Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘Lanskap’

Rumput botak

Posted by mynormas on February 4, 2023

Laman anda ada kawasan botak? Terlalu kecil untuk beli rumput baru tapi terlalu besar utk buat tak nampak? Bukan itu saja masalahnya. Kalau anda beli dari luar, kadang-kadang rumput tak sama. Guna cara sprig.

Beberapa bulan dulu, saya ada tulis tentang cara penanaman dengan sprig. Sebenarnya saya menulis artikel ini di bulan November 2022, so baru dua minggu saja. Cuma saya nak laman web ini menerbitkan artikel sebulan sekali, maka saya jadual kan artikel ini di bulan Februari 2023.

Baiklah, peralatan yang anda perlukan ialah sebarang benda yang boleh membuat lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari. Anda boleh guna batang paip pendek, atau pisau yang sesuai ataupun alat pemutar skru.

Kejap, baru teringat. Nak letak satu caveat. Sprig dalam istilah sebenar ialah stolon atau rhizom. Cowgrass tak ada stolon dan rhizome dia tak macam rhizome rumput carpet lain. So, kalau laman anda Cowgrass, maka “sprig” anda dah macam sod kecik dan batang paip tak boleh digunakan, hanya pisau dan pemutar skru mata leper saja, boleh. Sebab anda kena potong sprig anda macam kek kat kedai kek kayangan (kecik tapi comel jer).

Pertama sekali, pilih tempat yang anda nak tanam semula kemudian bersihkan nya hingga satu inci ke bawah dengan tujuan nak buang penyebab kematian (kebotakan? Ha ha) kawasan itu dan buang benih rumpai. Tak ada pasir? Bajak bajak bajak dengan alat seperti di atas tadi supaya benih rumpai atau patogen penyakit di keringkan oleh matahari.

Kemudian pilih tempat yang anda nak ambik rumput utk tanam di kawasan botak. Kalau kawasan botak 1 kaki x 1 kaki, maka tempat “benih” tu 4 inci x 4 inci pun dah cukup.

Anda ada dua pilihan, pilih tempat yang di sempadan laman anda, biasanya di bawah pokok bunga, kat tepi longkang dsb. Ataupun anda boleh juga curi curi dari kawasan paling subur di seluruh laman anda (jangan pulak laman orang sebelah) utk setiap satu lubang di kawasan botak, curi satu sprig di kawasan subur.

Di kawasan botak tadi tebuk lubang sebesar dan sedalam satu ibu jari.

Batang paip, kalau panjang, tak payah bongkok bongkok tapi lepas tu nak simpan mana? Janganlah guna gambar ini tanpa memberi kredit kepada laman web ini.

Lepas tu, ambik rumput di tempat yang anda pilih tadi dan cucuk ke dalam lubang yang anda sediakan.

Ini sprig rumput carpet. Kalau Cowgrass, sprig nya perlu lebih besar lagi. Kredit gambar http://www.mynormas.com

Baja? Oleh kerana ini di ambil dari laman sendiri, maka baja yang sebelum ini anda letak, dah cukup lah. Tak perlu baja khusus. Cukup lah sekadar Bismillah atau doa atau apa-apa bacaan yang patut.

Siram macam biasa. Itu satu lagi kebaikan sprig, kita tanam dah ada akar.

Berapa jauh jarak diantara lubang? Lagi jauh, lagi lambat rumput rapat. Mulakan dengan jarak 4 jari. Lepas seminggu, kalau nampak macam lambat, anda boleh saja tambah tanaman di antara dua lubang.

Lepas tu, kita berserah.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat. Bukan saya mintak pun tapi sekurang kurangnya adalah penghargaan utk saya dan harga diri utk awak

Advertisement

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

Profil tanah

Posted by mynormas on January 7, 2023

Kat luar negeri kan, memprofilkan orang ni salah tau. Kita tak kenal orang tu tapi berdasarkan warna kulit atau asal usul dia, kita memprofilkan dia sebagai jahat, pemalas atau tamak.

Lebih lah jarang kita nak periksa profil tanah sebelum kita membuat keputusan tentang sifat tanah di suatu tempat yang baik atau bermasalah.

Tahu kah anda tentang kewujudan suatu alat untuk memeriksa profil tanah?

Berbelas tahun dulu, saya di panggil kerja di sebuah kelab golf yang mempunyai masalah di atas green mereka.

Bila saya periksa profil tanah, saya dapati mereka mempunyai beberapa masalah. Pertama mereka tidak menggaul bahan organik ke dalam zon akar mereka dengan betul. Ini menyebabkan ada lapisan bahan organik tulin yang tidak memainkan peranan nya sebagai pemangkin pertumbuhan.

Yang hitam tu organik. Yang hijau bawah nya tu ialah zeolite sejenis soil amendment.

Selingan: kami di padang golf tak guna “topsoil”. Sejak puluhan tahun iaitu sekitar 1960an, sistem penanaman rumput di atas pasir telah di popular kan samada menggunakan sistem USGA, California atau hybrid di antara dua sistem itu. Kami gunakan apa yang dipanggil sebagai rootzone atau zon akar iaitu lapisan setebal lebih kurang 100mm atau 4 inci yang di campur dengan 5 – 10% dari isipadu nya dengan bahan organik. Bergantung pada cuaca tempatan, ada tempat yang menambah pula dengan 5% dari isipadu pula dengan amendment yang amat lambat reput tetapi berfungsi memegang air dan nutrien.

Masalah kedua padang ialah kerja-kerja hias-atas atau topdressing yang dilakukan secara jarang-jarang tetapi dengan tebal. Ini menyebabkan pelapisan atau layering yang melambatkan pergerakan air ke dalam tanah.

Pelapisan tanah (soil layering). Bila hias-atas dilakukan jarang-jarang tapi tebal tebal.

Jadi, air lambat turun, akar jadi pendek dan oleh kerana tiap-tiap green ada masalah unik berbeza dari green ke green, maka tiap-tiap green akan ada sifatnya sendiri yang menyusahkan pemain golf yang mahukan semua green mempunyai sifat yang hampir sama.

Penyelesaian nya?

Ka-boom!

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat.

Posted in Golf Course, Greens, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Tanam sod

Posted by mynormas on October 22, 2022

Percaya lah kalau saya kata perkataan “sod” adalah perkataan tak elok dalam bahasa Inggeris dari Britain. Contoh penggunaan: “You stupid sod!”. Ini mengikut kamus Oxford ya.

Dalam istilah penjagaan rumput di Malaysia dan America pula, sod ialah keping tanah yang mempunyai rumput di atas nya. Dan dalam konteks penulisan ini, ialah cara penanaman keping tanah tersebut.

Kali ini, malas nak cakap banyak, saya nak tunjuk gambar saja. Saya berharap gambar-gambar ini akan menjawab persoalan “kenapa tak boleh guna sod cangkul?”

Inilah cara yang betul menanam sod. Kita tanam rapat rapat dan sama rata, kita gunakan papan atau kayu lurus utk ukur kerataan keping keping itu

Mungkin ada yang kata “alah, itu green padang golf, bolehlah”. Bukan kah kesempurnaan yang kita impikan? Ini pun bukan sempurna tapi ia jauh lebih baik dari sod cangkul yang tak sama tebal di jack jatuh lori lepas tu baling baling dia ke seluruh padang. Tiga bulan kemudian kita tanya “kenapa padang saya tak rata?”

Rumput cangkul. Agak-agak cara ni cepat ke nak dapat rata?
Guna ramai pekerja kalau nak siap cepat.

Utk dapat penanaman sod yang rata, kita juga perlukan bahagian dasar yang rata. Ini membawa kita kepada jawapan kepada soalan kedua yang saya selalu di tanya, “nak tanam atas topsoil ke, pasir?”. Saya tak gunakan topsoil, saya gunakan pasir kerana pasir lebih mudah di ratakan. Topsoil, terutamanya topsoil yang sebenarnya adalah tanah liat akan amat susah di ratakan.

4 inci teratas ialah 95% pasir + 5% bahan organik. Ini kita panggil sebagai “root zone”.

