Peraturan Potong Rumput
Posted by mynormas on December 8, 2017
Siapa sangka potong rumput pun ada peraturan? Saya pernah bercerita tentang Peraturan Satu Pertiga sebelum ini tetapi saya masih lagi dengar tentang orang yang potong rumput padang bola sebulan sekali atau tidak potong green padang golf tiap tiap pagi (“kami roll tiap tiap pagi” kata mereka) maka saya akan ulang cerita ini lagi.
Di dalam penjagaan rumput terdapat suatu ‘peraturan’ yang dipanggil sebagai “Rule of One-third” atau saya terjemah sebagai “Peraturan Satu Pertiga”. Saya tahu bahawa ada pakar rumput lain yang mempertikaikan peraturan ini sebagai ketinggalan zaman, tetapi bagi saya ia adalah penjelasan baik kenapa penjaga padang mesti memotong rumput mengikut jadual tertentu dan bukan sembarangan atau ‘bila panjang’ atau ‘bila senang’.
Peraturan ini menjelaskan bahawa setiap kali rumput ia dipotong, ia tidak boleh dipotong lebih dari satu pertiga ketinggiannya waktu itu. Contohnya, jika rumput pada waktu itu adalah 30mm, maka kita tidak boleh potong 10mm dari daun rumput dan menjadikan ia 20mm sekaligus.
Peraturan ini bermaksud untuk mengelakkan terlalu banyak daun rumput dipotong setiap kali operasi pemotongan dijalankan.
Saya tahu kita tidak sengaja berbuat begitu (potong daun dengan banyak) tetapi kita buat ia secara tidak sengaja jika kita biar rumput jadi panjang baru potong. JANGAN lambat potong!
Jika terpaksa lambat potong (mungkin kerana cuaca yang tidak baik) maka bila ada peluang untuk potong, potong tinggi dahulu, kemudian datang balik dan potong pada ketinggian yang kita hendak secara perlahan lahan.
Contoh; katakan pemotongan kita ialah pada 25mm dan kita dah seminggu tak potong akibat hujan (atau mesin rosak) maka bila ada kesempatan untuk potong nanti kita akan potong pada 35mm dan tiga hari kemudian pada 30mm dan empat hari kemudian pada 25mm (semua ukuran adalah contoh).
Maka sebelum potong, ukur. Bukan tiap tiap kali; kerana selepas sekali dua anda buat ini, anda akan tahu corak pertumbuhan rumput anda. Rumput ‘karpet’ seperti rumput Philippine atau Bermuda akan tumbuh lebih cepat (pasal tu saya nasihatkan JANGAN tanam rumput ini di halaman anda kalau anda tiada tukang kebun/mesin potong sendiri) dari Cowgrass dan paling lambat ialah Pearlgrass.
Pertumbuhan akan lebih cepat selepas pembajaan dan lebih cepat juga di musim hujan (dua sebab: air akan ‘release’ nutrien dalam tanah dan cuaca mendung memaksa daun panjang untuk cari cahaya matahari). Apa tah lagi jika kedua dua nya berlaku.
Edit untuk lebih penjelasan: Lebih pendek rumput anda, lebih kerap anda perlu potong rumput kerana kadar pertumbuhan rumput sama pada semua rumput. Katakanlah pertumbuhan rumput 3mm sehari, maka rumput padang yang panjang nya 25mm, esoknya baru 28mm. Lusa 31mm maka tunggu lagi sehari belumpun potong satu pertiga. Tapi kalau rumput green yang panjangnya 5mm, esoknya dah 8mm. Lusa dah 11mm, maka kalau selang sehari potong pun dah hampir satu perdua kita potong. Nampak tak? LAGI PENDEK RUMPUT, LAGI KERAP POTONG.
Edit untuk beritahu kenapa: Rumput perlukan daun untuk fotosintesis.
Sekian dari saya. Jika anda melanggar peraturan ini, maka anda akan mendapat rumput yang tidak sihat dan kuning. Jangan tanya saya lagi…
Saya minta bantuan untuk ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik di mana-mana iklan di sini. Ini semua akan membantu saya untuk mendapat beberapa sen dari pengiklan. Atau tuan/puan boleh terus beri sumbangan di bawah:

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Potongan Menyakitkan « Pakar Rumput said
[…] untuk mengetahui tentang isu pemotongan terlalu banyak, anda boleh rujuk kepada artikel tentang peraturan satu pertiga (Rule of One-third) dalam pemotongan […]
LikeLike
Ketinggian Potongan « Turf Matters said
[…] lebih rendah pemotongan sesuatu kawasan, lebih kerap ia perlu dilakukan kerana menurut peraturan satu pertiga: kita tidak boleh memotong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput pada satu-satu […]
LikeLike