Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Air dalam Tanah

Posted by mynormas on November 12, 2019


Semakin hampir kita dengan musim tengkujuh semakin banyak saya dapat panggilan dari padang yang minta saya lakukan kerja-kerja pengudaraan tanah di padang mereka dengan harapan pengudaraan tanah akan membantu pengeringan padang di musim hujan.

Adakah ini benar? Adakah pengudaraan padang akan membantu padang kering di musim hujan?

Tidak benar tetapi mungkin ada sedikit kekeliruan.

Untuk penerangan lanjut, saya nak perkenalkan dua perkara utama:

1. Field Capacity atau Tahap Tepu Padang (ini istilah saya belajar 30 tahun dulu, mungkin sekarang dah lain) dan

2. Lapisan atas permukaan padang yang terdiri dari thatch atau mat iaitu bahan organik yang terdapat di atau hampir di permukaan tanah.

Thatch atau mat ini akan bertindak seperti span (sponge) untuk memegang air dari turun ke bawah. Air ini seterusnya akan menghalang udara dari mengisi ruang bawah permukaan dan menyebabkan kulat, bakteria dan lain-lain mikro organisma tidak dapat bernafas sedangkan mikro organisma inilah yang akan bertindak mereputkan bahan organik tadi. Maka makin tebal thatch, makin banyak air di dalamnya dan semakin kurang mikro organisma boleh menguraikan thatch lalu semakin banyak thatch akan terbentuk.

Thatch
Ini lah ‘tahi’ di bawah rumput yang menghalang air dan baja dari turun. Bila kita roll, ia akan jadi padat.

Maka anda akan rasa padang anda lembik macam bubur. Walau dah dua, tiga hari tak hujan, ia masih lagi berlumpur dan lembik.

Malah, walau dah pernah pasang longkang subtanah beberapa tahun lepas, ia masih lagi lembik dan berlumpur lepas hujan.

Ini diburukkan lagi jika anda adalah Raja Gelek atau Ratu Gelek iaitu penjaga padang yang gemar menggelek padang. Penggelekkan ini akan memampatkan padang dan menghalang air dari tembus WALAUPUN thatch adalah minimum.

Tahap tepu padang ialah jumlah air yang ia boleh terima sebelum ia… tepu dan tidak boleh lagi menampung air dalam padang; maka terjadilah padang banjir.

Untuk memudahkan penerangan, saya biasa buat perumpamaan tentang cawan yang ditutup dengan sekeping kadbod atau tisu tebal. Cawan itu ialah tahap tepu padang dan kadbod/tisu ialah permukaan padang.

Perumpamaan padang dan permukaan.
Cawan yang sudah penuh (padang yg sudah tepu) dan kadbod yang penuh air (permukaan padang yang menyerap air)

Tanpa melakukan pengudaraan tanah; air akan terkumpul di permukaan walaupun padang tidak berada pada tahap tepu.

Tetapi melakukan pengudaraan tanah tanpa ada sistem saliran subtanah yang baik akan membantu pengeringan permukaan padang dengan cara memberi ruang untuk peredaran udara untuk penyejatan air tetapi jika hujan (atau penyiraman) berterusan akan menyebabkan padang mencapai tahap tepu dengan cepat dan air akan naik ke permukaan kembali.

Tentunya, kedua-dua sistem itu mempunyai had juga; terlalu banyak air akan mengatasinya dan terlalu banyak pengudaraan akan mengganggu permainan serta terlalu banyak sistem saliran subtanah akan menyebabkan padang terlalu cepat kering sewaktu tiada hujan.

Walaubagaimanapun, mempunyai sistem saliran tanpa melakukan pengudaraan tanah akan menyebabkan permukaan sentiasa menjadi lembap dan basah.

Maka untuk padang yang baik, kita perlukan kedua-duanya, pengudaraan tanah yang dilakukan secara berjadual (dan penggelekkan yang sederhana) serta sistem saliran subtanah yang baik.

Jika anda ada mempunyai padang yang basah dan atau masalah lain, hubungi kami di O3-5I3I OO66. 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: