Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Cowgrass di Bukit Jalil

Posted by mynormas on April 6, 2015


News has it that the National Stadium in Bukit Jalil will soon be using Cowgrass on its field, replacing the current Bermuda grass. That news would not be surprising to most golf course superintendents who by experience, know that Bermuda is not a shade-tolerant species, though for me, when told that it was a new hybrid called “Green Mountain” I thought it may be a new shade-tolerant hybrid which I (and Mr. Google) have never heard of before. Perhaps this is something that just might work. I mean, someone would’ve research it or was given proof or assurance that this new hybrid is shade-tolerant. Right?

Cowgrass: Up Close and Personal

Cowgrass: Up Close and Personal

After all, before choosing a grass, we would need to know the suitability of the grass based on the field’s micro-climate kan? Not just the climate of the country. The use of the field must also be considered, choosing a grass based on its looks (this usually means dark green colour) would just invite… well, disaster. As at now, I am not sure about the effect of a field being below sea level (really? Bukit Jalil is below sea level!?) on grass health. I know that at a high altitude it gets colder and we can use cool season grass like Bentgrass is used on the greens of Cameron Highlands and Kinabalu golf clubs but at ‘lower than sea level’ altitude Bermuda won’t survive? Thats new to me but … but… how come its doing very well at the golf club next door?

Long story short, I still think changing the grass is a good idea. Cowgrass may not be the perfect grass, but in my opinion it is one of the best grass for that particular field, especially if the field is intendend for use with other activities other than football since I believe if the Cowgrass is well-maintained, it would recover faster from a few days of being covered with equipment eg stage or carpeting.

Khabarnya rumput di stadium Bukit Jalil akan di tukar ke Cowgrass. Saya berharap kali ini kita akan bernasib baik dan pemilihan rumput di lakukan dengan mengambilkira semua aspek berkaitan kesesuaian rumput dan stadium. Apa yang sesuai untuk suatu stadium di suatu lokasi tidak semestinya sesuai untuk lokasi lain.

Ia bukan sahaja tentang cuaca tetapi juga tentang micro-climate di sesuatu lokasi, begitu juga kegunaan dan kemampuan tuan punya padang untuk menjaga rumput tersebut. Kemampuan di sini bukan sahaja tentang wang ringgit tetapi juga tentang penjadualan penggunaan padang. Kalau padang itu sentiasa sibuk dengan aktiviti, janganlah guna rumput yang perlukan penjagaan yang tinggi (contohnya Paspalum atau Zoysia).

Saya tidak pasti apa kesan padang berada di bawah paras laut ke atas rumput: ini pertama kali saya dengar. Saya tahu kalau padang berada tinggi di atas paras laut dan cuaca menjadi sejuk kita boleh guna rumput musim sejuk seperti Bentgrass digunakan di padang golf di Cameron Highlands dan Gunung Kinabalu, tetapi tak pernah tahu ada masalah rumput bila padang di bawah paras laut malah, fakta bahawa Bukit Jalil di bawah paras laut pun adalah perkara baru untuk saya. Setahu saya, padang golf di sebelah stadium itu ada menggunakan tiga hybrid Bermuda iaitu Tifway 419, Greenlees Park dan juga Tifdwarf tanpa masalah kesihatan di sebabkan oleh berada di bawah paras laut.

Dari segi sains, kalau terlalu teduh, maka rumput tidak dapat cukup matahari untuk lakukan fotosintesis, tapi apa masalahnya kalau di bawah paras laut ya? Hairan juga saya. Mungkin ada pembaca yang boleh bantu?

Cowgrass bukan rumput yang sempurna ataupun perfect, tetapi pada pendapat saya ia adalah pilihan yang amat baik untuk stadium Bukit Jalil. Cowgrass mempunyai beberapa kelemahan juga, dalam konteks stadium ini, saya hanya mahu cerita tentang dua: ia tidak tahan kemarau dan ia mempunyai karakter/sifat daun yang lebih lembut.

Kalau tak puas hati apa yang saya cakap dan nak lebih selesa dengan mendengar dari pakar orang putih yang di depan nama dia ada pangkat ‘doktor’ boleh rujuk kepada slaid Dr Donald S. Loch dari University of Queensland dalam suatu seminar yang boleh di download dari laman web seorang lagi pakar rumput orang putih dan juga ada pangkat ‘doktor’ dan terus ke muka surat 3 slaid ke empat untuk cerita nya tentang Axonopus compressus atau Broadleaf Carpetgrass (mereka tak panggil Cowgrass, malah di Indonesia mereka panggil Elephantgrass atau rumput gajah).

Memanglah masalah tak tahan kemarau tu boleh di selesaikan dengan menggunakan sistem penyiraman, tetapi awas, terlalu pemurah dengan penyiraman akan menyebabkan rumput ber akar pendek dan mudah tersopak bila di sepak (sedap pulak bunyinya). Kepada tuan-tuan padang yang lain yang tak perlukan pakar berkulit putih dan ada pangkat doktor untuk menerima cadangan, saya cadangkan menyiram hanya di waktu pagi dan jika cuaca terlalu panas: di waktu tengahari untuk menyejukkan kanopi rumput. Jika tuan-tuan (ataupun puan; saya tidak sexist dan mungkin ada person-in-charge padang yang perempuan) mempunyai kemampuan menyiram yang terhad: siram hanya pada kotak penalti dahulu, kawasan padang lain kemudian.

Gambar kesan tine

Contoh kesan pengudaraan tanah.

Satu lagi yang tuan-tuan perlu buat di waktu kering ialah ‘pengudaraan’ secara ringan, iaitu menggunakan besi tajam untuk menyucuk tanah dan membuat lubang-lubang kecil untuk membantu air turun.

Siram juga MENGIKUT KEPERLUAN dan bukan mengikut jadual. Kita kena balance keperluan supaya tidak memanjakan rumput. Jika dia manja, dia akan kurang lasak. pada waktu pagi, sebelum siram, guna paku atau pen (ambik atas meja orang lain) cucuk dan masukkan jari di beberapa tempat; kalau lembab, jangan siram pagi tu, test lagi tengahari nanti.

Tentang kelasakkan rumput; tak banyak yang saya boleh kata kecuali “Jaga pembajaan” iaitu baja ikut jadual. Saya cadangkan baja dua bulan sekali dengan baja yang kurang nitrogen dan mungkin lebih kalium. Baja sedikit tetapi selalu.

Satu lagi sebab saya sokong penggunaan Cowgrass ialah kerana ia adalah rumput yang amat tahan redup, ertinya kalau sekadar beberapa hari di tutup oleh papan plywood atau pentas; dia boleh recover dengan syarat penjagaan nya betul.

Ya, saya tergolong dalam kelompok kecil orang yang percaya bahwa padang bola boleh digunakan untuk tujuan lain. Malah pada pendapat saya, daripada padang itu di gunakan lima hari seminggu untuk bola yang akan merosakkan depan gol dan tempat sepak mula, lebih baik ia digunakan untuk aktiviti lain yang akan menggunakan kawasan lain di padang itu.

Nasihat ini terutamanya untuk padang awam; ingat, walaupun padang tu tak di gunakan, ia bukan lah bangunan stadium yang boleh di tutup lampu dan air hingga bulan depan: ia tetap kena di baja dua bulan sekali dan di potong seminggu dua kali (ya! seminggu dua kali!). Jadi lebih baik ia digunakan untuk konsert atau tarik tali atau apapun asalkan ada jugak duit masuk.

Nak buat perhimpunan pun boleh dengan syarat drainage ataupun sistem saliran berfungsi baik. Kita letak 22 orang atau 22,000 orang atas padang pun, setiap orang akan berada di atas petak peribadi nya sendiri yang mungkin seluas 1 meter persegi atau kurang; jadi apa masalahnya? Berat kolektif semua 22,000 orang tidak boleh berkumpul tertumpu kepada mana-mana titik kelemahan atas padang yang berada di atas tanah di bumi. Jangan gelak, kerana ini berbeza dengan contohnya Dataran Merdeka yang padangnya berada di atas tempat parkir yang mempunyai tiang. Maka berapa banyak beban yang boleh ada di atas padang akan bergantung kepada berapa beban yang boleh di terima oleh tiang-tiang dan palang-palang di antara tiang-tiang tersebut. Itu kena tanya para jurutera yang bertanggungjawab.

Kalau 22,000 orang ini mendatangkan masalah dengan ‘menggaulkan’ tanah dan menyebabkan padang berlumpur atau rumput terkopak, maka percayalah cakap saya, pemain bola pun akan menyebabkan kerosakkan yang sama, malah lebih teruk lagi kerana mereka berlari, menyepak, sliding dan melompat. 

Tapi jika padang itu mempunyai masalah saliran iaitu air sentiasa ada dalam profil tanah atau ia berada pada tahap tepu dengan air, padang itu akan mempunyai masalah; biar 22 orang ataupun 2 orang. Of course kesannya tertumpu pada tempat yang 22 atau 2 orang itu pijak sahaja tapi jangan lupa, 22 orang pemain bola campur 3 orang pegawai akan berada di keseluruhan padang selama 90 minit jadi padang tetap akan rosak secara keseluruhan tetapi lebih lagi di tempat permainan tertumpu. Dimana? Kotak penalti dan tempat sepak mula…

Fikir-fikirkanlah.

Advertisements

4 Responses to “Cowgrass di Bukit Jalil”

  1. awang alifah said

    pendapat saya, oleh kerana padang tu berada 10 meter bawah paras laut maka akan berlaku situasi di mana air tidak mampu untuk di ‘lari’ kan ke tempat lain secara sempurna.. (ehem.. secara sempurna). akibatnya seperti sebelum ini padang bukit jalil kelihatan amat basah dan berat. tanah basah menyebabkan rumput terselak hampir dua kaki. kalaulah ia terjadi pada cowgrass saya rasa ia satu bencana yang amat buruk. tapi mudah mudahan ia dah ok. tak sbr nak tgok hasilnya di final fa cup hujung mei ini

    Liked by 1 person

    • mynormas said

      “10 meter bawah paras laut”?
      Pertama sekali, stadium itu terletak di atas bukit (Pasal tu namanya ‘Bukit’ Jalil) jadi ia lebih tinggi dari kawasan keliling dan kedua berapa meter di bawah paras laut pun, air tetap akan ikut gravity turun ke bawah. Sama jer…
      Ketiga: Betul-betul sebelah stadium tu ada sebuah kelab golf nama dia Bukit Jalil Golf and Country Club dan yang saya tahu ada tiga hybrid Bermuda di situ. Ok jer? Seingat saya, di padang golf tu ada sungai, kalau lah air tak mengalir pasal ia lebih rendah dari paras laut, air sungai tu pergi ke mana? Bukan nanti air laut yang masuk ke sungai tu? Di kaki Bukit Jalil – maka lebih rendah dari paras laut lagi – tu ada dua lagi kelab Golf iaitu Kinrara Golf Club (kelab terbuka kepada awam) dan juga Mines Golf and Country Club (harga membership mencecah setengah juta ringgit satu masa dulu); yang satu low maintenance dan yang satu lagi high maintenance; ok jer? Dan jangan kata kos penjagaan padang golf lebih tinggi dari padang bola kerana padang bola hanya 3 ekar dan padang golf hampir 300 ekar jadi RM80,000 sebulan utk padang golf = RM266.70 se ekar dan RM8,000 sebulan utk padang bola = RM2,666.70 se ekar. (Harga tu contoh saja ya; saya tahu Kinrara dan Mines lebih rendah dari itu dan saya hampir pasti (mengikut kawan saya yang pernah mendapat kontrak jaga stadium tu) ia lebih mahal dari itu utk Bukit Jalil, kalau tak takkan Jepun tu nak ambik kontrak maintenance tu).
      Masalah utama mereka sebelum ini ialah memilih rumput yang perlukan cahaya matahari di tempat yang terlindung. Saya ada dengar khabar angin tentang pengurangan kos penjagaan tapi saya tak dapat komen kerana tak tahu cerita sebenar.

      Like

      • awang alifah said

        saya menunggu sehingga perlawanan ke tiga di bukit jalil. pertama final fa, kedua timor leste dan ketiga palestine untuk melihat apa yang berlaku kepada rumput cowgrass.. dan memang benar bagi saya kalau mereka guna nasihat tuan saya percaya mereka tak akan rugi besar. ini menunjukkan tuan betul dalam banyak segi. saya lihat rumput bukit jalil yang selama ini jadi igauan ngeri kini sudah selesai. mungkin kurang cantik banding dengan yang di guna ketika final piala malaysia yang dari atas kita lihat seperti world class ketika itu tetapi bila di mainkan mcm main atas span. kini cow grass menunjukkan jelas pendapat tuan betul. cuma saya ada terbaca dalam satu artikel tuan, tuan kata penggunaan cowgrass untuk stadium nasional adalah satu tindakan yang er er “berani”..

        Liked by 1 person

  2. […] Cowgrass di Stadium Bukit Jalil […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: