan memandu pergi. Patutlah Roslan dan yang lain tertawan, senyuman Nina memang manis. Tapi di jabatan yang 95% adalah lelaki, senyuman mak Nina pun akan dianggap menawan, fikir Ah Seng.

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | 3 Comments »

 
%d bloggers like this: