Kesilapan halaman rumah
Posted by mynormas on May 13, 2013
Orang-orang yang baru beli rumah dan inginkan halaman yang cantik selalu jatuh ke dalam perangkap terlalu banyak atau terlalu rajin. Kadang-kadang ini di sebabkan oleh terlalu banyak orang yang memberi nasihat ataupun idea. Di sini saya bercerita tentang beberapa kesilapan biasa yang di lakukan di kawasan halaman rumah orang. Tentunya; ada orang yang kata “itu bukan silap; itu seni” ok lah, apa-apa pun di sini ada satu senarai Top Ten.
New homeowners sometimes are a bit too eager to have the best lawn in the neighbourhood and tend to make mistakes. The mistakes are usually not major and affects no one else except the homeowners themselves and perhaps their neighbours. Here I take a look at 10 common mistakes homeowners make in their lawns.
Kalau ada yang terasa di sini, saya minta maaf. Walaubagaimanapun ini adalah pendapat saya sahaja; seni itu adalah subjektif. Kalau orang lain kata silap tapi tuanrumah suka, itu hak tuan rumah. Dimasa yang sama ada juga caveat yang perlu saya katakan; isu-isu yang saya ketengahkan relevan kepada kebanyakkan tanah dan tempat, tetapi, di masa yang sama, tak semua rumput yang sama. Ada tuan rumah yang langsung tak jaga halaman tapi rumput dia cantik. Ada tuan rumah jarang-jarang potong rumput tapi takde masalah. Itu bergantung kepada faktor tanah, cuaca ataupun jenis rumput. Tak semua sama; jika ia membuatkan anda puashati, apa peduli dengan apa orang lain kata. Tapi jika anda tak faham apa masalah rumput atau halaman anda, jawapannya mungkin di sini.
Adzman Musa said
Sdra Normas,
Artikel ini amat tepat dan berguna sekali. Saya tersilap/terlebih membaja hinggakan tompok-tompok terbakar . Dua soalan: Bolehkan rumput itu hidup semula (disiram pagi & petang) dan kedua, memandangkan rumput sekeliling sudah tinggi, perlu ke saya memotongnya atau tunggu yang terbakar hidup semula.Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Tuan,
Mujurlah tuan dah insaf…
Rumput tu insya-Allah boleh hidup. Nampak nya tuan melakulan kesalahan terlebih siram pula. Siram hanya awal pagi dan jika cuaca panas, tengahari. Menyiramlewat petang mengundang lumut dan penyakit. Kalau lah tuan balik kerja dan nampak rumput kekeringan, lakukan ‘syringing’ iaitu renjis untuk menyejukkan permukaan rumput. Itu pun jangan selepas pukul 5 petang.
Dan terus kan potong. Jikaa tuan lengahkan potong, tuan akan potong terlalu banyak daun rumput nanti lantas melakukan kesalahan lagi satu.
Teruskan baca artikel lain dalam laman ini.
Selamat mencuba!
LikeLike