Ciri-ciri Stadium
Posted by mynormas on August 5, 2022
Apakah ciri ciri stadium yang baik? Menurut pendapat penulis sukan luar negara, sebuah stadium di ukur pada sifat berikut.
- Design yang baik. Samada ia cantik hingga menjadi mercutanda iconic ataupun bersifat functional memberi kemudahan kepada pengguna. Atau lebih baik, kedua dua sekali.
- Keselamatan. Keselamatan struktur menampung beban, keselamatan penonton keluar masuk, keselamatan sewaktu kebakaran atau lain-lain kecemasan dan sebagainya.
- Peminat. Majalah online stadiumdb.com menjelaskan bahawa pembinaan yang mampu memberi pengalaman yang bersemangat kepada penonton adalah satu ciri stadium yang baik. Ini termasuk ciri acoustic yang mungkin memberi gema kepada sorakan penonton. Tentunya tandas yang mencukupi (dan hampir) serta tempat membeli makan dan minum.
- Lokasi sebuah stadium. Umum mungkin berpendapat bahawa bina stadium di mana pun, penonton akan datang (ala petikan “build it and they will come” dari filem Field of Dreams) tapi sebenarnya stadium yang baik ialah stadium yang berdekatan dengan kawasan penduduk dan/atau jalan raya dan pengangkutan awam.
- Pengurusan padang yang baik. Bukan sahaja tentang pembinaan padang tetapi peruntukan utk penyelenggaraan akan datang seperti tempat penyimpanan baja, racun, pasir, mesin, tempat pembancuhan baja atau racun, bilik kerja penyelenggara (utk asah pisau, cas bateri, berehat dsb).
- Parkir (dan jalan masuk/keluar) yang mencukupi. Parkir yang cukup tetapi jalan masuk/keluar tidak dirancang dengan baik akan membangkitkan kemarahan orang dengan cepat. Malah, ada penulis yang mencadangkan bahawa stadium mempunyai parkir yang amat terhad dan memaksa penonton hanya berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam.
Memang lah, sebuah stadium milik sebuah kelab bolasepak seharusnya di gunakan hanya untuk bolasepak tetapi realiti nya ialah tidak banyak kelab bolasepak yang mampu menampung kos selenggara dan operasi sebuah stadium semata mata dari kutipan tiket perlawanan sahaja apatah lagi bayaran pinjaman atau susutnilai kos pembinaan nya.
Saya pernah menghadiri suatu seminar anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA) sebagai seorang moderator. Saya lihat topik selepas saya ialah tentang F&B (makan dan minum) maka saya berniat utk keluar dari dewan dan networking. Baru nak keluar saya dengar penceramah berkata dalam bahasa Inggeris “dahulu stadium ini digunakan 25 hari setahun iaitu hanya utk perlawanan kini ia digunakan 365 hari setahun”.
Tentunya saya terkejut. Penceramah selanjut nya menjelaskan bahawa stadium itu kini – selepas diubahsuai – digunakan utk banquet, majlis perkahwinan, mesyuarat, tempat lawatan pelancong dan pelbagai lagi.

Kita akan bincang tentang kepelbagaian penggunaan stadium dalam realiti komuniti di Malaysia akan datang.
Saya Normas Yakin Arifin, kepakaran saya ialah penjagaan dan pemulihan padang serta rumput. Jika padang di stadium anda bermasalah dan anda perlukan bantuan hubungi saya di email mynormasATconsultant.com, atau 03 5131 OO66 dan biar kan ia berdering lama. Ia akan disambungkan ke handphone saya jika tiada orang di pejabat. Jangan lupa utk layari dan Follow laman web ini, atau FB mynormas.com atau Instagram mynormas dan terbaru, TikTok Normas Yakin.
Leave a Reply