Jangan tanam rumput
Posted by mynormas on January 19, 2013

Tak terbela? Jangan tanam!
“Don’t plant grass” may sound like a strange advice from someone whose career is about planting grass. But I see too many people who plant grass and they can’t maintain it. I use to plant grasses similar with golf course greens at people’s houses about 15 years ago then I realized that most regular houseowners can’t maintain the types of grass you plant in golf course rough; forget the type on greens. Come to think of it, there are some houseowners who I would advise not to even plant shrubs or trees: if you can’t look after it; don’t let the contractor talk you into planting it.

Travellers palm with 2 kids.
Jangan tanam rumput kalau anda tak boleh jaga. Ataupun pilih rumput yang mempunyai sifat mudah di jaga. Banyak jenis rumput yang nampak cantik di padang golf, di padang bola, di rumah kawan, di nursery dan di rumah Hajah Limah hujung jalan. Tapi sebelum membuat keputusan untuk menanam rumput yang sama di rumah kita, tanya dulu samada kita boleh jaga ataupun samada tempat kita mempunyai kesesuaian untuk di tanam rumput jenis itu.

rumput karpet tak berpotong.
Pertama sekali ialah tentang isu cahaya matahari atau sunlight. Kedua ialah tentang penjagaan. Kebanyakkan rumput padang golf perlu di potong SEKURANG-KURANGNYA seminggu sekali, kalau lepas baja seminggu dua-tiga kali. Musim hujan atau tempat yang redup ia akan perlu dipotong lebih kerap lagi. Bukan itu sahaja, kadang-kadang kawasan itu terlalu kecil untuk di tanam rumput; nak potong susah dan juga kekadang ia jadi tempat orang pijak untuk jalan.
Cari alternatif lain. Guna rumput yang mempunyai warna hijau gelap secara semulajadi, pertumbuhan yang lambat dan tahan redup. Contohnya – dan saya tahu ramai orang tak suka dengar saya cakap ini – ialah cowgrass. Kalau anda nak rasa bangga dengan carpetgrass dan anda mampu jaga, bahagikan lanskap supaya kawasan yang redup sahaja di tanam dengan cowgrass.
Ataupun gunakan shrub yang tahan redup. Contohnya – alamak, masa ni lah pulak aku hilang ingatan… apabenda discolor. Tanyakan saja di nursery ataupun dengan contractor; pokok tahan redup. Ingat satu perkara, contractor buat duit melalui berapa banyak pokok yang di tanam so jangan ikut sangat jumlah pokok yang dia cadangkan.

Rheo discolor! Baru ingat nama…. Lihat di belakang tu mereka guna batu dan juga creeper menggantikan rumput.
Ataupun guna batu hiasan, batu putih, batu karang, batu kecik, batu besar, batu gajah….
Ataupun gunakan rumput plastik. Zaman sekarang, rumput plastik nampak macam rumput betul.
Ataupun simen dan tile sahaja halaman, zaman sekarang tile pun cantik. Pokok bunga dalam pasu. Bunga plastik pun boleh. Seburuk-buruk simen pun, saya guarantee ia akan lebih cantik dari rumput yang dah bercampur rumput liar, panjang, suami buang puntung rokok, ada mainan anak yang hilang masa dia kecik dulu dan juga taik kucing.

Senang nak bela.
Ataupun, cari kontraktor maintenance. Diaorang akan potong rumput, trim pokok dan shrub serta buang sampah. Saper dapat nama? Tuan rumah….
awang alifah said
betul tu tuan. perkara paling pokok kalau nak try bela rumput ni ialah konsistensi. paksa rela yang akhirnya jadi rutin wajib. insya allah rumput akan jadi mimpi indah buat yang melihatnya. terutama kalau dekat dekat nak raya ni..(lama lagi nak raya hehe) nak rumput cantik time aidil fitri sekarang lah bermula segalanya. pengalaman saya.. setelah rumput cantik berbulan bulan lamanya. hanya sebulan ja sy tinggalkan sebab nak bercuti di susuli dengan hujan lebat tanpa henti.. rumput dah mcm balas dendam plak… tumbuh meliar mcm nak gila.. terpaksalah saya memulakan semua apa yang saya usahakan. moralnya.. sabar jelaa tuan..
LikeLike