Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Golf Course’ Category

Ketinggian Potongan

Posted by mynormas on July 20, 2020

Saya agak hairan bila tanya penjaga padang “Berapa ketinggian potongan?” dan jawapan yang saya terima ialah “Saya potong pada ‘nombor 3’ hari ini”. Mereka merujuk kepada nombor pada setting tepi mesin itu kerana mereka tidak pasti tentang ketinggian potongan.

Tidak salah untuk menggunakan nombor setting untuk menceritakan tentang potongan tetapi kita perlu tahu tentang berapa tinggi rumput kita untuk alasan berikut:

  1. Mengikut piawaian (contohnya FAM menetapkan ketinggian rumput padang bola sebagai 25mm dan beberapa persatuan golf mempunyai ketetapan ketinggian berbeza untuk permainan masing-masing).
  2. Keseragaman pemotongan, jika terdapat dua atau tiga mesin yang digunakan. Setting 3 pada mesin A mungkin tidak sama pada mesin B dan sebagainya. Sebenarnya 25mm pada mesin A juga mungkin tidak sama pada 25mm mesin B tetapi perbezaan nya mungkin tidak ketara (sehinggalah kita bicara tentang ketinggian potongan 10mm ke bawah)
  3. Tujuan tertentu: Pemotongan pada ketinggian tertentu mempunyai tujuan berbeza kepada kawasan-kawasan tertentu. Contohnya rumput yang dipotong tinggi (seperti rough sekunder di padang golf) akan menggalakkan pemain tidak pergi kesitu dan rumput yang dipotong amat rendah akan membantu pergerakan bola yang lebih laju (pada had tertentu).

    rough height

    Rumput rough sekunder di padang golf yang dipotong sehingga 75mm (tiga inci) untuk memaksa pemain mencari tempat lain untuk bermain.

  4. Kecantikan: Pemotongan pada ketinggian berbeza akan memberi perbezaan warna dan boleh menjadi satu sumber untuk kecantikan padang. Awas: Belang bukan datang dari perbezaan ketinggian: pewarnaan rumput belang datang dari arah potongan.

    different heights colour

    Nota: bukan ketinggian yang betul; hanya sekadar anggaran untuk melindungi dari peniruan.

Apakah ketinggian rumput yang betul? Tidak ada satu ketinggian yang betul. Kebanyakan rumput mempunyai julat (range) pemotongan yang banyak dengan had-had tertentu. Misalnya Cowgrass sukar untuk mencapai ketinggian melebih 40mm melainkan ia tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Begitu juga kebanyakan hybrid super atau ultra dwarf.

Kebanyakan rumput juga mempunyai had rendah; potong terlalu rendah dan ia tidak mempunyai cukup daun untuk fotosintesis dan akan mati cepat.

Umumnya, lebih rendah pemotongan sesuatu kawasan, lebih kerap ia perlu dilakukan kerana menurut peraturan satu pertiga: kita tidak boleh memotong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput pada satu-satu masa.

Maka, Cowgrass biasanya dipotong pada ketinggian 15 – 30mm, sebuah padang bola seharusnya dipotong pada ketinggian 25mm iaitu satu inci. Namun saya pernah jumpa kawasan Cowgrass dipotong pada ketinggian 8mm (serius; tak cantik pun) dan saya pernah dapat arahan dari jurulatih untuk potong hingga 12.5mm iaitu setengah inci. Pada setengah inci, bola lebih laju tetapi padang lebih cepat rosak.

Di mana kita ukur ketinggian rumput? Sebaik-baiknya dan sebetul-betulnya ia diukur pada ketinggian pisau pemotong dari aras tanah. Kita boleh semak dengan ketinggian rumput di padang juga menggunakan satu pembaris tapi ingat untuk tekan pembaris itu ke dalam mengikut berat pisau pemotong (maksud saya jangan sekadar ‘letak’ pembaris atas padang; lagi berat mesin kita, lagi kuat kita tekan).

cut rotary height quality

Rumput yang dipotong pada 5cm atau 2inci dengan pisau rotary yang kelihatannya seperti pisau yang tumpul (lihat kerosakkan pada hujung rumput).

Selamat mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , | 2 Comments »

Lembu dan Kerbau.

Posted by mynormas on July 12, 2020

Saya sering dengar tentang masalah rumput yang baru diterima tidak sama dengan rumput sedia ada.

Kadang-kadang ini disebabkan oleh pembelian dari nursery yang berbeza (walaupun anda beli dari satu “company” nursery yang sama tetapi hakikatnya, mereka sub-beli atau ambil dari nursery di lokasi berasingan).

Yang menjadi masalah ialah bila rumput yang diterima berlainan warna (itu kalau nasib baik). Ini berlaku kerana satu nursery menggunakan baja yang berbeza dengan nursery lagi satu, atau satu nursery tidak membaja langsung atau penjadualan pembajaan tidak sama dan ini boleh diburukkan bila satu nursery itu “lebih tua” dari nursery satu lagi, ini menyebabkan tanah di nursery itu telah “kering” nutriennya akibat dituai berulangkali. Ditambah pula kebanyakan nursery menggunakan hanya baja urea yang mengandungi satu sahaja nutrien: nitrogen.

Perbezaan “pemakanan” nutrien di nursery menghasilkan rumput dengan warna berbeza hijaunya. Kita tak nampak hingga lah bila di tanam bersebelahan satu sama lain.

Rumput yang berasal dari nursery kurang nitrogen (ni dah kira penderaan dah ni) akan berwarna kekuningan. Rumput dari nursery yang tiada Fosforus akan mempunyai rumput dengan hujung merah. Rumput kurang zat mikronutrien berwarna keputihan dan sebagainya.

Maka tersebutlah kisah saya pernah mendapat panggilan dari dua negeri di utara Semenanjung; satu dari kontraktor yang mengadu bahawa rumput yang dah ditanam tak sama dengan rumput asal (kerja pembaikan). Panggilan kedua ialah dari agensi kerajaan yang menuduh kontraktor membekal rumput yang tidak mengikut spesifikasi. Kedua dua panggilan dari padang, negeri dan masa yang berbeza, cuma kebetulan isu yang sama dari pandangan bertentangan.

Apa yang mungkin berlaku, jika bukan disebabkan oleh perbezaan warna seperti di atas, ialah kekeliruan tentang spesis rumput.

Saya bernasib baik baru² ini terjumpa sebuah padang dimana dua spesis rumput telah ditanam sebelah menyebelah.

Satu ialah rumput Cowgrass (Axonopus compressus) dan satu lagi yang saya panggil Buffalograss (kemungkinan Paspalum conjugatum atau mungkin Axonopus spesis lain juga).

Sebelah kiri ialah Cowgrass dan sebelah kanan ialah apa yang saya kenali sebagai Buffalograss.

Anda boleh lihat dan nilai sendiri. Keduanya tidak “betul atau salah” di mata saya dan ini bukan isunya. Kedua-dua nya boleh digunakan sebagai rumput padang tetapi jika anda telah menerima atau memberi spesifikasi Cowgrass atau Buffalograss, maka kena lah tepati nya.

“Buffalograss”. Gunakan pembaris dan ukur lebar daun berbanding rumput di gambar di bawah.
Cowgrass

Saya ada beberapa cadangan:

1. Beli rumput (maksud saya bayar dulu) sebelum tiba waktu tanam. Pilih rumput sebesar padang anda kemudian bayar deposit dan beritahu nursery ini rumput anda, tolong jaga sampai waktu anda nak tanam.

2. Bawa contoh rumput yang anda mahu, bukan gambar di handphone, bukan ingatan dalam kepala.

3. Pada hari tuaian rumput (mungkin sehari sebelum tanam) anda akan hantar wakil utk saksi penuaian ialah di kawasan yang telah anda pilih (dan bayar) sebulan dua dulu.

4. Jangan beli rumput yang paling murah jika anda mahu kualiti.

5. Utk padang bola atau lain² kawasan besar, elakkan rumput yang ditanam dalam plastik. Hanya beli rumput yang ditanam di tanah dan dituai dengan sodcutter.

Selamat mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Read the rest of this entry »

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , | 2 Comments »

LANDSKAP BHG 3

Posted by mynormas on May 7, 2020

Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 3 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KETIGA. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.

Sebelum ini kita ada berbincang tentang prinsip rekabentuk landskap (apa, kenapa dan bagaimana). Itu teorinya, macamana praktiknya? Praktiknya ialah kita memulakan projek landskap dengan tidak menanam  apa-apa pun selagi kita belum ada lakaran projek di atas kertas.

Kita boleh bercerita tentang topic ni secara serius tapi kalau nak serius, boleh lah berhenti baca disini dan mungkin lebih baik kita semua cari buku atau laman web yang serius tentang landskap.

Saya berpendapat bahawa menanam landskap di sekeliling rumah boleh menjadi suatu hobi yang menarik dan mudah. Maka adalah hasrat saya untuk memudahkan projek landskap untuk orang awam.

Terlalu selalu kita biarkan kontraktor yang tentukan pokok apa, berapa banyak dan kat mana nak tanam, dan kita lupa bahawa lebih banyak pokok dia tanam lebih besar bil dia. Saya tengok ramai orang yang halaman rumahnya penuh dengan pokok yang dia tak terbela dan dia tak kenal nama pun. Akhirnya pokok-pokok  itu terbiar.

landscape proportion

Secara umumnya artikel ini di tujukan kepada orang awam yang tidak mempunyai latihan dan pengalaman merekabentuk landskap. Ia banyak merujuk kepada ‘rumah’ tapi boleh digunapakai kepada ‘sekolah’, ‘pejabat’, ‘ kilang’ atau sebagainya. Bila saya sebut ‘keluarga’ boleh gantikan dengan ‘rakan sekerja’, ‘rakan sekolah’ atau sebagainya. Dan bila saya sebut ‘isteri’ maka boleh lah ganti dengan ‘bos besar’ (dengan tiada lain yang sebagainya…)

Kita mulakan: pertama sekali, pastikan semua ahli keluarga terlibat sama. Siapa tahu? Ada ahli keluarga kita yang mempunyai bakat seni terpendam? Atau mereka lihat kawasan rumah orang lain yang menarik perhatian? Dalam perbincangan, letak kan beberapa kriteria yang di jadikan panduan perbincangan.

  • Jangan bergaduh atau tarik-tarik rambut
  • Ingat atau perhatikan saiz tanaman atau pokok itu bila ia matang nanti. Biasanya bila kita dah tinggal kat satu rumah kita akan duduk situ selama 10 atau 20 tahun akan datang, jadi bayangkan ketinggian atau saiz pokok itu 10-20 tahun lagi. Boleh tak bayangkan pokok pisang kipas di rumah 20×70 kaki? Atau pokok Araucaria setinggi 30 kaki di rumah teres setingkat?
  • Tahap penjagaan. Jika anda adalah keluarga yang sibuk dan umm… ‘kurang rajin’ maka janganlah cari pokok, rumput atau tumbuhan yang perlukan banyak penjagaan.

    gambar dari www.landscapingjohor.com

    Rumput kena potong selalu, bunga kena trim supaya sama tinggi dan paling teruk: kena pastikan bunga A tak masukke kawasan bunga B atau sebaliknya.

  • Beri perhatian kepada kawasan kejiranan juga. Adakah tema atau pokok landskap itu akan kelihatan janggal dengan keadaan sekeliling? Contohnya pokok-pokok besar di kawasan rumah-rumah kecil.
  • Untuk rumah yang mempunyai kawasan kecil, menanam dalam pasu yang boleh di susunatur atas pelantar bertingkat, atau di gantung boleh memberi lebih banyak tumbuhan dalam ruang yang lebih kecil. Atau boleh guna pergola yang mempunyai bumbung tumbuhan menjalar seperti bougainvilla.
  • Di belakang atau tepi rumah mempunyai tebing curam? Menanam dengan rumput bermakna akan susah memotong di masa akan datang. Mungkin boleh tereskan tebing (tapi jangan tanam kelapa sawit; itu dah luar topik) atau tanam dengan tanaman penutup bumi seperti Wedelia atau Arachis. Jika kawasan tersebut besar, boleh juga tanam dengan Weeping Lovegrass atau wild flower.
  • Apa personality keluarga anda? Formal atau informal? Terbuka atau lebih sukakan privasi? Padankan tema landskap dengan keluarga anda. Anda sukakan privacy, anda boleh cuba tema Bali. Anda formal, anda boleh cuba tema bentuk formal (simetri, lurus dsb)
  • Rumah anda mungkin mempunyai bentuk atau warna yang bertema, maka jangan lupa juga untuk padankan landskap anda dengan tema rumah anda. Atau anda kena padankan rumah anda dengan tema landskap anda. Terpulang.
  • Adakah ahli keluarga anda yang mempunyai keperluan istimewa? Laluan yang lebih lebar mungkin di perlukan untuk orang yang berkerusi roda. Atau tanaman tidak berduri untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak riang.Roots
  • Bajet. Mungkin kriteria ni sepatutnya yang pertama tapi nanti perbincangan jadi tak seronoklah bila cerita pasal duit dulu.

Jika anda telah berjaya mencapai persetujuan di atas tanpa drama, ini bermakna orang lain tak berminat atau mereka tahu anda akan menggunakan kuasa veto di setiap peringkat perbincangan dan malas nak cakap banyak.

Di dalam bab akan datang, kita akan mulakan dengan langkah-langkah perbincangan untuk merencana landskap anda.

Jangan lupa untuk follow laman web ini supaya anda tidak ketinggalan.

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course | Leave a Comment »

Kembali Bekerja: Golf

Posted by mynormas on May 5, 2020

Anda kini akan kembali bekerja? Jangan lupa bahawa coronavirus yang bernama Covid-19 masih lagi bersama kita dan kita mesti patuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Selain itu saya telah mengumpulkan beberapa peraturan dan peringatan dari National Golf Foundation dan Golf Course Superintendent’s Association of America untuk kegunaan kita. Silakan baca, guna dan sebarkan tetapi ingat bahawa ini dan seumpamanya tidak lengkap dan tidak berguna kalau kita tidak berwaspada sentiasa. Link kepada maklumat mereka di bawah artikel ini.

PENTING! JANGAN DATANG KERJA JIKA ANDA RASA SAKIT! Terutamanya jika melibatkan suhu badan naik, batuk atau selsema. Ia mungkin selsema atau batuk biasa tetapi hormati keselesaan orang lain.

INGAT! KITA PERLUKAN CUSTOMER DAN KITA MAHU DIA LIHAT KITA MENGAMBIL SERIUS TENTANG ISU INI, RASA YAKIN DENGAN KELAB KITA DAN DATANG LAGI. ANDA AMBIL SAMBIL LEWA, DI ZAMAN MEDIA SOSIAL INI, ANDA (DAN KELAB ANDA) BOLEH JADI TERKENAL DENGAN MUDAH. Begitu juga jika kita ambil penting dan mereka kagum, anda dan kelab boleh jadi terkenal dan lebih ramai pemain akan datang.

Am

  • Virus ini disebarkan melalui sentuhan dan titisan air (droplets) maka kita kurangkan sentuhan dengan orang lain dan barang yang telah disentuh oleh orang lain dan mengamalkan penjarakkan sosial dengan semua orang yang tidak tinggal bersama kita.
  • Virus ini juga mudah dihapuskan dengan air sabun, pilihan kedua ialah cecair pembasmi kuman. Jika anda menggunakan hand-sanitiser, pastikan kandungan alkoholnya ialah 60% etanol ataupun 70% isopropanol. Tak pasti? Pilih yang 70% alkohol.
  • Amalkan basuh tangan dan lain-lain amalan kebersihan yang sesuai selalu.
  • Elakkan berinteraksi dengan pemain golf jika boleh dielakkan.
  • Jika perlu berinteraksi dengan sesiapa, gunakan topeng muka yang bersesuaian.
  • Anda mungkin rasa anda selamat tetapi kita mempunyai pelanggan yang mungkin lebih sensitif samada secara fizikal (mudah sakit) atau mental (tak mahu orang lain mendekati mereka).

Pentadbiran

  1. Lap dan nyah-kuman punch-card terutamanya jika anda menggunakan thumbprint scanner. Jika khuatir cermin scanner boleh rosak, gunakan punch card untuk sementara waktu.
  2. Elakkan mesyuarat atau briefing. Sebar maklumat melalui group WhatsApp atau notis di papan kenyataan atau sebagainya.
  3. Lakukan nyahkuman selalu di kawasan awam seperti tempat rehat dan tandas umum.

Pekerja 

  1. Amalkan waktu kerja fleksi dan berperingkat untuk mengurangkan staff berkumpul.
  2. Tentukan dan tandakan tempat staff duduk atau berada untuk mempastikan mereka sentiasa pada jarak enam kaki dari satu sama lain.
  3. Asingkan peralatan kepada setiap pekerja; jangan kongsi peralatan.
  4. Tentukan siapa bawak mesin apa; jangan kongsi mesin.
  5. Elakkan dari kerja yang memerlukan pekerja perlu bekerja rapat diantar satu sama lain seperti mengumpul sampah hollow-tine atau manual topdressing. Lakukan solid-tining dan topdress menggunakan jentera.
  6. Elakkan waktu makan serentak. Cuba buat waktu rehat atau makan berperingkat (staggered) supaya tidak terlalu ramai orang di kantin pada satu-satu masa (ya, sekarang puasa tapi selagi vaksin tidak diketemukan, kita perlu amalkan semua ini lama lagi)
  7. Jangan batuk, bersin dan meludah secara terbuka. Jika anda ada masalah batuk, bersin dan berkahak; PULANG ke pejabat dan hubungi pihak atasan untuk nasihat.

Peralatan

  1. Elakkan berkongsi peralatan.
  2. Cuci bahagian-bahagian yang selalu disentuh dengan air sabun selama 20 saat. Ini termasuk stereng, tempat duduk, sebarang jenis pemegang dsb.

Lokasi-lokasi Padang

  1. Elakkan berehat di tempat awam (halfway hut, starter hut atau kerusi di tee).
  2. Jika anda menggunakan tandas awam, amalkan membasuh tangan dan juga apa-apa lagi yang anda pegang (tombol pintu, kepala paip dan sebagainya)

For your info

Selain dari itu, untuk pengetahuan, pihak pengurusan kelab mungkin akan menjalankan pemeriksaan suhu badan sebelum anda masuk kerja dan akan langkah-langkah lain yang bertujuan mengurangkan sentuhan pemain golf di padang seperti:

  1. Membawa pulang ball-washer, bunker rake dan sebagainya.
  2. Menjadikan bola tidak masuk ke dalam lubang (samada menggunakan paip PVC, span ataupun menterbalikkan cup pin supaya golfer tidak perlu sentuh tiang bendera dan membongkok mengambil bola dari dalam lubang).

Rujukan.

ebook sale esentral
Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Padang Golf | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta 6: Chong

Posted by mynormas on May 5, 2020

Ini adalah bab ke 6 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah ini dengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab 3, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4 dan Bab 5 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB mynormas.com

Chong tidak terburu-buru. Dia tahu dia ada banyak masa. Roslan kata nak jumpa dalam masa 10 minit lagi di green 1 dan dia berada di lubang 4. Dari lubang 4 ke green 1 menggunakan motorsikal mengambil masa kurang dari 5 minit.

Setiba dia di green 1 dia dapati Balan sudah berada di situ. Chong tersenyum, dia tahu Balan susah hati kerana keadaan padang di North Course tidak sebaik di South Course dan ia bukanlah salah Balan.

Chong mula bekerja di kelab ini lebih dahulu dari Balan dan dia ditugaskan membantu superintenden ketika itu sebelum Roslan masuk. Pada masa itu dia telah diarahkan menjaga pekerja di South Course, bila Balan masuk, dia di ke North Course.

Pada waktu itu, keadaan padang North Course dan South adalah sama padan dan mereka berlumba membandingkan kesihatan rumput, kelajuan green dan kecekapan bekerja. Namun bila bajet mengecut, semakin banyak peruntukan diberi kepada South berbanding North dan Balan tidak dapat lagi membuat perbandingan dengan adil.

Dia memberhentikan motorsikalnya di atas jalan bugi dan naik ke atas green.

“Hoi Chong” sapa Balan.

“Hoi” balas Chong. Mereka memang berkawan baik dari dulu lagi.

“Cantik green” Balan memuji hasil kerja Chong.

“Thanks. Green kau okay?”

“Tak lah” kata Balan “rumput panjang sangat dan ada beberapa green yang ada localised dry spot, penyakit dan serangga”

“Ambik masa sikit. Kau tau apa nak buat. Kenapa boss panggil kita datang sini?”

“Entah. Kata tentang nak bukak bagi main”

“Tu lah, aku dengar management nak cari balik duit yang kerugian semasa lockdown secepat mungkin. Members pun tak sabar nak main”

“Diaorang kena bukak course kau lah bro. Course aku perlu lagi seminggu baru boleh bukak”

Mereka masih lagi dalam perbualan bila Nina tiba membawa bugi Roslan. Dia memandu dan parkir bugi betul-betul di tepi green; dihari lain, memang dah kena tengking dengan Roslan tapi hari ni kerana dia sakit belakang, Roslan biarkan. Lagipun pemandunya ialah Nina, mestilah Roslan akan memaafkan dia.

Roslan turun dari bugi dan berjalan ke arah mereka. Tiada salam dan semua orang berada 1m diantara satu sama lain. Norma baru kehidupan pasca- virus korona untuk mencegah jangkitan semula.

“Hai. Terima kasih kerana datang. Kelab mahu kita bukak sekurang-kurangnya satu 18-lubang dulu Isnin in dan saya pilh South Course”

ebook sale esentral
Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Roslan mengeluh “Terpulang kalau kelab-kelab golf boleh

Tak terkejut pun, fikir Chong.

“Ada prosedur yang kita kena ada untuk mengelakkan jangkitan berlaku di padang. Itu yang saya nak bincangkan”

“Memandangkan virus ini disebarkan melalui sentuhan dan titisan air, kita kena fikir macamana nak minimakan kedua-duanya” kata Balan, seperti biasa dia yang pertama memberi cadangan “apa yang golfer biasa pegang? Bugi, tiang bendera pin, rake bunker, palang dekat tangga…”

“Kejap!” sampuk Roslan “Nina” dia menoleh ke arah perempuan yang masih berada di dalam bugi. Chong menoleh ke arah Balan dan tidak terkejut Balan juga memandang ke arahnya. “Nina tolong ambil nota” Roslan memberitahu Nina.

Chong melihat Nina mengeluarkan telefon pintar yang mempunyai stylus untuk mengambil nota. Wah… hebat. Telefon dia lebih mahal dari komputer aku, bisik hati kecil Chong.

“Balan” Roslan berkata lagi “apa tadi?”

“Memandangkan virus disebarkan oleh titisan air dan sentuhan, kita kurangkan apa yang pemain golf pegang contohnya tiang bendera pin, rake di bunker, bugi, palang di tangga di tee lubang 5 dan juga di tempat parkir bugi, mesin pembasuh bola, pembasuh kasut dan… apa lagi?”

“Bugi bukan bawah kita jadi kita boleh lupakan” sambut Chong “kita boleh bawak balik dan simpan di stor semua rake di bunker. Tiang bendera, saya tak pasti. Cabut tiang tu? Atau mungkin kita tak payah buat lubang pun, kita pasang bendera saja, siapa yang bola dia kena tiang bendera tu, dianggap dah masuk dalam lubang”

Roslan menggeleng “Tak boleh lah buat undang-undang sendiri”

Balan menyampuk “Kita buat lubang pin tu sedikit cetek, jadi mereka tak perlu cabut bendera untuk keluarkan bola, cukup sekadar kuis dengan putter. Kita lekatkan bendera kepada mangkuk tu”

“Boleh dipertimbangkan. Tapi, macamana nak jadikan lubang tu cetek?”

“Kita tebuk cetek”

“Tapi mangkuk tu tiga inci dalam” dan ditanam satu inci di bawah paras tanah membawa jumlah empat inci iaitu peraturan golf antarabangsa.

Chong boleh lihat Balan berfikir sejenak. Dia memang bijak dan inovatif, fikir Chong. Balan berjalan ke arah lubang, mencabut bendera dan mangkuk sekali, dia menterbalikkan mangkuk dan letak semula ke dalam lubang. Dia ambil sebiji bola golf dari dalam poket seluarnya dan meleretkannya ke arah lubang, ia masuk dengan bunyi ‘klink’.

“Jadikan mangkuk itu satu inci ke dalamannya dan kita dah okay lah tu. Kalau ia tak dalam saya takut bola melantun keluar” kata Roslan “nanti kita fikir lain dan perhalusi semula. Beritahu semua orang awak apa nak buat: bawak balik semua rake di bunker dan pasang mangkuk terbalik di lubang green. Juga beritahu staff untuk tidak bercakap dengan golfer kecuali jika ada kecemasan yang membawa kepada kecederaan. Kalau perlu becakap dengan sesiapa, gunakan topeng muka. Tak perlu topeng muka bila kerja berseorangan”

Roslan mula melangkah pergi.

cup terbalik

“Bagaimana dengan palang dekat tangga? Tempat orang ramai pegang? Contohnya kat lubang 5 dan dekat parkir bugi?”

“Kita akan sembur dengan ubat nyah-kuman dua kali sehari. Guna penyembur galas belakang dan dapatkan ubat dari Nina. Nanti saya suruh pengurusan keluarkan papan tanda. Papan tanda tentang apa yang kita buat adalah penting kerana ia memberitahu golfer dan member bahawa kita mengambil tindakan dan ini memberi mereka keyakinan”

Nina angkat tangan “Ubat apa?”

“Ubat nyah-kuman” kata Roslan “yang di syorkan oleh Kementerian Kesihatan. Kita tak akan guna alkohol pembasmi kuman yang telah dicairkan hingga tak efektif”

Roslan berjalan ke arah bugi “Nanti kita bincang lagi. Nina, jom”

Chong memandang mereka bergerak pergi. Nina nampaknya memandu lebih perlahan dari biasa. Eh… nampak macam mereka berpegangan tangan. Dia berpaling ke arah Balan untuk mengatakan sesuatu tetapi dari muka Balan, dia tahu Balan pun nampak. Mereka sama-sama tersenyum dan menggeleng kepala, masing-masing bergerak ke arah motorsikal masing-masing.

Pool noodle (alat bantuan renang) menghalang bola masuk.

Paip PVC 3″ menghalang bola masuk ke dalam.

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, Padang Golf | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta: 5. Nina.

Posted by mynormas on May 2, 2020

Ini adalah bab ke 5 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah ini dengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab 3, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan Bab 4 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB mynormas.com

Nina memandu bugi dengan perlahan. Dia tahu Roslan sakit belakang akibat kemalangan dan dia tidak mahu menjadi punca sakit itu menjadi lebih teruk. Memang bukan tugas dia tapi dia kesian melihat Roslan yang tidak mampu berjalan seperti biasa malah untuk datang kerja pun dihantar dan diambil oleh Rose, isterinya.

Isterinya. Roslan sudah beristeri, Nina mengingatkan dirinya. Kenapa kau manja sangat dengan dia? Kenapa pulak? Bukankah dia pernah memberitahu bahawa dia mempunyai masalah dengan isterinya? Bodoh. Adakah itu kali pertama kau dengar alasan yang sama?

Roslan mempunyai personaliti yang berlainan dari kebanyakan orang di sini dan bukanlah pengurus paling popular di syarikat ini. Tapi Nina tahu bahawa Roslan mencuba yang terbaik untuk menjadikan padang jagaannya dan kakitangan di bawah seliaannya sebagai yang terbaik. Dia dikutuk dan dicemuh dari belakang sedangkan depan dia, semua bermuka manis. Keikhlasan Roslan mengkagumkan Nina dan dimasa yang sama kebencian kepada hipokrit pekerja lain menyebabkan dia merasa terpanggil untuk melindungi Roslan.

“Oh…” bisik Nina bila dia hampir terlanggar akar pokok yang timbul dari tanah tapi tidak kelihatan akibat rumput panjang. Dia memandang ke arah Roslan, khuatir Roslan berasa sakit tetapi sebaliknya dia sedang tersenyum.

“Kenapa senyum?”

Roslan kelihatan terkejut, tetapi tidak menjawab. Fikir bukan-bukan lah tu. Dasar lelaki.

“Kenapa senyum?” soal Nina sekali lagi.

“Tak ada apa” jawab Roslan “kita berhenti sana” tuding Roslan ke arah tengah fairway lubang 1.

Nina patuh dan berhenti secara perlahan-lahan. Roslan turun dan memijak-mijak rumput di bawah kakinya. Kalau tak sakit belakang, harus dia dah dalam posisi sujud meneropong rumput, fikir Nina.

Nina pernah masuk ke padang golf sekali-dua dibawa oleh Chong dan Azmi. Fikir tentang Azmi, degup jantung Nina menjadi laju.

Azmi ialah pekerja yang membawa mesin penyembur racun dan pemotong fairway dan green di situ. Nina masih ingat sewaktu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dulu, fairway cantik dengan rumput yang kemas dibela. Kini dia nampak rumput berwarna kekuningan dan panjang – tenggelam tapak kasut Roslan dalam rumput. Memang ada kesan potong tetapi mereka mungkin potong tinggi kerana telah lama tak potong.

Roslan duduk kembali ke dalam bugi dan menunjuk ke arah luar fairway. Rough, fikir Nina. Nampak macam sama panjang saja. Mungkin sedikit leih panjang.

Nina adalah pegawai pembeli untuk jabatan Roslan maka dia tahu sebab utama rumput di rough tidak sepanjang rumput di fairway walaupun sama-sama tak potong ialah kerana lebih banyak baja dibeli untuk fairway.

Roslan mengambil sebiji bola dari dalam bugi dan membalingnya ke dalam rumput rough itu. Bola itu tenggelam dan hampir tidak kelihatan langsung.

“Susahlah nak cari kalau bola mereka dalam rough” kata Nina.

“Padan muka” jawab Roslan “pukul lah bola ke atas fairway”

“Saya tak faham kenapa orang main golf” kata Nina sambil memandang ke langit walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan cuaca panas “panas” Nina tetap mahu kata juga.

“Itu salah satu sebab kenapa golf patut dibolehkan selepas PKP ini; kepanasan dikatakan boleh membunuh virus”

“Tak adalah semua tempat panas sepanjang masa di padang golf kan? Apa lagi sebab lain?”

Roslan diam sekejap. “Satu, golf ialah permainan dimana kita boleh jaga penjarakkan sosial. Kalau penuh setiap slot dan ada 120 pemain pun, padang ni 100 ekar luasnya” Nina pernah tengok peta padang dan tahu South Course sahaja dah 132 ekar itupun termasuk kolam dan kawasan yang terlalu jauh dari kawasan permainan “bagi setiap pemain satu bugi dan suruh mereka jarak dari satu sama lain. Atau bagi mereka troli sorang satu”

“Malah” sambung Roslan “golf ialah satu-satunya permainan – tolak permainan video – di mana kita boleh lawan diri sendiri. Tak perlu ada lawan. Kalau hari ni saya dapat markah 100, esok saya akan cuba kalahkan diri sendiri dengan dapat markah 96, lusa 90 dan sebagainya”

“Jap” sampuk Nina “96 menang lawan 100?”

“Ya lah” kata Roslan “hai? Dah setahun kerja sini tak tahu lagi? Markah yang rendah yang menang dalam golf”

“Lepas lockdown nanti, golfer akan datang balik ke?” tanya Nina menggunakan perkataan Inggeris menggambarkan PKP.

ebook sale esentral
Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Roslan mengeluh “Terpulang kalau kelab-kelab golf boleh jual konsep golf ni nanti sebagai permainan paling selamat dalam konteks virus ini, saya pasti kita boleh dapat balik sebahagian dari golfer kita. Macamanapun orang nak exercise dan golf ialah permainan yang boleh dimainkan oleh orang tua ataupun muda dan boleh lakukan penjarakkan diantara pemain”

“Bunyi macam senang sangat?”

“Tak juga. Kena tekankan penjarakkan sosial, kurangkan sentuhan, itu yang penting. Kalau setiap bugi hanya satu penumpang, kita selalu cuci bugi ataupun kita promosi penggunaan troli lebih dari bugi. Untuk kita, mungkin kita pasang mangkuk pin tinggi dari lubang supaya golfer tak perlu cabut bendera atau pasang mangkuk terbalik supaya lubang cetek. Bawak balik bunker rake dan beritahu golfer biar staff yang rake bunker”

Nina lihat Roslan diam sebentar, mungkin dia bimbangkan pekerjaannya nya dan pekerja lain. Nina tahu dia sendiri tak perlu bimbang apa-apa tentang pendapatan. Dia sudah lengkap. Tidak ada orang lain yang kenal siapa Nina yang sebenarnya.

“Saya tak tahu tentang restoran, makanan atau changing room, mungkin golfer kena makan dan mandi di rumah”.

Nina dengar Roslan bercakap di telefon dan dia memperlahankan bugi agar bunyi bugi tidak mengganggu perbualan. Dia bukanlah pemandu yang amat cekap tetapi memandu bugi sama malah lebih mudah dari memandu sebuah kereta automatik.

Nina memandu dengan sebelah tangan dan sebelah lagi memegang telefonnya yang diletak di sebelahnya, di atas kerusi antara dia dan Roslan. Roslan tamatkan perbualan dan memasukkan telefon ke dalam poket dan meletakkan tangannya ke ruang diantara mereka.

Tepat ke atas tangan Nina.

Dia dapat rasa kehangatan tangan Roslan memegang tangannya dan dia membiarkan saja…

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

5-gang

Posted by mynormas on April 26, 2020

“5-gang” bukan nama geng kongsi gelap tapi adalah jenis mesin yang terdapat dalam spesifikasi banyak padang bola dan golf. Tapi kan, bila fikir balik, rasa gah juga kalau ada gangster yang nama dia 5-gang. Cuba bayangkan tatoo di lengan lambang 5-gang.

Kenapa ia dipanggil 5-gang?

Kerana ia mempunyai lima buah unit-pemotong (cutting unit).

Semua mesin pemotong mempunyai bahagian yang mempunyai enjin yang dinamakan sebagai “prime mover” dan sebahagian yang dinamakan sebagai “cutting unit” atau unit pemotong.

Secara umumnya, cutting unit dibahagikan kepada satu; biasanya di hadapan maka digelar “Front Deck” atau jika di tengah; “Mid-mounted” ataupun belakang traktor yang biasa dipasang pada 3-point-linkage sebuah traktor; “tractor-mounted” atau “three-point-linkage mower”. Ingat, ini tentang cutting unit, bukan mata pisau, maka samada ia mempunyai dua mata pisau, atau tiga atau 144, jika ia di dalam satu kotak; ia dianggap sebagai SATU cutting-unit.
Front deck
tractor mower
mid mounted mower

Paling biasa digunakan ialah prime mover yang dipasang tiga unit pemotong dan sebetulnya dipanggil “triplex” (bukan three-gang atau 3-gang).  Tetapi, alat potong yang ditarik di belakang traktor kadang-kadang dipanggil sebagai “three-gang”.

triplex reel
triplex rotary
triplex towbehind

Kemudian kita ada mesin 5-gang (dipanggil ‘five-gang’) kerana prime-mover nya mempunyai lima unit pemotong.

5 gang reel

5 gang rotary

Kenapa mesti spesifikasikan mesin 5-gang?

Untuk padang bola, saya diberitahu kerana

  1. ia boleh menghasilkan belang padang
  2. pasal dari dulu lagi dah ada dalam spec.

Belang padang bola

belang padang bola 2

Di padang golf pula, mesin 5-gang digunakan kerana ia mempunyai kadar produktiviti pemotongan yang tinggi. Sebuah 5-gang biasa mampu memotong hingga 3 hektar satu jam berbanding dengan sebuath triplex yang boleh memotong 2 hektar satu jam dan sebuah front deck mower lebih kurang 1.5 hektar satu jam.

Sebuah padang golf 18 lubang akan mempunyai – secara purata – 20 hektar fairway bererti sebuah 5-gang akan mengambil masa 6.5 jam utk siap potong fairway padang tersebut, triplex 10 jam dan sebuah front deck 13 jam. Maka secara logiknya sebuah padang golf perlukan satu atau dua 5-gang dan sekurang-kurangnya empat triplex untuk melengkapkan potongan 18 lubang sehari. Empat triplex mungkin lebihkurang sama harga dengan dua 5-gang tetapi anda juga memerlukan lebih ramai pekerja; tempat simpanan mesin yang lebih besar, lebih banyak spare part dan mungkin lebih banyak bahanapi.

5 gang fairway

Tentunya perbincangan tidak berakhir di situ. Jika saya seorang kontraktor yang mendapat kontrak penyelenggaraan lima tahun, saya tidak mahu membeli 5-gang yang kini berharga sekitar RM250,000 (suku juta ringgit!) maka saya akan cenderung kepada lebih banyak kuantiti triplex atau front deck yang bernilai tak sampai RM200K dengan pekerja kontrak yang saya boleh lepaskan selepas tamat kontrak. Apa saya nak buat dengan mesin suku juta selepas tamat lima tahun?

Untuk sebuah padang bola pula, saya tak nampak keperluan untuk sebuah 5-gang. Walaupun jika ada dua atau tiga padang bola sekaligus.

Di padang bola, selain dari isu harga (kontrak 2 tahun, nak suruh aku beli mesin RM250,000? Jangan lupa kos selenggaraan mesin dan kos mengasah pisau, harap maklum mengasah pisau jenis reel perlukan alat dan kepakaran berasingan dari mekanik biasa) terdapat juga isu berat mesin.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Berat mesin jenama Toro 5-gang Reelmaster 5010-H ialah 1,300kg dan triplex Reelmaster 3100 2.2m ialah 840kg sedangkan front-deck mower Groundsmaster 3300 1.8m ialah 800kg.

Kalau saya boleh buat belang, potong pada ketinggian yang diperlukan menggunakan mesin yang ringan dan murah, kenapa mesti saya guna mesin yang berat dan mahal?

Pada saya, jika saya kontraktor padang golf (atau jika saya ingin jimatkan kos sebagai owner padang golf) saya akan gunakan traktor yang menarik 5 atau 7 gang reel mower.

5 gang tow behind

7 gang tow behind

Bila saya habis kerja memotong, saya boleh cabut pisau dan pasang trailer untuk buat kerja lain pula. Sebagai seorang kontraktor, saya perlukan kecekapan dan keberkesanan sebuah mesin untuk mendapat balik pulangan yang setimpal dengan harga murah yang pihak tuan punya padang mahu beri. Jangan beban kami dengan spesifikasi mesin turun temurun.

Not just machinery, but fertilisers and chemicals too.

Kegunaan lain untuk traktor selepas habis kerja memotong.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Greens, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, stadium, Taman | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

KENAPA RUMPUT MATI.

Posted by mynormas on April 20, 2020

Maaf kan saya utk tajuk semua huruf besar tapi itu supaya post ini dapat dibezakan dengan post sebelumnya dalam laman web saya.

Baiklah, kenapa rumput mati dan akhirnya padang menjadi botak? Ramai orang akan kata tentang tiada pembajaan tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya, biar saya ulang bahawa baja bukan makanan untuk rumput ataupun pokok. Rumput dan kebanyakan pokok termasuk dalam golongan ‘producer’ iaitu ia membuat makanannya sendiri pasal tu pokok di hutan dan rumput tepi jalan boleh hidup tanpa baja. TETAPI, mereka perlukan nutrien (fikir: vitamin) dan dihutan atau tepi jalan nutrien didapati dari pereputan daun atau bahan mati lain.

Masalahnya dalam tumbuhan mono-kultura seperti di padang rumput atau ladang kelapa sawit, getah dsb, hanya satu tumbuhan saja yang wujud maka nutrien yang terdapat dalam kitaran akan terhad kepada nutrien yang sama berulang-ulang dan tidak lengkap.

Hmm…. dah lari dari tajuk.

Kenapa rumput mati? Saya bercakap dalam konteks kawasan padang bola dan padang golf, mungkin taman dan halaman rumah juga.

  1. Mampatan
  2. Kekeringan.
  3. Kebasahan.
  4. Penyakit, serangga atau haiwan lain (contoh: babihutan dan anjing kucing) juga boleh menyebabkan kematian tetapi mereka jarang berlaku di rumput yang dipotong panjang seperti padang bola, golf dan taman.

Tentunya ada sebab lain yang mungkin terlalu banyak untuk saya rumus semua seperti rumput dibawah teduhan, sabotaj, kesilapan aplikasi baja, kena jampi dan sebagainya. Saya cerita tentang sebab-sebab yang biasa sahaja.

Mampatan.

Biasa berlaku di tempat masuk padang, atas tangga, di antara dua objek yang menghalang laluan dan sebagainya. Ia juga berlaku di tempat yang paling banyak aktiviti contohnya depan gawang gol, tempat linesman berlari dan lain-lain. Di padang golf, ia berlaku di atas green kerana 70% dari permainan golf ialah di atas green. Bayangkan dalam 100 ekar padang golf, green hanya 1.5 – 2.0 ekar sahaja. Selain itu, green dipotong setiap hari dari arah yang berlainan tetapi keliling green, walau arah manapun, akan menghasilkan mampatan di perimeter green.
compaction bola
mampatan compaction 2

Kekeringan

Maksud saya di sini ialah kekurangan air. Mampatan juga boleh menjadi sebab rumput tidak mendapat air bila tanah terlalu padat hinggakan air tidak boleh masuk ke dalam tanah.

Tetapi apa yang saya nak cakap ialah bila padang tiada sistem pengairan dan rumput selepas menjadi dorman, terus mati selepas dua hingga empat minggu tanpa air (ada rumput dua minggu dan ada rumput empat minggu).

Kadang-kadang sistem pengairan ada tetapi tidak berfungsi dengan baik iaitu tak sampai, atau terjadinya ‘helikopter’ iaitu air dihujung siraman saja tetapi di tengah siraman air tak kena rumput.

Saya ingin memperkenalkan satu istilah baru iaitu “Localised Dry Spot” atau LDS iaitu suatu kawasan kering yang berlaku hanya di suatu lokasi walaupun terdapat sistem siraman. LDS berlaku di: bahagian atas cerun yang rumput pendek kerana air ‘bergolek’ turun tapi tak masuk ke dalam tanah; kawasan yang mampat; kawasan yang mempunyai penyakit seperti Fairy Ring yang menjadikan tanah hydrophobic (benci air) atau pasir kasar yang terlalu cepat membawa turun air.
LDS slope
helicopter water

Kebasahan

Ironisnya, selain kekeringan, kebasahan juga menyebabkan kematian. Samada sistem saliran yang tak berfungsi atau tak mampu untuk membawa air keluar dari padang atau mampatan bahagian atas padang tidak memberi ruang untuk air turun ke bawah.

Rumput mungkin terus mati akibat lemas ataupun kadang-kadang air tidak kelihatan bertakung di permukaan tetapi permukaan dipenuhi lumut yang lama-kelamaan mengambil tempat rumput.
algae
wet field

Penyakit dan makhluk perosak

Ada penyakit yang menyebabkan kematian menyeluruh rumput. Berita baiknya ialah ia jarang terjadi di rumput yang dipotong melebihi 10mm (jarang, bukan tak pernah) tetapi selalunya ke atas green yang dipotong diantara 8mm ke bawah.

diseased green
babi hutan wild boar
insect

Terdapat pelbagai cara untuk menangani setiap masalah yang mendatangkan ‘padang botak’ ini mulai dari penambahan sistem pengairan, penggunaan agen pembasah (wetting agent), penambahan sistem saliran, penggunaan racun serangga, kulat dan sebagainya (malangnya setakat ini untuk babi hutan hanya pagar elektrik saja yang berjaya) maka saya sarankan supaya ini dilakukan dahulu sebelum tuan-tuan dan puan-puan lakukan penggantian rumput.

Jika rumput diganti tanpa kerja-kerja pembaikan dilakukan; rumput akan kembali mati dan padang kembali botak.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Jangan lupa untuk membeli buku pertama tentang penyelenggaraan rumput dan padang golf di Malaysia. Dijual sebagai ebuku (warna) dan sebagai buku fizikal (hitam/putih) selepas PKP.

Sudahkan anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga padang golf yang mengalami kemalangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan? Mulakan dari Episod 1.

Anda dapat manafaat dari laman web ini? Silalah menderma seikhlas hati untuk saya terus menampungnya. Terima kasih. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta Bab 4: Chong

Posted by mynormas on April 18, 2020

Ini adalah bab ke 4 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah ini dengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab 3, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB mynormas.com

“Potong, potong, potong, itu saja kerja kita minggu ni” beritahu Chong pada pekerja nya tiga hari lepas, hari pertama mereka mula bekerja “lepas tu, kita potong lagi”

“Ingat, lepas dah lama tak potong, rumput jadi panjang jadi kita kena potong tinggi, lepas tu perlahan-lahan adjust pisau makin rendah”

“Berapa tinggi nak mula?” Tanya seorang pekerja barunya.

“Start double. Kalau dulu 12mm, adjust jadi 24mm. Kalau dulu 25mm, mula potong pada 50mm. Kalau 50mm, jadi 100mm”

“100mm? Empat inci? Waduh! Potong angin tu pak!” Lawak seorang pekerja lamanya, warganegara Indonesia. Yang lain ketawa.

“Biarin. Kalau memangnya terus terus potong angin, turun 10 Persen kepada 90mm. Jika masih potong angin, turun lagi 10 Persen kepada 80mm” setelah bertahun lamanya bekerja dengan pekerja Indonesia, dia sudah boleh menggunakan bahasa mereka “asal ada potong atasnya rumput, teruskan potong. Lusa kita akan turunkan pisau kemudiannya potong lagi”

“Sudah lama tidak makan, rumput itu, tidak dikasi pupuk, pak?” Tanya seorang lagi pekerja lamanya Hamsah, menggunakan perkataan Indonesia untuk baja “Baja itukan besi?” kata mereka sewaktu mula sampai dulu.

“Pupuk atau baja itu bukan makanan rumput Mas. Rumput bikin makanan nya sendiri melalui fotosintesis. Asal ada matahari dan juga daun, pasal tu kita tak mahu potong pendek terus” terang Chong. Dia tidak memandang rendah pekerja nya kerana ilmu itu telah di ajar beberapa kali oleh pak Roslan kepada semua operator tapi memang pemikiran baja adalah makanan ialah suatu pemikiran yang sebati dengan pemikiran orang ramai.

panjang tak potong

Hari ini Chong berdiri di tengah-tengah fairway 13 memerhatikan pekerjanya membersih sampah bekas potongan. Walaupun dia memulakan potongan tinggi, tetapi rumput tidak tumbuh sekata di semua tempat, ada tempat yang mendapat lebih pupuk eh… baja, dia senyum sendiri; kadang-kadang aku berfikir pun dalam bahasa Indonesia dan ada tempat yang panjang kerana tanah dibawah rumput pun tidak sekata suburnya. Ini adalah kelemahan penanaman rumput atas tanah atas atau topsoil; kesuburan yang tidak sama.

Tinggi potongan rumput fairway nya sekarang ialah 25mm – sama seperti padang bola – tetapi bola golf jauh lebih kecil dari bola sepak maka ketinggian rumput juga lebih rendah.

Sebelum ini dia potong fairway di South Course pada ketinggian 12mm iaitu hampir setengah inci tapi dia terpaksa berpuas hati dengan ketinggian 15mm utk kali ini.

Dia tahu tekanan adalah ke atasnya untuk membuka 18-lubang di bawah jagaannya lebih dahulu dari North Course.

Sejak dua tahun kebelakangan ini dia tahu dia mendapat bajet lebih berbesar berbanding dengan North Course.

Padangnya menggunakan hampir 90% baja slow-release atau lambat-lepas kalau mengikut kamus. “Lambat-lepas” dia tergelak menyebut nya, pelik benar bila disebut kuat-kuat.

Pelik atau tidak baja ini menyebabkan dia mampu memotong pada 25mm empat hari selepas PKP ditamatkan. Cuba kalau North Course yang menggunakan baja kompoun biasa iaitu 15:15:15. Nutrien yang dilepas mendadak secara kimia sebaik saja butir baja dileburkan menyebabkan pertumbuhan mendadak.

Baja slow-release mempastikan bahawa nutrien dalam baja dilepaskan perlahan-lahan maka pertumbuhan mendadak dapat dielakkan.

Itu secara teorinya lah. Roslan, bosnya, pernah belikan baja slow-release yg murah utk dia try dan hasilnya tak ubah seperti baja kompoun quick release biasa: hari ni baja dua tiga hari nanti terus padang hijau lepas tu dalam seminggu akan potong dengan sampah yang amat banyak. Masuk minggu kedua pertumbuhan dah stabil dan pada minggu ketiga, keempat warna padang dah mula pudar.

Selepas perbincangan dengan Roslan, dia kini menggunakan baja slow-release sebulan sekali untuk memberi pelepasan baja yang agak konsisten dalam sebulan.

Ada pelbagai jenis baja slow-release dan dia selalu beli baja yang mempunyai lapisan salut polimer dikeliling setiap butir. Perubahan suhu akan menyebabkan aliran keluar dari dalam butir baja.

Nina, yg juga adalah pegawai pembelian utk jabatan mereka, mendapati bahawa baja yang disaluti sulfur adalah lebih murah. “Benda murah tak semestinya bagus” kata Roslan dan Chong akur.

Nina.

Terhenti perbincangan kalau Nina lalu. Tak adalah dia cantik sangat, tapi boleh tahanlah juga.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Nina yang bermisteri. Tak banyak yang diketahui tentang latarbelakang Nina ni. Apa kerja dia sebelum ini? Apa pelajaran dia? Nampak macam berpelajaran jugalah. Stail memang macam orang berada tapi tidak juga sombong. Tapi bila dia masuk ke jabatan ini, dia membuat tugas dua orang – dengan satu gaji sahaja. Dulu ada seorang kerani stor dan pembelian dan seorang kerani untuk kerja pejabat, tetapi Nina mampu membuat kedua-dua kerja dan masih ada masa lapang lagi.

Chong rasa formula yang sama boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja padang. Sekarang mereka banyak bergantung kepada pekerja asing. Kalau mereka dapat ambil pekerja tempatan yang lebih berkualiti – bayar lebih sikit mungkin boleh ganti dua atau satu setengah pekerja asing?

Di mana logiknya mengambil pekerja asing yang kekadang buta huruf, membayarnya gaji minima dengan waktu kerja maksima untuk memandu sebuah mesin berharga suku juta ringgit, memotong rumput yang diimport dengan harga ratusan ribu di atas padang golf yang dibina dengan harga puluhan juta untuk hartawan yang telah membayar puluhan ribu untuk menjadi ahli kelab yang menelan belanja jutaan ringgit setahun untuk dijaga. Bukankah pekerja berpelajaran sekurang kurangnya sekolah menengah dan mempunyai lesen memandu lebih baik?

Roslan telah banyak buat perbezaan di jabatan sejak beberapa tahun lalu. Tandas dibaiki dan dibersihkan selalu, tempat rehat yang khusus, kenaikan gaji samarata diantara pekerja Malaysia dan asing dan kelab sukan jabatan. Pendekkata, jika anda boleh kerja, anda dilayan sama seperti pekerja tempatan yang boleh kerja, dan jika anda tak boleh kerja, anda akan tidak dilayan sama seperti pekerja tempatan yang tak boleh kerja. Selain menaikkan morale dan semangat pekerja asing, ia juga menyebabkan pekerja tempatan berpuas hati. Tandas yang bersih boleh dihargai oleh semua orang, tidak kira pekerja asing atau tempatan. Layanan yang baik akan mendapat pembalasan yang baik.

Tapi tak akan sama macam Roslan layan Nina, Chong tersenyum sinis.

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | 2 Comments »

Sod kawasan botak: Memperbaik atau Membazir?

Posted by mynormas on April 15, 2020

Dalam penjagaan rumput, kadang-kadang, kita dapati ada kawasan rumput yang mati akibat kekeringan, mampatan, lumut ataupun mungkin penyakit serangga dan sebagainya.
contoh sod

Satu tindakan yang sering diambil oleh penjaga padang ialah, menggunakan alat seperti sodcutter, Turf Doctor atau hexagonal tool untuk membuang rumput dari tempat lama dan menggantikan dengan rumput dari tempat baru.

Alat membuat sodAlat membuat sod2

Pada saya, kerja-kerja menggantikan rumput dengan rumput dari tempat lain atau lebih dikenali dengan kerja sod atau sodding adalah langkah terakhir yang diambil utk membaiki kawasan rumput yang telah mati.

Alasan saya tiga:

  1. Rumput yang diganti mungkin tak sama dengan rumput asal. Anda mungkin merasakan semua Cowgrass adalah sama tapi saya pernah menerima panggilan dari pelbagai tempat kerana rumput Cowgrass yg dibawa tak sama dengan rumput sedia ada. Ini lebih lagi bermasalah jika rumput ialah dari spesis Bermuda atau Zoysia yg mempunyai pelbagai subspesies dan varieti.
  2. Masalah asal tidak dibaiki malah diabaikan. Kenapa rumput di situ mati? Adakah kerana kekeringan? Siraman tak sampai? Mampatan? Ia kawasan keluar masuk pemain? Kenapa ia jadi berpenyakit? Kenapa ia selalu berlumut? Terlalu banyak air? Sprinkler tak berpusing? Ia kawasan paling dekat dengan paip dan pekerja anda malas”
  3. Kos yang lebih tinggi dari membaikpulih kawasan tersebut. Ia mungkin kelihatan seperti ‘jalan pintas’ tetapi jika masalah lama berulang maka pembelian sod, penutupan kawasan adalah tidak berbaloi.

Saya sering melihat kerja sod yang mendatangkan masalah baru DAN masalah lama berulang.

Masalah baru ialah ialah:

  1. Kerja menanam yang tidak berkualiti menyebabkan rumput tinggi rendah. Bila anda memotong, sod tinggi akan scalp dan sod rendah akan mempunyai rumput panjang.
    Sod ditanam tak sama tinggi
  2. Kesuburan nursery (atau tempat rumput ganti diambil) tak sama dengan tempat yang diganti menyebabkan warna rumput yang tidak sama.
    Sod Cowgrass merah dikeliling Cowgrass hijau
  3. Spesis rumput yang tak sama. Saya pernah lihat sod carpetgrass dalam Cowgrass. Atau Paspalum conjugatum dalam Axonopus compressus.Rumput sod tak sama langsung dengan rumput keliling.
  4. Kawasan yang rumputnya diambil terbiar mempunyai lubang atau lurah. Saya pernah jumpa kawasan yang diambil rumput dua tahun lepas masih belum dibaiki.
    Tapak ambil rumput terbiar
  5. Kawasan yang diganti rumput tidak dapat diguna sementara menunggu rumput diganti menumbuh akar mencengkam tanah bawah dan tidak tercabut atau  sod yang ditanam terlalu jarak, lambat menjalar rapat.
    Tak boleh guna kerana sod tak rapat
  6. Hujan lebat menghalang sod melekat, terutamanya jika kawasan itu di cerun.
    Sod pasir hanyut
  7. Kemarau atau kelemahan menyiram menyebabkan sod mati kekeringan dan perlu ditanam semula.
    Sod kekeringan
  8. Tidak mempunyai alat yang betul. Atau teknik yang betul. Sod yang ditanam; huru-hara.
    sod cangkul
  9. Sod yang mempunyai rumpai yang kekadang tidak kelihatan sewaktu di nurseri atau lokasi sumber rumput.
    rumpai weed dalam sod

Maka saranan saya ialah:

  1. Cari punca masalah. Perbaiki masalah. Jika masalah anda ialah kekeringan, maka baiki sistem penyiraman, gunakan agen pembasah ataupun guna pengudaraan serampang padu. Jika masalah ialah basah (kawasan berlumut), maka lakukan pengudaraan serampang padu atau berongga, gunakan agen pembasah atau baiki sistem saliran. Jika masalah anda ia mampatan, maka carikan jalan lain untuk pemain atau mesin keluar masuk dan lakukan pengudaraan tanah.
  2. Lakukan pengudaraan tanah untuk boost kesuburan. Sama seperti di atas.
  3. Guna soil amendment untuk memperbaiki tanah seperti se-simple bahan organik atau se-complex Zeolite atau se-mudah pasir!
  4. Guna baja, sikit tapi selalu. Guna baja foliar jika perlu. Akar rumput mungkint terlalu pendek untuk mensedut nutrien dari baja.
  5. “Curi” sedikit rumput dari kawasan tepi dan tanam secara sprig di kawasan mati atau guna kaedah “halfmoon technique” untuk mengecilkan kawasan yang mati.
  6. Jadikan tempat itu boleh digunakan untuk permainan; kadang-kadang pengguna/pemain tak berapa kisah sangat jika kawasan itu mereka nampak sedang dalam proses pembaikan.
  7. Naikkan notis kepada pengguna/pemain, terangkan apa yang berlaku dan langkah yang sedang diambil.
  8. Sabar. Tetapi sentiasa perhatikan untuk lihat perkembangan semasa.

Namun demikian, kadang-kadang, kita terpaksa sod untuk ganti. Saya cadangkan ia dilakukan bila:

  1. Memang tidak ada harapan untuk pembaikan contohnya kerana berlaku pertumpahan minyak atau bahan lain yg menjadikan tanah itu toksik.
  2. Akan berlaku acara besar yang tidak dapat menerima kawasan botak itu. Ingat: sodding ialah kos besar, maka jika acara itu berbaloi, baru buat.
  3. Anda memang ada nursery yang besar yang diselenggara sama seperti padang anda dan ia datang dari sumber benih yang sama.
  4. Anda mempunyai peralatan, kebolehan dan teknik sod yang betul.

Kalau tidak, saya cadangkan anda jangan buang duit.

Dalam posting lain saya akan cerita bagaimana untuk sod dengan betul. Dapatkan maklumat penjagaan rumput dari buku saya; buku tentang penyelenggaraan rumput dan padang golf yang pertama dalam BM dan di Malaysia.

ebook sale esentral

Sudahkah anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga rumput yang mengalami kemalangan sewaktu berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dan bagaimana dia menyelamatkan rumputnya? Mulakan episod 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: