Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput Cinta. Bab 1.

Posted by mynormas on April 5, 2020


Mungkin kerana terlalu banyak masa lapang, saya mula menulis cerpen bersiri yg berfokus tentang penjagaan rumput. Walaupun kisah Roslan berkisar di padang golf tetapi ilmu Roslan boleh digunakan di padang bola, halaman dan landskap. Anda boleh baca versi Bahasa Inggeris di majalah online ini. Follow laman web ini utk episod seterusnya.

Roslan terjaga dari tidur bila terdengar ada benda jatuh di luar biliknya. “Pukul berapa dah ni?” fikir Roslan. Walau pukul berapa pun, dia sudah tidak dapat tidur kembali.

Hari ini adalah hari keempat setelah kerajaan mengistiharkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lebih selalu dipanggil sebagai “lockdown”.

Tiga hari Roslan bercuti sakit di rumah. Tiga hari rakan-rakan sekerja telah mula bekerja membaik segala kerosakan di padang. Tiga hari dia tertanya-tanya apa yang berlaku di padangnya dan tiga hari lah rakan-rakannya cuba menghubunginya tetapi dilarang oleh isteri Roslan.

Roslan bangkit perlahan-lahan dari katilnya. Belakang dan badannya masih sakit tetapi dia tahu dia perlu masuk ke pejabat hari ini.

Rose, isterinya, selalu mengusiknya mengatakan bahawa tugas seorang Superintenden padang golf – atau tukang potong rumput glamer – tak pernah habis, nah, hari ini, selepas sekian lama, tugasnya sebagai seorang superintenden padang golf baru saja bermula.

Rose, wanita yang dikahwininya 14 tahun yang lalu, memandu dia ke pejabat.

Pejabat Roslan terletak di dalam lingkungan padang golf 36 lubang yang berada di bawah pentadbirannya dan untuk pertama kalinya selepas sekian lama, Roslan dapat melihat pemandangan padang golf dari jalan raya sebagai seorang penumpang.

Dia boleh melihat seorang pekerjanya memandu jentera pemotong rumput jenis pisau rotary dan di belakang jentera tersebut barisan sampah pemotongan dalam garis-garis lurus yang amat dibenci oleh Roslan sebelum ini. Roslan tahu ini tidak dapat dielakkan, kerana dalam minggu-minggu PKP tanpa pemotongan, pertumbuhan rumput tidak berhenti terutamanya jika rumput subur di bekalkan nutrisi melalui program pembajaan seperti di padang nya.

clipping rough

Sampah dari rumput yang dipotong terlalu banyak.

Tiba-tiba Roslan tersentak dan memegang tangan Rose yang sedang memandu, menyebabkan Rose memulas steering dan masuk ke lorong bertentangan. “Kenapa?!” tanya Rose, mukanya ketakutan.

“Cendawan” jawab Roslan “ATAS green!”

“Ya Allah…” keluh Rose “Ingatkan apa tadi. Nasib baik tak ada kereta lain”

Roslan rasa tak bermaya. Kalaulah dia ada kuasa untuk kembali ke masa silam. Ke hari-hari sebelum PKP. Untuk buat perkara-perkara yang dia boleh buat yang akan mengurangkan masalah yang timbul selepas PKP. Dia masih ingat pertengkaran melalui WhatsApp dengan GMnya dua hari selepas PKP bermula.

“Kalau saya tahu akan ada PKP saya akan:

  1. Sembur plant growth regulator atas green, fairway dan tee.
  2. Hanya guna baja slow-release, walaupun atas fairway
  3. Gunakan racun serangga dan kulat jenis sistemik atas semua tempat yang biasa diserang oleh serangga atau kulat walaupun masa tu tiada serangan.
  4. Sembur agen pembasah atas semua green ataupun sekurang-kurangnya atas semua kawasan yang biasa kering.”

“Habis tu, kenapa tak buat?!” balas En. GM.

“Manalah saya tahu PKP akan dilanjutkan selama ini. GM tahu ke???” jawab Roslan “Lagipun, you dah potong my budget banyak, I tak mampu lagi nak beli Primo PGR dan juga agen pembasah” Memang kalau berdepan-depan dah lawan jerit dah diantara Roslan dan bosnya.

“Oh jadi salah aku lah sekarang?! Apa benda Primo PGR tu pun aku tak tahu” Roslan tahu bossnya memang jenis orang yang tak akan mengaku kalah.

“Plant Growth Regulator. Pembantut pertumbuhan rumput” mula-mula dia sambung ayat itu dengan “lah bodoh” tapi setelah fikir baik-baik, Roslan telah padam dan diganti dengan “ia melambatkan pertumbuhan rumput. Sekarang kita guna di tebing bunker dan slope yang curam untuk kurangkan guna pemotongan manual”

“What-ever lah. Bila dah bukak nanti atas kau dan orang kau untuk betulkan balik masalah ni”

“Okay boss” jawab Roslan. Dia kesal dengan sikap bossnya yang masa Tan Sri Chan, pemilik padang puji kecantikan padang golfnya tahun lepas, GM kata “orang saya” tapi bila padang bermasalah macam sekarang ia jadi “orang kau”.

Kalaulah dia tahu PKP akan disambung selepas dua minggu. Banyak benda yang dia boleh buat – sepatutnya dia buat – selepas dua minggu. Contohnya meminta kebenaran beberapa orang pekerja masuk ke padang atau curi-curi masuk? Tak, itu tak bertanggungjawab dan dia tak mahu buat begitu.

Apa yang dia boleh dan sepatutnya buat lepas dua minggu ialah minta untuk hanya sebahagian sahaja tenaga kerjanya masuk – mungkin mereka boleh tinggal di kawasan rumah kelab atau di pejabat Roslan sendiri.

Apa yang mereka perlu buat? Antara kerja penting yang dia akan suruh mereka buat ialah:

  • Potong semua kawasan. Selepas dua minggu tak potong memanglah rumput dah panjang jadi mereka akan potong lebih tinggi dari biasa dahulu.
  • Siram tempat yang selalu kering. Tak sempat nak siram semua 300 ekar.
  • Sembur racun serangga dan kulat jenis sentuh di kawasan yang telah diserang penyakit atau serangga; mesti dah ada selepas dua minggu.
  • Ulang semburan racun serangga dan kulat jenis sistemik di semua green, termasuk green latihan.

“Baja?” fikir Roslan “Patutkah aku membaja?” Tak. Dia tak sepatutnya membaja dua minggu selepas PKP. Pembajaan akan menyebabkan pertumbuhan lebih galak rumput, tambahan pula kebanyakan baja dalam stoknya adalah baja quick-release seperti 15:15:15, 12:12:17 dan urea.

“Hollow-tine? Nyah-thatch? Hias-atas? Itu lagilah sepatutnya aku elakkan” dia tahu kelab bersebelahannya ada buat projek hollow tining pada awal penutupan padang akibat PKP lagi. Memanglah tiada pemain yang akan ganggu tetapi ini bermakna sekumpulan besar pekerjanya harus datang bekerja dan dia rasa tak bertanggungjawab untuk mendedahkan pekerjanya kepada risiko virus merbahaya itu. Dia tahu pekerja kelab sebelah tidak mengalami apa-apa penyakit selepas itu tapi siapa tahu kalau itu berlaku di kelabnya?

Lagipun, dia mempunyai prosedur tertentu sebelum memulakan kerja-kerja hollow-tine, contohnya pembajaan seminggu sebelum itu dan penukaran tine selepas beberapa jam ia digunakan untuk mempastikan kedalaman lubang yang sama dari mula hingga akhir proses. Hollow-tine bukan kerja adhoc dan dia tak faham kenapa ada kelab buat seolah-olah ia adalah kerja yang boleh dibuat sembrono.

Kalaulah dia tak jatuh tangga sewaktu menggantung gambar di rumahnya minggu pertama PKP, mungkin dia boleh buat sesuatu selepas pengumuman penambahan tempoh PKP. Dia dirawat di hospital selama dua hari dan selepas dia kembali ke rumah dengan bekalan pil untuk menghilangkan kesakitan, masalah di padang rumput terasa masalah kecil. Jika bukan kerana masalah penyakit peringkat global sekarang, dia mungkin berada di hospital lebih lama lagi. Doktor bagi dia cuti lama. Cuti yang lebih lama dari PKP itu sendiri. Kalaulah tak sakit, memang dia dah pergi kerja.

Tapi itu kisah lama. Sekarang dia perlu pergi ke padang dan adalah tanggungjawab dia untuk memperbaiki padang sekarang.

ebook sale esentral

Buku penyelenggaraan rumput dan padang golf pertama di Malaysia dan dalam BM kini dijual sebagai e-buku. Klik di sini.

Dia ada dua pembantu yang baik dan ramai pekerja yang setia kepadanya. Dia boleh buat. Dengan pengalaman lama nya, dia tahu dia boleh buat.

Hanya beberapa minit lagi dia akan sampai ke pejabat. Dia pandang Rose yang sedang memandu. Rose seorang pemandu yang perlahan, ‘cermat’ katanya. Roslan mahu berkata sesuatu tetapi dia tidak mahu, Roslan merasa banyak terhutang budi kepada Rose yang telah menjaganya sewaktu dia sakit.

Mungkin tiba masanya untuk dia melepaskan Nina.

Dia terbayang wajah Nina.

Nina yang cantik.

Nina adalah setiausaha Roslan.

Bersambung… sila Follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk tidak terlepas cerita selanjutnya.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau apa-apa baik yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Sebarang persamaan adalah kebetulan dan tidak disengajakan.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

9 Responses to “Rumput Cinta. Bab 1.”

  1. […] Roslan ialah padang golf, tetapi banyak ilmu nya boleh di aplikasi di padang rumput lain. Sila klik sini untuk Bab […]

    Like

  2. Mohd Idwan Shah Shah Haibi said

    As salam En Normas,
    Apa beza kita baja seminggu sebelum kerja2 hollow tine dibuat dengan.. kita letak baja selepas kerja hollow tine dan topdress siap dilakukan?

    Ada justifikasi tertentu ke.. 🙂

    Tkasih tuan.

    Like

    • mynormas said

      Wassalam. Saya letak dua-dua. Baja sebelum hollow-tine bererti rumput saya sihat sebelum saya mula. Pembajaan selepas hollow-tining saya buat utk memperbaiki keadaan. Contohnya CaCo³, baja organik, soil amendment dll.
      Nampak tak? Pembajaan sebelum adalah untuk persediaan, pembajaan selepas adalah untuk pembaikan.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Jangan lupa follow laman web ini.

      Like

  3. […] Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1 dan Bab 2 dalam laman web […]

    Like

  4. […] Sudahkah anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga rumput yang mengalami kemalangan sewaktu berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dan bagaimana dia menyelamatkan rumputnya? Mulakan episod 1. […]

    Like

  5. […] Melayu akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB […]

    Like

  6. […] Sudahkan anda membaca drama bersiri saya tentang Roslan, seorang penjaga padang golf yang mengalami kemalangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan? Mulakan dari Episod 1. […]

    Like

  7. […] Yang mana sesuai dengan anda? Kita akan bincang sedikit dalam episod seterusnya. […]

    Like

  8. […] Saya juga ada menulis cerpen bersiri tentang seorang penjaga rumput selepas PKP. Ikuti siri Roslan dan gangnya (tapi ramai orang nampaknya lebih tertarik kepada Nina) bermula dengan Bab 1. […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: