Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Mengukur saiz kawasan yang tidak geometri.

Semua kawasan yang di jaga dan di beri ‘makan’ atau ‘ubat’ mesti mempunyai ukuran. Tanpa ukuran, makanan atau ubat di beri secara agak-agak.

Jangan harapkan sekadar hanya menggunakan mesin penabur yang sama dan anda yakin anda boleh dapat kuota pembajaan yang sama. Baja yang tak sama beratnya atau saiz butirnya akan memberikan taburan yang tak sama. Jika anda ada dua jenis baja 18-3-18; yang satu ringan dan yang satu lagi berat; atau yang satu butiran besar dan satu lagi butiran kecil, anda akan memberi jumlah nutrien yang tak sama.

Ini betul untuk semua keadaan kawasan yang dijaga rapi, samada green padang golf, halaman rumah, halaman pejabat, kelab dan sebagainya. Orang menjaga padang bola atau taman juga perlu tahu saiz padang mereka kerana mereka perlu budget untuk membeli baja atau racun setiap awal tahun.

Jika bentuk padang adalah berbentuk geometri seperti segiempat, segitiga ataupun bulat maka mengukur luas adalah senang seperti yang dipelajari di sekolah: panjang x lebar, tapak x tinggi x 0.5 ataupun pi (3.14) x (jejarixjejari).

Jika anda menjaga padang golf dan anda mengamalkan pembajaan satu beg baja untuk setiap green, hentikan. Ini bererti anda memberi 25kg (atau 50 pound) baja kepada green yang sebesar 450meter persegi dan di masa yang sama juga memberi 25kg (atau 50 pound) kepada green yang sebesar 650meter persegi. Walaupun anda mempunyai kecenderungan kepada komunisma (semua rakyat mesti mendapat gaji yang sama) ini tidak boleh di lakukan kepada green kerana kita yang jadikan green itu besar atau kecil.

Padang atau kelab yang tidak tahu saiz kawasan mereka adalah kelab yang akan mempunyai banyak lebihan baja di stor; kerana membuat order mengikut hati dan bukan keperluan.

Saya pernah menjimatkan sebuah kelab golf satu beg baja untuk setiap kali pembajaan hanya dengan mengukur saiz green mereka. Jadi mengetahui saiz kawasan adalah berbaloi.

Dan anda perlu melakukan ukuran selalu; setahun sekali ataupun dua tahun sekali. Saiz kawasan berubah secara tidak sengaja oleh pekerja ataupun keperluan (penyakit, rumpai liar dan sebagainya)

Untuk mengukur kawasan, pastikan anda mempunyai satu lakaran kawasan tersebut di atas kertas. Bawa bersama pita pengukur, besi tajam yang boleh di pacak ke tanah, tali dan cat berasaskan air yang tidak membunuh rumput. Boleh juga guna tepung gandum.

Ada dua cara utama:

1. Lukiskan bentuk geometri muat-muat kedalam kawasan tersebut. Gunakan cat untuk tanda kawasan. Anda tak perlu cat semua sempadan ataupun nak lorek (colour) bentuk tersebut seperti contoh di bawah. Memadai hanya dengan menanda sempadan yang bertemu dengan bentuk lain ataupun dengan sempadan luar. Untuk bentuk bulat, pacak besi tajam, ikat tali dan tanda putus-putus ukurlilit bulatan. Kemudian ukur luas setiap bentuk geometri tadi seperti di ajar guru di sekolah (boleh juga tanya anak kat rumah) dan campurkan semua luas mereka.

Putting (imaginary) geometry shapes

2. Cari garisan paling panjang di tengah bentuk tersebut. Ukur dan namakan dia panjang A – B. Bahagikan panjang A – B kepada beberapa bahagian yang sama panjang. Lebih banyak bahagian lebih tepat kiraan tetapi saya biasanya gunakan sepuluh sebab senang nak kira.

Dapatkan purata setiap bahagian tadi dan darabkan dengan panjang A – B dan anda akan dapat saiz kawasan.

Its almost like lenght x width. Except that you get width by averaging the length of several  equidistant lines.

Irregular shape - size measurement.

Ingat. Ukuran kawasan adalah sangat amat penting. Apapun formula anda gunakan, ia akan membantu anda membuat keputusan yang betul dalam pembelian baja, racun, ubat, mesin, pasir dan sebagainya. Ia juga akan membantu anda mengkalibrasi mesin penyembur atau penabur.

Selamat mencuba!

 

Weights and Measures, Metric Conversions Weights and Measures,
Metric Conversions


Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: