Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Apa itu Topsoil?

Posted by mynormas on October 28, 2015


Apa itu topsoil? Ia adalah sejenis bahan yang di gemari dan dijadikan sebagaI piawaian utk kebanyakan padang di Malaysia. Apa hikmatnya yang ia mesti di gunakan dalam pembinaan padang sebelum ia di luluskan oleh agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan? Hampir setiap spesifikasi atau Bill of Quantity untuk pembinaan padang milik kerajaan yang saya lihat akan mempunyai ‘top soil’  sebagai lapisan atas sebelum rumput di tanam. Di bawahnya biasanya adalah lapisan pasir untuk membantu saliran air.

Partikel partikel pasir duduk situ diam diam, air boleh lalu, takde masalah...

Partikel partikel pasir duduk situ diam diam, air boleh lalu, takde masalah…

Kenapa kita menggunakan top soil? Tradisi, mungkin. Hampir 30 tahun dulu, sewaktu saya masih menuntut di UPM, kami di ajar, ketika mengorek lubang untuk menanam pokok, untuk meletak tanah bahagian atas lubang di sebelah kanan, bahagian bawah lubang di sebelah kiri dan selepas anak pokok dimasukkan ke dalam, tanah di kanan akan di masukkan ke dalam kerana ia di anggap lebih subur.  Itu lah dia top soil atau tanah atas dalam kefahaman dan pengalaman saya. Kenapa? Kerana proses penguraian dan pereputan bahan bahan organic seperti tumbuhan, haiwan, cacing, serangga dan sebagainya menghasilkan nutrient utk tumbuhan baru. Proses  penguraian dan pereputan ini juga bermaksud kehadiran mikrob yg bermanafaat. Top soil juga dilihat sebagai mampu memegang nutrient dan air yang tak mampu di buat oleh pasir.

Soalan saya ialah: utk membina sebuah padang bola, kawasan mana yg juga sebesar padang bola akan di korek utk mendapatkan top soil? Kawasan yg sama? Bukankah kawasan tersebut ada lah kawasan yg penuh dengan rumput liar? Tiada kah kemungkinan bijibenih atau bahagian vegetatif seperti stolon, rhizome atau akar yg masih ada di top soil itu seterusnya akan tumbuh sebagai rumpai di padang baru iti di masa akan datang?

Saya masih ingat hampir 30 tahun lalu, pensyarah Sains Tanah saya, En Peli bin Mat, berpesan bahawa “tanah satu kaki persegi di sini akan mempunyai sifat dan ciri yang berbeza dari tanah satu kaki persegi di sebelahnya”. Saya tidak ada sebab utk meragui En Peli jadi saya tidak faham bagaimana kita boleh guna ‘topsoil’ utk asas penanaman kawasan sebesar padang bola; tidak kah kita mengambil risiko tanah seluas padang kita mempunyai kesuburan dan sifat yang berbeza? Kerana kita telah menggunakan topsoil dari pelbagai ‘satu kaki persegi’? Tidak kah nanti sebelah kiri padang lebih subur dari sebelah kanan, dan sebelah belakang padang lebih keras dari sebelah tengah dan sebagainya?

sand particle+topsoil

Sekarang, tanpa di jemput, selapis ‘topsoil’ yg mempunyai saiz partikel yg halus, di letak atas pasir. Tak lama, partikel halus akan ‘migrate’ ke bawah dan sumbat aliran air. Dalam ‘topsoil’ itu juga mempunyai benih rumpai.

Apa yg saya biasa lihat juga ialah tanah liat yg tak di ketahui asal usulnya di panggil sebagai ‘top soil’ dan oleh kerana tanah liat mempunyai saiz partikel yg lebih kecil dari pasir, ia akan berhijrah (migrate) ke dalam pasir dan menyumbat ruang yg menjadi tempat air mengalir dan akan menyebabkan padang basah.

Tanah liat yang menjadi keras bila di roll dan lembik di musim hujan adalah punca kebanyakan masalah padang di Malaysia walaupun padang tersebut di tambah dengan longkang subtanah. Diburukkan lagi jika longkang subtanah itu dibalut dengan kain geotextile kerana partikel yang sangat halus pada topsoil akan menutup lubang lubang pada kain geotextile dan longkang akan tidak lagi berfungsi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Padang ini sangat basah. Saya telah mengorek diatas longkang subtanah dan mendapati ‘topsoil’ telah menjadi keras dan tidak berguna.

Saya ada dua cadangan.

  1. berpegang kepada prinsip prinsip ‘biar mati anak, jangan mati adat’ atau ‘copy paste lebih senang’ atau ‘saya hanya menurut arahan, bukan fikiran’ dan kita masih lagi akan menggunakan ‘top soil’ maka saya cadangkan: ada kan spesifikasi tepat tentang top soil terutama nya saiz partikel dan kehadiran benih rumpai. Kedua dua nya memerlukan bukti, yg pertama ialah dengan menghantar nya ke makmal atas tanggungan kontraktor kedua ialah demgan menyimpan sampel top soil dalam balang selama dua minggu dan lihat apa yg tumbuh.
  2. Gunakan cara ‘root zone’ iaitu campuran bahan bahan specific utk mencapai sifat tanah yg kita mahu. Contohnya, 90% pasir, 5% bahan organic yg boleh reput, dan 5% amendment yg kekal seperti zeolite atau cocopeat atau sekam padi. Bahan organc akan membekalkan nutrisi sama macam top soil, malah lebih sekata dan soil amendment itu akan memegang air utk pihak pasir. Semua ini hanya perlu di bahagian 4-6 inci ter atas dimana majority akar akan berada. Bawahnya pasir. Atau gunakanlah apa-ap campuran pun; janji tanah itu sekata kesuburan (atau keTIDAKsuburannya), sifat dan ciri di seluruh padang. Padang itu akan lebih senang di urus.

Tapi tak lengkap rasanya kalau tiada rujukan, dan ada orang yang kalau takde orang putih cakap, dia tak percaya, jadi silakan senarai di bawah. Sebagai ganti topsoil pun boleh lhat di bawah atau Google “Root zone for athletic fields” sendiri (jangan kata saya tak bagi alternative lain)

  1. “The Shocking Truth about Topsoil” dari Michigan State University http://msue.anr.msu.edu/news/the_shocking_truth_about_topsoil
  2. “Topsoil 101” http://What www.bhg.com/gardening/yard/soil/topsoil/
  3. “What is topsoil? Definition and Composition” http://study.com/academy/lesson/what-is-topsoil-definition-composition-uses.html
  4. “Purchasing Topsoil” dari University of New Hampshire. Ini lagi best; dia warning tentang racun yang masih ada dalam topsoil akan memberi kesan dalam tumbuhan akan datang.  http://extension.unh.edu/resources/representation/Resource000492_Rep514.pdf
  5. “Topsoil Quality Guidelines for Landscaping” dari Utah State University http://forestry.usu.edu/files/ uploads/AGSO02.pdf
  6. “Sand-based Athletic Fields”  dari Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Sand-based_athletic_fields
  7. “Root zones for High Traffic Turfgrass Areas” dari Ohio State University http://www.oardc.ohio-state.edu/ss540/chapters/SWSGCch6.pdf
  8. “Selecting Sand-Dominated Rootzones for Sports Fields” dari Penn State University  http://www.sportsbuilders.org/events/presentations/Orlando_2C.pdf
  9. “Rootzone” dari Sports Turf Managers Association atau STMA  http://www.stma.org/sites/stma/files/Technical_Resources/Rootzone.pdf
  10. “Managing Soil vs Sand Sports Fields” Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs, Ontario, Canada.  http://www.omafra.gov.on.ca/english/crops/facts/soilsand.htm

 

Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama. 

Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan. 

Sila sudi klik gambar iklan di bawah artikel in, ia adalah sumber pendapatan untuk laman web ini. Terima kasih.

Copyright and please click

8 Responses to “Apa itu Topsoil?”

  1. Onyang said

    Tuan,

    Adakah cara ‘rootzone’ sesuai digunakan bagi menanam rumput di kawasan rumah?

    Like

  2. […] Penggunaan tanah ‘topsoil’ yang sebenarnya ialah tanah liat atau jenis pasir halus yang akan berhijrah ke dalam batu kerikil subsoil ATAU menyumbat kain geotextile (jika ada). Kita pernah bincang tentang ini dulu. […]

    Like

  3. harni said

    terima kasih kepada penulis artikel ini sangat bermenfaat buat saya sebagai penanam pokok pokok bunga. barulah saya faham apa makna topsail.

    Liked by 1 person

  4. harni said

    terima kasih kepada penulis artikel ini sangat bermenfaat buat saya sebagai penanam pokok pokok bunga. barulah saya faham apa makna topsoil.

    Liked by 1 person

  5. […] jika padang yang dibuat dengan “topsoil” yang mempunyai struktur tanah berbeza-beza; sebahagian yang dapat topsoil banyak tanah liat […]

    Like

  6. […] Jika anda inginkan lebih maklumat (rujukan dari orang putih) anda boleh baca huraian lanjut di sini. […]

    Like

Leave a comment