Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Ratu Gelek

Posted by mynormas on November 13, 2017


Gelek Padang.

Gambar Hiasan Semata-mata.

Pernahkah anda di beritahu bahawa padang/green anda keras? Apa? Tak pernah? Okay; cuba soalan soalan ini pula: Pernahkah

  1. anda lihat air bertakung di atas permukaan padang anda selepas hujan lebat sedangkan anda tahu anda ada longkang subtanah (subsoil drain) di bawah padang?
  2. anda di beritahu bahawa jika bola tinggi melantun di atas padang atau green anda, ia sukar di kawal atau di ramal?
  3. anda di minta untuk siram padang pada separuh masa atau sebelum tournament bermula?
  4. pemain mengadu sakit lutut/pinggang/kepala lepas main di padang anda?

Anda tahu kenapa? Kerana anda suka gelek, giling, roll, kompak padang anda dengan keterlaluan; samada menggunakan roller yang berat atau pun dengan kekerapan yang tinggi.

Terlalu ramai penjaga/pengurus padang percaya bahawa untuk MERATAKAN padang mereka perlu gelek. Ingat; kita gelek untuk mendapatkan permukaan yang baik (smoothen) bukan untuk meratakan (flatten). Jika anda perlu gelek untuk mendapatkan permukaan yang rata; anda mempunyai masalah lama yang perlu diselesaikan dan mencipta masalah baru di masa akan datang.

Pada posting lepas saya dah bincang tentang tiga isu yang akan timbul jika anda gelek terlalu kerap atau menggunakan penggelek terlalu berat:

  1. Mengwujudkan mampatan
  2. menjadikan kawasan keras tinggi dan kawasan lembut rendah
  3. Ketagihan.

Ada masalah ke empat yang akan timbul ekoran dari semua di atas; gelekan yang keterlaluan akan menjadikan padang anda keras. Terutamanya jika anda menggunakan ‘topsoil’ atau tanah liat atau ‘native soil’ (green padang golf) sebagai media tanaman.

“Ok lah pakar” cabar anda kepada saya “kalau kau pandai sangat, macamana kami nak buat kalau padang kami tidak rata?”

Lakukan hias atas (orang dulu kata topdressing) iaitu menggunakan lapisan pasir nipis untuk mengisi kawasan lembah dan lekuk. Kadang kadang lekuk itu dalam maka kerja hias atas perlu di lakukan berkali kali.

Atau, kalau lekuk itu betul betul dalam: kambus saja lah.

Begitu juga kalau padang anda berbonjol dan ada bonjol tinggi yang hampir di katakan lucah oleh orang otak kuning; ambil cangkul, korek keliling nya dan keluarkan rumput bersama tanah setebal 4 hingga 6 inci, buang tanah di bawahnya sedalam yang perlu kemudian tampal balik rumput dan tanah tebal tadi. Insya Allah rumput tak mati kalau anda korek tebal (bukan korek rumput sahaja).

Di green padang golf pula, terdapat pelbagai cara lain untuk mendapatkan green yang laju selain dari ‘roll’ atau turunkan pisau. Cuba groom atau hias atas nipis atau dethatching. Saya pernah tarik dragmat (karpet besi) atas green seminggu dua kali untuk melajukan green. Satu langkah yang banyak superintendan tidak buat ialah mengukur kelajuan semua 18 green, mengenali yang mana paling perlahan dan fokus pada green green itu sahaja setiap hujung minggu. Saya berpendapat terlalu banyak gelek adalah sangat tidak sihat sehinggakan saya lebih rela membiarkan klien saya percaya kepada baja potassium silicate untuk melajukan green dari membiarkan mereka gelek. Sebenarnya tiada bukti potassium silicate boleh melajukan green tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan maka ia lebih baik dari menggelek.

Kenapa saya timbulkan isu ini lagi? Kerana masih lagi ada orang yang kata mereka nak gelek untuk meratakan padang. Saya kata “Nanti keras padang”. Mereka kata “Terpaksa. Tiada jalan lain”

Keras kepala.

Terlalu banyak gelek adalah sangat tidak sihat melainkan anda adalah Mas Idayu, Ratu Gelek Malaysia.

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Advertisement

5 Responses to “Ratu Gelek”

  1. […] Ratu Gelek […]

    Like

  2. […] Kita roll (gelek) padang. Mereka tak mati akibat gelekkan tetapi mereka tak boleh bernafas kerana penggelekkan yang keterlaluan (boleh klik link tapi silalah baca artikel ini sampai habis dulu) kekerapan atau keberatan akan […]

    Like

  3. […] Artikel terdahulu tentang Hias Atas, Raja Gelek dan Ratu Gelek. […]

    Like

  4. […] diburukkan lagi jika anda adalah Raja Gelek atau Ratu Gelek iaitu penjaga padang yang gemar menggelek padang. Penggelekkan ini akan memampatkan padang dan […]

    Like

  5. […] Menggelek seharusnya digunakan untuk melicinkan (smoothen) dan bukan untuk meratakan (flatten) permukaan. Menggelek terlalu berat mampu menimbulkan pelbagai masalah sampingan. […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: