Jerebu dan rumput
Episod jerebu akan berulang hampir setiap tahun pada musim kemarau sejak 10 tahun yang lalu.

Gambar jerebu di sebuah padang golf
Biasanya kita akan lebih risau tentang kesihatan kita dan manusia lain bila kita bercerita tentang jerebu ini. Masa ini juga ialah masa untuk sesetengah orang untuk mencari salah siapa yang menyebabkan jerebu.
Dengan membuat andaian anda membaca ini kerana anda mahukan cadangan untuk rumput atau mungkin tumbuhan lanskap anda, maka saya akan abaikan cadangan untuk kesihatan manusia atau siapa bakar apa dan dimana dalam artikel ini.
Tidak ada kajian khusus pernah di buat untuk menilai kesan jerebu keatas rumput. Setakat yang saya temui, terdapat kajian keatas padi, tembakau, dan Meranti.
Dua perkara utama pada jerebu akan memberi kesan pada rumput:
Pertamaialah jerebu tebal mengurangkan cahaya matahari yang akan mempengaruhi keupayaan rumput membuat makanan melalui proses fotosintesis. Fotosintesis hanya mampu berlaku bila tumbuhan mendapat cahaya matahari yang cukup.

Rumput sebelah kanan menerima kurang cahaya matahari.
Tumbuhan (rumput) yang tidak mampu membuat makanan tadi akan menggunakan tenaga simpanan yang ada di bahagian-bahagian lain seperti di batang atau akar. Bila tenaga simpanan ini habis dan masih tidak cukup sinar matahari untuk membuat fotosintesis, maka rumput ini akan mula memanjangkan lai daun nya. Ia akan cuba untuk menambah luas permukaan daun supaya boleh memaksimakan cahaya matahari yang ada. Anda pernah lihat rumput yang tumbuh di kawasan redup? Ia akan menjadi lebih panjang dari biasa; panjang tapi kurus.
Kedua, di dalam jerebu tersebut terkandung partikel-partikel seni yang akhirnya akan mendap ke atas permukaan rumput. Kalau seni yang saya maksudkan ialah seni budaya tidaklah ia menjadi masalah. Tapi partikel2 disini ialah oksida dan juga ‘heavy metal’ seperti Plumbum dan Sulfur. Ia akan melekat pada permukaan daun atau tanah. Jika dibiarkan unsur2 ini akan terkumpul dan akhirnya memberi kesan ke atas kimia tanah atau rumput tadi.
Satu lagi kemungkinan ialah ‘hujan asid’ iaitu kombinasi hujan dan pencemaran udara. Tidaklah bermaksud akan berlaku hujan yang boleh melubangkan baju anda; tapi tahap keasidan air yang turun itu ialah lebih dari hujan biasa. Ini berlaku walaupun tiada jerebu. Anda juga bertanggungjawab untuk fenomena ini bila anda membuat apa2 pembakaran, termasuk enjin kereta anda. Hujan asid ini akan – sedikit sebanyak – meninggalkan kesan keasidan pada tanah juga.
Penyelesaiannya? Saya hanya mencadangkan anda perhatikan rumput anda, jika anda dapati ia mula memanjang (anda mula memotong lebih banyak batang dari daun, atau anda dapati lebih banyak ‘sampah’ di kutip oleh pemotong anda dari biasa, atau sekadar dari pemerhatian) maka anda patut menaikkan ketinggian potongan. Terutamanya green di padang golf.
Anda juga patut menambah kekerapan penyiraman kerana ini akan membantu ‘membasuh’ permukaan lai daun dan membawa partikel2 seni tadi ke dalam tanah. Anda juga boleh membantu perjalanan air ke dalam tanah dengan hollow tining, slicing, spiking atau semata-mata mencucuk-cucuk tanah supaya air boleh turun ke bawah dengan cepat.
Lagi? Doa banyak-banyak untuk mintak hujan atau salahkan orang sebelah yang tengah bakar sampah tu…
Rujukan:
1 |
The Economic Impacts of the 1997 Haze Episode on the Agricultural Sector. Mohd. Nasir Hassan, Muhammad Awang, Shantakumari Rajan, Ahmad Makmom Abdullah, Dzulkifly Kuang, Wan Zin Wan Yunus, Ramdzani Abdullah, Mohd. Pauzi Zakaria, Theng Lee Chong, and Abu BakarJaafar www.econ.upm.edu.my/~peta/nassir_h/nassir_h.pdf |
2 |
http://cpcp.ensearch.org/wapi/mctxwapi.dll/getObject?mid=TEAM%2013&ObjID=12 |
3 |
Project no. J06: 4-07-05-015 ECOSYSTEM PHYSIOLOGY: MICROSITE VARIATION OF LIGHT AVAILABILITY DURING HAZE AND NON-HAZE EPISODE AND ITS EFFECTS ON SIMULATED LEAF CARBON GAIN IN A TROPICAL RAIN FOREST Awang1, M.B., Tang2, Y., Kachi2, N., and A. Furukawa2 1Dept. of Environmental Science, UPM, Serdang, Selangor 2Division of Global Environment, NIES, Japan |
4 |
AIR POLLUTION AND VEGETATION: EFFECT OF ELEVATED CO2 AND O3 ON MALAYSIAN RICE (ORYZA SATIVA VAR. MR123), TOBACCO (NACOTIANA TABACCUM-LTN) AND MERANTI (SHOREA ACUMINATA) SEEDLINGS Muhamad Awang Department of Environmental Science, UPM, Serdang, Selangor |
Leave a Reply