Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘Bukit Jalil’

Lockdown: Apa nak buat pada rumput anda.

Posted by mynormas on March 17, 2020


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan seluruh negara 18 – 31 Mac 2020.

Edit: Masa saya menulis artikel ini beberapa hari lepas (sebelum “partial lockdown”) saya fahami bahawa ini bermakna pekerja padang juga seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah dan berkumpul kerana ini boleh merebak kan lagi virus ini. Saya membayangkan hanya “skeleton crew” terdiri dari beberapa orang sahaja yang akan dibayar lebih dan secara sukarela sahaja akan bekerja. Saya tak sangka ada padang yg full crew bekerja full day, ada yang halfday dan ada yg buat hollow tine!

Edit 2: The movement control order has been extended for another 2 weeks until 14th April. Much of what I wrote before remains the same.

  • The grass will continue to grow so cutting is necessary.
  • If cutting during the MCO can’t be done, then after MCO, cut high and reduce height gradually.
  • Water is required only on newly planted grasses. Established grasses, provided they’re healthy can survive without watering. At worst they’ll go dormant and come back after watering a few times.
  • Pest and disease control remains important if you have been having issues prior to MCO. If P&D issues starts during MCO, it probably won’t spread because there’s no players or staff to spread them.
  • You may find losses or damages to some course/field accessories and furniture: if you can’t put them in storage now, be prepared to replace or repair them.
  • You can postpone fertilising or cultural activities for duration of MCO.
  • I find it appalling any club would force all their workers to come to club and do normal work during MCO. What if one gets it and spread it among the other staff and then his family!? Maybe a few essential ones or those that stay on-site; I can understand, but all or most?

Sebagai penjaga rumput, apa tindakan kita? Bolehkah kita turut serta dan abaikan rumput kita? Jangan lupa bahawa

  1. Rumput adalah tumbuhan hidup. 
  2. Dalam konteks padang permainan ia adalah tanaman mono-kultura iaitu kawasan buatan manusia yg ditanam hanya dengan satu jenis tumbuhan saja. Maka pereputan menghasilkan hanya nutrien yang sama sahaja.
  3. Di kebanyakan masa, akibat dari tumbuhan mono-kultura, ia juga tidak mendapat perlindungan matahari terik.
  4. Mengikut pemotongan peraturan satu pertiga; rumput tidak boleh dipotong lebih dari satu pertiga ketinggian.
  5. Penanaman rumput di atas medium pasir bermakna air tidak banyak di simpan di dalam tanah.
  6. Makhluk perosak akan cepat membiak jika tak dikawal dalam kawasan mono-kultura.

Maka, apakah kerja yang perlu dilakukan sewaktu lockdown ini?

  1. Pemotongan: utk rumput yg dipotong pada ketinggian 15mm ke atas (fairway, rough padang bola dsb) sebaiknya anda potong seminggu sekali. Jika anda terpaksa tak potong maka pada 1 April nanti pastikan anda potong pada lebih kurang 50% lebih tinggi dari dahulu dan turunkan ketinggian 10% setiap dua atau tiga hari. Utk green padang golf, sebaiknya anda potong 2 hari sekali pada 10% atau lebih dari ketinggian sekarang. Jika anda terpaksa tak potong, buat sama seperti di atas.
  2. Penyiraman. Kawasan yg pasti perlu disiram ialah rumput yang baru ditanam. Utk rumput sihat, jika ia tak dapat air ia akan menjadi dorman (bertukar coklat) tetapi tidak mati. Rumput baru tanam akan mati. Jika rumput dorman tidak dapat air selama 30 hari, ia akan mati juga. Jika ada hujan. Ini boleh diabaikan.
  3. Kawalan makhluk perosak. Jika anda di landa serangan makhluk perosak seperti serangga atau kulat maka kawalan perlu sebelum anda bercuti atau anda boleh kembali bekerja pada 1 April dan kehilangan rumput (dan kerja). Jika kawasan anda biasa diserang makhluk perosak, saya cadangkan aplikasi racun sistemik (serap) sebelum cuti.
  4. Saya mencadangkan penyimpanan semua benda yang boleh dicuri seperti tiang bendera sepakan sudut, pin, cup, tee marker dsb.

Apa kerja yg boleh kita tunda?

  1. Pembajaan.
  2. Kerja-kerja amalan kultura seperti pengudaraan tanah, nyah-thatch dll.

Rumput adalah tumbuhan yg lasak dan cepat membiak. Maka tak perlu terlalu risau. Worse comes to worse, kita tanam semula. Anda boleh dapati sumber tanam semula dalam laman web ini.

Tujuan penulisan ini ialah untuk kita memberi beberapa fakta kepada majikan, boss, tuan punya padang dsb.

Ingat! Penjagaan rumput adalah suatu kerja profesional dan mempunyai sains dan seni nya. Ini perlu diteruskan dan ditekankan supaya harga kita kerja dihargai dan kita tak dianggap boleh diganti dengan beberapa orang pekerja asing dari Bangladesh atau Indonesia.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan berada dalam keadaan sihat sewaktu keadaan mencabar ini dan jika ada sebarang persoalan, sila tanya di sini atau di FB mynormas.com dan bukan secara pm.

Terima kasih.

Read the rest of this entry »
Advertisement

Posted in landskap, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Buat Line

Posted by mynormas on March 16, 2017

Saya selalu mengambil mudah tentang pembuatan garisan di padang bola sepak. Hinggalah pada suatu minggu saya diberitahu bahawa padang di bawah jagaan saya akan dijadikan venue pertandingan bertaraf kebangsaan. Sekarang, ia adalah padang latihan maka kawasan depan gol adalah kawasan yang amat rosak.

Saya tahu apa yang perlu berlaku ialah saya perlu pindahkan gol supaya kawasan yang rosak (walaupun telah dibaiki) tidak lagi berada di depan gol; ertinya saya perlu pindahkan padang ke kiri atau ke kanan atau ke depan/belakang supaya penjaga gol dan penyerang tidak bergomol di atas kawasan rumput yang baru ditanam semula.

Walaupun saya bernasib baik padang itu tidak dikelilingi balapan, saya tidak bernasib baik kerana bucu kawasan berumput telah diambil untuk membuat bangunan tandas maka kawasan berumput tidak lagi berbentuk segiempat tepat. Manakala di sebelahsana pula, sebesar 1 meter telah diambil untuk membina pagar untuk menghalang bola keluar, jadi kawasan yang ada untuk saya gunakan hanyalah beberapa meter sahaja jika diambil kira ruang untuk penyepak sudut dan melontar ke dalam. Soalan saya ialah; besar mana padang yang diperlukan oleh pertandingan? Berapa jarak dari pinggir yang dibenarkan?

Abd Rashid bin Ayob

Di sinilah wira posting ini masuk; En. Abdul Rashid bin Ayob, umur 56 tahun dengan pengalaman 30 tahun dalam bidang membuat garisan padang bola sepak, hoki, ragbi, takraw dan sebagainya tapi pingpong tak termasuk. Walaupun saya boleh rujuk di internet dan tahu bahawa walaupun antara padang paling besar ialah kepunyaan Hull City (114m x 74m) dan antara paling kecil ialah Stoke City (100 x 64m) dan EPL telah cuba untuk mencadangkan saiz 100.58m x 64.01m sebagai suatu piawai, saiz padang bola untuk kegunaan liga di Malaysia sukar di cari. Mujur ada Pak Rashid sebagai rujukan saya.

Dengan bantuan Pak Rashid kami berjaya mengalih padang dua meter ke kanan dan mengecilkan 0.6m ke dalam (untuk mengelakkan penjaga gol berdiri di atas bekas tiang lama).

Masalahnya, pada hari perlawanan – yang akan bermula pada pukul 4.45 petang, saya ada padang baru TANPA garisan! Komisioner Perlawanan atau Games Commissioner akan memeriksa padang sekali lagi pada pukul 3.00 petang!

Pak Rashid tenang, dia tidak terburu-buru, apatah lagi kalut.

Tarik Pak Rashid; tarik!!!

Dia memulakan membuat garisan selepas gol baru di tanam dan menjadikan titik tengah diantara dua tiang itu sebagai titik permulaan dan dengan berhati-hati memulakan kerja dengan menarik tali sepanjang tepi padang baru dan menggunakan dua besi mempastikan tali tersebut tegang dan lurus. Saya betul tak sangka betapa susahnya untuk menarik tali sepanjang 110 meter yang tebal dan berat di atas padang yang berpermukaan rumput.

Dia kemudian memulakan membuat garisan menggunakan alat pembuat garisan yang diisi dengan cat berasaskan air. Siap saja garisan itu, saya menarik nafas lega, tapi tidak Pak Rashid, dia tidak berpuas hati.

“Tak lurus” katanya.

Silap 0.5 inci; sorang padam, sorang buat baru.

Saya perhatikan betul-betul, garisan luar cat itu berada lebih kurang 0.0125m di luar tali. Hendak saja saya kata “Relax lah Pak Rashid, dah suntuk masa, tak kan ada orang perasan besar tu” tetapi saya tak berani. Pak Rashid mengarahkan pembantunya, Abang Azam menggunakan sebuah mop basah, mencuci garisan di luar tali dan dia mula cat semula garisan tadi.

Habis garisan itu, dia memulakan garisan gol disebelah sana dan kami tanam gol sana pula. Masa sudah pukul 12.00 tengahari dan matahari panas. Pak Rashid tidak berhenti untuk makan. Malah, dia tidak berhenti ketika hujan juga!

Di satu lagi padang saya di Johor, saya ada masalah garisan kotak penalti di sebelah sini tidak selari dengan garisan kotak penalti sebelah sana dan saya tak pasti bagaimana untuk meluruskan nya kerana ukuran semua sama tapi di pandangan mata; tidak selari. Sehari bersama Pak Rashid, saya sudah nampak penyelesaiannya; tarik tali dari hujung padang sini ke hujung padang sana, tanda ukuran yang kita mahu di kedua dua hujung dan cat di pinggir tali hingga ke tanda kita tadi. Nah! Dua garisan lurus selari untuk dua kotak penalti.

Kami siap garisan pada 2.50 petang dan Game Commissioner yang memerhatikan kerja kami dari tadi, memeriksa padang dan mempersetujui ia boleh digunakan. Lega.

Terima kasih Pak Rashid (dan Abang Azam, dan Din dan Pak Ali juga).

Malangnya; main hanya 39 minit, hujan lebat telah menyebabkan referee menangguhkan permainan.

Rujukan:

http://www.thefa.com/football-rules-governance/lawsandrules/laws/football-11-11/law-1—the-field-of-play

http://www.football-stadiums.co.uk/articles/are-all-football-pitches-the-same-size/

Posted in Fields, Padang, Padang Bola, stadium | Tagged: , , , , , | 8 Comments »

Berapa tinggi Bukit Jalil?

Posted by mynormas on May 14, 2015

Post ini adalah tambahan kepada penulisan sebelum ini. Saya baru teringat nak letak gambar bayang bayang di stadium tu di laman web ini untuk membuktikan kesukaran menggunakan rumput yang perlukan matahari. Sedang saya meneliti gambar stadium saya terperasan ada nombor kecik kat hujung kanan bawah gambar Google Earth ni.  Satu daripadanya adalah ‘eye altitud’  iaitu saya rasa menunjukkan ketinggian ‘mata’ yang melihat gambar ini, dan satu lagi ialah ‘elevation’. Apa itu ‘elevation’? Adakah ia ketinggian dari aras laut? Tapi kan padang ini dikatakan lebih rendah dari aras laut? Kenapa dia tulis 55 meter?

Bacaan elevation adalah 55 meter

Perhatikan bayang bayang di stadium (dan juga elevation di sebelah kanan bawah gambar)

Oleh kerana tak puas hati dengan pengetahuan saya, saya pun buat search di internet apa itu elevation dalam context Google Earth. Tidak berhasil…

Maka saya ambil keputusan untuk cari titik rujukan (point of reference). Saya periksa dengan kawasan sekelliling stadium tapi itu tidak menjawab soalan saya: 55 meter dari apa?

Terdetik di fikiran saya; mungkin dari paras laut? Tapi… tak mungkin. Walau macamanapun saya pergi (dengan Google Earth) ke laut yang terdekat dengan stadium Bukit Jalil iaitu di daerah Klang.

Boom.

“elev 0 meter”.

Maknanya, stadium Bukit Jalil adalah 55 meter lebih tinggi dari aras laut di pelabuhan Klang.

Ia adalah 0 meter elevation

Lihat ‘elev’ yang bunyi macam nama orang tapi sebenarnya adalah singkatan utk ‘elevation’

Kalau ada yang tanya kenapa saya ambil point of reference kat hujung Sungai Klang dan bukan kat laut; ini adalah kerana saya nak nampak nama Pelabuhan Klang itu. Plus, Google Earth ukur elevation tanah, so kat tengah laut dia dah jadi nombor negatif.

Perhatian, part ini bukan lah kepakaran saya, jadi kalau ada pakar yang kata Google ada silap baca ke apa ke… sila lah komen.

Posted in Fields, Padang | Tagged: , | 2 Comments »

Cowgrass di Bukit Jalil

Posted by mynormas on April 6, 2015

News has it that the National Stadium in Bukit Jalil will soon be using Cowgrass on its field, replacing the current Bermuda grass. That news would not be surprising to most golf course superintendents who by experience, know that Bermuda is not a shade-tolerant species, though for me, when told that it was a new hybrid called “Green Mountain” I thought it may be a new shade-tolerant hybrid which I (and Mr. Google) have never heard of before. Perhaps this is something that just might work. I mean, someone would’ve research it or was given proof or assurance that this new hybrid is shade-tolerant. Right?

Cowgrass: Up Close and Personal

Cowgrass: Up Close and Personal

After all, before choosing a grass, we would need to know the suitability of the grass based on the field’s micro-climate kan? Not just the climate of the country. The use of the field must also be considered, choosing a grass based on its looks (this usually means dark green colour) would just invite… well, disaster. As at now, I am not sure about the effect of a field being below sea level (really? Bukit Jalil is below sea level!?) on grass health. I know that at a high altitude it gets colder and we can use cool season grass like Bentgrass is used on the greens of Cameron Highlands and Kinabalu golf clubs but at ‘lower than sea level’ altitude Bermuda won’t survive? Thats new to me but … but… how come its doing very well at the golf club next door?

Long story short, I still think changing the grass is a good idea. Cowgrass may not be the perfect grass, but in my opinion it is one of the best grass for that particular field, especially if the field is intendend for use with other activities other than football since I believe if the Cowgrass is well-maintained, it would recover faster from a few days of being covered with equipment eg stage or carpeting.

Khabarnya rumput di stadium Bukit Jalil akan di tukar ke Cowgrass. Saya berharap kali ini kita akan bernasib baik dan pemilihan rumput di lakukan dengan mengambilkira semua aspek berkaitan kesesuaian rumput dan stadium. Apa yang sesuai untuk suatu stadium di suatu lokasi tidak semestinya sesuai untuk lokasi lain.

Ia bukan sahaja tentang cuaca tetapi juga tentang micro-climate di sesuatu lokasi, begitu juga kegunaan dan kemampuan tuan punya padang untuk menjaga rumput tersebut. Kemampuan di sini bukan sahaja tentang wang ringgit tetapi juga tentang penjadualan penggunaan padang. Kalau padang itu sentiasa sibuk dengan aktiviti, janganlah guna rumput yang perlukan penjagaan yang tinggi (contohnya Paspalum atau Zoysia).

Saya tidak pasti apa kesan padang berada di bawah paras laut ke atas rumput: ini pertama kali saya dengar. Saya tahu kalau padang berada tinggi di atas paras laut dan cuaca menjadi sejuk kita boleh guna rumput musim sejuk seperti Bentgrass digunakan di padang golf di Cameron Highlands dan Gunung Kinabalu, tetapi tak pernah tahu ada masalah rumput bila padang di bawah paras laut malah, fakta bahawa Bukit Jalil di bawah paras laut pun adalah perkara baru untuk saya. Setahu saya, padang golf di sebelah stadium itu ada menggunakan tiga hybrid Bermuda iaitu Tifway 419, Greenlees Park dan juga Tifdwarf tanpa masalah kesihatan di sebabkan oleh berada di bawah paras laut.

Dari segi sains, kalau terlalu teduh, maka rumput tidak dapat cukup matahari untuk lakukan fotosintesis, tapi apa masalahnya kalau di bawah paras laut ya? Hairan juga saya. Mungkin ada pembaca yang boleh bantu?

Cowgrass bukan rumput yang sempurna ataupun perfect, tetapi pada pendapat saya ia adalah pilihan yang amat baik untuk stadium Bukit Jalil. Cowgrass mempunyai beberapa kelemahan juga, dalam konteks stadium ini, saya hanya mahu cerita tentang dua: ia tidak tahan kemarau dan ia mempunyai karakter/sifat daun yang lebih lembut.

Kalau tak puas hati apa yang saya cakap dan nak lebih selesa dengan mendengar dari pakar orang putih yang di depan nama dia ada pangkat ‘doktor’ boleh rujuk kepada slaid Dr Donald S. Loch dari University of Queensland dalam suatu seminar yang boleh di download dari laman web seorang lagi pakar rumput orang putih dan juga ada pangkat ‘doktor’ dan terus ke muka surat 3 slaid ke empat untuk cerita nya tentang Axonopus compressus atau Broadleaf Carpetgrass (mereka tak panggil Cowgrass, malah di Indonesia mereka panggil Elephantgrass atau rumput gajah).

Memanglah masalah tak tahan kemarau tu boleh di selesaikan dengan menggunakan sistem penyiraman, tetapi awas, terlalu pemurah dengan penyiraman akan menyebabkan rumput ber akar pendek dan mudah tersopak bila di sepak (sedap pulak bunyinya). Kepada tuan-tuan padang yang lain yang tak perlukan pakar berkulit putih dan ada pangkat doktor untuk menerima cadangan, saya cadangkan menyiram hanya di waktu pagi dan jika cuaca terlalu panas: di waktu tengahari untuk menyejukkan kanopi rumput. Jika tuan-tuan (ataupun puan; saya tidak sexist dan mungkin ada person-in-charge padang yang perempuan) mempunyai kemampuan menyiram yang terhad: siram hanya pada kotak penalti dahulu, kawasan padang lain kemudian.

Gambar kesan tine

Contoh kesan pengudaraan tanah.

Satu lagi yang tuan-tuan perlu buat di waktu kering ialah ‘pengudaraan’ secara ringan, iaitu menggunakan besi tajam untuk menyucuk tanah dan membuat lubang-lubang kecil untuk membantu air turun.

Siram juga MENGIKUT KEPERLUAN dan bukan mengikut jadual. Kita kena balance keperluan supaya tidak memanjakan rumput. Jika dia manja, dia akan kurang lasak. pada waktu pagi, sebelum siram, guna paku atau pen (ambik atas meja orang lain) cucuk dan masukkan jari di beberapa tempat; kalau lembab, jangan siram pagi tu, test lagi tengahari nanti.

Tentang kelasakkan rumput; tak banyak yang saya boleh kata kecuali “Jaga pembajaan” iaitu baja ikut jadual. Saya cadangkan baja dua bulan sekali dengan baja yang kurang nitrogen dan mungkin lebih kalium. Baja sedikit tetapi selalu.

Satu lagi sebab saya sokong penggunaan Cowgrass ialah kerana ia adalah rumput yang amat tahan redup, ertinya kalau sekadar beberapa hari di tutup oleh papan plywood atau pentas; dia boleh recover dengan syarat penjagaan nya betul.

Ya, saya tergolong dalam kelompok kecil orang yang percaya bahwa padang bola boleh digunakan untuk tujuan lain. Malah pada pendapat saya, daripada padang itu di gunakan lima hari seminggu untuk bola yang akan merosakkan depan gol dan tempat sepak mula, lebih baik ia digunakan untuk aktiviti lain yang akan menggunakan kawasan lain di padang itu.

Nasihat ini terutamanya untuk padang awam; ingat, walaupun padang tu tak di gunakan, ia bukan lah bangunan stadium yang boleh di tutup lampu dan air hingga bulan depan: ia tetap kena di baja dua bulan sekali dan di potong seminggu dua kali (ya! seminggu dua kali!). Jadi lebih baik ia digunakan untuk konsert atau tarik tali atau apapun asalkan ada jugak duit masuk.

Nak buat perhimpunan pun boleh dengan syarat drainage ataupun sistem saliran berfungsi baik. Kita letak 22 orang atau 22,000 orang atas padang pun, setiap orang akan berada di atas petak peribadi nya sendiri yang mungkin seluas 1 meter persegi atau kurang; jadi apa masalahnya? Berat kolektif semua 22,000 orang tidak boleh berkumpul tertumpu kepada mana-mana titik kelemahan atas padang yang berada di atas tanah di bumi. Jangan gelak, kerana ini berbeza dengan contohnya Dataran Merdeka yang padangnya berada di atas tempat parkir yang mempunyai tiang. Maka berapa banyak beban yang boleh ada di atas padang akan bergantung kepada berapa beban yang boleh di terima oleh tiang-tiang dan palang-palang di antara tiang-tiang tersebut. Itu kena tanya para jurutera yang bertanggungjawab.

Kalau 22,000 orang ini mendatangkan masalah dengan ‘menggaulkan’ tanah dan menyebabkan padang berlumpur atau rumput terkopak, maka percayalah cakap saya, pemain bola pun akan menyebabkan kerosakkan yang sama, malah lebih teruk lagi kerana mereka berlari, menyepak, sliding dan melompat. 

Tapi jika padang itu mempunyai masalah saliran iaitu air sentiasa ada dalam profil tanah atau ia berada pada tahap tepu dengan air, padang itu akan mempunyai masalah; biar 22 orang ataupun 2 orang. Of course kesannya tertumpu pada tempat yang 22 atau 2 orang itu pijak sahaja tapi jangan lupa, 22 orang pemain bola campur 3 orang pegawai akan berada di keseluruhan padang selama 90 minit jadi padang tetap akan rosak secara keseluruhan tetapi lebih lagi di tempat permainan tertumpu. Dimana? Kotak penalti dan tempat sepak mula…

Fikir-fikirkanlah.

Posted in Fields, Padang, Rumput | Tagged: , , , , | 4 Comments »

Rumput untuk Stadium

Posted by mynormas on January 27, 2015

Kesilapan memilih rumput adalah masalah utama kebanyakkan pemilik tanah, dari sekecil halaman rumah hinggalah ke sebesar padang golf. Rumput yang cantik di padang orang lain, belum tentu cantik di padang kita. Rumput yang cantik di dalam gambar, belum tentu cantik di tempat kita. Rumput yang cantik di nursery belum tentu cantik di laman kita.

Di tiap kawasan atau tanah atau tapak atau padang; redup, cuaca, iklim-mikro, keupayaan penjagaan, kegunaan dan sebagainya tak sama. Jadi jangan lah kita pilih rumput berdasarkan kecantikan atau kebagusan nya di tempat lain dan kita tangkapmuat dia di tempat kita dan berdoa supaya ia padan.

Di dalam slaid-slaid berikut saya cuba memberitahu apa yang saya pertimbangkan ketika saya membantu sebuah stadium membuat pilihan rumput. Saya cuba jadikan pemilihan rumput itu sebagai suatu proses sama seperti memilih pemenang dalam rancangan hiburan. Peserta rancangan hiburan ada menang dalam kategori tertentu dan ada peserta yang menang dalam acara keseluruhan. Begitu juga dalam pemilihan rumput; saya bahagikan proses pemilihan ke dalam tiga ‘kategori’ dan pilih pemenang untuk tiap kategori. Peserta yang paling banyak menang dalam kategori-kategori itu akan memenangi acara keseruhan. Tentunya pemilihan saya bukan muktamad, saya akan memberi ‘ranking’ dan terpulang kepada tuanpunya untuk membuat keputusan terakhir. Kadang-kadang, ada perkara yang berada di luar jangkaan seseorang. Contohnya tuanpunya mahukan rumput yang sama dengan stadium lain sediaada, atau rumput ranking kedua adalah rumput kegemaran boss, atau rumput dalam ranking pertama tiada ‘backup’ atau tiada di jual oleh pembekal/nursery lain. Maka mungkin tuanpunya mahu membuat ‘gamble’ dan memilih rumput dalam ranking kedua atau ketiga.

Menggunakan rumput yang tiada ‘backup’ adalah – pada pendapat saya – suatu keputusan yang berisiko tinggi. Padang kita  akan menjadi tebusan pembekal sekarang dan di masa yang sama, jika rumput di padang rosak atau mati seminggu sebelum suatu acara/pertandingan penting, kita tiada sumber untuk mendapat bekalan untuk menampal kawasan yang mati atau rosak.

Sebagai bonus, untuk mengelakkan pemilik padang ini menerima nasihat penjual yang memaksa mereka menggunakan terlalu banyak input sewaktu penanaman, saya telah memasukkan beberapa cadangan untuk proses tanam semula. Saya cadangkan supaya mereka kembali ke basic. Guna pasir kasar sudahlah, tidak perlu lain lain bahan seperti tanah liat, top soil yang terlalu banyak (satu lapis?) ataupun benda-benda ‘canggih’ lain.

Jika anda dalam proses memilih rumput untuk padang anda; silakan guna proses ‘3K’ ini. Jika anda ingin membuat penyampaian kepada boss anda dan anda memilih untuk menggunakan proses 3K, saya hanya minta anda beri kredit kepada saya.

Ataupun, jika anda akan membelanjakan jutaan ringgit untuk menanam padang, mengapa tidak belanja lebih kurang 0.001% dari satu juta untuk membayar seorang pakar yang telah membela rumput selama 20 tahun? Anda boleh tanya soalan ini sekarang atau anda boleh tunggu 3 tahun lagi bila soalan ini di tanya oleh pemberita, Board of Director ataupun pengguna ketika rumput di padang anda mula bermasalah.

Selamat membaca.

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Landscape, Maintenance, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , , , , , , , | 6 Comments »

Padang dan belang

Posted by mynormas on November 18, 2014

Stripes, whether on a football field or a golf course fairway, are nice to look at. Some Superintendents/Groundsmen are quite creative and can create nice patterns. However, the danger of having one direction of stripe for years and the same mower every time we mow, is creating ruts where the tyres are.

File picture; not directly related to story.

Nice stripes from a simple tractor. But at least this is a light machine.
Gambar hiasan.

For those not in the know; to get those nice stripes that you see on TV or at your local field/fairways/rough, the mower operator has to mow in the same place and at the same direction every time. The grass then bends in that particular direction and when the mower comes back on the ‘return’ trip, the grass will bend in the opposite direction. The effect of light reflecting on the bent grass are what creates the striping effect. Not really the cutting action per se, more likely the rollers behind the ‘knife’.

Its easier to do with some grass compared to others. For the grasses that are harder to create the stripes, the mower operators has to be disciplined and skilled enough to be able to repeat that task every time he/she mows. Some courses/fields can have a few directions to spread the wear and tear but in Malaysia, most clubs will have one one direction of mowing; from tee to green of fairway or on the football field, from one side of the field to the other i.e. left to right.

If you don’t spread out the wear and tear and keep on mowing in the same place/direction every time over many years and even during wet soil conditions – especially if you don’t aerate your fairways – what will happen is that the machine’s tyres will always be in the same location every time you mow and this will soon create ruts.

Maybe not my best artwork; but what I'm trying to show is a profile of ruts created by a machine.

Maybe not my best artwork; but what I’m trying to show is a profile of ruts created by a machine’s tyres.

I recently advised one club to change the direction of their fairway stripes because it has been that since the beginning. I suggested a ‘diamond’ cut from two directions to create a checker board effect from a straight up and down striping as it is now. At least then there can be two set of places where the machine’s tyres can be placed and since that particular club mows its fairways twice a week, that means on one day it will mow from left to right and on the other; right to left.

When the owner came by a few weeks ago, he decided he preferred the old stripes and instructed the Superintendent to go back to the old stripes. The Superintendent were not able to give a proper explanation why we changed mowing direction and had no choice but to go back to the previous direction.

Sigh… I guess I should let it go, but the rainy season has just begun and I’m afraid the ruts will just get worse.

Belang pada padang – samada pada fairway padang golf atau di padang bola – adalah cantik. Tetapi ia datang dengan kos tertentu. 

Pedulikan botol air mineral tu. Apa yang saya nak tunjuk ialah arah rumput baring akan menentukan warna belang rumput.

Pedulikan botol air mineral tu. Apa yang saya nak tunjuk ialah arah rumput baring akan menentukan warna belang rumput.

Untuk mendapatkan belang tersebut, si operator yang membawa mesin mestilah memotong pada arah dan tapak yang sama setiap kali dia memotong. Ini kerana belang itu datang dari rumput yang ‘baring’. Bila mesin itu potong ke arah hadapan kita, rumput itu akan baring ke pergi dari; dan bila mesin itu potong di arah berlawanan iaitu ke arah kita, rumput akan baring ke arah kita. Cahaya yang melantun atas permukaan rumput itu akan membalikkan jumlah cahaya yang berbeza dan memberi kesan belang yang kita nampak. 

Oleh kerana mesin itu terpaksa potong pada arah dan lokasi yang sama setiap kali ia potong selama bertahun-tahun; tayar mesin itu akan berada di lokasi yang sama dan akan membentuk lekuk terutamanya bila kita potong pada waktu tanah lembik; i.e musim hujan. 

Untuk mengurangkan efek tersebut, saya cadangkan padang mempunyai dua atau tiga ‘pattern’ belang supaya mampatan dari tayar boleh di sebarkan ke beberapa lokasi. Ini mungkin membantu. 

Example of striping on football field

Contoh belang atau stripe di padang bola.

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Maintenance, Padang, Padang Golf | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Stadium di negara jiran

Posted by mynormas on November 10, 2014

Orang putih kata; “Misery loves company”, maka supaya stadium nasional kita tidak kesunyian dalam kesengsaraan saya ingin berkongsi berita tentang masalah di sebuah lagi stadium nasional, tetapi di negara jiran. Bukan untuk mentertawa (macam lah stadium kita bagus sangat nak ketawa kat orang) atau membantu, tetapi mungkin supaya kita insaf bahawa bukan kita sahaja yang ada masalah. Orang lain pun sama. Mereka telah sampai tahap sebuah akhbar tempatan The New Straits Times (Singapura) dalam editorial nya telah memberi amaran bahawa jika keadaan padang tidak di perbaiki segera, maka ia akan menjadi suatu national disgrace (kemaluan kebangsaan?)

Seorang kawan saya Dr. Micah Woods (tiada kaitan dengan Tiger Woods) yang merupakan pakar rumput terkemuka, telah mengikuti perkembangan stadium nasional Bukit Jalil melalui laman web ini. Dia berkongsi tentang masalah yang di hadapi oleh stadium nasional yang baru di bina di Singapura. Perkara ini telah di bincangkan di parlimen mereka sendiri kerana mereka akan menjadi tuan rumah beberapa acara antarabangsa dalam masa terdekat dan bimbang ia akan menjejaskan reputasi negara Singapura.

Yang menjadi pelik kepada Dr. Woods dan saya ialah, sama seperti saya tidak faham pemilihan rumput yang memerlukan cahaya matahari yang banyak di gunakan di stadium yang teduh seperti di Bukit Jalil; mengapa Stadium Nasional Singapura yang baru telah memilih untuk menggunakan rumput musim sejuk di negara beriklim tropika! Di laporkan mereka menggunakan rumput jenis rye dan blue grass, yang di sulam dengan fiber artificial untuk membentuk permukaan hybrid. Canggih…

Dr. Woods seterusnya memberi maklumat – dengan mengandaikan bahawa rumput yang di namakan dalam laporan akhbar adalah tepat – dalam blognya bahawa perennial ryegrass (Lolium perenne) dan Kentucky bluegrass (Poa pratensis) di tanam di kawasan yang mempunyai suhu purata kurang dari 16 darjah Celsius. Singapura, yang jaraknya dari Malaysia boleh di ukur dengan menyusun pinggan pinggan yang telah di cuci dengan hanya satu botol sabun pencuci Joy, akan mempunyai suhu yang lebih kurang sama dengan Malaysia di antara 21 – 32 darjah Celsius.

Dr. Woods seterusnya memberi beberapa fakta saintifik tentang jumlah cahaya yang di perlukan oleh rumput jenis itu dan bagaimana ia boleh di terima di stadium tersebut dengan beberapa andaian. Rumput musim sejuk boleh tumbuh di kawasan teduh kerana di negara musim sejuk, terdapat bulan bulan yang memang mempunyai malam yang lebih panjang dari siang. Untuk lebih info, sila baca di laman web beliau http://www.blog.asianturfgrass.com/

Posted in Padang | Tagged: , , | 6 Comments »

matrella rumput stadium?

Posted by mynormas on November 6, 2014

For the record, some guy from Bernama called me while I was having lunch on Tuesday. It was rather noisy.

Dia kata to rectify current Stadium Nasional Bukit Jalil problem, PSM/the management tak tahu either nak tukar rumput to Cowgrass or nak pecah bumbung (coz not enough sunlight), I said there is a 3rd option, which is to use grow light like in Europe. But to choose which is best option, will be about costs, so “kena tanya accountant lah ha ha ha”. Dia pun gelak. I sambung;
“By the way, bukan sahaja Cowgrass, Zoysia matrella pun shade tolerant jugak”. He asked for the spelling, I told him and that was that. I did not mean to suggest Zoysia matrella per se.

From the beginning I insisted that I cannot comment on the specifics of the stadium field’s problems but only in general; maintenance and turf issues. Because I wasn’t involved and don’t know the details.

Yet, I will admit that the facts are right, it is also sometimes known as Manila grass, it has lower maintenance needs in some aspects, and when pressed by the reporter, I did say I would choose option 1 – to change the grass.

Why, because I believe that if it is a different grass, we can then use the field for multiple events and not just football. I know, I’m going against popular opinion but let me assure you that if the field is used ONLY for football 1. The stadium will be a waste of space and 2. You will wear the same places out faster (penalty box, kickoff spot, and linesman’s rut) as compared to spreading the wear and tear over many other places if it is used for other activities. 3. Bear in mind that whether we use the stadium or not, we still have to cut the grass, fertilise it etc. Its not like the stadium building where we can switch off the lights and leave it till the next event. 4. Most importantly, the field is designed to bear the weight of one person at any point on its surface. So, whether its 22 people or 22,000, if each person only occupies his/her personal space, the field can take it.

image

image

Posted in Fields, Padang, Rumput, Rumput secara am | Tagged: , , | Leave a Comment »

Concert in stadiums

Posted by mynormas on August 26, 2013

Ok jer? (Nota: bukan di Bukit Jalil ATAUPUN di  Malaysia.

Ok jer?
(Nota: Ini bukan di Bukit Jalil ATAUPUN di Malaysia.

Kenapa tak boleh? Asalkan stadium tu di design untuk itu maka saya tak nampak kenapa tak boleh. Stadium satu kegunaan adalah kemewahan; kalau mampu bagus; kalau tak mampu, lebih baik kita buat dari awal lagi stadium itu pelbagai-guna.

Apa guna buat stadium besar dan hebat tapi tiada duit atau hanya mengharapkan bantuan dana untuk maintenance? Dana yang datang hanya pada tahun ada pilihan raya? Lebih baik spend a little more untuk dapatkan stadium yang boleh di sewakan kepada orang ramai untuk pelbagai guna. Sebahagian (contohnya 10%) dari keuntungan setiap bulan mesti di simpan dalam suatu tabung yang akan di gunakan untuk memperbaik stadium setiap 8-10 tahun.

Kalau kita ada stadium yang hanya akan digunakan untuk bola sahaja; termasuk untuk ‘sesi latihan’ mungkin keseluruhan padang tak rosak tapi saya boleh jamin yang rosak dan lebih susah di baiki ialah depan pintu gol, tengah-tengah bulatan padang dan juga tempat penjaga garisan lari.

I read with interest the views and comments from various quarters with regards to the current state of football field maintenance in the country.

The golf course industry has a head start in the maintenance of turfgrass in Malaysia and perhaps there are some lessons to be learnt; choice of grass, cultural practice, grass cutting and multi-use.

First of all, the type of grass to be planted is important. There are three important criteria to think about when choosing grass: 1. Location; how much sunlight does it get? Is it a water-logged area? 2. What will it be used for; is it for aesthetics? Is it for rough and rugged use? And 3. What is the cost or level of maintenance that can be afforded to be spent on the field in future?

Maintenance of turfgrasses are beyond grass cutting or fertilizing or even just the occasional ‘hollow-tining’. There is a category of work called ‘cultural practice’ which includes aeration, mowing, topdressing, vertical-cutting and irrigation that is often ignored by football fields. There needs to be a regular schedule for these activities.

The Ministry of Youth and Sports started a regular panel discussion on the curriculum for the training of groundskeepers with input from various quarters for the past few years. I’m sure when it is implemented; there will be more people with knowledge about field maintenance. Even grass cutting isn’t as easy as it sounds.

My opinion somewhat differs from most; I do not strongly feel that football stadiums should be limited to football matches. At least not until our football associations actually have enough funds to maintain the fields. Let’s face it; can the authorities financially afford to have single use fields? If we can; well and good. If we can’t; let’s design (or redesign) the field to be multipurpose from the start. I think we’d rather have a well utilized field with enough funds to do proper maintenance than have a field reserved for the occasional football match but no money to maintain it; Barcelona may still refuse to play there.

Seriously, to earn extra income, even if we rent the field for football training or local football games, it will just wreck areas of focus like the penalty spot and in front of the goalmouth. Renting the field for a march past or a ‘demonstration’ will be safer for the field since they would stay away from football’s area of focus. Will 100,000 people damage the field? I’d say not on a well built field. A field will be designed to support the weight of a robust and aggressive person wearing shoes with studs. One person will take up as much space and put the same pressure whether he is a footballer or a demonstrator or marcher. Whether it is a 22-person football match or a 100,000-person show of support; any one person will only step on the one amount of field at any one time.The field is not like a bridge or building where the combined weight will have to be supported by a beam, foundation or certain parts of the building. Concerts? The field must be designed for it. Whats most damaging to the grass is the sunlight denied to it by any equipment put on it for any amount of time longer than one day (depending on types of grass); they can’t do photosynthesis.

A combination of the most suitable grass, scheduled maintenance, regular cultural practice and enough funds for machinery, knowledge and other inputs will ensure our football fields will improve, even if our footballers don’t.

Posted in Fields, Maintenance, Padang | Tagged: , , | Leave a Comment »

Rumput Bukit Jalil

Posted by mynormas on August 13, 2013

Terlalu subur?

Paspalum yg subur

Lately, many Malaysians have asked me the name of the grass at the Bukit Jalil National Stadium. The fact that Barcelona FC have demanded a change in venue and the rumour that one of their player was injured during training due to the quality of the field has caused national embarassment. Add to that; a last-minute change in venue and the combined effect has sent quite a bit of traffic to this website.  Not to mention a few phone calls and a couple of tweets. Not all of them nice. FYI the grass is called ‘Seashore Paspalum’.

Untuk menjawab pertanyaan yang banyak datang sejak kebelakangan ini, rumput di stadium nasional Bukit Jalil ialah dari jenis Seashore Paspalum atau nama saintifik nya Paspalum vaginatum. ‘Seashore’ bermaksud ‘tepi pantai’.

Biasanya ia di pilih kerana ia mempunyai warna hijau gelap yg jarang ada pada rumput lain kecuali Cowgrass. Untuk padang golf, sebab-sebab ia di pilih ialah kerana ia tahan pengairan oleh air yang telah dicemari dengan air masin (untuk padang golf di tepi laut) dan juga ia boleh di potong pada ketinggian yang amat pendek.

Di tepi laut, ia adalah ‘hero’; ia mempunyai sedikit saingan daripada rumput atau tumbuhan lain dan ia juga mempunyai kurang masalah dari serangan serangga, bakteria ataupun kulat yang boleh hidup di kawasan itu. Ertinya ia telah sesuai dengan persekitaran tepi laut.

Bawa ia jauh dari laut, maka ia terpaksa bersaing dengan rumput dan tumbuhan lain yang kini mempunyai ‘level playing field’ (pun intended). Ia juga akan ‘menjumpai’ makhluk perosak seperti serangga (yang mungkin sebelum ini tidak ada di tepi laut) dan juga pelbagai jenis kulat yang sekarang mempunyai mangsa baru. Saya belum dengar lagi tentang virus atau bakteria menyerang Paspalum.

Bukan tidak boleh menggunakan Paspalum jauh dari laut, tetapi ia akan mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi. Lebih tinggi dari rumput yang dah memang sesuai di tanam di kawasan itu. Dua padang golf jauh dari laut yang menggunakan Paspalum dengan jayanya ialah KLGCC dan Royale Jakarta. Dari apa yang saya tahu, kos penjagaan padang2 ini adalah sangat tinggi.

Untuk mendapatkan rumput yang mempunyai sifat yang lebih baik, pembiak rumput akan melakukan pengkacukkan, mutasi ataupun memerhatikan tompok atau kawasan rumput yang lebih subur dari kelilingnya.

Rumput itu akan di asingkan dan di tanam di nursery dan jika memang ia subur serta mempunyai sifat yang berbeza dari rumput sekelilingnya ia akan di beri nama sebagai variety baru. Bila ia di biakkan atau di ‘cultivate’ maka ia akan di gelar sebagai ‘cultivar’ iaitu ‘cultivated variety’. Paspalum juga mempunyai beberapa cultivar nya seperti Salam, Supreme, SeaIsle 2000 dan beberapa lagi.

Saya di beritahu bahawa cultivar yang digunakan di stadium nasional Bukit Jalil ialah Marimo. Saya tidak tahu tentang kebaikkan cultivar ini berbanding dengan cultivar lain.

Kebanyakkan rakan-rakan saya yang menjaga rumput berpendapat bahawa Paspalum mempunyai sifat daun yang gemuk dan ‘berisi’. Ini tidak kami gemari kerana inilah yang menyebabkan ia di sukai oleh serangga dan kulat. Ia juga boleh menjadi lembut dan kurang lasak jika pembajaan tidak di kawal rapi.

Untuk mengetahui tentang rumput lain untuk padang bola, anda boleh baca di laman web ini.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang rumput ini, sila layari http://www.ipm.ucdavis.edu/TOOLS/TURF/TURFSPECIES/seashore.html.

Posted in Fields, Padang, Rumput | Tagged: , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: