Saya banyak jumpa spesifikasi kontrak penyelenggaraan padang dalam bentuk BQ (Bill of Quantity) atau spesifikasi biasa. BQ atau spec yang saya tengok saya rasa tak boleh terima tetapi selalu nya saya beritahu diri saya bahawa biarlah, kerana: 1. ada orang sensitif bila ditegur, 2. ada orang yang tak dapat ubah apa-apa kerana mereka hanya menurut arahan, 3. ada yang tidak mahu fikir banyak kerana copy-paste lebih senang. 4. Tak semua padang sama dan tak semua keperluan sama. Tambahan pula, 5. siapa lah saya nak tahu dan betul semua.
Tetapi baru-baru ini saya terima satu spesifikasi penyelenggaraan padang yang, termasuk item utamanya ialah, “menyapu padang tiga kali sehari”. Saya fikir bahawa saya sendiri tidak menyapu rumah saya tiga kali sehari (awak ada?), macamana agaknya nak sapu padang tiga kali sehari? Ingat, padang biasa ialah 70 x 110m iaitu 7,700 meter persegi; agak-agak berapa lama nak siap sekali sapu?
Saya juga jumpa spec yang mengatakan pemotongan padang ialah pada setiap 1hb, 10hb dan 20hb. Atau adakah ianya 10hb, 20hb dan 30hb? Saya pun keliru… kalau Februari macamana? Memotong rumput setiap 10 hari akan memotong terlalu banyak daun (kerana kadar pertumbuhan rumput yang tinggi, terutamanya selepas pembajaan atau sewaktu musim hujan). Setiap kali potong, rumput tinggal batang sedangkan rumput perlukan daun untuk buat makanan melalui proses fotosintesis). Diburukkan lagi jika memotong dengan mesin sandang yang akan memotong serendah mungkin.
Saya nak cuba bantu agar terdapat suatu piawaian, suatu kesedaran bahawa penjagaan padang bukan sekadar potong, siram dan baja sekali-sekala, saya kira ada 13 perkara yang perlu dibuat. Saya akan cuba terangkan apa yang penting dalam spesifikasi penjagaan padang hari ini dan satu hari nanti bila saya dah figure out macamana nak upload supaya jika anda berminat, anda boleh download spec yang dah siap tulis selepas membuat bayaran. Sementara itu, di sini saya bagi senarai huraian kerja yang perlu dilakukan dalam penyelenggaraan padang dan rasionalnya.
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
1 | Memotong Rumput Alat: Sebuah mesin pemotong rumput menggunakan pisau silinder seperti reel atau flail Memotong rumput padang pada ketinggian 25mm dari paras tanah di seluruh padang. Pemotongan rumput menggunakan mesin dan teknik khusus untuk menghasilkan belang-belang padang 2x seminggu. | – Pisau silinder memberi potongan lebih baik dari rotary. – Jika tidak dikutip, pisau silinder menghasilkan pembuangan sampah yang lebih sekata. – 25mm adalah spec FAM – Sampah yang dipotong dgn pisau silinder boleh jadi baja. – Teknik dan mesin menghasilkan belang BUKAN dengan baja atau tukar ketinggian! – Sekali seminggu atau setiap 10, 20 & 30hb akan memotong terlalu banyak daun. Rumput perlukan daun utk fotosintesis! – Samada mesin itu 5-gang, triplex, front-deck atau mid-mounted adalah tidak penting! Yang penting pisau! |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
2 | Pembajaan. Alat: Penabur baja, baja kimia biji yang memberikan jumlah 300g nitrogen dan kalium per 100m persegi. Menabur baja menggunakan alat yang betul secara rata dan konsisten dari dua arah untuk memastikan seluruh padang menerima kadar baja yang sama. Kekerapan: Satu kali sebulan seluruh padang | – 300g nitrogen per 100sq.m per bulan adalah cadangan orang putih (kan kalau org putih cakap semua betul?) – 300g/100sq.m kalium adalah kerana kebiasaan N:K = 1:1. – Baja kimia bukan kemestian tapi kalau baja organik 300g N per 100sq.m banyak giler lah baja diperlukan. – Fertiliser spreader tak mahal maka setiap kontraktor kena ada satu. – 1x sebulan boleh di adjust jika menggunakan baja slow-release kepada 1x 2 bulan dan jika musim hujan 2x sebulan (half rate) |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
3 | Membaikkan Permukaan Padang Alat: Mesin topdresser, dragmat untuk meratakan pasir, 5 – 10 tan pasir sebulan, penggelek (roller) dan peralatan berkaitan. Melakukan TOPDRESS dengan menabur pasir di kawasan berlekuk atau menakung air untuk meratakan permukaan padang. Melakukan gelekan bila perlu di kawasan yang terbonjol. Membuang rumpai (rumput liar) yang mengganggu permainan. Kekerapan: satu kali seminggu seluruh padang | – Dengan penggunaan biasa, padang akan jadi lekuk bila pemain sepak, lompat atau jatuh. – Lama kelamaan, ada tempat akan lekuk makin dalam (contoh: depan gol) – Guna pasir utk baiki seluruh permukaan – Gelek bila perlu guna roller satu tan. – Merumpai rumput liar yang mengganggu permainan (sambau, semalu dsb). – Dalam seminggu mesti ada sekurang-kurangnya satu kerja hias-atas (topdress), satu roll dan satu merumpai. |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
4 | Mengudarakan tanah mampat padang bola Peralatan pengudaraan tanah manual, pasir dan peralatan yang berkaitan. Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan yang menakung air pada kedalaman dua inci. Menebuk dan mengudarakan tanah di kawasan ‘high-traffic’ seperti di depan gol dan larian penjaga garisan pada kedalaman satu inci. Menabur pasir pada lubang-lubang yang terhasil. Kekerapan: satu kali seminggu 10% luas padang | – Padang yang digunakan akan mempunyai kawasan yang selalu mampat contoh: depan gol, tempat linesman, jalan masuk padang. – Alat hollow atau solid tine manual boleh bantu kurangkan mampatan |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
5 | Sampah. Kutip dan membuang sampah yang terdiri dari rumput, rumpai, sampah dari dalam longkang, buangan pokok bunga hiasan, dan lain-lain kawasan 1 x seminggu. | – Sampah biasa seperti botol minuman tidak seharusnya termasuk KECUALI sudah diambilkira dalam sebutharga. – Sampah rumput contoh: luar padang yang dipotong sebulan sekali – Atau musim hujan terpaksa potong sekali sekala. |
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
6 | Membuat Garisan Padang Alat: cat, tali dan lain perkara yang berkaitan (berus, line-marker, pita mengukur dsb). Membuat garisan padang bola mengikut spesifikasi dan peraturan pihak berkuasa permainan seperti FAM, FIFA atau lain-lain badan yang berkaitan. Kekerapan: Satu kali seminggu | – Ada padang mahu garisan hanya masa ada game. Ada padang yang mahu garisan setiap masa (padang latihan). – Terpulang pada polisi dan keperluan padang. – Boleh guna mesin buat line dan boleh guna berus – Buatlah garis LURUS! |
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
7 | Mengganti kawasan rosak/rumput mati Alat: sodcutter atau seumpamanya, cangkul, penyodok, rumput, pasir, penggelek, baja dan peralatan berkaitan. Mengganti kawasan rosak atau rumput mati atau rumpai yang mengganggu permainan seperti sambau atau semalu dengan rumput baru yang sama dengan rumput asal padang. Kekerapan satu kali sebulan. | – Mesti akan ada kawasan rumput mati, samada akibat over-use (depan gol) atau kering atau basah dll. – Guna alat yang betul! – Sodcutter atau Turf Doctor (pengganti rumput) – Dalam sebulan mesti ada kawasan yang dah ganti rumput at least mungkin 10sq.m (boleh diubah kepada lain kuantiti) |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
8 | Kawalan makhluk perosak dan penyakit Alat: Peralatan menyembur atau menabur racun, PPE, dan peralatan berkaitan. Mengaplikasi racun yang bersesuaian pada waktu yang bersesuaian untuk kawalan makhluk perosak seperti serangga, cacing tanah dan sebagainya serta penyakit seperti kulat, cendawan dan sebagainya Kekerapan: seminggu sekali | – Biasanya menyembur racun – Termasuk juga menghalau anjing, lembu dsb. – Kontraktor perlu tahu cara penggunaan racun – Ada peralatan yang betul. – Peralatan yang sama juga boleh digunakan menyembur baja foliar – Biasanya cacing tanah dan rumput liar. |

Bil | Huraian Kerja | Rasional |
9 | Penyiraman padang Alat: moisture sensor, hose panjang, sprinkler mudah-alih dan peralatan berkaitan. Mengesan keperluan air padang dan melaku kan penyiraman menggunakan sprinkler yang disediakan ataupun sprinkler mudah-alih ataupun hos panjang. Kekerapan: bila perlu (anggaran 120 hari setahun) | – Adalah penting utk tidak terlebih siram kerana akan menjadikan akar pendek selain padang lecak. – Gunakan moisture sensor (boleh beli online) utk tentukan padang kering baru siram. – Anggaran siram TERMASUK lepas baja ialah dalam 100-120 hari setahun sahaja. |

Bil | Huraian Kerja | Rasional |
10 | Pengudaraan tanah Melakukan pengudaraan tanah pada kedalaman tiga hingga empat inci, pada diameter setengah inci pada jarak dua inci dari lubang ke lubang. Mengutip dan membuang sampah core ke luar stadium di tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Kekerapan: setahun sekali (jika hollow-tine, air atau water aeration) Setahun empat kali (jika solid-tine). | – Amat penting dan adalah punca kebanyakan kegagalan padang di M’sia. – Samada solid tine banyak kali setahun atau hollow tine setahun sekali. – Air aeration atau water aeration pun boleh. – Gabung sekali dengan top-dress dan pembetulan pH |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
11 | Hias-atas (topdressing) keseluruhan Melakukan kerja-kerja hias-atas (topdress) ke atas keseluruhan padang dengan pasir halus tanpa batu dan selut, setebal 10mm atau lebih dengan rata menggunakan jentera khusus untuknya dan meratakan pasir dengan menarik dragmat atau brush khusus hingga pasir ditarik rata ke seluruh padang. Kekerapan: setahun sekali selepas kerja pengudaraan tanah dan nyah-thatch. | – Kerja penting utk mendapat kerataan padang – Menutup lekuk-lekuk kecil – Mengurangkan thatch – Sebaiknya dua tiga kali setahun |


Bil | Huraian Kerja | Rasional |
12 | Nyah-thatch (dethatching) Melakukan kerja-kerja nyah-thatch (dethatching) di keseluruhan padang untuk mengeluarkan thatch dari celah rumput kemudian mengutip dan membuang sampah thatch ke luar stadium Kekerapan: Setahun sekali | – Perkara penting dilakukan utk mengelakkan padang menjadi lembut atau menyimpan air. – Thatch di celah rumput juga akan jadi punca penyakit |
Make a one-time donation
Make a monthly donation
Make a yearly donation
Choose an amount
Or enter a custom amount
Your contribution is appreciated.
Your contribution is appreciated.
Your contribution is appreciated.
DonateDonate monthlyDonate yearly
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
13 | Merumpai (weeding) Melakukan kerja-kerja mencabut dan/atau meracun rumpai (rumput liar) untuk memastikan ketulenan rumput padang yang asal. Rumpai yang dicabut akan dibuang ke kawasan luar stadium. Kekerapan: seminggu sekali | – Kerja-kerja weeding atau mencabut rumpai perlu ada dalam jadual kerja. – Bukan saja dalam padang tetapi juga luar atau tepi padang (jika termasuk dalam skop kontrak) |
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
14 | Penjagaan rumput di luar padang permainan Memotong rumput, membaiki permukaan padang yang berlekuk atau terbonjol dengan melakukan hias-atas dengan pasir atau menggelek. Membaja secara rata dan konsisten. Melakukan pengudaraan tanah di kawasan yang menakung air dan ‘high-traffic’ seperti jalan masuk padang dsb. Kekerapan: dua kali sebulan. | – Rumput di luar padang – Di pagar, di tepi astaka dan sebagainya. – Bukan saja memotong tetapi juga membaja, meratakan dsb. |
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
15 | Penjagaan pokok bunga hiasan Meracun dan/atau membuang rumput di bawah pokok bunga, membaja pokok bunga, memangkas untuk mencantikkan ranting dan dahan pokok bunga yang panjang dan kerja-kerja yang berkaitan dalam penjagaan pokok bunga hiasan. Memotong atau meracun rumput yang tumbuh celah-celah batu dan tempat lain. Kekerapan: satu kali sebulan. | – Jika terdapat dalam skop kontrak, pokok bunga di astaka, keliling padang atau dekat pintu masuk perlu dijaga. |
Bil | Huraian Kerja | Rasional |
16 | Penjagaan trek balapan Membersihkan trek dari lumut dan kotoran atau bendasing lain. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan padang tidak merosakkan trek. Kekerapan: satu kali seminggu. | – Self explanatory lah kan? – Gunakan plywood tebal utk alas pergerakan mesin. |