
Lihat Boom kiri dan kanan tinggi di hujung. Ini menyebabkan nozel di hujung akan menyembur tak sama dengan nozel di tengah.
Mesin boom sprayer, secara definasinya ialah sebuah mesin yang mempunyai lebih dari satu nozel spray yang di sangkut kan untuk menyembur kawasan besar. Ada banyak jenis mesin spray. Tetapi oleh kerana laman web ini adalah tentang rumput, maka kita akan khususkan mesin menyembur racun menggunakan boom yang biasa terdapat di padang golf.
Saya bercerita tentang mesin yang mempunyai tiga boom di belakangnya. Boom kiri, boom tengah, dan boom kanan. Setiap satu boom biasanya mempunyai 3 – 5 nozel menyembur. Ada juga mesin yang ada satu boom sahaja, contohnya walking boom.
Pertama sekali, sepatutnya setiap nozel pada boom tersebut mesti mengeluarkan kadar air yang sama. Bukan hampir sama, bukan lebih kurang sama, bukan dekat-dekat sama; Sama. Selepas itu, setiap nozel tersebut mesti berada pada ketinggian dari aras tanah yang sama sewaktu menyembur. Ini semua kita lakukan sewaktu kalibrasi atau penentu-ukuran.

tayar kecil itu digunakan untuk mempastikan boom sentiasa rata, walaupun tanah berbukit.
Semalam sewaktu saya bermain golf (di kelab yang bukan client saya) saya terjumpa dengan mesin boom yang menyembur dengan nozelnya tidak sama tinggi di antara satu sama lain kerana boom kiri dan kanannya senget. Ini akan menyebabkan nozel yang tinggi akan menyembur kawasan yang lebih luas dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk di tiup angin.
Tapi perkara kedua yang di lakkukannya yang saaaaangat menyakitkan hati saya ialah mereka menyembur secara berputar. Memusing. Konar. Belok.
Tak Boleh.
Bagilah apa alasan pun; terlalu dekat kolam, kawasan tu kecik sangat, tak nampak garisan, boss tak ajar, boss tak ada dan apa pun, jangan menyembur sewaktu boom tidak lurus.
Jika kita menyembur sewaktu belok, apa akan terjadi, nozel yang di sebelah dalam akan berpusing sedikit sahaja maka air/racun/baja/sirap/oren/apa2pun yang kita spray akan jatuh di kawasan lebih kecil berbanding dengan nozel yang berada di sebelah jauh. Jadi satu kawasan akan dapat lebih banyak dari yang satu kawasan lain.

sejuk mata saya memandang; dia menggunakan buih sabun untuk menanda di mana dia spray dan dia spray dalam garis lurus walau bagaimana bentuk mukabumi.
Ini benar samada kita bercerita tentang padang golf, bola ataupun taman. Asalkan kita cerita tentang boom sprayer, inilah masalahnya.
Sentiasa, sentiasa spray (atau semprot) dalam garis lurus! Gunakan penanda dengan air bercampur pewarna ataupun buih sabun.
Menyembur dengan cara lurus juga mempastikan senang untuk kita sembur bila kita datang balik dari arah bertentangan.

Ini gambar satu sprayer yang sedang menyembur sambil berpusing. Nampak tak bahawa nozel sebelah dalam (kotak kuning imaginasi) menjadi paksi pusingan dan menyembur di kawasan kecil sedangkan di masa sama nozel sebelah sana memusing jauuuuuhhh, dan air keluar dari semua nozel pada kadar yang sama.
Topik ini penting dan panjang, kita akan sambung di post lain lagi.
Like this:
Like Loading...