Rumput dua serupa
Posted by mynormas on December 17, 2022
Rambut sama hitam tapi hati lain-lain kata pepatah Melayu. Tapi di satu kawasan di Putrajaya, saya jumpa rumput (hampir) sama hijau tapi spesis lain-lain.
Bukan lah pergi jalan jalan utk cari salah orang. Tapi sebagai peminat rumput, memang itulah yang saya perhatikan, sampai ada kawan malas nak main golf dengan saya, orang pelik bila tengok game bolasepak dengan saya: kerana saya tumpu lebih banyak perhatian kepada padang dari permainan.
So, ceritanya, saya jalan jalan di Putrajaya, nampak se keping rumput yang berlainan warna dengan rumput sebelahnya. Dari modus operandi nya, saya boleh agak kawasan ini ada rumput mati atau botak dan penjaga nya telah mengambil inisiatif utk membeli rumput dari luar kawasan utk menggantikan kawasan yang botak/rumput mati tu. Macamana saya tahu? Dari warna dan bentuk empat segi perbezaan warna rumput. Nyata rumput di tukar secara sod.

Secara amali dan teori nya, tak ada salah. Malangnya si penjaga membuat kesilapan amatur membeli rumput yang tak sama dengan rumput asal kawasan itu.
Ini sebenarnya sering berlaku samada kerana:
- Kurang ilmu tentang jenis rumput.
- Rumput di nursery tak sama subur dengan rumput di padang.
- Langsung tak sama spesis rumput di antara rumput beli dan rumput asal.
- Tidak memberi perhatian kepada perbezaan rumput.
Masih ingat biologi sekolah menengah? Tentang sistem pengkelasan botani? Akhir sekali adalah spesis? Dua pengkelasan botani terakhir adalah genus dan spesis. Lupakan utk sementara tentang sub spesis atau hybrid dsb.
Dalam konteks rumput di Putrajaya tadi, apa yang berlaku ialah salah satu sod itu ialah Zoysia matrella dan spesis asal ialah Zoysia tenuifolia. Memang ada kemungkinan juga ia adalah Zoysia japonica tetapi oleh kerana spesis yang dijual secara meluasnya di nursery landskap Malaysia ialah Philippine grass dalam bentuk Zoysia tenuifolia naka saya lebih cenderung kepada Z tenuifolia.
Apa beza Zoysia matrella dan Zoysia tenuifolia? Dari segi luaran nya, Zoysia matrella mempunyai bunga berwarna merah (ada orang kata ungu) dan lain-lain Zoysia di Malaysia mempunyai bunga warna hijau. Daun Zoysia matrella juga lebih besar dari Zoysia tenuifolia tetapi kecil atau sama dengan Zoysia japonica (bergantung pada faktor baja juga).

Zoysia matrella juga lebih tahan kepada redup berbanding Zoysia lain (kita kata ia lebih “shade tolerant” berbanding Zoysia lain). Warna nya juga berbeza sedikit dengan Zoysia lain: lebih hijau.

Awas. Saya tak kata satu spesis Zoysia lebih baik dari yang satu lagi. Saya cuma nak tunjuk bahawa semua rumput TAK SAMA.
Apa yang patut penjaga padang di Putrajaya ni buat?
- Bawak satu sampel rumput asal masa shopping nak beli rumput.
- Cari nursery yang betul betul kenal rumput utk bincang.
- Ambil rumput dari satu kawasan dalaman utk tampal kawasan botak kemudian tampal kawasan di ambil tadi dengan rumput beli. Kalau di padang bola, saya akan ambik rumput di tepi padang, kalau di golf, ambil dari nursery sendiri atau practice green. Sebab kalau pun sama spesis, pembajaan dan penjagaan rumput di nursery luar tak sama dan sangat bajet. Kita pun beli dari nursery paling murah kan? Dah tu nak kualiti paling mahal? So kalau ada perbezaan warna pun utk rumput beli, ia di luar kawasan penting atau terhad di satu kawasan saja.
Utk lebih banyak info tentang Zoysia atau rumput lain, anda boleh baca di laman web ini. Jangan lupa utk like atau follow di sini atau FB mynormas.com.
Jangan rasa rendah diri. Saya pernah melawat seorang Superintendent padang golf yang sedang membaiki padang nya dan memberitahu saya dia menggunakan Bermuda Tifway 419. Saya kerut kan dahi. “Tak lah” saya kata “yang ini betul 419, tapi yang itu ialah Bermuda GLP” seterusnya saya menerangkan kepada nya perbezaan di antara kedua nya. Jadi, orang yang menjadi kan karier nya sebagai penjaga rumput dan mempunyai ijazah pun boleh buat silap, apa lagi kita insan biasa. Kan?
Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.
Leave a Reply