Garisan Penjaga Garisan
Posted by mynormas on October 16, 2018
Ramai orang akan nampak bahawa masalah utama padang bolasepak ialah di depan gol akibat perebutan bola dan bila penjaga gold terkedik-kedik di satu tempat (jangan terasa) tetapi tak ramai orang perasan bahawa satu lagi masalah yang berlaku ialah di luar padang; betul-betul tepi garisan padang.
Di dalam satu perlawanan bola akan ada satu pengadil dan dua penjaga garisan. Pengadil akan berlari di dalam padang tetapi penjaga garisan akan berlari dari tengah hingga ke garis belakang padang. Pengadil akan berlari dalam corak tertentu tetapi tetapi tidak mempunyai baris atau garis tetap.
Manakala penjaga garisan pula disepanjang 90 minit permainan, akan berlari naik-turun separuh padang disisi satu garis putih. Lama kelamaan, tempat larian penjaga garisan itu akan mampat dan rumput di atasnya akan mati. Jika permainan berlangsung sewaktu padang basah atau lembik; tempat larian akan berlekuk dan menakung air.
Ini tidak dapat dielakkan. Apa cadangan saya untuk membaiki kerosakan ini? Saya ada tiga cadangan:

Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
5.00RM
- Melakukan hias-atas (topdressing) untuk membaiki permukaan dan menggalakkan pertumbuhan baru.
- Menggunakan rumput yang lebih tahan lasak berbanding dengan Cowgrass. Disebuah padang yang saya jaga, saya dapati tempat larian penjaga garisan ditumbuhi oleh rumput Bermuda sedangkan Cowgrass tidak hidup. Saya tidak tanam Bermuda itu; ia memang wujud dipadang itu dibawah bayangan Cowgrass yang lebih besar.
- Pindahkan garisan dengan beberapa cara: Lebarkan padang, nipiskan padang ataupun pindahkan padang setengah atau satu meter. Ertinya; sekarang larian penjaga garisan bukan ditempat yang sama lagi. Saya cadangkan ini dibuat setahun sekali. Kita akan bincang lebih terperinci tentang ini dalam minggu mendatang, insya Allah.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Akif Mohd said
Salam encik, kawasan yang encik lawati ini di padang bola mana ye?
LikeLike
smileygang said
salam encik, kawasan yang encik lawati di padang bola mana ye encik?
LikeLike
mynormas said
salam. Maaf, saya tak dapat beritahu. Itu tak penting pun.
LikeLike