Sprinkler: di luar atau dalam padang?
Posted by mynormas on December 8, 2020
Sistem penyiraman menggunakan sprinkler adalah perkara baru utk kebanyakan padang bola di Malaysia tetapi dianggap perkara biasa di padang golf.
Kini saya jumpa banyak padang yang menggunakan paip serupa paip bomba yang mudah alih. Pada saya, sistem ini menggunakan terlalu banyak air.
Terbaru, mungkin melihat kepada gambaran media bagaimana padang yang glamour di luar negara menyiram sebelum permainan dengan sprinkler pop-up dalam padang maka beberapa padang di Malaysia juga mahu yang serupa.

Malangnya samada tiada spesifikasi yang tepat atau kerana mengambil tender yang paling murah maka sprinkler padang golf yang, walaupun masih digelar sebagai “pop-up” tetapi direka supaya dipasang di ATAS permukaan padang boleh didapati dibeberapa padang bola.
Bolehkah sprinkler padang golf dipasang di bawah permukaan? Boleh, tetapi kerana muncungnya pendek, ia akan berada hampir dengan permukaan berbanding dengan sprinkler yang direka khusus untuk padang yang mempunyai muncung panjang supaya sprinkler tersebut boleh ditanam jauh ke bawah. Bila selesai penyiraman, muncung sprinkler ditarik masuk ke dalam perumah (housing) yang berada di bawah tanah.

Apa masalahnya menggunakan sprinkler yang ditanam cetek? Jika pemain melakukan sliding atau menyepak di bawah bola, ada kemungkinan kaki dia akan “terjumpa” sprinkler itu dan padang akan menjadi terkenal kerana mencederakan pemain mahal yang mencari rezeki dengan kaki.
Kenapa contractor menggunakan sprinkler padang golf? Adakah ia murah? Tidak semestinya, tetapi sprinkler pop-up padang golf lebih besar dan boleh memancutkan air lebih jauh berbanding sprinkler yang direka utk ditanam jauh ke bawah tanah. Maka satu padang bola perlukan jumlah yang kurang jika dibandingkan dengan menggunakan sprinkler muncung panjang.
Sprinkler yang sesuai utk ditanam jauh di bawah tanah akan mempunyai muncung panjang tetapi mampu memancut dekat sahaja maka lebih banyak kuantiti sprinkler di perlukan berbanding sprinkler dengan muncung pendek (dan besar).

Saya juga jumpa padang yang mempunyai sprinkler bawah permukaan tetapi tidak mempunyai lukisan pelan kedudukan paip air dan wayar maka menyusahkan kerja-kerja pengudaraan tanah. Saya cadangkan padang utk buat hollow-tine setahun sekali atau solid-tine sebulan sekali. Tak ke stress takut tine kena sprinkler atau paip atau wayar kawalan sprinkler (untuk sprinkler valve-in-head).
Satu lagi masalah sprinkler dalam padang ialah, jika berlaku kerosakan sprinkler, kita kena korek DALAM padang utk membaikinya. Ini akan merosakkan permukaan padang.

Cadangan saya: kalau ada bajet untuk sistem penyiraman padang, gunakan sprinkler pop-up luar padang. Elakkan sistem paip bomba dan elakkan sistem penyiraman sprinkler dalam padang.
Atau, cari pakar siraman padang. Bukan saya. Tapi saya boleh rekomen seorang dua.
Make a one-time donation
Make a monthly donation
Make a yearly donation
Choose an amount
Or enter a custom amount
Your contribution is appreciated.
Your contribution is appreciated.
Your contribution is appreciated.
DonateDonate monthlyDonate yearly
Leave a Reply