LANDSKAP BHG 2
Posted by mynormas on May 3, 2020
Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 2 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KEDUA. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.
Dengan pemilihan tumbuhan yang kita bincangkan di posting lepas, kita akan terus pergi ke topik corak atau keseragaman rekabentuk. Prinsip-prinsip utama ialah:
- Konsistensi. Kita boleh terjemah ini sebagai mempunyai suatu tema tertentu (Bali, Zen, modernistic, simple dan sebagainya) ataupun semata-mata bersifat konsisten dalam memilih tumbuhan dari segi warna (warna hijau, warna cerah dsb), ketinggian (lebih tinggi dari 5 kaki, lebih rendah dari lutut dsb), sifat (menjalar, tropika dsb) dan sebagainya. Ia adalah tentang memberi ekspressi utama tentang lanskap kita.
- Keseimbangan. Ini tentang sifat simetri dalam lanskap; contohnya pokok palma di kedua-dua belah pintu masuk, mempunyai jumlah pokok yang sama di kiri dan kanan taman dan sebagainya. Sebenarnya “ketidakseimbangan” juga adalah suatu konsep atau prinsip dalam rekabentuk lanskap; iaitu bentuk abstrak atau ‘bebas-bentuk’ (free-form) tetapi masih lagi konsisten. Contohnya bentuk flower-bed yang bebas bentuk tetapi mempunyai bunga yang sama warna di dalamnya. Atau bila kita ada sebaris pokok palma hijau dan kita selangkan dengan palma merah pada jarak yang rawak supaya warna itu lebih ceria tanpa monotoni.
- Warna ialah sebab utama kita memilih bunga atau tumbuhan tertentu. Warna terang seperti merah, kuning dan oren akan nampak dekat dan warna lembut seperti hijau, biru dan pastel akan nampak jauh. Jadi jika menanam tumbuhan berwarna terang di hadapan dan warna lembut di belakang, halaman boleh kelihatan lebih besar.
- Garisan. Ini ialah tentang pagar, jalan, titian, susunan batu ataupun bentuk flower bed. Kita nak lurus ataupun berombak? Apa tema lanskap kita?
- Kadar atau proportion. Ini adalah prinsip tentang saiz bahan bahan dalam kawasan lanskap. Jika kawasan lanskap anda kecil dan anda akan menggunakan pokok kecil kenapa tiba-tiba ada satu ukiran besar di tengah-tengah? Biarkan semua tumbuhan, hardscape dan sebagainya dalam lanskap anda mempunyai saiz pada kadar yang serupa.
- Ulangan. Konsep ni sama dengan prinsip ‘konsistensi’ tadi. Cuma ingat satu benda; terlalu banyak satu warna atau satu tumbuhan akan membosankan. Tetapi terlalu banyak jenis atau variety juga akan menyebabkan lanskap nampak semak dan seperti tidak mempunyai rencana.
Kita berhenti di sini. Tapi ini tidak bermakna bahawa ini adalah muktamad. Masih ada banyak lagi bijak pandai di sana yang akan mempunyai idea atau prinsip rekabentuk lanskap mereka sendiri. Saya tidak suka kata orang lain salah dan saya betul. Kalau saya nampak rumah orang yang tidak menggunakan prinsip lanskap langsung, saya akan kata “suka hati dia lah, rumah dia”
Sila bantu saya dengan ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan ‘Click’ di mana-mana atau semua iklan di laman web ini.
Saya juga ada menulis cerpen bersiri tentang seorang penjaga rumput selepas PKP. Ikuti siri Roslan dan gangnya (tapi ramai orang nampaknya lebih tertarik kepada Nina) bermula dengan Bab 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply