Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘stadium’ Category

Kain geotekstil

Posted by mynormas on February 18, 2020

Bila org minta saya rehabilitasi padang mereka dengan menambah longkang subtanah kerana padang mereka basah, mereka akan selalu terperanjat bila mendapati bahawa padang itu sebenarnya sudah ada longkang subtanah.

Kenapa mereka terperanjat? Kerana melihatkan kebasahan padang, mereka mengandaikan padang itu tiada longkang subtanah.

Salah satu sebab utama kegagalan longkang subtanah ialah penggunaan kain geotekstil yg salah.

Kebanyakan kontraktor akan membalut paip mereka dengan kain geotekstil yg, selang beberapa tahun, akan disumbat dengan partikel tanah dan akar rumput. Ini akan menghalang air masuk. Ini biasanya berlaku selepas 3 – 4 tahun selepas pembinaan dan selepas pembayaran duit “retention”.

img_20200121_144032-13090428080019920245.jpg

Saya sendiri tidak menggunakan kain geotekstil dalam pembinaan longkang subtanah dan jika terpaksa (kerana kawasan yg penuh dengan selut atau dipaksa oleh BQ dan SO) saya akan meletakkan kain geotekstil di keliling longkang dan bukan di keliling paip. Artinya; korek longkang, alas kain geotekstil di bawah dan sisi longkang, kemudian isi batu, paip dan pasir ke dalam longkang tersebut dan akhir sekali tutup longkang dengan sod.

geotextile in drain not pipe

Kain geo textile sekeliling longkang subtanah BUKAN keliling paip dalam longkang subtanah.

“Tapi tuan” tanya anda “bagaimana tentang partikel tanah yang masuk ke dalam paip, tidakkah ia menyumbat paip?” Saya kata: Biarkan ia masuk. Atasi masalah menyumbat paip dengan kecerunan dan kelurusan longkang, yang akan membawa partikel ini keluar dengan laju. 

Jimatkan kos anda dengan tidak menggunakan kain geotekstil melainkan di kawasan berselut (iaitu mempunyai partikel amat halus yang mampu masuk ke celah-celah batu dan menyumbatnya) ataupun jika anda mempunyai masalah kecerunan longkang. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Greens, Landscape, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

“Teori Tingkap Pecah”

Posted by mynormas on February 11, 2020

Pernahkah anda mendengar tentang “Teori Tingkap Pecah” ataupun “Broken Window Theory”?

Ia adalah konsep yang saya pegang semasa saya menjaga rumput, mengurus kelab golf lima-bintang ataupun membesarkan anak.

Teori tingkap pecah adalah suatu konsep yang mengatakan setiap masalah yang tidak diselesaikan di dalam suatu persekitaran, akan mempengaruhi sikap orang terhadap persekitaran tersebut dan akan membawa kepada lebih banyak lagi masalah. Dalam ertikata lain, bila suatu persekitaran di jaga dengan baik dan semua masalah – walau sekecil mana – diselesaikan; ia akan mempengaruhi sikap dan membawa kepada pengurusan dan penyelenggaraan yang lebih baik.

Di dalam konteks penyelenggaraan padang rumput samada bola, golf ataupun taman; jika perkara kecil seperti bendera yang kotor, rumput yg kering, tiang papantanda berkarat, pekerja yang tidur merata-rata sewaktu rehat tidak ditangani, maka lama kelamaan ia akan melarat kepada bendera yang hilang, tiang yang patah, kawasan rumput mati, papan tanda hilang langsung dan pekerja akan tidur merata-rata di waktu bekerja pula perlu ditangani!

20200131_080738-collage-11278427582618750590.jpg

Kenapa ia dipanggil sebagai Teori Tingkap Pecah? Dalam sebuah artikel yang ditulis pada tahun 1982 dalam majalah The Atlantic oleh dua orang saintis pakar sosiologi bernama James Wilson dan George Kelling yang bertajuk “Broken Windows” mereka menulis:

Ambil contoh sebuah bangunan yang mempunyai beberapa tingkap pecah. Jika tingkap tersebut tidak dibaiki segera, vandalisma akan lebih cenderung berlaku menyebabkan lebih banyak tingkap pecah. Lama kelamaan, ada orang akan memecah masuk ke dalam bangunan itu dan jika tiada penghuni, mungkin mendudukinya atau menyalakan api di dalamnya.

Atau ambil contoh kakilima jalan yang tidak disapu dan sampah bertaburan. Semakin lama akan semakin bertambah sampah bertaburan dan lama kelamaan orang akan tinggalkan sampah makanan malah mungkin akan pecah masuk ke dalam kereta berdekatan.

Seorang marsyal padang golf pernah memberitahu saya bahawa beberapa bulan sebelum itu sewaktu dia menegur seorang pemain golf yang tidak membaiki divot di fairway; dia telah ditertawakan oleh pemain tersebut “Fairway? Ini fairway ka?!” Kini setelah fairway dibaiki, dia tidak lagi dimalukan sebegitu.

Antara arahan pertama yang saya keluarkan sewaktu saya menjadi pengurus sebuah kelab golf 5-bintang di Malaysia ialah agar semua engsel pintu bilik air disembur dengan minyak WD-40 agar ia tidak berbunyi bila dibuka/tutup. Nampak kecil? Bayangkan apa yang bermain difikiran kakitangan engineering/maintenance saya yang menerima arahan itu: “Kalau benda sebesar itu pun boss baru ni jaga; apatah lagi pintu yang pecah!”

Saya juga tidak menerima sebarang alasan atas kelewatan kerja walau dari staff pengurusan. Bila seorang menulis kepada saya memberitahu bahawa dia adalah penghidap insomnia dan tidak dapat hadir pagi, saya memberi arahan utk dia masuk pukul 12.00 tengahari dan balik pukul 8 malam. Janji tidak datang lambat.

Saya ajar anak-anak saya bahawa pintu 7-11 yang ditulis “Tarik” mestilah ditarik walaupun lebih mudah untuk menolaknya dan akan memarahi mereka jika mereka tidak patuhi arahan. Jika pada anda itu adalah “perkara kecil”, saya ingin tanya anda, di manakah garis pemisah diantara perkara kecil dan perkara besar? Where is the line?

Jika anda adalah penjaga atau pengurus sebuah lapangan atau sekumpulan pekerja atau manusia yang dibawah jagaan anda; awasi benda kecil yang tidak ditangani, anda akan dapati lebih banyak lagi benda besar akan melanda. Pada ketika itu, ia akan lebih susah ditangani.

Jika anda melakukan kajian atau research tentang teori ini, anda akan dapati ia digunakan di New York oleh Datuk Bandar Giulani dan ketua polis nya utk mengurangkan kadar jenayah bandar itu. Tetapi teori ini mungkin telah salah digunapakai (antaranya isu rasisme dan over reacting timbul) dan menyebabkan beberapa pakar menyangkal teori ini di dalam konteks itu.

Terpulang pada anda. Anda boleh terus biarkan bendera koyak di pin padang golf anda atau tiang sepakan sudut, atau anda boleh amalkan utk tangani masalah kecil agar orang/pekerja/pengguna/pemain disekeliling anda tidak terjebak kepada masalah besar.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, Landscape, landskap, Maintenance, stadium | Leave a Comment »

Air dalam Tanah

Posted by mynormas on November 12, 2019

Semakin hampir kita dengan musim tengkujuh semakin banyak saya dapat panggilan dari padang yang minta saya lakukan kerja-kerja pengudaraan tanah di padang mereka dengan harapan pengudaraan tanah akan membantu pengeringan padang di musim hujan.

Adakah ini benar? Adakah pengudaraan padang akan membantu padang kering di musim hujan?

Tidak benar tetapi mungkin ada sedikit kekeliruan.

Untuk penerangan lanjut, saya nak perkenalkan dua perkara utama:

1. Field Capacity atau Tahap Tepu Padang (ini istilah saya belajar 30 tahun dulu, mungkin sekarang dah lain) dan

2. Lapisan atas permukaan padang yang terdiri dari thatch atau mat iaitu bahan organik yang terdapat di atau hampir di permukaan tanah.

Thatch atau mat ini akan bertindak seperti span (sponge) untuk memegang air dari turun ke bawah. Air ini seterusnya akan menghalang udara dari mengisi ruang bawah permukaan dan menyebabkan kulat, bakteria dan lain-lain mikro organisma tidak dapat bernafas sedangkan mikro organisma inilah yang akan bertindak mereputkan bahan organik tadi. Maka makin tebal thatch, makin banyak air di dalamnya dan semakin kurang mikro organisma boleh menguraikan thatch lalu semakin banyak thatch akan terbentuk.

Thatch
Ini lah ‘tahi’ di bawah rumput yang menghalang air dan baja dari turun. Bila kita roll, ia akan jadi padat.

Maka anda akan rasa padang anda lembik macam bubur. Walau dah dua, tiga hari tak hujan, ia masih lagi berlumpur dan lembik.

Malah, walau dah pernah pasang longkang subtanah beberapa tahun lepas, ia masih lagi lembik dan berlumpur lepas hujan.

Ini diburukkan lagi jika anda adalah Raja Gelek atau Ratu Gelek iaitu penjaga padang yang gemar menggelek padang. Penggelekkan ini akan memampatkan padang dan menghalang air dari tembus WALAUPUN thatch adalah minimum.

Tahap tepu padang ialah jumlah air yang ia boleh terima sebelum ia… tepu dan tidak boleh lagi menampung air dalam padang; maka terjadilah padang banjir.

Untuk memudahkan penerangan, saya biasa buat perumpamaan tentang cawan yang ditutup dengan sekeping kadbod atau tisu tebal. Cawan itu ialah tahap tepu padang dan kadbod/tisu ialah permukaan padang.

Perumpamaan padang dan permukaan.
Cawan yang sudah penuh (padang yg sudah tepu) dan kadbod yang penuh air (permukaan padang yang menyerap air)

Tanpa melakukan pengudaraan tanah; air akan terkumpul di permukaan walaupun padang tidak berada pada tahap tepu.

Tetapi melakukan pengudaraan tanah tanpa ada sistem saliran subtanah yang baik akan membantu pengeringan permukaan padang dengan cara memberi ruang untuk peredaran udara untuk penyejatan air tetapi jika hujan (atau penyiraman) berterusan akan menyebabkan padang mencapai tahap tepu dengan cepat dan air akan naik ke permukaan kembali.

Tentunya, kedua-dua sistem itu mempunyai had juga; terlalu banyak air akan mengatasinya dan terlalu banyak pengudaraan akan mengganggu permainan serta terlalu banyak sistem saliran subtanah akan menyebabkan padang terlalu cepat kering sewaktu tiada hujan.

Walaubagaimanapun, mempunyai sistem saliran tanpa melakukan pengudaraan tanah akan menyebabkan permukaan sentiasa menjadi lembap dan basah.

Maka untuk padang yang baik, kita perlukan kedua-duanya, pengudaraan tanah yang dilakukan secara berjadual (dan penggelekkan yang sederhana) serta sistem saliran subtanah yang baik.

Jika anda ada mempunyai padang yang basah dan atau masalah lain, hubungi kami di O3-5I3I OO66. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Rumput secara am, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Maintenance, Landscape, Taman, Padang, Lanskap, Golf Course, Padang Bola, stadium, landskap | Tagged: , , | Leave a Comment »

Falsafah Penyelenggaraan Padang Golf

Posted by mynormas on August 22, 2019

Sebuah kelab telah meminta saya untuk melatih kakitangan nya dalam bidang penyelenggaraan padang golf. Oleh kerana peserta latihan ini terdiri pekerja yang senior dan bertaraf supervisor maka salah satu topik yang saya ingin perkenalkan ialah falsafah penyelenggaraan padang golf.

Pelik bukan? Potong rumput di padang golf pun ada falsafah?

Saya merujuk kepada doyen penyelenggaraan padang golf sedunia; mendiang Dr. James Beard yang menulis dalam salah sebuah bukunya bahawa sebuah padang golf yang diselenggara dengan baik ialah padang yang membenarkan seorang pemain golf bermain dengan faktor gangguan dan ketidak-tentuan yang paling sedikit.

Maka padang golf ialah penentu utama bagaimana golf dimainkan. Dr. Beard mengatakan ini bermakna bahawa.

  1. Penjaga padang golf adalah pegawai di belakang tabir untuk permainan ini.
  2. Penjaga padang golf mestilah bersifat profesional dan menjalankan tanggungjawabnya.
  3. Beliau (penjaga padang golf) mestilah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang permainan golf.

Maka penjaga padang golf lah yang akan mengawal bagaimana padang itu dimainkan dengan mengambilkira keperluan golfer mereka.

Falsafah ini bukanlah sesuatu yang dipelajari di seminar atau kuliah tetapi sesuatu yang didapati melalui pengalaman dan pemerhatian serta mengikuti peredaran zaman.

Penjaga padang golf mestilah menjadi padang yang adil dan saksama untuk semua pemain. Ini dilakukan dalam semua operasi bermula dari penggantian pin, pemindahan penanda tee hinggalah ke pengubahsuaian lubang.

clipping rough

Adakah padang ini adil? Bagaimana jika seorang pemain di dalam timbunan clipping dan seorang pemain lagi berada sekaki sebelahnya di rumput yang dah dipotong? Jika jawapan anda “Boleh ambil free drop” mungkin industri ini bukan untuk anda.

Ini tidak bermakna setiap inci rumput di padang mesti disikat rapi. Banyak padang golf ternama di dunia mempunyai tee, green dan fairway yang rapi tetapi rough yang lasak.

Sebuah padang golf yang ideal adalah padang yang mencabar tetapi adil. Matlamat untuk seorang penjaga padang ialah supaya padangnya berada pada tahap hampir dengan tahap tournament (dengan bajet yang mencukupi). Langkah-langkah khas tak sepatutnya diperlukan untuk mencapai tahap tournament.

Saya percaya bahawa memahami dan mengamalkan falsafah ini memberi penjaga padang golf suatu prinsip, satu garispanduan kerja yang boleh dicapai selain dari hanya memotong rumput dan mengambil gaji dihujung bulan.

Falsafah ini akan memaksa kita

  1. membuat (atau mengikut) piawaian yang tinggi
  2. menyediakan jadual kerja rutin harian dan aktiviti tahunan
  3. mempunyai pegangan tentang rekabentuk (design) padang dan kekal kepada pegangan tersebut sewaktu membuat rancangan untuk sebarang kerja ubasuai padang.
  4. Mengambil peranan memerhati permainan golf di padang serta memikirkan bagaimana kerja kita dan padang kita mempengaruhi nya.
  5. Berusaha untuk penyediaan padang dengan kompromi di antara pemain handicap tinggi dan rendah dan adil untuk semua golfer.
  6. Menaikkan taraf padang (dengan bajet yang cukup) ke taraf hampir-tournament pada setiap hari.

Kalau kita boleh jadi cemerlang, kenapa jadi biasa biasa?

Ini adalah contoh falsafah beberapa padang lain:

¨“Padang ini adalah padang klasik dengan green yang kecil, pokok dan landskap tempatan dan penjagaan pada tahap tinggi yang mampu”

¨“Padang ini adalah padang minimalist dengan jumlah pokok yang kurang, fairway yang besar dengan penjagaan yang mudah tetapi cekap”

¨“Padang ini mencabar dengan rough yang tinggi, green yg laju, fairway yang kecil dan pokok yang banyak”.

“Padang ini adalah padang lama dengan pokok yang besar, fairway yang kecil dan green yang rata; sesuai untuk pemain golf santai dan sebagai senaman”

Apakah falsafah penyelenggaraan padang anda?

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Maintenance, Padang Golf, stadium | Tagged: | Leave a Comment »

Keburukkan Solid Tine

Posted by mynormas on February 27, 2019

Mungkin ada yang masih tidak berapa jelas, atau mungkin saya yang tidak berapa jelas memberi penerangan tentang masalah yang dihadapi oleh kerja-kerja serampang berongga dan lebih-lebih lagi, serampang padu.

Penggunaan kedua-dua serampang berongga atau padu akan menghasilkan satu lapisan mampat di bahagian bawah dan di dinding lubang yang ditebuk serampang. Ini kerana walaupun serampang berongga, ia tidak akan dapat ‘menarik’ keluar semua tanah dari lubang yang ia tebuk, sebahagiannya akan di’tolak’ ke dalam dan ke tepi. Ini akan menghasilkan sesuatu yang kita panggil sebagai ‘pan compaction’

Kesan pan compaction ni lebih buruk lagi jika serampang padu digunakan. Contoh. Jika besi serampang padu yang digunakan ialah 10mm diameter dan 100mm ke bawah maka isipadu besi itu ialah 7,850mm padu iaitu  3.14 x 5mm x 5mm x 100mm, maka keseluruhan 7,850mm padu tanah akan ditolak ke bawah dan ke tepi oleh serampang padu itu. Lakukan ia setahun dua kali maka kita boleh bayangkan kemampatan bahagian bawah 100mm itu.

Tetapi 100mm adalah agak dalam, maka kesannya tidak dilihat melainkan setelah 10, 20 tahun nanti. Rumput anda jadi tak subur, akar pendek dan lumut kerap berlaku. Jika kedalaman pengudaraan anda ialah sekadar 25 hingga 50mm, maka kesan akan dirasai lebih awal.

pan compaction short roots

Rumput tidak tumbuh ke bawah lapisan mampat dan mudah tercabut.

Bayangkan kolam bawah tanah yang akan mengapungkan tanah anda dan menyebabkan akar anda lemas; itulah kesan pan compaction.

Maka, kesimpulan, lakukan pengudaraan serampang padu kerap, menggunakan serampang kecil dan tidak dalam. Lakukan pengudaraan serampang berongga jarang-jarang, besar dan dalam.

Picture of grass solid tine 1

Pengudaraan serampang padu menghasilkan kesan jangka panjang yang tidak baik.

Posted in Golf Course, Greens, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Beza ‘Hollow’ & ‘Solid’ Tine

Posted by mynormas on February 20, 2019

Hollow-tine adalah suatu frasa yang selalu digunakan dalam kerja penjagaan padang. Tapi saya sering lihat ia disalahertikan dan merugikan masa dan wang ringgit. Dan bila padang ‘fail’ kerja hollow-tine yang disalahkan.

Kerja hollow-tine termasuk dalam kategori kerja-kerja pengudaraan tanah. Definasi pengudaraan tanah pula ialah kerja-kerja penebukan tanah untuk membenarkan udara masuk ke dalam tanah. Selain udara, air, baja dan tanah baru juga boleh dimasukkan ke dalam lubang pengudaraan itu.

Pengudaraan tanah boleh dilakukan dengan beberapa cara; melalui besi ‘tine’ atau serampang (mengikut kamus); menggunakan tekanan air (contohnya alat Toro Hydroject) dan juga tekanan udara. Penggunaan serampang pula terbahagi kepada dua iaitu serampang berongga (hollow-tine) dan serampang padu (solid-tine).

Kesemua cara di atas akan mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Di sini saya akan bincang tentang serampang berongga dan serampang padu sahaja.

Serampang berongga paling selalu digunakan kerana ia mempunyai kebaikan mengeluarkan tanah lama untuk digantikan dengan tanah baru dan kadang-kadang untuk kebanyakan orang bila ada tanah lama dikeluarkan barulah bukti pengudaraan telah dilakukan.

Serampang berongga ialah menggunakan serampang dibuat dari logam keras dan mempunyai rongga di dalamnya untuk menebuk dan mengeluarkan tanah dari bawah permukaan. Tanah ini biasanya dibuang tetapi sebenarnya dikebanyakan masa, menggunakan semula sebagai sebahagian dari bahan hias-atas (topdressing) juga tidak menjadi masalah.

hollow tine size

Serampang berongga datang dalam pelbagai saiz diameter dan kedalaman. Paling kecil yang saya pernah guna ialah diameter 3/8 inci atau lebihkurang 9mm dan paling besar ialah 5/8 inci atau lebihkurang 15mm. Kedalaman boleh pergi sehingga 100mm (4 inci) tetapi biasanya hanya sekadar 50mm atau 2 inci sahaja.

Serampang padu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang kurus dan panjang seperti pensel, ada yang kelihatan tajam dan nipis seperti shuriken ninja dan ada juga yang gemuk seperti serampang berongga tetapi ia adalah padu.

Perbezaan nya ialah sewaktu mencucuk serampang tersebut ke dalam permukaan tanah, serampang padu akan menolak semua tanah di bawahnya turun 2 inci ke bawah lagi (jika pengudaraan ialah 2 inci dalam) maka pengudaraan akan berlaku di 2 inci atas tetapi mampatan akan berlaku 2 inci ke bawah.

Manakala untuk serampang berongga (hollow-tine) pula, lebihkurang 2 inci akan dikeluarkan tetapi di tempat tanah liat atau jika operator tidak berhati-hati, hampir 1 inci akan dikeluarkan dan 1 inci lagi akan ditolak kebawah.

Hollow tine core

Bunyinya seperti serampang berongga lebih baik dari serampang padu bukan? Jadi, apa kebaikan serampang padu? Jika anda ingin pengudaraan cepat tanpa mengganggu permainan, anda boleh gunakan serampang padu yang kecil dan lakukan pada dua atau tiga arah dan lebih kerap.

Kerja pengudaraan serampang padu tidak menghasilkan sampah dan lubangnya kecil maka ia cepat pulih dan cepat siap. Tetapi ia tidak akan mengeluarkan tanah yang bermasalah dari bawah permukaan jadi pasir yang akan di tabur nanti tidak, atau hanya sedikit, yang akan masuk ke dalam tanah.

solid tine sample

Seharusnya kerja serampang padu lebih murah dari serampang berongga kerana tidak perlu membersihkan sampah dan perlu dilakukan berulang kali.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Edit: Kekerapan dan pengesyoran.

Pengudaraan tanah secara serampang berongga lebih efektif maka biasanya dilakukan setahun sekali atau dua kali (bergantung kepada profil tanah; tanah liat lebih kerap dari pasir). Begitu juga menggunakan serampang bersaiz kecil perlu lakukan lebih selalu iaitu hingga empat kali setahun.

Pengudaraan tanah secara serampang padu dilakukan lebih kerap kerana ia kecil dan tidak mengganggu permainan. Pengudaraan bulanan hingga mingguan dilakukan.

Kawasan yang lebih mampat akibat laluan (seperti gate masuk/keluar) atau lebih banyak permainan seperti depan gol perlu lebih banyak pengudaraan berbanding kawasan lain.

Saya syorkan penggunaan serampang berongga di kawasan tanah liat atau “topsoil” untuk mengeluarkan tanah liat dan gantikan dengan pasir berkualiti. Penggunaan serampang padu dikawasan tanah liat atau tanah atas akan memadatkan tanah bahagian bawah dan tepi lubang.

Gunakan serampang padu sebagai aktiviti rutin penyelenggaraan bulanan atau mingguan. Bukan pembaikan tanah.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Posted in Greens, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, stadium | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Hias-atas

Posted by mynormas on January 28, 2019

Saya memperkenalkan suatu istilah baru dalam penyelenggaraan rumput di Malaysia. Istilah itu ialah ‘hias-atas’.

Apakah ‘hias-atas’? Ia adalah kerja meletak dan meratakan selapis media tanaman (selalunya tetapi tidak semestinya pasir) ke atas rumput yang telah ditanam.

Apakah tujuan ‘hias-atas’? Ini telah dibincangkan dalam posting terdahulu secara panjang lebar tetapi diantaranya ialah untuk meratakan permukaan dan memperbaiki struktur tanah.

Meratakan permukaan rumput dengan cara ‘menggelek’ (roll) adalah cara yang amat buruk, ini telah kita bincangkan sebelum ini. Gelek tanah SEBELUM tanam rumput bukan selepas.

manual topdressPerkataan hias-atas saya ambil dari laman web PRPM milik DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Mungkin pada anda ia terasa pelik tetapi istilah ‘topdressing’ pun sebenarnya mempunyai maksud yang pelik (pakaian atas?) tapi elok pulak kita guna ya?

Tahukan anda asal-usul hias-atas? Lebih 100 tahun lalu orang yang pertama dikenali sebagai penjaga rumput padang golf bernama Old Tom Morris (anaknya ialah Young Tom Morris – betul saya tak tipu) mempunyai seorang pembantu bernama Encik Honeyman. Pada suatu hari En. Honeyman telah tertumpah pasir ke atas rumput, dia pun kutip sebanyak yang boleh dan apa yang tak dikutip disapu ke dalam rumput.

Old Tom Morris dapati kawasan itu mempunyai rumput yang lebih subur dan lebih rata dari yang lain maka diapun mulai mengamalkan topdressing (bukan mengamalkan tumpah pasir lah!) dan arahan yang selalu diberi kepada Honeyman ialah “More sand, Honeyman, more sand”.

Untuk lebih maklumat seperti ini, anda boleh dapati dari buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” bernilai RM79 satu. Kos pos di seluruh Malaysia saya tetapkan sebagai RM5.

Artikel terdahulu tentang Hias Atas, Raja Gelek dan Ratu Gelek.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

 

Posted in Golf Course, Greens, Landscape, landskap, Padang Bola, Padang Golf, stadium, Taman, Topdress | Leave a Comment »

Stadium di Hanoi

Posted by mynormas on December 14, 2018

Pasukan bolasepak Malaysia akan bertemu dengan Vietnam untuk pusingan kedua perlawanan akhir piala AFF Suzuki 2018. Perlawanan akan berlangsung di My Dinh Stadium di Hanoi pada 15 Disember 2018.

Saya mungkin tak tahu banyak tentang bolasepak tetapi saya akan cuba memberi sedikit info tentang tempat perlawanan esok. Stadium Nasional My Dinh ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di daerah Tu Liem. Ia mempunyai kapasiti 40,200 kerusi dan adalah sebahagian daripada Kompleks Sukan Nasional Vietnam.

Ia dibuka secara rasmi pada September 2003, dimiliki oleh kerajaan Vietnam dan dikelolakan oleh Vietnam Football Federation. Kos pembinaan adalah USD 53 juta.

Kebanyakan laman web rujukan saya hanya menyatakan bahawa permukaan padang adalah ‘rumput’ tetapi melalui beberapa orang kenalan dari industri golf saya dapat tahu pada asalnya rumput di padang itu adalah dari genus Bermuda. Tidak pasti spesis atau hybrid apa, malah tidak juga pasti ia masih lagi Bermuda hingga sekarang.

Cuaca di Hanoi diramalkan mendung pada 15 Disember di Hanoi dengan suhu serendah 15 dan setinggi 21 darjah Celsius.

Adakah padang nya lebih baik dari di Bukit Jalil? Ia akan lebih banyak bergantung kepada kelembapan tanah, tetapi Bermuda yang ditanam di atas pasir akan mempunyai permukaan yang lebih ‘laju’ dari Cowgrass yang mempunyai daun yang lebih besar dan rumput yang lebih lembik.

Apapun kita doakan yang terbaik untuk pasukan kita and may the best team win.

my-dinh-national-stadium15365l

Pandangan dalam stadium. Warna rumput macam Zoysia…

my dinh stadium

Pandangan atas Stadium Nasional My Dinh.

hanoi_dinh1

vietnam vs msia

Akhbar rasmi Vietnam memuji semangat kesukanan peminat bola Vietnam dan Malaysia sewaktu di Bukit Jalil pada 11 Disember 2018. 

 

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

 

Rujukan:

https://english.vov.vn/sports/vietnamese-and-malaysian-fans-unite-in-show-of-friendliness-388845.vov

http://www.worldstadiums.com/stadium_pictures/asia/vietnam/hanoi_dinh.shtml

https://ipfs.io/ipfs/QmXoypizjW3WknFiJnKLwHCnL72vedxjQkDDP1mXWo6uco/wiki/My_Dinh_National_Stadium.html

https://www.accuweather.com/en/vn/hanoi/353412/december-weather/353412

 

Posted in Padang, Padang Bola, stadium | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Potongan Menyakitkan

Posted by mynormas on December 11, 2018

Dimusim berkhatan anak-anak pada cuti sekolah bulan Disember ini, saya ingin bercerita tentang dua lagi potongan yang menyakitkan; pemotongan rumput menggunakan peralatan tumpul dan potongan terlalu rendah. Anda juga tidak mahu tok mudin atau doktor menggunakan pisau tumpul atau potong terlalu rendah juga kan? (Orang lelaki yang baca ayat itu dah kepit kaki secara tak sedar)

Ada banyak cara untuk memotong rumput. Dari menggunakan gunting, sabit hinggalah ke reel mower 15 bilah yang dikawal oleh komputer mini. Tetapi pada saya, menggunakan mesin brushcutter dengan tali nylon adalah cara paling memusnahkan untuk rumput. Dua sebab:

  1. Tali nyon tidak ‘tajam’ ia memotong menggunakan tenaga kinetik yang dihasilkan oleh pusingan laju.
  2. Ketinggian potongan tidak dapat dipastikan maka selalunya terlalu banyak daun rumput dipotong, malah kadang-kadang; dipotong hingga ke batang rumput.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang pisau pemotong rumput; sila lihat artikel lama saya tentang pisau pemotongan.

Dan untuk mengetahui tentang isu pemotongan terlalu banyak, anda boleh rujuk kepada artikel tentang peraturan satu pertiga (Rule of One-third) dalam pemotongan rumput.

Di sini saya nak buat perbandingan tentang tiga potongan yang biasa digunakan di Malaysia iaitu:

  1. Reel
  2. Brushcutter dengan tali nylon dan
  3. Pemotongan dengan pisau rotary logam (besi).

Sebelum itu, saya ingin ingatkan bahawa jika pisau yang digunakan tumpul dan mencederakan rumput lebih dari memotongnya; ia akan membuka jalan masuk untuk patogen seperti bakteria, kulat dsb. Selain itu, daun juga adalah tempat membuat makanan untuk rumput melalui proses fotosintesis maka jika daun itu koyak, proses itu akan terganggu.
Pemotongan menggunakan Brushcutter tali nylon.

cut with nylon brushcutter

Ini sebenarnya potongan terbaik pekerja ini (sebab bos dia ada dengan saya) Kalau tak dia tenyeh sampai ke tanah. Bukan daun saja; batang sekali dipotong. Alasan; kalau potong rendah, tak payah selalu potong. Silap falsafah ni. Cara terbaik potong rumput ialah dengan potong pada ketinggian konsisten pada kekerapan yang konsisten. Contohnya potong pada ketinggian 25mm (1 inci) setiap tiga hari (atau tujuh hari).
Pemotongan menggunakan pisau rotary logam.

Ini ialah ibarat macam brushcutter tetapi menggunakan pisau logam. Kadang-kadang dipanggil sebagai ‘helikopter’.

cut with rotary

Oleh kerana pisau ini boleh di adjust ketinggiannya maka jumlah rumput yang dipotong adalah ‘berpatutan’ tetapi mesin ini sebenarnya kurang tajam dan perlu diasah lagi.
Pemotongan menggunakan pisau reel.

Pisau reel adalah pisau yang memotong ibarat gunting; terdapat dua bahagian, satu bahagian yang berpusing – dipanggil reel dan satu bahagian lagi yang ‘memegang’ rumput dipanggil bedknife. Ia adalah cara efektif memotong rumput tetapi jika ia tidak diasah – dan ia perlukan kemahiran serta peralatan khusus pula untuk mengasahnya – ia juga boleh merosakkan rumput. Tetapi sekurang-kurangnya ketinggian nya adalah confirm konsisten.

grass cut with reel

Baiklah, jika anda telah membaca artikel saya yang terdahulu tentang pemotongan (jangan malas, tambah ilmu! Ikut link di atas!) maka anda akan tertanya “Bagaimana dengan flail?” Flail sebenarnya adalah dalam kategori pisau silinder yang juga memotong menggunakan tenaga kinetik tetapi ia lebih mudah diasah dan lebih lasak kerana ia terdiri dari berpuloh hingga beratus anak pisau yang berpusing secara bebas (independent) jadi jika terkena batu atau akar pokok, tidak semuanya rosak.

Jika anda terlibat dalam pembuatan BQ dan ingin spesifikasi, jangan letak reel; letak “Mesin memotong menggunakan pisau silinder (contohnya reel) yang boleh memotong secara kemas, adalah tajam dan mudah diasah setiap minggu serta mempunyai ketinggian potongan sekurang-kurangnya diantara 20 – 45mm. ” Jika anda adalah padang bola atau taman yang jauh dari KL, menggunakan reel akan memeningkan penyelenggaraan mesin dan seterusnya padang bola.
Jika pisau anda tumpul.

Jika pisau anda tumpul, maka rumput akan cedera dan penyakit mudah masuk melalui kecederaan itu. Lihat contoh dibawah, beberapa rumput sudah mula melihatkan permulaan penyakit.

bad cut

Rumput ini telah dipotong dengan pisau tumpul dan penyakit telah mula menular.

Maka pelajaran dari sini ialah; jangan potong terlalu rendah, jangan guna pisau tumpul, jangan guna tali nylon dan potong dengan kekerapan yang konsisten iaitu seminggu sekali.

Beritahu tuan rumah bahawa sebaiknya ialah dia perlu sain kontrak untuk setahun anda akan datang 52 kali pada kadar RMx setiap kali dan anda akan beri dia diskaun 10%. Mulakan dengan 1 bulan deposit dan bulan ke 12 anda tidak akan ambil bayaran.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Penyediaan Tapak

Posted by mynormas on November 13, 2018

Saya jumpa ramai orang yang tanam rumput. Malangnya kebanyakan orang di luar industri golf masih lagi menggunakan cara lama untuk menanam rumput terutamanya sewaktu penyediaan tapak.

Salah satu isu utama ialah roll (gelek, kompak) untuk mendapatkan kerataan rumput. Paling selalu ialah orang akan roll rumput untuk dapatkan kerataan. Sebenarnya, kita sepatutnya roll tanah SEBELUM kita tanam rumput. Kalau tanah tu rata, confirm rumput tu rata kan?

Jadi masalah kalau kita tanam dengan cara sod dan sod yang kita beli ialah sod cangkul yang mempunyai tapak tak rata. Kalau kita beli sod yang mempunyai tapak rata, kita hanya perlu tanam kemudian tabur pasir supaya cover gap (celah) di antara sod kita.

Penyediaan tapak ini penting kerana banyak masalah rumpai (rumput liar) berasal kerana penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul. Rumpai yang sebenarnya ‘penduduk asal’ kawasan itu akan muncul semula selepas beberapa bulan kerana proses penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul.

Ada lapan langkah dalam penyediaan tapak sebelum rumput ditanam. Kalau anda kerja tanam rumput; cuba lihat, bahagian mana yang anda skip. Atau ada diantara langkah ini yang anda rasa boleh dibaiki.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

 

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: