Peraturan Satu Pertiga
Posted by mynormas on August 26, 2014
In a democracy, majority rules, but in the world of grass keeping, we have something called “the rule of one-third”. Did I make it sound dramatic? Well its one of the main mistake being made by a lot of people. So being dramatic gets me more attention and I think you need to pay attention.
Most Malaysian homeowners, some football fields, municipal councils and even golf courses would be using knapsack brushcutters to cut grass. On top of that, they will use nylon cutting heads and untrained labour. This tends to get the grass to be cut too low. Lower than what it should be which is; no more than one-third of its original height. Irregular or mowing at too long an interval will cause this too. Its one of the reason that I told most golf clubs that are my clients to “never not mow your greens for more than one day”: i.e. Skip mowing greens ONE DAY only.
Terdapat satu peraturan dalam pemotongan rumput yang di namakan “Rule of one-third” atau “Peraturan satu-pertiga”. Ini adalah peraturan paling kerap yang di langgar oleh penjaga rumput di Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana tidak tahu; tetapi juga kerana lebih mudah dan murah menggunakan:

Rumput yang di potong sekarang terlalu rendah. Warna keputihan yang kita lihat ialah warna ‘batang’ rumput.
- Mesin galas belakang (atau brushcutter) yang tidak dapat di tentukan ketinggian potongan.
- Menggunakan pisau di perbuat dari tali nylon yang juga merumitkan menentukan ketinggian potongan kerana panjang tali nylon tersebut tidak sama.
- Menggunakan buruh yang tidak terlatih.
- Menunggu masa yang terlalu lama sebelum mengulang potongan.
- Memotong tanpa mengambil kira jadual pemhajaan dan penyiraman.
Peraturan satu-pertiga ini mengatakan bahawa rumput tidak boleh di potong lebih dari satu pertiga dari ketinggian asal nya. Ini untuk mengekalkan jumlah permukaan daun yang cukup untuk melakukan fotosintesis dan juga menjamin masih terdapat cukup rumput untuk tumbesaran seterusnya.

Jangan potong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput
Menggunakan brush cutter dan tali nylon akan menyebabkan pekerja menekan pisau ke tanah dan menyebabkan rumput di potong hingga ke batang. Begitu juga amalan memotong selepas membaja dan juga selepas menyiram atau hujan lebat. Rumput akan tumbuh lebih banyak dan lebih banyak daun akan hilang sewaktu memotong.
Jadi jika anda penjaga rumput (atau anda ada rumput yang orang lain jaga):
- Hentikan penggunaan brush cutter dengan nylon head di kawasan terbuka (kita masih perlukan nya di kawasan yang ada perabut atau tebing batu)
- Gunakan mesin yang kita boleh ‘set’ ketinggian potongan. Ini ertinya mesin yang ada tayar.
- Set ketinggian potongan supaya mesin tidak memotong lebih dari satu pertiga dari ketinggian rumput.
- Tentukan jadual pemotongan bergantung kepada pertumbuhan rumput: biasanya rumput yang pendek (3 – 8 mm) di potong setiap hari atau selang sehari; 15 mm (contohnya padang bola atau halaman rumah) di potong seminggu sekali atau dua kali terutamanya lepas hujan atau lepas baja; 25mm dan ke atas, 7 – 10 hari sekali. Kecuali jika di baja atau pada waktu musim hujan yang mana rumput lebih galak tumbuh.
Jika kawasan anda terlalu berbukit dan tidak boleh di potong menggunakan mesin bertayar; cuba gunakan mesin yang mempunyai kipas yang kuat dan akan terapung sedikit sewaktu memotong. Kami panggilnya ‘hover mower’.
Jika anda perlukan nasihat pemotongan, jadual pemotongan atau anda perlukan pembelian mesin untuk memotong rumput: hubungi saya di mynormasATconsultant.com dengan menggantikan AT dengan @
Leave a Reply