Padang Bola
Kenapa padang bola di Malaysia tak mampu nampak macam padang bola di luar negara? Walaupun padang golf kita ada yang cukup canggih dan nampak macam bertaraf antarabangsa?
Kita senaraikan dulu kelemahan yang kita nampak di padang bola stadium2 negeri ATAUPUN negara yang kita boleh nampak. Ini hanya cerita tentang rumput sahaja. Kalau nak cerita tentang “pengurusan padang
bola di Malaysia” cuba cari laman web yang lain ye.
1. Rumput yang tumbuh secara jarang – lebih nampak permukaan tanah di dari rumput.
2. Permukaan yang sangat tidak rata. Sukar untuk berlari pecut – jauh sekali berlari sambil menggelecek bola.
3. Warna rumput yang bertompok-tompok.
4. Keadaan lecak yang hampir masuk kategori banjir tiap kali hujan lebat sikit.
5. Keadaan rumput depan gawang gol (dalam kotak penalti) yang lebih botak dan lecak dari kawasan yang lain.
Pokok pangkal nya ialah ‘budget’. Bukan pengetahuan. Kalau budget cukup dan ‘common sense’ ada, pengetahuan tu boleh di beli.
- Jenis rumput yang digunakan di padang bola Malaysia rata2 nya ialah dari jenis Cowgrass. Satu rumput yang baik di kebanyakkan masa. Masalah utamanya ialah akar rumput yang cetek menyebabkan ia kurang tahan cuaca panas. Dan ia juga mudah tercungkil dalam aktiviti kasar. Rumput ini cukup baik untuk kegunaan biasa asalkan ia mempunyai penjagaan yang baik dan berjadual. Ada pula padang yang mempunyai cita-cita untuk mempunyai rumput yang lain spesis tapi lupa bahawa penjagaan di masa akan datang banyak berbeza dari rumput Cowgrass dari segi kerja, alat, baja dan pengetahuan.
- Saliran (drainage) yang kurang baik. Isu pertama ialah, padang lecak pun orang bantai main jugak. Isu kedua ialah, walaupun jika tiada permainan, ketiadaan saliran yang baik menyebabkan akar rumput yangperlukan oksigen, lemas. Saliran yang saya maksudkan ialah bukan sahaja longkang bawah tanah (sub-soil drainage) tapi juga – saliran dalam profil tanah itu sendiri. Topik ini akan di huraikan dalam satu muka laman web saya ini.
- Cultural practices (amalan kultura). Ni tak boleh translate secara bahasa. Tapi bagi kami di padang golf, penyelenggaraan padang tidak cukup sekadar potong rumput dan baja; tetapi juga termasuk aktiviti seperti topdressing – meratakan selapisan pasir di atas permukaan rumput. vertical cutting – untuk membuang bahan organik yang mati di celah2 rumput dan pengudaraan (aerification) – untuk memasukkan liang2 udara ke dalam profil tanah.
- Peralatan. Refer to Golf Course machinery yang relevan kepada fairway. Tak murah. Mahal. Nak jimat? Tak dapek den nak tolong kau jang.
- Baja. Racun. Ubat. Semua mahal. Tak nak mahal? Then jangan komplen padang tak cantik. Cuba tengok iklan suratkhabar dan TV; ingat perempuan nak jadi cantik murah ke? Tambahan pula Cowgrass mempunyai warna hijau gelap walaupun lama tak baja. Jadi demi menjimatkan duit, kebanyakkan padang tidak mempunyai jadual pembajaan. Kita baja bila kita nampak rumput tak sihat. Masa tu dah terlambat.
- Penggunaan. Kalau selalu sangat guna padang tu, jahanam jugak. Pertandingan pun kat situ, training pun kat situ. Kalau nak jugak; 2 cadangan; pindakan gol tu ke kanan atau ke kiri sikit (line garisan kat padang pun ubah sekali lah encik). Supaya kerosakkan tak de lah kat satu tempat sahaja. Cadangan kedua, sediakan rumput gantian yang ditanam di tempat lain yang boleh dipindahkan ke padang jika keadaan memerlukan. Konsert pun kat situ.
Di masa akan datang, kita akan bercerita tentang bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah di padang bola Malaysia secara terperinci. Sebenarnya, kebanyakkaan dari masalah ini, sama dengan masalah di padang golf dan telah saya huraikan di laman web ini.
gang said
Wah…hebat-hebat…you memang pakar laa..
LikeLike
syahar said
Mohon pendapat tuan, apakah sebab pihak MSN mensyaratkan penggunaan rumput dari jenis Bermuda Grass bagi padang bola (khusus untuk projek-projek Kerajaan)?
Apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan bagi rumput dari spesis ini?
LikeLike
mynormas said
Tuan,
Saya tak boleh jawab untuk pihak MSN.
Pertama sekali, Bermudagrass ada mempunyai banyak hybrid dan cultivar; contohnya di Malaysia ada Greenlees Park, Tifway 419, Plateau, Windsor Green, Common, Mini Verde, Tifeagle, Satiri, dan sebagainya. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.
Umumnya, kelebihan kebanyakkan cultivar ini ialah: mempunyai akar yang lebih panjang oleh itu lebih tahan kemarau atau cuaca panas. Ia bersifat stoloniferous jadi ia lebih cepat merebak. Ia lebih cepat pulih dari kerosakkan akibat sliding atau sepakkan. Jika di bela dengan baik, ia lebih tahan stress penggunaan. Jika di tanam dan jaga dengan baik, ia juga adalah lebih konsisten berbanding dengan Cowgrass. Ia mempunyai warna lebih hijau berbanding spesis Zoysiagrass. Ia juga perlukan penjagaan yang kurang berbanding Zoysia.
Kekurangan Bermudagrass ialah; ia memerlukan tahap penjagaan yang lebih tinggi berbanding Cowgrass. Ia perlu di potong lebih kerap. Ia perlu penyiraman (walaupun ia lebih tahan kemarau). Biar saya jelaskan: jika kemarau lebih dua minggu – tanpa penyiraman Bermudagrass akan mati terus. Sebaliknya Cowgrass akan menjadi dorman lebih awal dari Bermudagrass (ertinya ia bertukar coklat lebih awal) tetapi sebaik sahaja cuaca pulih, ia akan kembali hijau. Ia juga mempunyai limit, tetapi setakat ini, saya tak pasti apa limit kemarau bagi Cowgrass. Bermudagrass juga memerlukan lebih banyak cahaya matahari berbanding Cowgrass.
Dari segi permainan; pemain golf lebih gemarkan Bermudagrass kerana ia tumbuh lebih rapat ke tanah jadi bola lebih ‘laju’ bila bounce.
Saya harap ini membantu. Soalan tuan agak umum dan saya tidak membuat rujukan apa-apa melainkan pengalaman saya sahaja.
LikeLike
Farha Puad said
salam..
Mohon untuk mendapatkan job scope penyelenggaraan padang rumput secara terperinci dari segi penyelenggaraan berkala dan penyelenggaraan rutin.
Terima kasih..
LikeLike
mynormas said
Tuan boleh cuba rujuk “amalan kultura” dan “pembajaan” dalam laman web saya. Untuk lebih terperinci, hubungi saya di mynormasATconsultant.com. Saya akan menjawab secara rasmi.
Terima kasih.
LikeLike
zainal said
Assalamualaikum tuan,
Saya ada membeli tanah satu ekar di hulu langat. Nak buat rumah dan tanam pokok buah-buahan sepert durian, rambutan dan 3 atau 4 jenis lagi buah tempatan. Tanah tu tanah bukit tanah merah dan telah diratakan macam gurun sahara je panasnya. Pertanyaan saya, rumput jenis apa yang saya leh tanam, kontraktor cadang cow grass, tapi orang rumah minat bermuda atau satu lagi spesies yang tahan panas tu. Apa pendapat tuan dalam hal ini. kalau nak tanam rumput tu kena tabur pasir dulu ke kat tapak?
terima kasih
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Kalau malas nak jaga (atau untuk lebih sopan: kalau kurang ada masa) memang cowgrass paling senang maintain. Tapi nampaknya kena menangkan orang rumah awak – sikit – sebab Cowgrass tak tahan panas. Akar dia pendek. Sekejap aje tak siram dia akan jadi perang (brown) iaitu jadi dorman – belum mati tapi dekat dah.
Boleh fikirkan jugak lah nampaknya Bermuda atau Zoysia (carpetgrass atau Philipine grass dan yang se spesis dengannya) untuk kawasan tuan. Tak tidor malam kontraktor fikir berapa banyak dia dapat kalau tanam carpet grass hampir satu ekar.
Mungkin cadangan saya, untuk kawasan yang nak tanam pokok buah-buahan yang redup, boleh lah bubuh cowgrass. Untuk kawasan yang dekat keliling rumah, tanam carpet grass sebagai rumput hiasan. Cuma tuan kena ada sempadan artificial supaya tiada masalah ‘encroachment’ di antara spesis; contoh nya jalan, footpath, flowerbed, pagar hiasan, batu putih yang kecil dan sebagainya.
Saya ada artikel bertajuk “Rekabentuk lanskap; macamana nak mula” dalam laman web saya. Cuba try itu.
Selamat mencuba!
LikeLike
duriy said
Assalammualaikum ‘pakar rumput’
Saya ada 5 ekar tanah. dan hendak tanam rumput cow grass.. dari sistem saliran, mulanya nak buat sub soil dan discharge ke parit. memandangkan bajet tidak mencukupi, tambahan, penggunaan sub soil tidak begitu begitu berkesan, boleh x kalau saya buat top dressing dulu. dan buat run off surface. lepas itu overlay 50mm thick top soil. baru tanam rumput?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam.
Boleh, tapi saya cadangkan the other way round, tuan shape tanah asal supaya ia boleh alirkan air, lepas tu topsoil dan tanam rumput, lepas tu baru topdress.
Kalau done correctly, surface runoff automatically will happen plus air tak bertakung di bawah permukaan kerana you already shaped tanah bawah to carry water away too.
Who is your market? There is a new grass from Thailand, Zoysia Zemmet yg nak masuk Malaysia and looking for nursery. Their market is football field and housing developers.
LikeLike
Fiza Yunos said
salam.
FAM telah mencadangkan penggunaan rumput tiruan pada padang bola di malaysia. Singapura juga telah menggunakan rumput tiruan di padang bola sepak mereka.
Boleh terangkan pada saya, apakah maintainance yang diperlukan oleh rumput tiruan?
mungkin, dari segi
saliran(drough)
ketahanan terhadap hujan+lembab
suhu yang tinggi.
saya juga berharap sangat dapat perjelaskan saya tentang bagaimana rumput tiruan ini berfungsi.
terima kasih
LikeLike
mynormas said
Maaf Fiza, saya tak berapa tau pasal rumput tiruan. Tapi untuk pengetahuan: sebenarnya di peringkat FIFA masih ada beberapa kontroversi berkenaannya. Di World Cup South Afrika mereka menggunakan rumput tiruan yang di sulam dengan rumput betul di beberapa padang dan di salah satu permainan, menerima kritikan dari pemenang dan pengkalah (?). Perlawanan pertama ialah di antara Slovenia dan Algeria, boleh baca komen jurulatih kedua dua pihak di http://www.usatoday.com/sports/soccer/2010-06-14-1108218079_x.htm.
Satu kelemahan (atau kebaikan; bergantung kepada pendapat) rumput tiruan ialah bola akan lebh ‘laju’ dari di padang rumput biasa.
Jika padang tidak di bina dengan betul, kecederaan pemain akibat hentakan keatas permukaan keras (bukan sahaja soal jatuh tapi soal lutut sebagai penyerap hentakan). Sliding tackle – di beritakan – adalah juga punca masalah luka jika kualiti rumput tidak baik.
Of course, kebaikan rumput tiruan pula ada banyak: 1. Ia memang mempunyai sistem saliran yang lebih baik dan tidak memerlukan terlalu banyak pengairan (bukan tak perlu langsung) 2. Ia tidak memerlukan cahaya matahari (ertinya boleh digunakan di stadium tertutup atau yang mempunyai terlalu banyak teduhan). 3. Kos penjagaan yang rendah (tidak perlu potong, baja, racun dan sebagainya) 4. Ia memang tahan hujan/lembab dan juga suhu yang tinggi. 4. Berbanding dengan rumput asli, rumput tiruan boleh di mainkan lama atau berulang-ulang (dari pagi sampai malam). 5. Jika stadium itu adalah pelbagai guna, maka rumput tiruan juga lebih sesuai berbanding rumput hidup.
Bagaimana ia berfungsi? Hmmm… macam rumput biasa lah kut? Biasanya ia di tanam sebagai 100% rumput tiruan, tetapi dalam kes stadium di negeri Polokwane, Afrika Selatan, ia di sulam dengan rumput asli. Takat tu saja saya boleh beritau. Mungkin jika puan lebih spesifik saya boleh cuba jawab lebih spesifik.
LikeLike
Fiza Yunos said
Terima kasih banyak2 atas maklumat ini. Saya tertarik dengan isu rumput tiruan..sbb itu saya ingin tahu.
saya pelajar yang sedang buat kajian terhadap bermuda grass yang tahan pd “shading”. boleh maklumkan saya, setakat ini, ada tak padang sukan(*selain pdang golf) di malaysia yang telah guna bermuda grass.
LikeLike
mynormas said
Fiza, mengikut suatu comment kepada Topic saya yang bertajuk ‘Padang Bola’ pihak MSN membuat guideline bahwa semua padang bola kerajaan mestilah menggunakan Bermudagrass. Jadi rasanya kebanyakan padang kepunyaan kerajaan (yang baru atau mungkin yang dalam pembinaan) adalah dari rumput Bermuda. Malangnya saya tak boleh nak jawab yang mana. Hari Rabu 19 Oct 2011 pagi saya akan membawa pelajar saya dari KDU ke padang MSN di Bukit Jalil, mungkin saya boleh tanya mereka atau melihat fasiliti mereka. Saya tak pasti saya akan berjumpa dengan siapa kerana lawatan ini di urus oleh seorang lagi pensyarah.
Fiza boleh rujuk kepada muka Padang Bola untuk lihat comment itu dan saya tak pasti kalau Fiza berminat untuk mengikut lawatan tersebut?
LikeLike
azali said
salam tuan,
mcm mna depa buat padang bola jadi belang2 tu….? ada setngah tu belalang2 berbentk bulat pulak ?
LikeLike
mynormas said
Dengan memotong pada arah yang sama setiap kali. Ini akan menyebabkan rumput baring pada satu arah. Kalau kita berdiri mengadap padang; rumput yang baring ke arah kita (ertinya mesin potong sambil menuju ke arah kita) akan belang hijau muda dan rumput yang baring kearah sana (ertinya rumput baring menjauh dari kita) akan berwarna hijau gelap. Belang bentuk bulat pun sama. Mula mula sekali mereka mungkin menggunakan tali yang di ikat pada pacang di tengah padang untuk bulatan pertama. Bulatan kedua akan follow bulatan kedua dan seterusnya. But potongan esok, minggu depan, bulan depan malah tahun depan pun MESTI ikut garisan atau bulatan yang sama.
LikeLike
Abdul jalil said
Salam.. mohon tuan nyatakan jenis pum air yang bagus dan berkesan untuk menyiram rumput padang bola biasa. jika boleh sertakan gambar dan harganya sekali.. jika boleh lagi di mana kedai harus saya kunjungi jika saya di area Damansara Damai Petaling Jaya..
TQ
LikeLike
mynormas said
tuan, kawan saya cadangkan Groundfos Multistage pump 3phase , 50 hertz. The tank volume ialah 16m cube. The cost of the system with tank, pump and control panel with 6 QCV is about RM76K. Hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @).
LikeLike
shuk said
tuan,
sya ingin membuat renovation pd pdg sy.berikut adalah keadaan pdg sya;
1. jenis cowgrass
2. drainage yg tidak baik kerana selalu timbul mata air menyebabkan kawasan tersebut berbonggol dan tidak rata.
3. keseluruhan padang tidak rata kerana telah beberapa kali dibaiki.
minta tuan bagi cadangan dan sebutharga berserta details proses kerja dr tuan utk renovation tersebut jika sy ingin menukar rumput sedia ada kpd bermuda grass.
email sy mohdshukran@ymail.com
LikeLike
mynormas said
Apa kata tuan email kepada saya (mynormasATconsultant.com dengan menukar AT kepada @) nombor tuan dan staff saya akan talipon tuan?
LikeLike
shuk said
ok..noted..
LikeLike
mohd fadzali said
Salam, Padang sekolah saya pun mempunyai masalah yang sama seperti di atas… boleh kah tuan tolong cadangkan saya bagaimana untuk atasi masalah permukaan yang tidak rata serta air bertakung ni,,?? kalu tidak keberatan juga minta tuan cadangkan dengan saya sistem saliran dan perparitan padang yang betul..??
LikeLike
mynormas said
Maaf lambat reply.
Untuk air bertakung, untuk masa ni saya cadangkan tuan lakukan “pengudaraan tanah” seprti ada dalam video di laman web ini.
Tanah tak rata? Saya cadangkan tuan lakukan topdressing iaitu menabur pasir lepas tu tolak-tarik supaya pasir tu masuk di lekuk rendah. Lakukan pada musim panas. Jika tidak rata tu serious, tuan kenalah cangkul yg tinggi, buang tanah di bawah dan tanam balik rumput.
Perparitan? Banyak kerja tu jika padang dah siap. Lakukan pengudaraan selalu insya Allah boleh bantu. Try seminggu sekali.
LikeLike
Najib said
Salam,
Sekolah saya bercadang untuk menaiktaraf padang yang sudah rosak/jadi lembah tadahan bila hujan. Tanah pun sudah berbau busuk/hitam/lembik akibat air hujan yang bertakung.
Saya diminta membuat kertas kerja berkaitan perkara tersebut.
Saya ingin meminta pandangan dan maklumat berkaitan bajet menaiktaraf semula padang + sistem perparitan
Rumput apa yang sesuai ditanam.
Terima kasih.
Mohamad Najib.
lionroar76@yahoo.com
LikeLike
mynormas said
Ok Najib, I will have to get back to you on that. Please email to mynormasATconsultant.com dengan menggantikan AT dengan @.
LikeLike
Feqdiatul Hismiza Mat said
Salam,
Pihak kampus saya akan membina padang bola, justeru itu, sy mohon pandangan encik berkaitan perkara yang dinyatakan. Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Maaf Feq, saya ingin membantu tapi tak faham pandangan tentang apa?
LikeLike
Chew said
Salam sejahtera,
Adakah cow grass “Axonopus Affinis” sesuai digunakan untuk padang bola sepak? Apa bezanya dengan cow grass “Axonopus Compressus” ? Mana satu jenis rumput tersebut lebih sesuai digunakan. Terima kasih
LikeLike
mynormas said
Axonopus affinis lebih di kenali dengan nama ‘Buffalo grass’. Axonopus compressus ialah cowgrass. A affinis mempunyai daun yang lebih tirus dan warna hijau muda. A compressus hijau gelap dan daun lebar. Saya belum jumpa padang bola guna A affinis. Padang golf ada, contohnya di Cameron Highlands dan di Pulau Pinang; pada pendapat peribadi saya; ok jer. Rasanya A affinis lebih lasak tetapi A compressus lebih cantik. What is your priority? Tapi… in any case, rasanya susah nak cari nursery yang jual A affinis; kecuali kalau biakkan sendiri.
LikeLike
Nike said
Saya ada padang bola saiz standard. Rumput cowgrass. Baja yang digunakan HHI fertilizer 15-47. Apa yang saya nak tahu adakah baja yang digunakan sekarangmerupakan yang terbaik bagi cowgrass atau ada baja lain yang lebih baik?
LikeLike
mynormas said
Tuan, saya tak dapat membuat perbandingan dengan baja sedia ada yang saya andaikan ialah 15:4:7 ertinya ia mempunyai 15% Nitrogen, 4% Phosphorus dan 7% kalium. Saya mencadangkan penggunaan baja yang mempunyai NPK yang lebih seimbang ataupun, jika tuan mahukan rumput yang lasak, K yang lebih tinggi darin N. Bagaimanapun, saya biasa mencadangkan penggunaan baja organik 5:5:5 ataupun 8:8:8 untuk cowgrass. Ia memadai dan kurang risiko kesilapan.
LikeLike
Nike said
Tuan terima kasih atas nasihat tempoh hari. cuma skrg padang tu dah jadi keras mungkin sbb cuaca sekarang, selain drpd menyiram cara apa lagi yng perlu dibuat utk mengatasi masalah ini?
LikeLike
mynormas said
Sama sama. Saya cadangkan tuan lakukan kerja aeration atau pengudaraan iaitu menebuk tanah dengan besi tajam se dalam 2 hingga 4 inci untuk membantu air turun dan me lembutkan tanah.
So, objective tercapai? Padang boleh di gunakan?
LikeLike
jack said
Saya mendapat kerja membuat garisan di padang bola, boleh tuan beri cadangan jenis peralatan membuat garisan (jenama & harga) dan jenis cat.
LikeLike
mynormas said
Cuba call Liza. Company dia ada buat mesin buat line tu dan juga catnya sekali. Mintak mesin local, yg import mahal.
LikeLike
Saiful said
Boleh dapatkan alamat company dan no telefon pembuat alat line padang bola.. tq
LikeLike
mynormas said
Cuba call Ammani di talian O12-238 3474 dan sila beritahu dia yang tuan dapat nombor dia dari saya; nanti dia terkejut pulak.
LikeLike
awe_ha87@yahoo.com said
ok
LikeLike
awang alifah said
Salam.. seronok lah baca web nie. tq byk byk. semangat terus sy jaga semula tanah hampir dua ekar punya rumput cowgrass campur campur yang sebelum ni mcm anak dara tak tau urus diri.. nak sgt ada belang belang ala old trafford saya bantai potong selang selang. tgok dari atas sebijik mcm bukit jalil, tgok dekat dekat pun masih mcm bukit pakcik jalil kat hujung kampung. masalah saya ialah hampir separuh rumput kat tanah saya ialah rumput lalang. sy tak tau apa nama saintifiknye. agak agak kalau selalu potong boleh jadi karpet grass tak rumput lalang tu hehe?
LikeLike
mynormas said
Nama saintifik Lalang ialah Imperata cylindrica.
Ia mempunyai tuber (macam ubi) untuk bekalan makanan.
Memang satu cara utk bunuh lalang ialah dengan kerap memotong sehingga tuber itu kecut.
Satu cara lagi ialah dengan biar ia panjang lepas tu lap dengan diesel. Ia akan hidup balik dari tuber; ulang operasi.
Tapi nak suruh lalang jadi rumput carpet kena tanya Harry Potter kut.
LikeLike
awang alifah said
tq. saya tinggal di tambunan sabah. sy selalu round round seluruh sabah tapi saya tidak pernah melihat ada mana mana rumah atau premis kerajaan yang menanam bermuda grass. saya berminat untuk mencuba rumput bermuda ini. ada tak tempat yang tuan tahu ada menjual rumput jenis ini di sabah khusus di sekitar kota kinabalu?
LikeLike
mynormas said
Padang golf di Sabah menggunakan Bermuda. Saya dah pergi dan main di salah sebuah padang tu, sekarang tak ingat lah pulak nama dia. Cuba pergi nursery dan tanya ‘Carpetgrass’. Kalau dia hijau muda confirm dia Zoysia grass tapi masih mungkin Philippine grass yang juga adalah sejenis Zoysia tetapi berwarna hijau gelap; bezanya dari bermuda ialah ia akan mempunyai daun yang tajam2 dan kalau tengok dari atas tanpa pegang, tak nampak akar atau stolon. Bermuda bersifat menjalar; berwarna hijau gelap dan lebih banyak nampak akar putih (ruas stolon). Paling senang kalau nursery tu ada ‘carpetgrass’ dan juga Philippine grass; tuan boleh bezakan kedua nya.
Ataupun, pergi kat kelab golf, biasanya halaman clubhouse akan di tanam dengan rumput yang sama dengan rumput di padang supaya senang baja dan jaga.
LikeLike
Mohd Yazid said
Saya diminta untuk membuat kertas kerja membaikpulih padang…Bolehkah tuan nyatakan cadangan budget dan perincian budget untuk dimuatkan dalam kertas kerja…
LikeLike
mynormas said
Harga saya tak boleh bantu kerana tak sama dari tempat ke tempat.
Dari segi kerja:
1. Bongkar 12 inci teratas permukaan padang.
2. Buang jauh jauh. Jangan guna.
3. Buat sistem perparitan bawah tanah: shaped like fish bone or straight lines. Surface of drain guna pasir kasar. Jarak from drain to drain jangan lebih 5 meter. Ke dalam an drain depends on outlet. Mesti ada minimum 1% fall dari hujung ke hujung drain line.
4. Cover surface of padang with 8 inches of pasir. Cari supplier yg supply pasir fairway padang golf.
5. The final 4 inches is called the root zone. Ia masih lagi pasir tapi kinindi bancuh dengan 5% baja organik dan 5% bahan yg simpan air seperti sekam padi, coco peat, dsb.
6. Beli rumput yg betul. Pergi tengok sendiri nursery tu dan pada hari penuaian; mesti ada wakil tuan di sana.
7. Tanam dengan cara sprigging atau sodding. Jika sod itu datang dengan tanah, cuci buang tanah tu supaya ia tidak mencemari pasir.
7. Siram sehari 4-8 kali bergantung cuaca. Siram sikit tapi selalu. Utk minggu pertama saja. Minggu kedua halve it. Minggu ke 3 halve it again. Check akar rumput.
8. Baja. Guna baja biasa seperti 15:15;15 atau 12:12:17 sebanyak 1 kg / 100 m2 setiap minggu. Untuk bulan pertama saja. Lepas tu sebulan sekali utk 6 bulan. Lepas tu ikut keprluan.
9. Topdress. Letak selapis pasir seminggu sekali dan ratakan. Ulang 4 kali.
10. Potong pada umur sebulan lepas tanam.
11. Topdress lagi.
12. Buang bonggol guna cangkul.
Selamat men cuba!
LikeLike
Tan said
salam tuan, sy ingin menanam semula rumput padang bola dan sy memerlukan “root gripper/turf netting” untuk tujuan penanaman rumput padang bola.. adakah tuan membekalkan bahan tersebut(root gripper/turf netting)? dimanakah sy blh memdapatknnya dan cara pemasangannya?
LikeLike
mynormas said
Salam Tuan, dulu-dulu kami gunakan suatu benda yang di panggil ‘netlon’ tapi sekarang saya tak tahu siapa lagi yang ada jual benda macamtu. Sekarang ni biasanya orang guna bahan organik seperti cocopeat dan sebagainya.
LikeLike
Tan said
salam tuan. berapakah kedalaman untuk menanam ”root gripper”?
LikeLike
mynormas said
Salam, tuan sudah dapat? Biasanya pada kedalaman ‘rootzone’ iaitu sehingga 6 atau 8 inci bergantung pada jenis rumput.
LikeLike
Mr. Azell said
Salam tuan, saya mohon pendapat dan saranan dari tuan mengenai masalah ini. Saya tengah pening dalam menyelesaikan sebuah padang bola yang dahulunya memamg cantik. ttp oleh kerana tiada penjagaan dan tiada kawalan , padang itu ibarat tidak bermaya lg. banyak rumput paya atau pun rumput liar yang tumbuh dan terdapat juga kawasan yang telah botak. saya di berikan tugas untuk menyelesaikan masalah padang itu dalam tempoh masa satu bulan. masalahnya sekarang saya hanya di berikan tenaga kerja sahaja. Peruntukan keewangan terlalu sedikit dan rasanyer boleh dianggap tiada. jadi apakah langkah yang perlu diambil oleh saya bagi menyelesaikan masalah yang boleh dianggap rumit ini. mohon pendapat yang sewajarnya dari tuan.
Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Salam tuan.
Ok. Dua masalah yg tuan nampak ialah 1. Rumpai iaitu rumput liar dan 2. Botak.
Tuan ada masa sebulan…. kita prioritise: oleh kerana kita boleh main bola atas rumput liar (kecuali semalu) kita settle botak area 1st.
Gembur kan kawasan botak tu guna cangkul. Pastikan ia ketul kecil dan ratakan sebaik mungkin. JANGAN bagi dia mampat. Lepas tu tuan ‘curi’ rumput dari luar padang. Tampal atas tempat botak tadi. Curi 6 inci x 6 inci. Tebal about 2 inci or more. Tempat curi jarak kan 6 inci dari lubang ke lubang tapi tempat tampal, tampal rapat rapat.
Ingat! Tanah bawah tu mesti gembur supaya akar dari sod tu boleh tembus ke bawah. Kalau ada baja organik tabur dulu sebelum tanam.
PASTIKAN tempat yg di tanam tu tak di ganggu selama 1 bulan supaya akar turun. Siram selalu 1st week then makin kurang kan air. SELALU, bukan banyak!
Utamakan tempat botak besar lepas tu tempat botak kecik, guna cangkul utk lembutkan tanah dan baja supaya rumput keliling masuk dalam.
Rumput liar pulak: Target semalu dan ‘crows feet’ iaitu satu rumpai besar dan aggressive. Cangkul keluar hingga ke akar lepas tu tampal pasir. Rumpai kecik2 lain tu buat kemudian. No time.
Tuan perlukan banyak pasir. Pasir utk area tampal, utk area curi, utk area gembur, utk tempat kosong lepas rumpai, tempat tak rata (topdress) dan tempat tak bermaya.
Tempat tak bermaya tu juga boleh di baja. Pergi kedai hardware atau Giant atau Big dan beli baja 15:15:15 warna hijau atau yg sehampir dengan nya.
Last sekali, potong seminggu sekali pada ketinggian yang tetap – ertinya jangan guna mesin galas belakang. Potong pada 25mm minggu pertama. 20mm minggu kedua dan ikut piawaian padang tuan minggu selepas itu.
Insya Allah boleh.
PS. Kat mana padang ni?
PPS. Maaf if ada kekurangan, type atas phone.
LikeLike
Helmy said
Salam Tuan,
Saya seorang kontraktor yg sedang menjalankan pengubahsuaian di padang bola di sebuah IPT di Perlis. kerja kami melibatkan kerja pengorekan di bahagian tepi padang bola. pihak kami diminta menanam semula rumput pada bahagian yang kami korek dan timbus. Dalam spesifikasi telah dinyatakan jenis rumput ialah Axonopus Compressus. Bila sy chek itu adalah rumput Cow Grass (betulkan saya kalau saya salah). masalahnya bila saya bawa sampel rumput tu, rumput yg saya bawa tak sama ngan yang sedia ada di padang. saiz rumput yang sedia ada adalah lebih kecil. Saya salah bawa rumput diaorang salah bg jenis rumput?
tq.
LikeLike
mynormas said
Salam,
Axonopus compressus adalah Cowgrass. Ia tak sama sebab dulu dulu malahan sekarang pun ada jugak org keliru dengan Paspalum conjugatum atau Buffalo grass yg nampak hampir serupa tapi tak sama.
Rasanya tuan tiada pilihan me lain kan mencari rumput yg sama, mungkin dari padang bola lain atau taman permainan.
LikeLike
awang alifah said
emm lari tajuk.. napa laman web ni berubah jadik pink ???? hehheheheh cute but still macho,,,
LikeLike
mynormas said
Sekali sekala kena tukar supaya ada nampak perubahan… terima kasih kerana perasan dan tegur.
“Real men wear pink!”
LikeLike
awang alifah said
oohhh tidaaaakk!!!!
LikeLike
Najib said
Salam sejahtera En Normas,
Saya ingin bertanya dimanakah saya boleh dapatkan mesin dan cat membuat garisan padang di Malaysia? Kerana saya survey harga mesin yang diimport mahal.
Terima kasih membantu.
LikeLike
mynormas said
Saya akan email kpd tuan contact nya nanti.
LikeLike
cikgu said
Salam..bleh emel kt sy skali… Tgh mencari mesin buat line padang ni
LikeLike
mynormas said
Cikgu, harganya ialah untuk yg bersaiz 4 inci (besar garisan) ialah RM3850 dan saiz 5 inci ialah RM4350. Tidak termasuk kos delivery jika di luar Klang Valley. Terima kasih. Beritahu saya kalau cikgu perlu saya email kan official quote.
LikeLike
mynormas said
Tuan. Untuk yg bersaiz 4 inci (besar garisan) ialah RM3850 dan saiz 5 inci ialah RM4350. Tidak termasuk kos delivery jika di luar Klang Valley.
LikeLike
Amirul Naim said
Sy nk tnya ckit, brapakah kos untuk mmbuat pdg bola brsaiz penuh (mgunakan rumput bermuda?
LikeLike
mynormas said
Lebihkurang RM300 – 700 ribu ringgit bergantung pada kualiti, system saliran, pengairan dsb. Juga kualiti rumput.
LikeLike
MAN9 said
Brapa kos mmbuat pdg bola brsaiz penuh gna rmput bermuda?
LikeLike
mynormas said
Lebihkurang RM300 – 700 ribu ringgit bergantung pada kualiti, system saliran, pengairan dsb. Juga kualiti rumput.
LikeLike
MAN9 said
Ok trima kasih atas jwp tu, sy ada nk tnya lg, brapa hrg rumput bermuda bg sz 30×12?
Nk ltak kat hlmn rumah, apa kaedah yg ssuai?
LikeLike
mynormas said
Saya andaikan tuan maksudkan kaki persegi. Bergantung pada lokasi, ada nursery jual sod dengan harga RM1.50 – 1.70.
LikeLike
Azmee said
mohon maklumkan kepada saya no tel sykt yg jual mesin membuat garisan padang. Terima kasih
LikeLike
mynormas said
Hubungi saya. di OI2 5II 3353.
Tuan. Untuk yg bersaiz 4 inci (besar garisan) ialah RM3850 dan saiz 5 inci ialah RM4350. Tidak termasuk kos delivery jika di luar Klang Valley.
LikeLike
malik said
ASM Tuan, baru-baru slesai sudah perlawanan Bola sepak piala Malaysia…Pahang menang, TAPI yang kalah ialah JDT dan PADANG BOLA..di anggarkan RM1.5 juta telah diguna untuk upgrade padang dan rumput yng ditanam ialah jenis Bermuda. Apa pandangan tuan tentang masalah ini….Bojan Hodak kata rumput Cowgraass yg sesuai.. Siapa agaknya konsultan yg terlibat. atau sudah kena CONs dengan consultant…Terima kasih. wasslam
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam tuan,
Dulu dulu, saya rasa macam kehadiran saya tidak di kehendaki bila saya nak bawak students melawat padang tu, so saya pun malas nak layan sangat. Tapi biasa nya reporter yg akan call tanya. Saya akan kata saya tak tahu specific tapi saya boleh comment in general.
Pada pendapat saya, padang itu mempunyai masalah ada kawasan yg tidak mendapat cukup matahari. Ini di confirm kan oleh sorang reporter yg kata contractor menggunakan ‘grow light’ utk nak tumbuh kan rumput kali ini. Makna nya tak cukup matahari lah tu.
Dan species dan hybrid rumput Bermuda yg saya kenal perlukan sunlight 8 jam sehari. Mungkin lah ‘consultant’ mereka ada guna species Bermuda yg ‘shade tolerant’. Saper tahu?
Anyway, Bojan betul, Cowgrass memang lebih sesuai kerana ia confirm ‘shade tolerant’.
Lain lain rumput yg shade tolerant ialah Zoysia matrella dan Serangoon.
Tapi siapa lah kita kan? Kulit tak putih ni susah sikit org nak dengar kita cakap.
LikeLike
mynormas said
Heh heh… baru jer Bernama call saya tanya.
LikeLike
ollyhazry said
Salam tuan saya nak tanya apakah alat untuk mengeringkan padang bola sepak apabila hujan?? serta rumput untuk stadium perlu dipotong berapa kali seminggu bagi menghasilkan padang yang cantik
LikeLike
mynormas said
Salam. Takde alat yg kita boleh beli lepas tanam. Sebelum tanam kita boleh install system SubAir yg boleh sedut air keluar.
Kalau system saliran kita baik, kita boleh cucuk tanah supaya air turun masuk ke system saliran bawah tanah (subsoil drainage system).
Potong tiga kali seminggu. Isnin, Rabu dan Jumaat. Potong pada arah berbeza supaya tiada bekas tayar.
Selamat Mencuba!
LikeLike
Kamal Daut said
Nk minta pandangan cara penjagaan Padang Bolasepak di stadium Raja Muda kampung baru..
01366900
LikeLike
mynormas said
Tuan, cuba lakukan amalan kultura seperti yang saya sampaikan kepada kakitangan MSN, tuan boleh baca salah satu slaid nya di laman web saya. Lakukan pengudaraan, vertical cut, topdressing dan pembajaan setahun sekali (mungkin di kotak penalti dua atau enam kali bergantung kepada kegunaan padang).
LikeLike
kamaldaut1973 said
bagaimana cara nak buat stripe pada padang rumput jenis cow grass
LikeLike
mynormas said
Dengan cara memotong pada arah dan kedudukan yg sama setiap kali. Jangan buat pada musim hujan kerana akan ada bekas tayar…
Di laman web saya ada post tajuk; harimau, padang dan belang.
LikeLike
safrizam said
adakah sesuai untuk mengadakan acara konsert yang melibatkan 2000 penonton di atas padang bola bermuda grass? ada sedikit acara yang melibatkan penggunaan air seperti water baloon dan water gun. padang bersaiz 120m x 90m.
LikeLike
mynormas said
Tanpa melihat padang, dan membuat komen secara umum, jawapan nya boleh. Dengan syarat;
1. Padang itu bukan sedang lecak. Lecak akibat permainan water balloon/gun tu ok.
2. Rumput itu tidak di tutup dengan khemah atau tikar lebih dari dua hari. Perlu dapat cahaya matahari.
3. Tiada yg lebih berat dari orang di padang (pickup truck, lori dsb).
4. Padang tu memang reasonably maintained sebelum itu. Baja cukup, dan di potong 2x seminggu.
5. Construction padang itu betul. Kadang2 kita nampak padang tu kering, rupanya ada tanah lembab di bawah permukaan akibat poor construction. But biasanya ni kalau padang baru, padang lama kalau ada ini, dah di jumpa oleh pemain sebelum nya.
Insya Allah ok.
LikeLike
Mohamad Najib said
Salam sejahtera. Boleh tuan berikan no kontak pembekal/syarikat yg menjual mesin pembuat line padang tu.. terima kasih.
Najib.
LikeLike
Mohamad Najib said
Emelkan juga quotationnye. Terima kasih tuan.
LikeLike
mynormas said
tuan, saya telah emailkan contact nya tempohari; sila maklumkan jika tidak terima. Terima kasih tuan.
LikeLike
Mohamad Najib said
Salam sejahtera..
En.Normas, boleh emelkan semula syarikat pembekal mesin line striper tersebut.
Terima kasih daun keladi.
LikeLike
mynormas said
Saya dah email ke lionroar@yahoo lagi sekali. Dapat tak? Utk hubungi Puan Rohani atau Ammani. Rasanya separuh dari harga mesin import. Diaorg import 1 lepas tu copy.
LikeLike
awang alifah said
pengurusan stadium bukit jalil akhirnya memilih cowgrass untuk rumput padang tersebut. saya agak sangsi. sebab antara keluhan mereka ialah padang itu terlalu lembab. pengalaman saya dengan cowgrass rumput ini sangat mudah becak. sampai satu tahap tak nampak rumput langsung. yang nampak cuma tanah sebab main dalam becak. kalau lembab maka padang rumput cowgrass boleh jadi semakin teruk. ramalan tuan apa akan jadi dengan padang itu ekoran pemilihan cowgrass. adakah akan menyelesaikan masalah atau kena cari cara paling agresif seperti buka bumbung dan naikkan padang tu 10 meter lagi
LikeLike
mynormas said
Cowgrass sendiri tidak menyebabkan lecak, tetapi cara penanaman dan penjagaan yg menyebabkan lecak.
Gunakan lapisan pasir, bukan tanah dan laku kan pengudaraan setiap bulan.
Insya Allah.
LikeLike
nayo said
salam tuan, saya nk minta tolong tuan untuk anggarkan harga bagi playlines untuk 50mm and 100mm wide waterbased antifungus whitelines
LikeLike
mynormas said
Salam, tuan contact Ani di +60129042093. Dia yg ada jual mesin dan cat utk buat lines.
LikeLike
Ong Kian said
Great information and discussion. Helpful and Thanks!
LikeLiked by 1 person
ida said
As salam. Mohon nasihat jenis rumput yang sesuai utk laman rumah dimana anak2 boleh bermain badminton dan bola. Tapak laman sudah ditambak tapi berbatu-batu. Apakah proses kerja yg perlu dilakukan dan sumber yg perlu disediakan utk keluasan 1800kaki persegi. Tq.
LikeLike
mynormas said
Salam, kalau laman puan ada bayang-bayang dan tak dapat matahari 8 jam sehari; Cowgrass. Untuk penyediaan tapak, puan cuba lihat di sini.
LikeLike
daumi said
Assalamualaikum tuan. Macamana saya boleh hubungi tuan. untuk mendapatkan nasihat berhubung padang sekolah
LikeLike
mynormas said
Boleh tanya di sini…
LikeLike
dinjerung said
Assalamualaikum tuan,
Utk menanam cowgrass Utk pdg bola, adakah seeloknya sy tanam rapat atau buat sedikit jarak? 1 inci atau 2 inci atau selebihnya.
rumput yg sy kena guna ialah axonopus compressus, dan diwajibkan guna yg potong dgn machine. tu dipanggil sod kan?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Lebih rapat, lebih cepat padang tu boleh digunakan dan lebih rata kesudahan nya nanti. Dua inci jarak masih ok.
Ya, sod. Mesin nya ialah sod cutter.
LikeLike
azmi said
tuan saya memerlukan kontrektor ruput tiruan. plz. mesej saya. 0126980735
LikeLike
SA17 said
but yang sesuai untuk padang jenis bermuda, cowgrass dan papalum. boleh senaraikan?
LikeLike
mynormas said
Bukan tentang rumput tapi tentang tanah. Oleh kerana kebanyakkan padang bola di Malaysia di tanam di atas top soil yang akan jadi keras masa kering dan jadi lecak masa basah; saya cadangkan six stud masa cuaca hujan dan 13 stud masa kering.
LikeLike
iin said
minta saran …. sebaiknya penggunaan alat pemotong rumput yang bagaimana yang dapat digunakan untuk lapangan bola ….alat pemotong jenis manual atau mobil kah ??? kalau penggunaan dengan mobil… harus speak yang bagaimana ??? terima kasih bapak.
LikeLike
mynormas said
Pokok nya alat yg boleh di ukur ketinggian potongan. Ini tidak bisa di lakukan jika alat pemotong manual sandang belakang tapi masih bisa jika alat manual dorong.
Namun begitu alat manual dorong adalah tidak productive. Saya cadangkan mesin potong rumput besar yg boleh di pandu. Tuan boleh pilih yg khusus seperti di lapang golf ataupun tuan boleh beli mini tractor dan pasang pisau pemotong di belakang nya. Awas, tuan juga perlu guna ‘turf tyre’ supaya padang tidak rosak.
LikeLike
iin said
minta saran …khusus alat pemotong rumput lapangan bola ….
LikeLike
hanif said
Assalamualaikum tuan normas
apakah yang membezakan rumput jenis cowgrass gred a dan b.. adakah dr segi bentuknya, warna daunnya atau panjang akarnyakah?? Ataupon benih yg kurang bermutu utk gred b.. sudah tentu harganya juga berbeza yaa tuan.. untuk orang seperti saya yang kekurangan bajet nie perlukah saya dapatkan cowgrass gred a untuk halaman rumah.. dan bagaimana boleh untuk saya pastikan yang rumput cow grass itu adalah gred a atau b.. kerana menurut maklumat dr nurseri di sg buluh semuanya gred a.. tiada yg gred b.. dan adakah rumput mempunyai sijil pengesahan seperti sirim.. pertanyaan sy ini agar sy tidak tertipu dgn indon nurseri haritu.. kerana sy kurang pengetahuan tentang rumput..
terimakasih tuan
Assalamualaikum
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Grade A atau Grade B tu arbitrary jer. Ikut suka. Tapi umum nya Grade A ialah rumput Cowgrass yg kurang rumpai dan di jual harga kira saiz.
Grade B penuh dengan rumput liar dan di kira ikut harga se lori. Amat murah.
Kalau tuan beli banyak, mintak diaorang tunjuk rumput di nursery yg akan di jual kepada tuan, lepas tu masa harvest pastikan tuan ada situ dan dia ambil rumput itu, bukan tempat lain.
Waalaikumsalam.
LikeLike
atikah said
salam.. saya nak tanya.. boleh tak saya tahu nama alat ataupun mesin yang digunakan untuk membuat garisan di padang bola.. di mana saya boleh dapat kan mesin tersebut?? sebelum ini kami menggunakan cat biasa warna putih dengan menggunakan berus cat.. tp ianya memerlukan masa dan tenaga.. sekian
LikeLike
Ramli bin Beton said
Assalammualaikum tn..ape maksudnya bekal bahan backfill setinggi 500mm untuk bina padang bola..
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Entah… 2 inci bahan untuk tutup lubang yang di korek untuk bina padang bola?
LikeLike
capix said
Saya nak baiki kawasan padang yang botak, dan buat line utk pdang bola.. boleh saya meminta pendapat anda..
LikeLike
mynormas said
Boleh. Kawasan botak perlu di tanam semula. Selalunya akibat terlalu banyak penggunaan; contohnya depan gol, tengah padang dan seterusnya di garisan penjaga garisan. Saya cadangkan tuan alihkan gol seberapa banyak yang boleh ke kanan atau kekiri sedikit; ini akan mengalihkan keseluruhan padang dan mengakibatkan depan gol, tengah padang dan garisan tepi beralih juga. LEPAS TU baru tanam semula kawasan botak.
LikeLike
siti nurzulaikha binti zubair said
salam tuan,
saya diminta untuk membuat satu kertas kerja bagi menaiktaraf rumput di stadium merdeka. bolehkan tuan membantu saya dalam memberikan tunjuk ajar apa yang seharusnya saya lakukan dalam menyiapkan kertas kerja ini.
LikeLike
mynormas said
Salam cik. Adakah cik seorang konsultan atau adakah cik bekerja dengan Perbadanan Stadium, Dewan Bandaraya atau lain lain agensi kerajaan?
LikeLike
siti nurzulaikha binti zubair said
waalaikumsalam, saya merupakan pelajar praktikal tahun akhir dalam bidang landskap. Majikan saya memberikan satu tugasan ini untuk disiapkan.
LikeLike
mynormas said
Alamak. Berat tugasan tu. Hubungi saya di mynormasATconsultant.com atau O3 5I3I 0066. Ia akan di sambung ke handphone saya. Saya tak mahu tulis nombor saya di sini.
LikeLike
Siti Nurzulaikha binti Zubair said
saya dah call encik tetapi tiada respon.
LikeLike
mynormas said
Saya dah test. Ia okay. Awak perlu call sampai ia di transfer ke handphone saya. Tapi saya di kampung sekarang. Kakak saya meninggal dunia. Hari Jumaat saya balik.
Cik adik? Kalau saya boleh bagi pandangan? Awak letak lah nombor handphone awak di sini. Ramai orang buat. Kadang kadang saya call balik kadang kadang saya ignore, tapi semua saya tak publish.
LikeLike
Siti Nurzulaikha binti Zubair said
salam takziah untuk keluarga encik. Saya minta maaf kalu saya menganggu masa encik. okay, saya tinggalkan no phone disini. 0193674753.
LikeLiked by 1 person
mohd afandi mat sani said
saya tinggalkan no untuk sahabat lama 0109828912
LikeLiked by 1 person
setopa said
saya nak tanya tentang penyelenggaraan padang dalam tempoh 30 hari pada setiap hari ?
LikeLike
mynormas said
Mungkin pertanyaan tuan ialah apa nak buat setiap hari dalam 30 hari?
Bergantung pada banyak faktor tu tuan, tapi roughly;
1. Potong dua kali seminggu kalau Cowgrass.
2. Siram kalau kemarau setiap hari. Saya estimate dalam 100 hari setahun.
3. Baja sebulan sekali kalau padang lama (padang baru setiap minggu).
4. Merumpai setiap hari (saya biasa arahkan orang saya dua jam sehari saja).
5. Menampal kawasan botak.
6. Hias atas setempat (spot topdress)
7. Menyembur racun serangga atau kulat jika/bila perlu.
8. Pengudaraan tanah setempat.
Ada lagi rasanya tapi tu yang teringat buat masa ni.
LikeLike