Jadi root zone ini adalah bahagian utama akar berada. Kita perlukan ia subur dan memegang sedikit air, tak perlu banyak sebab kita nak latih akar rumput utk tumbuh panjang ke bawah mencari air. Tapi awas, masa mula mula tanam, rajin rajinlah siram.

Selepas sehari, ini lah hasilnya. Yang putih tu ialah pasir di masukkan di celah sod yang ter jarang. Jangan khuatir tentang warna rumput sebab pada awal, memang agak kering.

Padang bola? Padang bola lain sikit tapi mungkin lebih rumit dari green padang golf. Green padang mempunyai bentuk bentuk yang tidak lurus sedangkan padang bola mesti lurus dengan camber tinggi di tengah dan rendah di tepi.

Ambil level kemudian pacak kayu pancang dan tanda level anda. Bila tiba masa utk tanam rumput, pasang tali dari tanda di pancang ke tanda di pancang satu lagi kemudian tanam bawah tali tersebut. Kalau sod tertinggi, buang pasir bawah sod, kalau sod terendah, letak pasir bawah sod. Ini anda tidak dapat buat dengan sod cangkul.

Satu lagi, jangan guna sod dalam plastik. Tapi itu adalah bahan utk penulisan hari lain.

Nak jimat? Boleh juga beli sod dengan keluasan 80% dari keluasan padang kemudian isi pasir di celah celah sod. Nak lagi jimat, boleh sampai 50% kemudian tanam macam papan dam. Ingat! Lagi jauh jarak antara sod, lagi lambat padang boleh digunakan dan lagi banyak peluang rumpai (rumput liar) masuk.

Bukan contoh terbaik tapi contoh jugalah utk tanam 80% sod.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Gelek gelek

Posted by mynormas on August 28, 2020

Saya bukan orang yang suka gelek padang. Saya menganggap gelek padang menambah mampatan permukaan.

Dan jika padang yang dibuat dengan “topsoil” yang mempunyai struktur tanah berbeza-beza; sebahagian yang dapat topsoil banyak tanah liat akan lembut, yang banyak pasir, akan keras.

Namun begitu, saya terima kenyataan bahawa menggelek adalah suatu keperluan dalam operasi penyelenggaraan padang.

Saya gunakan roller ringan (walaupun nampak besar, tapi kosong isinya) maka take away point ialah roll padang anda dengan roller yang ringan (berapa berat? Asal ia mampu leperkan taik cacing pun okay dah) dan jarang-jarang (berapa jarang? Seminggu sekali cukup).

Jika roller anda mampu menggerakkan tanah; ia terlalu berat (atau padang terlalu basah). Jika lantunan bola terlalu kuat atau bila anda lompat anda rasa macam simen, maka anda terlalu kerap roll (atau “topsoil” anda sebenar nya ialah tanah liat).

Maka take away point kedua saya ialah elakkan menggunakan topsoil tapi amalkan sistem rootzone yang lebih sesuai utk cuaca kita.

One-Time
Monthly
Yearly

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Mengendali dan menulis di laman web ini mengambil masa dan sumber kewangan saya. Jika anda mendapat manafaat atau pengetahuan dari laman web ini, sumbangan anda amat dihargai.
Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Fields, Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Pembinaan Padang.

Posted by mynormas on October 31, 2018

Kita tahu (atau kita rasa kita tahu) bagaimana sebuah padang bola dibina. Kita rasa bukan susah pun. Korek, pasang longkang subtanah (orang lain panggil subsoil, saya panggil subtanah) letak tanah atas lepas tu kambus, tanam rumput dan kemudian kita roll roll dan roll sampai dia rata. Siram, siram dan siram sampai… sampai… petang(?).

Bagaimana jika saya kata ada tiga jenis metode/kaedah pembinaan padang? Dua darinya selalu digunakan di Malaysia dan satu lagi di stadium terbaru.

  1. Pembinaan dengan tanah asal; iaitu pembinaan yang banyak dilakukan di taman permainan atau mungkin sekolah-sekolah di Malaysia. Ratakan tanah sedia ada, kemudian tanam rumput dan roll, roll, roll.
  2. Pembinaan dengan tanah yang telah dimodified. Ya; tanah yang telah dimodifiedkan. Saya golongkan pembinaan menggunakan ‘topsoil’ dalam kaedah ini. Korek, buang tanah lama (atau namakan ia sebagai ‘tanah atas’ diprojek lain) dan masukkan ‘tanah atas’ (atau tanah yang dibuang dari projek lain), ratakan, tanam rumput dan roll, roll, roll. Longkang subtanah adalah optional: letak pun boleh, tak letak pun okay jer.
  3. Pembinaan menggunakan pasir dan zon-akar. Korek buang tanah asal sedalam 12 inci, buang, roll tanah bawah sampai licin (ini kita panggil sebagai ‘subgrade’ atau ‘basement’) pasang longkang subtanah, letak pasir sebanyak 8 inci (angka arbitrari) kemudian 4 inci lagi dengan pasir yang dicampur dengan 5% dari isipadu dengan bahan organik dan 5% juga dengan soil amendment atau baja (bergantung keadaan; semua angka adalah arbitrari untuk mempermudahkan pembacaan; JANGAN jadikan sebagai rujukan buta tuli tanpa siasatan).

Untuk gambar dan perbandingan; sila baca slide di bawah ini:

 

Posted in Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Penanaman, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Penyiraman

Posted by mynormas on March 21, 2016

Dalam beberapa hari ini (minggu ke tiga Mac 2016) kita akan menjaga rumput melalui dua fenomena cuaca panas yang kebetulan berlaku serentak iaitu ekuinoks dan juga El Nino. Saya biasa tengok rumput yang di siram hingga lecak tetapi mati kekeringan akibat kesilapan penyiraman. Di sini saya lampirkan nota tentang penyiraman rumput yang merupakan sebahagian dari penulisan yang akan menjadi bahagian dalam buku saya akan datang.

brown grasscrown grass diagramBila cuaca menjadi panas, kawasan rumput yang tidak mendapat siraman akan menunjukkan kesan stress dari kemarau dan kepanasan. Apa yang boleh di lihat pada waktu awal ialah kawasan yang bertukar warna kepada kehitaman di padang. Daun rumput akan berlipat dan kawasan yang di pijak akan menunjukkan kesan tapak kaki lebih lama. Ini semua di akibatkan oleh dehidrasi, iaitu bila tumbuhan tidak mempunyai kandungan air yang cukup di dalam sel nya. Seterusnya kebanyakan rumput yang tidak menerima air yang cukup akan menjadi dorman. Rumput dorman ialah rumput yang mempunyai daun yang mati tetapi akar tajuk (crown roots) yang masih hidup dan boleh bertahan selama tiga hingga empat minggu tanpa siraman.

Jika kemarau berlanjutan,  pada minggu ke tiga siram dengan banyak iaitu sehingga 12mm (0.5 inci) air untuk mengelakkan kematian akar tajuk atau crown roots. Akar tajuk adalah bahagian di mana kebanyakan pertumbuhan baru bermula.

Penyiraman rumput jangan di lakukan mengikut jadual tertentu, contohnya menyiram setiap hari, tetapi penyiraman mestilah di lakukan mengikut keperluan rumput. Menyiram rumput mengikut jadual akan menyebabkan pembaziran air dan akar rumput yang pendek kerana kebiasaan senang mendapat air. Selain itu, tanah yang lembab menyebabkan mudah mendapat penyakit dan juga lumut.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Jenis siraman

Dalam konteks ini terdapat dua jenis siraman (tidak termasuk siraman untuk melarutkan baja atau mencairkan bekas minyak yang tumpah dsb)

  1. Siraman untuk menghidratkan rumput.
  2. Siraman untuk menyejukkan kanopi rumput.

 

Siraman Penghidratan

Secara ringkasnya ia adalah siraman yang biasa di lakukan untuk memberi air kepada rumput. Kuantiti air yang di perlukan oleh rumput di tentukan oleh jenis rumput, ketinggian potongan, tekanan dari penggunaan padang dan juga jenis tanah. Rumput yang di tanam di atas pasir kasar memerlukan jumlah air yang lebih banyak kerana pasir kasar tidak dapat memegang kuantiti air yang banyak berbanding dengan tanah yang mempunyai partikel halus seperti tanah liat.

Jumlah air yang di perlukan di ukur dengan membuat andaian jika air tersebut tidak meresap ke dalam tanah sebaliknya ia kekal di atas tanah, berapakah ketinggian air tersebut. Adalah penting bahawa air yang di siram rata ke atas semua permukaan rumput yang terlibat.

Umumnya rumput memerlukan lebih kurang 2.5 – 3.0mm air sehari ataupun 25 mm (satu inci) seminggu.cara siram as picture

Siraman penyejukan

Akar yang di gunakan untuk mengambil nutrien dan air ialah akar rerambut yang amat halus  iaitu di antara 15 – 17 micrometer diameter dan 80 – 1,500 micrometer panjang.  Akar rerambut adalah sensitif dan banyak terdapat di satu hingga dua inci teratas lapisan tanah. Suhu yang tinggi di lapisan ini akan merosakkan bukan sahaja akar rerambut tetapi juga akar biasa dan seterusnya menjejaskan keupayaan rumput mengambil air dan nutrien dari tanah.

Tujuan penyiraman ini adalah untuk menurunkan suhu kanopi dan juga lapisan atas bahagian tanah. Siraman penyejukan hanya mengambil masa satu persepuluh dari masa siraman penghidratan.

Teori yang mengatakan butir air yang berada di atas daun akan bersifat seperti kanta yang akan memfokuskan sinar matahari ketika panas terik untuk membakar daun adalah mitos, sebarang cahaya matahari yang cukup kuat untuk membakar daun akan mengeringkan butir air.

Waktu-waktu menyiram

Waktu yang terbaik untuk menyiram rumput untuk tujuan penghidratan ialah pada awal pagi kerana

  1. Tiada gangguan; ia merupakan masa sebelum padang di gunakan untuk aktiviti sukan atau riadah.
  2. Air tersimpan di dalam tanah untuk di ambil oleh rumput pada waktu ia di perlukan
  3. Rumput dan tanah berada dalam keadaan basah ketika cuaca semakin panas.
  4. Waktu awal pagi lazimnya mempunyai kurang angin yang akan meniup siraman air.

Penyiraman untuk penyejukan seharusnya di lakukan pada masa cuaca paling panas, contohnya pada tengahari dan awal petang. Elakkan dari menyiram lewat petang.

Menyiram di waktu petang bermaksud menyiram rumput yang sudah pun mengalami tekanan kerana ketiadaan air ataupun sudah dorman malah mungkin sudah pun mati dan juga menyebabkan tanah basah di waktu senja dan malam yang memudahkan kulat membiak dan menjangkit rumput yang stress tadi.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Cara-cara menyiram.

Samada menggunakan sistem pengairan moden ataupun paip getah, adalah penting untuk mempastikan semua bahagian tanah menerima jumlah air yang sama rata. Ambil kira bahawa kawasan rumput yang berada di lereng bukit atau di kawasan curam akan mengalami keadaan air akan mengalir di permukaan untuk turun ke tempat rendah sebelum ia meresap. Maka rumput yang berada di lereng atau di tempat curam perlu di siram sedikit tetapi selalu. Contohnya, jika rumput di kawasan rata di siram selama 20 minit, rumput di lereng akan di siram 5 minit empat kali. Berhenti siram apabila air bertakung atau mengalir di permukaan lereng, kemudian ulang; berhenti siram bila air bertakung atau mengalir di permukaan lereng, ulang.water ponding during irrigation watering

‘Siram dengan banyak tetapi jarang-jarang’ adalah cara terbaik, ini akan mengajar rumput untuk mencari air dan tidak terlalu bergantung kepada siraman. Siram banyak akan mempastikan air masuk hingga ke bahagian bawah tanah sebagai simpanan. Berapa banyak dan berapa jarang bergantung kepada jenis tanah dan pemerhatian penjaga padang.

Untuk nota selanjutnya tentang isu lain dalam penyiraman seperti hydrophobicity, wetting agents, dormancy dan sebagainya; sila tunggu buku saya.

Rujukan:

http://www.turffiles.ncsu.edu/alerts/grasses/turfgrass-heat-and-drought-stress

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dormant

http://www.thelawninstitute.org/pages/education/lawn-maintenance/let-your-turfgrass-go-dormant/

http://www.petanihebat.com/2013/09/klasifikasi-dan-morfologi-tanaman-padi.html

http://buckeyeturf.osu.edu/index.php?option=com_content&view=article&id=1194&catid=1:latest-news&Itemid=170

https://en.wikipedia.org/wiki/Root_hair

 

Posted in Greens, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Amalan Kultura Pdg Bola

Posted by mynormas on April 7, 2014

Just like maintaining turf on golf courses, football field turf also has its share of cultural practices. Last week, I had the privilege of briefing a group of MSN (National Sports Council) staff on football field maintenance. I consider this topic to be one of the most important of the two-day course. So important that I feel that I should share some of the info here. Most of the slides are self explanatory.

Seperti juga penjagaan rumput di padang golf, penjaga rumput di padang bola (ataupun padang padang rumput hiasan lain) perlu melakukan kerja kerja amalan kultura untuk kesihatan rumput. Saya selalu menyamakan ‘amalan kultura’ dengan senaman untuk manusia. Sebagaimana manusia perlukan senaman untuk kesihatan, rumput juga perlukan amalan kultura. Minggu lepas saya berpeluang untuk memberi taklimat kepada kakitangan dari Majlis Sukan Negara tentang penjagaan padang bola. Ini adalah salah satu topik yang paling penting. Saya harap slaid slaid ini dapat membantu orang lain juga dalam penjagaan padang bola.

Posted in Fields, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Rumput | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Siram rumput

Posted by mynormas on February 7, 2014

Sprinkler irrigation in a golf course

Proses penyiraman padang golf

Menyiram adalah aktiviti ‘instinct’ penggemar rumput ataupun lanskap. Lebih dari membaja atau memotong. Mungkin kerana ia paling mudah atau paling murah atau kerana kita juga boleh merasa dahaga kita boleh empati dengan rumput yang kekurangan air.

Watering is an instinctive activity for most grass or landscape owners; especially in the Malaysian context, 2,500mm of rain notwithstanding. Whether a 200 acre golf course or postage stamp lawn, we water our lawns regularly. Two days of no rain and we would be watering our grass even if looks like it will rain later in the day.

I am arguing that the timing and schedule of watering needs to be examined.

  1. Lets not water late in the evening. Watering in the evening causes the water to left in the soil when the weather is cool and in Malaysia; humid. Damp and wet soil conditions too often can lead to diseases and algae. Plus, we are watering AFTER the grass have dehydrated! Water in the morning so that there will be water in the soil for the grass when the sun is heating up.
  2. Don’t water every 24 hours or any other regular schedule. Water deeply and irregularly. Keep in tune with the water needs of the grass, don’t stress them too much but don’t water them too easily too; we want the grass to have deep roots.
  3. There is another method called ‘syringing’ especially for grass that is cut at a low cutting height. Its about ‘wetting’ the grass when the sun is at its hottest. Don’t worry about what you read that the sun will turn the water droplets into magnifying glass type of concave lens and focus the ray onto the leaf; the water will evaporate before any major damage is done.

Kebanyakkan kita menyiram rumput, terutama nya masa baru tanam. Ini bagus. Tetapi pada pandangan saya, kebanyakkan orang terlalu banyak siram dan ‘timing’ siram juga salah. Saya mempunyai beberapa pendapat.

  1. Siram di waktu pagi. Dengan cara ini air akan ada di dalam tanah bila tiba tengahari dan matahari terik. Menyiram di waktu petang pada hari panas ibarat memberi air kepada orang yang dah nak mati kehausan. Menyiram di waktu petang juga mengakibatkan tanah basah di waktu malam yang akan menggalakkan penyakit dan lumut.
  2. Siram ikut keperluan. Bila siram, siram banyak (supaya air masuk jauh ke bawah) dan jangan siram ikut jadual. Menyiram ikut jadual menyebabkan kita siram waktu air masih ada dalam tanah dan ini 1. membazir dan 2. memanjakan rumput. Rumput tidak belajar untuk mencari air. Check tanah, dengan cara memijak ataupun mengorek sedikit dengan jari untuk tengok basah atau tidak.
  3. ‘Syringe’. Kadang kadang, matahari terlalu terik dan kita kesian kat rumput yang layu. Cahaya matahari juga boleh membakar pasir topdressing kita dan mematikan akar rerambut (root hair) di permukaan atas tanah. Apa yang saya cadangkan – terutamanya rumput yang di potong pendek dan kawasan terdedah – ialah menyejukkan rumput dengan siraman lima minit ataupun dua pusingan penuh sprinkler pada waktu tengahari dan awal petang. Jangan takut pada teori bahawa air akan bertindak sebagai kanta untuk cahaya matahari membakar daun; kalau ia dah panas macam tu, air itu akan melowap.

Jika rumput anda telah kuning akibat kurang siram; kemungkinan besar ia tidak mati, hanya menjadi dorman. Teruskan siram supaya ia tidak mati terus. Bila cuaca dah sesuai, insya Allah ia akan baik semula.

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Golf, Rumput, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , | 4 Comments »

Kesilapan halaman rumah

Posted by mynormas on May 13, 2013

Orang-orang yang baru beli rumah dan inginkan halaman yang cantik selalu jatuh ke dalam perangkap terlalu banyak atau terlalu rajin. Kadang-kadang ini di sebabkan oleh terlalu banyak orang yang memberi nasihat ataupun idea. Di sini saya bercerita tentang beberapa kesilapan biasa yang di lakukan di kawasan halaman rumah orang. Tentunya; ada orang yang kata “itu bukan silap; itu seni” ok lah, apa-apa pun di sini ada satu senarai Top Ten.

New homeowners sometimes are a bit too eager to have the best lawn in the neighbourhood and tend to make  mistakes. The mistakes are usually not major and affects no one else except the homeowners themselves and perhaps their neighbours. Here I take a look at 10 common mistakes homeowners make in their lawns.

<div style=”margin-bottom:5px”> <strong> <a href=”http://www.slideshare.net/normas98/10-kesilapan-tuanpunya-rumput&#8221; title=”10 kesilapan tuanpunya rumput” target=”_blank”>10 kesilapan tuanpunya rumput</a> </strong> from <strong><a href=”http://www.slideshare.net/normas98&#8243; target=”_blank”>Normas Yakin</a></strong> </div>

Kalau ada yang terasa di sini, saya minta maaf. Walaubagaimanapun ini adalah pendapat saya sahaja; seni itu adalah subjektif. Kalau orang lain kata silap tapi tuanrumah suka, itu hak tuan rumah. Dimasa yang sama ada juga caveat yang perlu saya katakan; isu-isu yang saya ketengahkan relevan kepada kebanyakkan tanah dan tempat, tetapi, di masa yang sama, tak semua rumput yang sama. Ada tuan rumah yang langsung tak jaga halaman tapi rumput dia cantik. Ada tuan rumah jarang-jarang potong rumput tapi takde masalah. Itu bergantung kepada faktor tanah, cuaca ataupun jenis rumput. Tak semua sama; jika ia membuatkan anda puashati, apa peduli dengan apa orang lain kata. Tapi jika anda tak faham apa masalah rumput atau halaman anda, jawapannya mungkin di sini.

Posted in Landscape, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , | 2 Comments »

Kenapa tanam rumput?

Posted by mynormas on March 22, 2013

Many houseowners who are landscaping their lawn for the first time are planting more trees than grass. Even when their space is limited. Why? Partly because they do not see the benefits of grass. Here are a list of 10 benefits of planting grass.

Fakta-fakta di sini sesuai untuk taman, halaman ataupun tanah lapang.

<div style=”margin-bottom:5px”> <strong> <a href=”http://www.slideshare.net/normas98/10-faedah-rumput&#8221; title=”10 faedah rumput padang ataupun halaman.” target=”_blank”>10 faedah rumput padang ataupun halaman.</a> </strong> from <strong><a href=”http://www.slideshare.net/normas98&#8243; target=”_blank”>Normas Yakin</a></strong> </div>

 

Posted in Lanskap, Rumput, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: