Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Stadium di negara jiran

Posted by mynormas on November 10, 2014


Orang putih kata; “Misery loves company”, maka supaya stadium nasional kita tidak kesunyian dalam kesengsaraan saya ingin berkongsi berita tentang masalah di sebuah lagi stadium nasional, tetapi di negara jiran. Bukan untuk mentertawa (macam lah stadium kita bagus sangat nak ketawa kat orang) atau membantu, tetapi mungkin supaya kita insaf bahawa bukan kita sahaja yang ada masalah. Orang lain pun sama. Mereka telah sampai tahap sebuah akhbar tempatan The New Straits Times (Singapura) dalam editorial nya telah memberi amaran bahawa jika keadaan padang tidak di perbaiki segera, maka ia akan menjadi suatu national disgrace (kemaluan kebangsaan?)

Seorang kawan saya Dr. Micah Woods (tiada kaitan dengan Tiger Woods) yang merupakan pakar rumput terkemuka, telah mengikuti perkembangan stadium nasional Bukit Jalil melalui laman web ini. Dia berkongsi tentang masalah yang di hadapi oleh stadium nasional yang baru di bina di Singapura. Perkara ini telah di bincangkan di parlimen mereka sendiri kerana mereka akan menjadi tuan rumah beberapa acara antarabangsa dalam masa terdekat dan bimbang ia akan menjejaskan reputasi negara Singapura.

Yang menjadi pelik kepada Dr. Woods dan saya ialah, sama seperti saya tidak faham pemilihan rumput yang memerlukan cahaya matahari yang banyak di gunakan di stadium yang teduh seperti di Bukit Jalil; mengapa Stadium Nasional Singapura yang baru telah memilih untuk menggunakan rumput musim sejuk di negara beriklim tropika! Di laporkan mereka menggunakan rumput jenis rye dan blue grass, yang di sulam dengan fiber artificial untuk membentuk permukaan hybrid. Canggih…

Dr. Woods seterusnya memberi maklumat – dengan mengandaikan bahawa rumput yang di namakan dalam laporan akhbar adalah tepat – dalam blognya bahawa perennial ryegrass (Lolium perenne) dan Kentucky bluegrass (Poa pratensis) di tanam di kawasan yang mempunyai suhu purata kurang dari 16 darjah Celsius. Singapura, yang jaraknya dari Malaysia boleh di ukur dengan menyusun pinggan pinggan yang telah di cuci dengan hanya satu botol sabun pencuci Joy, akan mempunyai suhu yang lebih kurang sama dengan Malaysia di antara 21 – 32 darjah Celsius.

Dr. Woods seterusnya memberi beberapa fakta saintifik tentang jumlah cahaya yang di perlukan oleh rumput jenis itu dan bagaimana ia boleh di terima di stadium tersebut dengan beberapa andaian. Rumput musim sejuk boleh tumbuh di kawasan teduh kerana di negara musim sejuk, terdapat bulan bulan yang memang mempunyai malam yang lebih panjang dari siang. Untuk lebih info, sila baca di laman web beliau http://www.blog.asianturfgrass.com/

Advertisements

6 Responses to “Stadium di negara jiran”

  1. Ahmad said

    Assalamualaikum, En.Normas… betul ke rumput di Std. Larkin terbaik di M`sia buat masa ni? rumput jenis apa dia tanam? Tq

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      Rumput yg di tanam di stadium Larkin adalah rumput yg terbaik utk stadium Larkin. Ia belum tentu baik utk stadium lain kerana ia bergantung kepada cahaya matahari, maintenance dan kegunaan.
      Saya dari JB, tapi dah lama tak ke Larkin sejak sekolah rendah lagi. Saya pun tak pasti jenis rumput sekarang. Dulu Cowgrass, mungkin sekarang Bermuda.

      Like

    • likin said

      Saya rasa cow grass sebb nmpk mcm daun rumput tu besar..

      Like

  2. […] Lagi Kesengsaraan Stadium Nasional: Kali Ini di Negara Jiran […]

    Like

  3. […] Lagi Kesengsaraan Stadium Nasional: Kali Ini di Negara Jiran […]

    Like

  4. likin said

    Sepatutnya stadium nasional bukit jalil pun blh guna desso grassmaster… Desso+cowgrass ok la… Dan rumput padang di bukit jalil mudah tercabut mcm shah alam.. Sy rase kalu guna kreta yg org duk buat jalan tar tu g tindih kat stadium tu ok la sikit.. Lepastu tmbah ngn desso Grassmater.. Pendapat saya la..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: