Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘landskap’ Category

LANDSKAP BHG 4

Posted by mynormas on May 9, 2020

Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 4 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KEEMPAT. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.

Seterusnya ialah langkah-langkah perbincangan itu di adakan. Bagaimana cara untuk membuat rekaan landskap secara mudah?

Langkah-langkah:

  1. Buat keputusan tentang keperluan dan kemahuan keluarga anda. Apakah kegunaan landskap itu nanti? Jika anda mahu ia berfungsi sebagai tempat riadah atau bersenam atau bersantai, maka anda mungkin mahukan kawasan rumput yang lebih besar. Jika anda mahukan ia sebagai tempat anda menghabiskan masa lapang sebagai hobi, maka anda perlu utamakan pokok kegemaran anda ataupun pokok dalam pasu yang lebih mudah di tukar bila dah jemu. Beri perhatian juga kepada berapa banyak masa anda mampu luangkan untuk penjagaan landskap anda.
  2. Kenali kawasan anda. Mungkin ada kawasan anda yang tak boleh atau tak mahu di ubah (contohnya jalan masuk atau pokok besar).
  3. Jika kawasan anda besar, anda mungkin perlu membuat penanaman secara berperingkat. Tapi rekaan mesti di buat secara keseluruhan.
  4. Cari atau buat suatu peta kawasan anda. Lukis ‘pandangan satelit’ dan pastikan ia bersekala (ukuran yang mengikut skala). Contohnya; apa-apa yang panjangnya 1 meter di atas mukabumi, lukiskan ia sebagai 1 sentimeter di atas kertas.
    Lukiskan juga: rumah atau bangunan lain dalam kawasan anda. Pagar atau sempadan (jangan terlandskap tanah orang!). Kawasan merbahaya seperti longkang terbuka, paip bawah tanah yang cetek, wayar letrik (sambungan ke eletric gate) dan sebagainya.

    Master plan of house

    simple layout of rumah dan laman. Guna Excel (buku matematik pun boleh)

  5. Ambil sekeping kertas nipis (kertas surih atau tracing paper), lekapkan di atas peta tadi dan lukis idea anda. Anda boleh buat lebih dari satu idea dan labelkan setiap kertas nipis itu sebagai ‘Idea 1’, ‘idea2’ dan sebagainya. Atau jika anda guna komputer seperti saya, guna paint dan selepas setiap rekaan; Save As ‘Idea1’, ‘Idea2’ dsb.
    • Ingat, anda perlu mengikut skala peta.
    • ‘Idea1’ mungkin ada pelantar/gazebo. ‘Idea2A’ mungkin ada kolam ikan dan pokok shrub renek setinggi  dua kaki di kiri kanan jalan. ‘Idea2B’ mungkin ada kolam ikan tapi pokok palma di kiri kanan jalan. ‘Idea3’ mungkin ada banyak pokok besar dan sebagainya. Lekap kertas di atas peta dan bincang dengan “ahli jawatankuasa” anda.

      Plan Idea1

      Idea 1

    • Tak perlu letak nama pokok dahulu. Hanya letak lokasi dan saiz setiap tumbuhan dahulu. Pokok A di tengah-tengah halaman, batas B bunga warna kuning dekat tepi bilik Abang, kolam ikan sebelah tingkap Adik, Palma kecil setiap 2meter di kiri kanan jalan.

      Plan Idea2

      Idea 2

  6. Akhir sekali, rombak semula idea anda ke atas suatu ‘masterplan’ dan pastikan semua orang tandatangan. Tak pandai tandatangan suruh dia cap jari. Lepas ni jangan nak komplen.
  7. Satu lagi perkara tentang pemilihan tanaman. Saya pasti dari awal lagi anda dah tahu pokok apa nak tanam kat mana, tapi kadang-kadang bila dah lukis atas kertas baru kita nampak ‘kaitan’ pokok itu dengan tanaman, pagar, jalan ataupun rumah kita. Tapi kalau anda tak pasti pokok apa nak tanam (tapi tahu rupa, saiz dan warna) maka ada beberapa cara anda boleh pilih pokok:
    • Pergi ke nursery dan pilih.
    • Jika anda nampak pokok yang anda suka di taman bunga atau rumah Mak Limah hujung jalan, ambil gambar dan bawak ke nursery.
    • Bawak orang nursery ke taman bunga atau ke rumah Mak Limah.
  8. Lepas tu gantikan nama pokok itu ke atas ‘masterplan’ tadi. Contohnya: Allamanda kat Batas B, Green Palm kat tepi jalan, pokok Janda Merana kat tepi rumah, Ixora Sunkist tepi pagar dan sebagainya.
    Satu peringatan; pilih pokok yang sesuai dengan iklim rumah anda. Maksud saya, jangan pergi beli pokok kat Cameron Highland jika anda tinggal di Kuala Pilah.

Masterplan

Saya tahu, saya tahu, pada peringkat ini ada yang dah mengalirkan air mata kerana rasa susah sangat nak buat landskap untuk tanah sebesar stem pos. Jangan stress. Yang tertulis di atas tu hanyalah panduan sahaja dan anda boleh langkah mana-mana bahagian atau buat bahagian baru seperti yang anda rasa patut. Itu rumah anda, peduli apa orang lain cakap. Tapi landskap boleh menjadi suatu hobi dan memberi kepuasan kepada anda, jadi buat perlahan-lahan! Ikut kemampuan! Dan penting sekali; Have Fun!

Saya minta bantuan untuk ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana-mana iklan di sini. Ini semua akan membantu saya menambah pendapatan untuk terus berkongsi pengetahuan dengan pembaca. Atau anda boleh terus beri sumbangan di bawah:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in landskap, Lanskap, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , | Leave a Comment »

LANDSKAP BHG 2

Posted by mynormas on May 3, 2020

Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 2 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian KEDUA. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya dan di bawah sekali, klik PREVIOUS untuk mencari dan membaca BAHAGIAN 1.

Dengan pemilihan tumbuhan yang kita bincangkan di posting lepas, kita akan terus pergi ke topik corak atau keseragaman rekabentuk. Prinsip-prinsip utama ialah:

  1. Konsistensi. Kita boleh terjemah ini sebagai mempunyai suatu tema tertentu (Bali, Zen, modernistic, simple dan sebagainya) ataupun semata-mata bersifat konsisten dalam memilih tumbuhan dari segi warna (warna hijau, warna cerah dsb), ketinggian (lebih tinggi dari 5 kaki, lebih rendah dari lutut dsb), sifat (menjalar, tropika dsb) dan sebagainya. Ia adalah tentang memberi ekspressi utama tentang lanskap kita.landscape Bali
    landscape Zen garden
  2. Keseimbangan. Ini tentang sifat simetri dalam lanskap; contohnya pokok palma di kedua-dua belah pintu masuk, mempunyai jumlah pokok yang sama di kiri dan kanan taman dan sebagainya. Sebenarnya “ketidakseimbangan” juga adalah suatu konsep atau prinsip dalam rekabentuk lanskap; iaitu bentuk abstrak atau ‘bebas-bentuk’ (free-form) tetapi masih lagi konsisten. Contohnya bentuk flower-bed yang bebas bentuk tetapi mempunyai bunga yang sama warna di dalamnya. Atau bila kita ada sebaris pokok palma hijau dan kita selangkan dengan palma merah pada jarak yang rawak supaya warna itu lebih ceria tanpa monotoni.landscape avenue
    landscape simetri
    landscape asimetri
  3. Warna ialah sebab utama kita memilih bunga atau tumbuhan tertentu. Warna terang seperti merah, kuning dan oren akan nampak dekat dan warna lembut seperti hijau, biru dan pastel akan nampak jauh. Jadi jika menanam tumbuhan berwarna terang di hadapan dan warna lembut di belakang, halaman boleh kelihatan lebih besar.landscape warna
  4. Garisan. Ini ialah tentang pagar, jalan, titian, susunan batu ataupun bentuk flower bed. Kita nak lurus ataupun berombak? Apa tema lanskap kita?landscape garisan
  5. Kadar atau proportion. Ini adalah prinsip tentang saiz bahan bahan dalam kawasan lanskap. Jika kawasan lanskap anda kecil dan anda akan menggunakan pokok kecil kenapa tiba-tiba ada satu ukiran besar di tengah-tengah? Biarkan semua tumbuhan, hardscape dan sebagainya dalam lanskap anda mempunyai saiz pada kadar yang serupa.landscape proportion
    landscape proportion 2
  6. Ulangan. Konsep ni sama dengan prinsip ‘konsistensi’ tadi. Cuma ingat satu benda; terlalu banyak satu warna atau satu tumbuhan akan membosankan. Tetapi terlalu banyak jenis atau variety juga akan menyebabkan lanskap nampak semak dan seperti tidak mempunyai rencana.landscape ulangan

Kita berhenti di sini. Tapi ini tidak bermakna bahawa ini adalah muktamad. Masih ada banyak lagi bijak pandai di sana yang akan mempunyai idea atau prinsip rekabentuk lanskap mereka sendiri. Saya tidak suka kata orang lain salah dan saya betul. Kalau saya nampak rumah orang yang tidak menggunakan prinsip lanskap langsung, saya akan kata “suka hati dia lah, rumah dia”

Sila bantu saya dengan ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan ‘Click’ di mana-mana atau semua iklan di laman web ini.

Saya juga ada menulis cerpen bersiri tentang seorang penjaga rumput selepas PKP. Ikuti siri Roslan dan gangnya (tapi ramai orang nampaknya lebih tertarik kepada Nina) bermula dengan Bab 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Landscape, landskap, Lanskap, Taman | Tagged: , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta: 5. Nina.

Posted by mynormas on May 2, 2020

Ini adalah bab ke 5 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah ini dengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab 3, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan Bab 4 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB mynormas.com

Nina memandu bugi dengan perlahan. Dia tahu Roslan sakit belakang akibat kemalangan dan dia tidak mahu menjadi punca sakit itu menjadi lebih teruk. Memang bukan tugas dia tapi dia kesian melihat Roslan yang tidak mampu berjalan seperti biasa malah untuk datang kerja pun dihantar dan diambil oleh Rose, isterinya.

Isterinya. Roslan sudah beristeri, Nina mengingatkan dirinya. Kenapa kau manja sangat dengan dia? Kenapa pulak? Bukankah dia pernah memberitahu bahawa dia mempunyai masalah dengan isterinya? Bodoh. Adakah itu kali pertama kau dengar alasan yang sama?

Roslan mempunyai personaliti yang berlainan dari kebanyakan orang di sini dan bukanlah pengurus paling popular di syarikat ini. Tapi Nina tahu bahawa Roslan mencuba yang terbaik untuk menjadikan padang jagaannya dan kakitangan di bawah seliaannya sebagai yang terbaik. Dia dikutuk dan dicemuh dari belakang sedangkan depan dia, semua bermuka manis. Keikhlasan Roslan mengkagumkan Nina dan dimasa yang sama kebencian kepada hipokrit pekerja lain menyebabkan dia merasa terpanggil untuk melindungi Roslan.

“Oh…” bisik Nina bila dia hampir terlanggar akar pokok yang timbul dari tanah tapi tidak kelihatan akibat rumput panjang. Dia memandang ke arah Roslan, khuatir Roslan berasa sakit tetapi sebaliknya dia sedang tersenyum.

“Kenapa senyum?”

Roslan kelihatan terkejut, tetapi tidak menjawab. Fikir bukan-bukan lah tu. Dasar lelaki.

“Kenapa senyum?” soal Nina sekali lagi.

“Tak ada apa” jawab Roslan “kita berhenti sana” tuding Roslan ke arah tengah fairway lubang 1.

Nina patuh dan berhenti secara perlahan-lahan. Roslan turun dan memijak-mijak rumput di bawah kakinya. Kalau tak sakit belakang, harus dia dah dalam posisi sujud meneropong rumput, fikir Nina.

Nina pernah masuk ke padang golf sekali-dua dibawa oleh Chong dan Azmi. Fikir tentang Azmi, degup jantung Nina menjadi laju.

Azmi ialah pekerja yang membawa mesin penyembur racun dan pemotong fairway dan green di situ. Nina masih ingat sewaktu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dulu, fairway cantik dengan rumput yang kemas dibela. Kini dia nampak rumput berwarna kekuningan dan panjang – tenggelam tapak kasut Roslan dalam rumput. Memang ada kesan potong tetapi mereka mungkin potong tinggi kerana telah lama tak potong.

Roslan duduk kembali ke dalam bugi dan menunjuk ke arah luar fairway. Rough, fikir Nina. Nampak macam sama panjang saja. Mungkin sedikit leih panjang.

Nina adalah pegawai pembeli untuk jabatan Roslan maka dia tahu sebab utama rumput di rough tidak sepanjang rumput di fairway walaupun sama-sama tak potong ialah kerana lebih banyak baja dibeli untuk fairway.

Roslan mengambil sebiji bola dari dalam bugi dan membalingnya ke dalam rumput rough itu. Bola itu tenggelam dan hampir tidak kelihatan langsung.

“Susahlah nak cari kalau bola mereka dalam rough” kata Nina.

“Padan muka” jawab Roslan “pukul lah bola ke atas fairway”

“Saya tak faham kenapa orang main golf” kata Nina sambil memandang ke langit walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan cuaca panas “panas” Nina tetap mahu kata juga.

“Itu salah satu sebab kenapa golf patut dibolehkan selepas PKP ini; kepanasan dikatakan boleh membunuh virus”

“Tak adalah semua tempat panas sepanjang masa di padang golf kan? Apa lagi sebab lain?”

Roslan diam sekejap. “Satu, golf ialah permainan dimana kita boleh jaga penjarakkan sosial. Kalau penuh setiap slot dan ada 120 pemain pun, padang ni 100 ekar luasnya” Nina pernah tengok peta padang dan tahu South Course sahaja dah 132 ekar itupun termasuk kolam dan kawasan yang terlalu jauh dari kawasan permainan “bagi setiap pemain satu bugi dan suruh mereka jarak dari satu sama lain. Atau bagi mereka troli sorang satu”

“Malah” sambung Roslan “golf ialah satu-satunya permainan – tolak permainan video – di mana kita boleh lawan diri sendiri. Tak perlu ada lawan. Kalau hari ni saya dapat markah 100, esok saya akan cuba kalahkan diri sendiri dengan dapat markah 96, lusa 90 dan sebagainya”

“Jap” sampuk Nina “96 menang lawan 100?”

“Ya lah” kata Roslan “hai? Dah setahun kerja sini tak tahu lagi? Markah yang rendah yang menang dalam golf”

“Lepas lockdown nanti, golfer akan datang balik ke?” tanya Nina menggunakan perkataan Inggeris menggambarkan PKP.

ebook sale esentral
Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Roslan mengeluh “Terpulang kalau kelab-kelab golf boleh jual konsep golf ni nanti sebagai permainan paling selamat dalam konteks virus ini, saya pasti kita boleh dapat balik sebahagian dari golfer kita. Macamanapun orang nak exercise dan golf ialah permainan yang boleh dimainkan oleh orang tua ataupun muda dan boleh lakukan penjarakkan diantara pemain”

“Bunyi macam senang sangat?”

“Tak juga. Kena tekankan penjarakkan sosial, kurangkan sentuhan, itu yang penting. Kalau setiap bugi hanya satu penumpang, kita selalu cuci bugi ataupun kita promosi penggunaan troli lebih dari bugi. Untuk kita, mungkin kita pasang mangkuk pin tinggi dari lubang supaya golfer tak perlu cabut bendera atau pasang mangkuk terbalik supaya lubang cetek. Bawak balik bunker rake dan beritahu golfer biar staff yang rake bunker”

Nina lihat Roslan diam sebentar, mungkin dia bimbangkan pekerjaannya nya dan pekerja lain. Nina tahu dia sendiri tak perlu bimbang apa-apa tentang pendapatan. Dia sudah lengkap. Tidak ada orang lain yang kenal siapa Nina yang sebenarnya.

“Saya tak tahu tentang restoran, makanan atau changing room, mungkin golfer kena makan dan mandi di rumah”.

Nina dengar Roslan bercakap di telefon dan dia memperlahankan bugi agar bunyi bugi tidak mengganggu perbualan. Dia bukanlah pemandu yang amat cekap tetapi memandu bugi sama malah lebih mudah dari memandu sebuah kereta automatik.

Nina memandu dengan sebelah tangan dan sebelah lagi memegang telefonnya yang diletak di sebelahnya, di atas kerusi antara dia dan Roslan. Roslan tamatkan perbualan dan memasukkan telefon ke dalam poket dan meletakkan tangannya ke ruang diantara mereka.

Tepat ke atas tangan Nina.

Dia dapat rasa kehangatan tangan Roslan memegang tangannya dan dia membiarkan saja…

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

LANDSKAP BHG 1.

Posted by mynormas on May 1, 2020

Tajuk asal artikel ini ialah CARA-CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH MERENCANA LANDSKAP UNTUK PEMBINAAN DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN AWAM; BAHAGIAN 1 tapi saya kira macam panjang sangat jadi saya pendekkan. Ini adalah bahagian pertama. Sila follow laman web ini atau FB mynormas.com utk bahagian seterusnya.

Setelah berminggu-minggu anda duduk rumah dan anda tenung halaman rumah anda, timbul satu perasaan bahawa sudah tiba masanya untuk anda membuat beberapa perubahan pada halaman anda. Atau mungkin berminggu-minggu anda duduk berjauhan dari rumah dan anda berazam bila balik nanti, anda hendak tebang semua pokok yang anda pada firasat anda dah mati sekarang serta rumput yang dah serabai akan diganti.

Mungkin saya telah lama abaikan anda yang membela rumput sebagai hobi di rumah. Samada anda mempunyai bungalow besar dengan halaman di keliling rumah ataupun anda duduk rumah teres dengan halaman berumput sebesar setem pos (anak-anak kalau tak tahu apa itu setem pos; sila tanya yang tua-tua ya).

Baiklah, bidang landscape orang putih kata terbahagi kepada dua bahagian iaitu hardscape dan softscape. Softscape ialah semua tumbuhan dan hardscape ialah semua perabut (ini kes dipermudahkan cerita ya; jangan guna laman web ini untuk ulangkaji periksa tetapi sekadar untuk menambah ilmu).

Pertama sekali kita cuba fahami konsep pemilihan tumbuhan; pokok bunga, pokok besar atau rumput.

Ada macam-macam cara untuk merekabentuk landskap. Ramai dari kita merasakan bahawa nak landskap halaman rumah hanyalah tanam rumput, pokok, bunga dan juga batu hiasan; semuanya di susun mengikut citarasa tertentu.

Kebanyakan pakar kata ada tiga cara untuk merekabentuk landskap, pada saya tiga cara ini ialah tentang pemilihan tumbuhan untuk landskap itu.

  1. Landskap tradisional
  2. Landskap semulajadi
  3. Pemulihan ekologi.

Landskap Tradisional

Ialah landskap yang biasa kita lihat dengan bunga pelbagai, batu putih dan sebagainya. Bunga dan pokok adalah dari jenis yang mahal, selalunya bunga atau pokok yang tidak terdapat di kawasan tempatan. Segalanya kelihatan seperti diimport masuk dan kawasan itu akan nyata berbeza dengan kawasan kejiranan. Landskap nya akan kelihatan complicated dan sophes… sophisti… sofistikated.

Tumbuhan di landskap tradisional ini terutamanya pokok bunganya akan disusun secara formal (bulat, petak, atau lain-lain bentuk yang simetri dan berpadanan).

Tumbuhan yang dipilih hanyalah berdasarkan kecantikan nya sahaja.

Pendekatanya, pendekatan landskap ini ialah apa yang anda akan lihat dan baca dalam majalah-majalah landskap atau halaman.

Kos penyelenggaraan landskap ini biasanya adalah tinggi.

landscape biasa 2

Landscape biasa 1

landscape biasa 3

Landskap semulajadi

Juga dikenali sebagai native landscaping, ia tentang penggunaan tumbuhan tempatan. Dalam konteks ini, “tempatan” bermaksud tumbuhan yang biasa dilihat di kawasan itu, bukan tumbuhan yang dibawa masuk dari negeri lain atau nursery di Cameron Highlands, Fraser’s Hill dan sebagainya.

Menghukum susunannya adalah sedikit subjektif, secara definasi, susunan nya seharusnya menggambarkan kawasan setempat juga tetapi saya tak nampak masalah jika susunan formal diamalkan asalkan 1. Tumbuhannya ialah tumbuhan tempatan dan 2. Ia juga mengambilkira pengekalan kehidupan liar tempatan.

Umumnya kita kata susunannya ialah secara rawak (random)

Pemilihan tumbuhan ialah berdasarkan kecantikan juga tetapi terhad kepada tumbuhan yang memang wujud dilokasi tempatan di situ.

Cara ini mungkin lebih sesuai di cadangkan untuk kegunaan kebanyakkan orang biasa. Kita akan menggunakan rumput tempatan seperti Cowgrass, Serangoon ataupun Mutiara (satu sub-spesis Cowgrass).

Carilah contoh di kawasan tempat tinggal kita dan kemudian beli atau mintak dari orang yang berkenaan – menggunakan tumbuhan tempatan tidak memberi lesen untuk mengambil tanpa kebenaran dari rumah sebelah. Kemudian, beri tumbuhan dan pokok itu ruang untuk tumbuh secara semulajadi dengan penjagaan yang minima. Bukan tidak berjaga langsung, tetapi biarkan ia tumbuh secara semulajadi; kita masih lagi memerlukan keseragaman atau corak tertentu.

Kos penyelenggaraan landskap ini biasanya adalah rendah.

Masalah saya untuk cari gambar landskaping semulajadi di Malaysia ialah biasanya ada juga satu atau dua pokok import di kawasan landskap itu dan saya tak dapat pergi ke tempat saya kerja dulu, kerana masih dalam PKP (lockdown 2020) ini. So saya search image di internet.

landscape natural 1

landscape natural 2

Pemulihan ekologi

Bila satu kawasan dirosakkan oleh pembinaan, pembalakkan atau lain-lain maka sebaiknya kawasan itu dibaiki dengan cara landskap ini. Ia akan cuba mengekalkan kawasan itu kepada keadaan lama sebelum kerosakan dan kesamaan dengan kawasan sekitar.

Susunan tumbuhan sama sekali tidak akan mempunyai sebarang bentuk formal tetapi lebih menekankan aspek praktikal dan direka untuk menjadi seuatu komuniti semulajadi.

Tumbuhan yang dipilih ialah tumbuhan yang memang asal dah ada di situ atau di kawasan kejiranannya. Niat utama ialah memaksimakan struktur dan fungis ekologi kawasan itu.

Kita boleh memberi alasan bahawa halaman rumah kita dahulu adalah kawasan pembinaan dan tumbuhan asal ialah lalang, semak samun tapi takut orang lain (isteri, mak, mak isteri, jiran, majlis tempatan dsb) tak terima alasan tersebut.

Kos penyelenggaraan landskap ini adalah amat rendah. Tak mungkin tiada langsung kerana – terutamanya pada peringkat awal – pembajaan dan penakaian perlu dilakukan. Pencegahan pencemaran dari tumbuhan asing, pertumbuhan mendadak suatu spesis melebihi spesis lain juga perlu dilakukan tetapi jarang-jarang sekali.

Anda mungkin membayangkan kawasan hutan sekunder ataupun pinggiran taman perumahan anda yang tempat kontraktor buang bahan binaan. Saya lebih suka nampak bahagian padang golf yang berada di luar kawasan permainan.

Kebanyakan padang golf akan membiarkannya jadi liar. Saya cadangkan mereka jadikan ia bersifat liar yang dibela. Pastikan spesis tertentu yang boleh dikawal dan sama dengan spesis sekeliling sahaja yang ada. Setahun atau dua tiga tahun sekali, hantar beberapa orang pekerja dengan parang dan chainsaw untuk potong anak pokok yang baru nak naik supaya ia tak jadi hutan dan creeper yang akan membuatkan ia nampak sebagai kawasan berhantu; biarkan dua-dua dan ia akan jadi hutan berhantu.

pemulihan ekologi 1

pemulihan ekologi 2

Ini video kedua yang saya buat sendiri. Kali ini dah pandai tambah sound-effect. Rumusan untuk penerangan di atas ada di bahagian bawah.

Saya juga ada menulis cerpen bersiri tentang seorang penjaga rumput selepas PKP. Ikuti siri Roslan dan gangnya (tapi ramai orang nampaknya lebih tertarik kepada Nina) bermula dengan Bab 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

jadual landscape

Yang mana sesuai dengan anda? Kita akan bincang sedikit dalam episod seterusnya.

Posted in landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , | Leave a Comment »

KENAPA RUMPUT MATI.

Posted by mynormas on April 20, 2020

Maaf kan saya utk tajuk semua huruf besar tapi itu supaya post ini dapat dibezakan dengan post sebelumnya dalam laman web saya.

Baiklah, kenapa rumput mati dan akhirnya padang menjadi botak? Ramai orang akan kata tentang tiada pembajaan tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya, biar saya ulang bahawa baja bukan makanan untuk rumput ataupun pokok. Rumput dan kebanyakan pokok termasuk dalam golongan ‘producer’ iaitu ia membuat makanannya sendiri pasal tu pokok di hutan dan rumput tepi jalan boleh hidup tanpa baja. TETAPI, mereka perlukan nutrien (fikir: vitamin) dan dihutan atau tepi jalan nutrien didapati dari pereputan daun atau bahan mati lain.

Masalahnya dalam tumbuhan mono-kultura seperti di padang rumput atau ladang kelapa sawit, getah dsb, hanya satu tumbuhan saja yang wujud maka nutrien yang terdapat dalam kitaran akan terhad kepada nutrien yang sama berulang-ulang dan tidak lengkap.

Hmm…. dah lari dari tajuk.

Kenapa rumput mati? Saya bercakap dalam konteks kawasan padang bola dan padang golf, mungkin taman dan halaman rumah juga.

  1. Mampatan
  2. Kekeringan.
  3. Kebasahan.
  4. Penyakit, serangga atau haiwan lain (contoh: babihutan dan anjing kucing) juga boleh menyebabkan kematian tetapi mereka jarang berlaku di rumput yang dipotong panjang seperti padang bola, golf dan taman.

Tentunya ada sebab lain yang mungkin terlalu banyak untuk saya rumus semua seperti rumput dibawah teduhan, sabotaj, kesilapan aplikasi baja, kena jampi dan sebagainya. Saya cerita tentang sebab-sebab yang biasa sahaja.

Mampatan.

Biasa berlaku di tempat masuk padang, atas tangga, di antara dua objek yang menghalang laluan dan sebagainya. Ia juga berlaku di tempat yang paling banyak aktiviti contohnya depan gawang gol, tempat linesman berlari dan lain-lain. Di padang golf, ia berlaku di atas green kerana 70% dari permainan golf ialah di atas green. Bayangkan dalam 100 ekar padang golf, green hanya 1.5 – 2.0 ekar sahaja. Selain itu, green dipotong setiap hari dari arah yang berlainan tetapi keliling green, walau arah manapun, akan menghasilkan mampatan di perimeter green.
compaction bola
mampatan compaction 2

Kekeringan

Maksud saya di sini ialah kekurangan air. Mampatan juga boleh menjadi sebab rumput tidak mendapat air bila tanah terlalu padat hinggakan air tidak boleh masuk ke dalam tanah.

Tetapi apa yang saya nak cakap ialah bila padang tiada sistem pengairan dan rumput selepas menjadi dorman, terus mati selepas dua hingga empat minggu tanpa air (ada rumput dua minggu dan ada rumput empat minggu).

Kadang-kadang sistem pengairan ada tetapi tidak berfungsi dengan baik iaitu tak sampai, atau terjadinya ‘helikopter’ iaitu air dihujung siraman saja tetapi di tengah siraman air tak kena rumput.

Saya ingin memperkenalkan satu istilah baru iaitu “Localised Dry Spot” atau LDS iaitu suatu kawasan kering yang berlaku hanya di suatu lokasi walaupun terdapat sistem siraman. LDS berlaku di: bahagian atas cerun yang rumput pendek kerana air ‘bergolek’ turun tapi tak masuk ke dalam tanah; kawasan yang mampat; kawasan yang mempunyai penyakit seperti Fairy Ring yang menjadikan tanah hydrophobic (benci air) atau pasir kasar yang terlalu cepat membawa turun air.
LDS slope
helicopter water

Kebasahan

Ironisnya, selain kekeringan, kebasahan juga menyebabkan kematian. Samada sistem saliran yang tak berfungsi atau tak mampu untuk membawa air keluar dari padang atau mampatan bahagian atas padang tidak memberi ruang untuk air turun ke bawah.

Rumput mungkin terus mati akibat lemas ataupun kadang-kadang air tidak kelihatan bertakung di permukaan tetapi permukaan dipenuhi lumut yang lama-kelamaan mengambil tempat rumput.
algae
wet field

Penyakit dan makhluk perosak

Ada penyakit yang menyebabkan kematian menyeluruh rumput. Berita baiknya ialah ia jarang terjadi di rumput yang dipotong melebihi 10mm (jarang, bukan tak pernah) tetapi selalunya ke atas green yang dipotong diantara 8mm ke bawah.

diseased green
babi hutan wild boar
insect

Terdapat pelbagai cara untuk menangani setiap masalah yang mendatangkan ‘padang botak’ ini mulai dari penambahan sistem pengairan, penggunaan agen pembasah (wetting agent), penambahan sistem saliran, penggunaan racun serangga, kulat dan sebagainya (malangnya setakat ini untuk babi hutan hanya pagar elektrik saja yang berjaya) maka saya sarankan supaya ini dilakukan dahulu sebelum tuan-tuan dan puan-puan lakukan penggantian rumput.

Jika rumput diganti tanpa kerja-kerja pembaikan dilakukan; rumput akan kembali mati dan padang kembali botak.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Dapatkan di sini.

Jangan lupa untuk membeli buku pertama tentang penyelenggaraan rumput dan padang golf di Malaysia. Dijual sebagai ebuku (warna) dan sebagai buku fizikal (hitam/putih) selepas PKP.

Sudahkan anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga padang golf yang mengalami kemalangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan? Mulakan dari Episod 1.

Anda dapat manafaat dari laman web ini? Silalah menderma seikhlas hati untuk saya terus menampungnya. Terima kasih. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Sod kawasan botak: Memperbaik atau Membazir?

Posted by mynormas on April 15, 2020

Dalam penjagaan rumput, kadang-kadang, kita dapati ada kawasan rumput yang mati akibat kekeringan, mampatan, lumut ataupun mungkin penyakit serangga dan sebagainya.
contoh sod

Satu tindakan yang sering diambil oleh penjaga padang ialah, menggunakan alat seperti sodcutter, Turf Doctor atau hexagonal tool untuk membuang rumput dari tempat lama dan menggantikan dengan rumput dari tempat baru.

Alat membuat sodAlat membuat sod2

Pada saya, kerja-kerja menggantikan rumput dengan rumput dari tempat lain atau lebih dikenali dengan kerja sod atau sodding adalah langkah terakhir yang diambil utk membaiki kawasan rumput yang telah mati.

Alasan saya tiga:

  1. Rumput yang diganti mungkin tak sama dengan rumput asal. Anda mungkin merasakan semua Cowgrass adalah sama tapi saya pernah menerima panggilan dari pelbagai tempat kerana rumput Cowgrass yg dibawa tak sama dengan rumput sedia ada. Ini lebih lagi bermasalah jika rumput ialah dari spesis Bermuda atau Zoysia yg mempunyai pelbagai subspesies dan varieti.
  2. Masalah asal tidak dibaiki malah diabaikan. Kenapa rumput di situ mati? Adakah kerana kekeringan? Siraman tak sampai? Mampatan? Ia kawasan keluar masuk pemain? Kenapa ia jadi berpenyakit? Kenapa ia selalu berlumut? Terlalu banyak air? Sprinkler tak berpusing? Ia kawasan paling dekat dengan paip dan pekerja anda malas”
  3. Kos yang lebih tinggi dari membaikpulih kawasan tersebut. Ia mungkin kelihatan seperti ‘jalan pintas’ tetapi jika masalah lama berulang maka pembelian sod, penutupan kawasan adalah tidak berbaloi.

Saya sering melihat kerja sod yang mendatangkan masalah baru DAN masalah lama berulang.

Masalah baru ialah ialah:

  1. Kerja menanam yang tidak berkualiti menyebabkan rumput tinggi rendah. Bila anda memotong, sod tinggi akan scalp dan sod rendah akan mempunyai rumput panjang.
    Sod ditanam tak sama tinggi
  2. Kesuburan nursery (atau tempat rumput ganti diambil) tak sama dengan tempat yang diganti menyebabkan warna rumput yang tidak sama.
    Sod Cowgrass merah dikeliling Cowgrass hijau
  3. Spesis rumput yang tak sama. Saya pernah lihat sod carpetgrass dalam Cowgrass. Atau Paspalum conjugatum dalam Axonopus compressus.Rumput sod tak sama langsung dengan rumput keliling.
  4. Kawasan yang rumputnya diambil terbiar mempunyai lubang atau lurah. Saya pernah jumpa kawasan yang diambil rumput dua tahun lepas masih belum dibaiki.
    Tapak ambil rumput terbiar
  5. Kawasan yang diganti rumput tidak dapat diguna sementara menunggu rumput diganti menumbuh akar mencengkam tanah bawah dan tidak tercabut atau  sod yang ditanam terlalu jarak, lambat menjalar rapat.
    Tak boleh guna kerana sod tak rapat
  6. Hujan lebat menghalang sod melekat, terutamanya jika kawasan itu di cerun.
    Sod pasir hanyut
  7. Kemarau atau kelemahan menyiram menyebabkan sod mati kekeringan dan perlu ditanam semula.
    Sod kekeringan
  8. Tidak mempunyai alat yang betul. Atau teknik yang betul. Sod yang ditanam; huru-hara.
    sod cangkul
  9. Sod yang mempunyai rumpai yang kekadang tidak kelihatan sewaktu di nurseri atau lokasi sumber rumput.
    rumpai weed dalam sod

Maka saranan saya ialah:

  1. Cari punca masalah. Perbaiki masalah. Jika masalah anda ialah kekeringan, maka baiki sistem penyiraman, gunakan agen pembasah ataupun guna pengudaraan serampang padu. Jika masalah ialah basah (kawasan berlumut), maka lakukan pengudaraan serampang padu atau berongga, gunakan agen pembasah atau baiki sistem saliran. Jika masalah anda ia mampatan, maka carikan jalan lain untuk pemain atau mesin keluar masuk dan lakukan pengudaraan tanah.
  2. Lakukan pengudaraan tanah untuk boost kesuburan. Sama seperti di atas.
  3. Guna soil amendment untuk memperbaiki tanah seperti se-simple bahan organik atau se-complex Zeolite atau se-mudah pasir!
  4. Guna baja, sikit tapi selalu. Guna baja foliar jika perlu. Akar rumput mungkint terlalu pendek untuk mensedut nutrien dari baja.
  5. “Curi” sedikit rumput dari kawasan tepi dan tanam secara sprig di kawasan mati atau guna kaedah “halfmoon technique” untuk mengecilkan kawasan yang mati.
  6. Jadikan tempat itu boleh digunakan untuk permainan; kadang-kadang pengguna/pemain tak berapa kisah sangat jika kawasan itu mereka nampak sedang dalam proses pembaikan.
  7. Naikkan notis kepada pengguna/pemain, terangkan apa yang berlaku dan langkah yang sedang diambil.
  8. Sabar. Tetapi sentiasa perhatikan untuk lihat perkembangan semasa.

Namun demikian, kadang-kadang, kita terpaksa sod untuk ganti. Saya cadangkan ia dilakukan bila:

  1. Memang tidak ada harapan untuk pembaikan contohnya kerana berlaku pertumpahan minyak atau bahan lain yg menjadikan tanah itu toksik.
  2. Akan berlaku acara besar yang tidak dapat menerima kawasan botak itu. Ingat: sodding ialah kos besar, maka jika acara itu berbaloi, baru buat.
  3. Anda memang ada nursery yang besar yang diselenggara sama seperti padang anda dan ia datang dari sumber benih yang sama.
  4. Anda mempunyai peralatan, kebolehan dan teknik sod yang betul.

Kalau tidak, saya cadangkan anda jangan buang duit.

Dalam posting lain saya akan cerita bagaimana untuk sod dengan betul. Dapatkan maklumat penjagaan rumput dari buku saya; buku tentang penyelenggaraan rumput dan padang golf yang pertama dalam BM dan di Malaysia.

ebook sale esentral

Sudahkah anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga rumput yang mengalami kemalangan sewaktu berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dan bagaimana dia menyelamatkan rumputnya? Mulakan episod 1.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Rumput Cinta. Bab 3: Ah Seng

Posted by mynormas on April 9, 2020

Ini adalah bab ke 3 dalam siri Rumput Cinta tentang Roslan dan kerjanya menyelamatkan padang dan kerjayanya selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di bulan April 2020 di Malaysia. Oleh kerana saya menulis siri ini dalam dua bahasa; BM di sini dan Inggeris di majalah inidengan tajuk “The Day After”, saya khuatir ada yang membaca hanya satu versi sahaja maka mulai dari bab ini, kedua-dua versi akan dicerita dari dua kacamata atau point of view. Contohnya, Bab 3 dalam Bahasa Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1 dan Bab 2 dalam laman web ini.

“Hoi Jo. Lu angkat adjustable spanar mari sini. Lepas itu lu pergi tolong Saad kasi lepas itu mesin yang brek jem” kata Ah Seng kepada pembantunya Jo. Walaupun pada Ah Seng itu adalah suara biasanya, tetapi semua orang yang tidak mengenalinya akan mengatakan dia menjerit. Mungkin itu datang dari 30 tahun bekerja di bengkel – bengkel? Siapa yang guna perkataan bengkel? Workshop – yang bising. Mungkin juga kerana dia bertubuh kecil maka dia menggunakan suara yang besar sebagai ganti? Siapa tahu, aku bukan pakar minda, aku mekanik; pakar enjin, fikir Ah Seng.

Kalau aku pakar minda dah aku ajar budak-budak operator ni untuk tidak datang awal pagi terus hidupkan mesin yang dah sekian lama tak hidup. Periksa lah dulu minyak enjinnya, tayar nya atau ada tikus atau haiwan lain yang dah bersarang dalam mesin ke. Dia pernah jumpa sarang tikus dalam enjin mesin yang lama tak digunakan suatu masa dulu.

Kalaulah dia tahu tempoh PKP akan berlarutan lebih lama dari dua minggu seperti yang diumumkan kali pertama, banyak dia buat sebelum dia balik hari terakhir dulu. Mesin yang hampir tiba masa untuk tukar minyak enjin – atau minyak hitam bak kata kebanyakan operator di sini – dan yang dah lama tak diganti minyak enjin, dia akan keluarkan dan ganti dengan minyak baru; atau biar kosong. Minyak enjin yang pekat dan memang patut dipanggil minyak hitam yang lama dibiar dalam enjin akan mendak dan mengotorkan bahagian bawah enjin malah boleh menyumbat pam minyak enjin.

Apa nak buat? Benda dah lepas. Yang penting sekarang dia kena pastikan mesin yang ada bergerak. Sekarang, hari keempat selepas tamatnya PKP, ada tiga mesin dalam workshop. Masa hari pertama mula bekerja dia dah mula panik, suaranya yang lantang dah jadi serak kerana terlalu banyak mesin yang dibiar tanpa penjagaan dan penggunaan perlukan perhatiannya.

Sudahlah ketua cuti sakit dan pembantu bos tak mahu ambil tahu pasal mesin, maka seluruh jabatan penyelenggaraan padang mengharapkan Ah Seng memberi panduan.

Ah Seng sedang membaiki mesin yang enjinnya rosak kerana dihidupkan dalam keadaan lebih dari separuh minyak enjinnya telah menitis di lantai sepanjang tempoh PKP bila dia melihat sebuah bugi dipandu perlahan di depan workshopnya. Bugi Roslan, tapi yang memandunya si Nina.

Nina? Apahal si Roslan ni. Cari glamer kena gosip? “Biarlah. Bukan hal aku” fikir Ah Seng. Kau tak kacau aku, aku tak kacau kau. Tapi bos tetap bos, dia kena pergi sambut juga.

Workshop dan sebahagian dewan simpanan mesin

“Roslan” jeritnya dari dalam workshop. Kali ini memang dia jerit dan dia sendiri pun terkejut dengan kekuatan suaranya. Patutlah ada orang kata dia macam selalu nak bergaduh. “Apa khabar? Ada baik?”

Dia nampak Roslan jalan berdingkut-dingkut sambil memegang belakang masuk ke dalam workshop tetapi nampaknya Roslan tidak mahu bercerita tentang dirinya dan mengelak soalan Ah Seng “Ada masalah kawan?”

Ah Seng letak ke tepi dahulu pertanyaan kesihatan dan terus fokus kepada kerja “Mestilah” sambil menggaru siku dan lututnya yang dah berkematu akibat bertahun-tahun dalam posisi melihat ke bawah mesin “sudah lama tak ada jalan, ada orang bodoh datang terus start mesin tak periksa. Ada tiga mesin potong ride-on yang rosak. Saya baru mau bukak satu enjin mau check”

Roslan mengerutkan mukanya “Kau rasa apa masalahnya?”

Ah Seng masuk ke dalam dewan besar di mana mesin-mesin milik kelab di simpan dan Roslan cuba berjalan di sebelahnya “Aiyah… yang itu memang ada masalah enjin yang bocor. Gasket dia bocor dan kita selalu tambah minyak enjin. Sudah lama tak ada jalan dan tak ada tambah, itu bodoh start mesin tak ada periksa”

“Lagi dua mesin?”

“Brek! Parking brek lama pasang sampai sudah jem melekat. Sekarang enjin boleh hidup tapi mesin tak boleh jalan”

Ah Seng tahu itu yang Roslan tak nak dengar. Mesin yang disimpan dalam stor lama akan ada masalah bateri hilang cas dan untuk mesin lama, minyak enjin akan menitis keluar jika ada kebocoa dan sama seperti kereta jika handbrake dipasang terlalu lama, plet brek akan melekat. Dia boleh dengar Roslan mengeluh “Yang lain okay?”

“Saya ingat semua mesin pun tak boleh start masa hari 1 lepas PKP habis” kata Ah Seng “kita jump-start dan kita tolak mesin yang ada gear manual”

Ah Seng tunduk perhatikan enjin mesin pemotong rumput dek-depan yang rosak itu, Roslan di hadapannya. Dia mahu menunjukkan sesuatu kepada Roslan tetapi bila dia pandang ke atas melihat ke muka Roslan, dia mendapati perhatian Roslan bukan lagi kepadanya – atau mesin, tetapi pandangan nya ke luar workshop.

Ke arah Nina.

Nina yang kelihatan sedang berbual dengan salah seorang operator mesin yang sebaya dengannya. Ah Seng cuba membaca riak wajah kawan baiknya itu. Adakah itu cemburu? Marah? Ah Seng dah berkahwin hampir 30 tahun dan dia tidak lagi merasa apa yang dia khuatiri Roslan rasa.

Patutkan dia cakap sesuatu? Perlukah dia ambik tahu? Tiba-tiba Roslan memandang ke arahnya. “Hati-hati boss” Ah Seng beritahu Roslan.

“Apa?” walau dalam workshop yang tak berapa terang dia boleh nampak muka Roslan berubah warna. Oh… malu?

“Hati-hati jangan terpijak minyak tumpah!”

“Oh…” kata Roslan, melangkah ke tepi.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Klik di sini untuk membeli.

“Tapi ada satu mesin yang tak ada masalah. Mesin yang paling penting pulak tu. Jadi adalah berita baik jugak dari workshop ini”

“Ya?” tanya Roslan, sedikit senyuman di bibirnya “nanti aku teka; Azmi? Mesin sprayer?”

“Ya lah. Azmi. Aku tak tahu mana dia dapat tahu pasal lockdown atau dia curi-curi masuk ke workshop masa PKP ke tapi dia naikkan mesin sprayer tu guna jack kemudian letak batu bata dan kayu bawahnya untuk selamatkan shock absorber dan tayar. Lepas tu dia lepaskan handbrake, cabut kepala bateri, dia letak bekas bawah enjin supaya kalau ada minyak menitis, masuk dalam bekas DAN…” Ah Seng menunjukkan jari ke muka Roslan, “dia isi minyak dalam tangki sampai penuh. Dia pandai ke atau memang tabiat baik dia ke tapi itu memang baik kalau mau simpan mesin lama, sebab kalau tangki kosong, nanti tangki tu berpeluh bila cuaca sejuk. Sekarang kan selalu hujan waktu malam. Bila tangki berpeluh nanti tangki berkarat atau air peluh tu akan kotorkan minyak”

Azmi adalah operator terbaik di situ, lebih muda dari kebanyakan yang lain dan masih bujang. Ah Seng suka kepada Azmi kerana dia pandai jaga mesin dan dia tahu Roslan juga suka kepada Azmi. Tetapi Azmi lah yang bercakap dengan Nina tadi.

Ah Seng berniat nak tukar tajuk dari Azmi dan bertanya “Kau cabut kepala bateri dari kereta Rose ke Roslan?” keluar saja soalan tu dari bibirnya Ah Seng rasa menyesal kerana spontan juga dia lihat perubahan pada Roslan. Mungkin dia ada rasa bersalah pada isterinya?

“Tak. Orang kata kereta jenis baru, kalau cabut baterinya nanti setting ada yang lari”

“Betul, kalau kereta lama, boleh tapi kalau kereta baru dengan radionya lah, komputer lah, atau entah apabenda lah, jangan cabut bateri”

Semasa perbualan tadi mereka telah mula bergerak keluar dari workshop.

“Okay Ah Seng. Aku pergi dulu. Nanti bagi aku laporan”

“Okay boss”

Ah Seng perhatikan Roslan berjalan ke bugi. Dia boleh dengar Azmi mengucapkan selamat kepada Roslan tetapi tidak diendahkan Roslan yang memandang terus ke hadapan.

Nina senyum kepada Ah Seng sambil perlahan memandu pergi. Patutlah Roslan dan yang lain tertawan, senyuman Nina memang manis. Tapi di jabatan yang 95% adalah lelaki, senyuman mak Nina pun akan dianggap menawan, fikir Ah Seng.

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | 1 Comment »

Rumput Cinta. Bab 1.

Posted by mynormas on April 5, 2020

Mungkin kerana terlalu banyak masa lapang, saya mula menulis cerpen bersiri yg berfokus tentang penjagaan rumput. Walaupun kisah Roslan berkisar di padang golf tetapi ilmu Roslan boleh digunakan di padang bola, halaman dan landskap. Anda boleh baca versi Bahasa Inggeris di majalah online ini. Follow laman web ini utk episod seterusnya.

Roslan terjaga dari tidur bila terdengar ada benda jatuh di luar biliknya. “Pukul berapa dah ni?” fikir Roslan. Walau pukul berapa pun, dia sudah tidak dapat tidur kembali.

Hari ini adalah hari keempat setelah kerajaan mengistiharkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lebih selalu dipanggil sebagai “lockdown”.

Tiga hari Roslan bercuti sakit di rumah. Tiga hari rakan-rakan sekerja telah mula bekerja membaik segala kerosakan di padang. Tiga hari dia tertanya-tanya apa yang berlaku di padangnya dan tiga hari lah rakan-rakannya cuba menghubunginya tetapi dilarang oleh isteri Roslan.

Roslan bangkit perlahan-lahan dari katilnya. Belakang dan badannya masih sakit tetapi dia tahu dia perlu masuk ke pejabat hari ini.

Rose, isterinya, selalu mengusiknya mengatakan bahawa tugas seorang Superintenden padang golf – atau tukang potong rumput glamer – tak pernah habis, nah, hari ini, selepas sekian lama, tugasnya sebagai seorang superintenden padang golf baru saja bermula.

Rose, wanita yang dikahwininya 14 tahun yang lalu, memandu dia ke pejabat.

Pejabat Roslan terletak di dalam lingkungan padang golf 36 lubang yang berada di bawah pentadbirannya dan untuk pertama kalinya selepas sekian lama, Roslan dapat melihat pemandangan padang golf dari jalan raya sebagai seorang penumpang.

Dia boleh melihat seorang pekerjanya memandu jentera pemotong rumput jenis pisau rotary dan di belakang jentera tersebut barisan sampah pemotongan dalam garis-garis lurus yang amat dibenci oleh Roslan sebelum ini. Roslan tahu ini tidak dapat dielakkan, kerana dalam minggu-minggu PKP tanpa pemotongan, pertumbuhan rumput tidak berhenti terutamanya jika rumput subur di bekalkan nutrisi melalui program pembajaan seperti di padang nya.

clipping rough

Sampah dari rumput yang dipotong terlalu banyak.

Tiba-tiba Roslan tersentak dan memegang tangan Rose yang sedang memandu, menyebabkan Rose memulas steering dan masuk ke lorong bertentangan. “Kenapa?!” tanya Rose, mukanya ketakutan.

“Cendawan” jawab Roslan “ATAS green!”

“Ya Allah…” keluh Rose “Ingatkan apa tadi. Nasib baik tak ada kereta lain”

Roslan rasa tak bermaya. Kalaulah dia ada kuasa untuk kembali ke masa silam. Ke hari-hari sebelum PKP. Untuk buat perkara-perkara yang dia boleh buat yang akan mengurangkan masalah yang timbul selepas PKP. Dia masih ingat pertengkaran melalui WhatsApp dengan GMnya dua hari selepas PKP bermula.

“Kalau saya tahu akan ada PKP saya akan:

  1. Sembur plant growth regulator atas green, fairway dan tee.
  2. Hanya guna baja slow-release, walaupun atas fairway
  3. Gunakan racun serangga dan kulat jenis sistemik atas semua tempat yang biasa diserang oleh serangga atau kulat walaupun masa tu tiada serangan.
  4. Sembur agen pembasah atas semua green ataupun sekurang-kurangnya atas semua kawasan yang biasa kering.”

“Habis tu, kenapa tak buat?!” balas En. GM.

“Manalah saya tahu PKP akan dilanjutkan selama ini. GM tahu ke???” jawab Roslan “Lagipun, you dah potong my budget banyak, I tak mampu lagi nak beli Primo PGR dan juga agen pembasah” Memang kalau berdepan-depan dah lawan jerit dah diantara Roslan dan bosnya.

“Oh jadi salah aku lah sekarang?! Apa benda Primo PGR tu pun aku tak tahu” Roslan tahu bossnya memang jenis orang yang tak akan mengaku kalah.

“Plant Growth Regulator. Pembantut pertumbuhan rumput” mula-mula dia sambung ayat itu dengan “lah bodoh” tapi setelah fikir baik-baik, Roslan telah padam dan diganti dengan “ia melambatkan pertumbuhan rumput. Sekarang kita guna di tebing bunker dan slope yang curam untuk kurangkan guna pemotongan manual”

“What-ever lah. Bila dah bukak nanti atas kau dan orang kau untuk betulkan balik masalah ni”

“Okay boss” jawab Roslan. Dia kesal dengan sikap bossnya yang masa Tan Sri Chan, pemilik padang puji kecantikan padang golfnya tahun lepas, GM kata “orang saya” tapi bila padang bermasalah macam sekarang ia jadi “orang kau”.

Kalaulah dia tahu PKP akan disambung selepas dua minggu. Banyak benda yang dia boleh buat – sepatutnya dia buat – selepas dua minggu. Contohnya meminta kebenaran beberapa orang pekerja masuk ke padang atau curi-curi masuk? Tak, itu tak bertanggungjawab dan dia tak mahu buat begitu.

Apa yang dia boleh dan sepatutnya buat lepas dua minggu ialah minta untuk hanya sebahagian sahaja tenaga kerjanya masuk – mungkin mereka boleh tinggal di kawasan rumah kelab atau di pejabat Roslan sendiri.

Apa yang mereka perlu buat? Antara kerja penting yang dia akan suruh mereka buat ialah:

  • Potong semua kawasan. Selepas dua minggu tak potong memanglah rumput dah panjang jadi mereka akan potong lebih tinggi dari biasa dahulu.
  • Siram tempat yang selalu kering. Tak sempat nak siram semua 300 ekar.
  • Sembur racun serangga dan kulat jenis sentuh di kawasan yang telah diserang penyakit atau serangga; mesti dah ada selepas dua minggu.
  • Ulang semburan racun serangga dan kulat jenis sistemik di semua green, termasuk green latihan.

“Baja?” fikir Roslan “Patutkah aku membaja?” Tak. Dia tak sepatutnya membaja dua minggu selepas PKP. Pembajaan akan menyebabkan pertumbuhan lebih galak rumput, tambahan pula kebanyakan baja dalam stoknya adalah baja quick-release seperti 15:15:15, 12:12:17 dan urea.

“Hollow-tine? Nyah-thatch? Hias-atas? Itu lagilah sepatutnya aku elakkan” dia tahu kelab bersebelahannya ada buat projek hollow tining pada awal penutupan padang akibat PKP lagi. Memanglah tiada pemain yang akan ganggu tetapi ini bermakna sekumpulan besar pekerjanya harus datang bekerja dan dia rasa tak bertanggungjawab untuk mendedahkan pekerjanya kepada risiko virus merbahaya itu. Dia tahu pekerja kelab sebelah tidak mengalami apa-apa penyakit selepas itu tapi siapa tahu kalau itu berlaku di kelabnya?

Lagipun, dia mempunyai prosedur tertentu sebelum memulakan kerja-kerja hollow-tine, contohnya pembajaan seminggu sebelum itu dan penukaran tine selepas beberapa jam ia digunakan untuk mempastikan kedalaman lubang yang sama dari mula hingga akhir proses. Hollow-tine bukan kerja adhoc dan dia tak faham kenapa ada kelab buat seolah-olah ia adalah kerja yang boleh dibuat sembrono.

Kalaulah dia tak jatuh tangga sewaktu menggantung gambar di rumahnya minggu pertama PKP, mungkin dia boleh buat sesuatu selepas pengumuman penambahan tempoh PKP. Dia dirawat di hospital selama dua hari dan selepas dia kembali ke rumah dengan bekalan pil untuk menghilangkan kesakitan, masalah di padang rumput terasa masalah kecil. Jika bukan kerana masalah penyakit peringkat global sekarang, dia mungkin berada di hospital lebih lama lagi. Doktor bagi dia cuti lama. Cuti yang lebih lama dari PKP itu sendiri. Kalaulah tak sakit, memang dia dah pergi kerja.

Tapi itu kisah lama. Sekarang dia perlu pergi ke padang dan adalah tanggungjawab dia untuk memperbaiki padang sekarang.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Klik di sini.

Dia ada dua pembantu yang baik dan ramai pekerja yang setia kepadanya. Dia boleh buat. Dengan pengalaman lama nya, dia tahu dia boleh buat.

Hanya beberapa minit lagi dia akan sampai ke pejabat. Dia pandang Rose yang sedang memandu. Rose seorang pemandu yang perlahan, ‘cermat’ katanya. Roslan mahu berkata sesuatu tetapi dia tidak mahu, Roslan merasa banyak terhutang budi kepada Rose yang telah menjaganya sewaktu dia sakit.

Mungkin tiba masanya untuk dia melepaskan Nina.

Dia terbayang wajah Nina.

Nina yang cantik.

Nina adalah setiausaha Roslan.

Bersambung… sila Follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk tidak terlepas cerita selanjutnya.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau apa-apa baik yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Sebarang persamaan adalah kebetulan dan tidak disengajakan.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: | 9 Comments »

Lockdown: Apa nak buat pada rumput anda.

Posted by mynormas on March 17, 2020


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan seluruh negara 18 – 31 Mac 2020.

Edit: Masa saya menulis artikel ini beberapa hari lepas (sebelum “partial lockdown”) saya fahami bahawa ini bermakna pekerja padang juga seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah dan berkumpul kerana ini boleh merebak kan lagi virus ini. Saya membayangkan hanya “skeleton crew” terdiri dari beberapa orang sahaja yang akan dibayar lebih dan secara sukarela sahaja akan bekerja. Saya tak sangka ada padang yg full crew bekerja full day, ada yang halfday dan ada yg buat hollow tine!

Edit 2: The movement control order has been extended for another 2 weeks until 14th April. Much of what I wrote before remains the same.

  • The grass will continue to grow so cutting is necessary.
  • If cutting during the MCO can’t be done, then after MCO, cut high and reduce height gradually.
  • Water is required only on newly planted grasses. Established grasses, provided they’re healthy can survive without watering. At worst they’ll go dormant and come back after watering a few times.
  • Pest and disease control remains important if you have been having issues prior to MCO. If P&D issues starts during MCO, it probably won’t spread because there’s no players or staff to spread them.
  • You may find losses or damages to some course/field accessories and furniture: if you can’t put them in storage now, be prepared to replace or repair them.
  • You can postpone fertilising or cultural activities for duration of MCO.
  • I find it appalling any club would force all their workers to come to club and do normal work during MCO. What if one gets it and spread it among the other staff and then his family!? Maybe a few essential ones or those that stay on-site; I can understand, but all or most?

Sebagai penjaga rumput, apa tindakan kita? Bolehkah kita turut serta dan abaikan rumput kita? Jangan lupa bahawa

  1. Rumput adalah tumbuhan hidup. 
  2. Dalam konteks padang permainan ia adalah tanaman mono-kultura iaitu kawasan buatan manusia yg ditanam hanya dengan satu jenis tumbuhan saja. Maka pereputan menghasilkan hanya nutrien yang sama sahaja.
  3. Di kebanyakan masa, akibat dari tumbuhan mono-kultura, ia juga tidak mendapat perlindungan matahari terik.
  4. Mengikut pemotongan peraturan satu pertiga; rumput tidak boleh dipotong lebih dari satu pertiga ketinggian.
  5. Penanaman rumput di atas medium pasir bermakna air tidak banyak di simpan di dalam tanah.
  6. Makhluk perosak akan cepat membiak jika tak dikawal dalam kawasan mono-kultura.

Maka, apakah kerja yang perlu dilakukan sewaktu lockdown ini?

  1. Pemotongan: utk rumput yg dipotong pada ketinggian 15mm ke atas (fairway, rough padang bola dsb) sebaiknya anda potong seminggu sekali. Jika anda terpaksa tak potong maka pada 1 April nanti pastikan anda potong pada lebih kurang 50% lebih tinggi dari dahulu dan turunkan ketinggian 10% setiap dua atau tiga hari. Utk green padang golf, sebaiknya anda potong 2 hari sekali pada 10% atau lebih dari ketinggian sekarang. Jika anda terpaksa tak potong, buat sama seperti di atas.
  2. Penyiraman. Kawasan yg pasti perlu disiram ialah rumput yang baru ditanam. Utk rumput sihat, jika ia tak dapat air ia akan menjadi dorman (bertukar coklat) tetapi tidak mati. Rumput baru tanam akan mati. Jika rumput dorman tidak dapat air selama 30 hari, ia akan mati juga. Jika ada hujan. Ini boleh diabaikan.
  3. Kawalan makhluk perosak. Jika anda di landa serangan makhluk perosak seperti serangga atau kulat maka kawalan perlu sebelum anda bercuti atau anda boleh kembali bekerja pada 1 April dan kehilangan rumput (dan kerja). Jika kawasan anda biasa diserang makhluk perosak, saya cadangkan aplikasi racun sistemik (serap) sebelum cuti.
  4. Saya mencadangkan penyimpanan semua benda yang boleh dicuri seperti tiang bendera sepakan sudut, pin, cup, tee marker dsb.

Apa kerja yg boleh kita tunda?

  1. Pembajaan.
  2. Kerja-kerja amalan kultura seperti pengudaraan tanah, nyah-thatch dll.

Rumput adalah tumbuhan yg lasak dan cepat membiak. Maka tak perlu terlalu risau. Worse comes to worse, kita tanam semula. Anda boleh dapati sumber tanam semula dalam laman web ini.

Tujuan penulisan ini ialah untuk kita memberi beberapa fakta kepada majikan, boss, tuan punya padang dsb.

Ingat! Penjagaan rumput adalah suatu kerja profesional dan mempunyai sains dan seni nya. Ini perlu diteruskan dan ditekankan supaya harga kita kerja dihargai dan kita tak dianggap boleh diganti dengan beberapa orang pekerja asing dari Bangladesh atau Indonesia.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan berada dalam keadaan sihat sewaktu keadaan mencabar ini dan jika ada sebarang persoalan, sila tanya di sini atau di FB mynormas.com dan bukan secara pm.

Terima kasih.

Read the rest of this entry »

Posted in landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Kain geotekstil

Posted by mynormas on February 18, 2020

Bila org minta saya rehabilitasi padang mereka dengan menambah longkang subtanah kerana padang mereka basah, mereka akan selalu terperanjat bila mendapati bahawa padang itu sebenarnya sudah ada longkang subtanah.

Kenapa mereka terperanjat? Kerana melihatkan kebasahan padang, mereka mengandaikan padang itu tiada longkang subtanah.

Salah satu sebab utama kegagalan longkang subtanah ialah penggunaan kain geotekstil yg salah.

Kebanyakan kontraktor akan membalut paip mereka dengan kain geotekstil yg, selang beberapa tahun, akan disumbat dengan partikel tanah dan akar rumput. Ini akan menghalang air masuk. Ini biasanya berlaku selepas 3 – 4 tahun selepas pembinaan dan selepas pembayaran duit “retention”.

img_20200121_144032-13090428080019920245.jpg

Saya sendiri tidak menggunakan kain geotekstil dalam pembinaan longkang subtanah dan jika terpaksa (kerana kawasan yg penuh dengan selut atau dipaksa oleh BQ dan SO) saya akan meletakkan kain geotekstil di keliling longkang dan bukan di keliling paip. Artinya; korek longkang, alas kain geotekstil di bawah dan sisi longkang, kemudian isi batu, paip dan pasir ke dalam longkang tersebut dan akhir sekali tutup longkang dengan sod.

geotextile in drain not pipe

Kain geo textile sekeliling longkang subtanah BUKAN keliling paip dalam longkang subtanah.

“Tapi tuan” tanya anda “bagaimana tentang partikel tanah yang masuk ke dalam paip, tidakkah ia menyumbat paip?” Saya kata: Biarkan ia masuk. Atasi masalah menyumbat paip dengan kecerunan dan kelurusan longkang, yang akan membawa partikel ini keluar dengan laju. 

Jimatkan kos anda dengan tidak menggunakan kain geotekstil melainkan di kawasan berselut (iaitu mempunyai partikel amat halus yang mampu masuk ke celah-celah batu dan menyumbatnya) ataupun jika anda mempunyai masalah kecerunan longkang. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Greens, Landscape, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: