Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘majlis daerah’

Rumput botak

Posted by mynormas on February 4, 2023

Laman anda ada kawasan botak? Terlalu kecil untuk beli rumput baru tapi terlalu besar utk buat tak nampak? Bukan itu saja masalahnya. Kalau anda beli dari luar, kadang-kadang rumput tak sama. Guna cara sprig.

Beberapa bulan dulu, saya ada tulis tentang cara penanaman dengan sprig. Sebenarnya saya menulis artikel ini di bulan November 2022, so baru dua minggu saja. Cuma saya nak laman web ini menerbitkan artikel sebulan sekali, maka saya jadual kan artikel ini di bulan Februari 2023.

Baiklah, peralatan yang anda perlukan ialah sebarang benda yang boleh membuat lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari. Anda boleh guna batang paip pendek, atau pisau yang sesuai ataupun alat pemutar skru.

Kejap, baru teringat. Nak letak satu caveat. Sprig dalam istilah sebenar ialah stolon atau rhizom. Cowgrass tak ada stolon dan rhizome dia tak macam rhizome rumput carpet lain. So, kalau laman anda Cowgrass, maka “sprig” anda dah macam sod kecik dan batang paip tak boleh digunakan, hanya pisau dan pemutar skru mata leper saja, boleh. Sebab anda kena potong sprig anda macam kek kat kedai kek kayangan (kecik tapi comel jer).

Pertama sekali, pilih tempat yang anda nak tanam semula kemudian bersihkan nya hingga satu inci ke bawah dengan tujuan nak buang penyebab kematian (kebotakan? Ha ha) kawasan itu dan buang benih rumpai. Tak ada pasir? Bajak bajak bajak dengan alat seperti di atas tadi supaya benih rumpai atau patogen penyakit di keringkan oleh matahari.

Kemudian pilih tempat yang anda nak ambik rumput utk tanam di kawasan botak. Kalau kawasan botak 1 kaki x 1 kaki, maka tempat “benih” tu 4 inci x 4 inci pun dah cukup.

Anda ada dua pilihan, pilih tempat yang di sempadan laman anda, biasanya di bawah pokok bunga, kat tepi longkang dsb. Ataupun anda boleh juga curi curi dari kawasan paling subur di seluruh laman anda (jangan pulak laman orang sebelah) utk setiap satu lubang di kawasan botak, curi satu sprig di kawasan subur.

Di kawasan botak tadi tebuk lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari.

Batang paip, kalau panjang, tak payah bongkok bongkok tapi lepas tu nak simpan mana? Janganlah guna gambar ini tanpa memberi kredit kepada laman web ini.

Lepas tu, ambik rumput di tempat yang anda pilih tadi dan cucuk ke dalam lubang yang anda sediakan.

Ini sprig rumput carpet. Kalau Cowgrass, sprig nya perlu lebih besar lagi. Kredit gambar http://www.mynormas.com

Baja? Oleh kerana ini di ambil dari laman sendiri, maka baja yang sebelum ini anda letak, dah cukup lah. Tak perlu baja khusus. Cukup lah sekadar Bismillah atau doa atau apa-apa bacaan yang patut.

Siram macam biasa. Itu satu lagi kebaikan sprig, kita tanam dah ada akar.

Berapa jauh jarak diantara lubang? Lagi jauh, lagi lambat rumput rapat. Mulakan dengan jarak 4 jari. Lepas seminggu, kalau nampak macam lambat, anda boleh saja tambah tanaman di antara dua lubang.

Lepas tu, kita berserah.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat. Bukan saya mintak pun tapi sekurang kurangnya adalah penghargaan utk saya dan harga diri utk awak

Advertisement

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

Tanam sod

Posted by mynormas on October 22, 2022

Percaya lah kalau saya kata perkataan “sod” adalah perkataan tak elok dalam bahasa Inggeris dari Britain. Contoh penggunaan: “You stupid sod!”. Ini mengikut kamus Oxford ya.

Dalam istilah penjagaan rumput di Malaysia dan America pula, sod ialah keping tanah yang mempunyai rumput di atas nya. Dan dalam konteks penulisan ini, ialah cara penanaman keping tanah tersebut.

Kali ini, malas nak cakap banyak, saya nak tunjuk gambar saja. Saya berharap gambar-gambar ini akan menjawab persoalan “kenapa tak boleh guna sod cangkul?”

Inilah cara yang betul menanam sod. Kita tanam rapat rapat dan sama rata, kita gunakan papan atau kayu lurus utk ukur kerataan keping keping itu

Mungkin ada yang kata “alah, itu green padang golf, bolehlah”. Bukan kah kesempurnaan yang kita impikan? Ini pun bukan sempurna tapi ia jauh lebih baik dari sod cangkul yang tak sama tebal di jack jatuh lori lepas tu baling baling dia ke seluruh padang. Tiga bulan kemudian kita tanya “kenapa padang saya tak rata?”

Rumput cangkul. Agak-agak cara ni cepat ke nak dapat rata?
Guna ramai pekerja kalau nak siap cepat.

Utk dapat penanaman sod yang rata, kita juga perlukan bahagian dasar yang rata. Ini membawa kita kepada jawapan kepada soalan kedua yang saya selalu di tanya, “nak tanam atas topsoil ke, pasir?”. Saya tak gunakan topsoil, saya gunakan pasir kerana pasir lebih mudah di ratakan. Topsoil, terutamanya topsoil yang sebenarnya adalah tanah liat akan amat susah di ratakan.

4 inci teratas ialah 95% pasir + 5% bahan organik. Ini kita panggil sebagai “root zone”.

Jadi root zone ini adalah bahagian utama akar berada. Kita perlukan ia subur dan memegang sedikit air, tak perlu banyak sebab kita nak latih akar rumput utk tumbuh panjang ke bawah mencari air. Tapi awas, masa mula mula tanam, rajin rajinlah siram.

Selepas sehari, ini lah hasilnya. Yang putih tu ialah pasir di masukkan di celah sod yang ter jarang. Jangan khuatir tentang warna rumput sebab pada awal, memang agak kering.

Padang bola? Padang bola lain sikit tapi mungkin lebih rumit dari green padang golf. Green padang mempunyai bentuk bentuk yang tidak lurus sedangkan padang bola mesti lurus dengan camber tinggi di tengah dan rendah di tepi.

Ambil level kemudian pacak kayu pancang dan tanda level anda. Bila tiba masa utk tanam rumput, pasang tali dari tanda di pancang ke tanda di pancang satu lagi kemudian tanam bawah tali tersebut. Kalau sod tertinggi, buang pasir bawah sod, kalau sod terendah, letak pasir bawah sod. Ini anda tidak dapat buat dengan sod cangkul.

Satu lagi, jangan guna sod dalam plastik. Tapi itu adalah bahan utk penulisan hari lain.

Nak jimat? Boleh juga beli sod dengan keluasan 80% dari keluasan padang kemudian isi pasir di celah celah sod. Nak lagi jimat, boleh sampai 50% kemudian tanam macam papan dam. Ingat! Lagi jauh jarak antara sod, lagi lambat padang boleh digunakan dan lagi banyak peluang rumpai (rumput liar) masuk.

Bukan contoh terbaik tapi contoh jugalah utk tanam 80% sod.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Kontrak Jaga Padang

Posted by mynormas on December 17, 2020

Saya banyak jumpa spesifikasi kontrak penyelenggaraan padang dalam bentuk BQ (Bill of Quantity) atau spesifikasi biasa. BQ atau spec yang saya tengok saya rasa tak boleh terima tetapi selalu nya saya beritahu diri saya bahawa biarlah, kerana: 1. ada orang sensitif bila ditegur, 2. ada orang yang tak dapat ubah apa-apa kerana mereka hanya menurut arahan, 3. ada yang tidak mahu fikir banyak kerana copy-paste lebih senang. 4. Tak semua padang sama dan tak semua keperluan sama. Tambahan pula, 5. siapa lah saya nak tahu dan betul semua.

Tetapi baru-baru ini saya terima satu spesifikasi penyelenggaraan padang yang, termasuk item utamanya ialah, “menyapu padang tiga kali sehari”. Saya fikir bahawa saya sendiri tidak menyapu rumah saya tiga kali sehari (awak ada?), macamana agaknya nak sapu padang tiga kali sehari? Ingat, padang biasa ialah 70 x 110m iaitu 7,700 meter persegi; agak-agak berapa lama nak siap sekali sapu?

Saya juga jumpa spec yang mengatakan pemotongan padang ialah pada setiap 1hb, 10hb dan 20hb. Atau adakah ianya 10hb, 20hb dan 30hb? Saya pun keliru… kalau Februari macamana? Memotong rumput setiap 10 hari akan memotong terlalu banyak daun (kerana kadar pertumbuhan rumput yang tinggi, terutamanya selepas pembajaan atau sewaktu musim hujan). Setiap kali potong, rumput tinggal batang sedangkan rumput perlukan daun untuk buat makanan melalui proses fotosintesis). Diburukkan lagi jika memotong dengan mesin sandang yang akan memotong serendah mungkin.

Saya nak cuba bantu agar terdapat suatu piawaian, suatu kesedaran bahawa penjagaan padang bukan sekadar potong, siram dan baja sekali-sekala, saya kira ada 13 perkara yang perlu dibuat. Saya akan cuba terangkan apa yang penting dalam spesifikasi penjagaan padang hari ini dan satu hari nanti bila saya dah figure out macamana nak upload supaya jika anda berminat, anda boleh download spec yang dah siap tulis selepas membuat bayaran. Sementara itu, di sini saya bagi senarai huraian kerja yang perlu dilakukan dalam penyelenggaraan padang dan rasionalnya.

Bil Huraian Kerja Rasional
1Memotong Rumput

Alat: Sebuah mesin pemotong rumput menggunakan pisau silinder seperti reel atau flail
Memotong rumput padang pada ketinggian 25mm dari paras tanah di seluruh padang.
Pemotongan rumput menggunakan mesin dan teknik khusus untuk menghasilkan belang-belang padang
2x seminggu.
– Pisau silinder memberi potongan lebih baik dari rotary.
– Jika tidak dikutip, pisau silinder menghasilkan pembuangan sampah yang lebih sekata.
– 25mm adalah spec FAM
– Sampah yang dipotong dgn pisau silinder boleh jadi baja.
– Teknik dan mesin menghasilkan belang BUKAN dengan baja atau tukar ketinggian!
– Sekali seminggu atau setiap 10, 20 & 30hb akan memotong terlalu banyak daun. Rumput perlukan daun utk fotosintesis!
– Samada mesin itu 5-gang, triplex, front-deck atau mid-mounted adalah tidak penting! Yang penting pisau!
Contoh pisau jenis reel.
Contoh pisau flail
BilHuraian KerjaRasional
2Pembajaan.

Alat: Penabur baja, baja kimia biji yang memberikan jumlah 300g nitrogen dan kalium per 100m persegi.
Menabur baja menggunakan alat yang betul secara rata dan konsisten dari dua arah untuk memastikan seluruh padang menerima kadar baja yang sama.
Kekerapan: Satu kali sebulan seluruh padang
– 300g nitrogen per 100sq.m per bulan adalah cadangan orang putih (kan kalau org putih cakap semua betul?)
– 300g/100sq.m kalium adalah kerana kebiasaan N:K = 1:1.
– Baja kimia bukan kemestian tapi kalau baja organik 300g N per 100sq.m banyak giler lah baja diperlukan.
– Fertiliser spreader tak mahal maka setiap kontraktor kena ada satu.
– 1x sebulan boleh di adjust jika menggunakan baja slow-release kepada 1x 2 bulan dan jika musim hujan 2x sebulan (half rate)
Sebuah walking spreader
Sebuah traktor mounted spreader
BilHuraian KerjaRasional
3Membaikkan Permukaan Padang

Alat: Mesin topdresser, dragmat untuk meratakan pasir, 5 – 10 tan pasir sebulan, penggelek (roller) dan peralatan berkaitan.
Melakukan TOPDRESS dengan menabur pasir di kawasan berlekuk atau menakung air untuk meratakan permukaan padang.
Melakukan gelekan bila perlu di kawasan yang terbonjol. Membuang rumpai (rumput liar) yang mengganggu permainan.
Kekerapan: satu kali seminggu seluruh padang
– Dengan penggunaan biasa, padang akan jadi lekuk bila pemain sepak, lompat atau jatuh.
– Lama kelamaan, ada tempat akan lekuk makin dalam (contoh: depan gol)
– Guna pasir utk baiki seluruh permukaan
– Gelek bila perlu guna roller satu tan.
– Merumpai rumput liar yang mengganggu permainan (sambau, semalu dsb).
– Dalam seminggu mesti ada sekurang-kurangnya satu kerja hias-atas (topdress), satu roll dan satu merumpai.
hias-atas (topdress) manual utk lekuk-lekuk menakung air
Mesin roller kecil
BilHuraian KerjaRasional
4Mengudarakan tanah mampat padang bola

Peralatan pengudaraan tanah manual, pasir dan peralatan yang berkaitan.
Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan yang menakung air pada kedalaman dua inci. Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan ‘high-traffic’ seperti di depan gol dan larian penjaga garisan pada kedalaman satu inci. Menabur pasir pada lubang-lubang yang terhasil.
Kekerapan: satu kali seminggu 10% luas padang
– Padang yang digunakan akan mempunyai kawasan yang selalu mampat contoh: depan gol, tempat linesman, jalan masuk padang.
– Alat hollow atau solid tine manual boleh bantu kurangkan mampatan
Contoh alat manual hollow tine
Kerja manual hollow-tine di kawasan keras
BilHuraian KerjaRasional
5Sampah.

Kutip dan membuang sampah yang terdiri dari rumput, rumpai, sampah dari dalam longkang, buangan pokok bunga hiasan, dan lain-lain kawasan
1 x seminggu.
– Sampah biasa seperti botol minuman tidak seharusnya termasuk KECUALI sudah diambilkira dalam sebutharga.
– Sampah rumput contoh: luar padang yang dipotong sebulan sekali
– Atau musim hujan terpaksa potong sekali sekala.
BilHuraian KerjaRasional
6Membuat Garisan Padang

Alat: cat, tali dan lain perkara yang berkaitan (berus, line-marker, pita mengukur dsb).
Membuat garisan padang bola mengikut spesifikasi dan peraturan pihak berkuasa permainan seperti FAM, FIFA atau lain-lain badan yang berkaitan.
Kekerapan: Satu kali seminggu
– Ada padang mahu garisan hanya masa ada game. Ada padang yang mahu garisan setiap masa (padang latihan).
– Terpulang pada polisi dan keperluan padang.
– Boleh guna mesin buat line dan boleh guna berus
– Buatlah garis LURUS!
BilHuraian KerjaRasional
7Mengganti kawasan rosak/rumput mati

Alat: sodcutter atau seumpamanya, cangkul, penyodok, rumput, pasir, penggelek, baja dan peralatan berkaitan.
Mengganti kawasan rosak atau rumput mati atau rumpai yang mengganggu permainan seperti sambau atau semalu dengan rumput baru yang sama dengan rumput asal padang.
Kekerapan satu kali sebulan.
– Mesti akan ada kawasan rumput mati, samada akibat over-use (depan gol) atau kering atau basah dll.
– Guna alat yang betul!
– Sodcutter atau Turf Doctor (pengganti rumput)
– Dalam sebulan mesti ada kawasan yang dah ganti rumput at least mungkin 10sq.m (boleh diubah kepada lain kuantiti)
Alat sodcutter
Alat Turf Doctor
BilHuraian KerjaRasional
8Kawalan makhluk perosak dan penyakit

Alat: Peralatan menyembur atau menabur racun, PPE, dan peralatan berkaitan.

Mengaplikasi racun yang bersesuaian pada waktu yang bersesuaian untuk kawalan makhluk perosak seperti serangga, cacing tanah dan sebagainya serta penyakit seperti kulat, cendawan dan sebagainya

Kekerapan: seminggu sekali
– Biasanya menyembur racun
– Termasuk juga menghalau anjing, lembu dsb.
– Kontraktor perlu tahu cara penggunaan racun
– Ada peralatan yang betul.
– Peralatan yang sama juga boleh digunakan menyembur baja foliar
– Biasanya cacing tanah dan rumput liar.
Sprayer kecil utk satu padang.

BilHuraian KerjaRasional
9Penyiraman padang
Alat: moisture sensor, hose panjang, sprinkler mudah-alih dan peralatan berkaitan.
Mengesan keperluan air padang dan melaku kan penyiraman menggunakan sprinkler yang disediakan ataupun sprinkler mudah-alih ataupun hos panjang.
Kekerapan: bila perlu (anggaran 120 hari setahun)
–     Adalah penting utk tidak terlebih siram kerana akan menjadikan akar pendek selain padang lecak.
–     Gunakan moisture sensor (boleh beli online) utk tentukan padang kering baru siram.
–     Anggaran siram TERMASUK lepas baja ialah dalam 100-120 hari setahun sahaja.
Moisture sensor
BilHuraian KerjaRasional
10Pengudaraan tanah

Melakukan pengudaraan tanah pada kedalaman tiga hingga empat inci, pada diameter setengah inci pada jarak dua inci dari lubang ke lubang. Mengutip dan membuang sampah core ke luar stadium di tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kekerapan: setahun sekali (jika hollow-tine, air atau water aeration)
Setahun empat kali (jika solid-tine).
–     Amat penting dan adalah punca kebanyakan kegagalan padang di M’sia.
–     Samada solid tine banyak kali setahun atau hollow tine setahun sekali.
–     Air aeration atau water aeration pun boleh.
–     Gabung sekali dengan top-dress dan pembetulan pH
Mesin hollow-tine
Mesin solid tine (dalam gambar ini: slicer)
BilHuraian KerjaRasional
11Hias-atas (topdressing) keseluruhan

Melakukan kerja-kerja hias-atas (topdress) ke atas keseluruhan padang dengan pasir halus tanpa batu dan selut, setebal 10mm atau lebih dengan rata menggunakan jentera khusus untuknya dan meratakan pasir dengan menarik dragmat atau brush khusus hingga pasir ditarik rata ke seluruh padang.
Kekerapan: setahun sekali selepas kerja pengudaraan tanah dan nyah-thatch.
–     Kerja penting utk mendapat kerataan padang
–     Menutup lekuk-lekuk kecil
–    Mengurangkan thatch
–     Sebaiknya dua tiga kali setahun
Topdresser keseluruhan menggunakan mesin
Dragmat utk meratakan pasir ke seluruh padang.
BilHuraian KerjaRasional
12Nyah-thatch (dethatching)
Melakukan kerja-kerja nyah-thatch (dethatching) di keseluruhan padang untuk mengeluarkan thatch dari celah rumput kemudian mengutip dan membuang sampah thatch ke luar stadium
Kekerapan: Setahun sekali
–     Perkara penting dilakukan utk mengelakkan padang menjadi lembut atau menyimpan air.
–     Thatch di celah rumput juga akan jadi punca penyakit
One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly
Nyah-thatch (dethatching)
BilHuraian KerjaRasional
13Merumpai (weeding)
Melakukan kerja-kerja mencabut dan/atau meracun rumpai (rumput liar) untuk memastikan ketulenan rumput padang yang asal. Rumpai yang dicabut akan dibuang ke kawasan luar stadium.
Kekerapan: seminggu sekali
–     Kerja-kerja weeding atau mencabut rumpai perlu ada dalam jadual kerja.
–     Bukan saja dalam padang tetapi juga luar atau tepi padang (jika termasuk dalam skop kontrak)
BilHuraian KerjaRasional
14Penjagaan rumput di luar padang permainan
Memotong rumput, membaiki permukaan padang yang berlekuk atau terbonjol dengan melakukan hias-atas dengan pasir atau menggelek. Membaja secara rata dan konsisten. Melakukan pengudaraan tanah di kawasan yang menakung air dan ‘high-traffic’ seperti jalan masuk padang dsb.
Kekerapan: dua kali sebulan.
–     Rumput di luar padang
–     Di pagar, di tepi astaka dan sebagainya.
–     Bukan saja memotong tetapi juga membaja, meratakan dsb.
BilHuraian KerjaRasional
15Penjagaan pokok bunga hiasan
Meracun dan/atau membuang rumput di bawah pokok bunga, membaja pokok bunga, memangkas untuk mencantikkan ranting dan dahan pokok bunga yang panjang dan kerja-kerja yang berkaitan dalam penjagaan pokok bunga hiasan. Memotong atau meracun rumput yang tumbuh celah-celah batu dan tempat lain.
Kekerapan: satu kali sebulan.
–     Jika terdapat dalam skop kontrak, pokok bunga di astaka, keliling padang atau dekat pintu masuk perlu dijaga.
BilHuraian KerjaRasional
16Penjagaan trek balapan
Membersihkan trek dari lumut dan kotoran atau bendasing lain. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan padang tidak merosakkan trek.
Kekerapan: satu kali seminggu.
–     Self explanatory lah kan?
–     Gunakan plywood tebal utk alas pergerakan mesin.

Posted in Fields, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Peraturan Satu Pertiga

Posted by mynormas on August 26, 2014

In a democracy, majority rules, but in the world of grass keeping, we have something called “the rule of one-third”.  Did I make it sound dramatic? Well its one of the main mistake being made by a lot of people. So being dramatic gets me more attention and I think you need to pay attention. 

Most Malaysian homeowners, some football fields, municipal councils and even golf courses would be using knapsack brushcutters to cut grass. On top of that, they will use nylon cutting heads and untrained labour. This tends to get the grass to be cut too low. Lower than what it should be which is; no more than one-third of its original height. Irregular or mowing at too long an interval will cause this too. Its one of the reason that I told most golf clubs that are my clients to “never not mow your greens for more than one day”: i.e. Skip mowing greens ONE DAY only.

Terdapat satu peraturan dalam pemotongan rumput yang di namakan “Rule of one-third” atau “Peraturan satu-pertiga”. Ini adalah peraturan paling kerap yang di langgar oleh penjaga rumput di Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana tidak tahu; tetapi juga kerana lebih mudah dan murah menggunakan:

Rumput yang di potong sekarang terlalu rendah. Warna keputihan yang kita lihat ialah warna 'batang' rumput.

Rumput yang di potong sekarang terlalu rendah. Warna keputihan yang kita lihat ialah warna ‘batang’ rumput.

  1. Mesin galas belakang (atau brushcutter) yang tidak dapat di tentukan ketinggian potongan.
  2. Menggunakan pisau di perbuat dari tali nylon yang juga merumitkan menentukan ketinggian potongan kerana panjang tali nylon tersebut tidak sama.
  3. Menggunakan buruh yang tidak terlatih.
  4. Menunggu masa yang terlalu lama sebelum mengulang potongan.
  5. Memotong tanpa mengambil kira jadual pemhajaan dan penyiraman.

Peraturan satu-pertiga ini mengatakan bahawa rumput tidak boleh di potong lebih dari satu pertiga dari ketinggian asal nya. Ini untuk mengekalkan jumlah permukaan daun yang cukup untuk melakukan fotosintesis dan juga menjamin masih terdapat cukup rumput untuk tumbesaran seterusnya.

Peraturan satu pertiga

Jangan potong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput

Menggunakan brush cutter dan tali nylon akan menyebabkan pekerja menekan pisau ke tanah dan menyebabkan rumput di potong hingga ke batang. Begitu juga amalan memotong selepas membaja dan juga selepas menyiram atau hujan lebat. Rumput akan tumbuh lebih banyak dan lebih banyak daun akan hilang sewaktu memotong.

Jadi jika anda penjaga rumput (atau anda ada rumput yang orang lain jaga):

  1. Hentikan penggunaan brush cutter dengan nylon head di kawasan terbuka (kita masih perlukan nya di kawasan yang ada perabut atau tebing batu)
  2. Gunakan mesin yang kita boleh ‘set’ ketinggian potongan. Ini ertinya mesin yang ada tayar.
  3. Set ketinggian potongan supaya mesin tidak memotong lebih dari satu pertiga dari ketinggian rumput.
  4. Tentukan jadual pemotongan bergantung kepada pertumbuhan rumput: biasanya rumput yang pendek (3 – 8 mm) di potong setiap hari atau selang sehari; 15 mm (contohnya padang bola atau halaman rumah) di potong seminggu sekali atau dua kali terutamanya lepas hujan atau lepas baja; 25mm dan ke atas, 7 – 10 hari sekali. Kecuali jika di baja atau pada waktu musim hujan yang mana rumput lebih galak tumbuh.

Jika kawasan anda terlalu berbukit dan tidak boleh di potong menggunakan mesin bertayar; cuba gunakan mesin yang mempunyai kipas yang kuat dan akan terapung sedikit sewaktu memotong. Kami panggilnya ‘hover mower’.

Jika anda perlukan nasihat pemotongan, jadual pemotongan atau anda perlukan pembelian mesin untuk memotong rumput: hubungi saya di mynormasATconsultant.com dengan menggantikan AT dengan @

Posted in Fields, Golf Course, Greens, Landscape, Lanskap, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: