Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Padang Stadium MBPJ

Posted by mynormas on May 28, 2021


Saya kira bukan lagi satu rahsia bahawa syarikat saya, Turf Consultancy Sdn. Bhd ialah syarikat yang di minta untuk membaiki padang di stadium MBPJ. Keadaan padang kelihatan begitu basah dan becak di empat perlawanan pada awal bulan Mei 2021 malah sebelum itu lagi padang itu di lihat basah setiap kali perlawanan selepas hujan.

Keadaan padang dipandang dari jauh.
Keadaan padang dipandang jarak dekat.

Saya tidak mahu pergi terlalu dalam tentang masalah yang di alami oleh padang tersebut tetapi saya ingin fokus kepada apa yang saya akan lakukan utk membaiki keadaannya. Terdapat dua fasa utama.

  1. Pemasangan sistem longkang subtanah.
  2. Membaiki profil tanah sekarang.

Pertama. Memasang sistem longkang subtanah untuk mengeluarkan lebihan air dari dalam padang.
Saya akan memasang sekitar 1,000 meter longkang subtanah di padang tersebut. Sistem longkang subtanah ini akan membantu lebihan air keluar dari padang dan memberi satu ‘water table‘ atau tahap air bawah tanah yang mampu diterima rumput. Water table yang terlalu tinggi menyebabkan air cepat naik ke permukaan setiap kali hujan lebat dan akar yang pendek dan water table yang terlalu rendah menyebabkan padang cepat kering setelah beberapa hari tak hujan. Saya mempunyai hanya 50 hari untuk menggali longkang, memasang paip dan membaiki permukaan padang sebelum perlawanan seterusnya pada 9 Julai 2021.

Kedua. Mengganti profil tanah sedia ada dengan profil yang lebih baik. Profil tanah sekarang adalah lumpur yang terdiri dari selut (silt) tanah liat dan bahan organik yang dipanggil thatch. Kesemua ini akan memegang air dari masuk ke longkang subtanah ataupun mengalir di atas padang sebagai larian permukaan (surface runoff). Untuk ini, saya perlu melakukan kerja “serampang berongga” atau hollow tine yang akan menarik keluar lumpur tadi dan saya akan gantikan dengan profil baru terdiri dari pasir halus (secara mudahnya). Oleh kerana padang ini digunakan (bukan padang yang ditutup hingga siap kerja) maka saya memerlukan masa yang lebih lama untuk kerja ini.

Profil tanah sekarang; dari kiri, rumput, lumpur, lapisan tanah liat kemudian pasir halus.
Di satu bahagian padang, air dalam lumpur telah menjadikan akar pendek dan reput.

Setiap kali saya melakukan kerja hollow tine, saya hanya mengeluarkan sebahagian kecil dari profil tanah tersebut bererti saya perlu lakukan kerja hollow-tine berulang ulang kali sebelum ia menampakkan hasil. Selain itu, saya juga akan melakukan kerja-kerja hias-atas (topdressing) dengan niat pasir baru akan menjadi profil yang lebih baik utk padang. Saya perlu berhati hati supaya topdressing saya tidak terlalu tebal kerana ini pula akan menyebabkan ‘kesan pelapisan’ atau layering effect.

Gerak perlahan video serampang berongga (hollow-tine) sedang dilakukan.
Kerja-kerja topdress.

Oleh kerana proses yang saya lakukan dalam fasa kedua ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan maka kesan ketara pembaikan padang stadium MBPJ mungkin tidak akan kelihatan secepat yang beberapa pihak sangka. Ia bukan lah semata-mata: pasang longkang subtanah dan secara automatik padang akan jadi cantik. Saya kena tukar isi padang itu dulu.

Doakan yang terbaik.

Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: