Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘halaman’

El Nino 2023. Persiapan Padang.

Posted by mynormas on May 9, 2023

Apakah El Nino 2023 dan apakah yang di ramalkan akan berlaku? Apakah persediaan yang patut dilakukan oleh penjaga padang?

Selain bahaya kepada penjaga dan pengguna padang dari kesan strok haba dan masalah kesihatan lain, rumput juga mempunyai risiko menjadi dorman jika kandungan air dalam rumput berkurangan dan ia tidak dapat mengesan air dalam tanah. Pada waktu itu, daun akan bertukar coklat dan kelihatan mati. Jika padang mempunyai rumpai seperti Bermuda atau Zoysia, yang lebih tahan kemarau, ia akan mula membiak. Selain itu, rumput yang mempunyai stress haba akan lebih mudah di serang penyakit dan serangga. Lebih lama lagi rumput tidak menerima air, ia akan terus mati.

El Nino adalah fenomena cuaca yang biasa berlaku setiap 2 – 7 tahun di lautan Pasifik. Permukaan air laut yang suhunya lebih panas bergerak ke barat dan air sejuk akan mengganti nya di sebelah timur lautan Pasifik. Pergerakan air ini membawa perubahan cuaca di sebelah barat dan timur lautan Pasifik. Setiap El Nino adalah berbeza dan mempunyai kesan berbeza. Ada tempat akan mengalami kemarau, ada tempat hujan lebat dan ada kawasan akan menerima lebih banyak ribut. Jika mahu maklumat lanjut tentang El Nino, tonton video di bawah. Utk tahu bagaimana kita bersedia menghadapi nya, terus baca bawah video.

Di kawasan Asia Tenggara, kesan biasanya adalah kemarau dengan yang paling buruk ialah pada 1997 hingga 1998, Kemarau berlarutan menyebabkan kebakaran hutan tidak terkawal seterusnya jerebu teruk, hingga kan pasukan bomba Malaysia di hantar ke Indonesia utk membantu memadam kan kebakaran hutan di Sumatera.

https://siakapkeli.my/2021/06/30/24-tahun-berlalu-bomba-malaysia-bantu-negara-indonesia-padam-kebakaran-hutan-di-sumatera-selatan/

Mengikut kiraan pakar meteorologi dan Jabatan Meteorologi Malaysia, El Nino tahun 2023 akan bermula pada bulan Jun 2023 dan berlangsung selama 3 bulan hingga ke September. Mengikut kiraan mereka, El Nino kali ini akan membawa cuaca kering ke Malaysia dan berlangsung beberapa bulan. Ini boleh membawa kepada masalah padang yang kering dan/atau rumput yang mati.

Berbekalkan pengetahuan ini, apakah persediaan yang perlu di lakukan oleh penjaga padang?

Saya mempunyai beberapa cadangan.

  1. Melakukan kerja-kerja pengudaraan tanah secara solid-tine utk membantu pergerakan air turun selepas siram. Hollow-tine pun boleh, tapi solid-tine cepat pulih dan kita mungkin perlu lakukan pengudaraan tanah dua tiga kali di pertengahan musim El Nino itu maka solid-tine adalah pilihan lebih bijak.
Slicing adalah satu jenis pengudaraan tanah dalam kategori solid-tine. Jika anda perlukan perkhidmatan solid-tine; hubungi saya.

2. Elakkan hias-atas (topdressing) tebal. Butir pasir yang terdedah kepada cahaya matahari panas, akan memanaskan rumput di sekitarnya.

too heavy
heavy topdress di atas rumput

3. Persediaan dengan membaiki pam penyiraman yang rosak (padang golf ada sampai 4 pam besar + 1 pam jockey), dan/atau melakukan kerja servis kepada pam yang berfungsi.

sebuah padang golf dengan tiga pam besar dan satu jockey pump.

3. Mendalam kan kolam takungan penyiraman, membersihkan dari gangguan rumpai air dsb

Cukup dalam kah kolam anda di waktu kemarau?

4. Mencuci tangki sedia ada, mungkin juga menambah tangki penyimpanan air atau menambah baik sistem pengumpulan air dari longkang keliling padang atau bawah bumbung

5. Mencuci dan membaiki sistem penyiraman anda. Servis sprinkler, merumpai di keliling valve dan cari semula QCV lama anda. Sediakan sprinkler tambahan yang boleh alih jika perlu.

Sprinkler boleh-alih yang di gunakan untuk menyiram kawasan yang tiada sprinkler tetap.

6. Menyimpan stok agen pembasah (wetting agent). Agen pembasah yang baik akan membantu air tembus ke bawah dan menyebabkan molekul air melekat kepada butir pasir.

Penyemburan agen pembasah yang membantu penembusan air dan air kekal lebih lama dalam tanah.

7. Membeli dan menyimpan hos air sebanyak perlu. Persediaan untuk siram secara manual kawasan yang kering. Takkan nak pasang sprinkler seluruh padang semata-mata nak siram satu bahagian saja?

Penyiraman kawasan LDS (localised dry spot)

8. Membaiki atau membeli tangki utk penyiraman terpilih di kawasan kering.

9. Kenali padang anda! Di mana kawasan akan kering dahulu? Awasi kawasan itu dan siram secara manual sebelum rumput menjadi dorman. Pengukur kelembapan tanah. Jika tak berapa kenal padang anda, jangan teka, ukur! Kalau terdesak, masih ingat pengukur suhu yang di “tembak” ke dahi pengunjung sewaktu zaman Covid dulu? Mungkin kini anda boleh gunakan utk menembak padang pula.

Untuk kesekian kalinya, saya ingin ulang bahawa masa terbaik untuk menyiram adalah pada awal pagi kerana:

  1. Biasanya awal pagi kurang angin.
  2. Matahari belum naik, cuaca belum panas maka kurang masalah air tersejat.
  3. Rumput mula mengambil air dari awal pagi bukan lewat petang masa dah separuh mati. Rumput tak ada mulut, ia mengambil air melalui akar rerambut yang sangat halus. Bayangkan anda guna straw kecik untuk minum air, anda mahu minum masa dah separuh mati kehausan atau sebelum haus minum pelan-pelan?

Masa kedua terbaik untuk siram ialah tengahari panas. TEORI BINTIK AIR AKAN MENJADI KANTA MEMBAKAR DAUN ADALAH TIDAK BENAR. Sebarang suhu atau sinar yang mampu membakar daun, akan menyejatkan air dahulu. Siraman tengahari ini adalah lebih untuk menyejukkan suhu bawah kanopi rumput terutamanya rumput yang dipotong pendek atau rumput yang di tanam atas pasir atau rumput yang stress. Tidak perlu siram lama, hanya sekadar menurunkan suhu tanah sahaja.

Sebelum siram, guna alat pengesan kelembapan tanah atau suhu tanah di beberapa tempat seluruh padang. Paling tidak pun, cucuk jari sedalam 1 inci dan test samada padang lembap atau tidak. Kalau lembap; jangan siram. Terlalu banyak siram boleh menyebabkan rumput manja dan akar jadi pendek (buat apa nak tumbuh akar dalam dalam kalau air ada di kawasan cetek?).

Anda ada cadangan atau idea lain? Sila lah bantu sesama kita dengan memberi idea dan cadangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Tentunya ini semua sekadar ramalan manusia berdasarkan kajian lepas dan pemerhatian pada kelajuan angin, cuaca semasa dan pelbagai lagi faktor; tetapi yang menentukan adalah kuasa Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan kemudiannya, kita berserah.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Penamaan Rumput, Bhg 2.

Posted by mynormas on February 8, 2023

Ini adalah transkrip dari video YouTube saya tentang penamaan rumput.

Baiklah, itu tentang rumput secara umum, bagaimana pula tentang Zeon Zoysia atau Princess 77 atau Tifdwarf atau GLP? Itu adalah nama-nama variety atau lebih tepat lagi, nama kultivar iaitu cultivated variety. Anda boleh samakan macam varian kepada virus yang menular di seluruh dunia kebelakangan ini.

Asal penemuan varieti ni mungkin tak sengaja, pada 1947 jabatan pertanian Amerika Syarikat di daerah Tifton di negeri Georgia menemukan suatu varieti Bermuda dipercayai kacukan dari Cynodon dactylon dan Cynodon transvaalensis yang tumbuh amat pendek iaitu 5mm dan mereka panggil Tifgreen, yang kemudian mereka biak dan edar kepada padang golf berdekatan. Penjaga padang golf yg membiak Tifgreen ni pulak menemukan varieti rumput yang lebih pendek lagi di celah celah Tifgreen yang mereka namakan Tifdwarf. Mereka biakkan pula Tifdwarf ini sebagai kultivar baru

Tifton, Georgia, USA.

Maka timbul lah percubaan pembiakan rumput utk mendapat rumput yang mencapai kriteria tertentu: lebih hijau, lebih pendek, lebih cantik, kurang perlu baja, tahan kemarau dsb mulai tahun 1950an. Banyak percubaan dibuat di Tifton, pasal tu banyak variety rumput mempunyai pangkal Tif di depannya seperti Tifgreen, Tifdwarf, Tifway, Tifeagle dsb.

Bagaimana variety baru didapati? Selalu nya secara tak sengaja iaitu dengan memilih rumput yang tumbuh berbeza dari rumput keliling nya. Sedikit perubahan dalam genetik rumput membawa perubahan besar pada pertumbuhan nya. Samada perubahan itu berkekalan adalah persoalan nasib. Kadang-kadang perubahan genetik di “paksa” menggunakan kimia atau sinar gamma, menghasilkan mutasi ala ala “Incredible Hulk”. Bila dah dapat varieti baru, ia cuba dibiakkan (cultivated) menjadikan ia cultivar baru jika berhasil (kadang-kadang gagal bila perubahan tu balik ke rumput asal).

Di Malaysia ia berkisar pada Cowgrass di tanam pada ketinggian berbeza dan Serangoon di atas green padang golf. Hanya dua kultivar rumput dihasilkan secara komersil di Malaysia iaitu lah variety Satiri dan varieti Tifdwarf berasal dari sebuah padang golf di Melaka.

Saya kurang jelas tentang asal usul rumput mutiara atau Pearl grass. Ia tiba-tiba muncul pada tahun 1990an diikuti dengan varieti variegated yang lebih putih. Pearl grass kurang popular kerana satu-satu satunya kebaikan Pearl grass ialah ia tidak boleh panjang tetapi ia kurang lasak dan tidak tahan kemarau atau terlalu banyak air: terus mati.

Era kegemilangan golf di Malaysia pada tahun 1990an menyaksikan pengimportan rumput Zoysia dan pelbagai varieti Bermuda utk fairway dan green.

Pelbagai varieti Zoysia di Malaysia.

Sains agronomi berkembang dan pembiakan tumbuhan dan ternakan semakin banyak, samada jagung, padi, durian, mangga, pisang, orkid ataupun rumput, melalui proses kacukan dan/atau mutasi menghasilkan pelbagai varieti baru.

Termasuklah varieti Zeon Zoysia yang datang dari Zoysia matrella yang mempunyai sifat warna hijau gelap. Princess 77 pula mempunyai ciri tumbuh dari bijibenih, suatu sifat yang jarang-jarang dapat dari spesis kacukan atau mutasi yang biasa nya mandul.

Zeon Zoysia di Thailand

Ada satu lagi rumput yang saya belum sebut iaitu rumput yang diguna kan di stadium World Cup Qatar 2022 iaitu Paspalum vaginatum var Platinum TE. Ia adalah rumput terakhir saya sebut kerana ia adalah rumput high maintenance dan amat saya tak syorkan di mana-mana padang di Malaysia. Nama penuhnya ialah Seashore Paspalum kerana ia berasal dari tepi pantai. Bawa ia jauh dari pantai maka makhluk perosak (serangga, ulat, kulat, cendawan dll) yang sedia ada di tempat itu akan menjadikan rumput Paspalum ini sebagai ‘lauk’. Maka penyemburan racun makhluk perosak di perlukan hampir berterusan sebagai pencegahan dan penyembuhan. Ia popular kerana mempunyai warna hijau gelap secara semulajadi dan tahan kepada penyiraman menggunakan air yang mempunyai garam (ia berasal dari tepi laut kan?).

Paspalum vaginatum var Platinum TE di Qatar.

Sebelum ini, terdapat empat buah padang golf di Malaysia yang menggunakan Paspalum dari varieti Salam di fairway dan tak silap saya Seaisle Supreme di green sebagai rumput mereka. Dua darinya, Pantai Lagenda di Pahang dan Ibai Golf and Country Resort di Terengganu telah tutup. Sebuah kelab golf terkemuka di Malaysia yang telah habis berjuta ringgit untuk menggantikan rumput Paspalum di 18 lubang mereka dari spesis Paspalum ke spesis Bermuda (varieti Celebration, kalau tak silap saya) dan sebuah kelab lagi diberitakan sedang dalam proses pencarian rumput baru.

Baiklah , dalam episod kali ini kita dah berbincang tentang jenis jenis dan penamaan rumput serta varieti rumput.

Jika anda ingin lebih banyak info tentang rumput dan padang, sila like, dan share video ini serta subscribe kepada channel dan laman web ini supaya anda tidak terlepas video akan datang. Dan supaya saya ada lebih motivasi utk berkarya.

Sekian, terima kasih dan kita jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera dan terima kasih.

Sila follow dan like laman web ini, YouTube, Tiktok, Facebook mynormas.com untuk info lebih banyak tentang rumput dan padang bola. Atau hubungi saya di mynormasATconsultantDOTcom atau 03-5131OO66 dan biarkan ia berdering hingga masuk mesej dan tinggalkan pesanan. Kami biasanya di padang dan tiada orang di pejabat.

Di bawah ini adalah YouTube video nya.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput | Tagged: , , , , , | 2 Comments »

Penamaan Rumput Bhg 1

Posted by mynormas on February 7, 2023

Baru-baru ini saya ada mengeluarkan satu video di YouTube tentamg penamaan rumput, jenis-jenis rumput dan tentang varieti rumput. Ini adalah (lebihkurang) transkrip nya. Jika anda ingin menonton nya, layari YouTube mynormas.

Zeon Zoysia, Princess 77, Bermuda, Zoysia, Paspalum Platinum TE dan kalau di padang golf, Tifdwarf, Salam, Mini Verde, GLP, Tifway 419 dan banyak lagi.
Apa kah nama-nama itu merupakan nama rumput yang berbeza? Ada berapa banyak spesis rumput di dunia?
Apakah kelebihan di antara satu dengan yang lain?
Kenapa perlu rumput yang berbeza-beza?
Dalam episod kali ni kita akan membincangkan tentang penamaan rumput, jenis-jenis rumput dan perbezaan di antara mereka.
Teruskan menonton.

Hai dan assalamualaikum
Saya Normas Yakin dari Turf Consultancy Sdn Bhd dan kepakaran saya ialah penjagaan rumput hiasan dan padang permainan.

Di padang bola, rumput yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah tentunya Cowgrass. 99% dari padang bola, taman permainan di Malaysia dikatakan sebagai rumput Cowgrass

Kalau di padang golf kita akan dengar tentang Bermuda, Zoysia, GLP, 419, Tifdwarf, Mini Verde dan beberapa jenis lagi.

Akhir akhir ini kita dengar pula padang bola milik JDT dan akan datang stadium Paroi dan stadium Nasional Bukit Jalil ditanam dengan rumput Zeon Zoysia. Di Terengganu pula, kita diberitahu bahawa padang di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dari rumput Princess 77.

Bermuda varieti Princess 77. Saya tak pasti genus & spesisnya, mungkin Cynodon dactylon?

Dalam episod kali ini, saya akan cuba memberi penerangan tentang penamaan rumput serta spesis dan varieti mereka.

Rumput yang ditanam oleh manusia boleh dibahagi kepada dua kumpulan

1. 1. Rumput pastura dan 2. Rumput hiasan.

Rumput pastura ialah rumput yang di tanam utk makanan haiwan ternakan dan rumput hiasan ialah rumput yang ditanam kerana kecantikan mereka atau ketahanan mereka utk kegunaan manusia atau kedua-duanya sekali.

Biasanya dan paling senang nya, rumput yang digunakan utk hiasan atau sukan ialah rumput tempatan kerana ia mudah di jumpai dan ia tahan kepada cuaca dan makhluk perosak tempatan.

Maka pada asalnya rumput hiasan di Malaysia adalah terdiri dari Cowgrass dan Serangoon.


Anda mungkin jarang dengar tentang Serangoon yg kurang popular kerana ia berwarna hijau muda, mempunyai daun yang lembut dan lebih cepat dorman bila tiada air. Anda akan jumpa ia banyak di padang golf kerana ia cepat membiak (ingat padang golf 18 lubang boleh sampai 150 ekar) dan boleh dipotong pendek.

Sementara itu, di selatan Amerika Syarikat mereka menemukan suatu spesis rumput yang dianggap sebagai perosak di ladang kapas, amat susah dibunuh dan amat cepat membiak, iaitu lah rumput Bermuda. Bermuda berasal dari Afrika dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan tumbuhan dan hamba abdi.

Dari Afrika ke US, mula-mula sebagai pest kepada tanaman kapas, kemudian dibiak sebagai rumput hiasan.

Pembiak dan penggemar rumput telah mendapat pelbagai pertumbuhan berbeza dari spesis Bermuda ini dan mula menggunakan nya di padang golf.

Sementara itu, pengembara Eropah ke China, Jepun, Korea dan Filipina menjumpai spesis rumput yang lebih lasak, tahan sejuk tetapi mempunyai warna semulajadi hijau muda. Seorang ahli botani dari Austria bernama Karl Von Zois telah memberi nama rumput ini sebagai Zoysia sempena namanya sendiri.

Ada banyak spesis Zoysia, kebanyakan berasal dari kawasan ini.

Sekarang kita tiba kepada masalah nama. Nama memang masalah kerana rumput sering mempunyai nama berbeza mengikut tempat. Cowgrass di panggil sebagai Elephantgrass di Indonesia, malah kalau ikut buku teks lama, ia pernah dipanggil sebagai rumput parit di beberapa tempat di Malaysia. Cowgrass di panggil sebagai Kulape di Filipina dan tropical carpetgrass di Amerika Syarikat. Dan ada orang tertukar di antara Buffalo grass dan Cowgrass.

Saya pernah menerima panggilan talipon dari kontraktor dari Perlis bahawa rumput Cowgrass yang dia bawa utk perbaiki padang di sana tak sama dengan Cowgrass sedia ada di padang itu. Begitu juga Rumput Philippine di satu nursery mungkin di panggil Rumput Manila di nursery lain.

Jadi kalau kita pergi ke nursery dan kita kata kita nak “Philippine grass” utk tampal atau baiki laman/padang kita, kita belum tentu dapat rumput yang sama dengan apa yang sedia ada. Masalah ini saya pernah lihat sendiri, di sebuah taman di Shah Alam rumput Cowgrass di tanam bersebelahan dengan rumput Buffalo grass. Manakala di Putrajaya, saya jumpa satu spesis Zoysia ditanam sebagai rumput ganti kepada satu spesis Zoysia yang lain! Lebih-lebih lagi rumput Tifdwarf di atas green padang golf. Ini saya lihat di kelab golf di Selangor dan Pulau Pinang. Saya jumpa rumput berbeza walaupun di beli dari nursery yang sama, selang beberapa tahun.

Zoysia matrella vs Zoysia tenuifolia

Utk mengurangkan kekeliruan ini, saintis telah memperkenalkan sistem penamaan botanikal berasaskan bahasa Latin.

Maka Cowgrass yang dikenali sebagai Elephant grass di Indonesia, diberi nama Axonopus compressus di seluruh dunia. Manakala Zoysia yang mempunyai bunga merah, daun kecil dan dipanggil Rumput Manila diberi nama Zoysia matrella sementara Zoysia yang mempunyai daun halus, bunga hijau dinamakan Zoysia tenuifolia atau Rumput Philippine.

Ambil perhatian bahawa semua penerangan saya adalah dipermudahkan. Ini bukan kuliah tentang agronomi atau botani, ini channel YouTube tentang padang dan rumput hiasan.

Also, ambil perhatian ni baru Bahagian 1. Sila lah mem follow laman web dan YouTube nya utk Bahagian 2. Anda ingin tukar rumput di padang bola atau padang golf anda? Pastikan anda tidak menyesal di kemudian hari. Layari YouTube mynormas/RumputTurf, Tiktok dan FB mynormas.com. Hubungi saya di mynormasATconsultantDOTcom atau 03 5131OO66 dan biarkan ia berdering hingga masuk mesej dan tinggalkan pesanan. Kami lebih banyak masa di padang dan selalunya tiada orang di pejabat.

Untuk melihat video YouTube tersebut: lihat di sini pada pukul 10:15 pagi 7 Februari 2023.

Posted in Golf Course, Landscape, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Rumput botak

Posted by mynormas on February 4, 2023

Laman anda ada kawasan botak? Terlalu kecil untuk beli rumput baru tapi terlalu besar utk buat tak nampak? Bukan itu saja masalahnya. Kalau anda beli dari luar, kadang-kadang rumput tak sama. Guna cara sprig.

Beberapa bulan dulu, saya ada tulis tentang cara penanaman dengan sprig. Sebenarnya saya menulis artikel ini di bulan November 2022, so baru dua minggu saja. Cuma saya nak laman web ini menerbitkan artikel sebulan sekali, maka saya jadual kan artikel ini di bulan Februari 2023.

Baiklah, peralatan yang anda perlukan ialah sebarang benda yang boleh membuat lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari. Anda boleh guna batang paip pendek, atau pisau yang sesuai ataupun alat pemutar skru.

Kejap, baru teringat. Nak letak satu caveat. Sprig dalam istilah sebenar ialah stolon atau rhizom. Cowgrass tak ada stolon dan rhizome dia tak macam rhizome rumput carpet lain. So, kalau laman anda Cowgrass, maka “sprig” anda dah macam sod kecik dan batang paip tak boleh digunakan, hanya pisau dan pemutar skru mata leper saja, boleh. Sebab anda kena potong sprig anda macam kek kat kedai kek kayangan (kecik tapi comel jer).

Pertama sekali, pilih tempat yang anda nak tanam semula kemudian bersihkan nya hingga satu inci ke bawah dengan tujuan nak buang penyebab kematian (kebotakan? Ha ha) kawasan itu dan buang benih rumpai. Tak ada pasir? Bajak bajak bajak dengan alat seperti di atas tadi supaya benih rumpai atau patogen penyakit di keringkan oleh matahari.

Kemudian pilih tempat yang anda nak ambik rumput utk tanam di kawasan botak. Kalau kawasan botak 1 kaki x 1 kaki, maka tempat “benih” tu 4 inci x 4 inci pun dah cukup.

Anda ada dua pilihan, pilih tempat yang di sempadan laman anda, biasanya di bawah pokok bunga, kat tepi longkang dsb. Ataupun anda boleh juga curi curi dari kawasan paling subur di seluruh laman anda (jangan pulak laman orang sebelah) utk setiap satu lubang di kawasan botak, curi satu sprig di kawasan subur.

Di kawasan botak tadi tebuk lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari.

Batang paip, kalau panjang, tak payah bongkok bongkok tapi lepas tu nak simpan mana? Janganlah guna gambar ini tanpa memberi kredit kepada laman web ini.

Lepas tu, ambik rumput di tempat yang anda pilih tadi dan cucuk ke dalam lubang yang anda sediakan.

Ini sprig rumput carpet. Kalau Cowgrass, sprig nya perlu lebih besar lagi. Kredit gambar http://www.mynormas.com

Baja? Oleh kerana ini di ambil dari laman sendiri, maka baja yang sebelum ini anda letak, dah cukup lah. Tak perlu baja khusus. Cukup lah sekadar Bismillah atau doa atau apa-apa bacaan yang patut.

Siram macam biasa. Itu satu lagi kebaikan sprig, kita tanam dah ada akar.

Berapa jauh jarak diantara lubang? Lagi jauh, lagi lambat rumput rapat. Mulakan dengan jarak 4 jari. Lepas seminggu, kalau nampak macam lambat, anda boleh saja tambah tanaman di antara dua lubang.

Lepas tu, kita berserah.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat. Bukan saya mintak pun tapi sekurang kurangnya adalah penghargaan utk saya dan harga diri utk awak

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

Profil tanah

Posted by mynormas on January 7, 2023

Kat luar negeri kan, memprofilkan orang ni salah tau. Kita tak kenal orang tu tapi berdasarkan warna kulit atau asal usul dia, kita memprofilkan dia sebagai jahat, pemalas atau tamak.

Lebih lah jarang kita nak periksa profil tanah sebelum kita membuat keputusan tentang sifat tanah di suatu tempat yang baik atau bermasalah.

Tahu kah anda tentang kewujudan suatu alat untuk memeriksa profil tanah?

Berbelas tahun dulu, saya di panggil kerja di sebuah kelab golf yang mempunyai masalah di atas green mereka.

Bila saya periksa profil tanah, saya dapati mereka mempunyai beberapa masalah. Pertama mereka tidak menggaul bahan organik ke dalam zon akar mereka dengan betul. Ini menyebabkan ada lapisan bahan organik tulin yang tidak memainkan peranan nya sebagai pemangkin pertumbuhan.

Yang hitam tu organik. Yang hijau bawah nya tu ialah zeolite sejenis soil amendment.

Selingan: kami di padang golf tak guna “topsoil”. Sejak puluhan tahun iaitu sekitar 1960an, sistem penanaman rumput di atas pasir telah di popular kan samada menggunakan sistem USGA, California atau hybrid di antara dua sistem itu. Kami gunakan apa yang dipanggil sebagai rootzone atau zon akar iaitu lapisan setebal lebih kurang 100mm atau 4 inci yang di campur dengan 5 – 10% dari isipadu nya dengan bahan organik. Bergantung pada cuaca tempatan, ada tempat yang menambah pula dengan 5% dari isipadu pula dengan amendment yang amat lambat reput tetapi berfungsi memegang air dan nutrien.

Masalah kedua padang ialah kerja-kerja hias-atas atau topdressing yang dilakukan secara jarang-jarang tetapi dengan tebal. Ini menyebabkan pelapisan atau layering yang melambatkan pergerakan air ke dalam tanah.

Pelapisan tanah (soil layering). Bila hias-atas dilakukan jarang-jarang tapi tebal tebal.

Jadi, air lambat turun, akar jadi pendek dan oleh kerana tiap-tiap green ada masalah unik berbeza dari green ke green, maka tiap-tiap green akan ada sifatnya sendiri yang menyusahkan pemain golf yang mahukan semua green mempunyai sifat yang hampir sama.

Penyelesaian nya?

Ka-boom!

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat.

Posted in Golf Course, Greens, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Tanam Sprig

Posted by mynormas on October 15, 2022

Bagaimana kita tanam rumput dengan jimat tapi lambat? Kita sprig.

Patut nya hari ni 15 Oktober 2022 saya upload story tentang greenspeed ya? Artikel nya dah siap tapi saya tangguh ke bulan November sebab ada artikel lain yang saya nak keluarkan yang saya kira lebih penting utk lebih ramai pembaca.

Ada dua cara utk tanam rumput iaitu dengan cara vegetatif dan cara bijibenih. Kita panggil cara pertama ni “vegetatif” kerana ia menggunakan bahagian tumbuhan yang hidup. Cara ini terbahagi pula kepada cara stolon dan sprig. Saya kira penanaman cara sod pula ialah perpindahan rumput dari satu tempat ke tempat lain.

Cara paling mahal ialah dengan sod kerana kita pindah kan rumput sedia ada. Mungkin 100% iaitu nak tanam satu padang, kita beli rumput dari satu padang lain. Murah sikit kalau kita tanam 80% sahaja dari luas kawasan dengan rumput sod. Paling murah cara sod ialah kalau kita beli 50% saja rumput dan tanam macam papan dam, bayangkan yang hitam tu rumput dan yang merah tu di isi pasir halus sampai paras sod sebelahnya.

Lebihkurang 10 tahun lalu, sebuah padang golf yang saya adalah konsultan nya mengalami masalah rumput mati. Mati dalam kawasan yang luas. Nak beli sod rumput Tifdwarf banyak 1. bukan nya murah dan 2. oleh kerana Tifdwarf adalah rumput hybrid (senang cerita rumput kawin) belum tentu rumput sod yang di beli, sama dengan rumput sedia ada.

Jadi kami, iaitu saya dan Superintendent padang itu, En. Bakri, memformulasi utk menggunakan rumput dari green yang paling lasak di padang itu utk tanam di kawasan botak.

Idea nya bagus, tapi takkan nak kopek seluruh green 17 (contoh) nak tanam kawasan mati di green 3, 7, 11 dan 15 (contoh! Dah 10 tahun, tak ingat sangat dah)?

Jadi kami gunakan cara sprig. Iaitu kami potong sod dari green 17 (con…toh) dan bawa ia ke green yang ada kawasan mati.

Sod dari green yang power.

Di kawasan mati itu, kami gunakan serampang berongga lama untuk tebuk lubang di tanah.

Tebuk tebuk tebuk.

Menggunakan serampang berongga saiz yang sama, kami tebuk pula di sod tadi utk mendapatkan “benih” rumput pula.

Ini lah rupa “benih” nya

Kemudian kami cucuk benih tadi ke dalam lubang tersebut.

Cucuk cucuk cucuk.

Kemudian kami siram dan tunggu. Ambil masa juga utk rumput ni tumbuh rapat rapat. Lebih kurang satu bulan juga. Ingat! Ini atas green yang dah established, kalau kita nak buat di tempat baru disediakan tanah kerana tanah nya lembik dan lembut. Mungkin sampai 4 bulan.

Kalau tanam sod, jauh lebih cepat siap dan cepat boleh digunakan. Cara sprig, murah kerana satu sod 1 kaki x 1 kaki boleh tanam kawasan 3 kaki x 3 kaki. Tapi lambat lah siap nya.

Jadi, anda nak murah ke, anda nak cepat siap?

Selain dari contoh sprig di atas, ada lagi cara sprig yang anda boleh jumpa di laman web ini.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Musim Monsun 2022

Posted by mynormas on October 3, 2022

Bila banjir berlaku, tentunya kesihatan rumput atau keadaan padang adalah perkara terakhir yang perlu kita fikirkan kerana nyawa manusia lebih penting. Tetapi sebagai penjaga padang, apakah persediaan yang perlu kita buat sebelum musim hujan?

Pertama sekali kita kenalpasti apa masalah yang timbul sewaktu musim hujan. Pada pandangan saya, berikut adalah di antara yang penting:

  • Air yang bertakung di atas atau di bawah permukaan boleh melemaskan rumput yang perlukan oksigen dan karbon dioksida.
  • Tanpa cahaya matahari, rumput tidak dapat melakukan fotosintesis.
  • Baja atau racun yang di tabur dihanyutkan oleh air.
  • Padang yang lembik menyebabkan penggunaan dan penyelenggaraan meninggal kan kesan.

.Jadi apakah langkah yang perlu di ambil? Semasa hujan lebat, tiada apa yang boleh dibuat kerana jika keadaan berubah menjadi banjir maka nyawa dan hartabenda menjadi prioriti, bukan padang dan rumput. Tetapi kita boleh mempersiapkan padang supaya sewaktu musim hujan atau banjir sekalipun di musim monsun ini, padang akan lebih bersedia dan tidak terlalu terkesan.

Saya mencadangkan langkah-langkah berikut:

  • Pengudaraan tanah serampang padu (solid-tine)
  • Membersihkan longkang dan sump keliling padang atau halaman.
  • Menggunakan baja foliar
  • Menaikkan ketinggian potongan.

Penerangan Lanjut

Kita lakukan kerja pengudaraan tanah kerana kita nak beri ruang kepada air dan udara untuk turun ke bawah permukaan tanah. Kenapa serampang padu dan bukan serampang berongga (hollow-tine)? Kerana serampang padu seperti slicing dan spiking lebih cepat di buat dan tidak mengganggu permainan. Anda juga boleh menggunakan jentera pengudaraan tanah baru yang mampu menghasilkan lebih banyak ruang di bawah permukaan dengan hanya sedikit kerosakkan di permukaan padang: Air2G2

Slicer besar utk padang bola atau golf.
Pengudaraan tanah secara solid tine manual di halaman rumah.

Membersihkan longkang keliling padang mungkin rasa macam terlalu senang dan di pandang remeh oleh kebanyakan orang tapi saya pernah menyelesaikan masalah satu padang dengan cara mengalirkan air yang bertakung di dalam longkang di keliling padang kerana sampah nya. Air yang tinggi di longkang keliling padang akan menaikkan ‘water table’ di bawah padang dan melambatkan pergerakan air keluar dari dalam padang.

Longkang besar atau kecil, bersihkan. Longkang kecil yang tersumbat akan menumpahkan air ke dalam padang atau laman anda.

Kalau kita menggunakan baja butiran, ada kemungkinan ia akan di hanyutkan sebelum nutrien dalam baja dapat di serap oleh rumput. Penggunaan baja foliar sedikit tetapi selalu bermakna rumput boleh serapa nutrien hampir sekaligus melalui daun dan akar jika cecair baja sempat sampai ke akar.

Manual spray in progress

Saya sering dengar orang kata bahawa baja adalah makanan untuk rumput. Sebenarnya rumput berada dalam kategori ‘producer’ iaitu ia membuat makanannya sendiri menggunakan proses fotosintesis. Untuk melakukan fotosintesis, rumput memerlukan cahaya matahari, terutamanya untuk rumput yang mempunyai daun kecil seperti Bermuda dan Zoysia. Cuaca mendung di musim hujan akan mengurangkan cahaya matahari untuk sampai ke daun. Kita tak boleh tambah cahaya matahari melainkan menggunakan ‘grow light’ tetapi kita boleh bantu untuk tambah keluasan daun rumput yang boleh melakukan fotosintesis dengan memanjang ketinggian potongan. Tidak percaya pada teori ini? Perhatikan rumput yang tumbuh di bawah redup seperti bawah pokok atau tepi bangunan dan bandingkan dengan spesis rumput yang sama yang tumbuh di tempat lapang; anda akan dapati rumput bawah redup akan lebih cepat panjang dari di tempat lapang. Dengan izin Tuhan, ia memanjangkan daun untuk memaksimakan luas daun untuk fotosintesis. Bonus: padang atau laman anda akan nampak lebih hijau kalau rumput lebih panjang (kan lebih banyak daun?). Keburukkan: nampak kurang kemas lah kalau tengok dekat-dekat.

Same grass species. On the left under shade.
Nota: bukan ketinggian yang betul; hanya sekadar anggaran.

Saya ada tertinggal apa-apa fakta atau cadangan lain? Sila komen di sini atau di FB mynormas.com untuk membantu atau dibantu orang lain. Tolong jangan PM. Tak larat nak layan soalan yang sama berkali-kali. Kalau boleh saya minta sedikit bantuan derma dari tuan-tuan atau click iklan-iklan di page ini beberapa kali. Saya dapat satu dua sen sekali click. Apa boleh buat, kalau itu saja yang ikhlas.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Fields, Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Padang Banjir

Posted by mynormas on August 2, 2022

Sewaktu salah satu padang terkenal di Malaysia di landa banjir sebelum suatu perlawanan penting, saya pula di hujani pertanyaan kenapa ia boleh berlaku. Saya tidak boleh jawab secara spesifik tentang padang itu tetapi berdasarkan pengalaman saya membantu membaiki padang yang rosak terdapat beberapa sebab kenapa sebuah padang boleh menghadapi masalah air bertakung selepas hujan lebat.

  • Paip saliran tidak cukup (atau tidak ada).
  • Paip saliran tersumbat
  • Hujan terlalu lebat dan/atau lama.
  • Tanah terlalu mampat akibat kerap digelek atau terlalu banyak digunakan.
  • Tiada nyah-thatch (dethatching) atau pengudaraan tanah (aeration).
  • Salah buat saliran.
  • Kombinasi semua di atas.

Apa yang saya maksudkan paip saliran tidak cukup berlaku bila jarak di antara longkang subtanah (subsoil drain) terlalu jauh. Kenapa ada padang yang letak longkang subtanah jauh jauh? Biasanya kerana faktor kos. Kadang-kadang atas alasan longkang subtanah yang di pasang adalah dalam, iaitu hampir satu meter ke bawah tanah (umum nya longkang subtanah yang cetek rapat-rapat dan dalam, jauh-jauh). Saya pernah jumpa longkang subtanah yang di pasang pada jarak 30m di antara satu sama lain dan masa kami membuat penambah baikan padang golf itu, kami pasang longkang baru 3 meter di antara satu sama lain. Bila longkang tak cukup maka air lambat keluar dari padang.

Dua padang yang mempunyai longkang subtanah berjarak 12 meter di antara satu sama lain. Saya pernah jumpa padang yang mempunyai longkang subtanah yang berjarak 30m tapi saya tiada gambar. Paling jauh jarak yang saya ada ialah 12m. Itupun tidak terlalu basah sebab ahem… ikut spesifikasi saya dan saya sendiri yang bina, tetapi lepas hujan amat amat lebat, perlu tunggu hingga satu jam baru boleh guna.

Paip saliran saya katakan tersumbat bila terdapat terlalu banyak sampah dalam paip (saya pernah jumpa biawak dua ekor dalam paip subtanah) ataupun yang paling paling paling paling selalu berlaku, ialah paip longkang subtanah di balut dengan kain geotextile dan kain itu telah tersumbat. 2, 3 tahun pertama saya kerja di industri penjagaan rumput padang golf salah satu tugas ialah koyak kan kain geotextile keliling longkang subtanah atas arahan boss orang Australia. Padang tu belum setahun dah ada masalah air bertakung, bila buang kain geotextile tu, air jalan. Saya juga kalau ada peluang, akan pasang lubang utk flush longkang subtanah utk kerja penyelenggaraan longkang subtanah akan datang.

Kain geotextile – pada peringkat awal – akan melambatkan air masuk ke dalam paip. Dan… selepas beberapa tahun bila terlalu banyak selut sumbat kain; akan menghalang air masuk ke dalam selut.

Hujan yang terlalu lebat boleh menyebabkan air bertakung jika ia lebih cepat dari kebolehan sistem saliran mengeluarkan air. Ia akan berkait dengan masalah sistem saliran tak cukup juga. Kelemahan atau ketidakcukupan sistem saliran akan kelihatan sewaktu hujan lebat. Misalnya jarak di antara longkang subtanah terlalu jauh, atau terlalu dalam. Bayangkan lebuhraya diwaktu cuti panjang, di mana kereta yang masuk ke lebuhraya lebih banyak dari keupayaan lebuhraya tersebut membawa dan memuntahkan kenderaan keluar maka kita akan dapat traffic jam. Maka sebelum pasang longkang subtanah ataupun longkang keliling padang, fikirkan jumlah air yang masuk (lihat sejarah hujan kawasan itu) dan banyak mana air mahu dikeluarkan.

Padang ni mempunyai sistem saliran yang baik (saya consultant mereka) tetapi dah lah hujan lebat, sistem siram auto tambah lagi air; mana sempat air nak keluar?
Ini stadium MBPJ pada 5 Mei 2021. Hujan ribut amat lebat. Sejak itu, kami telah tambah lebihkurang 1.2km longkang subtanah. Sebelum ni memang ada longkang subtanah pun tapi jauh ke bawah dan di atasnya ada kain geotextile yang menghalang/melambatkan pegerakan air masuk ke dalam longkang (dah lah jauh ke bawah).

Satu lagi punca masalah air bertakung ialah bila padang banyak menerima mampatan. Apa yang berlaku ialah butir butir tanah dan pasir dipaksa menjadi rapat dan mengecilkan ruangan utk laluan air. “Mampatan” tak semestinya dengan sengaja menggunakan jentera penggelek besar tetapi juga penggunaan yang berterusan dan terfokus ke kawasan tertentu. Pasal tu kita boleh lihat kerosakan padang berlaku banyak di depan gol, tempat larian penjaga garisan, tempat sepakmula dsb.

Ruang di antara ketulan/butiran tanah sebelum dan selepas mampatan.
Kawasan yang sering rosak akibat mampatan.

Kegemaran ramai pembina padang bola untuk “menggelek” ataupun roll padang untuk mendapatkan permukaan yang rata juga menjadi penyebab kepada longkang tersumbat. Di padang golf, kami tidak akan roll padang selepas longkang subtanah dipasang. Ini berbeza sekali dengan pembinaan padang bola atau taman permainan di Malaysia di mana perbuatan roll dengan stimroll berat adalah perkara biasa. Setiap kali roll, setiap kali butir-butir tanah dihimpit dan ruang untuk air turun disempitkan.

Lihatlah betapa kerasnya atas longkang subtanah tu. Padang amat basah (lihat background gambar sebelah kanan) tapi pasir atas subsoil adalah kering sebab air tak turun.

Satu lagi sebab kepada padang bertakung malah, walaupun sudah ada longkang subtanah di bawahnya ialah bila terdapat lapisan “thatch” iaitu bahan organik yang terkumpul di permukaan tanah akibat dari rumput lepas potong dan juga rumput yang mati secara semulajadi. Thatch ialah kawasan hitam di lapisan paling atas tanah yang kita boleh nampak akar rumput juga. Ia boleh bertindak seperti span (sponge) memegang air.

Soil profile 8 inci teratas.
Lihat ini dan ingat salur darah penuh kolestrol dalam badan kita.

Maka bayangkan jika padang itu tidak melakukan kerja-kerja pengudaraan berkala (scheduled) dan mempunyai longkang subtanah. Kalau air tidak atau lambat turun, maka permukaan padang masih akan basah.

Tanpa pengudaraan, air akan tersumbat di lapisan thatch dan tidak atau lambat turun ke bawah untuk sampai ke longkang subtanah.

Saya pernah juga jumpa padang yang nak buat pengudaraan dengan harapan air bertakung di permukaan boleh turun ke “bawah” sedangkan padang itu tidak mempunyai sistem saliran yang baik. Soalan saya ialah; air tu nak pergi mana? Kalau tak ada longkang subtanah, air tu tak dapat lari dan kekal di bawah tanah. Bayangkan sebuah mangkuk yang dilapiskan tisu atau kadbod di atasnya bila kita bubuh air, tisu atau kadbod itu akan basah, air tak tembus. Kita tebuk lubang, air tembus tapi akan satu tahap air dalam mangkuk tu akan penuh (kita panggil ini “field capacity”).

Satu lagi isu yang kita jumpa ialah longkang subtanah yang dipasang salah iaitu bukan ia bawa air keluar dari padang tetapi ia bawa air masuk KE DALAM padang kerana kecondongannya ke belakang, bukan ke depan. Begitu juga ada longkang subtanah yang rata atau pun naik turun. Saya haraplah agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab ambil perhatian. Kesian padang.

Bayangkan kalau outlet atau hilir longkang hanya satu kaki dari permukaan, berapa dalam hulunya? Ia pasti satu kaki juga. Kalau longkang bermula dari tengah padang iaitu 30 meter panjang, maka bayangkan longkang yang hulu dan hilir nya sama dalam dan air dari bangunan luar banyak, tak air dari luar masuk ke dalam? Hasilnya adalah seperti gambar di bawah.

Amat sedih kalau kita jumpa padang yang mempunyai kombinasi semua masalah di atas. Itu adalah kelemahan sistem tender yang memberi kontrak kepada petender paling rendah, dan kemudian semasa kerja tiada pantauan dapat di buat. Saya tak boleh salahkan pihak berkuasa juga sebab kekadang banyak kerja yang berlaku serentak yang mereka perlu pantau dan kekadang kontraktor main silap mata. Bukan kau: orang lain di tempat lain.

Masalah di atas ialah kenyataan yang saya jumpa dalam kerja-kerja “rescue” padang yang saya buat. Tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi saya di O3-51310066 (biarkan ia berdering lama) atau email mynormas ATconsultant.com untuk maklumat lanjut. Atau, tuan-tuan boleh hubungi course superintendent di padang golf terdekat dengan tempat tuan-tuan.

Menulis dan menyimpan laman web memerlukan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit. Saya menghargai jika pihak tuan dan puan sudi membuat sedikit derma untuk bantuan. Terima kasih.

Nota tambahan: Sistem saliran yang baik menyebabkan air tak disimpan dalam tanah. Maka sistem pengairan yang baik akan diperlukan diwaktu kemarau.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Fields, Padang, Padang Bola, Rumput halaman rumah, stadium | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Jangan Topdress Tebal

Posted by mynormas on January 13, 2022

Saya sering mengatakan bahawa cara terbaik untuk mendapatkan permukaan padang yang rata bukanlah dengan cara menggelek (roll) tetapi cara terbaik ialah dengan hias-atas (topdress) menggunakan pasir (selalunya).

Menggelek seharusnya digunakan untuk melicinkan (smoothen) dan bukan untuk meratakan (flatten) permukaan. Menggelek terlalu berat mampu menimbulkan pelbagai masalah sampingan.

Saya tak kata jangan menggelek, malah saya galakkan menggelek selalu tetapi saya kata jangan menggelek dengan penggelek yang berat.

Walaubagaimanapun, terlalu banyak pasir digunakan semasa hias-atas membawa masalah tertentu juga. Terutamanya bila kita bercerita tentang hias-atas tebal sekaligus.

Begini, pada setiap ketika, padang dengan rumput yang subur menghasilkan bahan organik yang terdiri dari daun rumput, akar dan lain-lain flora dan fauna yang akan mereput sebagai thatch dan mat; salah satu sebab kita lakukan hias-atas ialah kita mahu ‘cairkan’ (dilute) thatch itu dengan pasir.

Tetapi, jika kita gunakan jumlah pasir terlalu tebal pasir tersebut akan menjadi satu lapisan di atas lapisan thatch, bukan mencampuri dalam thatch.

Maka apa akan jadi jika kita letak pasir terlalu tebal ialah pasir akan menjadi satu lapisan yang kemudiannya thatch baru akan terbentuk di atas lapisan pasir itu.

Selepas beberapa bulan, kalau kita amalkan benda yang sama (hias-atas tebal), akan berlaku lagi satu lagi lapisan pasir, kemudian ini akan membentuk satu lagi lapisan bahan organik di atas lapisan pasir tersebut.

Ulang berkali-kali selama bertahun tahun dan tanah kita akan kelihatan seperti kuih lapis.

Ini boleh diburukkan lagi jika pasir yang digunakan tidak konsisten dari satu musim ke musim seterusnya. Kadang kadang pasir yang banyak kandungan bahan kasar, kadang-kadang pasir yang banyak kandungan selut. Butiran selut akan berhijrah (migrate) ke pasir kasar dan menyumbat ruangan di antara butiran pasir kasar; akhirnya anda akan lapisan tidak tembus air.

Tiap-tiap lapis akan menapis, melambat atau menghalang pergerakan air dan udara ke bawah. Ini boleh menghasilkan padang yang basah dan di musim kering yang padang perlu disiram, kawasan yang lebih kering dari yang lain.

Gambar-gambar di dalam blog ini bukan dari internet, tapi dari lawatan saya di beberapa padang di Malaysia sejak 20 tahun lalu. Semuanya ada stamp laman web ini kerana ada orang yang ciplak tanpa merujuk semula kepada laman web ini. Tak malu ke?

Gambar pertama ini adalah pada awal abad ini (lebih kurang 2003/04) dari sebuah kelab golf terkenal di Lembah Kelang yang mempunyai masalah green. Padang dijaga oleh seorang superintenden berpengalaman dengan rumput lama tetapi ini adalah rumput dan cara penanaman baru dan dia membuat kesilapan melakukan hias-atas terlalu tebal BERBANDING dengan keupayaan rumput itu membuat thatch. Maka pasir dari hias-atas membentuk satu lapisan baru, bukan “mencairkan” (dilute) thatch.

Ini adalah profile sebuah padang golf (kedua-dua adalah gambar sama) yang di jaga oleh seorang Superintendent Otai yang percaya kepada topdress tebal tapi sekali sekala.

Di bawah pula ialah profil tanah di lubang 14 sebuah padang golf yang mana superintenden nya secara sengaja atau mungkin tanpa pengetahuan tentang pelapisan yang berlaku di padangnya, melakukan kerja-kerja pengudaraan serampang berongga (hollow-tine). Malangnya kerja pengudaraannya tidak cukup dalam untuk menembus kesemua lapisan. Pengudaraan berongga adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah lapisan ini. Pasir yang masuk ke dalam lubang pengudaraan membantu aliran air dan udara ke bawah yang tersekat oleh pelapisan. Tapi jangan lah pula buat hias-atas terlalu tebal seperti mereka! Ini akan menghasilkan lapisan baru pula. Gunakan besi berongga besar, buang sampahnya dan guna pasir sesuai yang masuk ke dalam lubang tanpa terlalu tebal di atas permukaan.

Kesan hollow-tine di kawasan lapisan.

Jika anda sangka saya cuma ada gambar green sahaja anda silap. Saya gunakan alat soil profiler di green tetapi di fairway atau padang, saya mungkin perlu gunakan cangkul, pisau atau pengganti lubang (hole changer). Pelapisan juga berlaku di kawasan landing zone di sebuah fairway yang bermasalah walau ditopdress berkali-kali (sebenarnya kerana ia ditopdress berkali-kali).

Topdressing is a good cultural practice but doing heavy and irregular topdressing may create soil layering problems.
Boleh kah anda lihat kesan pelapisan? Lapisan hitam (black layer) sudah mula terbentuk di bahagian lapisan bawah sekali .

Tahukah anda apa worst-case scenario kesan pelapisan? Udara tidak sampai ke bawah dan menyebabkan berlakunya pernafasan anaerobik di lapisan organik (iaitu lapisan thatch dulu) dan membentuk Lapisan Hitam (black layer) yang toksik kepada akar rumput. Seperti gambar di bawah.

Lapisan thatch telah menjadi lapisan hitam (black layer)

Baiklah; dah banyak cerita seram tentang hias-atas ni, apa yang betul? Paling senang ialah hias-atas nipis tapi selalu. Dengan alat terbaru yang menggunakan spinner, hias-atas boleh dilakukan dengan amat nipis sehinggakan orang putih panggil ia sebagai dusting atau pendebuan pasir. Lakukan dua minggu atau seminggu sekali. Tiada topdresser spinner? Gunakan topdresser biasa dan lakukan sebulan sekali. Ingat apa yang kita nak buat ialah “mencairkan” thatch kita, bukan menenggelamkannya.

Paling susah ialah dengan mengenali dan mengukur kecepatan padang kita menghasilkan thatch dan menambah pasir sekitar 3 – 4% dari jumlah thatch tersebut.

Di bawah adalah gambar contoh padang yang mempunyai sistem topdressing yang baik tapi saya rasa pada musim kering mereka akan mempunyai masalah padang terlalu panas kerana nampak macam thatch hampir tiada langsung. Padang juga mungkin keras. Thatch diperlukan untuk bertindak sebagai sungkupan utk melindungi akar rumput dari cuaca panas dan bertindak seperti span utk menyerap hentakan.

Profil tanah yang hampir ideal.

Akhir kata, lakukan topdressing berpadanan dengan pertumbuhan rumput anda. Elakkan topdressing tebal walau apa tekanan anda hadapi. Lakukan topdressing sikit tetapi selalu. Jangan guna penggelek berat.

Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama. 

Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan. 

Sila sudi klik gambar iklan di artikel in, ia adalah salah satu sumber pendapatan untuk laman web ini. Ataupun anda boleh menderma kepada saya melalui link di bawah. Mengendalikan laman web ini dan menulis di dalamnya mengambil masa dan memerlukan sumber kewangan. Sumbangan anda amatlah saya hargai.

Your contribution is appreciated.

Terima kasih.

One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

¤5.00
¤15.00
¤100.00
¤5.00
¤15.00
¤100.00
¤5.00
¤15.00
¤100.00

Or enter a custom amount


Mengendalikan laman web ini dan menulis di dalamnya mengambil masa dan memerlukan sumber kewangan. Sumbangan anda amatlah saya hargai.
Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Rujukan:
topdressing1 (gcsaa.org)
Don’t Layer It On! (usga.org)

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman, Topdress | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Gelek gelek

Posted by mynormas on August 28, 2020

Saya bukan orang yang suka gelek padang. Saya menganggap gelek padang menambah mampatan permukaan.

Dan jika padang yang dibuat dengan “topsoil” yang mempunyai struktur tanah berbeza-beza; sebahagian yang dapat topsoil banyak tanah liat akan lembut, yang banyak pasir, akan keras.

Namun begitu, saya terima kenyataan bahawa menggelek adalah suatu keperluan dalam operasi penyelenggaraan padang.

Saya gunakan roller ringan (walaupun nampak besar, tapi kosong isinya) maka take away point ialah roll padang anda dengan roller yang ringan (berapa berat? Asal ia mampu leperkan taik cacing pun okay dah) dan jarang-jarang (berapa jarang? Seminggu sekali cukup).

Jika roller anda mampu menggerakkan tanah; ia terlalu berat (atau padang terlalu basah). Jika lantunan bola terlalu kuat atau bila anda lompat anda rasa macam simen, maka anda terlalu kerap roll (atau “topsoil” anda sebenar nya ialah tanah liat).

Maka take away point kedua saya ialah elakkan menggunakan topsoil tapi amalkan sistem rootzone yang lebih sesuai utk cuaca kita.

One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

¤5.00
¤15.00
¤100.00
¤5.00
¤15.00
¤100.00
¤5.00
¤15.00
¤100.00

Or enter a custom amount


Mengendali dan menulis di laman web ini mengambil masa dan sumber kewangan saya. Jika anda mendapat manafaat atau pengetahuan dari laman web ini, sumbangan anda amat dihargai.
Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Fields, Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | 3 Comments »