Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput selepas banjir

Posted by mynormas on January 5, 2015


The recent flood in Malaysia has affected a few stadiums, football fields and lawns, The priority of course, is to save the people and to reduce their suffering. Next will be their property and helping them move on with their lives. For some, looking after grass is part of their work or even part of their home. This sharing is for them. Do add any tips you have in the comments here in http://www.mynormas.com and not on my FB.

Banjir yang baru lepas ini adalah antara yang terburuk yang kita telah lalui. Orang dan tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini pun telah mengalami nya. Ini termasuklah beberapa stadium dan padang bola.

File pic: Flooded field.  Gambar hiasan.

File pic: Flooded field.
Gambar hiasan.

Walau apa kita panggil keadaan sekarang dan sesiapa pun kita nak salahkan, yang penting sekali ialah kita dan orang orang lain selamat. Lepas tu kita cuba untuk selamatkan harta benda kita. Ada orang yang kerja mereka adalah menjaga padang bola, golf dan ada orang yang laman rumput adalah sebahagian dari rumah mereka. Posting ini adalah untuk mereka, Jika anda ada maklumat lain/tambahan, sila tambah di bahagian comment di sini di http://www.mynormas.com dan bukan di FB saya.

Selalunya air banjir akan surut selepas beberapa hari dan kebanyakkan rumput boleh bertahan keadaan air banjir untuk beberapa hari itu. Bila air surut, kita akan mempunyai lebih banyak perkara yang lebih penting yang perlu kita selesaikan sebelum kita nak fikir tentang rumput ataupun halaman kita. Tapi bila semua yang lain dah settle ataupun untuk orang yang kerjanya memang menjaga rumput samada di taman ataupun di padang, apa seterusnya?

Pertama sekali, kita mesti keluarkan sisa air bertakung di atas permukaan rumput. Gunakan pam air, atau gunakan hos untuk sedut secara ‘siphon’  ataupun guna cangkul untuk buat longkang sementara supaya air mengalir keluar.

Gambar hiasan: membuang pasir yang terlalu tebal.

Gambar hiasan: membuang pasir yang terlalu tebal.

Kedua, kita bersihkan apa yang air banjir bawak masuk. Daun kering, kayu, sampah yang dulu kita buang merata (padan muka!), pampers dan apa apa yang bukan berasal dari rumput kita, kita buang. Membuang benda besar adalah senang. Yang lebih susah ialah benda halus seperti selut dan pasir halus yang mendak. Kedua dua benda ini adalah merbahaya pada jangka masa panjang kerana butir butir selut yang halus boleh masuk ke celah celah butir tanah atau pasir yang lebih besar dan menyumbat profil tanah kita dan menyebabkan air, nutrient dan udara tak boleh tembus ke bawah. Selut itu juga mempunyai potensi membawa unsur-unsur lain yang boleh mengubah sifat kimia tanah kita.

Gunakan cara manual dengan penyapu, penyodok, cangkul, tangan dan sebagainya. Ataupun gunakan air untuk ‘pancut’ selut dan pasir supaya ia lari melalui saliran. Kita TIDAK MAHU ia masuk ke celah rumput dan ke dalam tanah. Selut BUKAN topdressing yang baik.

Butir selut adalah lebih halus dari pasir dan akan menyumbat ruangan di antara butir pasir

Butir selut adalah lebih halus dari pasir dan akan menyumbat ruangan di antara butir pasir

Ketiga, repair kawasan yang rosak – jika ada. Beli rumput baru dan tanam ataupun ‘curi’ dari kawasan sempadan kawasan sendiri. Ataupun curi dari belakang tiang gol ataupun sempadan green dan collar yang jauh dari tempat golfer masuk. Ganti di tempat yang rosak tadi.

Keempat, bila cuaca dah kurang hujan dan kita lebih banyak masa; lakukan pengudaraan iaitu menebuk tanah sedalam lebih kurang empat inci dan gantikan dengan pasir baru. Ini akan membantu air masuk melepasi struktur/profil tanah yang telah rosak akibat di cemari selut dan pasir halus. Topdress untuk menutup lubang baru itu. Jika anda biar ia terbuka, selut boleh masuk jika banjir berlaku lagi. Topdress guna pasir yang lebih kasar dari apa yang kita guna. JANGAN guna pasir yang lebih halus. Ini nasihat yang boleh di guna pakai bila bila pun.

the 'layering effect'

Pelapisan atau ‘layering’ dalam profil tanah.

Nota: gunakan HOLLOW tine dan bukan solid tine. Ertinya sewaktu kita buat pengudaraan, kita akan keluarkan tanah lama dan masukkan pasir baru. Bukan vertidrain, venting, needle tine dan sewaktu dengannya.

Nota kepada nota: Jangan topdressing jika anda tidak pasti anda dah keluarkan semua selut atau silt. Jika anda topdress, anda mungkin bersubahat dalam pembuatan tanah lapis (layering) yang akan lebih teruk lagi menyekat kemasukkan air, nutrient dan udara ke dalam tanah dan penembusan akar.

Better than nothing. Menggunakan manual hollow tine bagus untuk orang yang tiada mesin ataupun untuk buat di tempat tempat yang kecil sahaja.

Better than nothing. Menggunakan manual hollow tine bagus untuk orang yang tiada mesin ataupun untuk buat di tempat tempat yang kecil sahaja.

Kelima, belajar dari kesilapan. Dimana anda boleh buat benteng? Di mana anda boleh tambah perparitan? Bolehkan anda guna pagar yang mempunyai lubang lebih halus supaya kurang sampah masuk? Dan sebagainya.

Keenam. Lakukan soil test. Kita takut air banjir membawa perubahan kepada sifat kimia tanah. Do a full soil test. Ambil dari semua green yang terlibat dan bandingkan dengan satu dua green yang tidak kena banjir jika ada. Untuk padang rumput yang besar; ambil di beberapa tempat yang di tenggelami air dan bandingkan di kawasan yang tidak di tenggelami air, bukan dari daerah atau padang lain: di padang yang sama. Ya. Padang bola pun mesti buat soil test. Sekarang ia boleh di lakukan di makmal tempatan, layari http://www.sgs.com. Anda boleh gunakan university tempatan tetapi dari pengalaman saya, ia lebih mahal, lebih lambat dan perlukan penterjemahan oleh seorang agronomist. Dan lakukan ia setahun sekali atau dua kali  supaya kita dapat memantau perubahan.

Selamat Mencuba!

Advertisement

One Response to “Rumput selepas banjir”

  1. […] Kesemua perkara di atas akan menghalang penggunaan padang dan menyusahkan penyelenggaraan. Tentunya, dalam situasi ekstrem, ada padang yang mengalami banjir tetapi itu saya pernah bincangkan dalam satu artikel lama dahulu. […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: