Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Ketinggian Potongan

Posted by mynormas on July 20, 2020


Saya agak hairan bila tanya penjaga padang “Berapa ketinggian potongan?” dan jawapan yang saya terima ialah “Saya potong pada ‘nombor 3’ hari ini”. Mereka merujuk kepada nombor pada setting tepi mesin itu kerana mereka tidak pasti tentang ketinggian potongan.

Tidak salah untuk menggunakan nombor setting untuk menceritakan tentang potongan tetapi kita perlu tahu tentang berapa tinggi rumput kita untuk alasan berikut:

  1. Mengikut piawaian (contohnya FAM menetapkan ketinggian rumput padang bola sebagai 25mm dan beberapa persatuan golf mempunyai ketetapan ketinggian berbeza untuk permainan masing-masing).
  2. Keseragaman pemotongan, jika terdapat dua atau tiga mesin yang digunakan. Setting 3 pada mesin A mungkin tidak sama pada mesin B dan sebagainya. Sebenarnya 25mm pada mesin A juga mungkin tidak sama pada 25mm mesin B tetapi perbezaan nya mungkin tidak ketara (sehinggalah kita bicara tentang ketinggian potongan 10mm ke bawah)
  3. Tujuan tertentu: Pemotongan pada ketinggian tertentu mempunyai tujuan berbeza kepada kawasan-kawasan tertentu. Contohnya rumput yang dipotong tinggi (seperti rough sekunder di padang golf) akan menggalakkan pemain tidak pergi kesitu dan rumput yang dipotong amat rendah akan membantu pergerakan bola yang lebih laju (pada had tertentu).

    rough height

    Rumput rough sekunder di padang golf yang dipotong sehingga 75mm (tiga inci) untuk memaksa pemain mencari tempat lain untuk bermain.

  4. Kecantikan: Pemotongan pada ketinggian berbeza akan memberi perbezaan warna dan boleh menjadi satu sumber untuk kecantikan padang. Awas: Belang bukan datang dari perbezaan ketinggian: pewarnaan rumput belang datang dari arah potongan.

    different heights colour

    Nota: bukan ketinggian yang betul; hanya sekadar anggaran untuk melindungi dari peniruan.

Apakah ketinggian rumput yang betul? Tidak ada satu ketinggian yang betul. Kebanyakan rumput mempunyai julat (range) pemotongan yang banyak dengan had-had tertentu. Misalnya Cowgrass sukar untuk mencapai ketinggian melebih 40mm melainkan ia tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Begitu juga kebanyakan hybrid super atau ultra dwarf.

Kebanyakan rumput juga mempunyai had rendah; potong terlalu rendah dan ia tidak mempunyai cukup daun untuk fotosintesis dan akan mati cepat.

Umumnya, lebih rendah pemotongan sesuatu kawasan, lebih kerap ia perlu dilakukan kerana menurut peraturan satu pertiga: kita tidak boleh memotong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput pada satu-satu masa.

Maka, Cowgrass biasanya dipotong pada ketinggian 15 – 30mm, sebuah padang bola seharusnya dipotong pada ketinggian 25mm iaitu satu inci. Namun saya pernah jumpa kawasan Cowgrass dipotong pada ketinggian 8mm (serius; tak cantik pun) dan saya pernah dapat arahan dari jurulatih untuk potong hingga 12.5mm iaitu setengah inci. Pada setengah inci, bola lebih laju tetapi padang lebih cepat rosak.

Di mana kita ukur ketinggian rumput? Sebaik-baiknya dan sebetul-betulnya ia diukur pada ketinggian pisau pemotong dari aras tanah. Kita boleh semak dengan ketinggian rumput di padang juga menggunakan satu pembaris tapi ingat untuk tekan pembaris itu ke dalam mengikut berat pisau pemotong (maksud saya jangan sekadar ‘letak’ pembaris atas padang; lagi berat mesin kita, lagi kuat kita tekan).

cut rotary height quality

Rumput yang dipotong pada 5cm atau 2inci dengan pisau rotary yang kelihatannya seperti pisau yang tumpul (lihat kerosakkan pada hujung rumput).

Selamat mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Advertisement

2 Responses to “Ketinggian Potongan”

  1. ezzeaty razali said

    Assalamualaikum dan selamat petang En Normas Yakin. saya Ezzeaty, pelajar dari UiTM Arau dalam kos teknologi hortikultur. saya telah diberi tugasan oleh pensyarah saya untuk membuat kajian kes berkaitan pengurusan rumput. saya amat berbesar hati sekiranya encik dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan berkaitan tugasan berkenaan. disebabkan oleh faktor pandemik yang melanda negara, tugasan ini dibuat secara atas talian (emel/ video call/ webex). di sini saya sertakan sekali emel saya untuk sebarang jawapan dari pihak encik (ezzeatyemelya@gmail.com). kerjasama dari pihak encik saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: