Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Padang Golf

TUKANG KEBUN GLAMOR ATAU ORANG PALING PENTING DI PADANG GOLF?

“Hello, excuse me, you GM sini ke? Padang you cantik lah” kata seorang pemain golf kepada GM sebuah kelab ketika mereka terserempak di Golfer Terrace kelab tersebut. “Thank you” kata Encik GM “ini adalah kerana program pembangunan sumber manusia yang sedang giat di lakukan ketika ini. It is all a team effort”

“Team effort” adalah kata pujian yang paling sipi terkena kepada orang-orang yang menjaga padang golf. Orang-orang yang bekerja di waktu awal pagi, di akhir petang untuk menyiapkan padang golf untuk pemain golf.

Siapa mereka ini? Siapa orang yang bertanggungjawab memastikan rumput dipotong, membetulkan kerosakkan paip, menyembur racun, mengganti lubang pin, menukar tee marker, menyiram, membersihkan longkang, memotong pokok dan seribu satu macam kerja lagi di padang golf?

Siapa mereka ini? Siapa mereka yang namanya tidak di kenali, kulit hitam di bakar matahari, mata pedih kepanasan, bekerja dalam risiko terkena bola golf, terhidu racun, dengan memakai baju lusuh, berbau baja organic, kalau kayu golf hilang; orang pertama jadi suspek, bila bercakap dengan mereka; ada golfer guna isyarat tangan seolah mereka tak tahu bahasa?

Siapa mereka ini? Siapa mereka yang ada padang golf anggap penting, atau dianggap tak penting, yang mempunyai jabatan paling besar di sebuah kelab golf, yang boleh mengharumkan atau membusukkan nama sebuah kelab golf, yang boleh merosakkan alam sekitar dengan racun dan baja jika lalai, yang mempunyai kelulusan tinggi atau yang tiada kelulusan, yang mempunyai belanjawan hingga mencecah jutaan ringgit setahun atau yang tiada belanjawan rasmi?

Siapa mereka ini? Kadang-kadang di puji, selalu juga di keji?

Kata orang dulu-dulu; lain padang lain belalang, kata orang sekarang; lain padang, lain lah nama penjaga nya. Kadang-kadang, mereka di panggil Pengurus Padang Golf, kadang-kadang, Eksekutif Padang Golf, ada kelab yang memberi mereka nama tinggi seperti Pengarah Operasi Padang Golf atau nama biasa seperti Supervisor Padang Golf. Jarang-jarang mereka di panggil “Penguasa” (terjemahan dari perkataan Superintendent dari jabatan Polis). Saya ingin mencadangkan kita tetap dengan nama Superintenden (tanpa ‘t’ seperti dalam Bahasa Inggeris). Selain itu, jawatan Greenkeeper (bukan goalkeeper) dan Groundsman juga telah mula di perkenalkan.

Apa pun nama di beri, tugas hakiki mereka serupa. Menyediakan padang permainan golf sebaik mungkin menggunakan sumber-sumber yang di beri, dengan kebolehan yang ada untuk pemain golf di padang itu, dan menjaga pelaburan atau harta tuan punya padang.

Orang yang kerja kat padang golf kena boleh kerja luar dan dalam; keperluan utama jawatan ini ialah orang yang suka bekerja di luar pejabat, sama ada di dalam panas atau di bawah hujan. Di masa yang sama, seorang Superintenden masih perlu tahu membuat kerja pejabat sama seperti eksekutif atau pengurus lain. Mereka perlu tahu menggunakan komputer, menjaga akaun, membuat laporan, memberi alasan dan kerja-kerja pengurusan yang lain.

Ia juga adalah tugas yang melibatkan kombinasi sains dan seni; sains dari segi penjagaan dan seni dari segi penyampaian atau orang putih kata ‘presentation’. Belang-belang kat fairway tu bukan senang! Nak buat belang kiri ke kanan ke, kanan ke kiri atau terus dari tee ke green? Potong rough ikut arah jam ke lawan jam? Bila dan di mana kita nak letak pokok lanskap berwarna merah? Samada orang yang menjaga itu ada seni atau tidak yang membuatkan ada padang golf nampak buruk walau rough dia di tanam dengan pokok lanskap yang mahal, tapi padang lain nampak cantik walaupun rough dia sengaja tak di bela.

Nak kerja kat padang golf; kerja atas pun boleh, kerja bawah pun boleh; maksud saya, kadang-kadang kerja seperti seorang boss dan menjadi ketua, kadang-kadang, kerja macam seorang buruh dan sama-sama mencangkul. Perawakan lembut dan menarik kadang-kadang di perlukan kerana kerja di padang golf akan menyebabkan pekerja terpaksa berhadapan dengan VIP besar dan terkenal, tetapi perawakan keras dan lasak juga di perlukan bila berhadapan dengan pekerja buruh yang memerlukan pimpinan tegas. Kerja di bahagian hadapan pun boleh, kerja di bahagian belakang; pun boleh.

Sebuah padang golf 18 lubang boleh mempunyai mesin berjumlah hingga RM3 juta. Sebuah mesin fairway sahaja boleh berharga RM180,000. Oleh itu, orang yang menjaga padang golf perlu tahu asas bagaimana enjin dan mesin beroperasi. Secara idealnya, mereka boleh mengoperasikan semua mesin di dalam padang dan cukup berpengetahuan untuk berbincang dengan mekanik tentang memperbaiki enjin dan mesin.

Rumput dan pokok adalah tumbuhan hidup maka orang yang menjaga padang golf pelu mempunyai pengetahuan Agronomi. Dan di sebabkan rumput di tanam di atas tanah mereka juga perlu tahu cabang ilmu Sains Tanah supaya mereka tahu memilih, membeli dan mengaplikasi baja dan lain-lain kimia kepada tanah dan reaksi tanah kepada bahan itu. Sudah tentunya, bidang-bidang yang berkaitan dengan Sains Tanah dan Agronomi seperti Kimia dan Biologi juga perlu di ketahui. Campur dengan sedikit Patologi (penyakit) dan Entomologi (serangga) maka mereka susah nak kena tipu…

Ramai orang yang kerja kat padang golf tidak gemar bermain golf kerana setengah mereka berpendapat, setelah menghabiskan masa bekerja di padang golf, takkan masa riadah pun di padang golf jugak? Tetapi, pengetahuan undang-undang golf adalah penting untuk mereka, dan, lebih ramai pekerja yang pandai bermain golf dan semakin banyak tempat lain mereka boleh pergi, semakin baik untuk kelab golf mereka.

Sebagai ketua kepada jabatan yang mempunyai jumlah pekerja teramai; seorang Superintenden perlu juga tahu tentang hal-hal Sumber Manusia dan undang-undang yang berkaitan.

Jawatan Superintenden atau pekerja di padang golf tidak terhad kepada jantina lelaki sahaja. Terdapat juga beberapa orang Superintenden dan pekerja wanita di Malaysia yang, di sebabkan oleh jenis kerja yang lasak dan tekanan untuk membuktikan mereka sebaik lelaki, biasanya mempunyai ketahanan dan kekuatan mental yang lebih dari rakan sejawatnya.

Di negara-negara barat dan Australia, terdapat kelulusan khusus untuk seorang Superintenden dan  penjaga padang rumput yang lain. Di Malaysia, kebanyakkan Superintenden yang mempunyai kelulusan adalah dari bidang pertanian atau hortikultur. Tetapi ramai lagi Superintenden padang golf Malaysia yang mempunyai nilai pengetahuan dari pengalaman kerja bertahun-tahun yang sebanding dengan Superintenden luar negara yang di bawa masuk ke Malaysia.

Akan datang, bidang penjagaan akan menjadi lebih mencabar kerana: Pertama, bila dunia yang menjadi lebih kecil membenarkan lebih ramai pemain tempatan mengunjungi padang golf luar negara yang lebih baik penjagaannya akan mahukan taraf yang sama di padang golf di Malaysia. Kedua, kos bahan input seperti baja, racun dan mesin meningkat. Ketiga; nilai dan pengharapan yang lebih tinggi akan di berikan kepada alam sekitar dan bila di gabungkan perkara pertama dan kedua, maka penggunaan bahan kimia sewenang-wenang terpaksa di kurangkan dan latihan khusus terpaksa di beri kepada operator baja dan racun. Mesin khusus dan canggih pun kena beli jugak…

Tambahan pula, padang golf di masa akan datang akan terpaksa mengurangkan pengambilan pekerja asing dan menambah pekerja tempatan yang mempunyai pendidikan dan pendedahan yang lebih tinggi. Pendekatan berbeza, pemodenan dan penggunaan mesin yang lebih canggih dan lebih banyak akan diperlukan.

Pekerja padang golf kekadang kena mula kerja seawal 4 atau 5 pagi sebab orang yang main golf mungkin nak shot-gun start pada hari itu. Dah keluar rumah awal pagi, berpanas, berhujan, bila padang kena komplen baru orang nak kenal siapa kerja kat padang. Kalau padang cantik, ianya adalah ‘team effort’.

Untuk bekerja di padang golf, peningkatan pengetahuan adalah penting. Teknologi dan teknik sentiasa berevolusi. Persatuan Superintenden Padang Golf Malaysia atau GCSAM adalah persatuan yang berusaha untuk memperbaiki status pekerja padang golf umumnya dan Superintenden khususnya melalui memperbaiki pengetahuan dan menjalinkan hubungan baik dan networking di antara ahli sendiri. Ia menganjurkan kursus, seminar dan hari belajar yang terbuka kepada ahli dan bukan ahli.

Kesimpulannya; walaupun kerjanya lebih berbentuk fizikal, walaupun kerjanya lebih banyak di luar pejabat, walaupun kerjanya lasak, walaupun kita banyak jumpa VIP tapi diaorang yang jumpa kita di padang tak tegur kita (kecuali kalau tahun tu tahun pilihanraya), kerja di padang golf adalah kerja yang memuaskan. Mana nak cari kerja yang kombinasi di antara sains dan seni? Luar dan dalam? Atas dan bawah? Keras dan lembut? Depan dan belakang?

Macamana? Berminat?

Advertisements

9 Responses to “Padang Golf”

  1. kudin said

    GCSAM patut memainkan peranan penting dalam menaiktrafkan jawatan Penguasa Padang……….itu jer komen

    Like

  2. agunk reo said

    sya berminat sekali untuk menjadi seorang superintendent golf,,,,
    tahun 2012 saya udh selesai kuliah,saya mencari jurusan pertanian agronoteknologi,,sya sudah byk belajar masalah cra kerja n treniing di lapang golf di bali.
    untuk itu sya berterima kasih atas ilmu .

    Like

  3. Rumin jaafar said

    Saya setuju benar sebab itulah semua penguasa padang perlu adakan pejumpaan yg kerap utk kepentingan bersama dan boleh bertukar-tukar pendapat.

    Like

  4. lleez said

    sy seorg Horticulturist, pendedahan lbh byk kpd pembinaan dan penyelenggaraan landskap, pembinaan dan peyelenggaraan padang bola dan2 padang biasa. Baru 2 ini sy ditawarkan untuk menguruskan membaikpulih/recontruct padang golf yg sy tidak mmpyai pengalaman. Dr google yg sy buat ia agak kompleks. Please advise..

    Like

    • mynormas said

      Tuan, memang kompleks. Saya ada 19 tahun pengalaman dan ia masih lagi kompleks. Tak boleh bayang kalau ia kepada orang yang tidak mempunyai pengalaman. Mesti over-budget.
      Soalan tuan terlalu umum. Mungkin boleh email saya direct: mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @).

      Like

  5. mr nizam said

    Salam tuan…saya seorang konsultan yg memberi pendedahan kepada pelajar2 ipta ilmu keusahawanan. .sudikan saudara menjadi salah seorang panel utk berkongsi ilmu dan membimbing mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: