Cowgrass oh Cowgrass
Posted by mynormas on August 15, 2018
Seorang wakil kontraktor pernah talipon saya dari Perlis kata mereka telah diminta untuk baiki padang bola rumput Cowgrass tetapi bila mereka bawak rumput untuk ganti, mereka dapati Cowgrass yang mereka bawa tak sama dengan Cowgrass padang asal!
Saya pernah dapat talipon dari orang Kedah kata pihak berkuasa tempatan minta mereka buat ujian DNA untuk tentukan bahawa Cowgrass yang mereka bawa ialah Cowgrass yang sebenar.
Sebuah stadium di KL minta saya tolong mereka selesaikan masalah Cowgrass mereka yang bertukar warna jadi merah!
Di Selangor, lanskap sebuah badan kerajaan mempunyai masalah Cowgrass berwarna putih.
Manakala di Perak, sebuah padang golf ada Cowgrass yang berwarna hijau muda pulak…
Jadi… misterinya ialah, siapakan Cowgrass yang sebenar? Apa masalah dia?
Calon utama untuk rumput jenis ini ialah rumput yang mempunyai nama saintifik Axonopus compressus. Selain dari itu terdapat dua lagi calon yang mahu mendapat gelaran Cowgrass iaitu Axonopus affinis dan juga Paspalum conjugatum.

Ini adalah perbandingan dua jenis rumput yang di padang, nampak seakan-akan serupa.
Saya lebih berpihak kepada A compressus; ada seorang pakar (lain) yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau). Saya dapati sukar untuk membezakan diantara A affinis dan P conjugatum kerana kedua-duanya mempunyai daun yang tirus.

Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
5.00RM
Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat. Ia lasak kepada cuaca dan tanah, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding Bermuda atau Zoysia.
Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass; kurang pembajaan.
Ia mempunyai akar yang pendek dan daun yang besar serta lembut, jadi ada pemain golf yang mengatakan bahawa Cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bola akan duduk lebih dalam dan susah di pukul. Di padang bola dan stadium pula, masalah Cowgrass ialah ia mempunyai akar yang pendek (terutamanya di stadium yang selalu siram) dan mudah tercabut atau terkopek di waktu permainan.
Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan Cowgrass setara dengan rumput fairway lain.
Ia boleh dipotong serendah 5mm untuk dijadikan green dipadang golf dan boleh dipotong setinggi 25mm, malah 35mm untuk dijadikan padang dan taman.
Dah terlanjur cakap, kepada stadium/padang yang ada sistem siraman automatik, nasihat saya ialah off-kan automatik nya. Sila siram bila perlu. Jangan siram ikut jadual, 2x sehari atau sehari sekali. SIRAM IKUT KEPERLUAN RUMPUT. Jangan letak dalam BQ berapa kali atau pukul berapa nak siram. Siram ikut keperluan RUMPUT. Siram ikut BQ, atau ikut jadual adalah formula untuk akar pendek, terutamanya untuk Cowgrass. Sigh… haus aku dibuatnya cerita pasal siram. Ada padang siram 3x sehari, ada padang siram dalam hujan (ni kes pakai timer lah ni) dan ada padang siram lewat petang.
Belum lagi cerita padang yang pasang sprinkler boleh-ubah (mobile sprinkler) lepas tu pergi minum. Kejap lagi (atau sejam kemudian) datang alih sprinkler lepas tu pergi hisap rokok kat luar. Alih lagi, pergi membawang tepi padang.
Yang buat Cowgrass tak elok ialah kerana kita:
- Beli rumput tak berkualiti dari nursery paling murah. Lepas tu, tak cek pulak masa penghantaran; nursery paling murah tu, ambik kat kawasan atau nursery lain yang tak sama dengan rumput yang kita pilih.
- Tak baja dengan betul.
- Siram terlalu kerap/banyak.
- Potong jarang-jarang (sebaiknya seminggu 2, 3x).
- Roll terlalu kerap/berat.
- Terlalu banyak digunakan (ia bukan rumput lasak).
Selain itu,Cowgrass adalah rumput yang baik, tetapi soalannya; adakah rumput Cowgrass anda beli dari nursery itu, adalah Cowgrass sebenar? Dan adakah anda baik untuk Cowgrass anda?

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply