Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘bola’

Rumput di padang bola Malaysia

Posted by mynormas on April 2, 2022

Secara lazimnya rumput di padang bola di Malaysia adalah terdiri dari rumput Cowgrass, tetapi kini banyak padang yang telah bertukar kepada rumput jenis lain. Kini kita sedang mendengar tentang suatu rumput yang dinamakan Zeon Zoysia dan di Terengganu serta di padang latihan FAM Kelana Jaya: Bermuda Princess 77.

Pandangan rumput hijau dengan jalur seperti papan dam boleh menaikkan semangat penonton yang menonton di stadium dan lebih-lebih lagi di peti televisyen. Sekali imbas nampak macam padang kelab bola di England. Dua kali imbas…

Ada tiga jenis rumput utama di gunakan secara rasmi di stadium di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang secara sedar atau tidak, menggunakan, Buffalograss, Serangoon dan juga rumput campur-campur.

Cowgrass

Saya tak berminat nak menggunakan istilah ‘rumput lembu’ walaupun ia pernah digunakan kerana ia adalah terjemahan langsung yang mungkin memberi makna berbeza  jadi kita kekalkan nama cowgrass.

Nama saintifik atau nama Latin yang banyak digunakan di Malaysia merujuk kepada Paspalum conjugatum atau Axonopus compressus. Saya lebih berpihak kepada A compressus; malah ada seorang pakar yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau). Anda boleh baca tentang perbezaan mereka di dalam tulisan saya sebelum ini.

Cowgrass di sebelah Buffalograss di sebuah taman milik Majlis Bandaraya.

Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat di Malaysia. Ia lasak, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding yang dua lagi. Dengan sistem pengairan moden sekarang, kelebihan tersebut tidak lagi relevan.

Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.

Ia mempunyai akar yang pendek jadi ada pemain bola yang berpendapat bahawa cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bila ‘sliding tackle’ di buat rumput akan mudah tercabut. Dimasa yang sama, Cowgrass juga mempunyai daun yang besar dan lembut (berbanding spesis rumput hiasan lain); kebaikannya ialah ia lambat panjang (lagi sekali; secara perbandingan) dan lebih tahan kepada redup kerana mempunyai luas permukaan lebih besar utk fotosintesis, malangnya sifat daun lebar dan lembut tidak digemari pemain bola dan pemain golf kerana bola akan duduk lebih dalam dan lebih sukar di sepak atau dipukul.

Rumput Cowgrass.

Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan cowgrass setara dengan rumput fairway lain.

Kalau di jaga dengan betul, Cowgrass juga boleh menjadi padang yang cantik (tapi tak semestinya digemari oleh pemain).

Rumput Zoysia

Rumput ini pada pendapat saya, menjadi rumput ideal untuk padang. Ia tumbuh rapat, mempunyai daun yang keras yang akan memegang bola untuk memberi peluang sepakan bola yang baik untuk pemain . Ia juga tahan kemarau. Jika di jaga dengan baik, rumpai liar sukar masuk. Ada tiga spesis Zoysia utama yang dapat dikesan di Malaysia; Zoysia matrella, Zoysia tenuifolia (yang selalu dipanggil sebagai Philippine grass) dan Zoysia Japonica. Saya ada menulis tentang kekeliruan dan perbezaan dua spesis Zoysia sebelum ini.

Pandangan dekat tentang dua spesis Zoysia yang berbeza.

Untuk pengetahuan; Zoysia matrella digunakan sebagai rumput fairway dan rough di padang golf dan Zoysia tenuifolia dijual sebagai rumput halaman di kebanyakan nursery di Malaysia. Saya tidak dapat jumpa lagi Zoysia japonica setakat ini tetapi saya mungkin terkeliru di antara tenuifolia dan japonica.

Yang tak bestnya tentang Zoysia biasa (atau Zoysia original) ialah

  1. kebanyakkan spesis Zoysia berwarna hijau muda – walau banyak mana baja di campak ke atasnya;
  2. ia lebih tumbuh menegak dari menjalar, ertinya kena rajin memotong kerana ia cepat panjang.
  3. Di masa yang sama ini (kecenderungan tumbuh menegak dari menjalar) juga bermakna ia lambat pulih dari kerosakkan dan mengambil masa yang lama utk digunakan selepas tanam.
  4. Daunnya mempunyai unsur silica yang menjadikannya keras. Tetapi kekerasan itu yang akan cepat menumpulkan pisau. Jangan keliru; sifat ini juga menyebabkan ia rumput yang digemari pemain.
  5. Kesemua perkara di atas menjadikan kos penjagaan Zoysia lebih tinggi berbanding rumput Bermuda dan Cowgrass. Tetapi, jika Bermuda dan Cowgrass di jaga pada tahap yang sama yang dipaksa ke atas Zoysia iaitu pembajaan berkala dan pemotongan menggunakan pisau reel atau flail, maka perbezaan kos tidak lah setinggi mana.

Saya berpendapat; jika stadium mampu tahan kos yang tinggi, Zoysia berbaloi untuk di gunakan sebagai rumput padang, tambahan pula kini ada kultivar atau hybrid yang berwarna hijau gelap; salah satunya ialah Zeon Zoysia. Saya kurang jelas samada Zeon Zoysia adalah kultivar (cultivated variety) atau hybrid tapi pada asasnya; ia adalah satu keturunan dari Zoysia matrella dan membawa ciri Zoysia matrellla yang tahan redup dan lasak bersamanya.

Nursery Zeon Zoysia di Thailand
Zeon Zoysia secara dekat

Rumput Bermuda

Bermuda adalah rumput yang popular di padang golf di Malaysia kerana ia mudah di tanam, mudah di bela dan adalah rumput import yang murah. Ada banyak spesis, hybrid dan kultivar yang di tanam di Malaysia. Kadang-kadang – saya nampak serupa aje dari satu jenis ke jenis yang lain tapi tuan punya padang marah kalau saya cakap macam tu.

Rumput Bermuda juga di kenali dengan nama rumput Couch dan mempunyai variety, kultivar dan hybrid yang amat banyak.

Jenis Common Bermuda, Tifway 419, Tifdwarf dan Greenlees Park adalah kultivar atau hybrid yang paling banyak di temui di Malaysia. Selain itu, jenis Numex Sahara dan Windsor Green telah cuba di tanam di Malaysia tanpa kejayaan. Satu-satunya padang stadium yang ditanam dengan Bermuda ialah di Terengganu yang menggunakan Bermuda Princess 77. Terkini, padang latihan FAM di Kelana Jaya juga sedang – pada waktu artikel ini ditulis pada April 2022 – ditanam dengan Bermuda Princess 77.

Rumput Bermuda sangat cepat membiak dan di takuti sebagai rumpai di kawasan ladang-ladang kapas di Amerika Utara. Sifat cepat membiak ini memberikan ia kelebihan cepat pulih dari kerosakkan dan serangan serangga atau penyakit. Kebanyakkan jenis Bermuda berwarna hijau gelap dan tidak perlu pembajaan yang tinggi. Malangnya seperti biasa, ini adalah punca kepada kelalaian pembajaan dan ini membawa kepada kerosakkan kebanyakkan padang golf Bermuda di Malaysia.

Bermuda Princess 77 di Terengganu
Pandangan dekat Bermuda Princess 77 di Terengganu (maaf, saya lupa bawak pembaris jadi guna tali tape milik stadium)

Rumput Serangoon.

Rumput ini bukan rumput rasmi yang ditanam di padang di Malaysia tetapi ia tumbuh sebagai rumpai dan kerana ia cepat merebak, mempunyai rupa hampir sama dengan Cowgrass dan ada padang yang dah hampir 70% ditumbuhi Serangoon tanpa sedar, maka ia diterima pakai juga tanpa sedar. Ia juga tidak mengganggu permainan.

Ia mempunyai warna hijau berbeza sedikit sahaja dari Cowgrass dengan daun yang sedikit lebih kecil.

Kelemahan Serangoon ialah ia cepat dormant bila cuaca panas tetapi ia lebih cepat pulih dan merebak berbanding dengan Cowgrass; di padang yang tiada sistem pengairan yang baik, saya akan dapati banyak Serangoon.

Perbandingan Serangoon dan Cowgrass. Kena letak nama sebab ada orang ciplak gambar tanpa beri kredit; tak malu ke ha?
Dari jauh, tak nampak pun yang mana Serangoon dan yang mana Cowgrass kan?

Rumput macam-macam

Saya pernah tengok padang bola yang mempunyai padang di penuhi dengan rumput yang saya kenal sebagai Buffalograss (bunganya macam Cowgrass tapi daunya hijau muda dan lebih kecil) dan ia memberi hasi yang memuaskan. Untuk hasil yang lebih cantik, saya mencadangkan pembajaan menggunakan baja foliar (kerana penyemburan lebih tepat) untuk menjadikan padang lebih hijau.

Rumput Lovegrass mampu menjadi permukaan permainan yang baik, malangnya bunganya yang melekat di seluar menjadikan ia rumput yang di benci.

Banyak padang bola di Malaysia yang mempunyai rumput yang bercampur-campur kerana tidak di bela dengan baik. Adakah ini boleh diterima? Asalkan konsep utama penyelenggaraan padang di pegang: supaya padang adalah adil dan selamat kepada semua pemain, ia bukan masalah besar.

Jenis rumput sepatutnya tidak penting kepada permainan tetapi pilihan terpulang kepada stadium atau tuanpunya padang  itu sendiri. Mereka mempunyai alasan sendiri untuk pilihan asal sewaktu pembinaan. Malangnya, selalunya padang akan ‘hancur’ bila tiba waktu penyelenggaraan jangka masa panjang. Lebih banyak perhatian di beri kepada tempat duduk dan kawasan VIP daripada kepada kawasan padang (dan tandas awam).

Walau apa pun rumput yang digunakan, nasihat saya ialah supaya mempunyai rejim dan rutin yang tetap untuk penjagaan dan penyelenggaraan. Tetapkan pembajaan setiap bulan atau dua bulan atau empat bulan atau enam bulan; jangan sekejap baja sekejap tak baja. Adakan rutin pengudaraan dan dethatching yang sepatutnya menurut keperluan, jangan tak buat.

Banyak padang yang rosak; walau apapun rumput nya, kerana penjagaan dan penyelenggaraan yang tidak di lakukan menurut jadual atau tidak di lakukan langsung atas nama mengurangkan kos. Ada banyak cara saya boleh cadangkan untuk mengurangkan kos  dengan tidak menjejaskan kesihatan fairway. Contohnya tukar jenis baja, tinggikan K, kurangkan N, guna foliar; jangan dethatch tapi guna slicer dan sebagainya.

Selagi profesionalisme penyelenggaraan tidak di atasi, tanam lah rumput apapun, walaupun Cowgrass, ia akan menjadi padang yang tidak di gemari tidak lama lagi.

Pemilihan Rumput

Saya pernah menulis tentang cara untuk memilih rumput dengan menjawab tiga persoalan penting iaitu memikirkan tentang 3K iaitu Kegunaan, Kemampuan dan Keadaan. Anda boleh baca di sini tentang cara itu tapi mungkin saya tak cerita tentang pengalaman saya mencadangkan rumput Zoysia di sebuah stadium di bandaraya tetapi dimalukan bila cadangan saya ditolak saat terakhir kemudian rumput yang mereka pilih tak menjadi; cari saya balik.

One-Time
Monthly
Yearly

Penulisan dan penyelenggaraan laman web ini memakan masa dan juga modal saya sendiri. Saya mengharapkan sedikit sumbangan jika anda merasakan laman web ini ada membantu anda.

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Kenapa padang golf Malaysia lebih baik dari padang bolanya? Bhg 1

Posted by mynormas on February 23, 2021

Seorang jurulatih bola sepak pernah memberitahu saya bahawa pemain dari luar negara sering bertanya kepada dia, kenapa di Malaysia padang golf lebih baik keadaannya dari padang bolanya?

Tentunya ia bukan ukuran yang boleh merangkum semua padang bola dan semua padang golf di Malaysia. Saya membuat beberapa kesimpulan sendiri: pertama, bahawa ramai pemain bola – terutamanya dari luar negara – adalah juga pemain golf  dan keduanya, mereka tidak bermain di SEMUA padang golf di Malaysia, mungkin hanya padang terkemuka di sekitar ibu negeri di Malaysia.

Namun, bila dibandingkan keadaan padang secara umum, pada pendapat saya ada beberapa sebab seperti berikut yang memberi kesan kepada persepsi di atas.

  1. Profil tanah
  2. Bajet
  3. Ilmu
  4. Cara pembinaan
  5. Mesin
  6. Roll

Mungkin ada beberapa sebab lagi tapi jika anda fikirkan bahawa salah satunya ialah penggunaan padang golf tidak “seganas” penggunaan padang bola; anda silap. Padang golf digunakan hampir setiap hari iaitu 365 hari setahun, dari 7.30 pagi hingga gelap malam (itupun ada padang golf yang ada lampu utk permainan malam). Padang golf rata-ratanya menggunakan rumput import dan ada yang dipotong serendah 3mm (bayangkan 3-4 keping duit siling 50 sen).

Jika ada padang bola yang kata “tak mungkin boleh guna lasak tetapi masih cantik” ; saya kata boleh dan sebab utamanya ialah kerana padang golf boleh pindahkan lubang (umpama gol di padang bola) dan tee (tempat sepak-mula) mereka sekerap yang mereka mahu. Bila saya cadangkan pemindahan tiang gol setahun sekali sebanyak 1m ke kanan dan 0.5m ke hadapan kepada padang bola; saya hampir ditertawakan.

Padang golf juga mempunyai pasukan penyelenggara yang cekap dan lengkap dengan peralatan untuk menggantikan kawasan yang rosak atau mati dengan rumput baru jika pembajaan khas, pengudaraan tanah atau hias-atas tidak membantu.

Kebanyakan padang bola akan membiarkan kawasan depan gol, tempat larian penjaga garisan dan tempat sepak-mula; botak atau mati dengan gelengan kepala dan tudingan jari.  

Tapi dalam artikel ini saya nak fokuskan kepada profil tanah. Secara spesifiknya kepada konsep “tanah atas” atau topsoil yang tidak lagi digunakan secara rasmi di padang golf tetapi digunakan secara luas di hampir semua padang bola (mungkin kecuali padang bola yang direka atau ditanam oleh orang putih atau orang Jepun).

Saya tak nafikan ada juga padang golf yang masih kata mereka mahukan topsoil tapi itu biasanya akibat tabiat lama yang di bawa ke tempat baru.

Kenapa saya anti-topsoil? Ada beberapa sebab:

  1. Kerana dikebanyakan masa, ia tidak didefinasikan
  2. Selalunya ia datang dalam bentuk tanah liat yang mudah mampat. Tanah liat ini dan digabungkan dengan kegemaran “menggelek” oleh kebanyakan penjaga padang, menyebabkan padang itu menjadi keras sewaktu musim kering dan lecak di waktu musim hujan.
  3. Jika ia betul-betul tanah atas, ia berpotensi mengandungi pelbagai bahan flora (yang akan muncul sebagai rumpai) dan fauna (yang mungkin patogen penyakit atau serangga perosak rumput).
  4. Kesuburan tidak sekata topsoil; contohnya, utk mendapatkan tanah atas setebal 100mm (empat inci) utk padang seluas 6,000 meter persegi (padang bola 100m x 60m) kita perlu korek tanah sedalam 200mm (lapan inci) di kawasan seluas 3,000 meter persegi atau 300mm di kawasan seluas 2,000 meter persegi. Kesuburan topsoil di 100mm atas tak akan sama dengan topsoil 250mm di bawah, dan topsoil di satu kaki persegi di “sini” tak mungkin akan sama dengan kesuburan topsoil di “sana”. Maka jika kita taburkan topsoil di padang, kesuburan di padang juga tidak sama.

Padang golf tidak lagi menggunakan “topsoil” sejak 1960an bila Cara USGA diperkenalkan. Malangnya Cara USGA terlalu rumit dan perlukan piawaian pasir yang terlalu ketat. Maka beberapa orang professor dari universiti dari California memperkenalkan cara baru yang dipanggil “cara California”. Ada yang merasakan ini terlalu mudah dan menggabungkan kedua-dua sistem mendapatkan sistem “hybrid California”.

Padang-padang sukan di barat juga tidak ketinggalan dan mengambil pelajaran dari sistem-sistem tersebut dan mengolah cara mereka sendiri tanpa lagi menggunakan “topsoil”.

Jangan salah faham dan mengatakan bahawa “Orang barat bolehlah; mereka banyak duit”. Jika bajet adalah isu, mereka mempunyai satu cara yang dinamakan “native soil” field. Mereka tidak menipu diri sendiri dengan kata mereka mengimport topsoil yang subur, sebaliknya mereka hanya meracun tumbuhan di atas tanah yang mereka mahu bina padang, bajak, ratakan, camber (sebutannya kemb-ber) supaya air boleh mengalir atas permukaan dan kemudian tanam rumput di atasnya. Kosnya jauh lebih murah dari mengorek keluar tanah dari bawah dan gantikannya dengan “topsoil” yang kononya di import dari bukit 20km dari tapak tetapi akan memberi hasil yang sama dengan tanah “native soil” tadi.

Secara ringkasnya, apa yang padang golf Malaysia dan padang bola di negara barat buat ialah membuang lapisan permukaan sedalam hingga 18 inci (lebih kurang, tengok sistem mana yang digunakan) hingga tanah itu kelihatan seperti sebuah mangkuk atau pinggan dalam dan selepas meletakkan longkang subtanah di bawah dasar mangkuk itu, pasir diletak di atasnya. Sebanyak mana anda letak topsoil sebanyak itulah pasirnya dari enam hingga ke 18 inci.

Profil tanah padang golf (bukan green).

Secara teorinya, apa yang berlaku ialah pasir akan memberi laluan mudah kepada air untuk meresap ke bawah dari “topsoil” yang sebenarnya adalah tanah liat.

Jika anda kata “Eleh… padang kat kampung dah 20 tahun elok jer”. Saya rasa kampung anda adalah salah satu tempat bertuah dulu-dulu bila kontraktor benar-benar menggunakan “topsoil” yang mempunyai nisbah pasir kepada bahan organik yang baik.

Jika anda ingin bersikap defensive dan berkata “eh! Aku pakai pasir lah lepas tu aku letak topsoil kat atas nya”. Jika anda gunakan “topsoil” yang mempunyai tanah liat, hasilnya tetap sama. Tanah liat itu akan menghalang atau melambatkan aliran air ke bawah. Malah, pada jangkamasa panjang, butiran halus dari tanah liat akan berhijrah (migrate) ke lapisan pasir dan menyumbat ruang di antara ketul-ketul pasir di bawahnya. Begitu juga jika anda meletak pasir di atas lapisan tanah liat. Tanah liat akan menghalang air turun ke bawah.

Tanah liat menghalang atau setidaknya melambatkan air dari turun ke bawah.

Baiklah, apa alternatifnya? Apa cadangan saya untuk mendapat padang yang mengalirkan air ke bawah dengan lebih cepat supaya padang boleh digunakan dengan segera? Adakah kos nya lebih tinggi? Adakah teknologi nya terlalu canggih sehingga kontraktor biasa di Malaysia tak dapat buat?

Walau tinggi mana saya belajar atau banyak mana pengalaman saya, kalau bukan orang putih yang kata, tak ada orang Malaysia yang nak percaya kan? Maka saya petik nama dua orang putih; Dr. John Madison dan Mr Bill Davis dari University of California yang selepas membuat beberapa ujikaji mengatakan bahawa meletakkan pasir di atas sistem saliran longkang subtanah adalah cara yang boleh diterima utk membina padang golf.

Di bahagian empat inci (ada orang buat dua inci sahaja) teratas, mereka campurkan bahan organik sebanyak 5 – 10% mengikut isipadu utk dijadikan sebagai “zon akar” (root zone). Salah satu kesan sampingan di sini ialah kesuburan padang anda akan sekata kalau anda bancuh bahan organik tadi dengan sekata berbanding jika anda guna tanah atas yang mungkin lebih subur di sebelah kanan padang dari sebelah kiri kerana punca tanah atas anda TIDAK MUNGKIN dari sumber yang sama.

Tapi awas, cara pembinaan ini memerlukan penyiraman yang berterusan pada peringkat awal. Pada peringkat seterusnya, Malaysia mempunyai lebih kurang dua bulan kemarau dan selebihnya adalah bulan yang mempunyai hujan. Asalkan anda ada paip tepi padang dan hos panjang serta jadual pembajaan yang tetap, insya Allah padang anda boleh lebih banyak kali digunakan dari padang yang di buat dari “tanah atas” (topsoil) yang silap-silap mempunyai benih pelbagai jenis rumpai ataupun pokok!

Akan datang kita akan bincang lagi sebab-sebab lain kenapa padang golf di Malaysia secara amnya lebih baik dari padang bola Malaysia.

Jika anda inginkan lebih maklumat (rujukan dari orang putih) anda boleh baca huraian lanjut di sini.

  1. “The Shocking Truth about Topsoil” dari Michigan State University http://msue.anr.msu.edu/news/the_shocking_truth_about_topsoil
  2. “Topsoil 101” http://What www.bhg.com/gardening/yard/soil/topsoil/
  3. “What is topsoil? Definition and Composition” http://study.com/academy/lesson/what-is-topsoil-definition-composition-uses.html
  4. “Purchasing Topsoil” dari University of New Hampshire. Ini lagi best; dia warning tentang racun yang masih ada dalam topsoil akan memberi kesan dalam tumbuhan akan datang.  http://extension.unh.edu/resources/representation/Resource000492_Rep514.pdf
  5. “Topsoil Quality Guidelines for Landscaping” dari Utah State University http://forestry.usu.edu/files/ uploads/AGSO02.pdf
  6. “Sand-based Athletic Fields”  dari Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Sand-based_athletic_fields
  7. “Root zones for High Traffic Turfgrass Areas” dari Ohio State University http://www.oardc.ohio-state.edu/ss540/chapters/SWSGCch6.pdf
  8. “Selecting Sand-Dominated Rootzones for Sports Fields” dari Penn State University  http://www.sportsbuilders.org/events/presentations/Orlando_2C.pdf
  9. “Rootzone” dari Sports Turf Managers Association atau STMA  http://www.stma.org/sites/stma/files/Technical_Resources/Rootzone.pdf
  10. “Managing Soil vs Sand Sports Fields” Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs, Ontario, Canada.  http://www.omafra.gov.on.ca/english/crops/facts/soilsand.htm

Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama. 

Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan. 

Sila sudi klik gambar iklan di bawah artikel in, ia adalah sumber pendapatan untuk laman web ini. Terima kasih.

One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Mengendalikan laman web ini dan menulis di dalamnya mengambil masa dan memerlukan sumber kewangan. Sumbangan anda amatlah saya hargai.
Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Fields, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, stadium | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Pisau Flail

Posted by mynormas on October 20, 2020

Terdapat dua kategori pisau pemotong rumput.

1. Pisau yang dikenali sebagai pisau rotary iaitu pisau yang biasa kita lihat sebagai berputar pada satu ketinggian. Samada ia berada di bawah sebuah mesin canggih di import dari luar negara atau ia berada di hujung batang panjang di bawah kendalian seorang pekerja import, ia memotong rumput menggunakan impak kelajuan pisau itu. “Pisau” itu boleh dibuat dari logam ataupun tali nylon.

2. Kedua ialah pisau yang dikategorikan sebagai pisau silinder (cylindrical mower) iaitu pisau yang berpusing di bahagian luar satu silinder yang berpusing pada paksi yang sama dengan aras tanah/rumput. Selalunya pisau ini memotong rumput dengan aksi gunting iaitu bahagian silinder berpusing bergesel dengan suatu bahagian dipanggil pisau bawah (bedknife) yang statik. Satu lagi pisau yang dikategorikan sebagai pisau silinder tetapi memotong secara impak (bukan gunting) ialah pisau flail.

Pisau jenis flail bukan lah ciptaan baru, ia sebenarnya adalah pisau lama yang digunakan utk memotong kawasan lasak yang banyak kayu atau benda keras lain. Ia lebih digemari dari pisau rotary biasa kerana ia tidak mudah rosak.

Jika ia terkena kayu atau akar pokok dsb, ia boleh terpelanting ke belakang dan satu pisau yang rosak tidak merosakkan pisau lain atau sistem itu secara keseluruhan (ada hadnya lah).

Di padang golf pula, jika ia terkena bola golf, bola golf itu akan terkeluar dari bawah pisau tanpa terbelah (mungkin ada calar sikit).

Saya menggemari pisau jenis ini kerana ia adalah pelbagai guna. Kini terdapat pisau jenis “fine-cut flail” yang boleh memotong rumput dengan cantik (flail dulu-dulu tidak memotong cantik kerana dicipta utk memotong kawasan lasak).

Dengan pisau jenis fine-cut flail ini, saya boleh potong di tengah padang bola dan juga di luar padang yang mempunyai pelbagai jenis rumput.

Secara teori, ia juga boleh digunakan di fairway dan rough padang golf tetapi oleh kerana kebanyakan mesin flail adalah dari jenis “front deck” iaitu hanya satu pisau maka ia kurang produktif berbanding mesin triplex (bukan three-gang) atau five-gang. Tapi jika rough adalah kecil atau mampu membeli beberapa mesin, flail adalah lebih baik kerana boleh potong hingga bawah pokok, lebih versatile dan tidak merosakkan bola golf.

Mata pisau flail juga mudah diasah berbanding pisau silinder lain. Jika tak sempat asah, terbalikkan mata pisau pun boleh. Sebuah pisau flail selebar 60 inci boleh mempunyai sehingga 144 mata pisau.

Satu lagi kelebihan flail berbanding rotary ialah pisaunya tidak mengumpul sampah di hujung pisau yang menyebabkan satu garisan sampah selesai potong satu baris. Ertinya saya boleh potong selalu tanpa perlu memikirkan tentang pengutipan sampah potongan.

Selain itu, berita baiknya ialah kalau mesin tu dari jenis baik dan tidak dipandu terlalu laju, satu helai daun akan dipotong berkali-kali oleh pisau yang berturutan sebelum helai daun itu jatuh ke tanah, menghasilkan cebisan kecil yang lebih cepat mereput dan menjadi sungkupan (mulch).

Mesin flail juga mempunyai penggelek (roller) besar yang, jika diganding dengan pengendalian berdisiplin, boleh menghasilkan belang yang terang.

Jika kawasan semakin liar, kita boleh tukar mata pisau kepada yang lebih sesuai. Ini tak dapat di lakukan dengan pisau lain.

Ni gambar dari laman web rujukan saya (boleh lihat URL nya di bawah).

Terdapat attachment pisau flail yang boleh dipasang pada belakang traktor dan ada mesin yang datang dengan pisau flail dan dibina utk padang golf dan bola.

Ini adalah satu contoh flail dipasang pada front deck mower.

Terdapat juga flail yang di pasang pada attachment “lengan ” hidraulik utk memotong lorong bukit dan terbaru, ada triplex yang mempunyai mata pisau flail utk memberi kemampuan lebih kepada pengguna.

Sebuah triplex dengan mata pisau flail.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Rujukan.

Get the best from your flail

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Jadual Kerja

Posted by mynormas on September 29, 2020

Saya meletakkan premium yang tinggi kepada pembuatan (dan mengikuti) jadual. Jadual menentukan kita tahu apa yang akan kita lakukan seterusnya dan memampukan kita menggunakan sumber yang kita ada dalam waktu yang sesuai.

Tentunya sebagai orang yang bekerja di kawasan luar pejabat, kita tertakluk kepada perubahan cuaca, tetapi itu tidak bermakna kita tak boleh ada jadual, hanya bermaksud jadual kita perlu bersifat lebih fleksibel.

Ini adalah contoh jadual penjagaan rumput di sebuah padang golf. Ia hanya untuk green nya sahaja. Dan ia hanya boleh digunapakai di padang golf itu sahaja dan tidak semestinya boleh digunakan di padang golf lain kerana rumput yang berbeza, mesin yang tak sama, keperluan dan kemampuan yang lain-lain.

Kenapa ada dragmat? Kerana padang golf ini tidak mempunyai groomer pada mesin potong greennya dan saya perlukan rumput ‘dinaikkan’ dahulu sebelum dipotong utk mendapat green yang laju, maka saya suruh mereka groom di sebelah petang belakang flight terakhir untuk dipotong esoknya.

Kenapa ada baja foliar dan Primo? Kerana jenis rumput nya memerlukan begitu.

Jadual padang golf

Saya tidak memasukan ‘curative sprays’ atau penyemburan penyembuhan seperti untuk kawalan makhluk perosak kerana ia bergantung kepada banyak faktor lain; utama sekali, ada ke tidak makhluk perosak. Saya tidak suka kepada penyemburan pencegahan, saya sembur racun makhluk perosak hanya selepas makhluk perosak kelihatan.

Adakah anda mempunyai jadual kerja?

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Gelek gelek

Posted by mynormas on August 28, 2020

Saya bukan orang yang suka gelek padang. Saya menganggap gelek padang menambah mampatan permukaan.

Dan jika padang yang dibuat dengan “topsoil” yang mempunyai struktur tanah berbeza-beza; sebahagian yang dapat topsoil banyak tanah liat akan lembut, yang banyak pasir, akan keras.

Namun begitu, saya terima kenyataan bahawa menggelek adalah suatu keperluan dalam operasi penyelenggaraan padang.

Saya gunakan roller ringan (walaupun nampak besar, tapi kosong isinya) maka take away point ialah roll padang anda dengan roller yang ringan (berapa berat? Asal ia mampu leperkan taik cacing pun okay dah) dan jarang-jarang (berapa jarang? Seminggu sekali cukup).

Jika roller anda mampu menggerakkan tanah; ia terlalu berat (atau padang terlalu basah). Jika lantunan bola terlalu kuat atau bila anda lompat anda rasa macam simen, maka anda terlalu kerap roll (atau “topsoil” anda sebenar nya ialah tanah liat).

Maka take away point kedua saya ialah elakkan menggunakan topsoil tapi amalkan sistem rootzone yang lebih sesuai utk cuaca kita.

One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Mengendali dan menulis di laman web ini mengambil masa dan sumber kewangan saya. Jika anda mendapat manafaat atau pengetahuan dari laman web ini, sumbangan anda amat dihargai.
Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Fields, Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Jadual

Posted by mynormas on August 20, 2020

Terlalu selalu saya jumpa orang yang menganggap penjagaan padang bola hanya setakat potong dan siram sahaja maka mereka tak nampak kenapa kenapa perlu bayar mahal untuk kontrak maintenance.

Di sini saya ingin tunjuk satu contoh jadual penjagaan padang untuk sebuah padang bola yang mempunyai kriteria berikut:

  1. Penggunaan tinggi (pagi petang 5-6 hari seminggu)
  2. Keperluan kepada tahap kepuasan pemain: sederhana.
  3. Keperluan kepada penjagaan kecederaan pemain: tinggi.
  4. Mempunyai sistem pengairan automatik (siram seluruh padang dalam 30minit).
  5. Pekerja padang tidak berpengalaman.
  6. Mempunyai mesin pemotong besar (bukan brushcutter atau mesin tolak).
  7. Waktu bekerja ikut waktu pejabat.

Jadual ini mungkin tidak sesuai utk semua padang, tetapi saya ingin tunjuk bahawa kontrak penjagaan padang tak boleh murah kerana sekurang-kurangnya satu orang; sebaik-baiknya dua orang diperlukan full-time untuk sebuah padang bola dan kelilingnya.

Jadual padang bola

CONTOH jadual penjagaan padang bola.

Oleh kerana ada tulis “Do Not Copy” di situ, silalah jangan copy fotostat, sebaliknya, buat jadual sendiri berdasarkan keperluan padang anda.  Contohnya:

  1. Jika padang anda tak perlu ‘finishing’ yang cantik; mungkin potong seminggu dua kali pun cukup.
  2. Jika padang anda tiada sistem pengairan automatik, mungkin pengairan (BILA PERLU!) akan ambil lebih masa.
  3. Jika penggunaan tidak tinggi, maka ‘touch up line’ mungkin tak perlu seminggu sekali.
  4. Jika anda tidak tahu ‘grooming’ itu apa; gantikan dengan roll.
  5. Jika anda tidak ada roller, maka perlu cari atau buat satu. Jangan lebih satu tan. Sebaiknya yang boleh isi air untuk tambah keberatan. Jangan roll lebih 3 tan jika anda akan roll seminggu sekali.
  6. Jika landskap keliling padang juga pada anda; tambah kepada jadual anda.
  7. Mungkin tandas juga anda ingin tambah kepada jadual?

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Bagaimana dengan membaja? Biasanya baja sebulan sekali. Lakukan pada hari Isnin pukul 2 – 3 petang. Kita dah potong pada pagi hari Isnin itu dan hari Selasa kita tak potong untuk memberi peluang pada baja mendak ke tanah.

Saya harap ini membantu.

Selamat mencuba!

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, stadium | Tagged: , , | Leave a Comment »

Lembu dan Kerbau.

Posted by mynormas on July 12, 2020

Saya sering dengar tentang masalah rumput yang baru diterima tidak sama dengan rumput sedia ada.

Kadang-kadang ini disebabkan oleh pembelian dari nursery yang berbeza (walaupun anda beli dari satu “company” nursery yang sama tetapi hakikatnya, mereka sub-beli atau ambil dari nursery di lokasi berasingan).

Yang menjadi masalah ialah bila rumput yang diterima berlainan warna (itu kalau nasib baik). Ini berlaku kerana satu nursery menggunakan baja yang berbeza dengan nursery lagi satu, atau satu nursery tidak membaja langsung atau penjadualan pembajaan tidak sama dan ini boleh diburukkan bila satu nursery itu “lebih tua” dari nursery satu lagi, ini menyebabkan tanah di nursery itu telah “kering” nutriennya akibat dituai berulangkali. Ditambah pula kebanyakan nursery menggunakan hanya baja urea yang mengandungi satu sahaja nutrien: nitrogen.

Perbezaan “pemakanan” nutrien di nursery menghasilkan rumput dengan warna berbeza hijaunya. Kita tak nampak hingga lah bila di tanam bersebelahan satu sama lain.

Rumput yang berasal dari nursery kurang nitrogen (ni dah kira penderaan dah ni) akan berwarna kekuningan. Rumput dari nursery yang tiada Fosforus akan mempunyai rumput dengan hujung merah. Rumput kurang zat mikronutrien berwarna keputihan dan sebagainya.

Maka tersebutlah kisah saya pernah mendapat panggilan dari dua negeri di utara Semenanjung; satu dari kontraktor yang mengadu bahawa rumput yang dah ditanam tak sama dengan rumput asal (kerja pembaikan). Panggilan kedua ialah dari agensi kerajaan yang menuduh kontraktor membekal rumput yang tidak mengikut spesifikasi. Kedua dua panggilan dari padang, negeri dan masa yang berbeza, cuma kebetulan isu yang sama dari pandangan bertentangan.

Apa yang mungkin berlaku, jika bukan disebabkan oleh perbezaan warna seperti di atas, ialah kekeliruan tentang spesis rumput.

Saya bernasib baik baru² ini terjumpa sebuah padang dimana dua spesis rumput telah ditanam sebelah menyebelah.

Satu ialah rumput Cowgrass (Axonopus compressus) dan satu lagi yang saya panggil Buffalograss (kemungkinan Paspalum conjugatum atau mungkin Axonopus spesis lain juga).

Sebelah kiri ialah Cowgrass dan sebelah kanan ialah apa yang saya kenali sebagai Buffalograss.

Anda boleh lihat dan nilai sendiri. Keduanya tidak “betul atau salah” di mata saya dan ini bukan isunya. Kedua-dua nya boleh digunakan sebagai rumput padang tetapi jika anda telah menerima atau memberi spesifikasi Cowgrass atau Buffalograss, maka kena lah tepati nya.

“Buffalograss”. Gunakan pembaris dan ukur lebar daun berbanding rumput di gambar di bawah.
Cowgrass

Saya ada beberapa cadangan:

1. Beli rumput (maksud saya bayar dulu) sebelum tiba waktu tanam. Pilih rumput sebesar padang anda kemudian bayar deposit dan beritahu nursery ini rumput anda, tolong jaga sampai waktu anda nak tanam.

2. Bawa contoh rumput yang anda mahu, bukan gambar di handphone, bukan ingatan dalam kepala.

3. Pada hari tuaian rumput (mungkin sehari sebelum tanam) anda akan hantar wakil utk saksi penuaian ialah di kawasan yang telah anda pilih (dan bayar) sebulan dua dulu.

4. Jangan beli rumput yang paling murah jika anda mahu kualiti.

5. Utk padang bola atau lain² kawasan besar, elakkan rumput yang ditanam dalam plastik. Hanya beli rumput yang ditanam di tanah dan dituai dengan sodcutter.

Selamat mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Read the rest of this entry »

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , | 3 Comments »

KENAPA RUMPUT MATI.

Posted by mynormas on April 20, 2020

Maaf kan saya utk tajuk semua huruf besar tapi itu supaya post ini dapat dibezakan dengan post sebelumnya dalam laman web saya.

Baiklah, kenapa rumput mati dan akhirnya padang menjadi botak? Ramai orang akan kata tentang tiada pembajaan tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya, biar saya ulang bahawa baja bukan makanan untuk rumput ataupun pokok. Rumput dan kebanyakan pokok termasuk dalam golongan ‘producer’ iaitu ia membuat makanannya sendiri pasal tu pokok di hutan dan rumput tepi jalan boleh hidup tanpa baja. TETAPI, mereka perlukan nutrien (fikir: vitamin) dan dihutan atau tepi jalan nutrien didapati dari pereputan daun atau bahan mati lain.

Masalahnya dalam tumbuhan mono-kultura seperti di padang rumput atau ladang kelapa sawit, getah dsb, hanya satu tumbuhan saja yang wujud maka nutrien yang terdapat dalam kitaran akan terhad kepada nutrien yang sama berulang-ulang dan tidak lengkap.

Hmm…. dah lari dari tajuk.

Kenapa rumput mati? Saya bercakap dalam konteks kawasan padang bola dan padang golf, mungkin taman dan halaman rumah juga.

  1. Mampatan
  2. Kekeringan.
  3. Kebasahan.
  4. Penyakit, serangga atau haiwan lain (contoh: babihutan dan anjing kucing) juga boleh menyebabkan kematian tetapi mereka jarang berlaku di rumput yang dipotong panjang seperti padang bola, golf dan taman.

Tentunya ada sebab lain yang mungkin terlalu banyak untuk saya rumus semua seperti rumput dibawah teduhan, sabotaj, kesilapan aplikasi baja, kena jampi dan sebagainya. Saya cerita tentang sebab-sebab yang biasa sahaja.

Mampatan.

Biasa berlaku di tempat masuk padang, atas tangga, di antara dua objek yang menghalang laluan dan sebagainya. Ia juga berlaku di tempat yang paling banyak aktiviti contohnya depan gawang gol, tempat linesman berlari dan lain-lain. Di padang golf, ia berlaku di atas green kerana 70% dari permainan golf ialah di atas green. Bayangkan dalam 100 ekar padang golf, green hanya 1.5 – 2.0 ekar sahaja. Selain itu, green dipotong setiap hari dari arah yang berlainan tetapi keliling green, walau arah manapun, akan menghasilkan mampatan di perimeter green.
compaction bola
mampatan compaction 2

Kekeringan

Maksud saya di sini ialah kekurangan air. Mampatan juga boleh menjadi sebab rumput tidak mendapat air bila tanah terlalu padat hinggakan air tidak boleh masuk ke dalam tanah.

Tetapi apa yang saya nak cakap ialah bila padang tiada sistem pengairan dan rumput selepas menjadi dorman, terus mati selepas dua hingga empat minggu tanpa air (ada rumput dua minggu dan ada rumput empat minggu).

Kadang-kadang sistem pengairan ada tetapi tidak berfungsi dengan baik iaitu tak sampai, atau terjadinya ‘helikopter’ iaitu air dihujung siraman saja tetapi di tengah siraman air tak kena rumput.

Saya ingin memperkenalkan satu istilah baru iaitu “Localised Dry Spot” atau LDS iaitu suatu kawasan kering yang berlaku hanya di suatu lokasi walaupun terdapat sistem siraman. LDS berlaku di: bahagian atas cerun yang rumput pendek kerana air ‘bergolek’ turun tapi tak masuk ke dalam tanah; kawasan yang mampat; kawasan yang mempunyai penyakit seperti Fairy Ring yang menjadikan tanah hydrophobic (benci air) atau pasir kasar yang terlalu cepat membawa turun air.
LDS slope
helicopter water

Kebasahan

Ironisnya, selain kekeringan, kebasahan juga menyebabkan kematian. Samada sistem saliran yang tak berfungsi atau tak mampu untuk membawa air keluar dari padang atau mampatan bahagian atas padang tidak memberi ruang untuk air turun ke bawah.

Rumput mungkin terus mati akibat lemas ataupun kadang-kadang air tidak kelihatan bertakung di permukaan tetapi permukaan dipenuhi lumut yang lama-kelamaan mengambil tempat rumput.
algae
wet field

Penyakit dan makhluk perosak

Ada penyakit yang menyebabkan kematian menyeluruh rumput. Berita baiknya ialah ia jarang terjadi di rumput yang dipotong melebihi 10mm (jarang, bukan tak pernah) tetapi selalunya ke atas green yang dipotong diantara 8mm ke bawah.

diseased green
babi hutan wild boar
insect

Terdapat pelbagai cara untuk menangani setiap masalah yang mendatangkan ‘padang botak’ ini mulai dari penambahan sistem pengairan, penggunaan agen pembasah (wetting agent), penambahan sistem saliran, penggunaan racun serangga, kulat dan sebagainya (malangnya setakat ini untuk babi hutan hanya pagar elektrik saja yang berjaya) maka saya sarankan supaya ini dilakukan dahulu sebelum tuan-tuan dan puan-puan lakukan penggantian rumput.

Jika rumput diganti tanpa kerja-kerja pembaikan dilakukan; rumput akan kembali mati dan padang kembali botak.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Jangan lupa untuk membeli buku pertama tentang penyelenggaraan rumput dan padang golf di Malaysia. Dijual sebagai ebuku (warna) dan sebagai buku fizikal (hitam/putih) selepas PKP.

Sudahkan anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga padang golf yang mengalami kemalangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan? Mulakan dari Episod 1.

Anda dapat manafaat dari laman web ini? Silalah menderma seikhlas hati untuk saya terus menampungnya. Terima kasih. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Lockdown: Apa nak buat pada rumput anda.

Posted by mynormas on March 17, 2020


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan seluruh negara 18 – 31 Mac 2020.

Edit: Masa saya menulis artikel ini beberapa hari lepas (sebelum “partial lockdown”) saya fahami bahawa ini bermakna pekerja padang juga seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah dan berkumpul kerana ini boleh merebak kan lagi virus ini. Saya membayangkan hanya “skeleton crew” terdiri dari beberapa orang sahaja yang akan dibayar lebih dan secara sukarela sahaja akan bekerja. Saya tak sangka ada padang yg full crew bekerja full day, ada yang halfday dan ada yg buat hollow tine!

Edit 2: The movement control order has been extended for another 2 weeks until 14th April. Much of what I wrote before remains the same.

  • The grass will continue to grow so cutting is necessary.
  • If cutting during the MCO can’t be done, then after MCO, cut high and reduce height gradually.
  • Water is required only on newly planted grasses. Established grasses, provided they’re healthy can survive without watering. At worst they’ll go dormant and come back after watering a few times.
  • Pest and disease control remains important if you have been having issues prior to MCO. If P&D issues starts during MCO, it probably won’t spread because there’s no players or staff to spread them.
  • You may find losses or damages to some course/field accessories and furniture: if you can’t put them in storage now, be prepared to replace or repair them.
  • You can postpone fertilising or cultural activities for duration of MCO.
  • I find it appalling any club would force all their workers to come to club and do normal work during MCO. What if one gets it and spread it among the other staff and then his family!? Maybe a few essential ones or those that stay on-site; I can understand, but all or most?

Sebagai penjaga rumput, apa tindakan kita? Bolehkah kita turut serta dan abaikan rumput kita? Jangan lupa bahawa

  1. Rumput adalah tumbuhan hidup. 
  2. Dalam konteks padang permainan ia adalah tanaman mono-kultura iaitu kawasan buatan manusia yg ditanam hanya dengan satu jenis tumbuhan saja. Maka pereputan menghasilkan hanya nutrien yang sama sahaja.
  3. Di kebanyakan masa, akibat dari tumbuhan mono-kultura, ia juga tidak mendapat perlindungan matahari terik.
  4. Mengikut pemotongan peraturan satu pertiga; rumput tidak boleh dipotong lebih dari satu pertiga ketinggian.
  5. Penanaman rumput di atas medium pasir bermakna air tidak banyak di simpan di dalam tanah.
  6. Makhluk perosak akan cepat membiak jika tak dikawal dalam kawasan mono-kultura.

Maka, apakah kerja yang perlu dilakukan sewaktu lockdown ini?

  1. Pemotongan: utk rumput yg dipotong pada ketinggian 15mm ke atas (fairway, rough padang bola dsb) sebaiknya anda potong seminggu sekali. Jika anda terpaksa tak potong maka pada 1 April nanti pastikan anda potong pada lebih kurang 50% lebih tinggi dari dahulu dan turunkan ketinggian 10% setiap dua atau tiga hari. Utk green padang golf, sebaiknya anda potong 2 hari sekali pada 10% atau lebih dari ketinggian sekarang. Jika anda terpaksa tak potong, buat sama seperti di atas.
  2. Penyiraman. Kawasan yg pasti perlu disiram ialah rumput yang baru ditanam. Utk rumput sihat, jika ia tak dapat air ia akan menjadi dorman (bertukar coklat) tetapi tidak mati. Rumput baru tanam akan mati. Jika rumput dorman tidak dapat air selama 30 hari, ia akan mati juga. Jika ada hujan. Ini boleh diabaikan.
  3. Kawalan makhluk perosak. Jika anda di landa serangan makhluk perosak seperti serangga atau kulat maka kawalan perlu sebelum anda bercuti atau anda boleh kembali bekerja pada 1 April dan kehilangan rumput (dan kerja). Jika kawasan anda biasa diserang makhluk perosak, saya cadangkan aplikasi racun sistemik (serap) sebelum cuti.
  4. Saya mencadangkan penyimpanan semua benda yang boleh dicuri seperti tiang bendera sepakan sudut, pin, cup, tee marker dsb.

Apa kerja yg boleh kita tunda?

  1. Pembajaan.
  2. Kerja-kerja amalan kultura seperti pengudaraan tanah, nyah-thatch dll.

Rumput adalah tumbuhan yg lasak dan cepat membiak. Maka tak perlu terlalu risau. Worse comes to worse, kita tanam semula. Anda boleh dapati sumber tanam semula dalam laman web ini.

Tujuan penulisan ini ialah untuk kita memberi beberapa fakta kepada majikan, boss, tuan punya padang dsb.

Ingat! Penjagaan rumput adalah suatu kerja profesional dan mempunyai sains dan seni nya. Ini perlu diteruskan dan ditekankan supaya harga kita kerja dihargai dan kita tak dianggap boleh diganti dengan beberapa orang pekerja asing dari Bangladesh atau Indonesia.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan berada dalam keadaan sihat sewaktu keadaan mencabar ini dan jika ada sebarang persoalan, sila tanya di sini atau di FB mynormas.com dan bukan secara pm.

Terima kasih.

Read the rest of this entry »

Posted in landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Keburukkan Solid Tine

Posted by mynormas on February 27, 2019

Mungkin ada yang masih tidak berapa jelas, atau mungkin saya yang tidak berapa jelas memberi penerangan tentang masalah yang dihadapi oleh kerja-kerja serampang berongga dan lebih-lebih lagi, serampang padu.

Penggunaan kedua-dua serampang berongga atau padu akan menghasilkan satu lapisan mampat di bahagian bawah dan di dinding lubang yang ditebuk serampang. Ini kerana walaupun serampang berongga, ia tidak akan dapat ‘menarik’ keluar semua tanah dari lubang yang ia tebuk, sebahagiannya akan di’tolak’ ke dalam dan ke tepi. Ini akan menghasilkan sesuatu yang kita panggil sebagai ‘pan compaction’

Kesan pan compaction ni lebih buruk lagi jika serampang padu digunakan. Contoh. Jika besi serampang padu yang digunakan ialah 10mm diameter dan 100mm ke bawah maka isipadu besi itu ialah 7,850mm padu iaitu  3.14 x 5mm x 5mm x 100mm, maka keseluruhan 7,850mm padu tanah akan ditolak ke bawah dan ke tepi oleh serampang padu itu. Lakukan ia setahun dua kali maka kita boleh bayangkan kemampatan bahagian bawah 100mm itu.

Tetapi 100mm adalah agak dalam, maka kesannya tidak dilihat melainkan setelah 10, 20 tahun nanti. Rumput anda jadi tak subur, akar pendek dan lumut kerap berlaku. Jika kedalaman pengudaraan anda ialah sekadar 25 hingga 50mm, maka kesan akan dirasai lebih awal.

pan compaction short roots

Rumput tidak tumbuh ke bawah lapisan mampat dan mudah tercabut.

Bayangkan kolam bawah tanah yang akan mengapungkan tanah anda dan menyebabkan akar anda lemas; itulah kesan pan compaction.

Maka, kesimpulan, lakukan pengudaraan serampang padu kerap, menggunakan serampang kecil dan tidak dalam. Lakukan pengudaraan serampang berongga jarang-jarang, besar dan dalam.

Picture of grass solid tine 1

Pengudaraan serampang padu menghasilkan kesan jangka panjang yang tidak baik.

Posted in Golf Course, Greens, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: