Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput merah

Posted by mynormas on May 28, 2020


Pernahkah anda ada rumput yang hujungnya bertukar warna merah? Bukan seluruh rumput, hanya hujungnya. Sebelum itu rumput berwarna hijau, tiba-tiba satu hari anda lihat hujungnya berwarna merah.

Sod Cowgrass merah dikeliling Cowgrass hijaurumput merah

Ada tiga sebab ini boleh berlaku. Di sini saya nak cerita tentang satu sebab saja. Lain kali kita cerita tentang sebab lain.

Sebabnya ialah: Kekurangan zat Fosforus (simbol P pada beg baja).

Malangnya jika anda tabur baja yang tinggi P contohnya baja DAP (DiAmmonium Phosphate, bukan nama parti politik), rumput anda mungkin bertukar jadi hijau sementara sahaja sebelum ia bertukar menjadi merah semula.

Saya teringat bahawa pH tanah akan mempunyai kesan kepada apa zat yang boleh diserap oleh akar rumput. Memang betul, jika pH rendah, rumput tidak boleh serap P melalui akarnya.

soil pH

Maka bila saya cek, saya baru kesan bahawa satu padang bola yang mempunyai masalah rumput merah mempunyai nilai pH yang amat rendah (bermaksud tanah itu berasid) dan tanah yang mempunyai pH kurang dari 5 akan ‘memegang’ Fosforus dan rumput tak dapat menyerapnya. Tentunya saya perlu cek di beberapa tempat di satu padang itu (bukan satu tempat saja kemudian mengambil kesimpulan).

pH padang

Maka langkah saya yang seterusnya ialah:

  1. Pastikan rumput mendapat P dari baja foliar dan lupakan baja tabur buat sementara waktu.
  2. Perbaiki pH tanah menggunakan kapur lime CaCo3 (kalsium karbonat) atau gypsum.

Sekarang sedang giat membuat rancangan baru.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Jika anda ingin membeli radas untuk mengesan kelembapan atau keasidan tanah, ini, hubungi saya. Saya bantu. Lebih kurang RM300 tak termasuk kos penghantaran. Buatan Jepun, di hantar dari Singapura. Atau anda boleh beli sendiri dari harga RM8.50 pun ada, RM10,000 pun ada dan beri sumbangan sedikit untuk saya yang telah memberi idea ini kepada anda.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Advertisement

4 Responses to “Rumput merah”

  1. Ahmad Safiuddin Abd Rahim said

    Salam tuan, boleh share lg 2 sebab kenapa rumput cowgrass boleh jd warna merah?

    Like

    • mynormas said

      Salam,
      Sebenarnya dalam post tu dah ada dua:
      1. Kekurangan P,
      2. Keasidan tanah.
      Yang ketiga ialah penyakit kulat dipanggil Red Thread Disease.

      Like

      • Ahmad Safiuddin Abd Rahim said

        terima kasih tuan kerana sudi balas dan kongsi ilmu. Jadi solusi kepada masalah 1 dan 2 ialah dgn guna CaCo3 which is mcm dolomite. betol kan? atau masalah 1 hny dgn baja foliar sj?

        Like

      • mynormas said

        Masalah 1 dengan baja. Baja foliar paling cepat tindakan nya.

        Masalah 2 dengan CaCo3. Sebaiknya (tapi tak semestinya) diikuti dengan baja foliar P juga.
        Kalau betul akibat pH rendah, ikuti dengan baja mikro nutrien juga sebab low pH juga akan pegang nutrien lain selain P.

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: