Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘gardener’

Racun Apa?

Posted by mynormas on June 27, 2016

Racun makhluk perosak adalah suatu bahan yang selalu kita gunakan samada sebagai penjaga rumput, landskap, halaman, padang ataupun orang biasa. Racun semut atau nyamuk yang kita sembur pada waktu petang untuk menghalau atau membunuh nyamuk adalah contoh racun makhluk perosak. Bahkan lingkaran ubat nyamuk yang kita bakar supaya kita boleh tidur lena juga adalah racun makhluk perosak atau pesticide walaupun kita panggil ia ‘ubat nyamuk’, namun ia bukanlah apa yang kita beri pada nyamuk yang sedang sakit tapi kita beri supaya nyamuk sakit atau lebih baik lagi; mati.

Saya merasa pelik bila saya menerima message dalam group WhatsApp bahawa seorang rakan yang menghadiri taklimat dari pegawai kesihatan tentang Denggi memberitahu bahawa pegawai tersebut mencadangkan penukaran racun supaya nyamuk tidak lali jika hanya satu racun di gunakan. Hmm… bagaimana jika semua racun itu berlainan nama dagangan (Baygon, Ridsect, Fumakilla dsb) tetapi mempunyai bahan aktif yang sama?

Dan ini yang berlaku pada saya minggu lepas;

Lokasi: sebuah pekan kecil di selatan semenanjung Malaysia

Misi: mencari racun rumpai berdaun lebar untuk membunuh semalu untuk padang bola seorang client. Saya telah pergi ke tiga buah kedai; dua kedai hardware yang menjual racun dan juga satu nursery pokok hiasan.

Perbualan:

Saya: “Hai, ada jual racun rumput?”

Pekedai: “Ada, kami ada dua jenis. Yang satu ialah Round-up dan satu lagi yang ini…” (Betul, kebetulan ketiga-tiga kedai pun tunjuk dua racun, kecuali salah satu kedai lagi tunjuk satu jenis racun tambahan tapi di label sebagai baja kerana ia adalah racun yang di haramkan di Malaysia)

Saya: “Eh… tapi kedua-dua racun ni sama. Kedua-dua nya adalah glyphosate”

Pekedai: …(?)

Nama racun

Nama yang biasa kita kenali suatu racun ialah nama dagangan. Terdapat satu lagi jenis nama yang kebanyakan racun di kenali iaitu nama biasa atau common name. Nama biasa lazimnya adalah nama pendek kepada racun itu dan biasanya adalah kependekan daripada nama bahan aktif. yang lebih rumit dan panjang…

Kadang-kadang, nama biasa juga adalah nama generic yang digunakan secara umum oleh pengguna sama seperti mee segera dari pelbagai jenama adalah di panggil sebagai ‘Maggi’ dan ubat gigi dari pelbagai jenama semua di panggil ‘Colgate’.

sample of glyphosate

Contoh racun yang mempunyai bahan aktif glyphosate.

Bahan aktif

Apa yang membuat satu racun itu efektif ialah bahan aktif nya. Bahan aktif ialah bahan kimia di dalam racun herba (atau herbicide dalam konteks artikel ini) yang membunuh atau mencederakan rumpai (dan kadang-kadang…rumput!). Bahan aktif hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan racun, yang lain selalunya adalah apa yang kita panggil sebagai bahan lengai.

Semua racun yang di jual di Malaysia dan telah di sahkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP atau Pesticide Board) akan mempunyai label yang di mestikan mempunyai nama bahan aktif dan kepekatannya dalam racun tersebut. Ya, walaupun racun serangga di rumah.

active ingredient label samples

Label contoh racun disebut di atas mempunyai bahan aktif glyphosate.

Racun rumput

Bila kita pergi ke kedai dan meminta racun rumput; kita akan di tunjukkan -biasanya- kepada racun jenama Roundup dan beberapa racun lagi. Saya pasti jika and perhatikan betul betul, racun lain itu juga akan mempunyai bahan aktif yang sama dengan Roundup iaitu glyphosate.

Glyphosate

Roundup ialah jenama sejenis racun rumpai popular yang di temui oleh seorang ahli kimia dari syarikat Monsanto yang bernama John E. Franz pada tahun 1970 .

glyphosate derivatives

glyphosate

Pada tahun 2000 bila berakhirnya tarikh hakcipta untuk glyphosate maka banyak lah syarikat pengeluar racun yang mengeluarkan racun berasaskan bahan aktif glyphosate di bawah pelbagai jenama. Malangnya kerana populariti Roundup ataupun kerana kurangnya daya kreativiti, banyak racun ini yang menggunakan ‘up’ di belakang nama (kecuali Seven-Up; iaitu sejenis minuman ringan)

Dengan pengetahuan kimia yang berkembang, glyphosate juga telah di kembangkan kepada pelbagai bentuk dan formulasi. Sebahagiannya di jual sebelum berakhirnya hakcipta Monsanto ke atas glyphosate lagi, mungkin kerana ia di jual dengan nama bahan aktif yang berbeza formulasinya. Contohnya (cuba baca kuat-kuat) glyphosate-diammonium, glyphosate-dimethylammonium, glyphosate-isopropylammonium, glyphosate-monoammonium, glyphosate-potassium, glyphosate-sesquisodium dan glyphosate-trimesium.

Namun begitu, apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah jika anda ingin membeli racun, jangan hanya dengar apa yang penjual beritahu anda tentang racun itu, tetapi lihat juga apakah bahan aktif dalam racun itu. Jangan beli dua jenama racun yang berbeza tetapi sebenarnya mempunyai satu bahan aktif yang sama.

Rujukan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Glyphosate#Formulations_and_tradenames
http://prpm.dbp.gov.my/
http://roundup.ca/en/rounduphistory
http://npic.orst.edu/ingred/active.html
http://www.alanwood.net/pesticides/glyphosate.html

Advertisement

Posted in Fields, Golf Course, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , , , , | 1 Comment »

Meet Azmi

Posted by mynormas on November 3, 2015

Have you ever met a local worker that feels lunchtime is a waste of time and consistently works through it? When that was brought to my attention a few months ago, I had thought it was only during the busy periods or maybe a once a month kind of phenomena, but it turns out he has been doing it for years. Ladies and gentlemen, meet Encik Azmi bin Mat Ali. Pernahkah anda berjumpa dengan pekerja tempatan yg merasakan waktu makan adalah ‘buang masa’? Kenali Encik Azmi bin Mat Ali. Pertama kali saya mendengarnya, saya sangka ia berlaku jarang-jarang sekali atau hanya jika tekanan kerja memerlukan, rupanya dia telah melakukannya secara diam, tanpa meminta balasan atau pujian selama bertahun tahun.. 

A father of three and a 17-year veteran of the golf course industry, he says that he would rather work through lunch because ‘stopping mid-way and going back to the workshop is a waste of time’ and he feels that he might just as well finish what he started which is primarily, mowing fairways.

Azmi

Azmi

In the Malaysian context, a golf course machinery operator can usually operate only one or two machines. Not Azmi, he can operate several and ‘given the tools, I can make adjustments to the cutting unit too’. Some superintendents, the foreign ones especially, may find this laughably mundane and strange to be unique but in Malaysia where many clubs use transient migrant workers as machine operators, this is unique. Working through lunch hour consistently would make him an abnormality especially with the attitude of many in the industry today, whether from the management or even from the workers side.

The management thinks that the local workers are not reliable and hardworking (which usually means work long hours; productivity be damned), and the workers usually have entitlement issues (like “I am entitled to this” kind of thing). Both are right in their own way; the problem comes when they fail to see issues from the perspective of the ‘other side’.

Back to Azmi, he mows fairways of nine holes in one day, without overtime. Again, some may think that is normal but I have worked in a golf course with machine operators that took two days or more to finish nine holes.  It took me about two months to untrain and retrain one particular worker; he’s not stupid, just not trained hence not productive. It would be easier to just give him overtime to finish the job and if he can’t, because he has to pick up kids after school, to call him lazy. I chose the hard way.

Personally, I feel that management needs to move away from the mentality that golf course maintenance is just cutting grass (to which I mean the workers need to be trained: either send them for training or send your superintendent/supervisors to a specialized/shortened Train the Trainer program) and I also feel that workers needs to move away from the mentality of ‘I’m just a grass cutter’ and as long as ‘cukup makan (just enough to eat), I’m fine’, whether in terms of knowledge or skill or contribution. We seem to be satisfied with what we have except for salary though, everyone wants a big salary increment every year, even if what we can do (skills, knowledge and contribution) this year compared to last year, in fact, every year is the same.  We want a bigger increment because we are still breathing?

As workers, we claim that we deserve better pay because of our 10 years’ experience but if we take a closer look at our ’10 years’, it is actually one year’s experience repeated 10 times or at best, two years’ experience repeated five times. We need to get over our entitlement issues, to be respected and to be able to claim for better pay or promotion, we need to be able to show our skill, knowledge and contribution is increasing over the years.

Secara peribadi, saya ber pendapat bahawa majikan perlu mempunyai mentality yg ber beza dari ‘pekerja padang hanya lah tukang potong rumput; siapa siapa pun boleh buat’; sebaliknya memikirkan untuk menambah produktiviti, pengetahuan dan kebulehan pekerja dengan cara menghantar mereka ke sesi latihan luar ataupun menghantar pegawai atas ke sesi ‘ Train the Trainer’ di reka khusus untuk mereka supaya mereka boleh menjadi pengajar yg lebih baik. Pastikan semua kursus di ‘tailor made’ utk kakitangan anda dan bukan sebarang kursus untuk awam.

Untuk pekerja pula, kita harus menjauhi pemikiran ‘cukup makan’ dan berpuashati dengan sumbangan, pengetahuan dan kebolehan kita. Kita tak berpuashati dengan pendapatan kita, kita mahukan kenaikan besar setiap tahun sedangkan sumbangan, pengetahuan dan kebolehan kita pada tahun ini – malah setiap tahun – sama sahaja. Jadi kenapa kita mahukan kenaikan besar? Kerana kita masih bernafas?

Kita mengaku kita ada pengalaman 10 tahun, tapi bila diteliti, kita dapati pengalaman kita adalah satu tahun di ulang 10 kali ataupun pengalaman dua tahun di ulang lima kali. Pada saya, untuk mendapat penghormatan dan hak untuk demand kenaikan kita harus tingkatkan sumbangan, kebolehan atau pengetahuan kita. Pada saya, pembohongan dari majikan bukanlah tentang kenaikan gaji 3% atau 5% setiap tahun, tetapi kegagalan mereka utk memberi ruang dan peluang kepada pekerja meningkatkan ilmu dan kebolehan lantas mengurang peluang pekerja mencari majikan baru (yang mungkin boleh memberi kenaikan lebih) sekaligus memerangkap mereka dalam perbincangan atau rundingan tapi kekal di satu tempat kerja. Pekerja pula mengambil jalan mudah dengan memilih mentality mangsa dan tidak mengambil tanggungjawab untuk destiny sendiri sebaliknya menyerahkan kepada dan menyalahkan org lain: Lebih mudah utk merungut dan mengadu pada bulan Januari daripada berusaha untuk peningkatan diri dari Februari hingga Disember.

Azmi’s employer told me that if he ever asks for leave, they would immediately approve – mainly because he rarely applies for one anyway – and that they have been generous in his annual increments because of his dedication to his duty and to his work. He may not be the perfect example in terms of knowledge and skill, but in terms of dedication and responsibility, his employers know they can depend on him and has rewarded him accordingly.

You may have your own stories of dedication and hard work; I’ve always liked to highlight such stories to inspire and perhaps debunk prejudices so do share with us. If your story is about how you were treated unfairly, trust us, you’re not the only one; but the rest of us just refuse to be victims.

Majikan Azmi memberitahu saya bahawa mereka akan segera meluluskan cuti beliau jika dipohon, selalunya dia jarang memohon cuti pun dan mereka merasakan mereka lebih mudah untuk bermurah hati sewaktu mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan untuk beliau kerana kebolehan dan dedikasinya. Dia mungkin bukan contoh terbaik untuk menggambarkan kebolehan dan pengetahuan pekerja, tetapi majikan nya tahu dia boleh di harap dari segi dedikasi dan tanggungjawab.

Anda mungkin ada kisah dan cerita tentang pekerja ber dedikasi anda sendiri, saya berharap anda tidak keberatan untuk berkongsi. Jika cerita anda adalah tentang ketidakadilan, percayalah kami yang lain semua pernah mengalaminya, cuma kami memilih  untuk tidak memiliki pemikiran mangsa.

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents | Tagged: , , | Leave a Comment »

Jangan Tnm Rumput

Posted by mynormas on August 18, 2015

Tanam rumput adalah senang. Ramai orang tanam rumput, tapi tak ramai orang yang boleh selernggara rumput yang mereka tanam. Samada kerana tak cukup kakitangan atau alat atau kawasan yang tak sesuai, rumput yang panjang adalah masalah. Nasihat saya? Jangan tanam rumput.

Di antara tempat yang selalu menjadi masalah ialah:

  1. Kawasan yang terlalu kecil untuk di potong dengan alat pemotong biasa.
  2. Kawasan redup yang menyebabkan rumput tumbuh kurus dan tinggi. Jika di potong, yang tinggal hanyalah batang rumput.
  3. Kawasan yang terlalu hampir dengan pokok yang boleh rosak jika terkena pisau atau mesin potong rumput.

Untuk penyelesaiannya saya mencadangkan supaya alternatif lain di gunakan contoh contoh alternatif ialah:

Rumput ini tidak dapat di potong oleh mesin biasa.

Rumput ini tidak dapat di potong oleh mesin biasa.

Selain itu, tentunya ada lain masalah dan lain cara. Kawasan berbukit yang susah di potong, tempat yang terlalu banyak orang lalu lalang dan tempat yang tenaga kerja dan pelbagai lagi alasan. Begitu juga dengan penyelesaian; terdapat juga cara menggunakan rumput tiruan dan mengunakan tumbuhan yang tahan tempat redup sebagai menggantikan rumput.

Bawah pokok di tabur batu.

Bawah pokok di tabur batu.

Jadi, kalau tidak dapat menyelenggara rumput atas apa sebab pun, cubalah fikirkan alternatif lain untuk kebaikan anda.

Pokok tahan redup alternatif kepada rumput

Pokok tahan redup alternatif kepada rumput

Simen kan terus kawasan kecil.

Simen kan terus kawasan kecil.

Utk kawasan lalu lalang, gunakan batu hiasan.

Utk kawasan lalu lalang, gunakan batu hiasan.

Posted in Landscape, Lanskap, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Mengenal ‘Penyakit’

Posted by mynormas on April 13, 2015

In the past few years I’ve been travelling visiting golf courses and a few football fields in Malaysia, one common problem I see is the difficulty some (let me stress that; some) Superintendents find it difficult to diagnose what is wrong with their grass. Especially on greens. I know it can be difficult to identify what disease is at fault except perhaps Fairy Ring but I find it a little alarming when the an insect attack is confused with fungi or even irrigation water contamination is blamed on disease (did that sound right). I’ve seen greens being compacted by some kind of heavy machinery and yet it was blamed on fungus. Sure, there were fungus on the green but you could see that the disease was mostly on the tyre marks and whatever the guy was dragging behind that tractor; a heavy roller perhaps? So I put together a slide that I used for teaching golf course staff on how to identify between abiotic and biotic causes of damage or disease on the course. I also saw a well-constructed football field having problems because the outlet drains were clogged: unclog it, and it improved almost immediately. The slides are in the Malaysian language because it is used to teach Malaysian staff. It is a two-day course and includes a calibration module. For more info on this and other field/course maintenance seminars, please contact me.

Penyakit apa membuat corak begini? What disease does this?

Penyakit apa membuat corak begini? What disease does this?

Dalam kerja saya sekarang, saya banyak melawat padang golf dan padang bola, dan salah satu masalah yang paling selalu saya jumpa ialah masalah pengenalan kepada penyakit di padang. Kekadang kita confuse di antara penyakit kulat dan serangan serangga. Kekadang masalah yang datang dari pengairan pun kita salahkan kulat. Saya pernah lihat rumput yang mempunyai kesan tayar pun di salahkan kepada kulat juga. Saya pernah lihat rumput yang di salah spray di salahkan penyakit rumput. Saya pernah jumpa padang bola yang di perbuat dengan sempurna dan di jaga dengan baik tetapi bermasalah, saya dapati masalahnya ialah paip outlet membawa air keluar dari padang telah sumbat. Setelah itu di perbaiki, padang tersebut telah berfungsi seperti biasa: tiada penyakit.

Saya telah membuat satu kursus bertajuk “Kursus Asas Aplikasi Racun di Padang” untuk di ajar kepada kakitangan padang dan slaid ini di gunakan sebagai petunjuk kepada mereka untuk membezakan punca penyakit. Ia dalam Bahasa Malaysia. Kursus ini adalah selama dua hari dan termasuk cara kalibrasi mesin. 

Untuk maklumat lanjut tentang kursus ini, sila hubungi saya…

<div style=”margin-bottom:5px”> <strong> <a href=”//www.slideshare.net/normas98/diagnosis-penyakit-rumput” title=”Diagnosis penyakit rumput” target=”_blank”>Diagnosis penyakit rumput</a> </strong> from <strong><a href=”//www.slideshare.net/normas98″ target=”_blank”>Normas Yakin</a></strong> </div>

Posted in Fields, Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Maintenance, Padang, Padang Golf, Taman | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Peraturan Satu Pertiga

Posted by mynormas on August 26, 2014

In a democracy, majority rules, but in the world of grass keeping, we have something called “the rule of one-third”.  Did I make it sound dramatic? Well its one of the main mistake being made by a lot of people. So being dramatic gets me more attention and I think you need to pay attention. 

Most Malaysian homeowners, some football fields, municipal councils and even golf courses would be using knapsack brushcutters to cut grass. On top of that, they will use nylon cutting heads and untrained labour. This tends to get the grass to be cut too low. Lower than what it should be which is; no more than one-third of its original height. Irregular or mowing at too long an interval will cause this too. Its one of the reason that I told most golf clubs that are my clients to “never not mow your greens for more than one day”: i.e. Skip mowing greens ONE DAY only.

Terdapat satu peraturan dalam pemotongan rumput yang di namakan “Rule of one-third” atau “Peraturan satu-pertiga”. Ini adalah peraturan paling kerap yang di langgar oleh penjaga rumput di Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana tidak tahu; tetapi juga kerana lebih mudah dan murah menggunakan:

Rumput yang di potong sekarang terlalu rendah. Warna keputihan yang kita lihat ialah warna 'batang' rumput.

Rumput yang di potong sekarang terlalu rendah. Warna keputihan yang kita lihat ialah warna ‘batang’ rumput.

  1. Mesin galas belakang (atau brushcutter) yang tidak dapat di tentukan ketinggian potongan.
  2. Menggunakan pisau di perbuat dari tali nylon yang juga merumitkan menentukan ketinggian potongan kerana panjang tali nylon tersebut tidak sama.
  3. Menggunakan buruh yang tidak terlatih.
  4. Menunggu masa yang terlalu lama sebelum mengulang potongan.
  5. Memotong tanpa mengambil kira jadual pemhajaan dan penyiraman.

Peraturan satu-pertiga ini mengatakan bahawa rumput tidak boleh di potong lebih dari satu pertiga dari ketinggian asal nya. Ini untuk mengekalkan jumlah permukaan daun yang cukup untuk melakukan fotosintesis dan juga menjamin masih terdapat cukup rumput untuk tumbesaran seterusnya.

Peraturan satu pertiga

Jangan potong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput

Menggunakan brush cutter dan tali nylon akan menyebabkan pekerja menekan pisau ke tanah dan menyebabkan rumput di potong hingga ke batang. Begitu juga amalan memotong selepas membaja dan juga selepas menyiram atau hujan lebat. Rumput akan tumbuh lebih banyak dan lebih banyak daun akan hilang sewaktu memotong.

Jadi jika anda penjaga rumput (atau anda ada rumput yang orang lain jaga):

  1. Hentikan penggunaan brush cutter dengan nylon head di kawasan terbuka (kita masih perlukan nya di kawasan yang ada perabut atau tebing batu)
  2. Gunakan mesin yang kita boleh ‘set’ ketinggian potongan. Ini ertinya mesin yang ada tayar.
  3. Set ketinggian potongan supaya mesin tidak memotong lebih dari satu pertiga dari ketinggian rumput.
  4. Tentukan jadual pemotongan bergantung kepada pertumbuhan rumput: biasanya rumput yang pendek (3 – 8 mm) di potong setiap hari atau selang sehari; 15 mm (contohnya padang bola atau halaman rumah) di potong seminggu sekali atau dua kali terutamanya lepas hujan atau lepas baja; 25mm dan ke atas, 7 – 10 hari sekali. Kecuali jika di baja atau pada waktu musim hujan yang mana rumput lebih galak tumbuh.

Jika kawasan anda terlalu berbukit dan tidak boleh di potong menggunakan mesin bertayar; cuba gunakan mesin yang mempunyai kipas yang kuat dan akan terapung sedikit sewaktu memotong. Kami panggilnya ‘hover mower’.

Jika anda perlukan nasihat pemotongan, jadual pemotongan atau anda perlukan pembelian mesin untuk memotong rumput: hubungi saya di mynormasATconsultant.com dengan menggantikan AT dengan @

Posted in Fields, Golf Course, Greens, Landscape, Lanskap, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: