Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘Halaman rumah’

El Nino 2023. Persiapan Padang.

Posted by mynormas on May 9, 2023

Apakah El Nino 2023 dan apakah yang di ramalkan akan berlaku? Apakah persediaan yang patut dilakukan oleh penjaga padang?

Selain bahaya kepada penjaga dan pengguna padang dari kesan strok haba dan masalah kesihatan lain, rumput juga mempunyai risiko menjadi dorman jika kandungan air dalam rumput berkurangan dan ia tidak dapat mengesan air dalam tanah. Pada waktu itu, daun akan bertukar coklat dan kelihatan mati. Jika padang mempunyai rumpai seperti Bermuda atau Zoysia, yang lebih tahan kemarau, ia akan mula membiak. Selain itu, rumput yang mempunyai stress haba akan lebih mudah di serang penyakit dan serangga. Lebih lama lagi rumput tidak menerima air, ia akan terus mati.

El Nino adalah fenomena cuaca yang biasa berlaku setiap 2 – 7 tahun di lautan Pasifik. Permukaan air laut yang suhunya lebih panas bergerak ke barat dan air sejuk akan mengganti nya di sebelah timur lautan Pasifik. Pergerakan air ini membawa perubahan cuaca di sebelah barat dan timur lautan Pasifik. Setiap El Nino adalah berbeza dan mempunyai kesan berbeza. Ada tempat akan mengalami kemarau, ada tempat hujan lebat dan ada kawasan akan menerima lebih banyak ribut. Jika mahu maklumat lanjut tentang El Nino, tonton video di bawah. Utk tahu bagaimana kita bersedia menghadapi nya, terus baca bawah video.

Di kawasan Asia Tenggara, kesan biasanya adalah kemarau dengan yang paling buruk ialah pada 1997 hingga 1998, Kemarau berlarutan menyebabkan kebakaran hutan tidak terkawal seterusnya jerebu teruk, hingga kan pasukan bomba Malaysia di hantar ke Indonesia utk membantu memadam kan kebakaran hutan di Sumatera.

https://siakapkeli.my/2021/06/30/24-tahun-berlalu-bomba-malaysia-bantu-negara-indonesia-padam-kebakaran-hutan-di-sumatera-selatan/

Mengikut kiraan pakar meteorologi dan Jabatan Meteorologi Malaysia, El Nino tahun 2023 akan bermula pada bulan Jun 2023 dan berlangsung selama 3 bulan hingga ke September. Mengikut kiraan mereka, El Nino kali ini akan membawa cuaca kering ke Malaysia dan berlangsung beberapa bulan. Ini boleh membawa kepada masalah padang yang kering dan/atau rumput yang mati.

Berbekalkan pengetahuan ini, apakah persediaan yang perlu di lakukan oleh penjaga padang?

Saya mempunyai beberapa cadangan.

  1. Melakukan kerja-kerja pengudaraan tanah secara solid-tine utk membantu pergerakan air turun selepas siram. Hollow-tine pun boleh, tapi solid-tine cepat pulih dan kita mungkin perlu lakukan pengudaraan tanah dua tiga kali di pertengahan musim El Nino itu maka solid-tine adalah pilihan lebih bijak.
Slicing adalah satu jenis pengudaraan tanah dalam kategori solid-tine. Jika anda perlukan perkhidmatan solid-tine; hubungi saya.

2. Elakkan hias-atas (topdressing) tebal. Butir pasir yang terdedah kepada cahaya matahari panas, akan memanaskan rumput di sekitarnya.

too heavy
heavy topdress di atas rumput

3. Persediaan dengan membaiki pam penyiraman yang rosak (padang golf ada sampai 4 pam besar + 1 pam jockey), dan/atau melakukan kerja servis kepada pam yang berfungsi.

sebuah padang golf dengan tiga pam besar dan satu jockey pump.

3. Mendalam kan kolam takungan penyiraman, membersihkan dari gangguan rumpai air dsb

Cukup dalam kah kolam anda di waktu kemarau?

4. Mencuci tangki sedia ada, mungkin juga menambah tangki penyimpanan air atau menambah baik sistem pengumpulan air dari longkang keliling padang atau bawah bumbung

5. Mencuci dan membaiki sistem penyiraman anda. Servis sprinkler, merumpai di keliling valve dan cari semula QCV lama anda. Sediakan sprinkler tambahan yang boleh alih jika perlu.

Sprinkler boleh-alih yang di gunakan untuk menyiram kawasan yang tiada sprinkler tetap.

6. Menyimpan stok agen pembasah (wetting agent). Agen pembasah yang baik akan membantu air tembus ke bawah dan menyebabkan molekul air melekat kepada butir pasir.

Penyemburan agen pembasah yang membantu penembusan air dan air kekal lebih lama dalam tanah.

7. Membeli dan menyimpan hos air sebanyak perlu. Persediaan untuk siram secara manual kawasan yang kering. Takkan nak pasang sprinkler seluruh padang semata-mata nak siram satu bahagian saja?

Penyiraman kawasan LDS (localised dry spot)

8. Membaiki atau membeli tangki utk penyiraman terpilih di kawasan kering.

9. Kenali padang anda! Di mana kawasan akan kering dahulu? Awasi kawasan itu dan siram secara manual sebelum rumput menjadi dorman. Pengukur kelembapan tanah. Jika tak berapa kenal padang anda, jangan teka, ukur! Kalau terdesak, masih ingat pengukur suhu yang di “tembak” ke dahi pengunjung sewaktu zaman Covid dulu? Mungkin kini anda boleh gunakan utk menembak padang pula.

Untuk kesekian kalinya, saya ingin ulang bahawa masa terbaik untuk menyiram adalah pada awal pagi kerana:

  1. Biasanya awal pagi kurang angin.
  2. Matahari belum naik, cuaca belum panas maka kurang masalah air tersejat.
  3. Rumput mula mengambil air dari awal pagi bukan lewat petang masa dah separuh mati. Rumput tak ada mulut, ia mengambil air melalui akar rerambut yang sangat halus. Bayangkan anda guna straw kecik untuk minum air, anda mahu minum masa dah separuh mati kehausan atau sebelum haus minum pelan-pelan?

Masa kedua terbaik untuk siram ialah tengahari panas. TEORI BINTIK AIR AKAN MENJADI KANTA MEMBAKAR DAUN ADALAH TIDAK BENAR. Sebarang suhu atau sinar yang mampu membakar daun, akan menyejatkan air dahulu. Siraman tengahari ini adalah lebih untuk menyejukkan suhu bawah kanopi rumput terutamanya rumput yang dipotong pendek atau rumput yang di tanam atas pasir atau rumput yang stress. Tidak perlu siram lama, hanya sekadar menurunkan suhu tanah sahaja.

Sebelum siram, guna alat pengesan kelembapan tanah atau suhu tanah di beberapa tempat seluruh padang. Paling tidak pun, cucuk jari sedalam 1 inci dan test samada padang lembap atau tidak. Kalau lembap; jangan siram. Terlalu banyak siram boleh menyebabkan rumput manja dan akar jadi pendek (buat apa nak tumbuh akar dalam dalam kalau air ada di kawasan cetek?).

Anda ada cadangan atau idea lain? Sila lah bantu sesama kita dengan memberi idea dan cadangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Tentunya ini semua sekadar ramalan manusia berdasarkan kajian lepas dan pemerhatian pada kelajuan angin, cuaca semasa dan pelbagai lagi faktor; tetapi yang menentukan adalah kuasa Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan kemudiannya, kita berserah.

Advertisement

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Penamaan Rumput, Bhg 2.

Posted by mynormas on February 8, 2023

Ini adalah transkrip dari video YouTube saya tentang penamaan rumput.

Baiklah, itu tentang rumput secara umum, bagaimana pula tentang Zeon Zoysia atau Princess 77 atau Tifdwarf atau GLP? Itu adalah nama-nama variety atau lebih tepat lagi, nama kultivar iaitu cultivated variety. Anda boleh samakan macam varian kepada virus yang menular di seluruh dunia kebelakangan ini.

Asal penemuan varieti ni mungkin tak sengaja, pada 1947 jabatan pertanian Amerika Syarikat di daerah Tifton di negeri Georgia menemukan suatu varieti Bermuda dipercayai kacukan dari Cynodon dactylon dan Cynodon transvaalensis yang tumbuh amat pendek iaitu 5mm dan mereka panggil Tifgreen, yang kemudian mereka biak dan edar kepada padang golf berdekatan. Penjaga padang golf yg membiak Tifgreen ni pulak menemukan varieti rumput yang lebih pendek lagi di celah celah Tifgreen yang mereka namakan Tifdwarf. Mereka biakkan pula Tifdwarf ini sebagai kultivar baru

Tifton, Georgia, USA.

Maka timbul lah percubaan pembiakan rumput utk mendapat rumput yang mencapai kriteria tertentu: lebih hijau, lebih pendek, lebih cantik, kurang perlu baja, tahan kemarau dsb mulai tahun 1950an. Banyak percubaan dibuat di Tifton, pasal tu banyak variety rumput mempunyai pangkal Tif di depannya seperti Tifgreen, Tifdwarf, Tifway, Tifeagle dsb.

Bagaimana variety baru didapati? Selalu nya secara tak sengaja iaitu dengan memilih rumput yang tumbuh berbeza dari rumput keliling nya. Sedikit perubahan dalam genetik rumput membawa perubahan besar pada pertumbuhan nya. Samada perubahan itu berkekalan adalah persoalan nasib. Kadang-kadang perubahan genetik di “paksa” menggunakan kimia atau sinar gamma, menghasilkan mutasi ala ala “Incredible Hulk”. Bila dah dapat varieti baru, ia cuba dibiakkan (cultivated) menjadikan ia cultivar baru jika berhasil (kadang-kadang gagal bila perubahan tu balik ke rumput asal).

Di Malaysia ia berkisar pada Cowgrass di tanam pada ketinggian berbeza dan Serangoon di atas green padang golf. Hanya dua kultivar rumput dihasilkan secara komersil di Malaysia iaitu lah variety Satiri dan varieti Tifdwarf berasal dari sebuah padang golf di Melaka.

Saya kurang jelas tentang asal usul rumput mutiara atau Pearl grass. Ia tiba-tiba muncul pada tahun 1990an diikuti dengan varieti variegated yang lebih putih. Pearl grass kurang popular kerana satu-satu satunya kebaikan Pearl grass ialah ia tidak boleh panjang tetapi ia kurang lasak dan tidak tahan kemarau atau terlalu banyak air: terus mati.

Era kegemilangan golf di Malaysia pada tahun 1990an menyaksikan pengimportan rumput Zoysia dan pelbagai varieti Bermuda utk fairway dan green.

Pelbagai varieti Zoysia di Malaysia.

Sains agronomi berkembang dan pembiakan tumbuhan dan ternakan semakin banyak, samada jagung, padi, durian, mangga, pisang, orkid ataupun rumput, melalui proses kacukan dan/atau mutasi menghasilkan pelbagai varieti baru.

Termasuklah varieti Zeon Zoysia yang datang dari Zoysia matrella yang mempunyai sifat warna hijau gelap. Princess 77 pula mempunyai ciri tumbuh dari bijibenih, suatu sifat yang jarang-jarang dapat dari spesis kacukan atau mutasi yang biasa nya mandul.

Zeon Zoysia di Thailand

Ada satu lagi rumput yang saya belum sebut iaitu rumput yang diguna kan di stadium World Cup Qatar 2022 iaitu Paspalum vaginatum var Platinum TE. Ia adalah rumput terakhir saya sebut kerana ia adalah rumput high maintenance dan amat saya tak syorkan di mana-mana padang di Malaysia. Nama penuhnya ialah Seashore Paspalum kerana ia berasal dari tepi pantai. Bawa ia jauh dari pantai maka makhluk perosak (serangga, ulat, kulat, cendawan dll) yang sedia ada di tempat itu akan menjadikan rumput Paspalum ini sebagai ‘lauk’. Maka penyemburan racun makhluk perosak di perlukan hampir berterusan sebagai pencegahan dan penyembuhan. Ia popular kerana mempunyai warna hijau gelap secara semulajadi dan tahan kepada penyiraman menggunakan air yang mempunyai garam (ia berasal dari tepi laut kan?).

Paspalum vaginatum var Platinum TE di Qatar.

Sebelum ini, terdapat empat buah padang golf di Malaysia yang menggunakan Paspalum dari varieti Salam di fairway dan tak silap saya Seaisle Supreme di green sebagai rumput mereka. Dua darinya, Pantai Lagenda di Pahang dan Ibai Golf and Country Resort di Terengganu telah tutup. Sebuah kelab golf terkemuka di Malaysia yang telah habis berjuta ringgit untuk menggantikan rumput Paspalum di 18 lubang mereka dari spesis Paspalum ke spesis Bermuda (varieti Celebration, kalau tak silap saya) dan sebuah kelab lagi diberitakan sedang dalam proses pencarian rumput baru.

Baiklah , dalam episod kali ini kita dah berbincang tentang jenis jenis dan penamaan rumput serta varieti rumput.

Jika anda ingin lebih banyak info tentang rumput dan padang, sila like, dan share video ini serta subscribe kepada channel dan laman web ini supaya anda tidak terlepas video akan datang. Dan supaya saya ada lebih motivasi utk berkarya.

Sekian, terima kasih dan kita jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera dan terima kasih.

Sila follow dan like laman web ini, YouTube, Tiktok, Facebook mynormas.com untuk info lebih banyak tentang rumput dan padang bola. Atau hubungi saya di mynormasATconsultantDOTcom atau 03-5131OO66 dan biarkan ia berdering hingga masuk mesej dan tinggalkan pesanan. Kami biasanya di padang dan tiada orang di pejabat.

Di bawah ini adalah YouTube video nya.

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput | Tagged: , , , , , | 2 Comments »

Penamaan Rumput Bhg 1

Posted by mynormas on February 7, 2023

Baru-baru ini saya ada mengeluarkan satu video di YouTube tentamg penamaan rumput, jenis-jenis rumput dan tentang varieti rumput. Ini adalah (lebihkurang) transkrip nya. Jika anda ingin menonton nya, layari YouTube mynormas.

Zeon Zoysia, Princess 77, Bermuda, Zoysia, Paspalum Platinum TE dan kalau di padang golf, Tifdwarf, Salam, Mini Verde, GLP, Tifway 419 dan banyak lagi.
Apa kah nama-nama itu merupakan nama rumput yang berbeza? Ada berapa banyak spesis rumput di dunia?
Apakah kelebihan di antara satu dengan yang lain?
Kenapa perlu rumput yang berbeza-beza?
Dalam episod kali ni kita akan membincangkan tentang penamaan rumput, jenis-jenis rumput dan perbezaan di antara mereka.
Teruskan menonton.

Hai dan assalamualaikum
Saya Normas Yakin dari Turf Consultancy Sdn Bhd dan kepakaran saya ialah penjagaan rumput hiasan dan padang permainan.

Di padang bola, rumput yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah tentunya Cowgrass. 99% dari padang bola, taman permainan di Malaysia dikatakan sebagai rumput Cowgrass

Kalau di padang golf kita akan dengar tentang Bermuda, Zoysia, GLP, 419, Tifdwarf, Mini Verde dan beberapa jenis lagi.

Akhir akhir ini kita dengar pula padang bola milik JDT dan akan datang stadium Paroi dan stadium Nasional Bukit Jalil ditanam dengan rumput Zeon Zoysia. Di Terengganu pula, kita diberitahu bahawa padang di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dari rumput Princess 77.

Bermuda varieti Princess 77. Saya tak pasti genus & spesisnya, mungkin Cynodon dactylon?

Dalam episod kali ini, saya akan cuba memberi penerangan tentang penamaan rumput serta spesis dan varieti mereka.

Rumput yang ditanam oleh manusia boleh dibahagi kepada dua kumpulan

1. 1. Rumput pastura dan 2. Rumput hiasan.

Rumput pastura ialah rumput yang di tanam utk makanan haiwan ternakan dan rumput hiasan ialah rumput yang ditanam kerana kecantikan mereka atau ketahanan mereka utk kegunaan manusia atau kedua-duanya sekali.

Biasanya dan paling senang nya, rumput yang digunakan utk hiasan atau sukan ialah rumput tempatan kerana ia mudah di jumpai dan ia tahan kepada cuaca dan makhluk perosak tempatan.

Maka pada asalnya rumput hiasan di Malaysia adalah terdiri dari Cowgrass dan Serangoon.


Anda mungkin jarang dengar tentang Serangoon yg kurang popular kerana ia berwarna hijau muda, mempunyai daun yang lembut dan lebih cepat dorman bila tiada air. Anda akan jumpa ia banyak di padang golf kerana ia cepat membiak (ingat padang golf 18 lubang boleh sampai 150 ekar) dan boleh dipotong pendek.

Sementara itu, di selatan Amerika Syarikat mereka menemukan suatu spesis rumput yang dianggap sebagai perosak di ladang kapas, amat susah dibunuh dan amat cepat membiak, iaitu lah rumput Bermuda. Bermuda berasal dari Afrika dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan tumbuhan dan hamba abdi.

Dari Afrika ke US, mula-mula sebagai pest kepada tanaman kapas, kemudian dibiak sebagai rumput hiasan.

Pembiak dan penggemar rumput telah mendapat pelbagai pertumbuhan berbeza dari spesis Bermuda ini dan mula menggunakan nya di padang golf.

Sementara itu, pengembara Eropah ke China, Jepun, Korea dan Filipina menjumpai spesis rumput yang lebih lasak, tahan sejuk tetapi mempunyai warna semulajadi hijau muda. Seorang ahli botani dari Austria bernama Karl Von Zois telah memberi nama rumput ini sebagai Zoysia sempena namanya sendiri.

Ada banyak spesis Zoysia, kebanyakan berasal dari kawasan ini.

Sekarang kita tiba kepada masalah nama. Nama memang masalah kerana rumput sering mempunyai nama berbeza mengikut tempat. Cowgrass di panggil sebagai Elephantgrass di Indonesia, malah kalau ikut buku teks lama, ia pernah dipanggil sebagai rumput parit di beberapa tempat di Malaysia. Cowgrass di panggil sebagai Kulape di Filipina dan tropical carpetgrass di Amerika Syarikat. Dan ada orang tertukar di antara Buffalo grass dan Cowgrass.

Saya pernah menerima panggilan talipon dari kontraktor dari Perlis bahawa rumput Cowgrass yang dia bawa utk perbaiki padang di sana tak sama dengan Cowgrass sedia ada di padang itu. Begitu juga Rumput Philippine di satu nursery mungkin di panggil Rumput Manila di nursery lain.

Jadi kalau kita pergi ke nursery dan kita kata kita nak “Philippine grass” utk tampal atau baiki laman/padang kita, kita belum tentu dapat rumput yang sama dengan apa yang sedia ada. Masalah ini saya pernah lihat sendiri, di sebuah taman di Shah Alam rumput Cowgrass di tanam bersebelahan dengan rumput Buffalo grass. Manakala di Putrajaya, saya jumpa satu spesis Zoysia ditanam sebagai rumput ganti kepada satu spesis Zoysia yang lain! Lebih-lebih lagi rumput Tifdwarf di atas green padang golf. Ini saya lihat di kelab golf di Selangor dan Pulau Pinang. Saya jumpa rumput berbeza walaupun di beli dari nursery yang sama, selang beberapa tahun.

Zoysia matrella vs Zoysia tenuifolia

Utk mengurangkan kekeliruan ini, saintis telah memperkenalkan sistem penamaan botanikal berasaskan bahasa Latin.

Maka Cowgrass yang dikenali sebagai Elephant grass di Indonesia, diberi nama Axonopus compressus di seluruh dunia. Manakala Zoysia yang mempunyai bunga merah, daun kecil dan dipanggil Rumput Manila diberi nama Zoysia matrella sementara Zoysia yang mempunyai daun halus, bunga hijau dinamakan Zoysia tenuifolia atau Rumput Philippine.

Ambil perhatian bahawa semua penerangan saya adalah dipermudahkan. Ini bukan kuliah tentang agronomi atau botani, ini channel YouTube tentang padang dan rumput hiasan.

Also, ambil perhatian ni baru Bahagian 1. Sila lah mem follow laman web dan YouTube nya utk Bahagian 2. Anda ingin tukar rumput di padang bola atau padang golf anda? Pastikan anda tidak menyesal di kemudian hari. Layari YouTube mynormas/RumputTurf, Tiktok dan FB mynormas.com. Hubungi saya di mynormasATconsultantDOTcom atau 03 5131OO66 dan biarkan ia berdering hingga masuk mesej dan tinggalkan pesanan. Kami lebih banyak masa di padang dan selalunya tiada orang di pejabat.

Untuk melihat video YouTube tersebut: lihat di sini pada pukul 10:15 pagi 7 Februari 2023.

Posted in Golf Course, Landscape, landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Profil tanah

Posted by mynormas on January 7, 2023

Kat luar negeri kan, memprofilkan orang ni salah tau. Kita tak kenal orang tu tapi berdasarkan warna kulit atau asal usul dia, kita memprofilkan dia sebagai jahat, pemalas atau tamak.

Lebih lah jarang kita nak periksa profil tanah sebelum kita membuat keputusan tentang sifat tanah di suatu tempat yang baik atau bermasalah.

Tahu kah anda tentang kewujudan suatu alat untuk memeriksa profil tanah?

Berbelas tahun dulu, saya di panggil kerja di sebuah kelab golf yang mempunyai masalah di atas green mereka.

Bila saya periksa profil tanah, saya dapati mereka mempunyai beberapa masalah. Pertama mereka tidak menggaul bahan organik ke dalam zon akar mereka dengan betul. Ini menyebabkan ada lapisan bahan organik tulin yang tidak memainkan peranan nya sebagai pemangkin pertumbuhan.

Yang hitam tu organik. Yang hijau bawah nya tu ialah zeolite sejenis soil amendment.

Selingan: kami di padang golf tak guna “topsoil”. Sejak puluhan tahun iaitu sekitar 1960an, sistem penanaman rumput di atas pasir telah di popular kan samada menggunakan sistem USGA, California atau hybrid di antara dua sistem itu. Kami gunakan apa yang dipanggil sebagai rootzone atau zon akar iaitu lapisan setebal lebih kurang 100mm atau 4 inci yang di campur dengan 5 – 10% dari isipadu nya dengan bahan organik. Bergantung pada cuaca tempatan, ada tempat yang menambah pula dengan 5% dari isipadu pula dengan amendment yang amat lambat reput tetapi berfungsi memegang air dan nutrien.

Masalah kedua padang ialah kerja-kerja hias-atas atau topdressing yang dilakukan secara jarang-jarang tetapi dengan tebal. Ini menyebabkan pelapisan atau layering yang melambatkan pergerakan air ke dalam tanah.

Pelapisan tanah (soil layering). Bila hias-atas dilakukan jarang-jarang tapi tebal tebal.

Jadi, air lambat turun, akar jadi pendek dan oleh kerana tiap-tiap green ada masalah unik berbeza dari green ke green, maka tiap-tiap green akan ada sifatnya sendiri yang menyusahkan pemain golf yang mahukan semua green mempunyai sifat yang hampir sama.

Penyelesaian nya?

Ka-boom!

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput dengan pengalaman 30 tahun. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Sila jangan copy paste tanpa memberi penghargaan pada saya atau laman web ini. Pernah jumpa laman web yang copy ayat demi ayat lepas tu dia buat tak tahu saja bila saya tanya. Satu sen pun saya tak dapat.

Posted in Golf Course, Greens, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Musim Monsun 2022

Posted by mynormas on October 3, 2022

Bila banjir berlaku, tentunya kesihatan rumput atau keadaan padang adalah perkara terakhir yang perlu kita fikirkan kerana nyawa manusia lebih penting. Tetapi sebagai penjaga padang, apakah persediaan yang perlu kita buat sebelum musim hujan?

Pertama sekali kita kenalpasti apa masalah yang timbul sewaktu musim hujan. Pada pandangan saya, berikut adalah di antara yang penting:

  • Air yang bertakung di atas atau di bawah permukaan boleh melemaskan rumput yang perlukan oksigen dan karbon dioksida.
  • Tanpa cahaya matahari, rumput tidak dapat melakukan fotosintesis.
  • Baja atau racun yang di tabur dihanyutkan oleh air.
  • Padang yang lembik menyebabkan penggunaan dan penyelenggaraan meninggal kan kesan.

.Jadi apakah langkah yang perlu di ambil? Semasa hujan lebat, tiada apa yang boleh dibuat kerana jika keadaan berubah menjadi banjir maka nyawa dan hartabenda menjadi prioriti, bukan padang dan rumput. Tetapi kita boleh mempersiapkan padang supaya sewaktu musim hujan atau banjir sekalipun di musim monsun ini, padang akan lebih bersedia dan tidak terlalu terkesan.

Saya mencadangkan langkah-langkah berikut:

  • Pengudaraan tanah serampang padu (solid-tine)
  • Membersihkan longkang dan sump keliling padang atau halaman.
  • Menggunakan baja foliar
  • Menaikkan ketinggian potongan.

Penerangan Lanjut

Kita lakukan kerja pengudaraan tanah kerana kita nak beri ruang kepada air dan udara untuk turun ke bawah permukaan tanah. Kenapa serampang padu dan bukan serampang berongga (hollow-tine)? Kerana serampang padu seperti slicing dan spiking lebih cepat di buat dan tidak mengganggu permainan. Anda juga boleh menggunakan jentera pengudaraan tanah baru yang mampu menghasilkan lebih banyak ruang di bawah permukaan dengan hanya sedikit kerosakkan di permukaan padang: Air2G2

Slicer besar utk padang bola atau golf.
Pengudaraan tanah secara solid tine manual di halaman rumah.

Membersihkan longkang keliling padang mungkin rasa macam terlalu senang dan di pandang remeh oleh kebanyakan orang tapi saya pernah menyelesaikan masalah satu padang dengan cara mengalirkan air yang bertakung di dalam longkang di keliling padang kerana sampah nya. Air yang tinggi di longkang keliling padang akan menaikkan ‘water table’ di bawah padang dan melambatkan pergerakan air keluar dari dalam padang.

Longkang besar atau kecil, bersihkan. Longkang kecil yang tersumbat akan menumpahkan air ke dalam padang atau laman anda.

Kalau kita menggunakan baja butiran, ada kemungkinan ia akan di hanyutkan sebelum nutrien dalam baja dapat di serap oleh rumput. Penggunaan baja foliar sedikit tetapi selalu bermakna rumput boleh serapa nutrien hampir sekaligus melalui daun dan akar jika cecair baja sempat sampai ke akar.

Manual spray in progress

Saya sering dengar orang kata bahawa baja adalah makanan untuk rumput. Sebenarnya rumput berada dalam kategori ‘producer’ iaitu ia membuat makanannya sendiri menggunakan proses fotosintesis. Untuk melakukan fotosintesis, rumput memerlukan cahaya matahari, terutamanya untuk rumput yang mempunyai daun kecil seperti Bermuda dan Zoysia. Cuaca mendung di musim hujan akan mengurangkan cahaya matahari untuk sampai ke daun. Kita tak boleh tambah cahaya matahari melainkan menggunakan ‘grow light’ tetapi kita boleh bantu untuk tambah keluasan daun rumput yang boleh melakukan fotosintesis dengan memanjang ketinggian potongan. Tidak percaya pada teori ini? Perhatikan rumput yang tumbuh di bawah redup seperti bawah pokok atau tepi bangunan dan bandingkan dengan spesis rumput yang sama yang tumbuh di tempat lapang; anda akan dapati rumput bawah redup akan lebih cepat panjang dari di tempat lapang. Dengan izin Tuhan, ia memanjangkan daun untuk memaksimakan luas daun untuk fotosintesis. Bonus: padang atau laman anda akan nampak lebih hijau kalau rumput lebih panjang (kan lebih banyak daun?). Keburukkan: nampak kurang kemas lah kalau tengok dekat-dekat.

Same grass species. On the left under shade.
Nota: bukan ketinggian yang betul; hanya sekadar anggaran.

Saya ada tertinggal apa-apa fakta atau cadangan lain? Sila komen di sini atau di FB mynormas.com untuk membantu atau dibantu orang lain. Tolong jangan PM. Tak larat nak layan soalan yang sama berkali-kali. Kalau boleh saya minta sedikit bantuan derma dari tuan-tuan atau click iklan-iklan di page ini beberapa kali. Saya dapat satu dua sen sekali click. Apa boleh buat, kalau itu saja yang ikhlas.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Fields, Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Padang Banjir

Posted by mynormas on August 2, 2022

Sewaktu salah satu padang terkenal di Malaysia di landa banjir sebelum suatu perlawanan penting, saya pula di hujani pertanyaan kenapa ia boleh berlaku. Saya tidak boleh jawab secara spesifik tentang padang itu tetapi berdasarkan pengalaman saya membantu membaiki padang yang rosak terdapat beberapa sebab kenapa sebuah padang boleh menghadapi masalah air bertakung selepas hujan lebat.

  • Paip saliran tidak cukup (atau tidak ada).
  • Paip saliran tersumbat
  • Hujan terlalu lebat dan/atau lama.
  • Tanah terlalu mampat akibat kerap digelek atau terlalu banyak digunakan.
  • Tiada nyah-thatch (dethatching) atau pengudaraan tanah (aeration).
  • Salah buat saliran.
  • Kombinasi semua di atas.

Apa yang saya maksudkan paip saliran tidak cukup berlaku bila jarak di antara longkang subtanah (subsoil drain) terlalu jauh. Kenapa ada padang yang letak longkang subtanah jauh jauh? Biasanya kerana faktor kos. Kadang-kadang atas alasan longkang subtanah yang di pasang adalah dalam, iaitu hampir satu meter ke bawah tanah (umum nya longkang subtanah yang cetek rapat-rapat dan dalam, jauh-jauh). Saya pernah jumpa longkang subtanah yang di pasang pada jarak 30m di antara satu sama lain dan masa kami membuat penambah baikan padang golf itu, kami pasang longkang baru 3 meter di antara satu sama lain. Bila longkang tak cukup maka air lambat keluar dari padang.

Dua padang yang mempunyai longkang subtanah berjarak 12 meter di antara satu sama lain. Saya pernah jumpa padang yang mempunyai longkang subtanah yang berjarak 30m tapi saya tiada gambar. Paling jauh jarak yang saya ada ialah 12m. Itupun tidak terlalu basah sebab ahem… ikut spesifikasi saya dan saya sendiri yang bina, tetapi lepas hujan amat amat lebat, perlu tunggu hingga satu jam baru boleh guna.

Paip saliran saya katakan tersumbat bila terdapat terlalu banyak sampah dalam paip (saya pernah jumpa biawak dua ekor dalam paip subtanah) ataupun yang paling paling paling paling selalu berlaku, ialah paip longkang subtanah di balut dengan kain geotextile dan kain itu telah tersumbat. 2, 3 tahun pertama saya kerja di industri penjagaan rumput padang golf salah satu tugas ialah koyak kan kain geotextile keliling longkang subtanah atas arahan boss orang Australia. Padang tu belum setahun dah ada masalah air bertakung, bila buang kain geotextile tu, air jalan. Saya juga kalau ada peluang, akan pasang lubang utk flush longkang subtanah utk kerja penyelenggaraan longkang subtanah akan datang.

Kain geotextile – pada peringkat awal – akan melambatkan air masuk ke dalam paip. Dan… selepas beberapa tahun bila terlalu banyak selut sumbat kain; akan menghalang air masuk ke dalam selut.

Hujan yang terlalu lebat boleh menyebabkan air bertakung jika ia lebih cepat dari kebolehan sistem saliran mengeluarkan air. Ia akan berkait dengan masalah sistem saliran tak cukup juga. Kelemahan atau ketidakcukupan sistem saliran akan kelihatan sewaktu hujan lebat. Misalnya jarak di antara longkang subtanah terlalu jauh, atau terlalu dalam. Bayangkan lebuhraya diwaktu cuti panjang, di mana kereta yang masuk ke lebuhraya lebih banyak dari keupayaan lebuhraya tersebut membawa dan memuntahkan kenderaan keluar maka kita akan dapat traffic jam. Maka sebelum pasang longkang subtanah ataupun longkang keliling padang, fikirkan jumlah air yang masuk (lihat sejarah hujan kawasan itu) dan banyak mana air mahu dikeluarkan.

Padang ni mempunyai sistem saliran yang baik (saya consultant mereka) tetapi dah lah hujan lebat, sistem siram auto tambah lagi air; mana sempat air nak keluar?
Ini stadium MBPJ pada 5 Mei 2021. Hujan ribut amat lebat. Sejak itu, kami telah tambah lebihkurang 1.2km longkang subtanah. Sebelum ni memang ada longkang subtanah pun tapi jauh ke bawah dan di atasnya ada kain geotextile yang menghalang/melambatkan pegerakan air masuk ke dalam longkang (dah lah jauh ke bawah).

Satu lagi punca masalah air bertakung ialah bila padang banyak menerima mampatan. Apa yang berlaku ialah butir butir tanah dan pasir dipaksa menjadi rapat dan mengecilkan ruangan utk laluan air. “Mampatan” tak semestinya dengan sengaja menggunakan jentera penggelek besar tetapi juga penggunaan yang berterusan dan terfokus ke kawasan tertentu. Pasal tu kita boleh lihat kerosakan padang berlaku banyak di depan gol, tempat larian penjaga garisan, tempat sepakmula dsb.

Ruang di antara ketulan/butiran tanah sebelum dan selepas mampatan.
Kawasan yang sering rosak akibat mampatan.

Kegemaran ramai pembina padang bola untuk “menggelek” ataupun roll padang untuk mendapatkan permukaan yang rata juga menjadi penyebab kepada longkang tersumbat. Di padang golf, kami tidak akan roll padang selepas longkang subtanah dipasang. Ini berbeza sekali dengan pembinaan padang bola atau taman permainan di Malaysia di mana perbuatan roll dengan stimroll berat adalah perkara biasa. Setiap kali roll, setiap kali butir-butir tanah dihimpit dan ruang untuk air turun disempitkan.

Lihatlah betapa kerasnya atas longkang subtanah tu. Padang amat basah (lihat background gambar sebelah kanan) tapi pasir atas subsoil adalah kering sebab air tak turun.

Satu lagi sebab kepada padang bertakung malah, walaupun sudah ada longkang subtanah di bawahnya ialah bila terdapat lapisan “thatch” iaitu bahan organik yang terkumpul di permukaan tanah akibat dari rumput lepas potong dan juga rumput yang mati secara semulajadi. Thatch ialah kawasan hitam di lapisan paling atas tanah yang kita boleh nampak akar rumput juga. Ia boleh bertindak seperti span (sponge) memegang air.

Soil profile 8 inci teratas.
Lihat ini dan ingat salur darah penuh kolestrol dalam badan kita.

Maka bayangkan jika padang itu tidak melakukan kerja-kerja pengudaraan berkala (scheduled) dan mempunyai longkang subtanah. Kalau air tidak atau lambat turun, maka permukaan padang masih akan basah.

Tanpa pengudaraan, air akan tersumbat di lapisan thatch dan tidak atau lambat turun ke bawah untuk sampai ke longkang subtanah.

Saya pernah juga jumpa padang yang nak buat pengudaraan dengan harapan air bertakung di permukaan boleh turun ke “bawah” sedangkan padang itu tidak mempunyai sistem saliran yang baik. Soalan saya ialah; air tu nak pergi mana? Kalau tak ada longkang subtanah, air tu tak dapat lari dan kekal di bawah tanah. Bayangkan sebuah mangkuk yang dilapiskan tisu atau kadbod di atasnya bila kita bubuh air, tisu atau kadbod itu akan basah, air tak tembus. Kita tebuk lubang, air tembus tapi akan satu tahap air dalam mangkuk tu akan penuh (kita panggil ini “field capacity”).

Satu lagi isu yang kita jumpa ialah longkang subtanah yang dipasang salah iaitu bukan ia bawa air keluar dari padang tetapi ia bawa air masuk KE DALAM padang kerana kecondongannya ke belakang, bukan ke depan. Begitu juga ada longkang subtanah yang rata atau pun naik turun. Saya haraplah agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab ambil perhatian. Kesian padang.

Bayangkan kalau outlet atau hilir longkang hanya satu kaki dari permukaan, berapa dalam hulunya? Ia pasti satu kaki juga. Kalau longkang bermula dari tengah padang iaitu 30 meter panjang, maka bayangkan longkang yang hulu dan hilir nya sama dalam dan air dari bangunan luar banyak, tak air dari luar masuk ke dalam? Hasilnya adalah seperti gambar di bawah.

Amat sedih kalau kita jumpa padang yang mempunyai kombinasi semua masalah di atas. Itu adalah kelemahan sistem tender yang memberi kontrak kepada petender paling rendah, dan kemudian semasa kerja tiada pantauan dapat di buat. Saya tak boleh salahkan pihak berkuasa juga sebab kekadang banyak kerja yang berlaku serentak yang mereka perlu pantau dan kekadang kontraktor main silap mata. Bukan kau: orang lain di tempat lain.

Masalah di atas ialah kenyataan yang saya jumpa dalam kerja-kerja “rescue” padang yang saya buat. Tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi saya di O3-51310066 (biarkan ia berdering lama) atau email mynormas ATconsultant.com untuk maklumat lanjut. Atau, tuan-tuan boleh hubungi course superintendent di padang golf terdekat dengan tempat tuan-tuan.

Menulis dan menyimpan laman web memerlukan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit. Saya menghargai jika pihak tuan dan puan sudi membuat sedikit derma untuk bantuan. Terima kasih.

Nota tambahan: Sistem saliran yang baik menyebabkan air tak disimpan dalam tanah. Maka sistem pengairan yang baik akan diperlukan diwaktu kemarau.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Fields, Padang, Padang Bola, Rumput halaman rumah, stadium | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Rumput di padang bola Malaysia

Posted by mynormas on April 2, 2022

Secara lazimnya rumput di padang bola di Malaysia adalah terdiri dari rumput Cowgrass, tetapi kini banyak padang yang telah bertukar kepada rumput jenis lain. Kini kita sedang mendengar tentang suatu rumput yang dinamakan Zeon Zoysia dan di Terengganu serta di padang latihan FAM Kelana Jaya: Bermuda Princess 77.

Pandangan rumput hijau dengan jalur seperti papan dam boleh menaikkan semangat penonton yang menonton di stadium dan lebih-lebih lagi di peti televisyen. Sekali imbas nampak macam padang kelab bola di England. Dua kali imbas…

Ada tiga jenis rumput utama di gunakan secara rasmi di stadium di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang secara sedar atau tidak, menggunakan, Buffalograss, Serangoon dan juga rumput campur-campur.

Cowgrass

Saya tak berminat nak menggunakan istilah ‘rumput lembu’ walaupun ia pernah digunakan kerana ia adalah terjemahan langsung yang mungkin memberi makna berbeza  jadi kita kekalkan nama cowgrass.

Nama saintifik atau nama Latin yang banyak digunakan di Malaysia merujuk kepada Paspalum conjugatum atau Axonopus compressus. Saya lebih berpihak kepada A compressus; malah ada seorang pakar yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau). Anda boleh baca tentang perbezaan mereka di dalam tulisan saya sebelum ini.

Cowgrass di sebelah Buffalograss di sebuah taman milik Majlis Bandaraya.

Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat di Malaysia. Ia lasak, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding yang dua lagi. Dengan sistem pengairan moden sekarang, kelebihan tersebut tidak lagi relevan.

Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.

Ia mempunyai akar yang pendek jadi ada pemain bola yang berpendapat bahawa cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bila ‘sliding tackle’ di buat rumput akan mudah tercabut. Dimasa yang sama, Cowgrass juga mempunyai daun yang besar dan lembut (berbanding spesis rumput hiasan lain); kebaikannya ialah ia lambat panjang (lagi sekali; secara perbandingan) dan lebih tahan kepada redup kerana mempunyai luas permukaan lebih besar utk fotosintesis, malangnya sifat daun lebar dan lembut tidak digemari pemain bola dan pemain golf kerana bola akan duduk lebih dalam dan lebih sukar di sepak atau dipukul.

Rumput Cowgrass.

Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan cowgrass setara dengan rumput fairway lain.

Kalau di jaga dengan betul, Cowgrass juga boleh menjadi padang yang cantik (tapi tak semestinya digemari oleh pemain).

Rumput Zoysia

Rumput ini pada pendapat saya, menjadi rumput ideal untuk padang. Ia tumbuh rapat, mempunyai daun yang keras yang akan memegang bola untuk memberi peluang sepakan bola yang baik untuk pemain . Ia juga tahan kemarau. Jika di jaga dengan baik, rumpai liar sukar masuk. Ada tiga spesis Zoysia utama yang dapat dikesan di Malaysia; Zoysia matrella, Zoysia tenuifolia (yang selalu dipanggil sebagai Philippine grass) dan Zoysia Japonica. Saya ada menulis tentang kekeliruan dan perbezaan dua spesis Zoysia sebelum ini.

Pandangan dekat tentang dua spesis Zoysia yang berbeza.

Untuk pengetahuan; Zoysia matrella digunakan sebagai rumput fairway dan rough di padang golf dan Zoysia tenuifolia dijual sebagai rumput halaman di kebanyakan nursery di Malaysia. Saya tidak dapat jumpa lagi Zoysia japonica setakat ini tetapi saya mungkin terkeliru di antara tenuifolia dan japonica.

Yang tak bestnya tentang Zoysia biasa (atau Zoysia original) ialah

  1. kebanyakkan spesis Zoysia berwarna hijau muda – walau banyak mana baja di campak ke atasnya;
  2. ia lebih tumbuh menegak dari menjalar, ertinya kena rajin memotong kerana ia cepat panjang.
  3. Di masa yang sama ini (kecenderungan tumbuh menegak dari menjalar) juga bermakna ia lambat pulih dari kerosakkan dan mengambil masa yang lama utk digunakan selepas tanam.
  4. Daunnya mempunyai unsur silica yang menjadikannya keras. Tetapi kekerasan itu yang akan cepat menumpulkan pisau. Jangan keliru; sifat ini juga menyebabkan ia rumput yang digemari pemain.
  5. Kesemua perkara di atas menjadikan kos penjagaan Zoysia lebih tinggi berbanding rumput Bermuda dan Cowgrass. Tetapi, jika Bermuda dan Cowgrass di jaga pada tahap yang sama yang dipaksa ke atas Zoysia iaitu pembajaan berkala dan pemotongan menggunakan pisau reel atau flail, maka perbezaan kos tidak lah setinggi mana.

Saya berpendapat; jika stadium mampu tahan kos yang tinggi, Zoysia berbaloi untuk di gunakan sebagai rumput padang, tambahan pula kini ada kultivar atau hybrid yang berwarna hijau gelap; salah satunya ialah Zeon Zoysia. Saya kurang jelas samada Zeon Zoysia adalah kultivar (cultivated variety) atau hybrid tapi pada asasnya; ia adalah satu keturunan dari Zoysia matrella dan membawa ciri Zoysia matrellla yang tahan redup dan lasak bersamanya.

Nursery Zeon Zoysia di Thailand
Zeon Zoysia secara dekat

Rumput Bermuda

Bermuda adalah rumput yang popular di padang golf di Malaysia kerana ia mudah di tanam, mudah di bela dan adalah rumput import yang murah. Ada banyak spesis, hybrid dan kultivar yang di tanam di Malaysia. Kadang-kadang – saya nampak serupa aje dari satu jenis ke jenis yang lain tapi tuan punya padang marah kalau saya cakap macam tu.

Rumput Bermuda juga di kenali dengan nama rumput Couch dan mempunyai variety, kultivar dan hybrid yang amat banyak.

Jenis Common Bermuda, Tifway 419, Tifdwarf dan Greenlees Park adalah kultivar atau hybrid yang paling banyak di temui di Malaysia. Selain itu, jenis Numex Sahara dan Windsor Green telah cuba di tanam di Malaysia tanpa kejayaan. Satu-satunya padang stadium yang ditanam dengan Bermuda ialah di Terengganu yang menggunakan Bermuda Princess 77. Terkini, padang latihan FAM di Kelana Jaya juga sedang – pada waktu artikel ini ditulis pada April 2022 – ditanam dengan Bermuda Princess 77.

Rumput Bermuda sangat cepat membiak dan di takuti sebagai rumpai di kawasan ladang-ladang kapas di Amerika Utara. Sifat cepat membiak ini memberikan ia kelebihan cepat pulih dari kerosakkan dan serangan serangga atau penyakit. Kebanyakkan jenis Bermuda berwarna hijau gelap dan tidak perlu pembajaan yang tinggi. Malangnya seperti biasa, ini adalah punca kepada kelalaian pembajaan dan ini membawa kepada kerosakkan kebanyakkan padang golf Bermuda di Malaysia.

Bermuda Princess 77 di Terengganu
Pandangan dekat Bermuda Princess 77 di Terengganu (maaf, saya lupa bawak pembaris jadi guna tali tape milik stadium)

Rumput Serangoon.

Rumput ini bukan rumput rasmi yang ditanam di padang di Malaysia tetapi ia tumbuh sebagai rumpai dan kerana ia cepat merebak, mempunyai rupa hampir sama dengan Cowgrass dan ada padang yang dah hampir 70% ditumbuhi Serangoon tanpa sedar, maka ia diterima pakai juga tanpa sedar. Ia juga tidak mengganggu permainan.

Ia mempunyai warna hijau berbeza sedikit sahaja dari Cowgrass dengan daun yang sedikit lebih kecil.

Kelemahan Serangoon ialah ia cepat dormant bila cuaca panas tetapi ia lebih cepat pulih dan merebak berbanding dengan Cowgrass; di padang yang tiada sistem pengairan yang baik, saya akan dapati banyak Serangoon.

Perbandingan Serangoon dan Cowgrass. Kena letak nama sebab ada orang ciplak gambar tanpa beri kredit; tak malu ke ha?
Dari jauh, tak nampak pun yang mana Serangoon dan yang mana Cowgrass kan?

Rumput macam-macam

Saya pernah tengok padang bola yang mempunyai padang di penuhi dengan rumput yang saya kenal sebagai Buffalograss (bunganya macam Cowgrass tapi daunya hijau muda dan lebih kecil) dan ia memberi hasi yang memuaskan. Untuk hasil yang lebih cantik, saya mencadangkan pembajaan menggunakan baja foliar (kerana penyemburan lebih tepat) untuk menjadikan padang lebih hijau.

Rumput Lovegrass mampu menjadi permukaan permainan yang baik, malangnya bunganya yang melekat di seluar menjadikan ia rumput yang di benci.

Banyak padang bola di Malaysia yang mempunyai rumput yang bercampur-campur kerana tidak di bela dengan baik. Adakah ini boleh diterima? Asalkan konsep utama penyelenggaraan padang di pegang: supaya padang adalah adil dan selamat kepada semua pemain, ia bukan masalah besar.

Jenis rumput sepatutnya tidak penting kepada permainan tetapi pilihan terpulang kepada stadium atau tuanpunya padang  itu sendiri. Mereka mempunyai alasan sendiri untuk pilihan asal sewaktu pembinaan. Malangnya, selalunya padang akan ‘hancur’ bila tiba waktu penyelenggaraan jangka masa panjang. Lebih banyak perhatian di beri kepada tempat duduk dan kawasan VIP daripada kepada kawasan padang (dan tandas awam).

Walau apa pun rumput yang digunakan, nasihat saya ialah supaya mempunyai rejim dan rutin yang tetap untuk penjagaan dan penyelenggaraan. Tetapkan pembajaan setiap bulan atau dua bulan atau empat bulan atau enam bulan; jangan sekejap baja sekejap tak baja. Adakan rutin pengudaraan dan dethatching yang sepatutnya menurut keperluan, jangan tak buat.

Banyak padang yang rosak; walau apapun rumput nya, kerana penjagaan dan penyelenggaraan yang tidak di lakukan menurut jadual atau tidak di lakukan langsung atas nama mengurangkan kos. Ada banyak cara saya boleh cadangkan untuk mengurangkan kos  dengan tidak menjejaskan kesihatan fairway. Contohnya tukar jenis baja, tinggikan K, kurangkan N, guna foliar; jangan dethatch tapi guna slicer dan sebagainya.

Selagi profesionalisme penyelenggaraan tidak di atasi, tanam lah rumput apapun, walaupun Cowgrass, ia akan menjadi padang yang tidak di gemari tidak lama lagi.

Pemilihan Rumput

Saya pernah menulis tentang cara untuk memilih rumput dengan menjawab tiga persoalan penting iaitu memikirkan tentang 3K iaitu Kegunaan, Kemampuan dan Keadaan. Anda boleh baca di sini tentang cara itu tapi mungkin saya tak cerita tentang pengalaman saya mencadangkan rumput Zoysia di sebuah stadium di bandaraya tetapi dimalukan bila cadangan saya ditolak saat terakhir kemudian rumput yang mereka pilih tak menjadi; cari saya balik.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Posted in Lanskap, Padang, Padang Bola, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Kita Kasi itu Rumput.

Posted by mynormas on February 23, 2022

Terdapat empat negara di dunia ini yang mengamalkan pengkasian secara kimia ke atas pesalah-pesalah seks. Dalam industri rumput, kita juga mempunyai bahan kimia yang menyebabkan rumput “tidak naik”.

Saya pernah menghadiri suatu pameran mesin pemotong rumput di utara semenanjung yang dipenuhi oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Salah seorang dari mereka bertanya kepada saya mesin yang boleh potong diwaktu musim hujan. Dia mempunyai masalah memotong rumput kawasan basah kerana bekas tayar mesin meninggal kan kesan buruk malah merosakkan padang. Dia nak cari mesin potong yang mempunyai tayar besar atau terapung (?)

Saya jawab, “potong secara kimia”

Macamana tu? Dengan menggunakan bahan kimia yang akan membantutkan pertumbuhan rumput atau plant growth regulator (PGR). Menggunakan PGR ini memaksa rumput utk mengurangkan pemanjangan batang dan daun maka melambatkan pertumbuhan mereka. Ini mampu mengurangkan kekerapan pemotongan dan menjadikan padang kelihatan lebih kemas. Tentunya dia tak percaya dan tak berminat. Mungkin mesin potong terapung lebih menarik.

Secara tidak langsung bila potong, sampah kurang dan penambahan thatch juga terkawal. Pengalaman saya, spesis Zoysia sangat memerlukan PGR kerana Zoysia tumbuh pada kadar yang cepat. Begitu juga dengan padang yang menggunakan Bermuda Tifway 419 yang mempunyai stolon yang lebih ternaik berbanding Bermuda lain; penggunaan PGR membantu membenam stolon dan padang kelihatan lebih cantik.

Saya gunakan dengan banyak sewaktu saya kerja di padang golf dan saya masih menggunakan nya semasa di padang bola. Kerana kadar yang diperlukan amat sedikit, sebotol boleh bertahan berbulan bulan. Selain dari digunakan sewaktu menyembur baja mikronutrien, saya juga gunakannya dalam bancuhan cat buat garisan padang. Pelambatan rumput yang ada garisan ni panjang, menyebabkan cat tahan lama sedikit (faktor hujan dan siraman perlu di ambil kira juga).

Di padang golf yang sebesar ratusan ekar saya tambah penggunaan PGR di tebing bunker dan lereng bukit seminggu sebelum bulan puasa. Ini kerana saya kurangkan tenaga kerja utk potong tebing dan lereng dan sebarang kerja manual sewaktu bulan puasa. Jadi, bulan puasa saya boleh fokus kepada kerja pengudaraan tanah green.

Di musim hujan hujung tahun pula (ni cerita sewaktu musim hujan lebih boleh dijangka berbanding sekarang) saya sembur di hampir semua kawasan yang saya potong sebab saya kurang kan nak risau tentang rumput panjang tetapi tak boleh potong kerana padang basah.

Terkini, ada “krisis” berlaku di Malaysia kerana PGR jenis Maxx dah habis dan yang ada hanyalah jenis EC. Pengguna dan penjual pun jadi nervous (mungkin bukan anda, orang lain lah) sedangkan kedua dua botol mempunyai bahan aktif yang sama iaitu trinexapac ethyl (pada kuantiti berbeza) walaupun bahan lengainya adalah berbeza.

Sebenarnya EC (emulsified compound) adalah PGR ori, Maxx ni baru dicipta kerana bahan lengai dalam EC mempunyai bau yang tengik dan dalam Maxx ni tiada bau, so mereka jual lebih mahal sedangkan bahan aktif kurang.

Siapa sangka pengguna lebih mahu jenis Maxx? Malahan, saya tak sangka ramai lagi profesional di bidang rumput (I’m looking at you Course Superintendents) yang masih tidak menggunakan PGR di tebing bunker dan slope bukit. Bukan kah ini peluang utk dapatkan rumput yang cantik (tambah baja foliar tiap 2 bulan) dan tulin (selang sebulan dengan racun rumpai selektif) sambil mengurangkan pemotongan?

Kenapa hanya guna di green utk dapatkan greenspeed sedangkan itu belum dibuktikan pun? Guna lah di fairway kerana masa itu juga boleh spray baja mikronutrien utk mendapatkan kehijauan lebih pekat dan jika fairway anda ialah Bermuda atau Zoysia, anda boleh juga campur dengan racun memilih (selective herbicide) sewaktu spray PGR ni.

Baru saya mengerti takat mana industri potong rumput di Malaysia ni traditional dan conservative: takut pada perubahan.

Empat negara itu ialah Indonesia, Republik Czech, Ukraine dan Pakistan. Anda boleh baca tentangnya di sini.

One-Time
Monthly
Yearly

Menulis dan mengelola laman web ini memerlukan wang dan masa. Sedikit bantuan dari anda amat dihargai.

Make a one-time donation

Make a monthly donation

Make a yearly donation

Choose an amount

$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00
$5.00
$15.00
$100.00

Or enter a custom amount

$

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

Your contribution is appreciated.

DonateDonate monthlyDonate yearly

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Lockdown: Apa nak buat pada rumput anda.

Posted by mynormas on March 17, 2020


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan seluruh negara 18 – 31 Mac 2020.

Edit: Masa saya menulis artikel ini beberapa hari lepas (sebelum “partial lockdown”) saya fahami bahawa ini bermakna pekerja padang juga seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah dan berkumpul kerana ini boleh merebak kan lagi virus ini. Saya membayangkan hanya “skeleton crew” terdiri dari beberapa orang sahaja yang akan dibayar lebih dan secara sukarela sahaja akan bekerja. Saya tak sangka ada padang yg full crew bekerja full day, ada yang halfday dan ada yg buat hollow tine!

Edit 2: The movement control order has been extended for another 2 weeks until 14th April. Much of what I wrote before remains the same.

  • The grass will continue to grow so cutting is necessary.
  • If cutting during the MCO can’t be done, then after MCO, cut high and reduce height gradually.
  • Water is required only on newly planted grasses. Established grasses, provided they’re healthy can survive without watering. At worst they’ll go dormant and come back after watering a few times.
  • Pest and disease control remains important if you have been having issues prior to MCO. If P&D issues starts during MCO, it probably won’t spread because there’s no players or staff to spread them.
  • You may find losses or damages to some course/field accessories and furniture: if you can’t put them in storage now, be prepared to replace or repair them.
  • You can postpone fertilising or cultural activities for duration of MCO.
  • I find it appalling any club would force all their workers to come to club and do normal work during MCO. What if one gets it and spread it among the other staff and then his family!? Maybe a few essential ones or those that stay on-site; I can understand, but all or most?

Sebagai penjaga rumput, apa tindakan kita? Bolehkah kita turut serta dan abaikan rumput kita? Jangan lupa bahawa

  1. Rumput adalah tumbuhan hidup. 
  2. Dalam konteks padang permainan ia adalah tanaman mono-kultura iaitu kawasan buatan manusia yg ditanam hanya dengan satu jenis tumbuhan saja. Maka pereputan menghasilkan hanya nutrien yang sama sahaja.
  3. Di kebanyakan masa, akibat dari tumbuhan mono-kultura, ia juga tidak mendapat perlindungan matahari terik.
  4. Mengikut pemotongan peraturan satu pertiga; rumput tidak boleh dipotong lebih dari satu pertiga ketinggian.
  5. Penanaman rumput di atas medium pasir bermakna air tidak banyak di simpan di dalam tanah.
  6. Makhluk perosak akan cepat membiak jika tak dikawal dalam kawasan mono-kultura.

Maka, apakah kerja yang perlu dilakukan sewaktu lockdown ini?

  1. Pemotongan: utk rumput yg dipotong pada ketinggian 15mm ke atas (fairway, rough padang bola dsb) sebaiknya anda potong seminggu sekali. Jika anda terpaksa tak potong maka pada 1 April nanti pastikan anda potong pada lebih kurang 50% lebih tinggi dari dahulu dan turunkan ketinggian 10% setiap dua atau tiga hari. Utk green padang golf, sebaiknya anda potong 2 hari sekali pada 10% atau lebih dari ketinggian sekarang. Jika anda terpaksa tak potong, buat sama seperti di atas.
  2. Penyiraman. Kawasan yg pasti perlu disiram ialah rumput yang baru ditanam. Utk rumput sihat, jika ia tak dapat air ia akan menjadi dorman (bertukar coklat) tetapi tidak mati. Rumput baru tanam akan mati. Jika rumput dorman tidak dapat air selama 30 hari, ia akan mati juga. Jika ada hujan. Ini boleh diabaikan.
  3. Kawalan makhluk perosak. Jika anda di landa serangan makhluk perosak seperti serangga atau kulat maka kawalan perlu sebelum anda bercuti atau anda boleh kembali bekerja pada 1 April dan kehilangan rumput (dan kerja). Jika kawasan anda biasa diserang makhluk perosak, saya cadangkan aplikasi racun sistemik (serap) sebelum cuti.
  4. Saya mencadangkan penyimpanan semua benda yang boleh dicuri seperti tiang bendera sepakan sudut, pin, cup, tee marker dsb.

Apa kerja yg boleh kita tunda?

  1. Pembajaan.
  2. Kerja-kerja amalan kultura seperti pengudaraan tanah, nyah-thatch dll.

Rumput adalah tumbuhan yg lasak dan cepat membiak. Maka tak perlu terlalu risau. Worse comes to worse, kita tanam semula. Anda boleh dapati sumber tanam semula dalam laman web ini.

Tujuan penulisan ini ialah untuk kita memberi beberapa fakta kepada majikan, boss, tuan punya padang dsb.

Ingat! Penjagaan rumput adalah suatu kerja profesional dan mempunyai sains dan seni nya. Ini perlu diteruskan dan ditekankan supaya harga kita kerja dihargai dan kita tak dianggap boleh diganti dengan beberapa orang pekerja asing dari Bangladesh atau Indonesia.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan berada dalam keadaan sihat sewaktu keadaan mencabar ini dan jika ada sebarang persoalan, sila tanya di sini atau di FB mynormas.com dan bukan secara pm.

Terima kasih.

Read the rest of this entry »

Posted in landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Thatch

Posted by mynormas on January 29, 2020

Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah sebab kenapa walaupun anda ada longkang subtanah, padang atau laman anda masih basah.

wp-15795894002513676624859460490203.jpg

Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa rumput anda selalu mengalami penyakit

Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa rumput anda selalu diserang serangga atau cacing tanah.

Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa padang anda terasa lembik bila di pijak.

Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa padang anda berlumpur jika digunakan selepas hujan.

Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah thatch; satu lapisan bahan organik yg belum reput yg bertindak seperti span (sponge) menyerap air dan menjadi tempat lindungan kulat dan serangga.

Cara utk mengurangkan thatch ialah dengan proses fizikal nyah-thatch (follow this blog for future articles) atau pengudaraan tanah hollow tine (udara membantu organisma mereputkan thatch) atau pengudaraan tanah solid tine (ruang utk udara dan air menembusi lapisan thatch) atau hias-atas (meletak satu lapisan baru di atas thatch).

Jika saya melakukan kerja-kerja nyah-thatch di bulan Februari 2020 dan anda berminat untuk melihat, sila beritahu. Untuk pengetahuan, ia akan dilakukan di sebuah padang bola Cowgrass di Shah Alam.  Saya akan confirm kan tarikh dan masanya dalam minggu pertama bulan Februari. Ia menggunakan sebuah mesin besar yang tak sesuai di halaman rumah, tapi jika anda berminat utk melihat konsepnya, silakan. 

Untuk sentiasa mendapat update dan artikel terkini; sila follow laman web ini atau FB mynormas.com

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , , , , , , | 2 Comments »

 
%d bloggers like this: