Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Golf Course’ Category

Garisan Penjaga Garisan

Posted by mynormas on October 16, 2018

Ramai orang akan nampak bahawa masalah utama padang bolasepak ialah di depan gol akibat perebutan bola dan bila penjaga gold terkedik-kedik di satu tempat (jangan terasa) tetapi tak ramai orang perasan bahawa satu lagi masalah yang berlaku ialah di luar padang; betul-betul tepi garisan padang.

Di dalam satu perlawanan bola akan ada satu pengadil dan dua penjaga garisan. Pengadil akan berlari di dalam padang tetapi penjaga garisan akan berlari dari tengah hingga ke garis belakang padang. Pengadil akan berlari dalam corak tertentu tetapi tetapi tidak mempunyai baris atau garis tetap.

Manakala penjaga garisan pula disepanjang 90 minit permainan, akan berlari naik-turun separuh padang disisi satu garis putih. Lama kelamaan, tempat larian penjaga garisan itu akan mampat dan rumput di atasnya akan mati. Jika permainan berlangsung sewaktu padang basah atau lembik; tempat larian akan berlekuk dan menakung air.

Bekas linesman

Ini tidak dapat dielakkan. Apa cadangan saya untuk membaiki kerosakan ini? Saya ada tiga cadangan:

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

  1. Melakukan hias-atas (topdressing) untuk membaiki permukaan dan menggalakkan pertumbuhan baru.
  2. Menggunakan rumput yang lebih tahan lasak berbanding dengan Cowgrass. Disebuah padang yang saya jaga, saya dapati tempat larian penjaga garisan ditumbuhi oleh rumput Bermuda sedangkan Cowgrass tidak hidup. Saya tidak tanam Bermuda itu; ia memang wujud dipadang itu dibawah bayangan Cowgrass yang lebih besar.
  3. Pindahkan garisan dengan beberapa cara: Lebarkan padang, nipiskan padang ataupun pindahkan padang setengah atau satu meter. Ertinya; sekarang larian penjaga garisan bukan ditempat yang sama lagi. Saya cadangkan ini dibuat setahun sekali. Kita akan bincang lebih terperinci tentang ini dalam minggu mendatang, insya Allah.

topdress linesman

Bermuda linesman

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Landscape, Lanskap, Padang, Padang Bola, stadium, Taman | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Racun

Posted by mynormas on October 2, 2018

Racun makhluk perosak (pesticide) boleh dikenali dan dibeli dengan pelbagai nama. Jadi racun yang mempunyai fungsi yang sama ada pelbagai nama. Saya dapati ini mengelirukan. Lebih mengelirukan ialah bila dalam bahasa Melayu, racun, kadang-kadang dipanggil sebagai ‘ubat’; contohnya ubat nyamuk. Saya pernah pergi ke sebuah kedai pertanian di Johor dan meminta racun rumput. Tuan kedai memberi saya empat botol yang berbeza tetapi bila saya perhatikan bahan aktifnya, saya dapati keempat-empat botol itu adalah racun yang sama!
Terdapat beberapa cara penamaan racun:

  1. Nama dagangan
  2. Nama biasa
  3. Nama kimia
  4. Bahan aktif

Nama dagangan (Trade name)
Nama dagangan ialah sebarang jenis jenama yang digunakan secara eksklusif oleh suatu pengeluar untuk suatu produk yang mengandungi bahan kimia racun makhluk perosak. Kemungkinan terdapat beberapa nama perdagangan untuk satu jenis produk; ini boleh mengelirukan.
Jangan bergantung kepada jenama atau nama dagangan untuk mengenali racun. Contoh: glyphosate yang dulu dijual dengan jenama Round-up, kini dijual dengan pelbagai nama ‘Up’ lagi, Ken-Up, Rev-Up, Fold-Up (kecuali Seven-Up ya) selain dari jenama, Shoot, Dry dan lain lain. Chlorpyrifos di jual dengan nama Dursban atau Lorsban.
Nama biasa (Common name)
Nama biasa ialah nama generic yang di beri kepada suatu bahan kimia yang spesifik. Satu racun akan mempunyai satu nama biasa sahaja. Contoh nama biasa ialah glyphosate dan Chlorpyrifos
Nama kimia (Chemical name)
Nama kimia akan menerangkan struktur kimia sesuatu racun. Contohnya nama kimia untuk glyphosate ialah N-(phosphonomethyl) glycine. Chlorpyrifos ialah O, O-diethyl O-3,5,6-trichloro-2-pyridyl phosphorothiate.
Bahan aktif (Active Ingredient atau a.i)
Aktiviti biologi suatu racun makhluk perosak ditentukan oleh bahan aktifnya. Bahan aktif itu yang sebenarnya memusnahkan atau melaksanakan lain-lain fungsi terhadap makhluk perosak. Dari segi undang-undang, label pada racun makhluk perosak di mestikan menunjukkan bahan aktif dan peratusannya.

sample of glyphosate

Contoh contoh nama dagangan pada label, nama biasa ialah glyphosate (atau kadang2 Roundup walaupun nama dagangan lain) dan nama kimia ialah sebahagian dari nama pada bahan aktif.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM


Jika anda membeli racun, pastikan bahan aktif adalah bahan aktif yang anda cari dalam kadar yang adil. Saya pernah hampir ditipu oleh penjual yang mengatakan racunnya lebih murah dari orang lain tetapi bila saya periksa betul-betul, kadar bahan aktif nya adalah separuh dari bahan aktif orang lain; pasal tu dia murah! Itupun bukan murah separuh harga.

Nota di atas adalah petikan dari buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” yang akan dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Jumlah buku yang saya mahu ialah:


Buku 1st draft (1)

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course | Leave a Comment »

Pembinaan Green

Posted by mynormas on September 24, 2018

Dalam buku saya, saya telah membincangkan secara ringkas tentang pembinaan green yang boleh di bahagikan kepada empat jenis utama:

  1. Pembinaan secara tradisional.

Pembinaan green secara turun temurun melibatkan hanya menanam rumput di atas tanah dan di potong pendek. Kemudian ia di modenkan kepada pembinaan green di atas struktur tanah yang di bina tinggi dari kawasan sekeliling atau di panggil ‘push-up’ green.

Green ini di bina tinggi kerana lazimnya ia tidak mempunyai sistem saliran subtanah dan air akan mengalir keluar green melalui larian permukaan mengikut bentuk kontur tanah.

  1. Pembinaan secara USGA

USGA atau United States Golf Association melalui jabatan Golf Section mereka telah mencipta pembinaan green menggunakan pasir yang di pilih saiz partikelnya untuk membantu aliran air turun ke bahagian bawah green tetapi di masa yang sama, membantu pengairan dengan menghadirkan muka air tenggek (perched water table). Ia mula di gunakan pada September 1960 dan di perbaharui beberapa kali selepas itu.

Kini terdapat dua konsep utama dalam pembinaan green USGA, ada yang terdapat lapisan pertengahan (intermediate layer) dan ada yang tidak terdapat lapisan pertengahan.

USGA green with intermediate layer

Green USGA dengan intermediate layer.

3. Pembinaan green California

Pada tahun 1970an, dua orang saintis rumput dari Universiti California, Dr. John Madison dan En. Bill Davis membuat rumusan bahawa pasir sahaja, tanpa sebarang campuran boleh di gunakan untuk membina green di padang golf. Mereka mengatakan bahawa pasir di letakkan di atas permukaan subtanah yang di letakkan longkang boleh menghasilkan permukaan yang baik untuk kebanyakkan keadaaan. Tanpa lapisan lapisan tertentu seperti green USGA, green California adalah lebih murah.

4.  Pembinaan green hybrid USGA – California

Pada tahun 1998, En. Hummel telah mencadangkan beberapa pembaikan kepada cara pembinaan green California iaitu dengan menggunakan kriteria pasir sama dengan USGA dan menggunakan kiraan sama seperti yang di lakukan di green USGA termasuklah penggunaan bahan organik di zon akar. Dalam ertikata lain, hybrid USGA – California ialah kombinasi kriteria USGA dalam profil California. Begitu juga pada asalnya green California tidak mempunyai lapisan kerikil tetapi kini seperti green USGA banyak green California yang telah ditambah lapisan kerikil di bawah sekali.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Nota di atas adalah petikan dari buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” yang akan dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Saya mahu membeli:

Buku 1st draft (1)

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Pengumuman:

Buku “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” akan dilancarkan di UUM oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia selepas dua ceramah tentang industri golf di Malaysia mulai 9.30 pagi. Terbuka kepada semua.

Adjunct Professor talk at UUM

Bermula 9.30 pagi berakhir 12.30 tengahari. Terbuka kepada semua. Masuk adalah percuma.

Posted in Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Padang Golf | Tagged: , , | Leave a Comment »

Pelancaran Buku.

Posted by mynormas on September 22, 2018

Buku “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf”; sebuah buku pertama seumpamanya dalam Bahasa Malaysia akan dilancarkan di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM di Sintok, Kedah  oleh YBhg. Tan Sri  Dato Setia Mohd. Anwar, selaku presiden Persatuan Golf Malaysia selepas sesi ceramah oleh beliau bertajuk “Vision of the Malaysian Golf Industry” dan Mr. Steven Allan Thielke yang bermula 9.30 pagi pada Selasa 25 September 2018.

Semua dijemput hadir.

Adjunct Professor talk at UUM

Bermula 9.30 pagi berakhir 12.30 tengahari. Terbuka kepada semua. Masuk adalah percuma.

Posted in Golf Course | Leave a Comment »

Garis hijau atas padang

Posted by mynormas on September 20, 2018

Baja (atau ‘pupuk’ kata orang seberang) boleh menjadi masalah kalau tak diberi kepada rumput dan boleh juga menjadi masalah kalau diberi dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Isu Pertama sekali ialah salah guna baja dan selalunya ialah urea; oleh kerana nak padang nampak hijau, ramai penjaga padang yang akan menabur baja urea kadang-kadang dengan banyak supaya padang nampak hijau. Urea mengandungi 46% nitrogen dan nitrogen yang menjadikan kehijauan pada daun. Malangnya bila telalu banyak, nitrogen akan menyebabkan pertumbuhan mendadak, lebih banyak lagi ia juga menyebabkan dinding sel daun menjadi lemah; maka rumput tak lasak (daun mudah koyak) dan mudah dijangkiti penyakit kulat.

Isu kedua ialah teknik pembajaan yang tak betul. Pembajaan tak sekata akan menyebabkan padang tak sekata warnanya.

Isu ketiga ialah pembajaan tak kena waktu. Pembajaan dimusim hujan, terutamanya menggunakan baja sebatian atau straight fertiliser seperti urea dan bukan baja lepas-lambat (slow-release) atau baja foliar akan menyebabkan granul baja cair dan melepaskan nutrien serta merta dan tak mungkin dapat di’sedut’ oleh rumput. Bayangkan setiap granul (biji) baja ialah satu tin minuman air teh bunga dan setiap satu orang ialah satu rumput: apa yang orang nak buat ialah dia nak bukak satu tin dan minum perlahan lahan. Tetapi apa yang berlaku ialah tiga atau empat tin dibuka dan dicurah kepadanya. Apatah lagi sistem pada akar analogi nya ialah ibarat manusia minum air dalam tin guna straw kecik.

Apa jadi pada air berlebihan itu? Ia akan bertaburan di lantai. Untuk rumput, ia akan hanyut ke bawah dan dibawa ke sistem perparitan subtanah (jika ada). Bila hujan berhenti, dalam longkang subtanah ada baja berlebihan. Dan kini rumput atas longkang subtanah ada simpanan baja dibawahnya.

Hasilnya, rumput di atas longkang subtanah akan lebih hijau dari rumput sekitarnya.

 

uneven fertilize baja (3)

Baja dalam longkang menguntungkan rumput di atasnya tapi nampak pelik.

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Padang, Padang Bola, Rumput halaman rumah, stadium | Leave a Comment »

Zoysia grass: sama tapi tak serupa.

Posted by mynormas on September 17, 2018

Kita selalu dengar tentang rumput Jepun, rumput Philippines dan rumput Manila. Tahukah kita bahawa semua ini adalah dari genus Zoysia? Pengalaman saya ialah kita selalu salah kenal rumput ini. Rumput Jepun di nursery ini mungkin adalah rumput Manila di nursery sana dan rumput Philippines di nursery situ. Sekali pandang ia mungkin nampak sama tetapi bila ditanam bersebelahan; perbezaannya ketara.
Rumput Zoysia berasal dari China, Jepun, Korea, Filipina dan beberapa tempat lagi di Asia Tenggara. Spesis ini dinamakan bersempena seorang ahli botani Austria bernama Karl Von Zois (Zois+ia = Zoysia).
Sebelum meneruskan, kepada kita yang dah lupa sains biologi sekolah menengah, nama Latin atau nama saintifik sesuatu tumbuhan atau haiwan mempunyai dua bahagian; nama genus dan nama spesis. Sebelum genus ada nama lagi begitu juga selepas spesis ada nama sub-spesis atau hybrid tetapi pada asasnya, peperiksaan akan tanya genus dan spesis sahaja. Jadi nama genus di sini ialah Zoysia.
Zoysia japonica (nama saintifik mesti ditulis sebagai italik atau jika tulis tangan, Digaris bawahkan dengan nama genus mula huruf besar dan nama spesis huruf kecil) atau rumput Jepun (nama khas jadi mula huruf besar) mempunyai daun besar tetapi tahan sejuk dan dibawa masuk ke Amerika Syarikat dari China pada tahun 1895.
Zoysia matrella pula dibawa masuk dari Manila (maka ia diberi nama rumput Manila atau Manila grass) ke Amerika Syarikat pada tahun 1911 oleh seorang ahli botani bernama C. V. Piper yang mengatakan bahawa rumput ini tumbuh banyak di pesisir pantai di Filipina dan mungkin sesuai di Florida juga.
Zoysia tenuifolia tidak diketahui asal usulnya tetapi dari penerangan tentang sifatnya, saya yakin ia adalah rumput Philippine kerana Z tenuifolia dikatakan mempunyai daun paling kecil dan akan membentuk permukaan rapat. Tetapi diantara ketiga-tiga spesis ini, ia adalah paling manja dan paling lambat membiak.
Baiklah, anda rasa pengenalan spesis Zoysia tidak penting? Selepas menghadiri suatu majlis di Putrajaya, saya berjalan disekeliling taman nya. Alangkah terkejutnya saya bila terlihat percampuran dua spesis Zoysia di situ. Saya rasa, satu spesis dah lama di situ tetapi atas sebab rumput mati atau rosak, pihak kontraktor telah menggantikan dengan rumput ‘Philippine’ (semua Zoysia dipanggil Philippine di Malaysia) dari nursery lain yang menggunakan Zoysia matrella sebagai rumput Philippine nya.

Rumput lama dan rumput baru. Pada saya jelas perbezaannya. Kalau tak percaya, kita boleh lihat lebih dekat lagi.


Pandangan lebih dekat kepada mereka yang tak puas hati bahawa ini adalah dua spesis Zoysia yang berbeza.
Bagaimana cara untuk mengelakkan ini (beli dua spesis yang berbeza) berlaku?
Beli dari nursery yang sama setiap kali. Pastikan mereka BUKAN orang tengah.
Sewaktu nak pilih rumput, jangan potong sebahagian kawasan kecil untuk seminggu, biar bunga dan daun tumbuh, lepas tu ambik sikit tumbuhan rumput tu (akar, batang, daun dan bunga kena ada) dan bandingkan di nursery. Bila confirm sama, beritahu orang nursery awak nak ini jugak dan dia tak boleh harvest (tuai) sebelum saksi awak datang; kecuali kalau awak nak bawak balik hari tu jugak tak apalah. Cash and carry.

Pengumuman:
Buku “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan di UUM oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia pada September 2018. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan senaskhah, sila hubungi saya.

Muka hadapan dan belakang.

Posted in Golf Course, Landscape, Lanskap, Penanaman, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , | 4 Comments »

Rekabentuk Lubang

Posted by mynormas on September 10, 2018

Dalam buku saya yang akan dilancarkan pada bulan September ini, saya mengatakan bahawa mengenal pasti dan memahami seni bina padang golf adalah penting untuk superintenden dan pemain golf. Ia patut di jadikan salah satu faktor yang di ambil kira ketika membuat keputusan tentang penyelenggaraan padang kerana ia akan memberi kesan kepada corak permainan golf. Apakah ‘keputusan’ yang saya maksudkan: contohnya nak tinggikan atau rendahkan potongan. Nak besarkan atau kecilkan fairway. Ataupun nak tambah atau tutup bunker. Semua ini akan – sedikit atau sebanyak – mempengaruhi corak permainan di lubang itu.

Pengetahuan tentang konsep atau niat arkitek padang juga adalah amat penting bila tiba masa untuk membuat penambah-baikan atau perubahan pada padang, samada tentang penanaman baru/pembuangan pokok lanskap, penambahan/pengurangan bunker ataupun penggantian rumput di atas green (yang selalunya akan melibatkan pembentukan semula saiz, kedudukan atau kontour green).

Menjadikan sebuah lubang itu susah dengan menambah bunker di tengah fairway sedangkan niat asal arkitek adalah membina sebuah lubang yang mudah di main adalah suatu perkara yang perlu di fikirkan masak-masak. Begitu juga membina suatu bunker besar dan moden dengan banyak jari dan tebing curam di sebuah padang golf yang di penuhi dengan bunker kecil dan cetek akan memberi kesan janggal.

Seorang superintenden tak perlu cukup pandai sampai boleh reka lubang golf sendiri, tetapi cukuplah sekadar dia boleh kenal konsep dan niat arkitek serta cara lubang itu dimainkan.

Secara popularnya ada tiga jenis rekaan lubang golf;

  1. Strategi. Lubang atau padang golf yang dibina dengan pemikiran strategik akan memberi ganjaran kepada pemain yang sabar dan pandai mengurus pukulan mereka.

    strategic hole

    Contoh lubang strategik; anda boleh jadi hero atau anda boleh main selamat.

  2. Penal (Mendenda). Umumnya (tapi tak semestinya) lubang direka cara ini akan mempunyai hazard di kiri atau kanan kerana ia direka untuk mendenda pemain yang mempunyai pukulan tidak lurus. Pemain yang memukul lurus akan tiada halangan.

    Example of Penal hole

    Contoh lubang gaya strategik; Arah mana pun anda pilih, ada hazard menunggu untuk mendenda kesilapan anda.

  3. Heroic (Wira). Mula diperkenalkan pada 50an. Ia kononnya adalah gabungan diantara rekaan strategi dan penal. Jika pemain berani, dia boleh membuat pukulan yang memberi ganjaran birdie atau  par, tetapi jika dia kurang berani dia masih ada jalan untuk membuat pukulan yang memberinya par atau boogie.

    Belanja minum?

    Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

    5.00RM

Kalau mengikut buku rujukan saya yang bertajuk Grounds for Golf; The History and Fundamentals of Golf Course Design karangan Geoff Shackelford, terdapat tambahan beberapa jenis rekaan lagi:

  1. Semulajadi (Natural) iaitu lubang yang direka oleh alam sekitar tanpa banyak campurtangan dari manusia.
  2. Freeway (saya panggil sebagai highway) iaitu lubang atau padang yang tidak mendatangkan sebarang cabaran kepada mana-mana pemain pun. Jika ada bunker pun; ia terlalu jauh atau terlalu ke tepi untuk mengganggu sesiapa.

    Example of freeway hole

    Lubang gaya highway; tiada bunker, tiada masalah.

  3. Framing. Saya tidak dapat menterjemah gaya rekaan ini. Tetapi ia dikatakan berkisar kepada gaya Pete Dye yang akan membuat bunker atau rough nya cantik dan canggih (contohnya kayu jalan keretapi sebagai tebing bunker, atau bunker yang bulat dan kecil atau kolam yang besar atau busut di tengah fairway) yang menyusahkan pemain. Kalau ikut Pete Dye; padangnya cantik dan susah. Pengikut Pete Dye pula melakukan rekaan padang yang cantik/canggih tetapi tidak susah.

Jadi jika anda sebagai superintenden atau sebagai Komiti, pastikan perubahan yang anda ingin lakukan pada lubang atau padang atau green anda, tidak mengubah konsep gaya rekaan lubang atau padang itu. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengubahnya langsung, tetapi ia mestilah membawa maknanya sendiri. Contohnya anda ingin menjadikan kebanyakan lubang di padang anda sebagai lubang strategik atau freeway kerana kebanyakan ahli (member) sudah berumur. Atau pengurusan mahu menjadikan padang anda sebagai padang untuk tournament maka anda akan jadikan kebanyakan lubang anda strategik dan penal.

Apa yang saya minta ialah jika anda pemilik atau penjaga padang yang bersifat Natural (iaitu padang yang dibina lebih 50 tahun lalu) janganlah ubah ia terlalu banyak. Anda mungkin perlu panjangkan lubang atau anda perlu sempitkan fairway kerana teknologi bola dan kayu golf sekarang memberi golfer peluang untuk pukul lebih jauh dari 50 tahun dulu, tetapi janganlah padang yang direka pada tahun 1929 dengan bunker kecil tetiba anda nak letak bunker besar dengan tebing pasir tinggi. Awkward…

Sudah terlalu panjang artikel ini. Kebanyakan superintenden Malaysia yang saya kenal tidak akan meletakkan ‘Membaca’ sebagai hobi utama mereka jadi saya tak pasti kenapa saya bersusah payah sangat. Mungkin kerana saya suka menulis dan saya mahu superintenden Malaysia dianggap sebagai profesional, tahu bercakap, ada isi bila bercakap dan tidak dipanggil sebagai tukang kebun. Saya tak kenal ramai superintenden Indonesia atau Brunei; maaf. Tetapi yang saya dah jumpa, pada saya superintenden Indonesia jauh lebih profesional.

Jika anda dah baca sampai sini; tahniah. Klik lah satu dua iklan di sini supaya saya dapat 3 atau 4 sen (beberapa rupiah?) dan Rate bintang di atas artikel ini jadi kita tahu berapa orang yang dah baca sampai sini.

Terima kasih.

Nota di atas adalah petikan dari buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” yang akan dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00. Ia akan dilancarkan di UUM, Sintok pada 25 Sept bersama dengan acara MGA dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (terbuka untuk semua). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Saya mahu membeli:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Buku 1st draft (1)

Posted in Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Padang Golf | Leave a Comment »

Kenapa Tanam, Bela Kemudian Bunuh?

Posted by mynormas on September 6, 2018

Meracun terlalu besar dan tidak sama rata.

Meracun terlalu besar dan tidak sama rata.

Pernahkan anda melihat orang menggunakan racun untuk rumput yang tumbuh pinggir jalan? Atau di tebing longkang? Saya selalu lihat ini dan saya akan tertanya: siapakah yang kurang pandai di sini? Orang yang tanam atau orang yang meracun? Dah tanam lepas tu racun: itu kerja kurang pandai. Apa pun alasan, kalau ia tidak dilakukan dengan pengawasan ataupun pemikiran; ia memburukkan pemandangan.

Saya faham, memotong tebing atau ‘edging’ adalah kerja rumit dan memerlukan kesabaran. Ada orang guna mesin sandang dan ada orang guna cangkul. Saya pernah tengok orang guna scraper untuk buat kerja edging ini.

Kenapa mesti bersusah payah? Kerana sama seperti kaum lelaki yang baru lepas gunting rambut; tebing atau edge yang dipotong kemas memberi gambaran kekemasan kepada suatu kawasan rumput.Beberapa tahun dahulu seorang rakan sekerja pernah memberitahu saya yang pemain golf berkata mereka dapati padang golf saya adalah sangat kemas dari biasa dan mereka tidak tahu kenapa. Saya tahu; tahun itu adalah tahun pertama saya melakukan kerja-kerja trimming tepi jalan.

brushcutter-path-edge-002-2

Nampak kemas, kan?

Saya tidak faham bila saya lihat di tempat lain, orang lebih gemar menggunakan racun untuk mengawal rumput di tepi jalan. Kalau buat dengan berhati-hati mungkin ia boleh di terima, tetapi selalu, ia dibuat ala kadar  dengan semburan yang besar dan tidak sama rata. Selain dari tidak cantik, masalah weed sucession juga akan timbul jika racun yang sama digunakan setiap bulan.

 

pgr-primo-comparisonSelain dari menggunakan racun, saya mencadangkan penggunaan pembantut pertumbuhan rumput atau kalau mengikut DBP – regulator pertumbuhan yang akan melambatkan pertumbuhan. Ia perlu di ulang sembur tetapi begitu juga dengan racun. Kesan sampingannya ialah rumput akan tumbuh lebih padat kerana ruas atau nod nya semakin rapat. Jika anda ingin maklumat lebih lanjut (dan nak tahu apa orang putih kata) Google ‘Plant Growth regulator for turf grass’ atau hubungi pembekal anda.

Primo label

Label untuk Primo (saja nak buktikan ia boleh diguna untuk pelbagai jenis rumput).

Saya pernah menggunakan PGR jenama Primo pada kadar 6ml untuk satu knapsack kerana kekurangan pekerja untuk menjaga kekemasan tepi jalan saya. Tentunya saya lakukan ujian dahulu untuk mempastikan jumlah itu tidak terlalu tinggi atau rendah untuk rumput spesis itu. Ia melambatkan pertumbuhan rumput dan saya perlu trim (potong rapi) hanya sebulan sekali. Tebing jalan saya nampak kemas. Harga sebotol Primo ialah kurang dari RM400 setakat Ogos 2018 boleh guna hampir sehektar (10,000sq.m) ertinya kalau kita sembur suku meter di tepi jalan sama macam kita sembur RoundUp atau racun lain tu, kita boleh guna untuk 4km jalan. Saya sembur hanya setengah dari setengah dari suku meter so saya dapat guna hampir 16km.

At least tak nampak bodoh lepas tanam, baja, lepas tu racun.

Buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” akan dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Jumlah buku yang saya mahu ialah:

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Buku 1st draft (1)

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , | Leave a Comment »

Bunker Neraka?

Posted by mynormas on September 3, 2018

Minggu lepas (terbit minggu lepas, sebenarnya ditulis pada bulan lepas) saya bercerita tentang bunker yang dibina menggunakan fabrik yang membolehkan tebing pasir – sebenarnya dipanggil muka bunker i.e. bunker face – dibuat tinggi dengan alasan menggerunkan pemain dan ia memudahkan penyelenggaraan.

Saya mengatakan fabrik mat itu TIDAK memudahkan penyelenggaraan secara nett, ia hanya memudahkan penyelenggaraan bila kita ada bunker dengan tebing pasir yang tinggi. Adalah jauh lebih mudah lagi jika kita ada bunker dengan tebing pasir rendah. Minggu ini saya ingin bercerita tentang satu pembinaan lama yang dibarukan dan benar-benar boleh mengurangkan penyelenggaraan bunker. Tebing bunker pasir tinggi hanya menarik kepada penonton dari clubhouse (atau tepi jalan) yang tidak main golf dan arkitek. Ia tidak memberi kesan kepada pemain selepas hilang kesan gerun kali pertama lihatnya. Tapi… tiap kali hujan lebat, penjaga padang kena keluar periksa bunker untuk melihat samada tebing pasir telah runtuh atau tidak.

Bunker yang dibina dengan menyusun kepingan sod sebenarnya dilihat pada gambar padang golf di Scotland dalam akhbar tahun 1890an lagi. Hanya satu dua sahaja. Kebanyakan bunker dulu dulu adalah bunker cetek yang terjadi secara semulajadi. Tetapi lubang pasir dalam dan terutamanya jika ia terletak di tepi green perlu di benteng dan bentengan yang paling mudah didapati di padang golf ialah kepingan rumput. Itu satu teori.

Ada satu lagi teori yang mengatakan pembinaan bunker tegak menggunakan kepingan sod diilhamkan oleh pembinaan kubu tentera yang juga mempunyai tebing yang tegak.

screenshot_20180813-171644~21590755337..jpg

Teori ketiga pula ialah pembinaan tebing tegak lebih tahan dari tebing yang mereng (kerana pembinaan padang golf waktu itu tidak menggunakan jentera berat dan kosnya amat rendah) terutamanya pada musim hujan lebat.

Terdapat sebuah bunker di St Andrews yang dipanggil sebagai Hell Bunker (Bunker Neraka) yang ada gambar pemain di dalamnya pada tahun 1897; tebingnya kelihatan dibuat dari kepingan sod. Maka kebanyakan orang berpendapat bunker sod ini dah lama bermula tetapi ia banyak kelihatan di padang golf Britain selepas perang dunia pertama.

Hell Bunker dulu dan now

Kelemahan bunker dibuat dari kepingan sod ialah: samada rumput akan tumbuh dari sod itu terlalu cepat dan merosakkan dinding ataupun sod itu reput kerana rumput mati dan perlu dibina semula selepas hanya beberapa tahun.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Kini terdapat cara baru untuk bunker yang diperbuat dari sod ini kembali digunakan; iaitu menggunakan kepingan sod rumput tiruan! Ia disambung menggunakan simen dan mampu kekal lama.

Pada saya, cara ini jauh lebih baik kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan meninggikan kos penyelenggaraan seperti bunker yang dibuat dari fabrik yang kita bincangkan minggu lepas.

Ia mungkin tidak nampak cantik tetapi jika anda lihat rupa Hell Bunker; ia masih menggerunkan.

Penjual sod rumput tiruan dan sistem bunker ini ialah STS. Anda boleh hubungi mereka direct. Saya tiada kaitan, tiada komisen, sekadar membantu menyebarkan info yang saya harap dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka panjang padang golf rantau ini dan jumlah pekerja asing di negara ini.

Jangan hadkan kepada tebing bunker sahaja; sebarang jenis tebing pun boleh digunakan.

Pengubahsuaian bunker sod

Nasihat saya ialah: kurangkan jumlah bunker di padang anda tetapi di mana ada bunker, jadikan ia bunker yang sukar dilupakan. Dan jadikan ia besar dan mudah dirake oleh mesin bunker rake. Di masa yang sama; sebarang perubahan pada padang anda mestilah berpandukan kepada rekaan lubang itu.

Jika lubang itu direka untuk menjadi ‘heroic’ (susah) menutup semua bunker akan mengubah falsafahnya. Sebaliknya jika lubang itu direka untuk menjadi lubang ‘lebuhraya’ (senang) menambah bunker besar di tengah fairway akan menjadikan ia susah.

Buku 1st draft (1)Anda berminat tentang sejarah dan permulaan golf? Ada banyak lagi cerita seperti di atas dalam buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” yang akan dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Chopkan untuk saya:

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Maintenance, Padang Golf | Tagged: | Leave a Comment »

Siram Yang Betul

Posted by mynormas on August 30, 2018

water ponding during irrigation watering

Cawan dah penuh kot?

Dimusim panas tetapi diselangi hari hujan lebat ini, kerja menyiram lebih lagi perlu diputuskan oleh orang di padang dan bukan menurut jadual, BQ, buku, blog, apatah lagi pegawai/boss yang duduk di pejabat.

Salah satu konsep yang saya dapati agak susah untuk disampaikan kepada orang awam yang juga menjaga rumput ialah tentang penyiraman. Kebanyakan orang samada akan menyiram setiap hari dan/atau menyiram pada waktu petang.

Mungkin masalahnya ialah orang menyangka rumput minum air seperti manusia; iaitu bila disiram, seolah-olah ada mulut pada daun rumput yang terbuka dan minum air itu. Sebenarnya, secara metaforanya, rumput minum guna ‘cawan’ dan cawan untuk rumput ialah tanah dan ia akan minum melalui proses tertentu melalui akarnya. Oleh kerana proses nya perlahan, kita boleh andaikan ia minum dari cawan guna straw kecil pulak. Kesian kan?

Apa yang saya nak sampaikan ialah bila kita siram rumput, air akan turun ke tanah dan rumput akan menggunakan air yang berada dalam tanah. Berapa banyak air kita siram, akar akan ambil air itu melalui proses yang sama.

Baiklah, sekarang bayangkan setiap satu rumput memegang cawan. Pada musim hujan, cawan bukan sahaja penuh malah melimpah-limpah; betul? Ataupun, pada waktu cuaca mendung dan rumput ‘minum’ air perlahan-lahan, air masih ada dalam cawan, kenapa kita tuang ikut jadual? Cawan ada tiga-suku lagi air, kita tuang air sampai melimpah; apa guna?

Kalau cawan masih banyak, kenapa nak isi lagi sampai melimpah cawan tu? Banyak mana boleh minum? Kita hanya minum air yang dalam cawan, air yang dah melimpah keluar cawan ke atas lantai, kita akan abaikan. Jadi sebelum kita tuang air, kita periksa dulu cawan tu; penuh ke kosong. Kalau kosong, kita siram, kalau penuh kita jangan siram.

Dimusim kering pula, cawan makin lama makin kosong (ingat, air disedut secara perlahan-lahan melalui akar) selain air hilang melalui proses larutlesap (leaching) dan pemelowapan di tanah yang hampir permukaan.

Sebagai manusia, kita akan berasa haus dan dahaga pada waktu matahari panas terik maka masa itulah kita cari cawan kita. Alangkah hampanya kalau cawan kosong, kan? Jadi kita patut isi cawan kita sebelum matahari terik dan kalau perlu, kita isi sekali lagi pada waktu matahari sedang terik BUKAN pada waktu matahari dah mula terbenam, betul? Apa guna cawan yang penuh pada manusia yang dah mati kehausan, betul?

Maka, take-home points saya ialah:

  1. Siram awal pagi (bukan lewat petang)
  2. Kalau matahari terik, kita boleh (bukan mesti) siram tengahari.
  3. Kita siram ikut keadaan/keperluan, bukan ikut jadual. Check dulu tanah sedalam satu dua inci; kalau masih lembap, tak payah lah siram.
  4. Ulangan nombor 3 (sebab penting yang amat) JANGAN SIRAM IKUT JADUAL.

Maka jika anda menggunakan sistem siraman automatik, jangan set untuk siraman sebulan tetapi set lah untuk siraman esok hari atau hari ini DAN bersedia untuk off jika tiba tiba hujan.

Selain dari siraman untuk memberi ‘minum’ kepada rumput terdapat juga siraman untuk:

1. Selepas pembajaan atau peracunan.

2. Melembutkan tanah atau melambatkan bola (ini tunggu arahan pegawai perlawanan).

3. Membuang atau melarutkan bahan asing seperti embun (bila terdesak), minyak tumpah (kes terdesak giler dah ni), pasir hias atas (topdress) dan sebagainya.

Berapa banyak air diperlukan sewaktu siram? Saya anggarkan purata 25mm seminggu untuk Cowgrass. Jadi untuk sehari siram, saya akan bahagi 7 iaitu lebihkurang 3 – 4mm. Macamana nak tahu 3 – 4mm? Letak cawan atau gelas kosong atas tanah di beberapa tempat. Buka air dan bila air dalam cawan/gelas tu dah berisi, ukur dengan pembaris. Kalau di pembaris air dah cecah 3-4mm; dah cukup air. Tapi awas; ada kawasan yang lebih cepat kering dan ada kawasan lebih keras dari kawasan lain. Kenali padang anda.

Kepada orang yang kata kalau siram waktu matahari terik daun boleh melecur kerana air pada daun akan bersifat seperti kanta yang memfokuskan cahaya matahari, saya katakan cahaya matahari adalah ‘cahaya’ dan bukan laser; iaitu ia ambil masa untuk terfokus dan membakar. Sementara itu, air tersebut dah terpelowap (evaporate).

Buku 1st draft (1)

Buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Jumlah buku yang saya mahu ialah:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Posted in Golf Course, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium | Tagged: , | 2 Comments »