Pengudaraan Padang
Posted by mynormas on December 8, 2016
Kita lihat sebuah padang sebagai suatu tanah lapang yang ditumbuhi rumput. Tetapi tahukah anda di dalam tanah terdapat suatu ekosistem nya sendiri yang terdiri dari akar tumbuhan, kulat, bakteria, nematod dan pelbagai mikroflora dan fauna yang wujud. Satu kaki persegi tanah boleh ada berbilion mikroorganisma yang mempunyai fungsi masing-masing; ada yang merungkai bahan organik atau baja kepada bentuk nutrien yang boleh di ambil oleh tumbuhan ataupun mereputkan tumbuhan atau organisma yang telah mati.
Mikroorganisma dalam ekosistem ini bersifat aerobik iaitu ia perlukan oksigen untuk hidup. Oksigen wujud dalam tanah di ruang di antara ketulan atau butiran tanah tersebut. Ini di sebut sebagai ‘pore space‘. Terdapat lebih banyak ruang bila butiran itu besar (contohnya bila tanah itu terdiri dari peratusan pasir yang tinggi).
Di dalam situasi padang rumput, pemain atau pengguna yang menghentak atau memijak dan jentera penyelenggaraan yang berat akan menghempap tanah dan menjadikan ruang di antara ketulan itu mengecil atau rapat dan ini mengurangkan oksigen yang boleh di dapati oleh bukan sahaja mikroorganisma tanah, tetapi juga akar rumput.
Selain dari itu, ruang ini juga adalah laluan untuk air mengalir.
Hasil yang kita dapat lihat ialah kawasan yang mati, air yang bertakung dan akar yang pendek. Ini menyebabkan rumput mudah tercabut bila di sepak atau di bawah stud pemain. Adakah itu masalah padang anda?
Jadi apakah tindakan selanjutnya? Kita kurangkan mampatan dengan cara melakukan pengudaraan tanah. Kita bantu udara untuk masuk ke dalam tanah.
Pengudaraan tanah adalah salah satu dari amalan kultura yang saya ibaratkan sebagai senaman dalam konteks kesihatan rumput. Perlu kan orang putih cakap baru bos nak percaya? Kita lihat video ini…
Hubungi saya untuk kontrak pengudaraan padang ‘hollow-tine’ atau ‘solid-tine’ dan/atau topdressing.
Berapakah kekerapan pengudaraan tanah? Ia bergantung pada penggunaan padang, jenis tanah dan sistem saliran. Tetapi umumnya saya cadangkan setahun sekali. Sebaik-baiknya setahun dua kali. Jika ia di lakukan selalu dan padang dalam keadaan sihat, padang akan pulih dalam masa dua hingga tiga minggu.
Apa yang kita buat dengan sampah core tersebut? Jika ia tidak bermasalah (tiada black layer atau tanah liat) ia boleh di gunakan semula seperti dalam video di atas. JIka ia bermasalah, kita perlu buang semuanya dan gantikan dengan pasir baru.
Sehubungan itu, terdapat satu jenis lagi pengudaraan yang tidak mengeluarkan sampah, mempunyai lubang yang kecil dan mampu masuk lebih dalam. Tetapi ini perlu di lakkan lebih kerap berbanding dengan pengudaraan yang mengeluarkan core. Padang lebih cepat boleh digunakan. Lakukan pengudaraan ini tiga hingga empat kali setahun.
Jika anda seorang contractor padang, saya cadangkan anda beli sebuah mesin pengudaraan berbentuk slicer yang lebih mudah di gunakan tetapi perlu di lakukan pengudaraan hingga 10 kali setahun kerana ia membuat lubang yang halus dan padang boleh di gunakan hampir serta merta. Ini adalah satu contoh pengudaraan tanah secara solid tine, iaitu memasukkan suatu besi ke dalam tanah untuk membuat lubang kecil. Oleh kerana ia lubang kecil, ia perlu di buat selalu dan tidak sesuai jika terdapat masalah tanah.
Saya menyeru kepada pembaca yang bertanggungjawab ke atas padang supaya memasukkan spesifikasi pengudaraan tanah ke dalam kontrak yang akan datang; “Melakukan pengudaraan tanah secara hollow-tine pada kedalaman di antara tiga hingga empat inci dengan besar lubang 12mm (setengah inci) sekurang-kurang nya satu kali satu tahun, di ikuti dengan pengudaraan secara solid tine pada kedalaman satu atau dua inci sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ketiga-tiga aktiviti pengudaraan mesti di jadualkan supaya ia memberi manfaat kepada rumput tanpa mudarat kepada pengguna padang”
Hubungi saya untuk khidmat nasihat pengudaraan padang dan sewa mesin. Hantar email ke mynormasATconsultant.com sekarang. Tahun 2017 akan menyaksikan perubahan harga dalam kerja kerja pengudaraan tanah yang saya lakukan.
Air Banyak « Pakar Rumput said
[…] pengudaraan tanah, hias atas dan nyahthatch akan membantu mengawal kuantiti thatch. Jika anda rasa penjagaan padang […]
LikeLike
Mohd husni bin ahmad said
Sy nak SEWA mesin top dressing
LikeLike
Padang Banjir « Turf Matters said
[…] pernah juga jumpa padang yang nak buat pengudaraan dengan harapan air bertakung di permukaan boleh turun ke “bawah” sedangkan padang itu […]
LikeLike