Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput untuk Stadium

Posted by mynormas on January 27, 2015


Kesilapan memilih rumput adalah masalah utama kebanyakkan pemilik tanah, dari sekecil halaman rumah hinggalah ke sebesar padang golf. Rumput yang cantik di padang orang lain, belum tentu cantik di padang kita. Rumput yang cantik di dalam gambar, belum tentu cantik di tempat kita. Rumput yang cantik di nursery belum tentu cantik di laman kita.

Di tiap kawasan atau tanah atau tapak atau padang; redup, cuaca, iklim-mikro, keupayaan penjagaan, kegunaan dan sebagainya tak sama. Jadi jangan lah kita pilih rumput berdasarkan kecantikan atau kebagusan nya di tempat lain dan kita tangkapmuat dia di tempat kita dan berdoa supaya ia padan.

Di dalam slaid-slaid berikut saya cuba memberitahu apa yang saya pertimbangkan ketika saya membantu sebuah stadium membuat pilihan rumput. Saya cuba jadikan pemilihan rumput itu sebagai suatu proses sama seperti memilih pemenang dalam rancangan hiburan. Peserta rancangan hiburan ada menang dalam kategori tertentu dan ada peserta yang menang dalam acara keseluruhan. Begitu juga dalam pemilihan rumput; saya bahagikan proses pemilihan ke dalam tiga ‘kategori’ dan pilih pemenang untuk tiap kategori. Peserta yang paling banyak menang dalam kategori-kategori itu akan memenangi acara keseruhan. Tentunya pemilihan saya bukan muktamad, saya akan memberi ‘ranking’ dan terpulang kepada tuanpunya untuk membuat keputusan terakhir. Kadang-kadang, ada perkara yang berada di luar jangkaan seseorang. Contohnya tuanpunya mahukan rumput yang sama dengan stadium lain sediaada, atau rumput ranking kedua adalah rumput kegemaran boss, atau rumput dalam ranking pertama tiada ‘backup’ atau tiada di jual oleh pembekal/nursery lain. Maka mungkin tuanpunya mahu membuat ‘gamble’ dan memilih rumput dalam ranking kedua atau ketiga.

Menggunakan rumput yang tiada ‘backup’ adalah – pada pendapat saya – suatu keputusan yang berisiko tinggi. Padang kita  akan menjadi tebusan pembekal sekarang dan di masa yang sama, jika rumput di padang rosak atau mati seminggu sebelum suatu acara/pertandingan penting, kita tiada sumber untuk mendapat bekalan untuk menampal kawasan yang mati atau rosak.

Sebagai bonus, untuk mengelakkan pemilik padang ini menerima nasihat penjual yang memaksa mereka menggunakan terlalu banyak input sewaktu penanaman, saya telah memasukkan beberapa cadangan untuk proses tanam semula. Saya cadangkan supaya mereka kembali ke basic. Guna pasir kasar sudahlah, tidak perlu lain lain bahan seperti tanah liat, top soil yang terlalu banyak (satu lapis?) ataupun benda-benda ‘canggih’ lain.

Jika anda dalam proses memilih rumput untuk padang anda; silakan guna proses ‘3K’ ini. Jika anda ingin membuat penyampaian kepada boss anda dan anda memilih untuk menggunakan proses 3K, saya hanya minta anda beri kredit kepada saya.

Ataupun, jika anda akan membelanjakan jutaan ringgit untuk menanam padang, mengapa tidak belanja lebih kurang 0.001% dari satu juta untuk membayar seorang pakar yang telah membela rumput selama 20 tahun? Anda boleh tanya soalan ini sekarang atau anda boleh tunggu 3 tahun lagi bila soalan ini di tanya oleh pemberita, Board of Director ataupun pengguna ketika rumput di padang anda mula bermasalah.

Selamat membaca.

Advertisements

4 Responses to “Rumput untuk Stadium”

  1. zainodin shapeie said

    Assalamualaikum Tuan! Saya ZainodinShapeie CS Panaga Golf Club Seria Brunei.Tuan, saya disini sudah hampir 5 tahun alhamdulillah sehingga kini ok ajer.Untuk makluman Tuan, beberapa kali saya jumpa semasa Seminar diRoyal Chulan and the last is at KLGCC semasa CIMB Classic last month.Skrg Tuan pasti busy with the Malaysian Open right.Tuan, sebagai Cifu or Master Turf saya ingin nasihat tentang condition of my green presently.My green is Seranggoon.Sejak awal Dis 2014 sehingga last day hujan boleh dikatakan setiap hari menyebabkan green saya drawning kesejukan yg melampau.System drainage tidak ada cuma harapkan gradient saja.Green saya berpatches kehitaman dan berlumut.Treatments dibuat seperti coring,liming,fungiciding,top dressing and fert. supplements dah apply, tapi masih tak menjadi.So! Saya dengan rendah diri ingin meminta nasihat Tuan apa lagi yg perlu saya buat.Puas saya cuba berbagai cara tapi tak menjadi.Adakah ianya berpenyakit or else.This is the first time in five years terjadi macam ni.Pening saya Tuan.Minta tolong Tuan.Saya kepilkan gambar green.

    Like

  2. putera razyan said

    assalamuilaikum tuan..saya ada masalah mengenai padang..saya sedang mencari hollow tine untuk rawat tanah yang sudah keras..dimana saya hendak cari dan meyewa peralatan itu…

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam tuan, saya ada perkhidmatan itu. Jika ia sangat keras, mungkin tuan kena buat solid tine dahulu satu atau dua kali. Lepas tu baru hollow tine. Saya sewakan RM2,500 untuk satu padang bola.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: