Pembajaan Padang
Posted by mynormas on November 17, 2020
Pembajaan padang (saya tahu di Indonesia “baja” mempunyai maksud yang lain tetapi dalam konteks laman web ini, saya menceritakan tentang aplikasi nutrisi di sebuah padang bola.
Saya telah melihat beberapa padang yang menunjukkan cara pembajaan yang salah dan saya telah menerima beberapa soalan tentang cara yang betul untuk membaja padang.
Prinsip-prinsip utama ialah:
- Baja sebelum rumput menunjukkan symptom kekurangan nutrisi. Selang masa jangan terlalu lama dan jangan terlalu cepat; saya cadangkan sebulan sekali atau sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
- Baja sedikit tetapi selalu, terutamanya di musim hujan.
- Ketahui apa nutrien yang di perlukan oleh rumput. Cara terbaik ialah dengan menggunakan ‘soil test’ ataupun buat rujukan.
- Tabur atau sembur baja dalam laluan lurus.
- Gunakan spreader (alat menabur baja) yang berkualiti.
- Cuba untuk lakukan pembajaan dengan dua orang.
- Kebanyakan baja perlu di siram – bukan semua. Tetapi jika menyiram baja; jangan terlalu banyak air; baja akan larutlesap (leach) atau hanyut jika di siram terlalu lama atau banyak.
- Amalkan utk tidak memotong atau gunakan padang sertamerta selepas menabur. Biar sehari dua dulu.
Cara-Cara membaja.
- Amalkan memulakan pembajaan di tengah padang (tak kira samada pembajaan melintang atau membujur padang) TETAPI jika kali pertama menggunakan baja baru yang mungkin lebih kecil atau lebih berat dan tak diketahui berapa jauh ‘buangan’ nya dari spreader, ukur dengan pembajaan di depan gol.
- Mulakan pembajaan dengan kira jarak dari pembuangan dari spreader ke garis tengah (dalam contoh saya ialah tiga langkah)
- Sebaiknya ada dua orang; orang kedua akan tanda di mana baja jatuh dan pastikan tiada masalah (baja tersekat atau garis pembaja tidak lurus).

- Bila pembaja dah dekat sampai ke hujung padang, orang kedua (kita panggil dia marker) akan kira berapa langkah untuk garis baru pembaja. Dalam contoh baja yang saya gunakan ialah tiga langkah.
- Marker akan pergi ke garis baru dan pembaja akan mulakan pembajaan di garis itu. Marker akan ulang kerja sebagai pengawas dan penanda.

Belang baja
Satu masalah yang boleh dihadapi oleh penjaga padang yang jarang-jarang membaja kemudian menggunakan baja yang kuat nitrogennya seperti Urea (amat tidak digalakkan; baca di sini kenapa) ialah terjadinya belang baja.

Maka untuk elakkan belang, saya amalkan: 1. Pembajaan sedikit tapi selalu (kalau silap pun, tak adalah hijau gelap versus hijau muda) dan 2. Pembajaan berlawan arah (kalau kali pertama dari timur ke barat, kali ke dua ialah utara ke selatan).


Selang masa antara pembajaan
Perkara pertama yang patut kita selesaikan ialah ‘bila kah masa untuk membaja?’. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis rumput dan jenis tanah. Rumput seperti bermuda akan memerlukan lebih banyak baja dari Cowgrass dan tanah mampu memberi nutrisi yang lebih banyak kepada rumput dari padang yang di buat dari pasir.
Untuk mudah cerita, kita baja sebelum rumput bertukar menjadi tidak sihat. Ingat: baja BUKAN makanan rumput, ia adalah nutrisi sama seperti kita makan vitamin. Vitamin bukan makanan, ia adalah nutrisi. Makanan untuk rumput di hasilkan melalui proses fotosintesis di daun yang berwarna hijau.
Tapi pembajaan adalah proses yang penting untuk padang rumput kerana ia adalah tanaman monokultur (rumput liar tidak di kira) dan rumput akan menghabiskan semua nutrisi yang di perlukan oleh rumput dalam tanah, jika ada. Bila rumput mati atau di potong, ia membebaskan nutrien yang sama.
Ini berbeza dengan rumput yang tumbuh liar bersama sama dengan pokok lain, rumput dan pokok mungkin menggunakan nutrien yang berbeza dan bila mati, akan membebaskan nutrien yang berbeza untuk memberi kitaran nutrien yang lengkap.
Selang masa pembajaan yang terlalu lama ataupun tidak membaja akan menjadikan rumput tidak sihat, kuning dan menjadi kurus serta tumbuh jarang-jarang.
Dan itulah sebab mengapa padang bola Cowgrass selalu menjadi mangsa kekurangan nutrisi; sifat genetiknya berwarna hijau gelap menyebabkan orang tidak membaja. Bayangkan perbualan di antara penjaga padang dan boss:
Penjaga: “Boss, saya perlukan duit untuk beli baja, kita perlu baja padang kita minggu depan”
Boss: “Buat apa? Bukankah padang itu masih hijau? Tak perlu. Kita simpan duit untuk bonus hujung tahun”
Dalam hati penjaga: “Dah tiga tahun tak membaja dan tiga tahun takde bonus pun…”
Sebaik-baiknya selepas membaja, kita perlulah menyiram supaya baja tersebut turun dari daun dan jatuh ke tanah dan mula cair supaya boleh di serap oleh akar. Jika siram terlalu lama, baja akan larutlesap (leach) terus ke bawah. Selalunya saya siram hanya 10 minit. Baja foliar mungkin tidak di siram; sila rujuk kepada pembekal. Baja butiran yang tidak di siram boleh tersejat ataupun ‘membakar’ daun rumput kerana ia mengandungi garam yang akan menarik air keluar dari daun melalui proses osmosis.
Nota: ini adalah artikel kedua tentang pembajaan padang. Artikel sebelumnya bertajuk “Nutrisi Padang”.
Selamat Mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama.
Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan.
Sila sudi klik gambar iklan di bawah artikel in, ia adalah sumber pendapatan untuk laman web ini. Terima kasih.

Leave a Reply