Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah di beri tanpa sebarang waranti atau gerenti, samada di lafazkan atau ditafsirkan. Saya tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk sebarang risiko berkenaan kesesuaian atau ketepatan maklumat dalam laman web ini. Saya tidak akan, dalam sebarang keadaan, bertanggungjawab untuk sebarang kerosakkan secara khusus, tak langsung atau diakibatkan oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil dengan bergantung atau berdasarkan kepada maklumat di dalam laman web ini.
Disclaimer
The information in this web site is provided without warranty of any kind, either expressed or implied. I do not accept any responsibility for any risks concerning the suitability and accuracy of information in this site. I will in no event be liable for any special, indirect or consequential damages or any damages whatsoever, whether in an action of contract, negligence or other action, arising out of or in connection with reliance on or the use of any information in this site.
Bila org minta saya rehabilitasi padang mereka dengan menambah longkang subtanah kerana padang mereka basah, mereka akan selalu terperanjat bila mendapati bahawa padang itu sebenarnya sudah ada longkang subtanah.
Kenapa mereka terperanjat? Kerana melihatkan kebasahan padang, mereka mengandaikan padang itu tiada longkang subtanah.
Salah satu sebab utama kegagalan longkang subtanah ialah penggunaan kain geotekstil yg salah.
Kebanyakan kontraktor akan membalut paip mereka dengan kain geotekstil yg, selang beberapa tahun, akan disumbat dengan partikel tanah dan akar rumput. Ini akan menghalang air masuk. Ini biasanya berlaku selepas 3 – 4 tahun selepas pembinaan dan selepas pembayaran duit “retention”.
Saya sendiri tidak menggunakan kain geotekstil dalam pembinaan longkang subtanah dan jika terpaksa (kerana kawasan yg penuh dengan selut atau dipaksa oleh BQ dan SO) saya akan meletakkan kain geotekstil di keliling longkang dan bukan di keliling paip. Artinya; korek longkang, alas kain geotekstil di bawah dan sisi longkang, kemudian isi batu, paip dan pasir ke dalam longkang tersebut dan akhir sekali tutup longkang dengan sod.
Kain geo textile sekeliling longkang subtanah BUKAN keliling paip dalam longkang subtanah.
“Tapi tuan” tanya anda “bagaimana tentang partikel tanah yang masuk ke dalam paip, tidakkah ia menyumbat paip?” Saya kata: Biarkan ia masuk. Atasi masalah menyumbat paip dengan kecerunan dan kelurusan longkang, yang akan membawa partikel ini keluar dengan laju.
Jimatkan kos anda dengan tidak menggunakan kain geotekstil melainkan di kawasan berselut (iaitu mempunyai partikel amat halus yang mampu masuk ke celah-celah batu dan menyumbatnya) ataupun jika anda mempunyai masalah kecerunan longkang.
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah sebab kenapa walaupun anda ada longkang subtanah, padang atau laman anda masih basah.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa rumput anda selalu mengalami penyakit
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa rumput anda selalu diserang serangga atau cacing tanah.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa padang anda terasa lembik bila di pijak.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah kenapa padang anda berlumpur jika digunakan selepas hujan.
Lapisan hitam di bahagian atas itu ialah thatch; satu lapisan bahan organik yg belum reput yg bertindak seperti span (sponge) menyerap air dan menjadi tempat lindungan kulat dan serangga.
Cara utk mengurangkan thatch ialah dengan proses fizikal nyah-thatch (follow this blog for future articles) atau pengudaraan tanah hollow tine (udara membantu organisma mereputkan thatch) atau pengudaraan tanah solid tine (ruang utk udara dan air menembusi lapisan thatch) atau hias-atas (meletak satu lapisan baru di atas thatch).
Jika saya melakukan kerja-kerja nyah-thatch di bulan Februari 2020 dan anda berminat untuk melihat, sila beritahu. Untuk pengetahuan, ia akan dilakukan di sebuah padang bola Cowgrass di Shah Alam. Saya akan confirm kan tarikh dan masanya dalam minggu pertama bulan Februari. Ia menggunakan sebuah mesin besar yang tak sesuai di halaman rumah, tapi jika anda berminat utk melihat konsepnya, silakan.
Semakin hampir kita dengan musim tengkujuh semakin banyak saya dapat panggilan dari padang yang minta saya lakukan kerja-kerja pengudaraan tanah di padang mereka dengan harapan pengudaraan tanah akan membantu pengeringan padang di musim hujan.
Adakah ini benar? Adakah pengudaraan padang akan membantu padang kering di musim hujan?
Tidak benar tetapi mungkin ada sedikit kekeliruan.
Untuk penerangan lanjut, saya nak perkenalkan dua perkara utama:
1. Field Capacity atau Tahap Tepu Padang (ini istilah saya belajar 30 tahun dulu, mungkin sekarang dah lain) dan
2. Lapisan atas permukaan padang yang terdiri dari thatch atau mat iaitu bahan organik yang terdapat di atau hampir di permukaan tanah.
Thatch atau mat ini akan bertindak seperti span (sponge) untuk memegang air dari turun ke bawah. Air ini seterusnya akan menghalang udara dari mengisi ruang bawah permukaan dan menyebabkan kulat, bakteria dan lain-lain mikro organisma tidak dapat bernafas sedangkan mikro organisma inilah yang akan bertindak mereputkan bahan organik tadi. Maka makin tebal thatch, makin banyak air di dalamnya dan semakin kurang mikro organisma boleh menguraikan thatch lalu semakin banyak thatch akan terbentuk.
Ini lah ‘tahi’ di bawah rumput yang menghalang air dan baja dari turun. Bila kita roll, ia akan jadi padat.
Maka anda akan rasa padang anda lembik macam bubur. Walau dah dua, tiga hari tak hujan, ia masih lagi berlumpur dan lembik.
Malah, walau dah pernah pasang longkang subtanah beberapa tahun lepas, ia masih lagi lembik dan berlumpur lepas hujan.
Ini diburukkan lagi jika anda adalah Raja Gelek atau Ratu Gelek iaitu penjaga padang yang gemar menggelek padang. Penggelekkan ini akan memampatkan padang dan menghalang air dari tembus WALAUPUN thatch adalah minimum.
Tahap tepu padang ialah jumlah air yang ia boleh terima sebelum ia… tepu dan tidak boleh lagi menampung air dalam padang; maka terjadilah padang banjir.
Untuk memudahkan penerangan, saya biasa buat perumpamaan tentang cawan yang ditutup dengan sekeping kadbod atau tisu tebal. Cawan itu ialah tahap tepu padang dan kadbod/tisu ialah permukaan padang.
Cawan yang sudah penuh (padang yg sudah tepu) dan kadbod yang penuh air (permukaan padang yang menyerap air)
Tanpa melakukan pengudaraan tanah; air akan terkumpul di permukaan walaupun padang tidak berada pada tahap tepu.
Tetapi melakukan pengudaraan tanah tanpa ada sistem saliran subtanah yang baik akan membantu pengeringan permukaan padang dengan cara memberi ruang untuk peredaran udara untuk penyejatan air tetapi jika hujan (atau penyiraman) berterusan akan menyebabkan padang mencapai tahap tepu dengan cepat dan air akan naik ke permukaan kembali.
Tentunya, kedua-dua sistem itu mempunyai had juga; terlalu banyak air akan mengatasinya dan terlalu banyak pengudaraan akan mengganggu permainan serta terlalu banyak sistem saliran subtanah akan menyebabkan padang terlalu cepat kering sewaktu tiada hujan.
Walaubagaimanapun, mempunyai sistem saliran tanpa melakukan pengudaraan tanah akan menyebabkan permukaan sentiasa menjadi lembap dan basah.
Maka untuk padang yang baik, kita perlukan kedua-duanya, pengudaraan tanah yang dilakukan secara berjadual (dan penggelekkan yang sederhana) serta sistem saliran subtanah yang baik.
Dimusim berkhatan anak-anak pada cuti sekolah bulan Disember ini, saya ingin bercerita tentang dua lagi potongan yang menyakitkan; pemotongan rumput menggunakan peralatan tumpul dan potongan terlalu rendah. Anda juga tidak mahu tok mudin atau doktor menggunakan pisau tumpul atau potong terlalu rendah juga kan? (Orang lelaki yang baca ayat itu dah kepit kaki secara tak sedar)
Ada banyak cara untuk memotong rumput. Dari menggunakan gunting, sabit hinggalah ke reel mower 15 bilah yang dikawal oleh komputer mini. Tetapi pada saya, menggunakan mesin brushcutter dengan tali nylon adalah cara paling memusnahkan untuk rumput. Dua sebab:
Tali nyon tidak ‘tajam’ ia memotong menggunakan tenaga kinetik yang dihasilkan oleh pusingan laju.
Ketinggian potongan tidak dapat dipastikan maka selalunya terlalu banyak daun rumput dipotong, malah kadang-kadang; dipotong hingga ke batang rumput.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang pisau pemotong rumput; sila lihat artikel lama saya tentang pisau pemotongan.
Dan untuk mengetahui tentang isu pemotongan terlalu banyak, anda boleh rujuk kepada artikel tentang peraturan satu pertiga (Rule of One-third) dalam pemotongan rumput.
Di sini saya nak buat perbandingan tentang tiga potongan yang biasa digunakan di Malaysia iaitu:
Reel
Brushcutter dengan tali nylon dan
Pemotongan dengan pisau rotary logam (besi).
Sebelum itu, saya ingin ingatkan bahawa jika pisau yang digunakan tumpul dan mencederakan rumput lebih dari memotongnya; ia akan membuka jalan masuk untuk patogen seperti bakteria, kulat dsb. Selain itu, daun juga adalah tempat membuat makanan untuk rumput melalui proses fotosintesis maka jika daun itu koyak, proses itu akan terganggu. Pemotongan menggunakan Brushcutter tali nylon.
Ini sebenarnya potongan terbaik pekerja ini (sebab bos dia ada dengan saya) Kalau tak dia tenyeh sampai ke tanah. Bukan daun saja; batang sekali dipotong. Alasan; kalau potong rendah, tak payah selalu potong. Silap falsafah ni. Cara terbaik potong rumput ialah dengan potong pada ketinggian konsisten pada kekerapan yang konsisten. Contohnya potong pada ketinggian 25mm (1 inci) setiap tiga hari (atau tujuh hari). Pemotongan menggunakan pisau rotary logam.
Ini ialah ibarat macam brushcutter tetapi menggunakan pisau logam. Kadang-kadang dipanggil sebagai ‘helikopter’.
Oleh kerana pisau ini boleh di adjust ketinggiannya maka jumlah rumput yang dipotong adalah ‘berpatutan’ tetapi mesin ini sebenarnya kurang tajam dan perlu diasah lagi. Pemotongan menggunakan pisau reel.
Pisau reel adalah pisau yang memotong ibarat gunting; terdapat dua bahagian, satu bahagian yang berpusing – dipanggil reel dan satu bahagian lagi yang ‘memegang’ rumput dipanggil bedknife. Ia adalah cara efektif memotong rumput tetapi jika ia tidak diasah – dan ia perlukan kemahiran serta peralatan khusus pula untuk mengasahnya – ia juga boleh merosakkan rumput. Tetapi sekurang-kurangnya ketinggian nya adalah confirm konsisten.
Baiklah, jika anda telah membaca artikel saya yang terdahulu tentang pemotongan (jangan malas, tambah ilmu! Ikut link di atas!) maka anda akan tertanya “Bagaimana dengan flail?” Flail sebenarnya adalah dalam kategori pisau silinder yang juga memotong menggunakan tenaga kinetik tetapi ia lebih mudah diasah dan lebih lasak kerana ia terdiri dari berpuloh hingga beratus anak pisau yang berpusing secara bebas (independent) jadi jika terkena batu atau akar pokok, tidak semuanya rosak.
Jika anda terlibat dalam pembuatan BQ dan ingin spesifikasi, jangan letak reel; letak “Mesin memotong menggunakan pisau silinder (contohnya reel) yang boleh memotong secara kemas, adalah tajam dan mudah diasah setiap minggu serta mempunyai ketinggian potongan sekurang-kurangnya diantara 20 – 45mm. ” Jika anda adalah padang bola atau taman yang jauh dari KL, menggunakan reel akan memeningkan penyelenggaraan mesin dan seterusnya padang bola. Jika pisau anda tumpul.
Jika pisau anda tumpul, maka rumput akan cedera dan penyakit mudah masuk melalui kecederaan itu. Lihat contoh dibawah, beberapa rumput sudah mula melihatkan permulaan penyakit.
Rumput ini telah dipotong dengan pisau tumpul dan penyakit telah mula menular.
Maka pelajaran dari sini ialah; jangan potong terlalu rendah, jangan guna pisau tumpul, jangan guna tali nylon dan potong dengan kekerapan yang konsisten iaitu seminggu sekali.
Beritahu tuan rumah bahawa sebaiknya ialah dia perlu sain kontrak untuk setahun anda akan datang 52 kali pada kadar RMx setiap kali dan anda akan beri dia diskaun 10%. Mulakan dengan 1 bulan deposit dan bulan ke 12 anda tidak akan ambil bayaran.
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.
Saya jumpa ramai orang yang tanam rumput. Malangnya kebanyakan orang di luar industri golf masih lagi menggunakan cara lama untuk menanam rumput terutamanya sewaktu penyediaan tapak.
Salah satu isu utama ialah roll (gelek, kompak) untuk mendapatkan kerataan rumput. Paling selalu ialah orang akan roll rumput untuk dapatkan kerataan. Sebenarnya, kita sepatutnya roll tanah SEBELUM kita tanam rumput. Kalau tanah tu rata, confirm rumput tu rata kan?
Jadi masalah kalau kita tanam dengan cara sod dan sod yang kita beli ialah sod cangkul yang mempunyai tapak tak rata. Kalau kita beli sod yang mempunyai tapak rata, kita hanya perlu tanam kemudian tabur pasir supaya cover gap (celah) di antara sod kita.
Penyediaan tapak ini penting kerana banyak masalah rumpai (rumput liar) berasal kerana penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul. Rumpai yang sebenarnya ‘penduduk asal’ kawasan itu akan muncul semula selepas beberapa bulan kerana proses penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul.
Ada lapan langkah dalam penyediaan tapak sebelum rumput ditanam. Kalau anda kerja tanam rumput; cuba lihat, bahagian mana yang anda skip. Atau ada diantara langkah ini yang anda rasa boleh dibaiki.
Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
Kita tahu (atau kita rasa kita tahu) bagaimana sebuah padang bola dibina. Kita rasa bukan susah pun. Korek, pasang longkang subtanah (orang lain panggil subsoil, saya panggil subtanah) letak tanah atas lepas tu kambus, tanam rumput dan kemudian kita roll roll dan roll sampai dia rata. Siram, siram dan siram sampai… sampai… petang(?).
Bagaimana jika saya kata ada tiga jenis metode/kaedah pembinaan padang? Dua darinya selalu digunakan di Malaysia dan satu lagi di stadium terbaru.
Pembinaan dengan tanah asal; iaitu pembinaan yang banyak dilakukan di taman permainan atau mungkin sekolah-sekolah di Malaysia. Ratakan tanah sedia ada, kemudian tanam rumput dan roll, roll, roll.
Pembinaan dengan tanah yang telah dimodified. Ya; tanah yang telah dimodifiedkan. Saya golongkan pembinaan menggunakan ‘topsoil’ dalam kaedah ini. Korek, buang tanah lama (atau namakan ia sebagai ‘tanah atas’ diprojek lain) dan masukkan ‘tanah atas’ (atau tanah yang dibuang dari projek lain), ratakan, tanam rumput dan roll, roll, roll. Longkang subtanah adalah optional: letak pun boleh, tak letak pun okay jer.
Pembinaan menggunakan pasir dan zon-akar. Korek buang tanah asal sedalam 12 inci, buang, roll tanah bawah sampai licin (ini kita panggil sebagai ‘subgrade’ atau ‘basement’) pasang longkang subtanah, letak pasir sebanyak 8 inci (angka arbitrari) kemudian 4 inci lagi dengan pasir yang dicampur dengan 5% dari isipadu dengan bahan organik dan 5% juga dengan soil amendment atau baja (bergantung keadaan; semua angka adalah arbitrari untuk mempermudahkan pembacaan; JANGAN jadikan sebagai rujukan buta tuli tanpa siasatan).
Untuk gambar dan perbandingan; sila baca slide di bawah ini:
Pepatah lama mengatakan kita perlu “sediakan payung sebelum hujan” tetapi penjaga padang (ataupun halaman rumah) rumput perlukan sediakan padang mereka sebelum bermulanya musim hujan berterusan iaitu monsun dibulan November dan Disember. Dalam artikel ini saya akan bincangkan tentang langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bukan sahaja oleh pengurusan padang tetapi juga rakan-rakan yang mengurus halaman rumah.
Apakah masalah yang timbul dimusim monsun dalam konteks padang/halaman?
Tanah yang lembik menyukarkan pemotongan.
Rumput yang cepat panjang akibat peleraian nutrien dalam tanah
Kekurangan cahaya matahari untuk fotosintesis.
Air bertakung samada di atas permukaan ataupun di bawah permukaan (bila pijak baru nampak air keluar).
Kesemua perkara di atas akan menghalang penggunaan padang dan menyusahkan penyelenggaraan. Tentunya, dalam situasi ekstrem, ada padang yang mengalami banjir tetapi itu saya pernah bincangkan dalam satu artikel lama dahulu.
Kenapa padang bermasalah di musim hujan? Selain dari masalah yang pernah kita bincangkan dalam artikel terdahulu tentang kesilapan atau ketiadaan longkang subtanah, ada dua lagi punca; pertama ialah permukaan padang yang berlekuk. Lekukan itu kini membentuk suatu kolam mini di tengah padang setiap kali hujan berlarutan. Kedua ialah akibat thatch iaitu suatu lapisan yang terbentuk di antara rumput dan tanah yang bersifat seperti span (sponge) memegang air.
Apakah persediaan padang yang perlu kita lakukan? Diantaranya ialah:
Jangan gunakan baja yang mengandungi nitrogen yang tinggi sebulan sebelum itu. Nitrogen akan mempercepatkan pertumbuhan sedangkan pemotongan adalah sukar akibat padang yang lembik.
Lakukan slicing atau spiking di seluruh padang (atau kawasan yang dikenali sebagai kawasan teruk). Ini akan membantu air melepasi kawasan thatch dan juga dengan membawa oksigen ke bawah rumput, membantu proses pereputan thatch oleh mikroorganisma lain.
Untuk halaman rumah yang tidak mungkin boleh masuk mesin slicer atau spiker; lakukan dengan cara manual. Tebuk lubang sedalam 2inci atau lebih ke dalam tanah.
Lakukan hias-atas; kalau boleh keseluruhan padang tetapi kalau tidak, lakukan di kawasan lekuk-lekuk yang boleh dikenal pasti.
Pangkas pokok untuk kurangkan teduhan yang boleh melambatkan pengeringan padang atau halaman. Jika sudah mula musim hujan baru mahu buat pangkasan, membawa keluar ranting dan dahan akan menjadi masalah.
Pastikan longkang di keliling padang/halaman bersih dan tiada sampah sarap menghalang pergerakan air. Kalau perlu, buat longkang dengan cangkul supaya air tidak bertakung di padang.
Jika padang ada ‘belang’ atau stripe, mula buat belang alternatif dari arah baru supaya mesin tidak berada di bekas tayar yang sama setiap kali memotong. Potong guna arah alternatif dimusim hujan; ELAKKAN guna belang kegemaran sewaktu padang lembik.
Gunakan agen pembasah tanah “Soil Wetting Agent” yang akan membantu air tembus melalui tanah yang hydrophobic. Cara untuk mengenal padang anda adalah hydrophobic ialah bila ia bertakung air sewaktu siram dimusim kering atau ada kawasan tertentu yang cepat kering walau disiram. Jarang sekali seluruh padang adalah hydrophobic; biasanya tompok-tompok tertentu sahaja. Sembur mengikut arahan label sebulan atau dua bulan sebelum musim hujan.
Sebuah padang yang diselenggara dengan baik iaitu melakukan ‘hollow-tining’ setahun sekali atau dua dan juga hias-atas dengan kerap akan kurang bermasalah tetapi kadang-kadang oleh kerana pembinaan yang silap, padang tetap bermasalah maka masih perlu dilakukan kerja-kerja pencegahan.
Kepada rakan-rakan yang menjaga halaman rumah di bawah ini adalah satu lagi contoh pengudaraan tanah.
Mungkin ada beberapa lagi langkah yang saya tidak masukkan di sini kerana alpa atau lupa; mungkin ada yang boleh tambah dalam komen di bawah.
Terima kasih.
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.
Baja (atau ‘pupuk’ kata orang seberang) boleh menjadi masalah kalau tak diberi kepada rumput dan boleh juga menjadi masalah kalau diberi dalam kuantiti yang terlalu banyak.
Isu Pertama sekali ialah salah guna baja dan selalunya ialah urea; oleh kerana nak padang nampak hijau, ramai penjaga padang yang akan menabur baja urea kadang-kadang dengan banyak supaya padang nampak hijau. Urea mengandungi 46% nitrogen dan nitrogen yang menjadikan kehijauan pada daun. Malangnya bila telalu banyak, nitrogen akan menyebabkan pertumbuhan mendadak, lebih banyak lagi ia juga menyebabkan dinding sel daun menjadi lemah; maka rumput tak lasak (daun mudah koyak) dan mudah dijangkiti penyakit kulat.
Isu kedua ialah teknik pembajaan yang tak betul. Pembajaan tak sekata akan menyebabkan padang tak sekata warnanya.
Isu ketiga ialah pembajaan tak kena waktu. Pembajaan dimusim hujan, terutamanya menggunakan baja sebatian atau straight fertiliser seperti urea dan bukan baja lepas-lambat (slow-release) atau baja foliar akan menyebabkan granul baja cair dan melepaskan nutrien serta merta dan tak mungkin dapat di’sedut’ oleh rumput. Bayangkan setiap granul (biji) baja ialah satu tin minuman air teh bunga dan setiap satu orang ialah satu rumput: apa yang orang nak buat ialah dia nak bukak satu tin dan minum perlahan lahan. Tetapi apa yang berlaku ialah tiga atau empat tin dibuka dan dicurah kepadanya. Apatah lagi sistem pada akar analogi nya ialah ibarat manusia minum air dalam tin guna straw kecik.
Apa jadi pada air berlebihan itu? Ia akan bertaburan di lantai. Untuk rumput, ia akan hanyut ke bawah dan dibawa ke sistem perparitan subtanah (jika ada). Bila hujan berhenti, dalam longkang subtanah ada baja berlebihan. Dan kini rumput atas longkang subtanah ada simpanan baja dibawahnya.
Hasilnya, rumput di atas longkang subtanah akan lebih hijau dari rumput sekitarnya.
Baja dalam longkang menguntungkan rumput di atasnya tapi nampak pelik.
Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.
Kita selalu dengar tentang rumput Jepun, rumput Philippines dan rumput Manila. Tahukah kita bahawa semua ini adalah dari genus Zoysia? Pengalaman saya ialah kita selalu salah kenal rumput ini. Rumput Jepun di nursery ini mungkin adalah rumput Manila di nursery sana dan rumput Philippines di nursery situ. Sekali pandang ia mungkin nampak sama tetapi bila ditanam bersebelahan; perbezaannya ketara.
Rumput Zoysia berasal dari China, Jepun, Korea, Filipina dan beberapa tempat lagi di Asia Tenggara. Spesis ini dinamakan bersempena seorang ahli botani Austria bernama Karl Von Zois (Zois+ia = Zoysia).
Sebelum meneruskan, kepada kita yang dah lupa sains biologi sekolah menengah, nama Latin atau nama saintifik sesuatu tumbuhan atau haiwan mempunyai dua bahagian; nama genus dan nama spesis. Sebelum genus ada nama lagi begitu juga selepas spesis ada nama sub-spesis atau hybrid tetapi pada asasnya, peperiksaan akan tanya genus dan spesis sahaja. Jadi nama genus di sini ialah Zoysia. Zoysia japonica (nama saintifik mesti ditulis sebagai italik atau jika tulis tangan, Digaris bawahkan dengan nama genus mula huruf besar dan nama spesis huruf kecil) atau rumput Jepun (nama khas jadi mula huruf besar) mempunyai daun besar tetapi tahan sejuk dan dibawa masuk ke Amerika Syarikat dari China pada tahun 1895. Zoysia matrella pula dibawa masuk dari Manila (maka ia diberi nama rumput Manila atau Manila grass) ke Amerika Syarikat pada tahun 1911 oleh seorang ahli botani bernama C. V. Piper yang mengatakan bahawa rumput ini tumbuh banyak di pesisir pantai di Filipina dan mungkin sesuai di Florida juga. Zoysia tenuifolia tidak diketahui asal usulnya tetapi dari penerangan tentang sifatnya, saya yakin ia adalah rumput Philippine kerana Z tenuifolia dikatakan mempunyai daun paling kecil dan akan membentuk permukaan rapat. Tetapi diantara ketiga-tiga spesis ini, ia adalah paling manja dan paling lambat membiak.
Baiklah, anda rasa pengenalan spesis Zoysia tidak penting? Selepas menghadiri suatu majlis di Putrajaya, saya berjalan disekeliling taman nya. Alangkah terkejutnya saya bila terlihat percampuran dua spesis Zoysia di situ. Saya rasa, satu spesis dah lama di situ tetapi atas sebab rumput mati atau rosak, pihak kontraktor telah menggantikan dengan rumput ‘Philippine’ (semua Zoysia dipanggil Philippine di Malaysia) dari nursery lain yang menggunakan Zoysia matrella sebagai rumput Philippine nya.

Rumput lama dan rumput baru. Pada saya jelas perbezaannya. Kalau tak percaya, kita boleh lihat lebih dekat lagi.

Pandangan lebih dekat kepada mereka yang tak puas hati bahawa ini adalah dua spesis Zoysia yang berbeza.
Bagaimana cara untuk mengelakkan ini (beli dua spesis yang berbeza) berlaku?
Beli dari nursery yang sama setiap kali. Pastikan mereka BUKAN orang tengah.
Sewaktu nak pilih rumput, jangan potong sebahagian kawasan kecil untuk seminggu, biar bunga dan daun tumbuh, lepas tu ambik sikit tumbuhan rumput tu (akar, batang, daun dan bunga kena ada) dan bandingkan di nursery. Bila confirm sama, beritahu orang nursery awak nak ini jugak dan dia tak boleh harvest (tuai) sebelum saksi awak datang; kecuali kalau awak nak bawak balik hari tu jugak tak apalah. Cash and carry.
Pengumuman:
Buku “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan di UUM oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia pada September 2018. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan senaskhah, sila hubungi saya.

Muka hadapan dan belakang.
Pernahkan anda melihat orang menggunakan racun untuk rumput yang tumbuh pinggir jalan? Atau di tebing longkang? Saya selalu lihat ini dan saya akan tertanya: siapakah yang kurang pandai di sini? Orang yang tanam atau orang yang meracun? Dah tanam lepas tu racun: itu kerja kurang pandai. Apa pun alasan, kalau ia tidak dilakukan dengan pengawasan ataupun pemikiran; ia memburukkan pemandangan.
Saya faham, memotong tebing atau ‘edging’ adalah kerja rumit dan memerlukan kesabaran. Ada orang guna mesin sandang dan ada orang guna cangkul. Saya pernah tengok orang guna scraper untuk buat kerja edging ini.
Kenapa mesti bersusah payah? Kerana sama seperti kaum lelaki yang baru lepas gunting rambut; tebing atau edge yang dipotong kemas memberi gambaran kekemasan kepada suatu kawasan rumput.Beberapa tahun dahulu seorang rakan sekerja pernah memberitahu saya yang pemain golf berkata mereka dapati padang golf saya adalah sangat kemas dari biasa dan mereka tidak tahu kenapa. Saya tahu; tahun itu adalah tahun pertama saya melakukan kerja-kerja trimming tepi jalan.
Nampak kemas, kan?
Saya tidak faham bila saya lihat di tempat lain, orang lebih gemar menggunakan racun untuk mengawal rumput di tepi jalan. Kalau buat dengan berhati-hati mungkin ia boleh di terima, tetapi selalu, ia dibuat ala kadar dengan semburan yang besar dan tidak sama rata. Selain dari tidak cantik, masalah weed sucession juga akan timbul jika racun yang sama digunakan setiap bulan.
Selain dari menggunakan racun, saya mencadangkan penggunaan pembantut pertumbuhan rumput atau kalau mengikut DBP – regulator pertumbuhan yang akan melambatkan pertumbuhan. Ia perlu di ulang sembur tetapi begitu juga dengan racun. Kesan sampingannya ialah rumput akan tumbuh lebih padat kerana ruas atau nod nya semakin rapat. Jika anda ingin maklumat lebih lanjut (dan nak tahu apa orang putih kata) Google ‘Plant Growth regulator for turf grass’ atau hubungi pembekal anda.
Label untuk Primo (saja nak buktikan ia boleh diguna untuk pelbagai jenis rumput).
Saya pernah menggunakan PGR jenama Primo pada kadar 6ml untuk satu knapsack kerana kekurangan pekerja untuk menjaga kekemasan tepi jalan saya. Tentunya saya lakukan ujian dahulu untuk mempastikan jumlah itu tidak terlalu tinggi atau rendah untuk rumput spesis itu. Ia melambatkan pertumbuhan rumput dan saya perlu trim (potong rapi) hanya sebulan sekali. Tebing jalan saya nampak kemas. Harga sebotol Primo ialah kurang dari RM400 setakat Ogos 2018 boleh guna hampir sehektar (10,000sq.m) ertinya kalau kita sembur suku meter di tepi jalan sama macam kita sembur RoundUp atau racun lain tu, kita boleh guna untuk 4km jalan. Saya sembur hanya setengah dari setengah dari suku meter so saya dapat guna hampir 16km.
At least tak nampak bodoh lepas tanam, baja, lepas tu racun.
Buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” akan dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web
ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10.
Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini.
This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way.
Donations start from $10.