Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah di beri tanpa sebarang waranti atau gerenti, samada di lafazkan atau ditafsirkan. Saya tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk sebarang risiko berkenaan kesesuaian atau ketepatan maklumat dalam laman web ini. Saya tidak akan, dalam sebarang keadaan, bertanggungjawab untuk sebarang kerosakkan secara khusus, tak langsung atau diakibatkan oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil dengan bergantung atau berdasarkan kepada maklumat di dalam laman web ini.
Disclaimer
The information in this web site is provided without warranty of any kind, either expressed or implied. I do not accept any responsibility for any risks concerning the suitability and accuracy of information in this site. I will in no event be liable for any special, indirect or consequential damages or any damages whatsoever, whether in an action of contract, negligence or other action, arising out of or in connection with reliance on or the use of any information in this site.
Laman anda ada kawasan botak? Terlalu kecil untuk beli rumput baru tapi terlalu besar utk buat tak nampak? Bukan itu saja masalahnya. Kalau anda beli dari luar, kadang-kadang rumput tak sama. Guna cara sprig.
Beberapa bulan dulu, saya ada tulis tentang cara penanaman dengan sprig. Sebenarnya saya menulis artikel ini di bulan November 2022, so baru dua minggu saja. Cuma saya nak laman web ini menerbitkan artikel sebulan sekali, maka saya jadual kan artikel ini di bulan Februari 2023.
Baiklah, peralatan yang anda perlukan ialah sebarang benda yang boleh membuat lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari. Anda boleh guna batang paip pendek, atau pisau yang sesuai ataupun alat pemutar skru.
Kejap, baru teringat. Nak letak satu caveat. Sprig dalam istilah sebenar ialah stolon atau rhizom. Cowgrass tak ada stolon dan rhizome dia tak macam rhizome rumput carpet lain. So, kalau laman anda Cowgrass, maka “sprig” anda dah macam sod kecik dan batang paip tak boleh digunakan, hanya pisau dan pemutar skru mata leper saja, boleh. Sebab anda kena potong sprig anda macam kek kat kedai kek kayangan (kecik tapi comel jer).
Pertama sekali, pilih tempat yang anda nak tanam semula kemudian bersihkan nya hingga satu inci ke bawah dengan tujuan nak buang penyebab kematian (kebotakan? Ha ha) kawasan itu dan buang benih rumpai. Tak ada pasir? Bajak bajak bajak dengan alat seperti di atas tadi supaya benih rumpai atau patogen penyakit di keringkan oleh matahari.
Kemudian pilih tempat yang anda nak ambik rumput utk tanam di kawasan botak. Kalau kawasan botak 1 kaki x 1 kaki, maka tempat “benih” tu 4 inci x 4 inci pun dah cukup.
Anda ada dua pilihan, pilih tempat yang di sempadan laman anda, biasanya di bawah pokok bunga, kat tepi longkang dsb. Ataupun anda boleh juga curi curi dari kawasan paling subur di seluruh laman anda (jangan pulak laman orang sebelah) utk setiap satu lubang di kawasan botak, curi satu sprig di kawasan subur.
Di kawasan botak tadi tebuk lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari.
Batang paip, kalau panjang, tak payah bongkok bongkok tapi lepas tu nak simpan mana? Janganlah guna gambar ini tanpa memberi kredit kepada laman web ini.
Lepas tu, ambik rumput di tempat yang anda pilih tadi dan cucuk ke dalam lubang yang anda sediakan.
Ini sprig rumput carpet. Kalau Cowgrass, sprig nya perlu lebih besar lagi. Kredit gambar http://www.mynormas.com
Baja? Oleh kerana ini di ambil dari laman sendiri, maka baja yang sebelum ini anda letak, dah cukup lah. Tak perlu baja khusus. Cukup lah sekadar Bismillah atau doa atau apa-apa bacaan yang patut.
Siram macam biasa. Itu satu lagi kebaikan sprig, kita tanam dah ada akar.
Berapa jauh jarak diantara lubang? Lagi jauh, lagi lambat rumput rapat. Mulakan dengan jarak 4 jari. Lepas seminggu, kalau nampak macam lambat, anda boleh saja tambah tanaman di antara dua lubang.
Lepas tu, kita berserah.
Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.
Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat. Bukan saya mintak pun tapi sekurang kurangnya adalah penghargaan utk saya dan harga diri utk awak
Kat luar negeri kan, memprofilkan orang ni salah tau. Kita tak kenal orang tu tapi berdasarkan warna kulit atau asal usul dia, kita memprofilkan dia sebagai jahat, pemalas atau tamak.
Lebih lah jarang kita nak periksa profil tanah sebelum kita membuat keputusan tentang sifat tanah di suatu tempat yang baik atau bermasalah.
Tahu kah anda tentang kewujudan suatu alat untuk memeriksa profil tanah?
Berbelas tahun dulu, saya di panggil kerja di sebuah kelab golf yang mempunyai masalah di atas green mereka.
Bila saya periksa profil tanah, saya dapati mereka mempunyai beberapa masalah. Pertama mereka tidak menggaul bahan organik ke dalam zon akar mereka dengan betul. Ini menyebabkan ada lapisan bahan organik tulin yang tidak memainkan peranan nya sebagai pemangkin pertumbuhan.
Yang hitam tu organik. Yang hijau bawah nya tu ialah zeolite sejenis soil amendment.
Selingan: kami di padang golf tak guna “topsoil”. Sejak puluhan tahun iaitu sekitar 1960an, sistem penanaman rumput di atas pasir telah di popular kan samada menggunakan sistem USGA, California atau hybrid di antara dua sistem itu. Kami gunakan apa yang dipanggil sebagai rootzone atau zon akar iaitu lapisan setebal lebih kurang 100mm atau 4 inci yang di campur dengan 5 – 10% dari isipadu nya dengan bahan organik. Bergantung pada cuaca tempatan, ada tempat yang menambah pula dengan 5% dari isipadu pula dengan amendment yang amat lambat reput tetapi berfungsi memegang air dan nutrien.
Masalah kedua padang ialah kerja-kerja hias-atas atau topdressing yang dilakukan secara jarang-jarang tetapi dengan tebal. Ini menyebabkan pelapisan atau layering yang melambatkan pergerakan air ke dalam tanah.
Pelapisan tanah (soil layering). Bila hias-atas dilakukan jarang-jarang tapi tebal tebal.
Jadi, air lambat turun, akar jadi pendek dan oleh kerana tiap-tiap green ada masalah unik berbeza dari green ke green, maka tiap-tiap green akan ada sifatnya sendiri yang menyusahkan pemain golf yang mahukan semua green mempunyai sifat yang hampir sama.
Penyelesaian nya?
Ka-boom!
Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.
Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat.
Saya banyak jumpa spesifikasi kontrak penyelenggaraan padang dalam bentuk BQ (Bill of Quantity) atau spesifikasi biasa. BQ atau spec yang saya tengok saya rasa tak boleh terima tetapi selalu nya saya beritahu diri saya bahawa biarlah, kerana: 1. ada orang sensitif bila ditegur, 2. ada orang yang tak dapat ubah apa-apa kerana mereka hanya menurut arahan, 3. ada yang tidak mahu fikir banyak kerana copy-paste lebih senang. 4. Tak semua padang sama dan tak semua keperluan sama. Tambahan pula, 5. siapa lah saya nak tahu dan betul semua.
Tetapi baru-baru ini saya terima satu spesifikasi penyelenggaraan padang yang, termasuk item utamanya ialah, “menyapu padang tiga kali sehari”. Saya fikir bahawa saya sendiri tidak menyapu rumah saya tiga kali sehari (awak ada?), macamana agaknya nak sapu padang tiga kali sehari? Ingat, padang biasa ialah 70 x 110m iaitu 7,700 meter persegi; agak-agak berapa lama nak siap sekali sapu?
Saya juga jumpa spec yang mengatakan pemotongan padang ialah pada setiap 1hb, 10hb dan 20hb. Atau adakah ianya 10hb, 20hb dan 30hb? Saya pun keliru… kalau Februari macamana? Memotong rumput setiap 10 hari akan memotong terlalu banyak daun (kerana kadar pertumbuhan rumput yang tinggi, terutamanya selepas pembajaan atau sewaktu musim hujan). Setiap kali potong, rumput tinggal batang sedangkan rumput perlukan daun untuk buat makanan melalui proses fotosintesis). Diburukkan lagi jika memotong dengan mesin sandang yang akan memotong serendah mungkin.
Saya nak cuba bantu agar terdapat suatu piawaian, suatu kesedaran bahawa penjagaan padang bukan sekadar potong, siram dan baja sekali-sekala, saya kira ada 13 perkara yang perlu dibuat. Saya akan cuba terangkan apa yang penting dalam spesifikasi penjagaan padang hari ini dan satu hari nanti bila saya dah figure out macamana nak upload supaya jika anda berminat, anda boleh download spec yang dah siap tulis selepas membuat bayaran. Sementara itu, di sini saya bagi senarai huraian kerja yang perlu dilakukan dalam penyelenggaraan padang dan rasionalnya.
Bil
Huraian Kerja
Rasional
1
Memotong Rumput
Alat: Sebuah mesin pemotong rumput menggunakan pisau silinder seperti reel atau flail Memotong rumput padang pada ketinggian 25mm dari paras tanah di seluruh padang. Pemotongan rumput menggunakan mesin dan teknik khusus untuk menghasilkan belang-belang padang 2x seminggu.
– Pisau silinder memberi potongan lebih baik dari rotary. – Jika tidak dikutip, pisau silinder menghasilkan pembuangan sampah yang lebih sekata. – 25mm adalah spec FAM – Sampah yang dipotong dgn pisau silinder boleh jadi baja. – Teknik dan mesin menghasilkan belang BUKAN dengan baja atau tukar ketinggian! – Sekali seminggu atau setiap 10, 20 & 30hb akan memotong terlalu banyak daun. Rumput perlukan daun utk fotosintesis! – Samada mesin itu 5-gang, triplex, front-deck atau mid-mounted adalah tidak penting! Yang penting pisau!
Contoh pisau jenis reel.
Contoh pisau flail
Bil
Huraian Kerja
Rasional
2
Pembajaan.
Alat: Penabur baja, baja kimia biji yang memberikan jumlah 300g nitrogen dan kalium per 100m persegi. Menabur baja menggunakan alat yang betul secara rata dan konsisten dari dua arah untuk memastikan seluruh padang menerima kadar baja yang sama. Kekerapan: Satu kali sebulan seluruh padang
– 300g nitrogen per 100sq.m per bulan adalah cadangan orang putih (kan kalau org putih cakap semua betul?) – 300g/100sq.m kalium adalah kerana kebiasaan N:K = 1:1. – Baja kimia bukan kemestian tapi kalau baja organik 300g N per 100sq.m banyak giler lah baja diperlukan. – Fertiliser spreader tak mahal maka setiap kontraktor kena ada satu. – 1x sebulan boleh di adjust jika menggunakan baja slow-release kepada 1x 2 bulan dan jika musim hujan 2x sebulan (half rate)
Sebuah walking spreader
Sebuah traktor mounted spreader
Bil
Huraian Kerja
Rasional
3
Membaikkan Permukaan Padang
Alat: Mesin topdresser, dragmat untuk meratakan pasir, 5 – 10 tan pasir sebulan, penggelek (roller) dan peralatan berkaitan. Melakukan TOPDRESS dengan menabur pasir di kawasan berlekuk atau menakung air untuk meratakan permukaan padang. Melakukan gelekan bila perlu di kawasan yang terbonjol. Membuang rumpai (rumput liar) yang mengganggu permainan. Kekerapan: satu kali seminggu seluruh padang
– Dengan penggunaan biasa, padang akan jadi lekuk bila pemain sepak, lompat atau jatuh. – Lama kelamaan, ada tempat akan lekuk makin dalam (contoh: depan gol) – Guna pasir utk baiki seluruh permukaan – Gelek bila perlu guna roller satu tan. – Merumpai rumput liar yang mengganggu permainan (sambau, semalu dsb). – Dalam seminggu mesti ada sekurang-kurangnya satu kerja hias-atas (topdress), satu roll dan satu merumpai.
hias-atas (topdress) manual utk lekuk-lekuk menakung air
Mesin roller kecil
Bil
Huraian Kerja
Rasional
4
Mengudarakan tanah mampat padang bola
Peralatan pengudaraan tanah manual, pasir dan peralatan yang berkaitan. Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan yang menakung air pada kedalaman dua inci. Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan ‘high-traffic’ seperti di depan gol dan larian penjaga garisan pada kedalaman satu inci. Menabur pasir pada lubang-lubang yang terhasil. Kekerapan: satu kali seminggu 10% luas padang
– Padang yang digunakan akan mempunyai kawasan yang selalu mampat contoh: depan gol, tempat linesman, jalan masuk padang. – Alat hollow atau solid tine manual boleh bantu kurangkan mampatan
Contoh alat manual hollow tine
Kerja manual hollow-tine di kawasan keras
Bil
Huraian Kerja
Rasional
5
Sampah.
Kutip dan membuang sampah yang terdiri dari rumput, rumpai, sampah dari dalam longkang, buangan pokok bunga hiasan, dan lain-lain kawasan 1 x seminggu.
– Sampah biasa seperti botol minuman tidak seharusnya termasuk KECUALI sudah diambilkira dalam sebutharga. – Sampah rumput contoh: luar padang yang dipotong sebulan sekali – Atau musim hujan terpaksa potong sekali sekala.
Bil
Huraian Kerja
Rasional
6
Membuat Garisan Padang
Alat: cat, tali dan lain perkara yang berkaitan (berus, line-marker, pita mengukur dsb). Membuat garisan padang bola mengikut spesifikasi dan peraturan pihak berkuasa permainan seperti FAM, FIFA atau lain-lain badan yang berkaitan. Kekerapan: Satu kali seminggu
– Ada padang mahu garisan hanya masa ada game. Ada padang yang mahu garisan setiap masa (padang latihan). – Terpulang pada polisi dan keperluan padang. – Boleh guna mesin buat line dan boleh guna berus – Buatlah garis LURUS!
Bil
Huraian Kerja
Rasional
7
Mengganti kawasan rosak/rumput mati
Alat: sodcutter atau seumpamanya, cangkul, penyodok, rumput, pasir, penggelek, baja dan peralatan berkaitan. Mengganti kawasan rosak atau rumput mati atau rumpai yang mengganggu permainan seperti sambau atau semalu dengan rumput baru yang sama dengan rumput asal padang. Kekerapan satu kali sebulan.
– Mesti akan ada kawasan rumput mati, samada akibat over-use (depan gol) atau kering atau basah dll. – Guna alat yang betul! – Sodcutter atau Turf Doctor (pengganti rumput) – Dalam sebulan mesti ada kawasan yang dah ganti rumput at least mungkin 10sq.m (boleh diubah kepada lain kuantiti)
Alat sodcutter
Alat Turf Doctor
Bil
Huraian Kerja
Rasional
8
Kawalan makhluk perosak dan penyakit
Alat: Peralatan menyembur atau menabur racun, PPE, dan peralatan berkaitan.
Mengaplikasi racun yang bersesuaian pada waktu yang bersesuaian untuk kawalan makhluk perosak seperti serangga, cacing tanah dan sebagainya serta penyakit seperti kulat, cendawan dan sebagainya
Kekerapan: seminggu sekali
– Biasanya menyembur racun – Termasuk juga menghalau anjing, lembu dsb. – Kontraktor perlu tahu cara penggunaan racun – Ada peralatan yang betul. – Peralatan yang sama juga boleh digunakan menyembur baja foliar – Biasanya cacing tanah dan rumput liar.
Sprayer kecil utk satu padang.
Bil
Huraian Kerja
Rasional
9
Penyiraman padang Alat: moisture sensor, hose panjang, sprinkler mudah-alih dan peralatan berkaitan. Mengesan keperluan air padang dan melaku kan penyiraman menggunakan sprinkler yang disediakan ataupun sprinkler mudah-alih ataupun hos panjang. Kekerapan: bila perlu (anggaran 120 hari setahun)
– Adalah penting utk tidak terlebih siram kerana akan menjadikan akar pendek selain padang lecak. – Gunakan moisture sensor (boleh beli online) utk tentukan padang kering baru siram. – Anggaran siram TERMASUK lepas baja ialah dalam 100-120 hari setahun sahaja.
Moisture sensor
Bil
Huraian Kerja
Rasional
10
Pengudaraan tanah
Melakukan pengudaraan tanah pada kedalaman tiga hingga empat inci, pada diameter setengah inci pada jarak dua inci dari lubang ke lubang. Mengutip dan membuang sampah core ke luar stadium di tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Kekerapan: setahun sekali (jika hollow-tine, air atau water aeration) Setahun empat kali (jika solid-tine).
– Amat penting dan adalah punca kebanyakan kegagalan padang di M’sia. – Samada solid tine banyak kali setahun atau hollow tine setahun sekali. – Air aeration atau water aeration pun boleh. – Gabung sekali dengan top-dress dan pembetulan pH
Mesin hollow-tineMesin solid tine (dalam gambar ini: slicer)
Bil
Huraian Kerja
Rasional
11
Hias-atas (topdressing) keseluruhan
Melakukan kerja-kerja hias-atas (topdress) ke atas keseluruhan padang dengan pasir halus tanpa batu dan selut, setebal 10mm atau lebih dengan rata menggunakan jentera khusus untuknya dan meratakan pasir dengan menarik dragmat atau brush khusus hingga pasir ditarik rata ke seluruh padang. Kekerapan: setahun sekali selepas kerja pengudaraan tanah dan nyah-thatch.
– Kerja penting utk mendapat kerataan padang – Menutup lekuk-lekuk kecil – Mengurangkan thatch – Sebaiknya dua tiga kali setahun
Topdresser keseluruhan menggunakan mesinDragmat utk meratakan pasir ke seluruh padang.
Bil
Huraian Kerja
Rasional
12
Nyah-thatch (dethatching) Melakukan kerja-kerja nyah-thatch (dethatching) di keseluruhan padang untuk mengeluarkan thatch dari celah rumput kemudian mengutip dan membuang sampah thatch ke luar stadium Kekerapan: Setahun sekali
– Perkara penting dilakukan utk mengelakkan padang menjadi lembut atau menyimpan air. – Thatch di celah rumput juga akan jadi punca penyakit
Merumpai (weeding) Melakukan kerja-kerja mencabut dan/atau meracun rumpai (rumput liar) untuk memastikan ketulenan rumput padang yang asal. Rumpai yang dicabut akan dibuang ke kawasan luar stadium. Kekerapan: seminggu sekali
– Kerja-kerja weeding atau mencabut rumpai perlu ada dalam jadual kerja. – Bukan saja dalam padang tetapi juga luar atau tepi padang (jika termasuk dalam skop kontrak)
Bil
Huraian Kerja
Rasional
14
Penjagaan rumput di luar padang permainan Memotong rumput, membaiki permukaan padang yang berlekuk atau terbonjol dengan melakukan hias-atas dengan pasir atau menggelek. Membaja secara rata dan konsisten. Melakukan pengudaraan tanah di kawasan yang menakung air dan ‘high-traffic’ seperti jalan masuk padang dsb. Kekerapan: dua kali sebulan.
– Rumput di luar padang – Di pagar, di tepi astaka dan sebagainya. – Bukan saja memotong tetapi juga membaja, meratakan dsb.
Bil
Huraian Kerja
Rasional
15
Penjagaan pokok bunga hiasan Meracun dan/atau membuang rumput di bawah pokok bunga, membaja pokok bunga, memangkas untuk mencantikkan ranting dan dahan pokok bunga yang panjang dan kerja-kerja yang berkaitan dalam penjagaan pokok bunga hiasan. Memotong atau meracun rumput yang tumbuh celah-celah batu dan tempat lain. Kekerapan: satu kali sebulan.
– Jika terdapat dalam skop kontrak, pokok bunga di astaka, keliling padang atau dekat pintu masuk perlu dijaga.
Bil
Huraian Kerja
Rasional
16
Penjagaan trek balapan Membersihkan trek dari lumut dan kotoran atau bendasing lain. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan padang tidak merosakkan trek. Kekerapan: satu kali seminggu.
Saya bukan orang yang suka gelek padang. Saya menganggap gelek padang menambah mampatan permukaan.
Dan jika padang yang dibuat dengan “topsoil” yang mempunyai struktur tanah berbeza-beza; sebahagian yang dapat topsoil banyak tanah liat akan lembut, yang banyak pasir, akan keras.
Namun begitu, saya terima kenyataan bahawa menggelek adalah suatu keperluan dalam operasi penyelenggaraan padang.
Saya gunakan roller ringan (walaupun nampak besar, tapi kosong isinya) maka take away point ialah roll padang anda dengan roller yang ringan (berapa berat? Asal ia mampu leperkan taik cacing pun okay dah) dan jarang-jarang (berapa jarang? Seminggu sekali cukup).
Jika roller anda mampu menggerakkan tanah; ia terlalu berat (atau padang terlalu basah). Jika lantunan bola terlalu kuat atau bila anda lompat anda rasa macam simen, maka anda terlalu kerap roll (atau “topsoil” anda sebenar nya ialah tanah liat).
Maka take away point kedua saya ialah elakkan menggunakan topsoil tapi amalkan sistem rootzone yang lebih sesuai utk cuaca kita.
One-Time
Monthly
Yearly
Make a one-time donation
Make a monthly donation
Make a yearly donation
Choose an amount
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
Or enter a custom amount
$
Mengendali dan menulis di laman web ini mengambil masa dan sumber kewangan saya. Jika anda mendapat manafaat atau pengetahuan dari laman web ini, sumbangan anda amat dihargai. Your contribution is appreciated.
Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 4 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KEEMPAT. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.
Seterusnya ialah langkah-langkah perbincangan itu di adakan. Bagaimana cara untuk membuat rekaan landskap secara mudah?
Langkah-langkah:
Buat keputusan tentang keperluan dan kemahuan keluarga anda. Apakah kegunaan landskap itu nanti? Jika anda mahu ia berfungsi sebagai tempat riadah atau bersenam atau bersantai, maka anda mungkin mahukan kawasan rumput yang lebih besar. Jika anda mahukan ia sebagai tempat anda menghabiskan masa lapang sebagai hobi, maka anda perlu utamakan pokok kegemaran anda ataupun pokok dalam pasu yang lebih mudah di tukar bila dah jemu. Beri perhatian juga kepada berapa banyak masa anda mampu luangkan untuk penjagaan landskap anda.
Kenali kawasan anda. Mungkin ada kawasan anda yang tak boleh atau tak mahu di ubah (contohnya jalan masuk atau pokok besar).
Jika kawasan anda besar, anda mungkin perlu membuat penanaman secara berperingkat. Tapi rekaan mesti di buat secara keseluruhan.
Cari atau buat suatu peta kawasan anda. Lukis ‘pandangan satelit’ dan pastikan ia bersekala (ukuran yang mengikut skala). Contohnya; apa-apa yang panjangnya 1 meter di atas mukabumi, lukiskan ia sebagai 1 sentimeter di atas kertas.
Lukiskan juga: rumah atau bangunan lain dalam kawasan anda. Pagar atau sempadan (jangan terlandskap tanah orang!). Kawasan merbahaya seperti longkang terbuka, paip bawah tanah yang cetek, wayar letrik (sambungan ke eletric gate) dan sebagainya.
simple layout of rumah dan laman. Guna Excel (buku matematik pun boleh)
Ambil sekeping kertas nipis (kertas surih atau tracing paper), lekapkan di atas peta tadi dan lukis idea anda. Anda boleh buat lebih dari satu idea dan labelkan setiap kertas nipis itu sebagai ‘Idea 1’, ‘idea2’ dan sebagainya. Atau jika anda guna komputer seperti saya, guna paint dan selepas setiap rekaan; Save As ‘Idea1’, ‘Idea2’ dsb.
Ingat, anda perlu mengikut skala peta.
‘Idea1’ mungkin ada pelantar/gazebo. ‘Idea2A’ mungkin ada kolam ikan dan pokok shrub renek setinggi dua kaki di kiri kanan jalan. ‘Idea2B’ mungkin ada kolam ikan tapi pokok palma di kiri kanan jalan. ‘Idea3’ mungkin ada banyak pokok besar dan sebagainya. Lekap kertas di atas peta dan bincang dengan “ahli jawatankuasa” anda.
Idea 1
Tak perlu letak nama pokok dahulu. Hanya letak lokasi dan saiz setiap tumbuhan dahulu. Pokok A di tengah-tengah halaman, batas B bunga warna kuning dekat tepi bilik Abang, kolam ikan sebelah tingkap Adik, Palma kecil setiap 2meter di kiri kanan jalan.
Idea 2
Akhir sekali, rombak semula idea anda ke atas suatu ‘masterplan’ dan pastikan semua orang tandatangan. Tak pandai tandatangan suruh dia cap jari. Lepas ni jangan nak komplen.
Satu lagi perkara tentang pemilihan tanaman. Saya pasti dari awal lagi anda dah tahu pokok apa nak tanam kat mana, tapi kadang-kadang bila dah lukis atas kertas baru kita nampak ‘kaitan’ pokok itu dengan tanaman, pagar, jalan ataupun rumah kita. Tapi kalau anda tak pasti pokok apa nak tanam (tapi tahu rupa, saiz dan warna) maka ada beberapa cara anda boleh pilih pokok:
Pergi ke nursery dan pilih.
Jika anda nampak pokok yang anda suka di taman bunga atau rumah Mak Limah hujung jalan, ambil gambar dan bawak ke nursery.
Bawak orang nursery ke taman bunga atau ke rumah Mak Limah.
Lepas tu gantikan nama pokok itu ke atas ‘masterplan’ tadi. Contohnya: Allamanda kat Batas B, Green Palm kat tepi jalan, pokok Janda Merana kat tepi rumah, Ixora Sunkist tepi pagar dan sebagainya.
Satu peringatan; pilih pokok yang sesuai dengan iklim rumah anda. Maksud saya, jangan pergi beli pokok kat Cameron Highland jika anda tinggal di Kuala Pilah.
Saya tahu, saya tahu, pada peringkat ini ada yang dah mengalirkan air mata kerana rasa susah sangat nak buat landskap untuk tanah sebesar stem pos. Jangan stress. Yang tertulis di atas tu hanyalah panduan sahaja dan anda boleh langkah mana-mana bahagian atau buat bahagian baru seperti yang anda rasa patut. Itu rumah anda, peduli apa orang lain cakap. Tapi landskap boleh menjadi suatu hobi dan memberi kepuasan kepada anda, jadi buat perlahan-lahan! Ikut kemampuan! Dan penting sekali; Have Fun!
Saya minta bantuan untuk ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana-mana iklan di sini. Ini semua akan membantu saya menambah pendapatan untuk terus berkongsi pengetahuan dengan pembaca. Atau anda boleh terus beri sumbangan di bawah:
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.
Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 2 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KEDUA. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.
Dengan pemilihan tumbuhan yang kita bincangkan di posting lepas, kita akan terus pergi ke topik corak atau keseragaman rekabentuk. Prinsip-prinsip utama ialah:
Konsistensi. Kita boleh terjemah ini sebagai mempunyai suatu tema tertentu (Bali, Zen, modernistic, simple dan sebagainya) ataupun semata-mata bersifat konsisten dalam memilih tumbuhan dari segi warna (warna hijau, warna cerah dsb), ketinggian (lebih tinggi dari 5 kaki, lebih rendah dari lutut dsb), sifat (menjalar, tropika dsb) dan sebagainya. Ia adalah tentang memberi ekspressi utama tentang lanskap kita.
Keseimbangan. Ini tentang sifat simetri dalam lanskap; contohnya pokok palma di kedua-dua belah pintu masuk, mempunyai jumlah pokok yang sama di kiri dan kanan taman dan sebagainya. Sebenarnya “ketidakseimbangan” juga adalah suatu konsep atau prinsip dalam rekabentuk lanskap; iaitu bentuk abstrak atau ‘bebas-bentuk’ (free-form) tetapi masih lagi konsisten. Contohnya bentuk flower-bed yang bebas bentuk tetapi mempunyai bunga yang sama warna di dalamnya. Atau bila kita ada sebaris pokok palma hijau dan kita selangkan dengan palma merah pada jarak yang rawak supaya warna itu lebih ceria tanpa monotoni.
Warna ialah sebab utama kita memilih bunga atau tumbuhan tertentu. Warna terang seperti merah, kuning dan oren akan nampak dekat dan warna lembut seperti hijau, biru dan pastel akan nampak jauh. Jadi jika menanam tumbuhan berwarna terang di hadapan dan warna lembut di belakang, halaman boleh kelihatan lebih besar.
Garisan. Ini ialah tentang pagar, jalan, titian, susunan batu ataupun bentuk flower bed. Kita nak lurus ataupun berombak? Apa tema lanskap kita?
Kadar atau proportion. Ini adalah prinsip tentang saiz bahan bahan dalam kawasan lanskap. Jika kawasan lanskap anda kecil dan anda akan menggunakan pokok kecil kenapa tiba-tiba ada satu ukiran besar di tengah-tengah? Biarkan semua tumbuhan, hardscape dan sebagainya dalam lanskap anda mempunyai saiz pada kadar yang serupa.
Ulangan. Konsep ni sama dengan prinsip ‘konsistensi’ tadi. Cuma ingat satu benda; terlalu banyak satu warna atau satu tumbuhan akan membosankan. Tetapi terlalu banyak jenis atau variety juga akan menyebabkan lanskap nampak semak dan seperti tidak mempunyai rencana.
Kita berhenti di sini. Tapi ini tidak bermakna bahawa ini adalah muktamad. Masih ada banyak lagi bijak pandai di sana yang akan mempunyai idea atau prinsip rekabentuk lanskap mereka sendiri. Saya tidak suka kata orang lain salah dan saya betul. Kalau saya nampak rumah orang yang tidak menggunakan prinsip lanskap langsung, saya akan kata “suka hati dia lah, rumah dia”
Sila bantu saya dengan ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan ‘Click’ di mana-mana atau semua iklan di laman web ini.
Saya juga ada menulis cerpen bersiri tentang seorang penjaga rumput selepas PKP. Ikuti siri Roslan dan gangnya (tapi ramai orang nampaknya lebih tertarik kepada Nina) bermula dengan Bab 1.
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah sebab kenapa walaupun anda ada longkang subtanah, padang atau laman anda masih basah.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa rumput anda selalu mengalami penyakit
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa rumput anda selalu diserang serangga atau cacing tanah.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa padang anda terasa lembik bila di pijak.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa padang anda berlumpur jika digunakan selepas hujan.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah thatch; satu lapisan bahan organik yg belum reput yg bertindak seperti span (sponge) menyerap air dan menjadi tempat lindungan kulat dan serangga.
Cara utk mengurangkan thatch ialah dengan proses fizikal nyah-thatch (follow this blog for future articles) atau pengudaraan tanah hollow tine (udara membantu organisma mereputkan thatch) atau pengudaraan tanah solid tine (ruang utk udara dan air menembusi lapisan thatch) atau hias-atas (meletak satu lapisan baru di atas thatch).
Jika saya melakukan kerja-kerja nyah-thatch di bulan Februari 2020 dan anda berminat untuk melihat, sila beritahu. Untuk pengetahuan, ia akan dilakukan di sebuah padang bola Cowgrass di Shah Alam. Saya akan confirm kan tarikh dan masanya dalam minggu pertama bulan Februari. Ia menggunakan sebuah mesin besar yang tak sesuai di halaman rumah, tapi jika anda berminat utk melihat konsepnya, silakan.
Untuk sentiasa mendapat update dan artikel terkini; sila follow laman web ini atau FB mynormas.com
Saya jumpa ramai orang yang tanam rumput. Malangnya kebanyakan orang di luar industri golf masih lagi menggunakan cara lama untuk menanam rumput terutamanya sewaktu penyediaan tapak.
Salah satu isu utama ialah roll (gelek, kompak) untuk mendapatkan kerataan rumput. Paling selalu ialah orang akan roll rumput untuk dapatkan kerataan. Sebenarnya, kita sepatutnya roll tanah SEBELUM kita tanam rumput. Kalau tanah tu rata, confirm rumput tu rata kan?
Jadi masalah kalau kita tanam dengan cara sod dan sod yang kita beli ialah sod cangkul yang mempunyai tapak tak rata. Kalau kita beli sod yang mempunyai tapak rata, kita hanya perlu tanam kemudian tabur pasir supaya cover gap (celah) di antara sod kita.
Penyediaan tapak ini penting kerana banyak masalah rumpai (rumput liar) berasal kerana penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul. Rumpai yang sebenarnya ‘penduduk asal’ kawasan itu akan muncul semula selepas beberapa bulan kerana proses penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul.
Ada lapan langkah dalam penyediaan tapak sebelum rumput ditanam. Kalau anda kerja tanam rumput; cuba lihat, bahagian mana yang anda skip. Atau ada diantara langkah ini yang anda rasa boleh dibaiki.
Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
Kita tahu (atau kita rasa kita tahu) bagaimana sebuah padang bola dibina. Kita rasa bukan susah pun. Korek, pasang longkang subtanah (orang lain panggil subsoil, saya panggil subtanah) letak tanah atas lepas tu kambus, tanam rumput dan kemudian kita roll roll dan roll sampai dia rata. Siram, siram dan siram sampai… sampai… petang(?).
Bagaimana jika saya kata ada tiga jenis metode/kaedah pembinaan padang? Dua darinya selalu digunakan di Malaysia dan satu lagi di stadium terbaru.
Pembinaan dengan tanah asal; iaitu pembinaan yang banyak dilakukan di taman permainan atau mungkin sekolah-sekolah di Malaysia. Ratakan tanah sedia ada, kemudian tanam rumput dan roll, roll, roll.
Pembinaan dengan tanah yang telah dimodified. Ya; tanah yang telah dimodifiedkan. Saya golongkan pembinaan menggunakan ‘topsoil’ dalam kaedah ini. Korek, buang tanah lama (atau namakan ia sebagai ‘tanah atas’ diprojek lain) dan masukkan ‘tanah atas’ (atau tanah yang dibuang dari projek lain), ratakan, tanam rumput dan roll, roll, roll. Longkang subtanah adalah optional: letak pun boleh, tak letak pun okay jer.
Pembinaan menggunakan pasir dan zon-akar. Korek buang tanah asal sedalam 12 inci, buang, roll tanah bawah sampai licin (ini kita panggil sebagai ‘subgrade’ atau ‘basement’) pasang longkang subtanah, letak pasir sebanyak 8 inci (angka arbitrari) kemudian 4 inci lagi dengan pasir yang dicampur dengan 5% dari isipadu dengan bahan organik dan 5% juga dengan soil amendment atau baja (bergantung keadaan; semua angka adalah arbitrari untuk mempermudahkan pembacaan; JANGAN jadikan sebagai rujukan buta tuli tanpa siasatan).
Untuk gambar dan perbandingan; sila baca slide di bawah ini:
Whether we like it or not, golf courses need to reduce workers. The new reality is that employing foreigners will be a luxury more than the norm in the near future. Malaysia – and I mean both government and us – must commit to reduce the number of foreign workers in Malaysia. Let’s face it; as members of the public drive by the 150-acre golf courses or sit in the comfortable clubhouses, most won’t be convinced that working in a golf club belong in the three-D (Dirty, Dangerous and Difficult) category.
The only ‘D’ that prevents us from hiring better workers is ‘Demeaning’. I mean, I have gone to many golf courses’ maintenance facilities, seen their deplorable condition and talked to many superintendents, managers and even owners and to too many of them; golf course workers only cut grass.
We hire a worker, we get another worker to teach him/her how to start/move a machine and we want him/her to stay for 20 years operating the same machine. Go ahead, stop a worker at work on your course and ask him how long he has work there and what he knows. I have met a worker who has worked almost 20 years and all she knows is raking bunkers and sweeping leaves. Go ahead and ask him/her the name of the grass on the course or if you happen to meet some one spraying; ask him/her what is in the spray tank. They know nothing because we don’t think much of them or what they do and we teach them nothing.
Yeah. We demean our workers; by getting the cheapest possible. We demean the work that they do by looking down on them, limiting their knowledge and their advancement. We demean our Superintendents by not hiring the best, by not increasing their knowledge, their pay and not giving them opportunities to do so; by not training a second tier of supervisors able to take over the Superintendent’s job so that they are not irreplaceable. But in the same breath; many Superintendents demean themselves too; by not giving or being the best, by not increasing their own knowldege, not looking for opportunities to better themselves and by not training their own replacements so that they are promotable.
I can talk some more about the hiring of local workers but I worry that we miss the real issue here; about reducing the need for a large crew altogether.
And to be clear; I talk from experience, I once reduced the number of field staff from 42 to 18 and was still voted the “Best Maintained Course in Malaysia” in 1999/2000.
Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
5.00RM
So I say, let’s reduce the need for staff regardless of local or foreign. The question is, how can we lower the number of staff required to maintain a golf course? Well, here are some of my suggestions:
Mechanise. Walk-behinds need more manpower. The thing is, most golf courses ‘cheat’; it should take six walk-behinds to equal two triplex mowers (the goal should be to finish mowing in front of the first flight i.e. 9.00 a.m) but many golf courses get by with using two or four walk-behinds. But seriously, get a good triplex mower, finish mowing at 9.00 a.m, backlap for 10 minutes, take a 20 minute break and by 9.30 your operator can start to mow fairways or rough already. Or, use six walk-behinds and provide each one with a transport so they too finish at 9.00 a.m. and then operate other machines. That is just one example ya, you can also find ways to minimise the use of brush-cutters.
Slow down growth. Use plant growth regulators (PGR) to slow down the growth of the grass. What it does is it shortens the internodes and makes the grass grow shorter.
Benefits: It has a side effect of creating denser stands of turf. You can cut down up to 30% of your mowing needs.
Disadvantages: you need to apply regularly to reap the benefits and this has cost but if done correctly the benefits outweigh the costs.
Some architecutur… architektural… some design changes. The kind that will help you reduce workers. It is best if you do it from the beginning but perhaps you can reduce your dependence on future workers by using the current workers in redesigning your course. Some examples; have less steep slopes, reduce quantity of bunkers (or at least, don’t lah have the high-faced KLGCC type of bunkers). I never can understand the need for these kind of high maintenance bunkers. Ya, ya, ya, the new textile mat you put on the bunker face holds the sand and less need for maintenance. The comparison is between two high-faced bunkers; one with the mat and one without. I challenge you to compare maintenance cost of one high-faced bunkers with the mat and one bunker with low sand face or a ‘turf bunker’.
Upskill or multiskilled. Train your existing workers or workers you want to keep so that they know more or can do more. Why have three workers that can only operate the ubiquitous brush-cutter, knapsack sprayer and scisssors when you can have one who can operate a ride-on mower, a hedge trimmer and a boom sprayer even if you have to pay two person’s salary for that one guy/girl. No one worker can do only one job “Everyone can do everything” was a motto I had when I reduced the staff number on my 18 holes from 42 labourers to 18 professionals in the 1990s. Training also reassure your staff that you are thinking about their future and will help you in retaining the good ones.
Be creepy. For steep slopes that can’t be mown with a machine, use creepers like Wedelias or Arachis pinto or perhaps even Weeping Lovegrass or maybe leaving it ‘naturalised’ i.e. unmaintained but managed (I have a no-creeper, no-small-trees policy in these ‘wild’ areas).
Benefits: do it right and you give more color to a simple slope. You can save a lot of manpower here. This is where the need for foreign workers is highest.
For some deep rough, you can ‘naturalise’ it by leaving it wild but managing it by, once or twice a year, sending workers to slash small trees, wild creepers etc.
Don’t do weeding. Well, I mean not totally don’t do, but don’t have four extra workers to do manual weeding every day. We keep comparing ourselves with our Indonesian and Thai neighbours that have ‘so many workers’ to do weeding but we don’t compare ourselves with American or Australian courses that don’t do weeding. Yeah. They use sprayers with selective herbicides.
Plant less trees. I know, it sounds contrarian right? The thing is, trees create shade that forces grass to extend their leaves upward to look for more sunlight, creating more mowing needs. More trees will also reduce opportunities to mechanise your mowing thereby increasing your worker population. Plus, the roots of some trees (Khaya and Raintree anyone?) grow out of the soil and will damage mower blades, walkways, paths, even roads. If you need a lot of trees, remember how big they become five or ten years later and plant so that the canopies of the trees are just touching each other.
Benefits: you can save up to 50% of the staff dedicated to manual mowing of that area, if you implement mechanization (not doable with a lot of trees).
Disadvantages: in the beginning, your golf course is going to look empty when the trees are young. Resist the temptation to fill in the gaps! When the trees grow older, they need more space.
The problem with trees especially when too many.
Avoid urea. Actually, refrain from using too much nitrogen fertilising on your grass. Malaysian groundskeepers love using urea on their turfgrass because it gives them instant green-up. Of course it does, it contains 46% nitrogen! And nothing else!
I’m not saying you don’t fertilise, I’m just saying don’t use straight fertiliser with only one nutrient; example Urea!
Nitrogen fertilising gives surge growth that you have to mow aggresively. In fact, ask your superintendent about MLSN the new trend in fertilising turf (hint: the ‘M’ is for minimum)
Use shrubs to reduce mowing or in places where grass is difficult to grow; for example under big trees or near building or small kerbs. We can use Rhoeo discolor or Iris or Spider Lilies or many others.
Alternatives to grass when in areas that have to use hand-mow.
Rotate your poison. If you use herbicide to kill the grass at your border fence, kerbs or even drains in the name of saving manpower; avoid weed succession by using different kind of herbicides.
The list is of course longer but I hope you get it.
With the ringgit as it is now, it is expensive to buy turfgrass machinery. So now we are stuck with too expensive to use manpower and also too expensive to use machinery. What’s going to become of Malaysian golf courses eventually?
If you need help with planning any of the above; please do give me a call or fill up the form below (don’t worry, it won’t show up here).
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.