Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Rumput halaman rumah’ Category

Tentang masalah yang di hadapi oleh penggemar rumput lanskap di halaman rumah.

Siram Yang Betul

Posted by mynormas on August 30, 2018

water ponding during irrigation watering

Cawan dah penuh kot?

Dimusim panas tetapi diselangi hari hujan lebat ini, kerja menyiram lebih lagi perlu diputuskan oleh orang di padang dan bukan menurut jadual, BQ, buku, blog, apatah lagi pegawai/boss yang duduk di pejabat.

Salah satu konsep yang saya dapati agak susah untuk disampaikan kepada orang awam yang juga menjaga rumput ialah tentang penyiraman. Kebanyakan orang samada akan menyiram setiap hari dan/atau menyiram pada waktu petang.

Mungkin masalahnya ialah orang menyangka rumput minum air seperti manusia; iaitu bila disiram, seolah-olah ada mulut pada daun rumput yang terbuka dan minum air itu. Sebenarnya, secara metaforanya, rumput minum guna ‘cawan’ dan cawan untuk rumput ialah tanah dan ia akan minum melalui proses tertentu melalui akarnya. Oleh kerana proses nya perlahan, kita boleh andaikan ia minum dari cawan guna straw kecil pulak. Kesian kan?

Apa yang saya nak sampaikan ialah bila kita siram rumput, air akan turun ke tanah dan rumput akan menggunakan air yang berada dalam tanah. Berapa banyak air kita siram, akar akan ambil air itu melalui proses yang sama.

Baiklah, sekarang bayangkan setiap satu rumput memegang cawan. Pada musim hujan, cawan bukan sahaja penuh malah melimpah-limpah; betul? Ataupun, pada waktu cuaca mendung dan rumput ‘minum’ air perlahan-lahan, air masih ada dalam cawan, kenapa kita tuang ikut jadual? Cawan ada tiga-suku lagi air, kita tuang air sampai melimpah; apa guna?

Kalau cawan masih banyak, kenapa nak isi lagi sampai melimpah cawan tu? Banyak mana boleh minum? Kita hanya minum air yang dalam cawan, air yang dah melimpah keluar cawan ke atas lantai, kita akan abaikan. Jadi sebelum kita tuang air, kita periksa dulu cawan tu; penuh ke kosong. Kalau kosong, kita siram, kalau penuh kita jangan siram.

Dimusim kering pula, cawan makin lama makin kosong (ingat, air disedut secara perlahan-lahan melalui akar) selain air hilang melalui proses larutlesap (leaching) dan pemelowapan di tanah yang hampir permukaan.

Sebagai manusia, kita akan berasa haus dan dahaga pada waktu matahari panas terik maka masa itulah kita cari cawan kita. Alangkah hampanya kalau cawan kosong, kan? Jadi kita patut isi cawan kita sebelum matahari terik dan kalau perlu, kita isi sekali lagi pada waktu matahari sedang terik BUKAN pada waktu matahari dah mula terbenam, betul? Apa guna cawan yang penuh pada manusia yang dah mati kehausan, betul?

Maka, take-home points saya ialah:

  1. Siram awal pagi (bukan lewat petang)
  2. Kalau matahari terik, kita boleh (bukan mesti) siram tengahari.
  3. Kita siram ikut keadaan/keperluan, bukan ikut jadual. Check dulu tanah sedalam satu dua inci; kalau masih lembap, tak payah lah siram.
  4. Ulangan nombor 3 (sebab penting yang amat) JANGAN SIRAM IKUT JADUAL.

Maka jika anda menggunakan sistem siraman automatik, jangan set untuk siraman sebulan tetapi set lah untuk siraman esok hari atau hari ini DAN bersedia untuk off jika tiba tiba hujan.

Selain dari siraman untuk memberi ‘minum’ kepada rumput terdapat juga siraman untuk:

1. Selepas pembajaan atau peracunan.

2. Melembutkan tanah atau melambatkan bola (ini tunggu arahan pegawai perlawanan).

3. Membuang atau melarutkan bahan asing seperti embun (bila terdesak), minyak tumpah (kes terdesak giler dah ni), pasir hias atas (topdress) dan sebagainya.

Berapa banyak air diperlukan sewaktu siram? Saya anggarkan purata 25mm seminggu untuk Cowgrass. Jadi untuk sehari siram, saya akan bahagi 7 iaitu lebihkurang 3 – 4mm. Macamana nak tahu 3 – 4mm? Letak cawan atau gelas kosong atas tanah di beberapa tempat. Buka air dan bila air dalam cawan/gelas tu dah berisi, ukur dengan pembaris. Kalau di pembaris air dah cecah 3-4mm; dah cukup air. Tapi awas; ada kawasan yang lebih cepat kering dan ada kawasan lebih keras dari kawasan lain. Kenali padang anda.

Kepada orang yang kata kalau siram waktu matahari terik daun boleh melecur kerana air pada daun akan bersifat seperti kanta yang memfokuskan cahaya matahari, saya katakan cahaya matahari adalah ‘cahaya’ dan bukan laser; iaitu ia ambil masa untuk terfokus dan membakar. Sementara itu, air tersebut dah terpelowap (evaporate).

Buku 1st draft (1)

Buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” telah dilancarkan pada 25 September 2018. Harga setiap satu ialah RM79.00 (Harga kulit keras ialah RM99.00). Jangan lupa untuk memesan satu:

← Back

Thank you for your response. ✨

Jumlah buku yang saya mahu ialah:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Posted in Golf Course, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium | Tagged: , | 2 Comments »

Jerebu lagi

Posted by mynormas on August 21, 2018

Jerebu pada minggu ini nampak teruk. Kepada yg bekerja di luar, sila ambil langkah keselamatan yg bersesuaian.
Kepada yg menjaga rumput, beberapa perkara perlu di beri perhatian.

Biasanya kita akan lebih risau tentang kesihatan kita dan manusia lain bila kita bercerita tentang jerebu ini. Masa ini juga ialah masa untuk sesetengah orang untuk mencari salah siapa yang menyebabkan jerebu.

Dengan membuat andaian anda membaca ini kerana anda mahukan cadangan untuk rumput atau mungkin tumbuhan lanskap anda, maka saya akan abaikan cadangan untuk kesihatan manusia atau siapa bakar apa dan dimana dalam artikel ini.

Tidak ada kajian khusus pernah di buat untuk menilai kesan jerebu keatas rumput. Setakat yang saya temui, terdapat kajian keatas padi, tembakau, dan Meranti.

Tiga perkara utama pada jerebu akan memberi kesan pada rumput:

Pertama ialah jerebu tebal mengurangkan cahaya matahari yang akan mempengaruhi keupayaan rumput membuat makanan melalui proses fotosintesis. Fotosintesis hanya mampu berlaku bila tumbuhan mendapat cahaya matahari yang cukup.

haze 2013 June (2)

Jerebu yang menghalang sinar matahari.

Tumbuhan (rumput) yang tidak mampu membuat makanan tadi akan menggunakan tenaga simpanan yang ada di bahagian-bahagian lain seperti di batang atau akar. Bila tenaga simpanan ini habis dan masih tidak cukup sinar matahari untuk membuat fotosintesis, maka rumput ini akan mula memanjangkan lai daun nya.  Ia akan cuba untuk menambah luas permukaan daun supaya boleh memaksimakan cahaya matahari yang ada. Anda pernah lihat rumput yang tumbuh di kawasan redup? Ia akan menjadi lebih panjang dari biasa; panjang tapi kurus.

Tanya operator yang potong rumput anda samada dia lihat lebih banyak sampah clipping dari biasa; ataupun rumput anda nampak kuning dan bila anda perhatikan dari dekat, apa yang anda lihat adalah batang (stem) rumput dan kurang daun. Itu tanda-tanda rumput tak cukup matahari dan sedang cuba mengadaptasi.

Kedua, di dalam jerebu tersebut terkandung partikel-partikel seni yang akhirnya akan mendap ke atas permukaan rumput. Kalau seni yang saya maksudkan ialah seni budaya tidaklah ia menjadi masalah. Tapi partikel2 disini ialah oksida dan juga ‘heavy metal’ seperti Plumbum dan Sulfur. Ia akan melekat pada permukaan daun atau tanah. Jika dibiarkan unsur2 ini akan terkumpul dan akhirnya memberi kesan ke atas kimia tanah atau rumput tadi.

Ketiga ialah kemungkinan ‘hujan asid’ iaitu kombinasi hujan dan pencemaran udara. Tidaklah bermaksud akan berlaku hujan yang boleh melubangkan baju anda; tapi tahap keasidan air yang turun itu ialah lebih dari hujan biasa. Ini berlaku walaupun tiada jerebu. Anda juga bertanggungjawab untuk fenomena ini bila anda membuat apa2 pembakaran, termasuk enjin kereta anda. Hujan asid ini akan – sedikit sebanyak – meninggalkan kesan keasidan pada tanah juga. Tanah yang berasid akan mempunyai sifat kimia yang akan menghalang rumput dari mengambil nutrien dari tanah.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cadangan saya

Saya hanya mencadangkan anda perhatikan rumput anda, jika anda dapati ia mula memanjang (tanda-tanda nya ialah, anda mula memotong lebih banyak batang dari daun, atau anda dapati lebih banyak ‘sampah’ di kutip oleh mesin anda dari biasa, atau sekadar dari pemerhatian mata kasar) maka anda patut menaikkan ketinggian potongan. Terutamanya green di padang golf.

Jika anda mampu, siram dengan kuantiti yang banyak untuk ‘membasuh’ permukaan lai daun dan membawa partikel2 seni tadi  ke dalam tanah. Siram awal pagi. Jangan siram lewat petang.

Anda juga boleh membantu perjalanan air ke dalam tanah dengan hollow tining, slicing, spiking atau semata-mata mencucuk-cucuk tanah supaya air boleh turun ke bawah dengan cepat.

Lagi?  Doa banyak-banyak untuk mintak hujan atau salahkan orang sebelah yang tengah bakar sampah tu…

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Greens, Lanskap, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Baja Rekaan

Posted by mynormas on August 20, 2018

Sebagai konsultan bebas, saya ada satu polisi iaitu jika client ambil saya secara direct, maka saya tak akan rekomen sebarang jenama atau syarikat, sebaliknya saya akan rekomen spesifikasi dan terpulang kepada client untuk pilih syarikat atau jenama mana yang dia mahu. Saya tidak akan ambil satu persen pun.

Jadi bayangkan berapa geramnya saya bila satu hari seorang supervisor client beritahu saya bahawa seorang supplier mahu ubah label pada bajanya untuk mengikut spesifikasi saya walaupun kandungan baja itu tidak sama dengan label! “Tapi kau jangan beritahu pada encik Normas” katanya.

Mulai saat itu saya ragu ragu dengan baja yang dilabelkan dengan kertas A4 atau baja yang formulanya ditulis tangan.

Mungkin bukan semua, tapi yang mana kita boleh percaya?

photo editing_cloud201808132091800059..jpg

Gambar hiasan semata-mata.

Posted in Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Leave a Comment »

Cowgrass oh Cowgrass

Posted by mynormas on August 15, 2018

Seorang wakil kontraktor pernah talipon saya dari Perlis kata mereka telah diminta untuk baiki padang bola rumput Cowgrass tetapi bila mereka bawak rumput untuk ganti, mereka dapati Cowgrass yang mereka bawa tak sama dengan Cowgrass padang asal!

Saya pernah dapat talipon dari orang Kedah kata pihak berkuasa tempatan minta mereka buat ujian DNA untuk tentukan bahawa Cowgrass yang mereka bawa ialah Cowgrass yang sebenar.

Sebuah stadium di KL minta saya tolong mereka selesaikan masalah Cowgrass mereka yang bertukar warna jadi merah!

Di Selangor, lanskap sebuah badan kerajaan mempunyai masalah Cowgrass berwarna putih.

Manakala di Perak, sebuah padang golf ada Cowgrass yang berwarna hijau muda pulak…

masalah Cowgrass

Jadi… misterinya ialah, siapakan Cowgrass yang sebenar? Apa masalah dia?

Calon utama untuk rumput jenis ini ialah rumput yang mempunyai nama saintifik Axonopus compressus. Selain dari itu terdapat dua lagi calon yang mahu mendapat gelaran Cowgrass iaitu Axonopus affinis dan juga Paspalum conjugatum.

Cowgrass vs buffalo

Ini adalah perbandingan dua jenis rumput yang di padang, nampak seakan-akan serupa.

Saya lebih berpihak kepada A compressus; ada seorang pakar (lain) yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau). Saya dapati sukar untuk membezakan diantara A affinis dan P conjugatum kerana kedua-duanya mempunyai daun yang tirus.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat. Ia lasak kepada cuaca dan tanah, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding Bermuda atau Zoysia.

Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass; kurang pembajaan.

Ia mempunyai akar yang pendek dan daun yang besar serta lembut, jadi ada pemain golf yang mengatakan bahawa Cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bola akan duduk lebih dalam dan susah di pukul. Di padang bola dan stadium pula, masalah Cowgrass ialah ia mempunyai akar yang pendek (terutamanya di stadium yang selalu siram) dan mudah tercabut atau terkopek di waktu permainan.

Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan Cowgrass setara dengan rumput fairway lain.

Ia boleh dipotong serendah 5mm untuk dijadikan green dipadang golf dan boleh dipotong setinggi 25mm, malah 35mm untuk dijadikan padang dan taman.

Cowgrass compared

Dah terlanjur cakap, kepada stadium/padang yang ada sistem siraman automatik, nasihat saya ialah off-kan automatik nya. Sila siram bila perlu. Jangan siram ikut jadual, 2x sehari atau sehari sekali. SIRAM IKUT KEPERLUAN RUMPUT. Jangan letak dalam BQ berapa kali atau pukul berapa nak siram. Siram ikut keperluan RUMPUT. Siram ikut BQ, atau ikut jadual adalah formula untuk akar pendek, terutamanya untuk Cowgrass. Sigh… haus aku dibuatnya cerita pasal siram. Ada padang siram 3x sehari, ada padang siram dalam hujan (ni kes pakai timer lah ni) dan ada padang siram lewat petang.

Belum lagi cerita padang yang pasang sprinkler boleh-ubah (mobile sprinkler) lepas tu pergi minum. Kejap lagi (atau sejam kemudian) datang alih sprinkler lepas tu pergi hisap rokok kat luar. Alih lagi, pergi membawang tepi padang.

Yang buat Cowgrass tak elok ialah kerana kita:

  1. Beli rumput tak berkualiti dari nursery paling murah. Lepas tu, tak cek pulak masa penghantaran; nursery paling murah tu, ambik kat kawasan atau nursery lain yang tak sama dengan rumput yang kita pilih.
  2. Tak baja dengan betul.
  3. Siram terlalu kerap/banyak.
  4. Potong jarang-jarang (sebaiknya seminggu 2, 3x).
  5. Roll terlalu kerap/berat.
  6. Terlalu banyak digunakan (ia bukan rumput lasak).

Selain itu,Cowgrass adalah rumput yang baik, tetapi soalannya; adakah rumput Cowgrass anda beli dari nursery itu, adalah Cowgrass sebenar? Dan adakah anda baik untuk Cowgrass anda?

2nd time same mistake is a choice

 

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Leave a Comment »

Pancut Angin

Posted by mynormas on March 13, 2018

Pembaca laman web ini akan dapati saya selalu menekankan tentang pengudaraan tanah.

Umumnya apa yang saya maksudkan ialah menggunakan besi padu (solid tine) ataupun besi berongga (hollow tine) yang akan memberi ruang kepada udara masuk ke dalam tanah.

Lebih besar diameter besi, maka lebih besarlah rongga yang terhasil dan lebih banyak lah pertukaran udara boleh berlaku. Malah, saya sering menyarankan penggunaan besi berdiameter besar tiap-tiap kali kerja-kerja pengudaraan tanah dilakukan. Saya tak setuju bila superintenden padang golf yang menjadi klien saya memberitahu bahawa mereka akan melakukan ‘hollow tine’ dengan diameter 3/8 inci atas alasan lebih cepat pulih. Bukan sahaja ruang terbuka di atas permukaan terlalu kecil untuk membenarkan pertukaran udara; besi hollow-tine juga akan tersumbat dan menjadi solid tine.

Pertukaran udara akan membantu segala mikro flora dan fauna yang membentuk ekosistem bawah tanah mendapat oksigen dan mempercepatkan pereputan bahan organik iaitu thatch atau mat yang berada di antara rumput dan tanah.

Thatch akan btertindak seperti span, menyimpan dan menghalang air dari bergerak ke dalam tanah.

thatch plus mat close-up

Ini thatch di sebuah padang yang dibina atas pasir; pasir tidak dapat berfungsi untuk membawa turun air kerana kebanyakan air berada di dalam lapisan thatch.

Ini akan menyebabkan padang rasa lembap dipijak walaupun nampak kering dan 2, 3 hari tiada hujan.

Selain itu thatch ini juga akan menyebabkan padang berasa lembik, lantunan bola yang tidak konsisten (kerana tebal thatch tidak sama dari satu tempat ke satu tempat) dan menjadi tempat pembiakan kulat; pathogen penyakit.

Maka proses membuang thatch secara langsung melalui kerja-kerja nyahthatch (dethatching), scarifying, hollow-tining, hias-atas (topdressing) dan juga secara tidak langsung melalui proses pengudaraan tanah ataupun memperkenalkan bakteria khusus yang menggemari dan mereputkan thatch.

Ada lagi perbincangan panjang tentang pengudaraan tanah tetapi artikel ini bukan tentang pengudaraan tanah tetapi kerana saya ingin memperkenalkan suatu konsep baru dalam pengudaraan tanah iaitu mengepam udara masuk ke dalam tanah.

Alat ini dipanggil ‘Air Spike’. Kita akan cucuk besi tajam yang mempunyai lubang halus di muncungnya ke dalam tanah dan bila kita picit suatu punat, udara yang berada di bawah tekanan (compressed air) akan melalui batang besi dan ke dalam tanah.

Di beberapa tempat yang tidak terlalu mampat, kita akan boleh rasa tanah itu ‘ternaik’ sedikit akibat tekanan udara di bawah permukaan.

Tekanan udara ini akan tersebar, menyebabkan retak-retak di dalam tanah yang akan dipenuhi udara.

Kebaikan cara ini ialah:

  1. Ia boleh pergi lebih dalam dari sebarang cara konvensional menggunakan cara menebuk.
  2. Tidak mengganggu permainan
  3. Tidak perlu mengutip ‘sampah’ seperti kerja-kerja hollow-tine.
  4. Mempunyai kesan sampingan membuka ruangan untuk air turun ke bawah melalui retak-retak yang telah dibuat tadi.
  5. Ia boleh digunakan untuk membuat pengudaraan di celah celah akar pokok.
  6. Ia boleh memberi kelegaan bernafas kepada pokok yang ditanam di dalam plot kecil dan air bertakung (seperti di kawasan parking)

Saya telah mencuba Air Spike ini di kawasan bertakung air, dan saya kagum ia dapat menghilangkan air cepat. Saya ada ambil video tetapi ia agak panjang jadi saya ambil snapshot beberapa gambar penting untuk tatapan tuan tuan.

Kombo pic air spike

Kunci saya adalah penanda aras. Saya ubah Air Spike untuk buat tebukan di dua lokasi tetapi kunci berada di tempat sama.

Jika anda ingin cuba untuk menyelesaikan masalah kawasan keras di padang anda, masalah air bertakung (longkang subtanah diperlukan untuk jumlah air yang banyak atau hujan berterusan), masalah tanah padat.

Begitu juga jika anda mempunyai lanskap pokok yang ditanam di petak tanah kecil di kawasan parkir, Air Spike boleh membantu pengudaraan di tempat kecil.

Hubungi saya di 03 5I3I OO66 (dan biarkan ia berdering) atau mynormasATconsultant.com (AT=@) jika anda perlukan pengudaraan di tempat-tempat tertentu atau jika padang anda masih bertakung air walaupun ada longkang subtanah.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Fields, Golf club, Golf Course, Greens, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | 1 Comment »

Peraturan Potong Rumput

Posted by mynormas on December 8, 2017

Siapa sangka potong rumput pun ada peraturan? Saya pernah bercerita tentang Peraturan Satu Pertiga sebelum ini tetapi saya masih lagi dengar tentang orang yang potong rumput padang bola sebulan sekali atau tidak potong green padang golf tiap tiap pagi (“kami roll tiap tiap pagi” kata mereka) maka saya akan ulang cerita ini lagi.

Di dalam penjagaan rumput terdapat suatu ‘peraturan’ yang dipanggil sebagai “Rule of One-third” atau saya terjemah sebagai “Peraturan Satu Pertiga”. Saya tahu bahawa ada pakar rumput lain yang mempertikaikan peraturan ini sebagai ketinggalan zaman, tetapi bagi saya ia adalah penjelasan baik kenapa penjaga padang mesti memotong rumput mengikut jadual tertentu dan bukan sembarangan atau ‘bila panjang’ atau ‘bila senang’.

Peraturan ini menjelaskan bahawa setiap kali rumput ia dipotong, ia tidak boleh dipotong lebih dari satu pertiga ketinggiannya waktu itu. Contohnya, jika rumput pada waktu itu adalah 30mm, maka kita tidak boleh potong 10mm dari daun rumput dan menjadikan ia 20mm sekaligus.
Peraturan ini bermaksud untuk mengelakkan terlalu banyak daun rumput dipotong setiap kali operasi pemotongan dijalankan.

Saya tahu kita tidak sengaja berbuat begitu (potong daun dengan banyak) tetapi kita buat ia secara tidak sengaja jika kita biar rumput jadi panjang baru potong. JANGAN lambat potong!

Jika terpaksa lambat potong (mungkin kerana cuaca yang tidak baik) maka bila ada peluang untuk potong, potong tinggi dahulu, kemudian datang balik dan potong pada ketinggian yang kita hendak secara perlahan lahan.

Contoh; katakan pemotongan kita ialah pada 25mm dan kita dah seminggu tak potong akibat hujan (atau mesin rosak) maka bila ada kesempatan untuk potong nanti kita akan potong pada 35mm dan tiga hari kemudian pada 30mm dan empat hari kemudian pada 25mm (semua ukuran adalah contoh).

Maka sebelum potong, ukur. Bukan tiap tiap kali; kerana selepas sekali dua anda buat ini, anda akan tahu corak pertumbuhan rumput anda. Rumput ‘karpet’ seperti rumput Philippine atau Bermuda akan tumbuh lebih cepat (pasal tu saya nasihatkan JANGAN tanam rumput ini di halaman anda kalau anda tiada tukang kebun/mesin potong sendiri) dari Cowgrass dan paling lambat ialah Pearlgrass.

Pertumbuhan akan lebih cepat selepas pembajaan dan lebih cepat juga di musim hujan (dua sebab: air akan ‘release’ nutrien dalam tanah dan cuaca mendung memaksa daun panjang untuk cari cahaya matahari). Apa tah lagi jika kedua dua nya berlaku.

Edit untuk lebih penjelasan: Lebih pendek rumput anda, lebih kerap anda perlu potong rumput kerana kadar pertumbuhan rumput sama pada semua rumput. Katakanlah pertumbuhan rumput 3mm sehari, maka rumput padang yang panjang nya 25mm, esoknya baru 28mm. Lusa 31mm maka tunggu lagi sehari belumpun potong satu pertiga. Tapi kalau rumput green yang panjangnya 5mm, esoknya dah 8mm. Lusa dah 11mm, maka kalau selang sehari potong pun dah hampir satu perdua kita potong. Nampak tak? LAGI PENDEK RUMPUT, LAGI KERAP POTONG.

Edit untuk beritahu kenapa: Rumput perlukan daun untuk fotosintesis.

Sekian dari saya. Jika anda melanggar peraturan ini, maka anda akan mendapat rumput yang tidak sihat dan kuning. Jangan tanya saya lagi…

Saya minta bantuan untuk ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik di mana-mana iklan di sini. Ini semua akan membantu saya untuk mendapat beberapa sen dari pengiklan. Atau tuan/puan boleh terus beri sumbangan di bawah:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

 

Posted in Golf Course, Greens, Landscape, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | 2 Comments »

Kuat Minum

Posted by mynormas on July 18, 2017

water ponding during irrigation wateringSalah satu konsep yang saya dapati agak susah untuk disampaikan kepada orang awam yang juga menjaga rumput ialah tentang penyiraman. Kebanyakan orang samada akan menyiram setiap hari dan/atau menyiram pada waktu petang.

Mungkin masalahnya ialah orang menyangka rumput minum air seperti manusia; iaitu bila disiram, seolah-olah ada mulut pada daun rumput yang terbuka dan minum air itu. Sebenarnya, secara metaforanya, rumput minum guna ‘cawan’ dan cawan untuk rumput ialah tanah dan ia akan minum melalui proses tertentu melalui akarnya. Oleh kerana proses nya perlahan, kita boleh andaikan ia minum dari cawan guna straw kecil pulak. Kesian kan?

Apa yang saya nak sampaikan ialah bila kita siram rumput, air akan turun ke tanah dan rumput akan menggunakan air yang berada dalam tanah. Berapa banyak air kita siram, akar akan ambil air itu melalui proses yang sama.

Baiklah, sekarang bayangkan setiap satu rumput memegang cawan. Pada musim hujan, cawan bukan sahaja penuh malah melimpah-limpah; betul? Ataupun, pada waktu cuaca mendung dan rumput ‘minum’ air perlahan-lahan, air masih ada dalam cawan, kenapa kita tuang ikut jadual? Cawan ada tiga-suku lagi air, kita tuang air sampai melimpah; apa guna?

Kalau cawan masih banyak, kenapa nak isi lagi sampai melimpah cawan tu? Banyak mana boleh minum? Kita hanya minum air yang dalam cawan, air yang dah melimpah keluar cawan ke atas lantai, kita akan abaikan. Jadi sebelum kita tuang air, kita periksa dulu cawan tu; penuh ke kosong. Kalau kosong, kita siram, kalau penuh kita jangan siram.

Dimusim kering pula, cawan makin lama makin kosong (ingat, air disedut secara perlahan-lahan melalui akar) selain air hilang melalui proses larutlesap (leaching) dan pemelowapan di tanah yang hampir permukaan.

Sebagai manusia, kita akan berasa haus dan dahaga pada waktu matahari panas terik maka masa itulah kita cari cawan kita. Alangkah hampanya kalau cawan kosong, kan? Jadi kita patut isi cawan kita sebelum matahari terik dan kalau perlu, kita isi sekali lagi pada waktu matahari sedang terik BUKAN pada waktu matahari dah mula terbenam, betul? Apa guna cawan yang penuh pada manusia yang dah mati kehausan, betul?

Maka, take-home points saya ialah:

  1. Siram awal pagi (bukan lewat petang)
  2. Kalau matahari terik, kita boleh (bukan mesti) siram tengahari.
  3. Kita siram ikut keadaan/keperluan, bukan ikut jadual. Check dulu tanah sedalam satu dua inci; kalau masih lembap, tak payah lah siram.
  4. Ulangan nombor 3 (sebab penting yang amat) JANGAN SIRAM IKUT JADUAL.

Maka jika anda menggunakan sistem siraman automatik, jangan set untuk siraman sebulan tetapi set lah untuk siraman esok hari atau hari ini DAN bersedia untuk off jika tiba tiba hujan.

Selain dari siraman untuk memberi ‘minum’ kepada rumput terdapat juga siraman untuk:

1. Selepas pembajaan atau peracunan.

2. Melembutkan tanah atau melambatkan bola (ini tunggu arahan pegawai perlawanan).

3. Membuang atau melarutkan bahan asing seperti embun (bila terdesak), minyak tumpah (kes terdesak giler dah ni), pasir hias atas (topdress) dan sebagainya.

Berapa banyak air diperlukan sewaktu siram? Saya anggarkan purata 25mm seminggu untuk Cowgrass. Jadi untuk sehari siram, saya akan bahagi 7 iaitu lebihkurang 3 – 4mm.

Edit: Dan kepada orang yang kata kalau siram waktu matahari terik daun boleh melecur kerana air pada daun akan bersifat seperti kanta yang memfokuskan cahaya matahari, saya katakan cahaya matahari adalah ‘cahaya’ dan bukan laser; iaitu ia ambil masa untuk terfokus dan membakar. Sementara itu, air tersebut dah terpelowap (evaporate).

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium | Tagged: , | Leave a Comment »

Kesian Rumput

Posted by mynormas on February 23, 2017

Meracun terlalu besar dan tidak sama rata.

Meracun terlalu besar dan tidak sama rata.

Pernahkan anda melihat orang menggunakan racun untuk rumput yang tumbuh pinggir jalan? Atau di tebing longkang? Saya selalu lihat ini dan saya akan tertanya: siapakah yang kurang pandai di sini? Orang yang tanam atau orang yang meracun? Dah tanam lepas tu racun: itu kerja kurang pandai. Apa pun alasan, kalau ia tidak dilakukan dengan pengawasan ataupun pemikiran; ia memburukkan pemandangan.

Saya faham, memotong tebing atau ‘edging’ adalah kerja rumit dan memerlukan kesabaran. Ada orang guna mesin sandang dan ada orang guna cangkul. Saya pernah tengok orang guna scraper untuk buat kerja edging ini.

Kenapa mesti bersusah payah? Kerana sama seperti kaum lelaki yang baru lepas gunting rambut; tebing atau edge yang dipotong kemas memberi gambaran kekemasan kepada suatu kawasan rumput.Beberapa tahun dahulu seorang rakan sekerja pernah memberitahu saya yang pemain golf berkata mereka dapati padang golf saya adalah sangat kemas dari biasa dan mereka tidak tahu kenapa. Saya tahu; tahun itu adalah tahun pertama saya melakukan kerja-kerja trimming tepi jalan.

brushcutter-path-edge-002-2

Nampak kemas, kan?

Saya tidak faham bila saya lihat di tempat lain, orang lebih gemar menggunakan racun untuk mengawal rumput di tepi jalan. Kalau buat dengan berhati-hati mungkin ia boleh di terima, tetapi selalu, ia dibuat ala kadar  dengan semburan yang besar dan tidak sama rata. Selain dari tidak cantik, masalah weed sucession juga akan timbul jika racun yang sama digunakan setiap bulan.

Kesian rumput. Baik tak payah tanam kalau nak di racun.

Kesian rumput. Baik tak payah tanam kalau nak di racun.

 

pgr-primo-comparisonSelain dari menggunakan racun, saya mencadangkan penggunaan pembantut pertumbuhan rumput atau kalau mengikut DBP – regulator pertumbuhan yang akan melambatkan pertumbuhan. Ia perlu di ulang sembur tetapi begitu juga dengan racun. Kesan sampingannya ialah rumput akan tumbuh lebih padat kerana ruas atau nod nya semakin rapat. Jika anda ingin maklumat lebih lanjut (dan nak tahu apa orang putih kata) Google ‘Plant Growth regulator for turf grass’ atau hubungi pembekal anda.

Saya pernah menggunakan PGR jenama Primo pada kadar 6ml untuk satu knapsack kerana kekurangan pekerja untuk menjaga kekemasan tepi jalan saya. Tentunya saya lakukan ujian dahulu untuk mempastikan jumlah itu tidak terlalu tinggi atau rendah untuk rumput spesis itu.

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Landscape, Lanskap, Maintenance, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , | 2 Comments »

Racun; membunuh

Posted by mynormas on November 23, 2016

Kebanyakan racun yang digunakan di padang golf adalah untuk membunuh makhluk perosak. Tetapi jika salah bancuh dan salah sembur, racun yang sama boleh membahayakan rumput, tukang sembur dan pengguna padang (pemain/penonton). Sementara itu, salah bancuh dan salah sembur juga boleh membazir masa, racun, tenaga dan menyebabkan kelalian atau imuniti makhluk perosak (serangga/kulat) kepada racun yang digunakan. Ramai orang tidak sangka penjagaan padang yang profesional perlukan pengetahuan matematik untuk beberapa kiraan; salah satunya ialah untuk mengira jumlah racun yang perlu di sembur.

bad-spray-rough

Salah satu nozel semburan itu terlebih racun.

Berapa banyak padang yang menggunakan alat penyemmbur racun tetapi tidak pernah kalibrasi alat mereka? Adakah mereka membunuh, membazir atau melalikan?

Di sini saya sertakan slaid yang boleh digunakan untuk kalibrasi alat penyembur. Sebagai bonus, dalam slaid itu jug termasuk tips untuk penyediaan alat tersebut sebelum penyemburan. Ia adalah sebahagian dari kursus penjagaan padang yang saya lakukan.

Kita perlu amalkan penggunaan racun yang berhemah dan lebih bertanggungjawab, terutama di musim hujan.

Amat malang sekali bila kebanyakan padang di Malaysian hanya menggunakan pekerja asing tanpa latihan dan tanpa peralatan keselamatan untuk penyemburan racun yang berpotensi sangat merbahaya.

Di kebanyakan padang di Malaysia, pembekal akan latih pekerja, pekerja itu akan latih pekerja lain, yang kemudian akan latih pekerja baru, yang akan latih pekerja baru turun kapalterbang minggu lepas dan seterusnya bertahun-tahun kemudian.

 

 

 

Posted in Fields, Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Landscape, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah | Tagged: , | Leave a Comment »

Tukang Kebun Glamour

Posted by mynormas on October 20, 2016

23 tahun selepas saya memulakan kerjaya dalam bidang penjagaan rumput di Malaysia, saya masih lagi menerima soalan: “Ada kerja macam ni??”. Jadi saya rasa teruja dan seronok bila berpeluang bersama-sama dengan orang orang yang mempunyai kerjaya yang sama, dari serata dunia di Bukit Kiara di seminar anjuran GCSAM/AGIF. Kehadiran saya ke seminar tersebut telah di taja oleh GulfRich Corp. Terima kasih.

Khemah syarikat yang menunjukkan mesin baru mereka.

Khemah syarikat yang menunjukkan mesin baru mereka.

Perkembangan terkini bidang penjagaan rumput telah berkembang pesat berbanding dengan apa yang saya lalui 20 tahun lalu. Kini terdapat mesin pemotong rumput besar (mempunyai lima unit pisau pemotong atau dipanggil 5-gang mowers) jenis hybrid yang kelima-lima unit pisau pemotong nya di putar menggunakan motor elektrik dan juga mampu menyalurkan tenaga elektrik ke putaran tayar dan mampu menaikkan kekuatan keseluruhan mesin, di bantu dengan sebuah enjin Kubota 25 kuasa-kuda, kepada sekuat 40 kuasa-kuda.

Saya juga tertarik kepada mesin pemotong yang mempunyai pisau jenis reel yang boleh di laraskan kekerapan pemotongan nya (frequency of clip) yang memberi pemotongan lebih rapi dan kemas. Saya percaya ini perkara yang pertama seumpamanya di dunia.

Atau pisau rekaan Jepun yang mempunyai ‘offset’ yang boleh di laras utk memberi pemotongan yang lebih agresif dengan hanya menjarakkan di antara reel dan bedknife. Saya di beritahu ini adalah teknologi eksklusif kepada jenama ini sahaja.

Saya jumpa sebuah alat yang nampak sempoi tetapi mampu mengukur luas kawasan melalui sistem GPS dan mampu menyimpan data di dalam komputer anda. Ia juga mampu mengukur kelembapan tanah serta EC (electrical conductivity yang memberitahu kita tahap ‘kemasinan’ tanah dan juga sebahagian jenis baja). Dengan alat ini kita mampu mengukur kelembapan padang pada waktu siang selepas siram dan juga lapan jam kemudian. Sangat berguna kepada orang yang tidak mahu meneka dan mahu lebih bersifat saintifik dalam penjagaan padang mereka. Insya Allah saya akan order satu untuk kegunaan saya.

Alat canggih mengesan keadaan tanah untuk rumput (Jejaka tampan tidak termasuk).

Alat canggih mengesan keadaan tanah untuk rumput (Jejaka tampan tidak termasuk dalam pakej).

Berapa orang dari kita yang boleh kata kita potong rumput setinggi 4mm? Itu setinggi beberapa keping duit siling ya. Tetapi dengan teknologi sekarang, ada orang dah potong hingga 2.8mm. Cuba lihat pembaris dan beritahu saya di mana kah letaknya 2.8mm atau 3.6mm. Kini ada tolok canggih untuk mengukur ketinggian rumput begitu; sementara itu ada antara kita masih potong rumput padang bola dengan brushcutter sandang belakang. Untuk pengetahuan, padang bola di potong pada ketinggian lebih kurang 25mm. Boleh kah anda ukur ketinggian potongan dengan brushcutter?

Itu hanyalah sebahagian sahaja dari kemajuan terbaru yang datang ke negara kita. Kami di khabarkan akan ada pemotong rumput robot yang akan sampai ke negara jiran tidak lama lagi. Sementara itu, masih ada di kalangan kita yang bertanya “Ada kerja macam ini?” bila kami kata kerjaya kami adalah penjagaan rumput.

 

Video untuk mesin hybrid.

Video untuk pisau bolehlaras FoC.

Video untuk mesin buatan Jepun dengan offset bolehlaras.

Posted in Fields, Golf Course, Golf Course Superintendents, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput halaman rumah, stadium, Taman | Tagged: , , | 1 Comment »