Siram Yang Betul
Posted by mynormas on August 30, 2018

Cawan dah penuh kot?
Dimusim panas tetapi diselangi hari hujan lebat ini, kerja menyiram lebih lagi perlu diputuskan oleh orang di padang dan bukan menurut jadual, BQ, buku, blog, apatah lagi pegawai/boss yang duduk di pejabat.
Salah satu konsep yang saya dapati agak susah untuk disampaikan kepada orang awam yang juga menjaga rumput ialah tentang penyiraman. Kebanyakan orang samada akan menyiram setiap hari dan/atau menyiram pada waktu petang.
Mungkin masalahnya ialah orang menyangka rumput minum air seperti manusia; iaitu bila disiram, seolah-olah ada mulut pada daun rumput yang terbuka dan minum air itu. Sebenarnya, secara metaforanya, rumput minum guna ‘cawan’ dan cawan untuk rumput ialah tanah dan ia akan minum melalui proses tertentu melalui akarnya. Oleh kerana proses nya perlahan, kita boleh andaikan ia minum dari cawan guna straw kecil pulak. Kesian kan?
Apa yang saya nak sampaikan ialah bila kita siram rumput, air akan turun ke tanah dan rumput akan menggunakan air yang berada dalam tanah. Berapa banyak air kita siram, akar akan ambil air itu melalui proses yang sama.
Baiklah, sekarang bayangkan setiap satu rumput memegang cawan. Pada musim hujan, cawan bukan sahaja penuh malah melimpah-limpah; betul? Ataupun, pada waktu cuaca mendung dan rumput ‘minum’ air perlahan-lahan, air masih ada dalam cawan, kenapa kita tuang ikut jadual? Cawan ada tiga-suku lagi air, kita tuang air sampai melimpah; apa guna?
Kalau cawan masih banyak, kenapa nak isi lagi sampai melimpah cawan tu? Banyak mana boleh minum? Kita hanya minum air yang dalam cawan, air yang dah melimpah keluar cawan ke atas lantai, kita akan abaikan. Jadi sebelum kita tuang air, kita periksa dulu cawan tu; penuh ke kosong. Kalau kosong, kita siram, kalau penuh kita jangan siram.
Dimusim kering pula, cawan makin lama makin kosong (ingat, air disedut secara perlahan-lahan melalui akar) selain air hilang melalui proses larutlesap (leaching) dan pemelowapan di tanah yang hampir permukaan.
Sebagai manusia, kita akan berasa haus dan dahaga pada waktu matahari panas terik maka masa itulah kita cari cawan kita. Alangkah hampanya kalau cawan kosong, kan? Jadi kita patut isi cawan kita sebelum matahari terik dan kalau perlu, kita isi sekali lagi pada waktu matahari sedang terik BUKAN pada waktu matahari dah mula terbenam, betul? Apa guna cawan yang penuh pada manusia yang dah mati kehausan, betul?
Maka, take-home points saya ialah:
- Siram awal pagi (bukan lewat petang)
- Kalau matahari terik, kita boleh (bukan mesti) siram tengahari.
- Kita siram ikut keadaan/keperluan, bukan ikut jadual. Check dulu tanah sedalam satu dua inci; kalau masih lembap, tak payah lah siram.
- Ulangan nombor 3 (sebab penting yang amat) JANGAN SIRAM IKUT JADUAL.
Maka jika anda menggunakan sistem siraman automatik, jangan set untuk siraman sebulan tetapi set lah untuk siraman esok hari atau hari ini DAN bersedia untuk off jika tiba tiba hujan.
Selain dari siraman untuk memberi ‘minum’ kepada rumput terdapat juga siraman untuk:
1. Selepas pembajaan atau peracunan.
2. Melembutkan tanah atau melambatkan bola (ini tunggu arahan pegawai perlawanan).
3. Membuang atau melarutkan bahan asing seperti embun (bila terdesak), minyak tumpah (kes terdesak giler dah ni), pasir hias atas (topdress) dan sebagainya.
Berapa banyak air diperlukan sewaktu siram? Saya anggarkan purata 25mm seminggu untuk Cowgrass. Jadi untuk sehari siram, saya akan bahagi 7 iaitu lebihkurang 3 – 4mm. Macamana nak tahu 3 – 4mm? Letak cawan atau gelas kosong atas tanah di beberapa tempat. Buka air dan bila air dalam cawan/gelas tu dah berisi, ukur dengan pembaris. Kalau di pembaris air dah cecah 3-4mm; dah cukup air. Tapi awas; ada kawasan yang lebih cepat kering dan ada kawasan lebih keras dari kawasan lain. Kenali padang anda.
Kepada orang yang kata kalau siram waktu matahari terik daun boleh melecur kerana air pada daun akan bersifat seperti kanta yang memfokuskan cahaya matahari, saya katakan cahaya matahari adalah ‘cahaya’ dan bukan laser; iaitu ia ambil masa untuk terfokus dan membakar. Sementara itu, air tersebut dah terpelowap (evaporate).
Buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
R'man Jamali said
salam tuan. apa penyelesaian klo rumput dah dijangkiti lumut.
LikeLike
mynormas said
Wassalam.
Tebuk tanah utk laluan air (solid tine), hias-atas dengan pasir supaya lumut tak dapat matahari (tapi tak tenggelam kan rumput)
LikeLike