Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘padang’

El Nino 2023. Persiapan Padang.

Posted by mynormas on May 9, 2023

Apakah El Nino 2023 dan apakah yang di ramalkan akan berlaku? Apakah persediaan yang patut dilakukan oleh penjaga padang?

Selain bahaya kepada penjaga dan pengguna padang dari kesan strok haba dan masalah kesihatan lain, rumput juga mempunyai risiko menjadi dorman jika kandungan air dalam rumput berkurangan dan ia tidak dapat mengesan air dalam tanah. Pada waktu itu, daun akan bertukar coklat dan kelihatan mati. Jika padang mempunyai rumpai seperti Bermuda atau Zoysia, yang lebih tahan kemarau, ia akan mula membiak. Selain itu, rumput yang mempunyai stress haba akan lebih mudah di serang penyakit dan serangga. Lebih lama lagi rumput tidak menerima air, ia akan terus mati.

El Nino adalah fenomena cuaca yang biasa berlaku setiap 2 – 7 tahun di lautan Pasifik. Permukaan air laut yang suhunya lebih panas bergerak ke barat dan air sejuk akan mengganti nya di sebelah timur lautan Pasifik. Pergerakan air ini membawa perubahan cuaca di sebelah barat dan timur lautan Pasifik. Setiap El Nino adalah berbeza dan mempunyai kesan berbeza. Ada tempat akan mengalami kemarau, ada tempat hujan lebat dan ada kawasan akan menerima lebih banyak ribut. Jika mahu maklumat lanjut tentang El Nino, tonton video di bawah. Utk tahu bagaimana kita bersedia menghadapi nya, terus baca bawah video.

Di kawasan Asia Tenggara, kesan biasanya adalah kemarau dengan yang paling buruk ialah pada 1997 hingga 1998, Kemarau berlarutan menyebabkan kebakaran hutan tidak terkawal seterusnya jerebu teruk, hingga kan pasukan bomba Malaysia di hantar ke Indonesia utk membantu memadam kan kebakaran hutan di Sumatera.

https://siakapkeli.my/2021/06/30/24-tahun-berlalu-bomba-malaysia-bantu-negara-indonesia-padam-kebakaran-hutan-di-sumatera-selatan/

Mengikut kiraan pakar meteorologi dan Jabatan Meteorologi Malaysia, El Nino tahun 2023 akan bermula pada bulan Jun 2023 dan berlangsung selama 3 bulan hingga ke September. Mengikut kiraan mereka, El Nino kali ini akan membawa cuaca kering ke Malaysia dan berlangsung beberapa bulan. Ini boleh membawa kepada masalah padang yang kering dan/atau rumput yang mati.

Berbekalkan pengetahuan ini, apakah persediaan yang perlu di lakukan oleh penjaga padang?

Saya mempunyai beberapa cadangan.

  1. Melakukan kerja-kerja pengudaraan tanah secara solid-tine utk membantu pergerakan air turun selepas siram. Hollow-tine pun boleh, tapi solid-tine cepat pulih dan kita mungkin perlu lakukan pengudaraan tanah dua tiga kali di pertengahan musim El Nino itu maka solid-tine adalah pilihan lebih bijak.
Slicing adalah satu jenis pengudaraan tanah dalam kategori solid-tine. Jika anda perlukan perkhidmatan solid-tine; hubungi saya.

2. Elakkan hias-atas (topdressing) tebal. Butir pasir yang terdedah kepada cahaya matahari panas, akan memanaskan rumput di sekitarnya.

too heavy
heavy topdress di atas rumput

3. Persediaan dengan membaiki pam penyiraman yang rosak (padang golf ada sampai 4 pam besar + 1 pam jockey), dan/atau melakukan kerja servis kepada pam yang berfungsi.

sebuah padang golf dengan tiga pam besar dan satu jockey pump.

3. Mendalam kan kolam takungan penyiraman, membersihkan dari gangguan rumpai air dsb

Cukup dalam kah kolam anda di waktu kemarau?

4. Mencuci tangki sedia ada, mungkin juga menambah tangki penyimpanan air atau menambah baik sistem pengumpulan air dari longkang keliling padang atau bawah bumbung

5. Mencuci dan membaiki sistem penyiraman anda. Servis sprinkler, merumpai di keliling valve dan cari semula QCV lama anda. Sediakan sprinkler tambahan yang boleh alih jika perlu.

Sprinkler boleh-alih yang di gunakan untuk menyiram kawasan yang tiada sprinkler tetap.

6. Menyimpan stok agen pembasah (wetting agent). Agen pembasah yang baik akan membantu air tembus ke bawah dan menyebabkan molekul air melekat kepada butir pasir.

Penyemburan agen pembasah yang membantu penembusan air dan air kekal lebih lama dalam tanah.

7. Membeli dan menyimpan hos air sebanyak perlu. Persediaan untuk siram secara manual kawasan yang kering. Takkan nak pasang sprinkler seluruh padang semata-mata nak siram satu bahagian saja?

Penyiraman kawasan LDS (localised dry spot)

8. Membaiki atau membeli tangki utk penyiraman terpilih di kawasan kering.

9. Kenali padang anda! Di mana kawasan akan kering dahulu? Awasi kawasan itu dan siram secara manual sebelum rumput menjadi dorman. Pengukur kelembapan tanah. Jika tak berapa kenal padang anda, jangan teka, ukur! Kalau terdesak, masih ingat pengukur suhu yang di “tembak” ke dahi pengunjung sewaktu zaman Covid dulu? Mungkin kini anda boleh gunakan utk menembak padang pula.

Untuk kesekian kalinya, saya ingin ulang bahawa masa terbaik untuk menyiram adalah pada awal pagi kerana:

  1. Biasanya awal pagi kurang angin.
  2. Matahari belum naik, cuaca belum panas maka kurang masalah air tersejat.
  3. Rumput mula mengambil air dari awal pagi bukan lewat petang masa dah separuh mati. Rumput tak ada mulut, ia mengambil air melalui akar rerambut yang sangat halus. Bayangkan anda guna straw kecik untuk minum air, anda mahu minum masa dah separuh mati kehausan atau sebelum haus minum pelan-pelan?

Masa kedua terbaik untuk siram ialah tengahari panas. TEORI BINTIK AIR AKAN MENJADI KANTA MEMBAKAR DAUN ADALAH TIDAK BENAR. Sebarang suhu atau sinar yang mampu membakar daun, akan menyejatkan air dahulu. Siraman tengahari ini adalah lebih untuk menyejukkan suhu bawah kanopi rumput terutamanya rumput yang dipotong pendek atau rumput yang di tanam atas pasir atau rumput yang stress. Tidak perlu siram lama, hanya sekadar menurunkan suhu tanah sahaja.

Sebelum siram, guna alat pengesan kelembapan tanah atau suhu tanah di beberapa tempat seluruh padang. Paling tidak pun, cucuk jari sedalam 1 inci dan test samada padang lembap atau tidak. Kalau lembap; jangan siram. Terlalu banyak siram boleh menyebabkan rumput manja dan akar jadi pendek (buat apa nak tumbuh akar dalam dalam kalau air ada di kawasan cetek?).

Anda ada cadangan atau idea lain? Sila lah bantu sesama kita dengan memberi idea dan cadangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Tentunya ini semua sekadar ramalan manusia berdasarkan kajian lepas dan pemerhatian pada kelajuan angin, cuaca semasa dan pelbagai lagi faktor; tetapi yang menentukan adalah kuasa Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan kemudiannya, kita berserah.

Advertisement

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Penamaan Rumput Bhg 1

Posted by mynormas on February 7, 2023

Baru-baru ini saya ada mengeluarkan satu video di YouTube tentamg penamaan rumput, jenis-jenis rumput dan tentang varieti rumput. Ini adalah (lebihkurang) transkrip nya. Jika anda ingin menonton nya, layari YouTube mynormas.

Zeon Zoysia, Princess 77, Bermuda, Zoysia, Paspalum Platinum TE dan kalau di padang golf, Tifdwarf, Salam, Mini Verde, GLP, Tifway 419 dan banyak lagi.
Apa kah nama-nama itu merupakan nama rumput yang berbeza? Ada berapa banyak spesis rumput di dunia?
Apakah kelebihan di antara satu dengan yang lain?
Kenapa perlu rumput yang berbeza-beza?
Dalam episod kali ni kita akan membincangkan tentang penamaan rumput, jenis-jenis rumput dan perbezaan di antara mereka.
Teruskan menonton.

Hai dan assalamualaikum
Saya Normas Yakin dari Turf Consultancy Sdn Bhd dan kepakaran saya ialah penjagaan rumput hiasan dan padang permainan.

Di padang bola, rumput yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah tentunya Cowgrass. 99% dari padang bola, taman permainan di Malaysia dikatakan sebagai rumput Cowgrass

Kalau di padang golf kita akan dengar tentang Bermuda, Zoysia, GLP, 419, Tifdwarf, Mini Verde dan beberapa jenis lagi.

Akhir akhir ini kita dengar pula padang bola milik JDT dan akan datang stadium Paroi dan stadium Nasional Bukit Jalil ditanam dengan rumput Zeon Zoysia. Di Terengganu pula, kita diberitahu bahawa padang di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dari rumput Princess 77.

Bermuda varieti Princess 77. Saya tak pasti genus & spesisnya, mungkin Cynodon dactylon?

Dalam episod kali ini, saya akan cuba memberi penerangan tentang penamaan rumput serta spesis dan varieti mereka.

Rumput yang ditanam oleh manusia boleh dibahagi kepada dua kumpulan

1. 1. Rumput pastura dan 2. Rumput hiasan.

Rumput pastura ialah rumput yang di tanam utk makanan haiwan ternakan dan rumput hiasan ialah rumput yang ditanam kerana kecantikan mereka atau ketahanan mereka utk kegunaan manusia atau kedua-duanya sekali.

Biasanya dan paling senang nya, rumput yang digunakan utk hiasan atau sukan ialah rumput tempatan kerana ia mudah di jumpai dan ia tahan kepada cuaca dan makhluk perosak tempatan.

Maka pada asalnya rumput hiasan di Malaysia adalah terdiri dari Cowgrass dan Serangoon.


Anda mungkin jarang dengar tentang Serangoon yg kurang popular kerana ia berwarna hijau muda, mempunyai daun yang lembut dan lebih cepat dorman bila tiada air. Anda akan jumpa ia banyak di padang golf kerana ia cepat membiak (ingat padang golf 18 lubang boleh sampai 150 ekar) dan boleh dipotong pendek.

Sementara itu, di selatan Amerika Syarikat mereka menemukan suatu spesis rumput yang dianggap sebagai perosak di ladang kapas, amat susah dibunuh dan amat cepat membiak, iaitu lah rumput Bermuda. Bermuda berasal dari Afrika dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan tumbuhan dan hamba abdi.

Dari Afrika ke US, mula-mula sebagai pest kepada tanaman kapas, kemudian dibiak sebagai rumput hiasan.

Pembiak dan penggemar rumput telah mendapat pelbagai pertumbuhan berbeza dari spesis Bermuda ini dan mula menggunakan nya di padang golf.

Sementara itu, pengembara Eropah ke China, Jepun, Korea dan Filipina menjumpai spesis rumput yang lebih lasak, tahan sejuk tetapi mempunyai warna semulajadi hijau muda. Seorang ahli botani dari Austria bernama Karl Von Zois telah memberi nama rumput ini sebagai Zoysia sempena namanya sendiri.

Ada banyak spesis Zoysia, kebanyakan berasal dari kawasan ini.

Sekarang kita tiba kepada masalah nama. Nama memang masalah kerana rumput sering mempunyai nama berbeza mengikut tempat. Cowgrass di panggil sebagai Elephantgrass di Indonesia, malah kalau ikut buku teks lama, ia pernah dipanggil sebagai rumput parit di beberapa tempat di Malaysia. Cowgrass di panggil sebagai Kulape di Filipina dan tropical carpetgrass di Amerika Syarikat. Dan ada orang tertukar di antara Buffalo grass dan Cowgrass.

Saya pernah menerima panggilan talipon dari kontraktor dari Perlis bahawa rumput Cowgrass yang dia bawa utk perbaiki padang di sana tak sama dengan Cowgrass sedia ada di padang itu. Begitu juga Rumput Philippine di satu nursery mungkin di panggil Rumput Manila di nursery lain.

Jadi kalau kita pergi ke nursery dan kita kata kita nak “Philippine grass” utk tampal atau baiki laman/padang kita, kita belum tentu dapat rumput yang sama dengan apa yang sedia ada. Masalah ini saya pernah lihat sendiri, di sebuah taman di Shah Alam rumput Cowgrass di tanam bersebelahan dengan rumput Buffalo grass. Manakala di Putrajaya, saya jumpa satu spesis Zoysia ditanam sebagai rumput ganti kepada satu spesis Zoysia yang lain! Lebih-lebih lagi rumput Tifdwarf di atas green padang golf. Ini saya lihat di kelab golf di Selangor dan Pulau Pinang. Saya jumpa rumput berbeza walaupun di beli dari nursery yang sama, selang beberapa tahun.

Zoysia matrella vs Zoysia tenuifolia

Utk mengurangkan kekeliruan ini, saintis telah memperkenalkan sistem penamaan botanikal berasaskan bahasa Latin.

Maka Cowgrass yang dikenali sebagai Elephant grass di Indonesia, diberi nama Axonopus compressus di seluruh dunia. Manakala Zoysia yang mempunyai bunga merah, daun kecil dan dipanggil Rumput Manila diberi nama Zoysia matrella sementara Zoysia yang mempunyai daun halus, bunga hijau dinamakan Zoysia tenuifolia atau Rumput Philippine.

Ambil perhatian bahawa semua penerangan saya adalah dipermudahkan. Ini bukan kuliah tentang agronomi atau botani, ini channel YouTube tentang padang dan rumput hiasan.

Also, ambil perhatian ni baru Bahagian 1. Sila lah mem follow laman web dan YouTube nya utk Bahagian 2. Anda ingin tukar rumput di padang bola atau padang golf anda? Pastikan anda tidak menyesal di kemudian hari. Layari YouTube mynormas/RumputTurf, Tiktok dan FB mynormas.com. Hubungi saya di mynormasATconsultantDOTcom atau 03 5131OO66 dan biarkan ia berdering hingga masuk mesej dan tinggalkan pesanan. Kami lebih banyak masa di padang dan selalunya tiada orang di pejabat.

Untuk melihat video YouTube tersebut: lihat di sini pada pukul 10:15 pagi 7 Februari 2023.

Posted in Golf Course, Landscape, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Rumput botak

Posted by mynormas on February 4, 2023

Laman anda ada kawasan botak? Terlalu kecil untuk beli rumput baru tapi terlalu besar utk buat tak nampak? Bukan itu saja masalahnya. Kalau anda beli dari luar, kadang-kadang rumput tak sama. Guna cara sprig.

Beberapa bulan dulu, saya ada tulis tentang cara penanaman dengan sprig. Sebenarnya saya menulis artikel ini di bulan November 2022, so baru dua minggu saja. Cuma saya nak laman web ini menerbitkan artikel sebulan sekali, maka saya jadual kan artikel ini di bulan Februari 2023.

Baiklah, peralatan yang anda perlukan ialah sebarang benda yang boleh membuat lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari. Anda boleh guna batang paip pendek, atau pisau yang sesuai ataupun alat pemutar skru.

Kejap, baru teringat. Nak letak satu caveat. Sprig dalam istilah sebenar ialah stolon atau rhizom. Cowgrass tak ada stolon dan rhizome dia tak macam rhizome rumput carpet lain. So, kalau laman anda Cowgrass, maka “sprig” anda dah macam sod kecik dan batang paip tak boleh digunakan, hanya pisau dan pemutar skru mata leper saja, boleh. Sebab anda kena potong sprig anda macam kek kat kedai kek kayangan (kecik tapi comel jer).

Pertama sekali, pilih tempat yang anda nak tanam semula kemudian bersihkan nya hingga satu inci ke bawah dengan tujuan nak buang penyebab kematian (kebotakan? Ha ha) kawasan itu dan buang benih rumpai. Tak ada pasir? Bajak bajak bajak dengan alat seperti di atas tadi supaya benih rumpai atau patogen penyakit di keringkan oleh matahari.

Kemudian pilih tempat yang anda nak ambik rumput utk tanam di kawasan botak. Kalau kawasan botak 1 kaki x 1 kaki, maka tempat “benih” tu 4 inci x 4 inci pun dah cukup.

Anda ada dua pilihan, pilih tempat yang di sempadan laman anda, biasanya di bawah pokok bunga, kat tepi longkang dsb. Ataupun anda boleh juga curi curi dari kawasan paling subur di seluruh laman anda (jangan pulak laman orang sebelah) utk setiap satu lubang di kawasan botak, curi satu sprig di kawasan subur.

Di kawasan botak tadi tebuk lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari.

Batang paip, kalau panjang, tak payah bongkok bongkok tapi lepas tu nak simpan mana? Janganlah guna gambar ini tanpa memberi kredit kepada laman web ini.

Lepas tu, ambik rumput di tempat yang anda pilih tadi dan cucuk ke dalam lubang yang anda sediakan.

Ini sprig rumput carpet. Kalau Cowgrass, sprig nya perlu lebih besar lagi. Kredit gambar http://www.mynormas.com

Baja? Oleh kerana ini di ambil dari laman sendiri, maka baja yang sebelum ini anda letak, dah cukup lah. Tak perlu baja khusus. Cukup lah sekadar Bismillah atau doa atau apa-apa bacaan yang patut.

Siram macam biasa. Itu satu lagi kebaikan sprig, kita tanam dah ada akar.

Berapa jauh jarak diantara lubang? Lagi jauh, lagi lambat rumput rapat. Mulakan dengan jarak 4 jari. Lepas seminggu, kalau nampak macam lambat, anda boleh saja tambah tanaman di antara dua lubang.

Lepas tu, kita berserah.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat. Bukan saya mintak pun tapi sekurang kurangnya adalah penghargaan utk saya dan harga diri utk awak

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

Profil tanah

Posted by mynormas on January 7, 2023

Kat luar negeri kan, memprofilkan orang ni salah tau. Kita tak kenal orang tu tapi berdasarkan warna kulit atau asal usul dia, kita memprofilkan dia sebagai jahat, pemalas atau tamak.

Lebih lah jarang kita nak periksa profil tanah sebelum kita membuat keputusan tentang sifat tanah di suatu tempat yang baik atau bermasalah.

Tahu kah anda tentang kewujudan suatu alat untuk memeriksa profil tanah?

Berbelas tahun dulu, saya di panggil kerja di sebuah kelab golf yang mempunyai masalah di atas green mereka.

Bila saya periksa profil tanah, saya dapati mereka mempunyai beberapa masalah. Pertama mereka tidak menggaul bahan organik ke dalam zon akar mereka dengan betul. Ini menyebabkan ada lapisan bahan organik tulin yang tidak memainkan peranan nya sebagai pemangkin pertumbuhan.

Yang hitam tu organik. Yang hijau bawah nya tu ialah zeolite sejenis soil amendment.

Selingan: kami di padang golf tak guna “topsoil”. Sejak puluhan tahun iaitu sekitar 1960an, sistem penanaman rumput di atas pasir telah di popular kan samada menggunakan sistem USGA, California atau hybrid di antara dua sistem itu. Kami gunakan apa yang dipanggil sebagai rootzone atau zon akar iaitu lapisan setebal lebih kurang 100mm atau 4 inci yang di campur dengan 5 – 10% dari isipadu nya dengan bahan organik. Bergantung pada cuaca tempatan, ada tempat yang menambah pula dengan 5% dari isipadu pula dengan amendment yang amat lambat reput tetapi berfungsi memegang air dan nutrien.

Masalah kedua padang ialah kerja-kerja hias-atas atau topdressing yang dilakukan secara jarang-jarang tetapi dengan tebal. Ini menyebabkan pelapisan atau layering yang melambatkan pergerakan air ke dalam tanah.

Pelapisan tanah (soil layering). Bila hias-atas dilakukan jarang-jarang tapi tebal tebal.

Jadi, air lambat turun, akar jadi pendek dan oleh kerana tiap-tiap green ada masalah unik berbeza dari green ke green, maka tiap-tiap green akan ada sifatnya sendiri yang menyusahkan pemain golf yang mahukan semua green mempunyai sifat yang hampir sama.

Penyelesaian nya?

Ka-boom!

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat.

Posted in Golf Course, Greens, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Tanam Sprig

Posted by mynormas on October 15, 2022

Bagaimana kita tanam rumput dengan jimat tapi lambat? Kita sprig.

Patut nya hari ni 15 Oktober 2022 saya upload story tentang greenspeed ya? Artikel nya dah siap tapi saya tangguh ke bulan November sebab ada artikel lain yang saya nak keluarkan yang saya kira lebih penting utk lebih ramai pembaca.

Ada dua cara utk tanam rumput iaitu dengan cara vegetatif dan cara bijibenih. Kita panggil cara pertama ni “vegetatif” kerana ia menggunakan bahagian tumbuhan yang hidup. Cara ini terbahagi pula kepada cara stolon dan sprig. Saya kira penanaman cara sod pula ialah perpindahan rumput dari satu tempat ke tempat lain.

Cara paling mahal ialah dengan sod kerana kita pindah kan rumput sedia ada. Mungkin 100% iaitu nak tanam satu padang, kita beli rumput dari satu padang lain. Murah sikit kalau kita tanam 80% sahaja dari luas kawasan dengan rumput sod. Paling murah cara sod ialah kalau kita beli 50% saja rumput dan tanam macam papan dam, bayangkan yang hitam tu rumput dan yang merah tu di isi pasir halus sampai paras sod sebelahnya.

Lebihkurang 10 tahun lalu, sebuah padang golf yang saya adalah konsultan nya mengalami masalah rumput mati. Mati dalam kawasan yang luas. Nak beli sod rumput Tifdwarf banyak 1. bukan nya murah dan 2. oleh kerana Tifdwarf adalah rumput hybrid (senang cerita rumput kawin) belum tentu rumput sod yang di beli, sama dengan rumput sedia ada.

Jadi kami, iaitu saya dan Superintendent padang itu, En. Bakri, memformulasi utk menggunakan rumput dari green yang paling lasak di padang itu utk tanam di kawasan botak.

Idea nya bagus, tapi takkan nak kopek seluruh green 17 (contoh) nak tanam kawasan mati di green 3, 7, 11 dan 15 (contoh! Dah 10 tahun, tak ingat sangat dah)?

Jadi kami gunakan cara sprig. Iaitu kami potong sod dari green 17 (con…toh) dan bawa ia ke green yang ada kawasan mati.

Sod dari green yang power.

Di kawasan mati itu, kami gunakan serampang berongga lama untuk tebuk lubang di tanah.

Tebuk tebuk tebuk.

Menggunakan serampang berongga saiz yang sama, kami tebuk pula di sod tadi utk mendapatkan “benih” rumput pula.

Ini lah rupa “benih” nya

Kemudian kami cucuk benih tadi ke dalam lubang tersebut.

Cucuk cucuk cucuk.

Kemudian kami siram dan tunggu. Ambil masa juga utk rumput ni tumbuh rapat rapat. Lebih kurang satu bulan juga. Ingat! Ini atas green yang dah established, kalau kita nak buat di tempat baru disediakan tanah kerana tanah nya lembik dan lembut. Mungkin sampai 4 bulan.

Kalau tanam sod, jauh lebih cepat siap dan cepat boleh digunakan. Cara sprig, murah kerana satu sod 1 kaki x 1 kaki boleh tanam kawasan 3 kaki x 3 kaki. Tapi lambat lah siap nya.

Jadi, anda nak murah ke, anda nak cepat siap?

Selain dari contoh sprig di atas, ada lagi cara sprig yang anda boleh jumpa di laman web ini.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Ciri-ciri Stadium

Posted by mynormas on August 5, 2022

Apakah ciri ciri stadium yang baik? Menurut pendapat penulis sukan luar negara, sebuah stadium di ukur pada sifat berikut.

  • Design yang baik. Samada ia cantik hingga menjadi mercutanda iconic ataupun bersifat functional memberi kemudahan kepada pengguna. Atau lebih baik, kedua dua sekali.
  • Keselamatan. Keselamatan struktur menampung beban, keselamatan penonton keluar masuk, keselamatan sewaktu kebakaran atau lain-lain kecemasan dan sebagainya.
  • Peminat. Majalah online stadiumdb.com menjelaskan bahawa pembinaan yang mampu memberi pengalaman yang bersemangat kepada penonton adalah satu ciri stadium yang baik. Ini termasuk ciri acoustic yang mungkin memberi gema kepada sorakan penonton. Tentunya tandas yang mencukupi (dan hampir) serta tempat membeli makan dan minum.
  • Lokasi sebuah stadium. Umum mungkin berpendapat bahawa bina stadium di mana pun, penonton akan datang (ala petikan “build it and they will come” dari filem Field of Dreams) tapi sebenarnya stadium yang baik ialah stadium yang berdekatan dengan kawasan penduduk dan/atau jalan raya dan pengangkutan awam.
  • Pengurusan padang yang baik. Bukan sahaja tentang pembinaan padang tetapi peruntukan utk penyelenggaraan akan datang seperti tempat penyimpanan baja, racun, pasir, mesin, tempat pembancuhan baja atau racun, bilik kerja penyelenggara (utk asah pisau, cas bateri, berehat dsb).
  • Parkir (dan jalan masuk/keluar) yang mencukupi. Parkir yang cukup tetapi jalan masuk/keluar tidak dirancang dengan baik akan membangkitkan kemarahan orang dengan cepat. Malah, ada penulis yang mencadangkan bahawa stadium mempunyai parkir yang amat terhad dan memaksa penonton hanya berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam.

Memang lah, sebuah stadium milik sebuah kelab bolasepak seharusnya di gunakan hanya untuk bolasepak tetapi realiti nya ialah tidak banyak kelab bolasepak yang mampu menampung kos selenggara dan operasi sebuah stadium semata mata dari kutipan tiket perlawanan sahaja apatah lagi bayaran pinjaman atau susutnilai kos pembinaan nya.

Saya pernah menghadiri suatu seminar anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA) sebagai seorang moderator. Saya lihat topik selepas saya ialah tentang F&B (makan dan minum) maka saya berniat utk keluar dari dewan dan networking. Baru nak keluar saya dengar penceramah berkata dalam bahasa Inggeris “dahulu stadium ini digunakan 25 hari setahun iaitu hanya utk perlawanan kini ia digunakan 365 hari setahun”.

Tentunya saya terkejut. Penceramah selanjut nya menjelaskan bahawa stadium itu kini – selepas diubahsuai – digunakan utk banquet, majlis perkahwinan, mesyuarat, tempat lawatan pelancong dan pelbagai lagi.

Kita akan bincang tentang kepelbagaian penggunaan stadium dalam realiti komuniti di Malaysia akan datang.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang di stadium anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Fields, Maintenance, Padang, Padang Bola, stadium | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Rumput di padang bola Malaysia

Posted by mynormas on April 2, 2022

Secara lazimnya rumput di padang bola di Malaysia adalah terdiri dari rumput Cowgrass, tetapi kini banyak padang yang telah bertukar kepada rumput jenis lain. Kini kita sedang mendengar tentang suatu rumput yang dinamakan Zeon Zoysia dan di Terengganu serta di padang latihan FAM Kelana Jaya: Bermuda Princess 77.

Pandangan rumput hijau dengan jalur seperti papan dam boleh menaikkan semangat penonton yang menonton di stadium dan lebih-lebih lagi di peti televisyen. Sekali imbas nampak macam padang kelab bola di England. Dua kali imbas…

Ada tiga jenis rumput utama di gunakan secara rasmi di stadium di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang secara sedar atau tidak, menggunakan, Buffalograss, Serangoon dan juga rumput campur-campur.

Cowgrass

Saya tak berminat nak menggunakan istilah ‘rumput lembu’ walaupun ia pernah digunakan kerana ia adalah terjemahan langsung yang mungkin memberi makna berbeza  jadi kita kekalkan nama cowgrass.

Nama saintifik atau nama Latin yang banyak digunakan di Malaysia merujuk kepada Paspalum conjugatum atau Axonopus compressus. Saya lebih berpihak kepada A compressus; malah ada seorang pakar yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau). Anda boleh baca tentang perbezaan mereka di dalam tulisan saya sebelum ini.

Cowgrass di sebelah Buffalograss di sebuah taman milik Majlis Bandaraya.

Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat di Malaysia. Ia lasak, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding yang dua lagi. Dengan sistem pengairan moden sekarang, kelebihan tersebut tidak lagi relevan.

Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.

Ia mempunyai akar yang pendek jadi ada pemain bola yang berpendapat bahawa cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bila ‘sliding tackle’ di buat rumput akan mudah tercabut. Dimasa yang sama, Cowgrass juga mempunyai daun yang besar dan lembut (berbanding spesis rumput hiasan lain); kebaikannya ialah ia lambat panjang (lagi sekali; secara perbandingan) dan lebih tahan kepada redup kerana mempunyai luas permukaan lebih besar utk fotosintesis, malangnya sifat daun lebar dan lembut tidak digemari pemain bola dan pemain golf kerana bola akan duduk lebih dalam dan lebih sukar di sepak atau dipukul.

Rumput Cowgrass.

Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan cowgrass setara dengan rumput fairway lain.

Kalau di jaga dengan betul, Cowgrass juga boleh menjadi padang yang cantik (tapi tak semestinya digemari oleh pemain).

Rumput Zoysia

Rumput ini pada pendapat saya, menjadi rumput ideal untuk padang. Ia tumbuh rapat, mempunyai daun yang keras yang akan memegang bola untuk memberi peluang sepakan bola yang baik untuk pemain . Ia juga tahan kemarau. Jika di jaga dengan baik, rumpai liar sukar masuk. Ada tiga spesis Zoysia utama yang dapat dikesan di Malaysia; Zoysia matrella, Zoysia tenuifolia (yang selalu dipanggil sebagai Philippine grass) dan Zoysia Japonica. Saya ada menulis tentang kekeliruan dan perbezaan dua spesis Zoysia sebelum ini.

Pandangan dekat tentang dua spesis Zoysia yang berbeza.

Untuk pengetahuan; Zoysia matrella digunakan sebagai rumput fairway dan rough di padang golf dan Zoysia tenuifolia dijual sebagai rumput halaman di kebanyakan nursery di Malaysia. Saya tidak dapat jumpa lagi Zoysia japonica setakat ini tetapi saya mungkin terkeliru di antara tenuifolia dan japonica.

Yang tak bestnya tentang Zoysia biasa (atau Zoysia original) ialah

  1. kebanyakkan spesis Zoysia berwarna hijau muda – walau banyak mana baja di campak ke atasnya;
  2. ia lebih tumbuh menegak dari menjalar, ertinya kena rajin memotong kerana ia cepat panjang.
  3. Di masa yang sama ini (kecenderungan tumbuh menegak dari menjalar) juga bermakna ia lambat pulih dari kerosakkan dan mengambil masa yang lama utk digunakan selepas tanam.
  4. Daunnya mempunyai unsur silica yang menjadikannya keras. Tetapi kekerasan itu yang akan cepat menumpulkan pisau. Jangan keliru; sifat ini juga menyebabkan ia rumput yang digemari pemain.
  5. Kesemua perkara di atas menjadikan kos penjagaan Zoysia lebih tinggi berbanding rumput Bermuda dan Cowgrass. Tetapi, jika Bermuda dan Cowgrass di jaga pada tahap yang sama yang dipaksa ke atas Zoysia iaitu pembajaan berkala dan pemotongan menggunakan pisau reel atau flail, maka perbezaan kos tidak lah setinggi mana.

Saya berpendapat; jika stadium mampu tahan kos yang tinggi, Zoysia berbaloi untuk di gunakan sebagai rumput padang, tambahan pula kini ada kultivar atau hybrid yang berwarna hijau gelap; salah satunya ialah Zeon Zoysia. Saya kurang jelas samada Zeon Zoysia adalah kultivar (cultivated variety) atau hybrid tapi pada asasnya; ia adalah satu keturunan dari Zoysia matrella dan membawa ciri Zoysia matrellla yang tahan redup dan lasak bersamanya.

Nursery Zeon Zoysia di Thailand
Zeon Zoysia secara dekat

Rumput Bermuda

Bermuda adalah rumput yang popular di padang golf di Malaysia kerana ia mudah di tanam, mudah di bela dan adalah rumput import yang murah. Ada banyak spesis, hybrid dan kultivar yang di tanam di Malaysia. Kadang-kadang – saya nampak serupa aje dari satu jenis ke jenis yang lain tapi tuan punya padang marah kalau saya cakap macam tu.

Rumput Bermuda juga di kenali dengan nama rumput Couch dan mempunyai variety, kultivar dan hybrid yang amat banyak.

Jenis Common Bermuda, Tifway 419, Tifdwarf dan Greenlees Park adalah kultivar atau hybrid yang paling banyak di temui di Malaysia. Selain itu, jenis Numex Sahara dan Windsor Green telah cuba di tanam di Malaysia tanpa kejayaan. Satu-satunya padang stadium yang ditanam dengan Bermuda ialah di Terengganu yang menggunakan Bermuda Princess 77. Terkini, padang latihan FAM di Kelana Jaya juga sedang – pada waktu artikel ini ditulis pada April 2022 – ditanam dengan Bermuda Princess 77.

Rumput Bermuda sangat cepat membiak dan di takuti sebagai rumpai di kawasan ladang-ladang kapas di Amerika Utara. Sifat cepat membiak ini memberikan ia kelebihan cepat pulih dari kerosakkan dan serangan serangga atau penyakit. Kebanyakkan jenis Bermuda berwarna hijau gelap dan tidak perlu pembajaan yang tinggi. Malangnya seperti biasa, ini adalah punca kepada kelalaian pembajaan dan ini membawa kepada kerosakkan kebanyakkan padang golf Bermuda di Malaysia.

Bermuda Princess 77 di Terengganu
Pandangan dekat Bermuda Princess 77 di Terengganu (maaf, saya lupa bawak pembaris jadi guna tali tape milik stadium)

Rumput Serangoon.

Rumput ini bukan rumput rasmi yang ditanam di padang di Malaysia tetapi ia tumbuh sebagai rumpai dan kerana ia cepat merebak, mempunyai rupa hampir sama dengan Cowgrass dan ada padang yang dah hampir 70% ditumbuhi Serangoon tanpa sedar, maka ia diterima pakai juga tanpa sedar. Ia juga tidak mengganggu permainan.

Ia mempunyai warna hijau berbeza sedikit sahaja dari Cowgrass dengan daun yang sedikit lebih kecil.

Kelemahan Serangoon ialah ia cepat dormant bila cuaca panas tetapi ia lebih cepat pulih dan merebak berbanding dengan Cowgrass; di padang yang tiada sistem pengairan yang baik, saya akan dapati banyak Serangoon.

Perbandingan Serangoon dan Cowgrass. Kena letak nama sebab ada orang ciplak gambar tanpa beri kredit; tak malu ke ha?
Dari jauh, tak nampak pun yang mana Serangoon dan yang mana Cowgrass kan?

Rumput macam-macam

Saya pernah tengok padang bola yang mempunyai padang di penuhi dengan rumput yang saya kenal sebagai Buffalograss (bunganya macam Cowgrass tapi daunya hijau muda dan lebih kecil) dan ia memberi hasi yang memuaskan. Untuk hasil yang lebih cantik, saya mencadangkan pembajaan menggunakan baja foliar (kerana penyemburan lebih tepat) untuk menjadikan padang lebih hijau.

Rumput Lovegrass mampu menjadi permukaan permainan yang baik, malangnya bunganya yang melekat di seluar menjadikan ia rumput yang di benci.

Banyak padang bola di Malaysia yang mempunyai rumput yang bercampur-campur kerana tidak di bela dengan baik. Adakah ini boleh diterima? Asalkan konsep utama penyelenggaraan padang di pegang: supaya padang adalah adil dan selamat kepada semua pemain, ia bukan masalah besar.

Jenis rumput sepatutnya tidak penting kepada permainan tetapi pilihan terpulang kepada stadium atau tuanpunya padang  itu sendiri. Mereka mempunyai alasan sendiri untuk pilihan asal sewaktu pembinaan. Malangnya, selalunya padang akan ‘hancur’ bila tiba waktu penyelenggaraan jangka masa panjang. Lebih banyak perhatian di beri kepada tempat duduk dan kawasan VIP daripada kepada kawasan padang (dan tandas awam).

Walau apa pun rumput yang digunakan, nasihat saya ialah supaya mempunyai rejim dan rutin yang tetap untuk penjagaan dan penyelenggaraan. Tetapkan pembajaan setiap bulan atau dua bulan atau empat bulan atau enam bulan; jangan sekejap baja sekejap tak baja. Adakan rutin pengudaraan dan dethatching yang sepatutnya menurut keperluan, jangan tak buat.

Banyak padang yang rosak; walau apapun rumput nya, kerana penjagaan dan penyelenggaraan yang tidak di lakukan menurut jadual atau tidak di lakukan langsung atas nama mengurangkan kos. Ada banyak cara saya boleh cadangkan untuk mengurangkan kos  dengan tidak menjejaskan kesihatan fairway. Contohnya tukar jenis baja, tinggikan K, kurangkan N, guna foliar; jangan dethatch tapi guna slicer dan sebagainya.

Selagi profesionalisme penyelenggaraan tidak di atasi, tanam lah rumput apapun, walaupun Cowgrass, ia akan menjadi padang yang tidak di gemari tidak lama lagi.

Pemilihan Rumput

Saya pernah menulis tentang cara untuk memilih rumput dengan menjawab tiga persoalan penting iaitu memikirkan tentang 3K iaitu Kegunaan, Kemampuan dan Keadaan. Anda boleh baca di sini tentang cara itu tapi mungkin saya tak cerita tentang pengalaman saya mencadangkan rumput Zoysia di sebuah stadium di bandaraya tetapi dimalukan bila cadangan saya ditolak saat terakhir kemudian rumput yang mereka pilih tak menjadi; cari saya balik.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Kita Kasi itu Rumput.

Posted by mynormas on February 23, 2022

Terdapat empat negara di dunia ini yang mengamalkan pengkasian secara kimia ke atas pesalah-pesalah seks. Dalam industri rumput, kita juga mempunyai bahan kimia yang menyebabkan rumput “tidak naik”.

Saya pernah menghadiri suatu pameran mesin pemotong rumput di utara semenanjung yang dipenuhi oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Salah seorang dari mereka bertanya kepada saya mesin yang boleh potong diwaktu musim hujan. Dia mempunyai masalah memotong rumput kawasan basah kerana bekas tayar mesin meninggal kan kesan buruk malah merosakkan padang. Dia nak cari mesin potong yang mempunyai tayar besar atau terapung (?)

Saya jawab, “potong secara kimia”

Macamana tu? Dengan menggunakan bahan kimia yang akan membantutkan pertumbuhan rumput atau plant growth regulator (PGR). Menggunakan PGR ini memaksa rumput utk mengurangkan pemanjangan batang dan daun maka melambatkan pertumbuhan mereka. Ini mampu mengurangkan kekerapan pemotongan dan menjadikan padang kelihatan lebih kemas. Tentunya dia tak percaya dan tak berminat. Mungkin mesin potong terapung lebih menarik.

Secara tidak langsung bila potong, sampah kurang dan penambahan thatch juga terkawal. Pengalaman saya, spesis Zoysia sangat memerlukan PGR kerana Zoysia tumbuh pada kadar yang cepat. Begitu juga dengan padang yang menggunakan Bermuda Tifway 419 yang mempunyai stolon yang lebih ternaik berbanding Bermuda lain; penggunaan PGR membantu membenam stolon dan padang kelihatan lebih cantik.

Saya gunakan dengan banyak sewaktu saya kerja di padang golf dan saya masih menggunakan nya semasa di padang bola. Kerana kadar yang diperlukan amat sedikit, sebotol boleh bertahan berbulan bulan. Selain dari digunakan sewaktu menyembur baja mikronutrien, saya juga gunakannya dalam bancuhan cat buat garisan padang. Pelambatan rumput yang ada garisan ni panjang, menyebabkan cat tahan lama sedikit (faktor hujan dan siraman perlu di ambil kira juga).

Di padang golf yang sebesar ratusan ekar saya tambah penggunaan PGR di tebing bunker dan lereng bukit seminggu sebelum bulan puasa. Ini kerana saya kurangkan tenaga kerja utk potong tebing dan lereng dan sebarang kerja manual sewaktu bulan puasa. Jadi, bulan puasa saya boleh fokus kepada kerja pengudaraan tanah green.

Di musim hujan hujung tahun pula (ni cerita sewaktu musim hujan lebih boleh dijangka berbanding sekarang) saya sembur di hampir semua kawasan yang saya potong sebab saya kurang kan nak risau tentang rumput panjang tetapi tak boleh potong kerana padang basah.

Terkini, ada “krisis” berlaku di Malaysia kerana PGR jenis Maxx dah habis dan yang ada hanyalah jenis EC. Pengguna dan penjual pun jadi nervous (mungkin bukan anda, orang lain lah) sedangkan kedua dua botol mempunyai bahan aktif yang sama iaitu trinexapac ethyl (pada kuantiti berbeza) walaupun bahan lengainya adalah berbeza.

Sebenarnya EC (emulsified compound) adalah PGR ori, Maxx ni baru dicipta kerana bahan lengai dalam EC mempunyai bau yang tengik dan dalam Maxx ni tiada bau, so mereka jual lebih mahal sedangkan bahan aktif kurang.

Siapa sangka pengguna lebih mahu jenis Maxx? Malahan, saya tak sangka ramai lagi profesional di bidang rumput (I’m looking at you Course Superintendents) yang masih tidak menggunakan PGR di tebing bunker dan slope bukit. Bukan kah ini peluang utk dapatkan rumput yang cantik (tambah baja foliar tiap 2 bulan) dan tulin (selang sebulan dengan racun rumpai selektif) sambil mengurangkan pemotongan?

Kenapa hanya guna di green utk dapatkan greenspeed sedangkan itu belum dibuktikan pun? Guna lah di fairway kerana masa itu juga boleh spray baja mikronutrien utk mendapatkan kehijauan lebih pekat dan jika fairway anda ialah Bermuda atau Zoysia, anda boleh juga campur dengan racun memilih (selective herbicide) sewaktu spray PGR ni.

Baru saya mengerti takat mana industri potong rumput di Malaysia ni traditional dan conservative: takut pada perubahan.

Empat negara itu ialah Indonesia, Republik Czech, Ukraine dan Pakistan. Anda boleh baca tentangnya di sini.

One-Time
Monthly
Yearly

Menulis dan mengelola laman web ini memerlukan wang dan masa. Sedikit bantuan dari anda amat dihargai.

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Kenapa padang golf Malaysia lebih baik dari padang bolanya? Bhg 1

Posted by mynormas on February 23, 2021

Seorang jurulatih bola sepak pernah memberitahu saya bahawa pemain dari luar negara sering bertanya kepada dia, kenapa di Malaysia padang golf lebih baik keadaannya dari padang bolanya?

Tentunya ia bukan ukuran yang boleh merangkum semua padang bola dan semua padang golf di Malaysia. Saya membuat beberapa kesimpulan sendiri: pertama, bahawa ramai pemain bola – terutamanya dari luar negara – adalah juga pemain golf  dan keduanya, mereka tidak bermain di SEMUA padang golf di Malaysia, mungkin hanya padang terkemuka di sekitar ibu negeri di Malaysia.

Namun, bila dibandingkan keadaan padang secara umum, pada pendapat saya ada beberapa sebab seperti berikut yang memberi kesan kepada persepsi di atas.

  1. Profil tanah
  2. Bajet
  3. Ilmu
  4. Cara pembinaan
  5. Mesin
  6. Roll

Mungkin ada beberapa sebab lagi tapi jika anda fikirkan bahawa salah satunya ialah penggunaan padang golf tidak “seganas” penggunaan padang bola; anda silap. Padang golf digunakan hampir setiap hari iaitu 365 hari setahun, dari 7.30 pagi hingga gelap malam (itupun ada padang golf yang ada lampu utk permainan malam). Padang golf rata-ratanya menggunakan rumput import dan ada yang dipotong serendah 3mm (bayangkan 3-4 keping duit siling 50 sen).

Jika ada padang bola yang kata “tak mungkin boleh guna lasak tetapi masih cantik” ; saya kata boleh dan sebab utamanya ialah kerana padang golf boleh pindahkan lubang (umpama gol di padang bola) dan tee (tempat sepak-mula) mereka sekerap yang mereka mahu. Bila saya cadangkan pemindahan tiang gol setahun sekali sebanyak 1m ke kanan dan 0.5m ke hadapan kepada padang bola; saya hampir ditertawakan.

Padang golf juga mempunyai pasukan penyelenggara yang cekap dan lengkap dengan peralatan untuk menggantikan kawasan yang rosak atau mati dengan rumput baru jika pembajaan khas, pengudaraan tanah atau hias-atas tidak membantu.

Kebanyakan padang bola akan membiarkan kawasan depan gol, tempat larian penjaga garisan dan tempat sepak-mula; botak atau mati dengan gelengan kepala dan tudingan jari.  

Tapi dalam artikel ini saya nak fokuskan kepada profil tanah. Secara spesifiknya kepada konsep “tanah atas” atau topsoil yang tidak lagi digunakan secara rasmi di padang golf tetapi digunakan secara luas di hampir semua padang bola (mungkin kecuali padang bola yang direka atau ditanam oleh orang putih atau orang Jepun).

Saya tak nafikan ada juga padang golf yang masih kata mereka mahukan topsoil tapi itu biasanya akibat tabiat lama yang di bawa ke tempat baru.

Kenapa saya anti-topsoil? Ada beberapa sebab:

  1. Kerana dikebanyakan masa, ia tidak didefinasikan
  2. Selalunya ia datang dalam bentuk tanah liat yang mudah mampat. Tanah liat ini dan digabungkan dengan kegemaran “menggelek” oleh kebanyakan penjaga padang, menyebabkan padang itu menjadi keras sewaktu musim kering dan lecak di waktu musim hujan.
  3. Jika ia betul-betul tanah atas, ia berpotensi mengandungi pelbagai bahan flora (yang akan muncul sebagai rumpai) dan fauna (yang mungkin patogen penyakit atau serangga perosak rumput).
  4. Kesuburan tidak sekata topsoil; contohnya, utk mendapatkan tanah atas setebal 100mm (empat inci) utk padang seluas 6,000 meter persegi (padang bola 100m x 60m) kita perlu korek tanah sedalam 200mm (lapan inci) di kawasan seluas 3,000 meter persegi atau 300mm di kawasan seluas 2,000 meter persegi. Kesuburan topsoil di 100mm atas tak akan sama dengan topsoil 250mm di bawah, dan topsoil di satu kaki persegi di “sini” tak mungkin akan sama dengan kesuburan topsoil di “sana”. Maka jika kita taburkan topsoil di padang, kesuburan di padang juga tidak sama.

Padang golf tidak lagi menggunakan “topsoil” sejak 1960an bila Cara USGA diperkenalkan. Malangnya Cara USGA terlalu rumit dan perlukan piawaian pasir yang terlalu ketat. Maka beberapa orang professor dari universiti dari California memperkenalkan cara baru yang dipanggil “cara California”. Ada yang merasakan ini terlalu mudah dan menggabungkan kedua-dua sistem mendapatkan sistem “hybrid California”.

Padang-padang sukan di barat juga tidak ketinggalan dan mengambil pelajaran dari sistem-sistem tersebut dan mengolah cara mereka sendiri tanpa lagi menggunakan “topsoil”.

Jangan salah faham dan mengatakan bahawa “Orang barat bolehlah; mereka banyak duit”. Jika bajet adalah isu, mereka mempunyai satu cara yang dinamakan “native soil” field. Mereka tidak menipu diri sendiri dengan kata mereka mengimport topsoil yang subur, sebaliknya mereka hanya meracun tumbuhan di atas tanah yang mereka mahu bina padang, bajak, ratakan, camber (sebutannya kemb-ber) supaya air boleh mengalir atas permukaan dan kemudian tanam rumput di atasnya. Kosnya jauh lebih murah dari mengorek keluar tanah dari bawah dan gantikannya dengan “topsoil” yang kononya di import dari bukit 20km dari tapak tetapi akan memberi hasil yang sama dengan tanah “native soil” tadi.

Secara ringkasnya, apa yang padang golf Malaysia dan padang bola di negara barat buat ialah membuang lapisan permukaan sedalam hingga 18 inci (lebih kurang, tengok sistem mana yang digunakan) hingga tanah itu kelihatan seperti sebuah mangkuk atau pinggan dalam dan selepas meletakkan longkang subtanah di bawah dasar mangkuk itu, pasir diletak di atasnya. Sebanyak mana anda letak topsoil sebanyak itulah pasirnya dari enam hingga ke 18 inci.

Profil tanah padang golf (bukan green).

Secara teorinya, apa yang berlaku ialah pasir akan memberi laluan mudah kepada air untuk meresap ke bawah dari “topsoil” yang sebenarnya adalah tanah liat.

Jika anda kata “Eleh… padang kat kampung dah 20 tahun elok jer”. Saya rasa kampung anda adalah salah satu tempat bertuah dulu-dulu bila kontraktor benar-benar menggunakan “topsoil” yang mempunyai nisbah pasir kepada bahan organik yang baik.

Jika anda ingin bersikap defensive dan berkata “eh! Aku pakai pasir lah lepas tu aku letak topsoil kat atas nya”. Jika anda gunakan “topsoil” yang mempunyai tanah liat, hasilnya tetap sama. Tanah liat itu akan menghalang atau melambatkan aliran air ke bawah. Malah, pada jangkamasa panjang, butiran halus dari tanah liat akan berhijrah (migrate) ke lapisan pasir dan menyumbat ruang di antara ketul-ketul pasir di bawahnya. Begitu juga jika anda meletak pasir di atas lapisan tanah liat. Tanah liat akan menghalang air turun ke bawah.

Tanah liat menghalang atau setidaknya melambatkan air dari turun ke bawah.

Baiklah, apa alternatifnya? Apa cadangan saya untuk mendapat padang yang mengalirkan air ke bawah dengan lebih cepat supaya padang boleh digunakan dengan segera? Adakah kos nya lebih tinggi? Adakah teknologi nya terlalu canggih sehingga kontraktor biasa di Malaysia tak dapat buat?

Walau tinggi mana saya belajar atau banyak mana pengalaman saya, kalau bukan orang putih yang kata, tak ada orang Malaysia yang nak percaya kan? Maka saya petik nama dua orang putih; Dr. John Madison dan Mr Bill Davis dari University of California yang selepas membuat beberapa ujikaji mengatakan bahawa meletakkan pasir di atas sistem saliran longkang subtanah adalah cara yang boleh diterima utk membina padang golf.

Di bahagian empat inci (ada orang buat dua inci sahaja) teratas, mereka campurkan bahan organik sebanyak 5 – 10% mengikut isipadu utk dijadikan sebagai “zon akar” (root zone). Salah satu kesan sampingan di sini ialah kesuburan padang anda akan sekata kalau anda bancuh bahan organik tadi dengan sekata berbanding jika anda guna tanah atas yang mungkin lebih subur di sebelah kanan padang dari sebelah kiri kerana punca tanah atas anda TIDAK MUNGKIN dari sumber yang sama.

Tapi awas, cara pembinaan ini memerlukan penyiraman yang berterusan pada peringkat awal. Pada peringkat seterusnya, Malaysia mempunyai lebih kurang dua bulan kemarau dan selebihnya adalah bulan yang mempunyai hujan. Asalkan anda ada paip tepi padang dan hos panjang serta jadual pembajaan yang tetap, insya Allah padang anda boleh lebih banyak kali digunakan dari padang yang di buat dari “tanah atas” (topsoil) yang silap-silap mempunyai benih pelbagai jenis rumpai ataupun pokok!

Akan datang kita akan bincang lagi sebab-sebab lain kenapa padang golf di Malaysia secara amnya lebih baik dari padang bola Malaysia.

Jika anda inginkan lebih maklumat (rujukan dari orang putih) anda boleh baca huraian lanjut di sini.

  1. “The Shocking Truth about Topsoil” dari Michigan State University http://msue.anr.msu.edu/news/the_shocking_truth_about_topsoil
  2. “Topsoil 101” http://What www.bhg.com/gardening/yard/soil/topsoil/
  3. “What is topsoil? Definition and Composition” http://study.com/academy/lesson/what-is-topsoil-definition-composition-uses.html
  4. “Purchasing Topsoil” dari University of New Hampshire. Ini lagi best; dia warning tentang racun yang masih ada dalam topsoil akan memberi kesan dalam tumbuhan akan datang.  http://extension.unh.edu/resources/representation/Resource000492_Rep514.pdf
  5. “Topsoil Quality Guidelines for Landscaping” dari Utah State University http://forestry.usu.edu/files/ uploads/AGSO02.pdf
  6. “Sand-based Athletic Fields”  dari Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Sand-based_athletic_fields
  7. “Root zones for High Traffic Turfgrass Areas” dari Ohio State University http://www.oardc.ohio-state.edu/ss540/chapters/SWSGCch6.pdf
  8. “Selecting Sand-Dominated Rootzones for Sports Fields” dari Penn State University  http://www.sportsbuilders.org/events/presentations/Orlando_2C.pdf
  9. “Rootzone” dari Sports Turf Managers Association atau STMA  http://www.stma.org/sites/stma/files/Technical_Resources/Rootzone.pdf
  10. “Managing Soil vs Sand Sports Fields” Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs, Ontario, Canada.  http://www.omafra.gov.on.ca/english/crops/facts/soilsand.htm

Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama. 

Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan. 

Sila sudi klik gambar iklan di bawah artikel in, ia adalah sumber pendapatan untuk laman web ini. Terima kasih.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Fields, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, stadium | Tagged: , , , | 1 Comment »

Kontrak Jaga Padang

Posted by mynormas on December 17, 2020

Saya banyak jumpa spesifikasi kontrak penyelenggaraan padang dalam bentuk BQ (Bill of Quantity) atau spesifikasi biasa. BQ atau spec yang saya tengok saya rasa tak boleh terima tetapi selalu nya saya beritahu diri saya bahawa biarlah, kerana: 1. ada orang sensitif bila ditegur, 2. ada orang yang tak dapat ubah apa-apa kerana mereka hanya menurut arahan, 3. ada yang tidak mahu fikir banyak kerana copy-paste lebih senang. 4. Tak semua padang sama dan tak semua keperluan sama. Tambahan pula, 5. siapa lah saya nak tahu dan betul semua.

Tetapi baru-baru ini saya terima satu spesifikasi penyelenggaraan padang yang, termasuk item utamanya ialah, “menyapu padang tiga kali sehari”. Saya fikir bahawa saya sendiri tidak menyapu rumah saya tiga kali sehari (awak ada?), macamana agaknya nak sapu padang tiga kali sehari? Ingat, padang biasa ialah 70 x 110m iaitu 7,700 meter persegi; agak-agak berapa lama nak siap sekali sapu?

Saya juga jumpa spec yang mengatakan pemotongan padang ialah pada setiap 1hb, 10hb dan 20hb. Atau adakah ianya 10hb, 20hb dan 30hb? Saya pun keliru… kalau Februari macamana? Memotong rumput setiap 10 hari akan memotong terlalu banyak daun (kerana kadar pertumbuhan rumput yang tinggi, terutamanya selepas pembajaan atau sewaktu musim hujan). Setiap kali potong, rumput tinggal batang sedangkan rumput perlukan daun untuk buat makanan melalui proses fotosintesis). Diburukkan lagi jika memotong dengan mesin sandang yang akan memotong serendah mungkin.

Saya nak cuba bantu agar terdapat suatu piawaian, suatu kesedaran bahawa penjagaan padang bukan sekadar potong, siram dan baja sekali-sekala, saya kira ada 13 perkara yang perlu dibuat. Saya akan cuba terangkan apa yang penting dalam spesifikasi penjagaan padang hari ini dan satu hari nanti bila saya dah figure out macamana nak upload supaya jika anda berminat, anda boleh download spec yang dah siap tulis selepas membuat bayaran. Sementara itu, di sini saya bagi senarai huraian kerja yang perlu dilakukan dalam penyelenggaraan padang dan rasionalnya.

Bil Huraian Kerja Rasional
1Memotong Rumput

Alat: Sebuah mesin pemotong rumput menggunakan pisau silinder seperti reel atau flail
Memotong rumput padang pada ketinggian 25mm dari paras tanah di seluruh padang.
Pemotongan rumput menggunakan mesin dan teknik khusus untuk menghasilkan belang-belang padang
2x seminggu.
– Pisau silinder memberi potongan lebih baik dari rotary.
– Jika tidak dikutip, pisau silinder menghasilkan pembuangan sampah yang lebih sekata.
– 25mm adalah spec FAM
– Sampah yang dipotong dgn pisau silinder boleh jadi baja.
– Teknik dan mesin menghasilkan belang BUKAN dengan baja atau tukar ketinggian!
– Sekali seminggu atau setiap 10, 20 & 30hb akan memotong terlalu banyak daun. Rumput perlukan daun utk fotosintesis!
– Samada mesin itu 5-gang, triplex, front-deck atau mid-mounted adalah tidak penting! Yang penting pisau!
Contoh pisau jenis reel.
Contoh pisau flail
BilHuraian KerjaRasional
2Pembajaan.

Alat: Penabur baja, baja kimia biji yang memberikan jumlah 300g nitrogen dan kalium per 100m persegi.
Menabur baja menggunakan alat yang betul secara rata dan konsisten dari dua arah untuk memastikan seluruh padang menerima kadar baja yang sama.
Kekerapan: Satu kali sebulan seluruh padang
– 300g nitrogen per 100sq.m per bulan adalah cadangan orang putih (kan kalau org putih cakap semua betul?)
– 300g/100sq.m kalium adalah kerana kebiasaan N:K = 1:1.
– Baja kimia bukan kemestian tapi kalau baja organik 300g N per 100sq.m banyak giler lah baja diperlukan.
– Fertiliser spreader tak mahal maka setiap kontraktor kena ada satu.
– 1x sebulan boleh di adjust jika menggunakan baja slow-release kepada 1x 2 bulan dan jika musim hujan 2x sebulan (half rate)
Sebuah walking spreader
Sebuah traktor mounted spreader
BilHuraian KerjaRasional
3Membaikkan Permukaan Padang

Alat: Mesin topdresser, dragmat untuk meratakan pasir, 5 – 10 tan pasir sebulan, penggelek (roller) dan peralatan berkaitan.
Melakukan TOPDRESS dengan menabur pasir di kawasan berlekuk atau menakung air untuk meratakan permukaan padang.
Melakukan gelekan bila perlu di kawasan yang terbonjol. Membuang rumpai (rumput liar) yang mengganggu permainan.
Kekerapan: satu kali seminggu seluruh padang
– Dengan penggunaan biasa, padang akan jadi lekuk bila pemain sepak, lompat atau jatuh.
– Lama kelamaan, ada tempat akan lekuk makin dalam (contoh: depan gol)
– Guna pasir utk baiki seluruh permukaan
– Gelek bila perlu guna roller satu tan.
– Merumpai rumput liar yang mengganggu permainan (sambau, semalu dsb).
– Dalam seminggu mesti ada sekurang-kurangnya satu kerja hias-atas (topdress), satu roll dan satu merumpai.
hias-atas (topdress) manual utk lekuk-lekuk menakung air
Mesin roller kecil
BilHuraian KerjaRasional
4Mengudarakan tanah mampat padang bola

Peralatan pengudaraan tanah manual, pasir dan peralatan yang berkaitan.
Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan yang menakung air pada kedalaman dua inci. Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan ‘high-traffic’ seperti di depan gol dan larian penjaga garisan pada kedalaman satu inci. Menabur pasir pada lubang-lubang yang terhasil.
Kekerapan: satu kali seminggu 10% luas padang
– Padang yang digunakan akan mempunyai kawasan yang selalu mampat contoh: depan gol, tempat linesman, jalan masuk padang.
– Alat hollow atau solid tine manual boleh bantu kurangkan mampatan
Contoh alat manual hollow tine
Kerja manual hollow-tine di kawasan keras
BilHuraian KerjaRasional
5Sampah.

Kutip dan membuang sampah yang terdiri dari rumput, rumpai, sampah dari dalam longkang, buangan pokok bunga hiasan, dan lain-lain kawasan
1 x seminggu.
– Sampah biasa seperti botol minuman tidak seharusnya termasuk KECUALI sudah diambilkira dalam sebutharga.
– Sampah rumput contoh: luar padang yang dipotong sebulan sekali
– Atau musim hujan terpaksa potong sekali sekala.
BilHuraian KerjaRasional
6Membuat Garisan Padang

Alat: cat, tali dan lain perkara yang berkaitan (berus, line-marker, pita mengukur dsb).
Membuat garisan padang bola mengikut spesifikasi dan peraturan pihak berkuasa permainan seperti FAM, FIFA atau lain-lain badan yang berkaitan.
Kekerapan: Satu kali seminggu
– Ada padang mahu garisan hanya masa ada game. Ada padang yang mahu garisan setiap masa (padang latihan).
– Terpulang pada polisi dan keperluan padang.
– Boleh guna mesin buat line dan boleh guna berus
– Buatlah garis LURUS!
BilHuraian KerjaRasional
7Mengganti kawasan rosak/rumput mati

Alat: sodcutter atau seumpamanya, cangkul, penyodok, rumput, pasir, penggelek, baja dan peralatan berkaitan.
Mengganti kawasan rosak atau rumput mati atau rumpai yang mengganggu permainan seperti sambau atau semalu dengan rumput baru yang sama dengan rumput asal padang.
Kekerapan satu kali sebulan.
– Mesti akan ada kawasan rumput mati, samada akibat over-use (depan gol) atau kering atau basah dll.
– Guna alat yang betul!
– Sodcutter atau Turf Doctor (pengganti rumput)
– Dalam sebulan mesti ada kawasan yang dah ganti rumput at least mungkin 10sq.m (boleh diubah kepada lain kuantiti)
Alat sodcutter
Alat Turf Doctor
BilHuraian KerjaRasional
8Kawalan makhluk perosak dan penyakit

Alat: Peralatan menyembur atau menabur racun, PPE, dan peralatan berkaitan.

Mengaplikasi racun yang bersesuaian pada waktu yang bersesuaian untuk kawalan makhluk perosak seperti serangga, cacing tanah dan sebagainya serta penyakit seperti kulat, cendawan dan sebagainya

Kekerapan: seminggu sekali
– Biasanya menyembur racun
– Termasuk juga menghalau anjing, lembu dsb.
– Kontraktor perlu tahu cara penggunaan racun
– Ada peralatan yang betul.
– Peralatan yang sama juga boleh digunakan menyembur baja foliar
– Biasanya cacing tanah dan rumput liar.
Sprayer kecil utk satu padang.

BilHuraian KerjaRasional
9Penyiraman padang
Alat: moisture sensor, hose panjang, sprinkler mudah-alih dan peralatan berkaitan.
Mengesan keperluan air padang dan melaku kan penyiraman menggunakan sprinkler yang disediakan ataupun sprinkler mudah-alih ataupun hos panjang.
Kekerapan: bila perlu (anggaran 120 hari setahun)
–     Adalah penting utk tidak terlebih siram kerana akan menjadikan akar pendek selain padang lecak.
–     Gunakan moisture sensor (boleh beli online) utk tentukan padang kering baru siram.
–     Anggaran siram TERMASUK lepas baja ialah dalam 100-120 hari setahun sahaja.
Moisture sensor
BilHuraian KerjaRasional
10Pengudaraan tanah

Melakukan pengudaraan tanah pada kedalaman tiga hingga empat inci, pada diameter setengah inci pada jarak dua inci dari lubang ke lubang. Mengutip dan membuang sampah core ke luar stadium di tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kekerapan: setahun sekali (jika hollow-tine, air atau water aeration)
Setahun empat kali (jika solid-tine).
–     Amat penting dan adalah punca kebanyakan kegagalan padang di M’sia.
–     Samada solid tine banyak kali setahun atau hollow tine setahun sekali.
–     Air aeration atau water aeration pun boleh.
–     Gabung sekali dengan top-dress dan pembetulan pH
Mesin hollow-tine
Mesin solid tine (dalam gambar ini: slicer)
BilHuraian KerjaRasional
11Hias-atas (topdressing) keseluruhan

Melakukan kerja-kerja hias-atas (topdress) ke atas keseluruhan padang dengan pasir halus tanpa batu dan selut, setebal 10mm atau lebih dengan rata menggunakan jentera khusus untuknya dan meratakan pasir dengan menarik dragmat atau brush khusus hingga pasir ditarik rata ke seluruh padang.
Kekerapan: setahun sekali selepas kerja pengudaraan tanah dan nyah-thatch.
–     Kerja penting utk mendapat kerataan padang
–     Menutup lekuk-lekuk kecil
–    Mengurangkan thatch
–     Sebaiknya dua tiga kali setahun
Topdresser keseluruhan menggunakan mesin
Dragmat utk meratakan pasir ke seluruh padang.
BilHuraian KerjaRasional
12Nyah-thatch (dethatching)
Melakukan kerja-kerja nyah-thatch (dethatching) di keseluruhan padang untuk mengeluarkan thatch dari celah rumput kemudian mengutip dan membuang sampah thatch ke luar stadium
Kekerapan: Setahun sekali
–     Perkara penting dilakukan utk mengelakkan padang menjadi lembut atau menyimpan air.
–     Thatch di celah rumput juga akan jadi punca penyakit
One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly
Nyah-thatch (dethatching)
BilHuraian KerjaRasional
13Merumpai (weeding)
Melakukan kerja-kerja mencabut dan/atau meracun rumpai (rumput liar) untuk memastikan ketulenan rumput padang yang asal. Rumpai yang dicabut akan dibuang ke kawasan luar stadium.
Kekerapan: seminggu sekali
–     Kerja-kerja weeding atau mencabut rumpai perlu ada dalam jadual kerja.
–     Bukan saja dalam padang tetapi juga luar atau tepi padang (jika termasuk dalam skop kontrak)
BilHuraian KerjaRasional
14Penjagaan rumput di luar padang permainan
Memotong rumput, membaiki permukaan padang yang berlekuk atau terbonjol dengan melakukan hias-atas dengan pasir atau menggelek. Membaja secara rata dan konsisten. Melakukan pengudaraan tanah di kawasan yang menakung air dan ‘high-traffic’ seperti jalan masuk padang dsb.
Kekerapan: dua kali sebulan.
–     Rumput di luar padang
–     Di pagar, di tepi astaka dan sebagainya.
–     Bukan saja memotong tetapi juga membaja, meratakan dsb.
BilHuraian KerjaRasional
15Penjagaan pokok bunga hiasan
Meracun dan/atau membuang rumput di bawah pokok bunga, membaja pokok bunga, memangkas untuk mencantikkan ranting dan dahan pokok bunga yang panjang dan kerja-kerja yang berkaitan dalam penjagaan pokok bunga hiasan. Memotong atau meracun rumput yang tumbuh celah-celah batu dan tempat lain.
Kekerapan: satu kali sebulan.
–     Jika terdapat dalam skop kontrak, pokok bunga di astaka, keliling padang atau dekat pintu masuk perlu dijaga.
BilHuraian KerjaRasional
16Penjagaan trek balapan
Membersihkan trek dari lumut dan kotoran atau bendasing lain. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan padang tidak merosakkan trek.
Kekerapan: satu kali seminggu.
–     Self explanatory lah kan?
–     Gunakan plywood tebal utk alas pergerakan mesin.

Posted in Fields, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: