Philippine grass: sama tapi tak serupa.
Posted by mynormas on September 17, 2018
Kita selalu dengar tentang rumput Jepun, rumput Philippines dan rumput Manila. Tahukah kita bahawa semua ini adalah dari genus Zoysia? Pengalaman saya ialah kita selalu salah kenal rumput ini. Rumput Jepun di nursery ini mungkin adalah rumput Manila di nursery sana dan rumput Philippines di nursery situ. Sekali pandang ia mungkin nampak sama tetapi bila ditanam bersebelahan; perbezaannya ketara.
Rumput Zoysia berasal dari China, Jepun, Korea, Filipina dan beberapa tempat lagi di Asia Tenggara. Spesis ini dinamakan bersempena seorang ahli botani Austria bernama Karl Von Zois (Zois+ia = Zoysia).
Sebelum meneruskan, kepada kita yang dah lupa sains biologi sekolah menengah, nama Latin atau nama saintifik sesuatu tumbuhan atau haiwan mempunyai dua bahagian; nama genus dan nama spesis. Sebelum genus ada nama lagi begitu juga selepas spesis ada nama sub-spesis atau hybrid tetapi pada asasnya, peperiksaan akan tanya genus dan spesis sahaja. Jadi nama genus di sini ialah Zoysia.
Zoysia japonica (nama saintifik mesti ditulis sebagai italik atau jika tulis tangan, Digaris bawahkan dengan nama genus mula huruf besar dan nama spesis huruf kecil) atau rumput Jepun (nama khas jadi mula huruf besar) mempunyai daun besar tetapi tahan sejuk dan dibawa masuk ke Amerika Syarikat dari China pada tahun 1895.
Zoysia matrella pula dibawa masuk dari Manila (maka ia diberi nama rumput Manila atau Manila grass) ke Amerika Syarikat pada tahun 1911 oleh seorang ahli botani bernama C. V. Piper yang mengatakan bahawa rumput ini tumbuh banyak di pesisir pantai di Filipina dan mungkin sesuai di Florida juga.
Zoysia tenuifolia tidak diketahui asal usulnya tetapi dari penerangan tentang sifatnya, saya yakin ia adalah rumput Philippine kerana Z tenuifolia dikatakan mempunyai daun paling kecil dan akan membentuk permukaan rapat. Tetapi diantara ketiga-tiga spesis ini, ia adalah paling manja dan paling lambat membiak.
Baiklah, anda rasa pengenalan spesis Zoysia tidak penting? Selepas menghadiri suatu majlis di Putrajaya, saya berjalan disekeliling taman nya. Alangkah terkejutnya saya bila terlihat percampuran dua spesis Zoysia di situ. Saya rasa, satu spesis dah lama di situ tetapi atas sebab rumput mati atau rosak, pihak kontraktor telah menggantikan dengan rumput ‘Philippine’ (semua Zoysia dipanggil Philippine di Malaysia) dari nursery lain yang menggunakan Zoysia matrella sebagai rumput Philippine nya.

Rumput lama dan rumput baru. Pada saya jelas perbezaannya. Kalau tak percaya, kita boleh lihat lebih dekat lagi.

Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
5.00RM

Pandangan lebih dekat kepada mereka yang tak puas hati bahawa ini adalah dua spesis Zoysia yang berbeza.
Bagaimana cara untuk mengelakkan ini (beli dua spesis yang berbeza) berlaku?
- Beli dari nursery yang sama setiap kali. Pastikan mereka BUKAN orang tengah.
- Sewaktu nak pilih rumput, jangan potong sebahagian kawasan kecil untuk seminggu, biar bunga dan daun tumbuh, lepas tu ambik sikit tumbuhan rumput tu (akar, batang, daun dan bunga kena ada) dan bandingkan di nursery. Bila confirm sama, beritahu orang nursery awak nak ini jugak dan dia tak boleh harvest (tuai) sebelum saksi awak datang; kecuali kalau awak nak bawak balik hari tu jugak tak apalah. Cash and carry.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Pengumuman:
Buku “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan di UUM oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia pada September 2018. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan senaskhah, sila hubungi saya.

Muka hadapan dan belakang.
Rumput di padang bola Malaysia « Turf Matters said
[…] Rumput ini pada pendapat saya, menjadi rumput ideal untuk padang. Ia tumbuh rapat, mempunyai daun yang keras yang akan memegang bola untuk memberi peluang sepakan bola yang baik untuk pemain . Ia juga tahan kemarau. Jika di jaga dengan baik, rumpai liar sukar masuk. Ada tiga spesis Zoysia utama yang dapat dikesan di Malaysia; Zoysia matrella, Zoysia tenuifolia (yang selalu dipanggil sebagai Philippine grass) dan Zoysia Japonica. Saya ada menulis tentang kekeliruan dan perbezaan dua spesis Zoysia sebelum ini. […]
LikeLike
Rumput dua serupa « Turf Matters said
[…] lebih banyak info tentang Zoysia atau rumput lain, anda boleh baca di laman web ini. Jangan lupa utk like atau follow di sini atau […]
LikeLike